Sunday, December 29, 2013

Perempuan aneh

Tadi aku keluar beli rokok. Sambil pandu kereta dengan kelajuan sederhana, aku dengar radio. Mula-mula tu volume radio slow sikit, tapi bila aku pulas butang volume ikut arah jam, volume radio naik.


"Kau kena tengok muka artis tu, sungguh lawa! Sakit hati aku!"


Dua orang DJ perempuan kat radio berbahasa Inggeris bersembang pasal artis Hollywood. Itu yang aku tak faham tu. 


Macam mana kau boleh sakit hati kalau tengok orang lawa? Pelik sungguh la aku. Dia macam kau tengok orang lawa lepas tu tiba-tiba rasa "Eh babinya apasal dia lawa sangat?!"?


Lelaki rilek je kot kalau tengok lelaki kacak yang lain. Member-member aku tak ada pun sakit hati bila tengok muka aku. Rilek jeee.



Wednesday, December 18, 2013

Luahan hati sayorang yimmigran

Bang saya sini mari kerja cari. Sana Bangladesh saya kerja bagus tapi gaji kecil. Sini mari kerja cari-cari banyak cari-cari yet last kerja sini bang.


"Bangla yichi tada bang, ayir layin ada bang yitu timbikai bilimbing ciku yitu ada bang." Ini abang hari-hari sini datang minta layichi layichi hari-hari sama juga sini kedai mana ada layichi. Pinyakit yamnisia itu abang hari-hari tada yingat. 


Yiittu hari ada yittuu muda mudi sini mari, mau minum minum makan tada mau. Saya cakap, abang tada mau makan ka bang itu minum ini minum itu purut tada lapar ka bang? Yittuu abang dia cakap, "Bangla par nanti saya order la bang, tak lapar lagi ni lapar nanti saya order." Saya sana pergi kepala geleng. 


Yittuu hari lagi segeremboyolan yittuu yuniversiti student sini mari. Yelaptop satu worang satu yelaptop satu. Yesaimen yuniversiti mesti mau pakai yelaptop saya dulu juga yuniversiti student Bangladesh sana, saya memayami. Jauh saya tengok yittuu yuniversiti student banyak fokus yittuu yelaptop. Saya sana pergi mau order ambil masyayallah yittuu bukan yesaimen! Yittuu yuniversiti student play yittuu video "Bangla tino chicks". Lari jauh saya geleng kepala. 


Yittuu hari pakcik muda sini mari. Duduk meja tv depan. Order saya ambil pakcik muda cakap "Bangla gu lain takde ke bang balik-balik lagu hindustan balik-balik lagu hindustan pasang lagu lain la bang." Saya cakap saya taukey kedai kalau saya pasang lagu lain juga tyetyapi saya taukey bukan. Yittuu pakcik muda membuat muka hati tada puas. 


Yittuu hari juga lagi yittuu pasayangan pengyantin sini mari. Yinai terang merah sweet loving loving saya tengok. Saya situ pergi mau ambil order. "Bangla ju sikit eh buat air tu bang dahaga ni". Yelleh dayahaga kunun yittuu abang padayahal yittuu yisteri baru sama juga mau balik cepat cepat mau sweet loving loving yelleh. 


Yittuu la sidikit sidikit sibanyak saya punya cirita birita. Bangla yar dilawutan tada bertepiyan sekaliyi disedeyarkan yombak yang mendatyangg. 

Saturday, December 14, 2013

Naib Johan

Entry sebelum ni berkaitan semangat kesukanan serta bukti yang aku adalah seorang atlet yang bagus. Aku teringat lagi satu kisah masa aku kecil, masa tu hari sukan juga.


Aku rumah biru. Biru ni kalau ikut tradisi adalah kaler perpaduan. Sebab tu la aku dapat rumah biru, pasal aku ni bersemangat perpaduan yang tinggi. Kawan-kawan aku main acara balapan ganti-ganti, empat orang semuanya. Ditakdirkan Tuhan, depa menang tempat pertama. Power la rumah sukan aku masa tu.


Masa dapat medal, depa bukan main seronok. Aku tumpang seronok sikit-sikit je, sebab aku dah kalah dalam acara aku tadi (yang aku dah cerita dalam entry sebelum ni). Depa check medal plastik depa, ada tulis 'Naib Johan'. 


Aku dengan yakin dan penuh karisma bercakap "Naib Johan tu kiranya lagi tinggi dari Johan. Hampa macam atas sikit pada Johan, 'naik' Johan. Hampa kena tau benda-benda macam ni, orang banyak membaca macam aku memang dah biasa dengan terma-terma kesukanan." 


Habis je hari sukan tu, cikgu-cikgu sekolah aku tukar medal depa tu. Tersilap bagi kata mereka. 


Aku rilek je buat-buat lupa apa yang aku cakap tadi. 

Thursday, December 12, 2013

Jam Casio

Masa tu atas padang sekolah, ada hari sukan. Bukan hanya setakat ketua kelas, tapi aku ni power berlari. Kalau tengok dari jauh memang iras Watson Nyambek berlari. Memang power habis. 


Masa tu jugak, dua tiga hari sebelum hari sukan, abah aku ada belikan jam tangan baru kat aku. Jam tangan Casio yang pesen boleh rekod masa. Kira kalau nak banding dengan jam Boy London, jam Casio memang atas sikit taraf sikit dia. Cumanya kalau letak dalam peti ais jam Casio tak ubah kaler, tak macam jam Bou London. 


Ke garisan! Sedia! Mula! Aku kalah, tempat keberapa entah. Kecewa sungguh aku masa tu, siap abah aku offer makan KFC lepas kekalahan perit aku tu aku mentah-mentah tolak. 


Sampai je kat rumah, aku lempar jam Casio tu atas lantai. Bodoh punya jam. Susah sangat nak tekan butang Start/Stop sampai aku start lari paling last tadi. Kalau tak, senang-senang aku naik podium dapat piala dan disanjung gadis-gadis sekolah. 

Monday, November 25, 2013

Sayur-sayuran

"Bang. Burger ayam dua."

--"Makan ka bungkuih?"

"Makan. Meja sana."

--"Sayoq?"

"Sayoq?"

--"Sayoq."

"...sayoq?"

--"...sayurrr."


Kelakar juga bila penjual burger pesen takmau buat ayat penuh ni. Lepas tu terus cakap 'sayurrr', ingat aku orang key yell ke aku orang kampung lah orang kampung.


Lagipun ada ke orang makan burger tak letak sayur? Gizi tak seimbang betul. Sayurrr.

Thursday, November 21, 2013

Villa Ni Gila

Punya lah banyak isu sekarang ni. Antaranya isu Rosnah dengan pesawat, isu kereta 12 tahun, isu cukai pintu, isu Australia Indonesia, isu pelancongan, isu artis tua tetek besar nak kahwin, isu FAM, isu gempa Bumi di Burkina Faso, isu suratkhabar. Tapi ada satu isu tu aku memang suka. Isu rumah hantu kat Johor. Seyh.


Aku tak tahu nak gelak atau pun nak kasihankan yang ramai-ramai pergi ke Villa Nabila tu. Tapi aku ada gelak sikit, kasihan tu memang langsung tak ada. Macam ada satu kejadian kat Perlis itu hari.


Budak tingkatan hilang selepas buang sampah. Budak hilang tu siap boleh mesej abah dia, cakap kena sorok dekat satu tempat gelap. Mesej. Pakai telefon bimbit. Maka beramai-ramailah keluar rumah pergi mencari budak terbabit. Aku tak pasti apa ending kisah tersebut, tapi aku ada dengar-dengar cakap, yang sebenarnya budak tu lari ikut teman lelaki. Masa itu pun aku gelak jugak, langsung tak ada kasihan. 


Aku pun pernah juga kena sorok dulu. Ini cerita betul ni, bukan tipu. Kena sorok masa main sorok-sorok dalam rumah pangsa aku dulu. Kawan aku yang 'jadi', jadi aku kena pergi menyorok sampai beliau jumpa. Lama juga aku tunggu beliau jumpa aku, sampai ke sudah tak jumpa. Padahal lokasi tempat aku menyorok tu hek eleh, senang gila kot nak jumpa. Last-last aku fedap menunggu, aku sendiri keluar pergi jumpa beliau, dan beliau terkejut bila aku bagitau tempat yang aku menyorok tu. Beliau cakap berapa puluh kali beliau pusing situ, tak nampak pun aku kat situ? Aku pun pelik, sebab sepanjang aku menyorok situ, aku pun tak nampak beliau lintas situ. 


Jadi kami berdua ambil keputusan bahawa aku disorok hantu rumah pangsa. Seram la sikit-sikit, pasal masa tu aku muda lagi, baru darjah-darjah.


Yang pasal isu FAM tu, pft. 

Monday, November 4, 2013

Bola sepak

"Semalam aku tengok bola sepak, Pahang menang. Kau tengok?"


"Tengok. Lagipun hidup ni macam permainan bola sepak juga.


Dalam bola sepak, macam-macam boleh jadi. Dalam 90 minit tu, kadang-kadang kau dapat penalti, kadang-kadang kau dapat sepakan percuma, kadang-kadang kau jatuh tersembam, kadang-kadang kau berlanggar dengan tiang gol. Kau pernah dengar perkataan 'come-back'? Penyokong Manchested United selalu pakai perkataan tu. Dalam permainan bola sepak, bila ketinggalan satu dua gol, boleh lagi kau nak kejar balik dan akhirnya menang. Kalau ketinggalan jauh sangat, sembilan gol misalnya, payah dah tu. 


Bila kau mendahului pula, itu tricky sikit. Ada pasukan yang besar kepala bila dah mendahului, dia lupa, permainan masih jauh untuk habis. 


Taktik pun kena betul lah. Tak boleh sepanjang 90 minit kau kena menyerang, kadang-kadang kau kena ambil nafas dan bertahan, 'take a breather' kalau dalam bahasa orang putih. Bila dah hilang sikit penat tu, ha, masa tu baru boleh menyerang balik. 


Ikutlah kau pasukan macam mana, ada pasukan yang menang 1-0 pun dah kira orait dah. Ada juga pasukan yang kalau boleh mahu menang besar, biarpun kemenangan yang 1-0 tadi tetap dianggap sebagai menang."


"Oo..kalau wisel penamat ditiupkan?"


"Balik rumahlah, nak main apa lagi. Permainan dah habis."

Friday, November 1, 2013

Tongkat Hermos

Hermos ni tinggal atas bukit. Tinggi. Lagi tinggi dari beberapa bukit yang terkenal di dunia, seperti Bukit Bukau, Bukit Kat, Bukit Tiyau serta Bukit Hill. Setiap hujung minggu Hermos akan turun dari bukit, sebab nak pergi ke pekan kecil yang terletak di bawah sana nuu. 


Bantuan dari pihak yang baik, dapatlah Hermos satu tangga dari rumahnya hingga ke bawah bukit. Jumlah sebenar anak tangga secara kasar banyak juga. Melebihi 3 angka kalau tak silap. Walaupun dah tua sikit, Hermos steady lagi berjalan naik turun tangga, janji kena ada tongkat, kalau tak ada tongkat mana larat dia nak naik turun tangga. Tongkat Hermos ni pulak bukannya sejenis tong, tapi sejenis kayu kuat yang panjangnya sekitar sedepa kanak-kanak yang masih menyusu susu ibunya. 


Dalam perjalanan ke pekan kecil di bawah bukit, macam-macam yang Hermos fikirkan. Sebenarnya permikiran Hermos ini sikit pelik, dia boleh berfikir sambil berjalan secara perlahan-lahan. Satu persatu anak tangga Hermos turuni. Sampailah ke tangga terakhir, baru Hermos teringat yang tongkatnya tertinggal di rumah nun di atas bukit.


Hermos terpaksa patah balik ke rumah, yelah, kalau tak ada tongkat, nanti macam mana dia nak panjat balik tangga untuk balik ke rumah selepas membeli belah di pekan. 

Tuesday, October 29, 2013

Awang cuba-cuba

Ini cerita pasal orang lain, bukan pasal aku. Pasal kawan aku. Selalunya bila ada orang mulakan cerita dia dengan ayat "Kawan aku yang sorang tu kan...", cerita tu bukan pasal kawan dia yang sorang tu kan, tapi pasal diri dia sendiri. Macam bila ada berbahas dan cakap "Depa kata benda tu tak bagus...", depa tu entah wujud ke tidak, sama la macam kawan aku yang sorang tu kan tadi. 


Kawan aku ni kalau nak beli apa-apa barang, dia akan cuba dulu. 


Itu hari dia nak beli kereta. Bila dah sampai kedai kereta, dia cuba pandu kereta tu dulu. Normal la tu, kereta bukannya murah. Tapi yang tak normalnya dia nak cuba sekali tayar spare yang ada dalam bonet kereta. Kesian aku tengok penjual kereta tu bersusah-payah tukar tayar spare. Last-last, kawan aku tak jadi beli, sebab rim tayar spare tu tak cantik katanya.


Lepas tu ada sekali masa dekat-dekat raya. Aku ikut dia pergi beli songkok. Normal la kalau cuba pakai songkok atas kepala tengok ngam ke tak ngam sebelum beli. Tapi yang tak berapa normal bila dia rukuk dan sujud depan kedai songkok sambil cuba pakai songkok tu. Tak cukup lagi tu, dia nak beli tesbih dengan sejadah. Itu pun dia kena cuba dulu. Satu hal pulak aku kena tunggu sampai masuk waktu Asar dan tolong iqamatkan kat kawan aku, sembahyang jemaah depan kedai. Last-last, dia tak jadi beli songkok, tesbih dengan sejadah, sebab katanya kat rumah dah ada banyak.


Belum aku buka cerita pasal kat pejabat pos lagi. Haru-biru satu pejabat pos. Takkan nak beli setem 50 sen pun kena cuba dulu? 


Sampailah satu hari, malaikat maut datang jumpa kawan aku. Malaikat maut cakap ajal kawan aku dah sampai dah ni, tak boleh tangguh walau sesaat pun. Selamba kawan aku jawab ke malaikat maut, "Aku nak cuba dulu macam mana rasa mati, kalau orait, oraitlah, kalau tak orait, kau datang esok jelah tengok macam mana."

Sunday, October 27, 2013

Berpura-pura

"I have a favour to ask. Sebelum kami berdua meninggalkan rumah ini, kami mahu kamu berdua berpelukan. Just pretend that you love each other. Okay?" Dua-beranak itu mengangguk tanda setuju dan saling berpelukan dalam keadaan yang kekok. Amran dan Britney lalu melangkah keluar dari rumah anak-beranak yang baru kehilangan suami serta bapa masing-masing. Anak perempuan yang menyalahkan ibunya ke atas pemergian bapanya terus memeluk ibunya, Puan Elizabeth. Puan Elizabeth pula, yang selama ini menyalahkan anaknya, iaitu Sarimah, terus memeluk Sarimah. Akhirnya, mereka berdua menangis sambil berada di dalam pelukan masing-masing.


Itu adalah antara petikan cerita klasik. Petikan yang memberi mesej bahawa kepuraa-puraan akhirnya akan menjadi benda yang betul. Macam seekor serigala yang selalu berpura-pura menjadi seekor ayam, lama-lama beliau juga akan menjadi seekor ayam. Macam manusia yang selalu berpura-pura seronok pergi mesjid, lama-lama beliau juga akan masuk geng mesjid. Macam lelaki yang berpura-pura menjadi perempuan, lama-lama jadi pondan.


Lirik 'jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan' asalnya adalah 'jika kau berpura-pura kau boleh, kau pasti boleh melalukan'. Lirik tersebut ditukar atas alasan tidak masuk dengan irama. 


Dia samalah macam konsep 'leap of faith'. Nak berpura-pura, perlukan satu keyakinan dan kepercayaan. Macam ugama lah, mana boleh berpegang pada satu-satu ugama tanpa ada keyakinan dan kepercayaan. Fasa awal, kena berpura-pura bahawa Tuhan itu wujud, lama-kelamaan barulah kau 'tahu' bahawa Tuhan itu wujud. Orang Barat panggil 'leap of faith'. Entah betul entah tidak ayat orang putih aku tu, aku sendiri tak berapa peduli. 


Tapi ada juga yang berpendapat bahawa, semakin lama manusia berpura-pura, semakin lama dia sendiri akan menipu diri sendiri. Contohnya, macam serigala tadi, walaupun dia ingat dia itu ayam, sebab terlampau lama berpura-pura sebagai ayam, hakikatnya orang masih akan panggil dia serigala. "Realiti adalah macam mana yang kau sendiri nampak, bukan orang lain." Pernah terfikir kenapa orang yang selalu buat jahat, tak pernah terfikir yang dia buat jahat? Itu petanda bahawa dia sudah terlalu lama berpura-pura bahawa apa yang dia buat adalah benda yang baik-baik.


Entah macam mana aku nak simpulkan entry ni aku sendiri tak reti. Jadi aku berpura-pura bahawa kau faham dan pandai-pandailah simpulkan sendiri.

Thursday, October 24, 2013

Marathon Filem

Aku baru lepas tengok tiga filem secara marathon. Despicable Me 2, Now You See Me dengan Pacific Rim. Dua filem pertama tu sedap, yang terakhir haramnya membosankan. Tapi, ending Now You See Me tak berapa umph, klimaks kat tengah-tengah, lepas tu ending sedikit mengecewakan, macam pra-ejakulasi, tak kuat. 


Pacific Rim jangan cerita la, pelakon serupa kayu, hero cerita tu, adalah hero siri Sons Of Anarchy, siri yang agak popular kat Amareka. Tapi siri tu bergenrekan mat-mat motor besar yang menjalanlan kegiatan kongsi gelap. Itulah masalah pelakon drama bersiri, bila beliau berlakon filem, penonton tak boleh lari dari membayangkan beliau dalam watak dalam drama bersiri tersebut. Dan jalan cerita haram mendatar gila, boleh aku katakan langsung tak ada klimaks. Dalam kes ini, serupa orang ambil viagra, entah bila nak ejakulasinya. 


Despicable Me 2 pulak boleh lah kot. Best. Tapi disebabkan dia dah set satu standard masa Despicable Me yang pertama dulu, maka lebih kurang saja. Sama standard. Tapi binatang minion yang dikatakan kembar dajal tu memang kelakar. Kalau tak ada binatang binatang minion tu, memang cerita dia takkan jadi sesedap itu. 


Ceh, pandai juga aku kritik filem sikit-sikit. 

Friday, October 18, 2013

Abah aku, abah kau.

Xavier dengan Phillip ni dulu-dulu kawan baik. Selalu pergi sekolah sama-sama, pergi makan kat kantin sama-sama, naik bas sekolah duduk sebelah-sebelah, masuk toilet pun kadang-kadang sekali. Kalau dekat sekolah, orang panggil "kawan sejubor", sebab ikut je jubor masing-masing nak kemana-mana. Macam isi dengan kulit.


Xavier ada pergi rumah Phillip hari tu, nak buat kerja rumah sekali. Kerja rumah tu memang kena buat dua orang, kalau buat seorang nanti cikgu Matematik tak terima. Sedang seronok-seronok buat sifir tujuh, bapa Phillip balik dari kerja dan jerit "Honey I'm homeee." Phillip salam cium tangan bapanya, yang bernama Abu itu. 


Kau panggil bapa kau abah juga ke? Sama la dengan aku dekat rumah, aku panggil bapa aku abah juga. Kata Xavier selamba. 


Phillip pun apa lagi, mengamuklah beliau. Ahh mana boleh kau panggil bapa kau abah, sama dengan aku! Kau panggil la bapa ke bapak ke pak ke daddy ke abi ke. Sibuk je nak sama dengan aku. Bentak Phillip tak pasal-pasal.


Salah ke aku panggil abah juga? Abah kau, abah kau la, abah aku, abah aku la. Bukannya kita nak tertukar bapa pun. Xavier cuba memberi pendapat yang rasional, dalam usaha merasionalkan kepala otak kawan baiknya itu.


Tak boleh. Tak boleh. Mulai hari ini, kau jangan panggil bapa kau abah. Kalau kau tak setuju, kau boleh keluar dari rumah sewa abah aku ni. Phillip marah-marah lagi dengan mengugut Xavier. Phillip tahu, Xavier takkan berani punya keluar dari rumah Phillip, pasal kerja rumah tadi tak siap lagi.


Duduk rumah sewa pun nak berlagak si Phillip ni. Bisik hati kecil Xavier. Tak faham betul aku, dah besar pun takut tertukar bapa juga ke? Tambah hati Xavier yang kecil itu lagi.


Habis sahaja kerja rumah, Xavier pun blah dari rumah sewa Phillip. Sejak dari hari itu, mereka bukan lagi rakan sejubor, malah sering bermasam muka terutamanya di hari sukan.

Friday, October 11, 2013

Jiran tak diundang

Sepanjang dua minggu lepas, aku berjaga malam, siang aku tidur, sebab ada peperiksaan. Sepanjang dua minggu lepas jugak jiran atas rumah suka buat bising tetengah malam. Pelik betul aku, ketuk paku dinding malam-malam, susun perabut malam-malam, berlari dalam rumah malam-malam.


Dan sepanjang dua minggu lepas jugak, bila aku keluar beli rokok tetengah malam, aku selalu terlajak naik tangga. Aku akan naik sampai tingkat atas rumah. Banyak kali jugak. Entah pesen nyanyuk kot aku ni? 


Tadi baru aku tahu, jiran atas rumah aku tu dah dekat sebulan lebih pindah rumah. 


Yang aku tahu, dengar-dengar cerita, jiran atas rumah aku pernah bergaduh dengan orang Siam. Aku malas ambil port bila bab rumahtangga orang ni. Memang teruk bergaduh. Masuk suratkhabar rasanya, aku pun tak berapa ingat.


Sekarang ni aku ada rumah pakcik aku. Dah tu macam mana aku nak balik rumah esok ni? Babi seram pulak aku bila fikir pasal hantu Siam ni. 

Thursday, October 10, 2013

Pengalaman lebuhraya serta seorang mekanik

Tadi aku pergi naik lebuhraya, pasal nak menuju ke Selatan ambil adik aku yang habis belajar. Aku dulu rilek je balik sendiri galas beg galas besar gajah jalan kaki punya jauh pergi stesen bas. Siapa suruh aku tak ada abang yang caring dan baik kan? Nasib baik adik aku ada abang yang sebegitu rupa.


Pendek cerita, kereta mati atas lebuhraya. Aku mengamalkan konsep rilek brader, brader rilek, rilek brader, brader rilek. Tapi dalam rilek-rilek tu sempat juga la aku tumbuk-tumbuk stereng kereta serta mengeluarkan beberapa kata-kata kesat yang boleh menyinggung perasaan. Lalu aku telefon PLUS. Nak telefon siapa lagi? Takkan telefon abah kau pula?


Polis bantuan PLUS pun sampai, tapi depa sampai ke arah yang bertentangan dengan arah aku. Sembang sikit-sikit pasal permasalahan kereta, lalu brader-brader polis bantuan PLUS tadi setuju untuk buat u-turn dan sampai ke tepi kereta yang sedang mati tak sedarkan diri. Sebelum berpisah untuk seketika, beliau sempat berpesan, "Kalau ada hindu mana-mana mai nak tolong, jangan bagi." Aku fikir ya Allah apa perkauman sangat ni? Tapi aku angguk je la, pasal aku jenis menghormati orang lebih berusia. Lalu depa dua pun blah untuk buat u-turn. 


Lepas minit, memang betul. Ada brader India datang berhenti belakang kereta. Pasal aku dah pegang pesanan brader PLUS tadi, aku buat tak tahu. Brader India ni datang cakap apa masalah kita boleh tolong check kita pomen. Aku tak layan, aku cakap aku dah telefon PLUS dah tadi, tengah tunggu PLUS la ni, dengan nada hormat. Ye lah, orang nak datang tolong, takkan nak maki pulak kan?


Jadi, pendek cerita. Bateri kereta kaput terus, kepala radiator rosak hancur. So trak PLUS tadi tarik kereta sampai ke Plaza Tol yang berdekatan. Lama juga la depa tarik. Selalunya aku gelakkan kereta lain yang ditarik oleh kereta lain bila atas lebuhraya. Aku akan gelak sambil berkata, "Alaaaaa, tu taktik nak saving minyak tu. Tu pasal dia suruh kereta depan tarik. Bijak sungguh kahkahkah!". Dan tadi aku gelakkan diri sendiri, dan memang betul, saving minyak.


Brader PLUS tu dua orang, sorang pandu trak PLUS tu untuk tarik kereta, sorang lagi duduk dalam kereta aku masa kereta ditarik sambil dia kontrol stereng dan brek. 


Dia cakap, "Geng-geng Hindu tadi tu bukan apa, depa tu bukan jahat, depa tu dok cari makan atas highway. Mana-mana kereta yang rosak atas highway, depa pi la offer nak repair. Mula-mula depa akan janji kena berapa puluh saja, tapi bila dah masuk bengkel, depa punggah habeh enjin, depa akan caj ribu-ribu. Ramai dah yang kenaaaaaa.."


Peh, power betul taktik pomen-pomen tu. Menguntungkan. Kalau orang terdesak dan tidak mengamalkan konsep rilek brader, brader rilek, rilek brader, brader rilek, memang akan termakan la umpan pomen-pomen tu. 


Pendek cerita lagi, bila sampai plaza tol berdekatan (selepas dekat 45 minit ditarik), brader PLUS tadi offer telefon member beliau, yang seorang pemilik bengkel kereta. Aku pun oraitlah, apa nak buat lagi kalau bateri kereta dah kaput dengan kepala radiator lingkup? Nak repair sendiri, mana la aku tahu. 


Pendek cerita lagi, pemilik bengkel tu sampai dan selepas kereta di-jumper, aku pun follow beliau dari belakang untuk ke bengkel beliau. Brader ni bukan brader pun, taraf pakcik la. Tapi aku panggil brader jugak. Brader ni power! Mula-mula nampak selekeh selebet. Tapi sementara dok tunggu kereta siap, sebab bateri kereta tu nak kena order dari kedai lain, so lambat la sikit. Lama juga aku sembang dengan brader ni. Aku quote sikit-sikit la apa brader ni cakap.


"Saya ni dulu tentera udara. Saya tak tunggu sampai pencen, saya ambil opsyen, berhenti kerja, cemuih kerja bawah arahan orang ni. Saya berhenti, bukak bengkel. Senang la sikit hidup dari kerja bawah orang dulu. 


Orang muda sekarang ni tak boleh pilih kerja, ada apa kerja kosong, pi kerja. Even kalau kerja tu takdak gaji, hang pi keja, ambil knowledge tu, penting. Knowledge tu penting, saya sekarang ni dah tapi buku law buku insurans saya dok baca, nak tambah knwoledge.


Lelaki ni, kejatuhan lelaki boleh dikatakan semuanya berpunca dari perempuan. Bila dah senang sikit, kalau main perempuan, memang lingkup. Godaan ni kat mana-mana pun ada, biasa la, kita pun bukannya nabi. Tapi bila nampak godaan pelik-pelik sikit, kita lari la jauh-jauh, jangan dok ikut.


Lim Guan Eng tu, ada bagus, ada tak bagus. Biasa la, macam kerajaan jugak. Ahli politik ni, mana-mana pun la, nak tengok dia bagus ke tak, tengok niat, kalau niat dia tak elok, tak bagus la tu. Kalau duit yang dia belanja kat penduduk dia lagi kurang dari yang masuk poket dia, memang tak bagus la tu. Cukai naik sana-sini, mana bagus. Tapi saya kalau boleh memang takmau campur dengan politik. Anak saya yang sorang tu, lelaki, mana suka kerajaan, hari-hari baca blog. Saya kata kat dia, boleh nak memenci kerajaan, tapi jangan agresif sangat. Biasa la orang muda, rata-rata tak suka suka kerajaan."


Banyak lagi yang aku sembang dengan brader tu, tapi malas nak tulis, kahkahkah. Respek brader, respek. Walaupun penampilan lekeh dan serabut, ada pendirian, ada pengalaman. Aku harap kerja yang beliau lakukan, iaitu membaiki kereta aku tu, adalah kerja yang berkualiti. Tak sanggup dah aku kena tipu dengan mekanik kereta. Serik. 


Dan kemudian aku pun blah dari bengkel beliau, meneruskan perjalanan ke Selatan tanah air tercinta. Panjang aku tulis ni, siapa yang baca sampai sini, memang gigih betul. Dan sebarang benda yang aku quote tu, bukanlah word by word, tapi lebih kurang la. Aku pun bukannya komputer nak hafal satu perkataan satu perkataan.


Aku nak ucapkan terima kasih kepada brader PLUS dua orang tadi. Bagus. Cekap. Ramah. Professional. Dahlah yang sorang tu muka macam Datuk K. 


Kalau kereta anda rosak tengah lebuhraya, ingat, telefon PLUS cepat-cepat sebelum anda diklepet. 

Tuesday, October 8, 2013

Tekun

Jika dipandang secara tekun, boleh dikatakan rata-rata wajah manusia semuanya serupa. Dua biji mata, dua kening, satu batang hidung yang dilengkapi dengan dua buah lubang, sepasang bibir, gigi, dua biji telinga yang mana satu belah kanan dan satu belah kiri. 


Namun begitu, bukan semua mahu memandang dan dipandang secara tekun. Tambah-tambah jika yang dipandang itu diakui oleh dirinya sendiri sebagai rupawan, sudah pasti tidak suka dipandang secara tekun hinggakan kedengaran ayat nak mengorat aku la tu dok usha-usha tak hingin aku keluar dari mulut mereka. Sukar sangatkah mahu menyedari bahawa kadang-kadang solekan itu terlampau tebal ya Tuhan ataupun kening lukisan itu tinggi sebelah? 





Friday, October 4, 2013

Bas sekolah oren

Dulu aku pergi sekolah rendah naik bas. Pagi-pagi, aku akan berhimpun ramai-ramai depan pagar rumah dengan rakan-rakan sebaya yang sekor-sekor perangai macam budak sekolah rendah. Bila kelas habis, kami berhimpun lagi untuk sesi balik rumah. 


Bas sekolah aku dulu mana ada pendingin hawa. Bila pagi, sejuk. Bila waktu balik, panas neraka. Dahlah yang dalam bas tu semua perangai macam budak sekolah rendah, waktu balik, panas, semua berpeluh, bau kudis sekor-sekor. Masa tu aku dah terpengaruh dengan iklan bedak Follow Me bedak badan wangi untuk kesegaran sepanjang hari aku merinduimu. Aku sorang je yang segar sepanjang hari dan merinduimu.


Bas sekolah aku tu dulu kaler oren. Ada tulis besar-besar "Bas Sekolah" kat tepi, serupa lain tak tahu itu bas sekolah. Padahal dari jauh dah boleh tahu itu bas sekolah sebab dari jauh dah nampak budak-budak dalam bas tu terloncat-loncat macam beruk. Perangai serupa budak sekolah rendah. 


Dalam bas aku tu ada pelekat "Dilarang buang sampah keluar dari bas ini". Masa tu, aku fikir, patut la bas sekolah aku bersih, semua tak berani buang sampah dalam bas sebab takut kena paksa keluar dari bas oleh pemandu bas. Nak balik rumah macam mana kalau kena halau keluar dari bas? Takkan nak jalan kaki sambil terloncat-loncat sorang-sorang atas jalanraya? Tak kool kot. Memang semua budak fikir macam tu, serupa budak sekolah rendah.


Bas sekolah rendah aku kecil. Budak-budak sekolah rendah yang naik bas tu ramai. Memang penuh. Aku suka lepak belakang barisan time nak naik bas sekolah sebab nanti boleh berdiri tepi pintu. Jawatan berdiri tepi pintu bas dianggap mulia masa dulu. Boleh berlagak jadi konduktor bas dan dapat tengok garisan jalanraya. Pernah juga berebut-rebut nak beridiri tepi pintu bas sekolah. Memang sebiji perangai budak sekolah rendah. 


Rindu betul aku nak naik bas sekolah yang busuk.

Thursday, October 3, 2013

Eksperimen yang superpower

Aku teringat satu cerita masa aku kecil. Kejadian ni memang betul-betul mengubah hidup dan sungguh sadis dari perspektif orang kacak macam aku. Sebelum meneruskan pembacaan, aku sarankan kepada kau semua bahawa masa kecil aku kerap berfikir benda yang aneh-aneh dan aku selalu buat eksperimen sains dalam rumah. Eksperimen sains yang aku selalu buat adalah, bikin lampu suluh sendiri, bikin teropong kapal selam, tanam taugeh atas almari baju, bikin lampu signal untuk basikal serta cuba sambungkan earphone ke radio kecil (tak berjaya, malah radio tu terus lingkup jahannam). 


Tapi ada satu eksperimen yang aku buat masa aku kecil, yang aku betul-betul menyesal sampai sekarang. Dan aku salahkan televisen. 


Masa aku darjah satu, ada satu rancangan drama Melayu kat televisen. Drama pasal sorang brader ni ada kuasa yang super power. Beliau boleh melihat menembusi dinding. Tanpa cakap banyak, aku jenuh berfikir macam mana la cara nak dapatkan kuasa tu. Lama juga aku berfikir, tapi tak dapat jawapan. 


Satu petang tu, aku balik kampung. Masa aku main-main tepi sungai dengan sepupu aku, aku dapat Eureka moment sambil mentol menyaka atas kepala. Aku beranggapan bahawa aku sangat genius di ketika itu. Aku jumpa penyelesaian macam mana nak dapatkan kuasa melihat menembusi dinding. 


Aku tenung matahari. Secara terus. Waktu tu petang, jadi pancaran matahari tak begitu terik. Lama juga aku tenung matahari, dengan hipotesis bahawa aku bakal dianugerahkan kuasa yang aku memang dah lama nak. Sepupu aku rilek main tepi sungai tangkap ikan, aku rilek tenung matahari. Memang aku bodohkan sepupu aku masa tu, apalah bodoh sangat tangkap ikan dia tak tahu ke lima minit aku boleh tengok tembus dinding. 


Eksperimen gagal. Sikit lagi aku nak buta. Dan sekarang aku rabun. 


Bodoh punya drama melayu, penyebab aku rabun. 

Thursday, September 26, 2013

Maksud sebenar pusingan Bumi

Ingat entry aku berkenaan "hidup saya kini berubah sebanyak 360 darjah"? Di mana ianya bermaksud hidup kau tak berubah pun kalau kau pusing 360 darjah sebab kau akan tiba balik ke titik asal? Tak ingat sudah. Pesen nyanyuk.


Bumi ni dia pusing Matahari, sementara dia pusing Matahari tu, dia sendiri berputar atar paksi dia sendiri. Kiranya Bumi berjalan tawaf Matahari sambil dia sendiri tak tentu arah berputar macam orang mabuk. Umur kau berapa sekarang? Tak payahlah jawab kuat-kuat, jawab diam-diam pun dah okay dah.


Bayangkan umur kau setahun. Setahun yang lepas kau dilahirkan di atas Bumi yang sedang bertawaf macam orang mabuk. Bila umur kau dah masuk setahun, Bumi tiba balik ke tempat yang sama pada masa kau dilahirkan. Bila kau dua tahun, macam tu juga, Bumi mabuk tadi sampai ke titik yang sama. Bila kau tiga tahun, empat tahun, lima tahun sampailah ke beberapa tahun, Bumi tak pergi mana, balik-balik mabuk ke situ juga.


Kalau kau malas fikir pasal tahun, kau fikir pasal hari. 24 jam yang lepas, Bumi yang mabuk ni menghadap ke tempat yang sama sebab dia berputar macam orang mabuk dan putaran lengkap Bumi mengambil masa 24 jam. Macam pusingan lengkap Bumi mengelilingi Matahari tadi, dia ambil masa setahun untuk tawaf secara lengkap.


Sebenarnya hidup kita ni berlandaskan putaran dan pusingan. Macam orang dulu cakap, sekejap di atas, sekejap di bawah, sekejap entah mana-mana. Aku tak berapa pasti apa yang aku nak sampaikan, cuma, nanti, bila hari jadi kau tiba, dongaklah ke langit, itulah rupa langit masa kau dilahirkan dulu. 


Kau tak pelik ke kenapa kau tak rasa pening-pening walaupun kau duduk atas Bumi yang pusing-pusing? Aku dah mula rasa pening sikit-sikit dah ni, macam makin laju pulak dia pusing. Slow sikit brader slow sikit!

Monday, September 23, 2013

Lahabau atau bas

Tak lama sangat aku cari tempat duduk kosong. Mula-mula tu aku putus asa dah, semua tempat duduk yang sebelah dengan tingkap dah ada orang duduk. Pesen anti-sosial manusia zaman sekarang, pesen tak mahu duduk sebelah tempat duduk yang dah ada orang duduk. Macam aku la jugak sikit-sikit.


Nasib baik aku jumpa juga satu tempat duduk yang betul-betul kosong, sebelah tingkap. Aku pergi duduk situ lepas tu aku letak beg galas aku atas tempat duduk sebelah aku. Lega. Macam semua orang di dalam bas ketika itu, aku berdoa agar tak ada orang yang akan datang duduk sebelah aku. Kalau ada pun, biarlah yang perempuan cantik, janganlah lelaki atau perempuan gemuk yang bakal ceroboh sempadan kerusi aku. 


Dua minit lagi bas jalan, masa depan kelihatan cerah, macam dah tak ada penumpang lain yang akan masuk bas. Dua minit tu aku rasa macam dua ratus juta tahun. Bak kata Einstein, itu lah teori relativiti, tempoh dua minit boleh jadi paling lama atau paling singkat bagi sesetengah orang, bergantung kepada situasi. Dua minit bagi orang yang akan dihukum gantung, serta dua minit bagi orang yang sangkut dalam kesesakan lalulintas, lain. 


Lepas tu entah dari mana datang satu lahabau tersengih-sengih tergaru-garu mintak kasihan nak duduk sebelah aku. Potong mood sungguh. Aku pura-pura sengih balik sambil angguk-angguk kepala. Bodoh punya dua minit, nak habiskan dua minit pun terhegeh-hegeh macam badak. Tapi aku dikira bernasib baik sebab lahabau sebelah aku tu bukan gemuk. Sempadan kerusi aku terjamin tidak akan dicabul.


Dalam setengah jam bas berlepas, lahabau sebelah tak reti silent telefon. Bunyi mesej masuk serupa bunyi enjin kapal terbang. Dah tu tersengih-sengih bila baca mesej, eleh brader, orang lain pun ada teman wanita jugak tak payah la nak kecoh-kecoh. Aku masih pendam marah ke lahabau tu sebab datang duduk sebelah. Lama juga aku perhati lahabau tu tersengih, macam kena strok pun ada. Aku tegur la hang okay ka brader. 


Lahabau tu pun cerita. Dah sepuluh tahun saya bertarung dengan leukimia brader. Duit mak bapak pun banyak habis. Tapi saya baru dapat mesej tadi, doktor saya cakap saya dah sembuh. Sepuluh tahun brader sepuluh tahun. Lepas ni saya nak keluar melihat dunia, saya nak cari bini seorang, lepas tu kerja yang elok-elok. Saya dah sembuh brader saya dah sembuh.


Terus aku jadi baik hati dan membuang segala perasaan marah terhadap lahabau itu. Aku ucap tahniah walaupun aku tak pasti tahniah itu untuk siapa, untuk lahabau, untuk doktor, untuk mak bapak yang banyak habis duit, atau untuk Tuhan. Tapi tahniah la jugak. Lepas tu bas bergegar dan terbalik secara drastik. Penumpang melambung-lambung dalam bas, dalam senario terlambung-lambung tu aku rasa macam angkawasan.


Semua penumpang dilaporkan mengalami kecedaran ringan. Kecuali seorang penumpang, parah dan meninggal di tempat kejadian, lahabau. 





Thursday, September 19, 2013

Kisah panjat pagar sekolah : Permaidani

Dulu aku sekolah asrama dan aku bukanlah pelajar yang sentiasa baik. Pernah di satu tingkatan tu, aku jadi jahat. Selalu panjat pagar sekolah tengah-tengah malam dan keluar pergi cyber cafe. Bukannya pergi cyber cafe buat apa pun, pergi main Counter Strike ramai-ramai. Power juga aku masa tu main Counter Strike.


Ada satu malam tu, kami bercadang nak lompat pagar. Ataupun "fly", terma yang dipakai oleh pelajar sekolah aku. Sekolah aku besar, jadi untuk panjat pagar sekolah, kami kena melintasi beberapa bangunan sekolah. Mula-mula lena lintas dewan makan, lepas tu surau, lepas tu bangunan akademik, lepas tu dewan besar, lepas tu padang bola sepak, lepas tu padang hoki, lepas tu baru sampai pagar. Hal-hal begitu lah yang menjadikan aktiviti fly semakin diminati. Sebab rasa macam komando bila malam-malam kau kena melalui satu adventure untuk melepaskan diri dari kawasan sekolah.


Malam tu, waktu nak lintas kawasan bangunan akademik yang menempatkan kelas-kelas pelajar, kami tersilap sikit percaturan. Kami sangka pengawal sekolah dah round situ, rupanya belum. Dan dia round situ ngam-ngam masa kami sampai situ. Apa lagi, berterabur masing-masing cuba menyorok. Kami tal buat bising, masih dalam stealth mode, macam komando. Tapi aku bodoh sikit.


Kawan-kawan aku ada yang menyorok belakang pintu kelas, bawah meja kelas, dalam tandas sebelah kelas, ataupun lari terus dari kelas tu. Aku bangang, aku panik. Aku masuk dalam satu kelas, lepas tu aku berpura-pura jadi permaidani. Aku meniarap atas lantai kelas dengan harapan kekurusan aku dapat menipu mata pengawal. Bodoh betul aku masa tu.


Pengawal tu bawa lampu suluh dan suluh tepat ke aku. Aku rilek lagi, aku yakin aku kurus dan lantai kelas dan aku menjadi satu. 


Lepas tu pengawal tu datang sebelah aku dan goncang badan aku. Kau tau dia cakap apa kat aku? 


Dia cakap "Woi ni pasaipa tidoq sini ni? Bangun woi bangun pi balik balik tidoq kat bilik. Bangun. Bangun."


Aku pulak pura-pura baru bangun dan jalan menuju ke asrama. Pengawal tu blah macam tu je. Selalunya pengawal sekolah aku memang tegas, paling kurang pun depa akan ambil nama, nombor pelajar dan nombor bilik asrama. 


Bila aku balik bilik aku, aku tengok semua kawan aku yang nak fly sekali dengan aku tadi kat asrama. Depa boleh bantai gelak kat aku, aku pun gelak sekali. Kahkahkah.


Aku fikir satu je, pengawal tu ingat aku ni hantu yang pergi lepak dalam kelas malam-malam buta, tu yang dia lepas aku macam tu je. 


Banyak lagi cerita best "fly" masa aku sekolah asrama dulu, nanti aku rajin aku tulis aku tengah malas ni. Lagi best dari cerita Neelofa. 

Wednesday, September 18, 2013

Pintu

Bayangkan ada tiga pintu, pintu A, pintu B dan pintu Hexaglocyron-III. Disebalik satu pintu ada sejuta ringgit. Mula-mula kau pilih salah satu pintu, katakanlah kau pilih pintu Hexaglocyron-III. Pilihan yang dibuat hanyalah berdasarkan gerak hati, atau pun sebab nama pintu tu fancy. 


Kemudian pintu A dibuka. Siapa yang buka? Orang yang buka pintu A adalah orang yang mula-mula tadi sorokkan sejuta ringgit tadi. Dia tahu disebalik pintu A tak ada apa-apa, sebab tu dia buka pintu A. Sekarang hanya tinggal pintu B dan pintu Hexaglocyron-III. Disebalik salah satu pintu, antara pintu B dan pintu Hexaglocyron-III, ada sejuta ringgit. Kau diberi peluang sekali lagi memilih, antara nak kekalkan dengan pilihan pertama iaitu pintu Hexaglocyron-III, atau pun nak tukar ke pintu B. 


Orang cekap matematik akan tukar ke pintu B. Sebab kebarangkalian untuk sejuta ringgit ada disebalik pintu B adalah 2/3. Berbanding dengan kebarangkalian 1/3 untuk wang sejuta itu ada disebalik pintu Hexaglocyron-III. 


Orang yang kuat iman dan malas tukar-tukar pula akan buat rilek dan tetap degil dengan pintu Hexaglocyron-III. Lagipun nama pintu tu fancy. Apahal nak tukar ke pintu B? Nama pun tak sedap. 


Kalau aku, aku tendang dua-dua pintu. Bukan susah pun nak tendang pintu.



Saturday, September 14, 2013

Ibu kucing yang kesedihan

Jiran aku ada bela kucing. Tiga ekor kucing kalau berdasarkan pemerhatian aku. Seekor ibu kucing, lagi dia ekor tu anak-anak beliau. Anak-anak kucing tu dah besar dah, dah sampai tahan matang. Satu hari tu, salah seekor anak kucing tu meninggal. Jiran aku cakap kucing tu meninggal tu sebab kena virus. Kesian aku dengar.


Lepas tu yang ibu kucing tu pulak, bila anak beliau meninggal, beliau jadi tak tentu arah. Meroyan kata jiran aku. Padahal anak beliau dah besar kot, pelik betul aku. 


Lepas tu semalam, aku nampak ibu kucing tu, tengah jilat badan seekor anak kucing yang kecil besar penumbuk. Bila masa pulak dia beranak? Tak pernah nampak bunting pun sebelum ni. Bila aku tanya jiran aku, sedih betul jawapan dia.


Jiran aku cakap, ibu kucing tu meroyan teruk sebab anak beliau meninggal. Jiran aku ambil keputusan pergi kidnap anak kucing kepada kucing lain, lalu bagi ke ibu kucing tu. Konon-konon sebagai pengganti la kepada anak beliau yang meninggal hari tu. Yang sedihnya, beliau silap jilat-jilat anak kucing tu, serupa anak sendiri.


Kucing pun kasihkan anak. Kasihan betul.

Friday, September 13, 2013

Perwatakan pemakai jam tangan

Memandangkan aku sibuk dan dalam keadaan tertekan, aku mengambil keputusan untuk jadi pakar psikologi di dalam entry kali ini. How are feeling today? How does that make you feel? Do you always feel the same way about the certain things in question? You have to calm your tits down. 


Boleh dah tu sikit-sikit. Okay, mari turun ke perniagaan, ramai orang pakai jam tangan, bukan? Betul. Memang ramai. Jarang aku jumpa orang pakai jam kaki, jam lutut mahupun jam bangan bunga ros. Tapi adakah kau tahu, bahawa pemakaian jam tangan itu membawa erti yang berbeza bagi si pemakainya? Ada segelintir yang menilai keperibadian orang lain melalui jam tangan. Disebabkan aku pakar psikologi bahagian itu, aku cerita sikit. 


1. Jam tangan besar gajah.

Orang yang pakai jam tangan besar gajah ni berpegang kepada prinsip "Size does matter". Beliau bersifat yakin kepada diri sendiri, melalui jam tangannya. Dia serupa kau jumpa brader bawa kereta besar tengah jalan, tingkap dia turun habis, lepas tu bawa perlahan macam perempuan tua yang esok lusa dah nak kembali ke Rahmatullah. Konfiden. Namun kadang-kadang sifat konfiden ni disalahertikan sebagai sifat sombong, berlagak, asshole serta nafas berbau. 


2. Jam kecil lahanat

Selalunya perempuan yang suka pakai jam sebegini rupa. Baik tak payah pakai jam. Bila kau tanya "Pukul berapa sekarang cik adik?". Beliau akan angkat lengan ke betul-betul depan muka beliau, sebab jam tu kecil sangat. Itupun kadang-kadang bukannya nampak pun jarum jam tu. Sebab tu la kadang-kadang bila kau tanya perempuan jam pukul berapa, mereka akan menjawab "Pukul [1-12] lebih." Perkataan lebih tu mesti ada, sebab beliau sendiri tak pasti pukul berapa sebenarnya sekarang ni. Orang yang sebegini, mereka berperwatakan perempuan. Ha kau stereotypekan la sendiri sifat perempuan, semua ada kat mereka, contohnya, suka pergi membeli-belah, bencikan sukan berpeluh serta menyimpah hasrat berkahwin di Eropah.


3. Jam tangan badut

Jam tangan badut, adalah terma yang diberi oleh pakar-pakar psikologi, kepada jam tangan yang mempunyai warna seperti badut. Jam tangan kaler merah, kuning, ungu, koko, jingga, hijau terang, hijau pucuk pisang atau biru. Ibarat badut, golongan ini bersifat seronok-seronok. Happy go lucky, enjoy the moment, carpe diem ataupun fuck the system adalah antara motto kehidupan mereka. Pada mulanya, jam tangan badut ini dipopularkan oleh lima adiwira terkenal sekitar tahun 90-an dulu, Power Rangers. Entah-entah mereka yang memakai jam tangan badut juga merupakan ahli Power Rangers, ataupun Teletabis, siapa tahu? 


4. Jam tangan bulat

Jika dari psikologi dan sains, bulat adalah bentuk semulajadi. Jarang benda semulajadi berbentuk petak, segitiga ataupun oktagon. Nombor Pi (nisbah apa benda entah dalam bulatan) adalah antara nombor yang dikatakan mengandungi rahsia sekalian alam, setakat mana kebenarannya, peduli apa aku. Jadi, pemakai jam tangan bulat boleh dikatakan semuanya adalah manusia. 


5. Jam tangan petak/segitiga/berbentuk bintang

Pemakai jam tangan petak dikatakan mempunyai satu perwatakan yang cemerlang dari segi kira-kira. Ini kerana bentuk petak merupakan satu bentuk yang konkrit, tidak bersifat subjektif seperti bentuk bulat tadi. Untuk melukis bentuk petak, kau bukan boleh senang-senang nak lukis, kena pakai pembaris. Yang memakai jam ini bersifat teliti, cekap, skema serta bukan orang PAS. Bagi yang memakai jam tangan segitiga pula, mereka adalah anggota tertinggi Illuminati ataupun Freemason yang dikatakan jahat tahap iblis. Walaubagaimanapun, yang memakai jam tangan berbentuk bintang disahkan gila serta hilang akal apa benda la pakai jam tangan bentuk bintang?


6. Jam jarum VS jam digital

Jika kau seorang yang takut ke klinik ataupun ke hospital, jam jarum bukanlah pilihan yang terbaik. Oleh sebab itu, aku merumuskan bahawa mereka yang memakai jam jarum adalah mereka gemar berpeleseran di klinik swasta, klinik kerajaan, hospital mahupun rumah mayat. Jarum bukanlah fobia bagi mereka. Yang memakai jam digital pula dianggap sebagai masa kecil tak pernah belajar tengok jam jarum sebab tu bila besar pakai jam tangan yang tak ada jarum. Bodoh betul, tengok jam pun tak reti. 


So, which category you fall into? How does that make you feel? Do you want to punch your uncle right in the middle of his groin? You know how to make you feel better, do you better? Can you blow my whistle?


Wallahualam bisowap. 

Monday, September 9, 2013

Kekecewaan seorang aku

Aku tengah lepak dalam bilik aku sambil hisap Philip Morris (Malaysia) merah ni. Kisah hidup yang aku lalui hari ini, yang bakal aku tulis dengan nada kekecewaan, adalah sedikit memalukan orang besar-besar. Aku serta dua lagi kawan sepatutnya pergi temuramas seorang pengurus bank tadi.


Dari dua minggu lepas dah kami kontek bank tersebut, nak temuramah topik kecil, tak ambil masa yang lama pun sebenarnya. Dua minggu lepas kami datang ke bank, pengurus tak ada kat ofis katenyeee. Kami pun oraitlah kami nak buat janjitemu minggu depan, dan pihak bank pun kata oraitlah nanti kami kontek anda bertiga lalu kami pun ha orait orait.


Pagi tadi kawan aku telefon balik bank tu, pengurus ada bank kateeenyeeeee, petang ni bolehlah berkunjung ke sini. Ha okey kawan aku roger ke pihak bank. Lepas tu petang tadi, bila kawan aku telefon balik bank tersebut, dah pengurus tak ada kat opis pulak kateeenyeeee berlawanan dengan apa yang dikata tadi. Ditambah lagi, pihak bank tak tahu bila pengurus akan masuk bank petang ini. Kami ambil keputusan, macam nilah, kita pi tunggu kat bank tu, kita tunggu sampai pengurus dia masuk opis. Ha orait orait.


Last, sekali kami end up menemuramah pegawai bank yang bukannya pengurus, sebab pengurus bank "tak ada" kat bank. Aku bukan nak komplen apa benda pun kat sini. Cumanya, janganlah tipu pelajar-pelajar universiti yang nak ambil sikit masa nak interview, tahulah hang tu pengurus bank. 


Pelik betul aku, pengurus bank tu ingat kami tak nampak ka dia ada dalam opis masa kami interview pegawai bank yang lain tu? Hang ingat kami buta hurup ka setan tak reti baca "Pengurus" yang ada depan pintu hang tu? Kakaka, dah jawatan tinggi pun bodoh jugak. Kalau busy, cakap la busy. Interview tadi pun tak sampai lima belas minit. 


Bodoh punya pengurus Agro Bank cawangan Kangar. Dahlah perempuan, mesti ketiak bau itik.

Sunday, September 8, 2013

Nyamuk menyamuk

Semenjak musin hujan melanda utara tanah air ni, ada seekor binatang yang populasinya makin meningkat. Rumah aku yang tak pernah-penah ada nyamuk tiba-tiba dikunjungi nyamuk secara bertubi-tubi. Datang tidak diundang, pergi tidak mahu pula binatang bangang itu. 


Cuba bayangkan nyamuk yang menggigit tapi tak menimbulkan rasa gatal. Entah betul ke tidak nyamuk menggigit peduli apa aku. Cuba bayangkan. Aku rasa aku okey kalau dia datang bawak kawan ramai-ramai nak sedut darah aku. Janji tak menggatalkan. Datang ramai-ramai, parking atas lengan maskulin aku, lepas tu ramai-ramai baca bismillah sebelum sedut darah. Bukannya banyak pun darah yang depa hisap, bukan?


Satu lagi, cuba batangkan kalau nyamuk ni pesen tak bangang. Pesen yang tahu baca peta ataupun fasih sikit-sikit pasal anatomi manusia. Ini tak, dahlah terbang macam orang mabuk, lubang hidung lubang ketiak lubang telinga semua nak masuk. Bangang. Lubang hidung lubang telinga kalau kau masuk, tak ke bangang situ dahlah banyak tahi. Yang masuk ke ketiak tu bukan tahap mabuk, tapi tahap mabuk lepas tu pergi hisap dadah, bodoh apa masuk ketiak sebab nak sedut darah? Kot tersedut sisa-sisa deoderant aku yang pagi tadi ke, tak ke mati sebab minum bahan kimia? Belajar la sikit anatomi manusia, takpun belajar baca peta. 


Lagi satu, nyamuk ni buta ke? Dia tak nampak ke yang aku dah bunuh berpuluh-puluh nyamuk dengan tamparan maut aku? Orang tua-tua cakap, belajar dari orang terdahulu dari kamu kalau hendak berjaya dalam hidup. Belajarlah dari nyamuk-nyamuk yang dah mati kena tampar tu! Itupun tak reti? 


Entah bila la binatang nyamuk ni nak pupus dari muka Bumi? Kurang-kurang, bila ramai nyamuk pupus, boleh jugak depa jadi sumber minyak dan gas asli, tak ada lagi alasan untuk minyak naik. 

Friday, September 6, 2013

Mimpi separa serius

Semalam sekitar jam tiga atau empat pagi, aku ada benda nak tulis. Malangnya pada masa tersebut (sekitar tiga atau empat pagi waktu lokal), telefon aku sedang dicaj baterinya dan laptop aku sedang berada jauh dalam jangkauan. Aku mengambil sikap mudah lantas berbisik "Ahhhhhhh. Esok sajalah aku tulis."


Kemudian aku tidur tanpa mengendahkan janji kepada diri sendiri. Semasa aku tidur, aku mendapat satu mimpi yang sedikit menggembirakan. Mimpi bahawa aku sedang berada di hadapan kaca televisen, menonton rancangan "Di Sebalik Tabir : Kuch Kuch Ho Tai Hey!". Yang menggembirakan bukannya rancangan itu sendiri, tetapi aku makan ayam goreng di dalam mimpi tersebut. Lepas tu, siap ada Shah Rukh Khan, beliau punya ketawa dalam "Di Sebalik Tabir : Kuch Kuch Ho Tai Hey!" tu memang padu. 


Jika diselidik dari sudut psikologi, semalam sekitar jam tiga atau empat pagi, aku memang tengah lapar dan dalam keadaan sedikit tertekan dek buku pelajaran yang minta dibaca. Lalu minda separa sedar, yang dimanifestasikan melalui mimpi, menghadirkan ayam goreng serta menjemput Shah Rukh Khan untuk menghiburkan hati beta.


Rupa-rupanya mimpi yang baik menandakan diri dalam keadaan tak berapa baik, sementara mimpi yang tidak baik menandakan diri terlalu selesa dan diri mengingatkan diri sendiri supaya berhati-hati jangan terlalu selesa.


Serius juga aku tulis kali ni, padan muka kau kena baca dengan dahi yang berkerut. 

Monday, September 2, 2013

YNWA

Sebenarnya aku minat bola sepak. Aku mula minat bola sepak sejak dari bangku sekolah lagi. Bukat takat bangku sekolah, papanhitam sekolah, meja kayu sekolah, kapur sekolah, tak lupa juga tingkap sekolah. Memang betul-betul aku mula minat dari sekolah. Sekolah rendah.


Masa aku menetap di Pulau Pinang dulu, dekat Seberang Prai, masa tu aku sekolah rendah. Orang Pulau Pinang ni pelik sikit, pesen terbahagi kepada dua, satu bahagian pulau, satu lagi bahagian seberang, itu pasal aku kena tulis tadi yang aku dulu menetap di seberang. Perangai serupa assabiyah. Ha, masa aku menetap kat Pulau Pinang (geng seberang) dulu, aku minat gila dengan pasukan bola sepak Pulau Pinang. Masa tu power juga team Pulau Pinang. Liga bola sepak Malaysia pun masa tu ditaja oleh Dunhill, power sungguh! 


Kali pertama aku berkecimpung dalam bola sepak antarabangsa adalah pada tahun 1998. Piala Dunia di Perancis. Aku sokong Brazil masa tu, maklumlah, masa tu pasukan yang paling power pun Brazil. Bila final Piala Dunia 1998 tu, aku siap bangun pukul 3 pagi, sebab nak tengok final. Kecewa betul aku bila Brazil main macam taik pagi tu, marah betul aku dengan Zidane masa tu. 


Bila masuk MRSM, aku mula kenal apa itu English Premier League. Match pertama yang aku tengok, bukannya match EPL, tapi match UEFA Cup (kini dikenali sebagai Europa League), antara Liverpool dan Marseille (kalau tak silap). Masa tu la aku jatuh hati ke Liverpool. 


Lepas tu semalam, Liverpool menang 1-0 dengan pasukan kerdil dari Manchester. Kesian betul pasukan kerdil tu, pesen tak reti main bola sepak. 


You'll never walk alone brader you'll never walk alone! 



Thursday, August 29, 2013

Ayam dan Kucing

Aku ada kat kedai makan ni, punyalah sibuk minggu aku, sampaikan ini baru kali pertama aku makan hari ni. Padahal dah pukul enam petang. 


Aku makan nasi ayam. Dengan teh ais. Lepas tu ada kucing kaler oren, datang dengan muka kebuluran. Dalam banyak-banyak kucing kedai makan, aku yakin kucing oren ni adalah kucing paling sopan dan beradab pernah aku jumpa. 


Tak macam kucing kedai makan yang lain, beliau datang dan duduk senyap-senyap sambil pandang tepat ke muka aku. Aku buat-buat tak perasan je mula-mula, sebab aku memang betul-betul lapar. Aku makan dengan cermat dan dimulai dengan kalimah Tuhan. Dalam beberapa minit aku makan, sampai aku lupa akan kehadiran beliau, tiba-tiba aku rasa macam ada orang 'tap' paha aku. 'Tap' tu dalam bahasa orang puting, dalam bahasa Melayu aku taktau apa dia.


Rupanya kucing oren tadi. Kau pernah ke kedai makan yang ada kucing? Kalau kau buat tak peduli kat kucing kedai makan yang minta makanan, depa akan panjat dan letak dua kaki depan depa atas peha kau. Itu bukan 'tap' dah tu. Tapi kucing oren ni lain sikit, beliau 'tap' pakai satu kaki hadapan. 


Dia macam kau pergi kenduri kahwin, lepas tu ada budak kecil datang kat kau dan ajak kau bermain. Budak tu akan sentuh badan kau dengan satu tangan lepas cakap "Brader. Jomla kita ke taman permainan depan tu brader. Kita main jongkang-jongket brader." Ha lebih kurang macam tu.


Lepas beliau 'tap' peha, beliau terus lagi pandang muka aku. Langsung tak keluar bunyi miow. Aku fikir balik, kucing ni mesti seekor kucing yang paling penyabar dalam kalangan kucing-kucing yang bermastautin di kedai makan. 


Dengan ikhlas, aku sumbangkan tiga potongan ayam dari nasi ayam aku kepada beliau. Beliau tidak menunggu lama, dengan cermat dan dimulai dengan kalimah Tuhan, beliau makan. Lepas kenyang, beliau blah pergi tidur bawah meja makan yang lain. Sudahlah sopan dan penyabar, beliau juga mengamalkan "jangan makan dan tidur di tempat yang sama, tak elok!". 


Semoga ketemu lagi kucing oren, hang mempunya pekerti yang mulia, aku harap kucing gemuk aku di rumah dapat mencontohi pekerti beliau.



Thursday, August 15, 2013

Suami Tumbuk Isteri aku tumbok kau bha!

Semenjak aku melibatkan diri dalam senario laman sosial, banyak benda itu ini yang aku perhati. Antara yang terbaru adalah video suami pukul isteri dalam lif. Aku tak tengok video tu sebab aku pesen yang malas nak ambil tahu pasal hal rumahtangga orang.


Tapi, biarpun aku tak tengok, ini tak bermaksud bahawa aku tak boleh komen sikit-sikit berkenaan hal hangat itu.


Komen yang bakal aku lemparkan adalah bersifat subjektif dan bukannya objektif. Kepada yang suka-suka sebarkan video tersebut, ketahuilah bahawa kau langsung tak membantu dalam menyelesaikan permasalahan rumahtangga mereka. Niat memang murni, konon nak sedarkan masyarakat bahawa penderaan domestik itu salah. Masyarakat rata-rata dah tahu.


Apa kata, untuk kali ini, kau cari siapa pasangan dalam video tersebut, cari sampai dapat, bawa ahli ugama ke polis ke bomba ke najib ke bawa pergi jumpa pasangan tersebut dan kasi lah nasihat bersama-sama. Alang-alang dah nak menyibuk hal rumahtangga orang, baik kau sumbangkan sesuatu yang berguna. Bak kata pepatah, jangan jadi anjing yang menyalak bukit.


Lagi satu, ingatkah kau kepada peristiwa tahun lepas (atau dua tahun lepas), di mana seorang pemuda yang meninggalkan ibu tuanya di sebuah hotel cina di Utara Malaysia? Masa tu, peh, ramai gila babi yang mengecam, mengutuk, mengeji, malah siap tempah neraka kepada pemuda tesebut. Derhaka kepada ibu kata mereka. Laaaaaast sekali, cerita sebenarnya? Semua yang mengutuk tadi terpaksa menjilah ludah sendiri balik.


Tanpa berucap dengan lebih panjang (atau without further a due kot orang putih panggil), kita rilek dulu. Kita kasi peluang mana-mana pemberita buat liputan dulu, kasi cerita penuh keluar dulu. Cerita penuh dari dua-dua pihak. Sabar lah kejap, kang nak kena jilat ludah sendiri kang jijik pula.

Monday, August 12, 2013

Laporan Sukan

Laporan pertama yang aku nak laporkan adalah berkaitan dengan pertembungan dua pasukan gergasi bola sepak, pertembungan di antara Barcelona dan Malaysia. Perlawanan yang berlangsung itu hari sangatlah seimbang, dengan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi permainan yang bermutu, corak permainan yang sedap, perancangan taktikal yang baik serta kesungguhan yang kuat. Malangnya, kalah menang itu adat permainan, serta sudah menjadi adat Malaysia untuk sengaja kasi can pasukan lawan menang. Adat orang Timur, kena mengalah, tambah-tambah lagi kita kan tuan rumah itu hari.


Laporan kedua berkaitan dengan pertembungan dua negara yang begitu hebat, China dan Malaysia. Sudah diketahui bahawa kedua-dua negara ini mengandungi bakat-bakat besar di dalam permainan badminton. Dari awal kejohanan lagi Lin Dan dan Chong Wei sudah diramal bertembung di pusingan akhir. Selain itu, pemenangnya juga sudah lama diramal. Jika dilihat dari konteks adat Timur, China tidak mengamalkan adat 'tuan rumah kena mengalah', ini tidak patut. Chong Wei terpaksa menarik diri serta diusung keluar dari gelanggang akibat kecederaan yang menimpa beliau. Bukan apa, sebagai orang yang bertandang ke gelanggang tuan rumah, jangan lepak lama-lama di tempat tuan rumah, tak molek. Takkan kau pergi beraya rumah orang kau lepak lama-lama pula? Balik awal. Itu juga adat Timur.


Laporan terakhir adalah laporan mengenai perlawanan di antara sebuah kelab kecil iaitu Machester United menentang Wigan Athletic. Laporan ini aku malas tulis sebab tak ada orang ambil port pun akan perlawanan ini.


Laporan sukan ini ditulis dan disunting oleh bukan Maria Matijoh.

Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!




Monday, August 5, 2013

Ini cerita aku pergi bazar raya tadi (18sx)

Berhubung perkara di atas, aku pergi tadi sebab aku jadi drebar. Sampai ke hari ini aku masih berpegang prinsip dan etika tidak membeli apa-apa sempena raya. Sebab tu aku jadi drebar sahaja. Raya pakai baju tiga empat tahun lepas, siapa nak halang?! Jakim? Jais? Jalil Hamid?


Seronok juga sebenarnya pergi bazar raya dan tengok-tengok orang.


Semasa turun dari kereta tadi, aku kaget. Aku terserempak dengan sepasang pipi punggung yang bukan main besar, disaluti satu jenis seluar kaler oren yang bukan main nipis. Kenipisan seluar oren itu aku rumuskan daripada kejelasan garisan-garisan di bawah sepasang pipi punggung terbabit. Bukan itu sahaja, malas pasangan pipi punggung itu turut kelihatan seperti terbenjol keluar, seolah-olah ianya bengkak dan kena ketumbuhan.


Perkara pelik tidak terhenti di situ. Sampai saja aku ke bazar raya, aku terjumpa lagi dengan makhluk aneh. Pernahkah kau bertemu dengan mekap-mekap penuh kaler-kaler yang melekat di atas muka yang bukan main lebar? Aku pernah. Itu lah makhluk aneh yang aku maksudkan tadi. Bukankah aneh bagi mekap-mekap penuh kaler-kaler pergi ke bazar raya? Bagi aku, itu benda teraneh pernah aku lihat selain sepasang pipi punggung tadi. Sampaikan, ada seorang pakcik tua berbisik kepada bininya tadi, "Tu, seghupa kat Lorong Haji Taib". Aku tak pernah jejak kaki ke lorong itu. Lorong jual mekap-mekap penuh kaler-kaler la tu, aku membuat andaian yang baik-baik.


Aku berharap selepas ini aku tidak disumpah oleh mana-mana punggung atau mekap yang siapa makan cili padan muka hang rasa la pedas.


*hisap rokok*


Ince Vincent Bell dalam kenangan

"You are what you eat." -Ince Vincent Bell.


Beretika bukan bila aku mulakan entry ini dengan pepatah yang agak popular itu? Ince Vincent Bell, jika kau tak tahu, adalah seorang ahli falsafah yang muda di awal kehidupannya dan tua di akhir kehidupannya, sementara di tengah-tengah kehidupannya, beliau merupakan seorang yang tidak begitu tua dan tidak begitu muda. Beliau juga tidak suka makan sayur mahupun ikan-ikan yang hidup di dalam air tawar.


Bukan itu sahaja, malah Ince Vincent Bell adalah seorang lelaki. Seorang lelaki yang lahir dari rahim seorang perempuan yang berkahwin dengan lelaki lain yang dikenali sebagai bapa Ince Vincent Bell. Datuk beliau pula merupakan seorang lelaki yang mengahwini seorang perempuan, dan mereka berdua dikurniakan seorang anak, yaitu bapa Ince Vincent Bell. Cerita bapa Ince Vincent Bell juga hampir serupa dengan Ince Vincent Bell, muda di awal kehidupannya, tua di akhir kehidupannya, sementara di tengah-tengah kehidupannya tidak begitu tua dan tidak begitu muda.


Selingan : Jam lima pagi, kawasan rumah rumah aku blackout, dan jiran atas rumah sedang menumbuk cili agaknya. Bahalol punya jiran.


Disambung kembali cerita Ince Vincent Bell. Emak kepada Ince Vincent Bell mempunya seorang suami, iaitu bapa Ince Vincent Bell. Pada firasat Ince Vincent Bell, emaknya mempunyai seorang bapa yang juga menjadi datuk kepada Ince Vincent Bell. Walhal, bapa Ince Vincent Bell sendiri bukanlah datuk kepada emak beliau. Nenek beliau berbangsa Eropah Tenggara.


Minat terhadap kereta membuatkan Ince Vincent Bell menjadi tidak hentu-hala. Sering beliau mengunjungi mana-mana kedai kereta yang menjual kereta terpakai mahupun kereta yang belum dipakai, semata-mata mahu mengagumi kebijaksaan jurutera-jurutera kereta serta kebagusan stereng. Boleh dikatakan, Ince Vincent Bell seorang lelaki yang berdatukkan bapa kepada bapa Ince Vincent Bell serta emak Ince Vincent Bell. Ini tidak dapat disangkal lagi.


Sehinggalah pada suatu hari, Ince Vincent Bell menjadi pemurah. Kesemua harta benda beliau disedekahkan kepada fakir miskin serta ibu-ibu tunggal sekitar Bangkok. Genap sepuluh tahun, Ince Vincent Bell pun meninggalkan kita.


Sehingga ke hari ini, nama beliau diingati di seluruh dunia.

Sunday, August 4, 2013

Kisah Percutian Solo #2

Esok paginya, aku bangun, siap-siap mandi dan kemas barang. Barang aku tak banyak, yelah, datang pun seorang, tinggal pun semalam je. Lagipun aku bukannya lelaki metroseksual, tak perlu banyak barang. Cumanya, aku terlupa bawa berus dan ubat gigi. Celaka sungguh. Dahlah masa tu aku belum bergelar perokok, mulut bau longkang.


Aku terus turun ke kaunter, check out, dan telefon teksi. Dalam tengahari tu, aku dah sampai ke pantai Chambre d'Amour yang semalam aku dah datang pun. Kali ini, aku bawa sebuah novel yang aku tak ingat tajuk.


Aku cari port yang sedap untuk berbaring atas pantai, aku baring. Beg aku jadikan bantal tempat lapik kepala. Sambil membaca novel, aku rasa best betul. Angin pantai, bunyi ombak, pasir pantai yang halus. Kadang-kadang ada juga budak-budak kecil serta remaja yang berlari-lari atas pantai. Nampak memang macam ceria, padahal menjengkelkan.


Lama juga aku lepak-lepak situ sambil baca novel. Aku berubah dari seorang artis Hollywood yang cool kepada seorang yang betul-betul aku nak jadi, seorang yang tenang serta bencikan kanak-kanak yang buat bising. Bila haus datang, aku pergi beli sebotol Coca-Cola, dan sambung baca novel.


Sebenarnya aku tak pandai berenang. Jadi tujuan datang ke pantai hanyalah bersifat duduk-duduk dan observe kelakuan orang ataupun anjing-anjing disitu. Banyak sebenarnya benda boleh belajar dari memerhatikan kelakuan orang atau anjing sekeliling. Sebagai contoh, anjing, aku yakin anjing memang sukakan pantai. Sambil lidah terjelir, ia memandang jauh ke laut. Memikirkan masa depan mungkin.


Bila dah dekat petang sikit, aku melangkah ke kedai kebab semalam. Masa nak order kebab tu, aku rasa janggal betul, yelah, hari ni tak gosok gigi. Lahanat punya bau mulut. Makan kebab pun rasa kelat pahit-pahit sikit. Nasib baik ada Coca-Cola, boleh counter balik rasa kelat pahit-pahit tadi.


Habis makan, aku ambil teksi dan menuju ke stesen keretapi. Meninggalkan "Bilik Asmara/Cinta" di belakang.




"Best tak Kai kau pergi pantai sorang-sorang hari tu?"


"Hmm...bolehlah." kalau aku cerita pasal ketenangan pantai pun bukannya kau faham.

Saturday, August 3, 2013

Ini cerita aku kerat rambut tadi

Tadi aku pergi kerat rambut. Ada orang panggil potong rambut, ataupun gunting rambut, tak lupa juga buat rambut, tapi aku prefer kerat rambut. Kerat sebab ianya berbunyi kasar, seolah-olah bunyi bila mata gunting bertemu rambut, krat krat.


Sebagai lelaki tampan yang rock, aku tak suka kedai mamak dan aku tak suka salon mahal. Aku lebih rela kepalaku dicabul oleh untie cina yang mahir dan cekap.


Masa aku sampai kedai untie tu tadi, orang penuh. Aku tunggu luar. Lepas tu dalam 15 minit tunggu, ada untie cina sorang dari kedai, dengan rambut berbau salon.


"Saya mau tumpang laya sekali. Kita lamai-lamai cina melayu india kita satu malaysia maa.."


Aku senyum angguk-angguk. Untie tu pun blah sambil kayuh basikal. Lepas setengah jam tunggu, baru aku boleh masuk. Dalam tu ada sorang lagi kastemer dok buat rambut, untie cina juga.


"Laya bila haa? Hali apa?"


Aku jawab Khamis ke Rabu entah, sebab aku pun bukannya ada teropong nak teropong anak bulan. Sepanjang aku dalam tu, untie tu cuba bersembang dengan aku, tanya aku pasal rambut aku yang kerinting sikit-sikit. Aku cakap tak banyak sangat sebab aku mana reti sembang dengan orang tua.


Sekarang ni persiapan raya aku dah cukup, rambut raya baru dengan iman di dada.

Kisah Percutian Solo #1

Itu hari, minggu depan ada satu cuti seminggu. Selalunya masa cuti-cuti memang akan rasa bosan, benda paling tak bosan yang boleh dibuat pun adalah main Xbox sehari suntuk. Main apa-apa permainan video ni macam MLM, mula-mula memang seronok, tapi akan sampai tahap tepu. Bila sampai tahap tepu mula lah rasa macam nak terajang Xbox dan televisen. Bosan.


Tengah aku fikir secara serius apa nak buat masa cuti tu, aku terdengar perkataan 'bitch' dari satu klip musik dalam televisen. Tanpa cakap banyak sangat terus aku buka laptop dan google "plage près de Toulouse". Lagipun dah berapa lama aku tak pergi pantai? Sejujurnya. Sangat lama. Kampung kat Perlis, mana ada pantai! Sejak jejak kaki ke tanah keju dan wain merah ni, mana pernah aku pergi pantai!


Dalam banyak-banyak senarai pantai yang dicadangkan oleh google, aku bersetuju nak pergi Anglet, google cakap situ ada satu pantai. Naik keretapi dari Toulouse dalam sejam lebih sikit-sikit. Nak sewa kereta pandu sediri, aku mana ada lesen kereta lagi masa tu. Nak kayuh basikal pergi Anglet pulak macam terlalu bangang sangat. Jadi aku tempah tiket keretapi secara online.


Selalunya kalau cuti, nak kemana-mana, aku akan bergerak secara berkumpulan. Rancang dalam tiga empat orang, tempah tiket keretapi atau penerbangan sama-sama, dan tinggal dalam hotel yang sama. Kali ini, aku bergerak solo. Rasa macam ahli kumpulan rock and roll yang rebel dan kemudiannya keluar dari kumpulan secara marah.


"Kau tak bosan ke Kai pergi sorang-sorang?" kawan aku tanya dalam nada serius bila aku beritahu pasal rancangan percutian singkat aku. Aku termenung jauh sikit, lepas tu aku bagi jawapan yang kawan aku tak berapa puas hati dengan jawapan tu. Aku rilek je, lagipun soalan tu berbentuk subjektif.


Hotel aku dah siap tempah dah. Aku pergi Anglet hari Ahad. Satu pilihan yang agak silap sebab perkhidmatan bas dekat Anglet cuti hari Ahad. Lahabau. Dari stesen keretapi ke hotel, bukan dekat. Aku ada pilihan satu lagi, teksi. Tapi aku tak suka naik teksi sebab aku berpegang prinsip yang caj teksi satu dunia adalah satu skim penipuan. Lalu aku percaya gerak hati, dan menapak dari stesen keretapi dengan hanya berpandukan alamat hotel.


Aku menapak sambil galas beg galas belakang. Cuaca di Selatan Perancis memang sedap, tak perlu risau mati kesejukan kalau menapak jauh-jauh. Dua tiga orang tempatan aku kacau masa tu, tanya arah kemana aku nak tuju untuk sampai hotel. Dan dua tiga orang jugalah yang tak berapa arif macam mana nak sampai ke hotel tersebut. Aku cemas sikit dah, sampailah aku terserempak dengan satu makcik yang bawa anjing jalan-jalan. Aku tegur dia dengan sopan dan aku tanya. Dia geleng. Ah lahanat, kalau kau tak tahu hotel tu kat mana baik tak payah keluar bawa aniing jalan-jalan!


Lama juga kami berdua terdiam di situ sambil dia cuba fikir dalam-dalam tentang hotel yang aku maksudkan tadi. Lalu datang seorang brader dalam lingkungan 30-an, naik basikal. Makcik tersebut dengan baik tahan brader tersebut dan tanya soalan berkaitan hotel aku. Brader tu juga mula fikir dalam-dalam, aku dah macam putus asa sikit dengan taktik fikir dalam-dalam ni. Tapi aku bagi peluang ke brader tersebut.


Bila dah habis fikir, brader tu pun terangkan ke aku hotel tu ada di mana. Dia cakap jalan terus, belok kanan, lepas tu jalan terus lagi, lepas tu belok kanan lagi. Aku tanya dia, kau yakin ke ni brader, dia jawab, rasanya kat situlah. Kami berterima kasih sesama sendiri dan meneruskan pekerjaan kami tadi, yang makcik, bawa anjing, yang brader, kayuh basikal. Yang aku, menapak.


Menapak la aku sorang-sorang atas jalanraya yang kecil. Kosong. Kalau tadi aku berasa seperti ahli kumpulan rock and roll yang rebel, kini aku rasa macam seorang koboi di kawasan gurun. Dalam menapak, aku lintas kawasan perumahan, supermarket dan tiga empat rumah kosong. Sambil menapak, aku terfikir, kejadah la aku fikir tadi? Ada ke patut aku tanya arah jalan kepada seorang perempuan? Perempuan mana tahu arah jalan! Terbukti lelaki (brader basikal) lebih arif pasal arah jalan berbanding perempuan (makcik berserta anjing).


Lima minit menapak, aku belum nampak hotel. Sepuluh minit, belum juga. Setengah jam, bumbung hotel pun tak muncul lagi.


Empat puluh lima minit. Rekod. Aku menapak selama empat puluh lima minit, baru jumpa hotel yang aku cari. Baju bukan setakat basah, tapi lencun dengan peluh. Seluar dalam jangan cerita lah, serupa lepas basuh terus pakai.


Bila sampai hotel, aku terus masuk bilik, baring kejap. Hotel yang aku duduk tu hotel (bolehlah) bajet. Tapi lengkap semua, katil, televisen, tandas dan cerek elektrik serta cawan. Bersih, sesuai untuk koboi di kawasan gurun macam aku. Aku turun ke bahagian kaunter dan aku tanya, macam mana nak ke Chambre d'Amour. Dia cakap, jauh tu, hari ni Ahad, bas tak ada, kena naik teksi. Celaka kena juga naik teksi! Aku mengalah dan aku masuk ke dalam skim penipuan caj teksi.


Chambre d'Amour ni kalau dialihbahasa akan berbunyi "Bilik Asmara/Cinta". Kawasan pantai di Anglet.


Pantainya memang sedap untuk hang out. Bersih, berangin, tak berapa ramai orang tak berapa sikit orang, pasir halus, kedai makan banyak. Petang hari pertama tu aku lepak jalan-jalan tepi pantai sambil makan aiskrim dan dengar iPod. Kalau tadi aku berubah dari ahli kumpulan rock and roll yang rebel kepada koboi di kawasan gurun, kini aku berasa seperti artis Hollywood yang cool.


Lama juga aku hang out di situ, sampai ke senja. Bila petang, perut aku lapar lalu aku pergi makan kebab dikalangan kedai-kedai makan disitu. Makan kebab di tepi pantai waktu senja, satu perkara yang tak pernah aku fikir dulu yang aku akan buat. Rekod juga tu.


Balik ke hotel dan mandi. Rancangan televisen macam tak berapa sedap, balik-balik diskusi pasal perkara yang serius. Aku tutup televisen dan aku membuta sampai ke pagi esok.


Friday, August 2, 2013

Jabatan Kaji Cuaca

"Langganilah pek SaluranEntahMendeeeMendeeeTapiMahalLahanat sekarang! Hubungi--"


'Service currently not available.'


Aku bangun dengan malas pergi buka laci. Aku belek-belek bil-bil bulan lepas. Ada bil air, bil karen, bil telefon sekali dengan internet. Tapi aku fokus ke satu bil, bil Astro.


Aku baca betul-betul bil Astro, lepas tu geleng-geleng, dah bayar dah bulan lepas punya. Skrin televisen masih gelap, 'Service currently not available'.


Aku tutup suis televisen, aku tutup suis dekoder Astro, aku masuk bilik. Aku capai telefon pintar aku yang tak la pintar mana pun kalau betul dia pintar dah lama dia jadi saintis bisik hati kecilku bergurau hambar. Aku telefon kawan aku.


"Kensel lah lepak petang ni, kejap lagi nak hujan---betul memangla langit tengah cerah lagi tapi kejap lagi mesti hujan---orait---bai."


Astro, peramal cuaca Malaysia seratus peratus boleh dipercayai.





Saturday, July 27, 2013

Kisah nasyid jamban

Itu hari, ada pertandingan nasyid. Sekolah aku macam biasa sibuk-sibuk jugak nak masuk. Aku pergi odisyen nasyid tu saje-saje jeee, tak sangka aku ada bakat ke arah nasyid. Kami pun digabungkan dalam satu kumpolan yang rata-ratanya pemuda sekolah rendah berbakat besar. Bilangan geng nasyid kami pada mulanya sejumlah lebih kurang kumpolan Rabbani. Ramai.


Satu hari, sedang kami berlatih vokal melalui satu lagu nasyid yang aku tak berapa ingat tajuknya, cikgu kami mendapat satu idea yang sia-sia.


"Hampa ni ramai sangat, kena buang soghang dia. Apa kata kita prektis depan senior hampa?"


Lalu berjalanlah geng nasyid pemuda harapan bangsa ke ke kelas brader-brader darjah lima. Perut aku tak berapa sedap dah masa tu. Masuk kelas senior, aku jalan tunduk, hormat senior. Berbaris depan papanhitam ramai-ramai, tunggu isyarat dari cikgu untuk melaungkan nasyid.


Perut aku lagi sakit dari tadi. Serta-merta aku angkat tangan panggil cikgu aku tadi. Aku bisik kat telinga beliau cakap aku nak tarik diri. Lepas tu aku terus blah menuju ke tandas dalam keadaan terkemut-kemut.


Bila aku fikir balik, kalau tidak disebabkan sakit perut hendak berak masa tu, mungkin aku dah jadi penyanyi nasyid komtemperari di bawah naungan KRU.

Friday, July 26, 2013

Kisah main bola ala samba

Geng aku dah ready, geng lawan pun dah ready. Perlawanan ini berlangsung di satu buah taman permainan, di mana ada ruang besar di tangah-tangah, buaian-buaian yang dibuat dari kayu belah kanan, jongkang-jongket spring belah kiri serta papan gelongsor plastik belah kiri bawah sikit.


Priiiiiit! Sepak mula!


Sebagai dua buah pasokan bola sepak amatur yang dianggotai rata-rata oleh pemuda sekolah rendah, kedua-dua geng mengamalkan corak permainan ala-ala samba Brazil, pesen position setiap pemain boleh berubah-ubah dalam usaha mengelirukan pihak lawan masing-masing. Strategi ini memang berhasil sampai kan kadang-kadang bukan sahaja pihak lawan yag keliru, pihak kawan pun turut keliru. Main secara hentam kromo. Yang penting, siapa dapat tendang bola paling banyak, dia paling power.


Sampai satu ketika di dalam babak permainan, aku berubah menjadi penyerang. Bola tampar (geng aku atau geng lawan tak cukup duit nak beli bola sepak buat main bola sepak, kami ambil keputusan guna bola tampar yang abah aku punya, kaler putih) disepak ke suatu sudut padang, belah kanan padang. Aku berlari kencang dalam usaha menendang bola, tak kisahlah ke mana pun, janji dapat tendang.


Setiba aku di situ, aku berkeseorangan, tiada pihak lawan yang mencabar, aku berbakat besar mungkin hingga tiada yang berani one-on-one dengan aku. Sekali...


Gedegang! Aku terpelanting kebelakang.


Esoknya, aku kena pergi buat cermin mata baru, sambil hidung aku senget sebelah. Bodo punya buaian dengan budak main buaian.

Thursday, July 25, 2013

Tips Untuk Kekal Bertenaga di Bulan Ramadhan Mak Ai Panjang Betul Tajuk

Rasa penat betul itu hari. Kalau diikutkan, aku baru mula berjinak-jinak dalam bahagian puasa di bulan puasa ni. Badan aku tak cukup familiar lagi dengan puasa-puasa. Sekitar tengahari aku dah ada dalam rumah, bosan sungguh.


Lepas tu aku dapat satu idea. Aku tukar baju, aku basuh kaki, aku gosok gigi, aku baca doa. Aku tidur sampai ke sejam lagi nak Maghrib.


Sejak dari hari itu, aku jarang miss tidur petang di bulan puasa. Tidur dia lain macam punya sedap.


Wednesday, July 24, 2013

Selari

Pagi itu Hameed bangun lambat sungguh. Betul-betul punya lambat. Kelas bermula jam 8, Hameed bangun pukul 9. Hameed berasa begitu bangga. Dari katil, Hameed terus lompat ke depan cermin dalam keadaan berbaju, berseluar panjang serta bertali leher.


Hameed tanggalkan satu persatu pakaiannya hinggalah dia berbogel tanpa seurat benang. Hameed capai topi besbolnya dan sarung ke kepala. Tanpa banyak cakap Hameed berjalan ke kelas.


Pukul 9 suku, Hameed sampai ke kelas. Sudah ramai yang ada di situ, hanya ada tiga empat pelajar yang sampai ke kelas betul-betul sama dengan Hameed. Pensyarah masih belum sampai. Di dalam kelas, hampir semua pelajar berbogel, cuma ada dua tiga kumpulan yang seksi memakai pakaian dalam ataupun yang lebih berani lagi, memakai baju ataupun seluar pendek.


Hameed geleng kepala. Tahu lah nak jadi seksi, pakai topi macam aku sudahlah, ini sampai pakai baju pakai seluar, tak tahu adab masuk kelas ke, bentak hati Hameed. Dahlah datang awal, ingat cool habislah tu datang ke kelas? Tambah Hameed sambil mencari tempat duduk kosong di dalam dewan kuliah.


Johan, rakan Hameed, melambai-lambai ke Hameed. Mengajak Hameed duduk di sebelahnya. Hameed berjalan ke arah Johan dan melabuhkan punggung ke tempat duduk disebelah Johan. Johan dan Hameed sama-sama tidak mandi pagi, sama-sama berbau hamis. Pelajar-pelajar di barisan hadapan mereka berbau wangi, Hameed dan Johan buat muka.


"Lambat kau sampai hari ni Meed".


"Biasalah, yang kau datang awal kenapa?"


"Itulah pasal, kalau mak aku tahu aku datang kelas awal, mau berminggu dia membebel ni"


"Haha."


"...kau ada tengok televisyen semalam?"


"Ada. Yang pasal dunia selari tu ke?"


"Haah. Logik ke kau rasa?"


"Entah, aku malas sangat berfikir. Kau rasa?"


"Tak logik. Sebabnya, kan dia cakap dalam tu, di dunia selari, semua benda akan bertentangan. Contohnya paling simple, kalau kat dunia kita ni, semua orang berbogel tak pakai baju, kat dunia selari yang lain, mesti semua orang pakai baju kan? Haha. Mesti best punya duduk situ. Hari-hari boleh usha makwe pakai baju."


"Haha."


"Tapi tu lah. Kalau betul dunia selari tu wujud. Kau tak rasa pelik ke Meed?"


"Apa yang pelik?"


"Yelah. Katakanlah. Katakanlah dunia selari ni betul-betul wujud. Dunia kita sekarang yang kita duduk ni wujud. Maknanya sekarang ada dua dunia, satu dunia kita, satu lagi dunia selari dimana semua benda bertentangan. Di dunia kita, kita tahu dunia selari itu wujud. Tapi di dunia selari yang satu lagi tu, dekat situ, penduduk dunia tu mesti yakin yang dunia selari tak wujud, sebab mereka bertentangan dengan kita. Paradoks. Kau faham tak?"


"Aku faham. Maknanya mustahil lah untuk wujud dua dunia secara serentak, dunia yanh kita tinggal, serta dunia yang selari? Macam tu?"


"Haah."


Serentak itu, Hameed dan Johan serta penduduk-penduduk yang lain mati dan dunia mereka berubah menjadi satu titik putih di mana segala kewujudan lesap dan hilang.

Tuesday, July 23, 2013

Apa Nak Dikata

Mata aku terpandang akan satu gerai kecil. Kedai jual bunga. Bukan mudah nak jumpa kedai jual bunga segar di tepi pantai. Dari jauh, hati aku berkata, aku kena pergi kedai bunga tersebut. Tanpa sebarang sebab, ikut kata hati atau mungkin aku ditakdirkan pergi situ, kaki aku melangkah akur.


Mata aku terpaku, putaran masa seolah berhenti, bunyi deruan ombak menjadi berganda merdu, sinaran matahari seolah pancaran dari syurga. Degupan jantung tak semena-mena berlari kuat, seperti mahu luruh jantung ini. Yang jual bunga di kedai bunga itu, tak pernah aku melihat ciptaan Tuhan secantik itu. Sesusuk tubuh yang cantik molek, rambut dilepas bebas kebawah paras bawah sedikit dari bahu.


Senyuman pertama yang dilemparkan kepada aku adalah senyuman bidadari. Manis umpama bulan. Jantung aku yang tadinya berlari kencang, kini seolah mahu gugur ke Bumi lalu disalut pepasir pantai. Aku membalas senyuman, namun sudah terlambat kerana cek mek molek itu sudah beralih kepada pelanggan kedai yang lain. Aku senyum sendirian sambil mata mengikut pergerakan bidadari kedai bunga itu.


Malam itu aku tak dapat tidur. Aku tekad esok mahu ke kedai bunga itu lagi. Siapa yang hatinya tak tertawan, dia pasti buta.


"Accident. Dekat simpang jalan depan bengkel motosikal." kata seorang budak perempuan.


Aku terkedu. Lesu. Badan aku menggeletar. Jantung aku seolah hari semalam, mahu gugur ke pantai terus terbenam ke dalam pepasir, atas sebab yang berlainan. Aku termenung.


Duduk bersendirian, aku berfikir. Jika takdir cek mek molek kedai bungai itu bukan begitu, sudikah dia menerimaku yang macam ini saja? Jika dia kuibaratkan seperti emas dan permata, di matanya aku diibaratkan apa? Aku mengeluh, jawapan kepada persoalan-persoalan yang bermain sudah tentu aku tidak akan tahu jawapannya.


Aku menoleh memandang sepi kedai bunga sang bidadari. Sunyi. Sepi. Deruan ombak turut menyanyikan irama pilu. Sinaran matahari juga malas memancar, meratapi pemergian bidadari.


Senyum sendirian, aku memandang langit, sekejap lagi bulan muncul. Senyuman sang bidadari akan terukir semanis bulan di langit gelap.


Kisah Iqra'

Yakin betul aku berjalan dengan geng tadika aku masa tu. Kami pakai seragam baju melayu, songkok hitam dengan iqra' masing-masing kat tangan. Aku bawak iqra' nombor satu sebab aku memang noob gila masa tu kalau bab baca Quran. Geng aku lagi dua orang dah jauh sikit, sorang Iqra' nombor tiga, sorang lagi nombor empat.


Lagipun geng aku yang dua orang tu tua dua tahun dari aku. Setelah didesak oleh emak aku, aku berkeyakinan untuk memulakan pengambaraan baca Quran. Dalam tengah berjalan menuju ke rumah ustaz yang ajar Iqra' tu, geng aku dua orang sibuk berbincang. Hal-hal berkaitan kegarangan serta disiplin yang tinggi oleh ustaz tersebut. Aku tak ingat nama ustaz tu, jadi aku bagi beliau nama Ustaz X.


Sebagai seorang yang noob, aku terus jadi kaget dan cemas akan kegarangan Ustaz X. Lalu aku ambil satu keputusan yang aku tidak pernah menyesal.


xxx


"Mak sughoh hang pi baca quran yang hang patah balik ghumah pasaipa?"


"Belum sampai seru lah mak. Rileks lah." jawab aku penuh konfiden.

Monday, July 22, 2013

Bayi yang comel dan tampan

Lewat tahun 80-an, satu emak sedang hang out di satu wad bersalin di satu buah hospital di kawasan Parit Buntar. Parit Buntar merupakan titik pertemuan di antara Pulau Pinang dan Perak, dan, penuh dengan sejarah seperti sebuah bot penuh dengan penumpang tenggelam di Sungai Kerian pada suatu masa dulu. Parit Buntar bakal menerima satu lagi sejarah pada lewat 80-an itu.


Seorang emak itu dijangka bersalin sudah lama. Due date beliau sudah terlepas kira-kira hampir sebulan. Para doktor serta jururawat di situ kaget serta bertanya sesama sendiri, "Pesakit tu bila nak beghanak? Anak dia takmau keluaq kooooot?". Sementara anak emak itu yang masih di dalam kandungan rilek-rilek lepak berpusing-pusing di dalam perut.


Satu abah pula saban hari datang menjenguk satu emak. Saban hari juga soalan yang sama dilontarkan, sampai naik jemu, "Satu emak tak beghanak lagi? Ketegaq anak dalam peghot tu!". Satu emak hanya mampu mengeluh sambil mengusap perut beliau.


Satu hari, doktor menyampaikan berita penting. Anak di dalam kandungan sebenarnya berada dalam keadaan songsang. Jika dilahirkan secara normal, anak tersebut berkemungkinan mati lemas. Operation belah perut terpaksa dijalankan keesokan harinya biarpun air ketuban masih belum pecah. Satu abah dan satu emak sugul.


Satu malam, betul-betul sebelum esoknya nak operate, satu makcik tua datang melawat anaknya di wad bersalin yang sama. Terlihat akan satu emak yang sugul menanti esok hari untuk dibelah perut. Mereka berborak. Makcik tua tersebut kemudian mengambil keputusan mengurut perut satu emak. Hendak dijadikan cerita, pukul 3 pagi, air ketuban satu emak pecah. Satu emak melahirkan satu anak, secara normal, langsung bukan dalam keadaan songsang, hasil urutan satu makcik tua tadi.


Satu abah datang melawat satu emak di wad bersalin.


Satu emak berkata, "Selamat hari jadi satu abah. Anak ketegaq tu, hadiah harijadi untuk satu abah. Bila besar, pasti satu anak itu menjadi kacak." Maka satu abah dan satu emak berketawa selama berjam-jam lamanya.


SELAMAT HARIJADI KEPADA ABAH. (susah sebenarnya harijadi sama, tak boleh pura-pura lupa harijadi abah sendiri)

Sunday, July 21, 2013

Monolog : Aku & Kucing #6

Kau buat apa tu?

-Aku tengah berfikir.

Kau fikir apa?

-Esok birthday kau kan?

Haah.

-...

Kau fikir apa? Macam serius je ni.

-Birthday aku bila?

Kucing mana ada birthday.

-Tipu lah. Takkan tak ada.

Betul.

-Tak logik.

Kucing macam ayam. Bertelur. Mana ada tarikh lahir.

-Oh.

...

-Weh.

Apa?

-...

Apa benda?

-Tarikh telur aku pun takkan tak ada juga?

Friday, July 19, 2013

Tuan Punya Cincin ep6

Setelah selesai menyaksikan Fahrin Ahmad menari sambil tersenyum aneh, skrin televisen nipis itu diam. Logo-logo syarikat penerbitan siri televisen yang makin naik namanya dipaparkan secara bergerak di skrin. Syarikat penerbitan yang terlibat adalah "Talibesen Produksi" yang memaparkan logo berupa seekor pelanduk, "Hameed Kerabu Mosyen" yang memaparkan logo seakan-akan permaidani, serta "Ini TVlah" yang memaparkan logo lelaki memancing di sebuah tasik lama sambil memegang sebuah televisen antik.


"...ramai yang tanya jadi handal apa petua bila keluar senget topi lodeh seluar..." lagu tema untuk episod ini dinyanyikan oleh Madona, diiringi oleh ketukan drum dari Ella. Semua penonton sudah mula berkumpul di hadapan televisen masing-masing, ada yang muda, ada yang tua, ada yang sudah kerja, ada yang belum kerja, ada yang pakai baju hitam, ada yang tak pakai baju hitam, ada yang tak pakai baju serta ada yang berkecimpung dalam politik.


Babak-babak dari episod akhir dimainkan, babak Ferodok serta Sang Goh Lum yang menarik-menarik. Babak di mana Ferodok sedang lincah mencampurkan rempah-rempah Adabi ke dalam periuk serta babak di mana Sang Goh Lum sedang conteng dinding. Babak terakhir yang dipasang adalah babak belon udara bergegar-gegar. Babak tersebut dimainkan secara slow-motion, dengan runut bunyi yang dipasang secara kuat sehingga 290 desibel. Para penonton nampaknya sudah tidak sabar untuk ambil tahu akan kisah berikutnya. Skrin digelapkan secara berhemah.


Ferodok hampir terjatuh, tetapi sempat membuat balik kuang dan mendarat di atas lantai dapur belon udara. Sang Goh Lum terhantuk ke dinding akibat gegaran yang maha hebat itu, dia pengsan di tempat kejadian. Sama ada dia hidup atau mati, itu tidak diberitahu kepada penonton, tetapi jika diteliti, kepala Sang Goh Lum langsung tiada darah. Kemungkinan besar dia masih hidup.


Setelah menstabilkan diri, Ferodok berlari ke arah bilik kawalan belon udara yang berpusat di tingkat atas. Dalam keadaan belon udara itu bergegar-gegar, Ferodok terpaksa berlari dengan berhati-hati serta terjongket-jongket. Dalam perjalanan, Ferodok terlihat akan Sang Goh Lum yang terbaring keenakan, Ferodok buat tidak peduli, dia harus ke bilik kawalan. Musik laju oleh suatu kugiran dari Selatan Marcedonia dimainkan. Mula-mula musik itu dimainkan secara perlahan, namun semakin lama semakin volume ditingkatkan. Penonton sekalian semua dalam keadaan berjaga-jaga, on the edge of their seat or on the edge of their carpets.


Punat lif ditekan berkali-kali seolah-olah itu boleh membuatkan lif sampai dengan lebih cepat. Ferodok gelisah. "Apa punya lif ni?! Lambat betul!". Di benak hatinya Ferodok mengagak bahawa lif ini dibina oleh kroni kerajaan negara Asia Tenggara, itu pasal tak perform.


Ting.


Ferodok terus melompat ke dalam lif. Punat berlabel 'Bilik Kawalan' ditekan. "Pintu akan ditutup, jauhkan diri dari pintu jauhkan diri dari pintu" kata satu suara bernada tegas. Ah! Aku nak cepat ni, dok bising apa, sudahlah tangga pun tak ada! Bisik Ferodok mengomel akan keadaan belon udara yang dipinjam itu. Lif menuju ke atas.


"Bilik Kawalan. Pintu akan dibuka, sila jauhkan diri dari bilik kawalan sila jauhkan diri dari bilik kawalan" tegas juga suaranya kali ini.


Ferodok bersedia, lari! Ferodok berlari secara terumbang-ambing ke arah panel bilik kawalan. Hampir saja dia terlanggar sebuah pasu setinggi 1.5 meter yang diletakkan betul-betul di tengah bilik kawalan itu. Ferodok sempat mengelak. Lantai bilik kawalan yang dibuat daripada kayu pokok Taman Negara Pagoh itu menjamin cengkaman kasut Ferodok untuk mengelakkan dia tergelincir.


"Celaka! Minyak habis!" jerit Ferodok sambil matanya membesar dan mulutnya ternganga. Kamera di-zoom-in ke arah muka Ferodok. Setitik dua penuh muncul di wajahnya. Terlihat akan jeragat di pipi kirinya. Rambutnya dibiar tanpa sebarang gel rambut.


Belon udara terus bergegar, Ferodok panik. Apa nak buat ni apa nak buat ni. Kelam-kabut perlakuan Ferodok berfikir mencari jalan penyelesaian, sekejap berpusing-pusing, sekejap terkinja-kinja, sekejap kaki ke atas kepala le tepi, sekajap bersujud.


Tiba-tiba beloj udara senyap, tidak lagi bergegar. Ferodok turut tersenyap. Dilihat ke cermin hadapan, dan mengurut dada. Nafas dihembus secara fuh, menandakan dia lega. Sejurus itu, kamera di-zoom-out keluar dengan begitu licik sambil sekejap gelap sekejap cerah. Planet Abahang kelihatan menandakan masuknya waktu Maghrib bagi kawasan Pelung, Hagendas, Dglmpts (disebut : Dglmpts), serta Kluang. Nyanyian Madona kembali dimainkan, kali ini bergenrekan nasyid kontemperari, diiringi ketukan drum secara manja oleh Ella.


Apa yang berlaku?


A. Belon udara tersangkut di satu tiang elektrik buatan Siemens.

B. Belon udara memasuki satu ruang mistik yang menyebabkan segala pergerakan mekanikalnya terhenti.

C. Belon udara mendarat di atas awan Sitrus betul-betul di sebelah sebuah awan gelap yang banyak petir dan halilintar.

D. Unikorn.


Hantarkan "ESOK AKU INGAT NAK BERBUKA PUASA DENGAN KUIH BUATAN NEGARA OCEANIA [PILIHAN JAWAPAN]" ke bombor telefon Leman yang menetap di perairan Afrika Timur.


Sepuluh ribu juta pemenang bertuah bakal memenangi sepasang kasut bertumit sederhana rekaan Jummuchuchu yang ditandatangani oleh Syarifah Poet, seorang penyanyi Jazz bertaraf Mukim yang berasal dari Houston.

Wednesday, July 17, 2013

Milo panas dan Badang

Aku tak boleh tidur ni. Bukan betul-betul tak boleh tidur, tapi aku tak boleh tidur malam, macam burung hantu, bila siang bukan main mengantuk. Salah juga ayat aku tadi tu, bukan tak BOLEH tidur malam tapi tak DAPAT tidur malam. Sebab tu aku tak berapa setuju dengan Milo. Malaysia Boleh konon, Malaysia Dapat yang betulnya.


Orang cakap Milo ni sedap. Aku tak suka Milo. Sebab lepas minum, mulut bau macam muntah, lepas tu rasa macam ada saki-baki muntah terlekat dekat kerongkong. Buat aku rasa nak muntah. Kot kalau aku boleh makan muntah aku dan jadi macam Badang takpa jugak.


Ini memberi aku satu idea. Milo. Minum Milo anda jadi sihat dan kuat. Muntah. Badang.


Aku yakin sangat-sangat yang Badang tu bukan makan muntah jin, tapi minum Milo panas.

Sunday, July 14, 2013

BISKUT PEANUT BUTTER! ORDER DEAR...

Sebagai persiapan menghadapi hari raya yang meriah dan penuh hebat, aku ada barang baik nak hasilkan.


BISKUT PEANUT BUTTER.


RM25/50 biji
RM40/100 biji


Itu hari aku ada cakap kat Twitter, tapi harga lain, ini harga yang betul-betul lepas kos pekerja, bahan mentah serta kos logistik diambil kira. Siapa nak order bolehlah order kat aku, hantar email ke komen kat bawah ni ke (letak nombor telefon, ruangan komen aku memang private so tak payah risau nombor telefon kau tersebar, tak pun melalui twitter).


Aku ambil order sampai puasa minggu ketiga. Kuih dihantar (PosLaju) seawal puasa minggu kedua, paling lewat puasa minggu kedua.


Siapa suka peanut butter, biskut ini sangat bagus, sedap, mengandungi vitamin kacang serta rendah kolestrol.

Iphone gaban

Hari Jumaat itu hari, lepas solat Jumaat, aku pergi satu pejabat pos. Nak ambil barang. Barang baik owh-ho, barang baik. Owh-ho.


Masa tengah tunggu brader kaunter pos tu ambil barang aku, ada la satu brader ni. Masuk pejabat pos dengan pegang iphone. Eleh, orang lain pun pakai telefon jugak, kecoh nak tayang iphone. Lepas tu tiba-tiba aku dengar suara transformers.


"You have a new text message, do you want to read your new text message." dalam full volume.


Inilah orang panggil attention-seeker tahap gaban. Sampai dua tiga kali pulak tu. Kecoh betul dengan iphone dia. Entah pergi solat Jumaat ke tak brader tu.


Kisah kerabat dinding

Aku selalu prektis panjat dinding dulu. Rasa seronok bukan main. Bila abah aku dan mak aku pergi kerja, bila adik aku keluar dengan geng dia, aku prektis.


Susah nak kuasai skill panjat dinding ni. Mula-mula kena cari satu ruang yang kecil sikit dari ukuran kangkangan kedua-dua belah kaki. Skill hebat ini dapat membantu menguatkan otot-otot kaki, betis, peha dan biseps.


Tak lupa juga skill ini dapat membantu mengelirukan pihak lawan. Dinding tinggi adalah tempat persembunyian yang bagus. Sambil hang out dekat dinding tinggi, aku boleh perhatikan pergerakan pihak musuh tanpa mereka menyedari kehadiran aku. Ninja!


Langkah kedua lepas jumpa dinding yang sesuai adalah kangkangkan kedua-dua kaki. Letak satu kaki di satu dinding, satu lagi kaki atas sikit dari kaki tadi di dinding yang satu lagi. Pelan-pelan, naikkan satu kaki selang-seli atas sikit dari kaki yang satu lagi. Kedua-dua tapak tangan berfungsi sebagai alat penyokong supaya tak jatuh ke bawah secara terbalik. Makin lama makin tinggi. Bila semakin tinggi di atas dinding, otot kaki kena jadi lagi kuat supaya tak slide ke bawah. Jika langkah ini diikut secara betul, tak mustahil untuk seorang darjah dua memegang siling rumah. Akhir sekali, aku akan kelihatan sebagai tapak sulaiman gergasi yang melekat di celahan dinding. Teknik penyamaran yang berkesan.


Sekarang aku tengah cari dinding yang sesuai untuk uji balik skill aku.

Friday, July 12, 2013

Kisah bas awam

Lepas kelas itu hari, aku ikut geng aku sorang ni pergi rumah dia. Abah dia baru beli game tv. Hari-hari dia dok sembang dalam kelas, hari-hari juga lah aku terkebil-kebil membayangkan powernya game dia ni.


"Abah aku kerja bawak lori, setakat game tv ni, tak luak pun gaji diaaaaa"


Sampaikan satu tahap aku mempunyai cita-cita mahu jadi bawak lori sebab nak beli game tv. Dari sekolah, aku dengan dia naik satu bas awam. Tambang lima kupang. Bas awam kayu kaler kuning hijau. Rumah dia kat Taman Mesra kalau tak silap, rumah aku kat Taman Bagan. Jauh sikit.


Lama juga aku hang out dekat rumah dia main game tv. Seronok betul. Masa main game tv tu memang aku dah bertekad nak jadi bawak lori. Siap aku terbayang nak lekat apa kat cermin depan lori aku.


Bila dah sampai petang, masa untuk aku chow. Aku periksa kocek aku, fuh, ada baki lima kupang. Tambang dari rumah dia ke rumah aku tak sampai lima kupang. Belen tu boleh aku beli cekedis. Tapi aku menyedari satu masalah. Aku tak pandai naik bas awam. Tadi pun aku naik dengan geng aku, berdua.


Lama juga aku fikir penyelesaian kepada masalah aku tu. Nak naik sorang, aku takut. Nak naik berdua, aku nak naik dengan siapa? Last-last, aku jumpa satu solusyen. Nak berjalan balik aku tak tahu nak follow jalan mana.


Aku get ready kat pondok bas. Bila nampak bas datang, aku buat-buat senyap. Elok je bas tu dah berlalu pergi sikit, aku oyomak geset go!


Aku berlari dari rumah geng aku, ke rumah aku, ikut belakang bas. Jauhnya ada la dalam kira-kira setengah jam perjalanan sambil berlari. Elok sampai ke rumah aku, aku rasa macam ahli sokan.


"Ni baju sekolah peluh-peluh ni pasaipa?! Hang pi mana?!"


Aku mampu sengih je dengan soalan mak aku, sambil makan keropok durian dua kupang, dan baki tiga kupang lagi dalam kocek aku. Esoknya geng aku ajak lagi hang out main game tv kat rumah dia. Selamba aku jawab "Aku ada kelas mengaji satgi".