Monday, December 27, 2010

Selamat tahun baru

Sorotan tahun 2010 :



Ada yang best, ada yang tak best. Tapi kebanyakannya tak best.


Banyak eksperimen. Dan sangat berbaloi. Demi kepentingan sejagat. Best.


Aku baru sedar yang aku sebenarnya hensem pemalas gila babi. Babi pun tak malas macam aku. Tak best.


Aku baru sedar aku hanya suka Matematik. Subjek lain aku cuma boleh tahan sebulan. Lepas sebulan aku rasa bosan, kecuali Matematik.Tak best.


Berat badan aku haram tak naik-naik. Macam babi. Tinggi naik pulak. Tak best.


Aku baru sedar aku tak boleh jadi insan hipokrit. Sebab dulu kecik-kecik aku suka membohong. Sekarang tiap kali aku bohong, aku rasa bersalah. Best.


Azam tahun 2010 iaitu nak jadi pandai uruskan kewangan tak tercapai. Tak best. Tapi best habehkan duit.


Aku baru sedar kaki aku sebenarnya memang busuk seperti yang diwarwarkan. Kalau bau dekat-dekat boleh high. Best. Eh tak best.


Aku baru sedar yang aku dah berusia. Best. Rumah kata pergi, kubur kata mari la dey.




Azam tahun baru :



Sama macam tahun lepas dan tahun lepas-lepas. Nak belajar uruskan duit, dan carik bini.






SELAMAT TAHUN BARU. TAKYAH LA PERCAYA BENDA KARUT 2012 NAK KIAMAT TU, RASANYA LAGI AWAL KOT.

Saturday, December 25, 2010

Unta bawak motor

Rondobot adalah tempat paling denjeres.




Hari tu ada sekoq unta bawak motor jatuh tergolek sebab cuai. Ya, memang salah dia, bukan salah aku. Aku dah bagi signal nak keluar rondobot, dia boleh pergi cium bontot kereta. Kesian. Nasib baik kereta lain slow, kalau laju, dah jadi arwah dah unta bongok tu. Dan mungkin kita sama-sama dah boleh buat kenduri unta.




Dasar unta betul penunggang motosikal tu. 

Friday, December 17, 2010

Komen tajam

I



"Aku rasa muka aku macam Brad Pit."


"Kalaulah Brad Pit dengar kau cakap macam tu. Aku rasa dia bunuh diri."




II



"Eh tak hingin aku, baik aku kahwin dengan lembu daripada kahwin dengan Sarimah tu."

 
"Betul. Tapi kan, kau yakin ke lembu tu nak kahwin dengan kau?"

Thursday, December 16, 2010

Permainan keyakinan.

Ish ish ish, aku ingat dah takdak dah sistem piramid zaman sekarang ni. Rupanya banyak lagi.




Gambar orang yang promote skim bongok ni sepesen pulak tu. Posing dengan kereta mahal, posing depan rumah baru, posing buat-buat kira duit, posing buat-buat lap jubor lepas berak pakai duit limaploh etc etc. Aku rasa kelakar.




Bukan kelakar sebab tengok gambar-gambar tu. Tapi kelakar sebab ramai yang terpengaruh nak cepat kaya. Konon la. Aku pernah ada member, tak rapat mana la time sekolah menengah dulu. Dua tahun ke tiga tahun lepas entah, aku dengar dia join mendalah ni. Dia dah berubah bai. Time aku lepak-lepak dengan member-member lain, diorang dah menyampah dengan budak ni. Asal jumpak je, nak promote, asal jumpak je nak promote. Aku tengok gambar dia kat facebook minggu lepas, haram tak kaya-kaya pun.




Sebenarnya aku agak respek la dengan dalang-dalang belakang skim ni. Manis mulut, genius,  hebat memanipulasi. Skim ni takkan berjaya kalau dalang-dalangnya tak hebat. Macam geng mamak dulu yang boleh rompak juta-juta ringgit. TANPA SENJATA. TANPA MEMBUNUH. Geng mamak adalah pakar con game Malaysia. Lagenda. Cuma lepas penangkapan leader geng mamak adik-beradik ni, diorang bertindak ganas, pakai senjata api. See, bila hilang dalang yang hebat, terus hilang sengat geng mamak ni.




Bagi aku la kan. Senang sangat manipulasi orang zaman sekarang. Sebijak mana pun orang tu, dia tetap akan ada rasa nak kaya dan rasa tamak. Itu prinsip con game. Best dan sukar dibuktikan yang kau bersalah.




Aku cadang lepas ni nak jual pencucuh api. Pencucuh api yang sekali anda petik anda akan sihat selama-selamanya, serta turun berat badan dengan mendadak tetapi tetap akan memenuhi berat badan impian anda, serta masalah botak anda akan hilang serta-merta, serta jerawat di muka akan hilang, serta migrain anda juga hanya tinggal kenangan, serta anda akan kaya dengan turunnnya duit dari langit, serta anda dapat BMW baru. Nak beli? Murah je, RM100. Ini bukan soal duit, tapi saya nak bantu anda.




Bantu saya, bantu anda. Boleh dapatkan pencucuh api keluaran syarikat saya, JomBuangDuit&MengharapkanBendaEntahHapa-hapa Sdn. Bhd. ini di kedai-kedai top-up yang berhampiran.

Friday, December 10, 2010

Kera sahaja kan

Ish. Semua naik. Macam haram. Eh ni bukan pasal naik kat Malaysia, itu sudah lali. Bukannya tak heran sebab kelorga aku tak kaya, tapi sebab menunggu detik bila semua orang Malaysia ramai-ramai pakat berambus dan jadi pelarian kat Lombok, tanam keladi dengan lobak lagi bagus.




Yuran universiti di UK naik tiga kali ganda. Oh damn. Tiga kali ganda wei. Memang bukan hal aku, tapi TIGA KALI ganda? The world is going kerayyyyyyyyyyy-zi.




Eh satu lagi. Ada orang yang setuju minyak or semua benda naik sebab dorang kata, 'Ala, naik sikit je bai.' Eh bai, sekarang memang aku tak kisah langung sebab bukan aku bayar bil api rumah aku, bukan aku bayar bil air rumah aku, bukan aku bayar minyak kereta mak bapak aku, bukan aku jugak bil astro rumah aku (Astro pun bakal ada cukai perkhidmatan? Kerayyyyyyyyyyyyy-zi!), memang bukan semua pakai duit aku.




Tapi, let's see the bigger picture. Kalau pelan lama pelan naik. Lagi lima enam tahun entah berapa harga minyak? Entah berapa harga gula? Entah berapa harga rokok? Takkan sampai ke tua nak berharap kat mak bapak? Gaji pekerja kerajaan naik sekali setiap seribu tahun. Tak ka mampoih?




Memang ukur baju di badan sendiri tapi kalau dah baju yang kecik-kecik semua habis kena bakar, badan aku yang kurus kering ni pun tak lama bogel. Bila dah ramai orang Malaysia lari keluar kerja dekat luar, mula la bising tak patriotik la, lupa negara la, pengkhianat negara la. Haktuih!






Eh, poll dance nak masuk olimpik? Saya sooooookong tuan hakim!!

Thursday, December 9, 2010

Kenduri kahwin

Sabtu lepas pergi kenduri kawan. First time aku pergi kenduri malam. Selalunya kenduri time tengah hari. Panas macam haram. Pastu entah tuan rumah pun tak kenal, pengantin apatah lagi. Bosan. Pergi semata-mata nak makan. Itu pun makan ala kadar sebab tak sedap. Masak macam nak cukupkan syarat.




Dan lagi satu, aku benci trend sekarang suka asing-asingkan khemah pengunjung lelaki dan perempuan. Tak boleh cuci mata. Haram ke makan sekhemah campur laki pompuan?




Kenduri kawan aku best. Eh tapi nama dia Majlis Perkahwinan. Mungkin sebab nama dia lain kot, tu yang best. Dan aku kenal si pengantin. So pergi bukan semata-mata nak makan.




Tapi ada la jugak benda aku nak komplen. Belakang meja aku hari tu ada la sorang awek cun ni. Pakai selendang. Aku tengok cun, adik aku cakap tangan dia hitam. Tak kisah, janji cun. Yang aku tak puasa hati, dia datang dengan bopren dia. Apahal bopren muka pecah camtu boleh dapat awek secun itu?? Puas aku cuba nak paham. Dahla muka awek tu nampak macam tengah kebosanan. Member sebelah aku cakap, 'Aku rasa laki tu pakai minyak dagu'. Haih kesian. Aku tak puas hati!!!






Anyway, Selamat Pengantin Baru Haris & Ain. Semoga berbahagia hingga bila-bila.


Wednesday, December 8, 2010

Hantu tetikus

Tetikus aku suka buat hal. Dia suka skroll atas and bawah sendiri. Bodoh betul. Aku syak yang tetikus aku kena sampuk hantu. Lantas..




..aku cabut tetikus dari pelabuhan USB laptop sambil merejam sekuat hati ke tanah. Terburailah tetikus itu. Bila nak pasang balik dah tak boleh. Padan muka. Rasakan. Tetikus aku tak sakit, aku yang sakit sebab..




..sekarang aku perlukan tetikus baru.





edit (sejam selepas entry di atas ditulis) : False alarm. Rupanya boleh pakai lagi tetikus aku. Dengan bantuan pemutar skru, tetikus itu berjaya diselamatkan. IT'S ALIVE!! IT'S ALIVE!!!!!!!

Sunday, December 5, 2010

Naluri pengembara

Aku tak suka tengok map kat internet kalau nak pergi mana-mana tempat yang aku tak pernah sampai. Susah, leceh dan selalunya hanya bagi nama jalan. Kalau dia letak sekali dengan landmarks yang ada baru aku tengok.




Sumber yang paling dipercayai. Orang jual goreng pisang tepi jalan, taukey restoran tepi jalan, takpun polis trafik yang buat-buat ada kerja tengah-tengah jalan. Daripada tengok map, aku lebih suka tanya sumber-sumber ni.




GPS? Lagi macam haram. Jalan yang tak pernah ada pun kadang-kadang ada dalam GPS. Dan GPS adalah sangat ironi. Suara perempuan memberitahu arah jalan? Damn, perempuan adalah lagi lemah dalam hal-hal mencari jalan. Ngahahaha. Nak tanya jalan pun aku akan cari lelaki. Straightfoward dan precise.




Kecuali kalau kau nak tanya tempat untuk dilawati dan tempat-tempat menarik, itu boleh tenya perempuan. Tapi just ambek nama tempat, lepas tu pergi tanya lelaki dekat-dekat situ macam mana nak cari tempat tu. Ngahahaha. Kejam. Tapi betul dan menjimatkan masa. Dan ofkos, kalau nak menggatal konfemlah tanya perempuan, takkan nak tanya lelaki. Haktuih.




Aku pernah sesat disebabkan GPS. Perjalanan yang sepatutnya tiga jam jadi tujuh jam. Sesat disebabkan perempuan tak pernah lagi sebab tak pernah try. Kang perjalanan tiga jam terus jadi tiga hari.

Saturday, December 4, 2010

Cabul

Time aku pergi BSN hari tu aku kena cabul. Sedih betul.




Ada sorang budak kecik cina tetiba mai kat aku pastu pergi tampar bontot aku. Mula-mula aku ingatkan awek ke amoi ke. Tengok-tengok budak kecik. Senyum-senyum kecomelan. Nasib baik comel, kalau tak aku tampar balik muka dia.

Friday, December 3, 2010

2018

Piala Dunia 2018 kat Rusia.




Wow, mampoih la player-player Afrika nak main kat sana. Mau berselimut sekor-sekor nak main dalam sejuk.




So, mari tingkatkan green house effect untuk orang Afrika.

Thursday, December 2, 2010

Dengan ini..

..aku nak mintak maap la sebab hari tu aku pegi generalkan semua pekerja bank sedangkan aku cuma tak puas hati dengan satu bank je (taknak la cakap tu bank BSN, kang orang BSN marah).




Hari tu aku berkunjung ke sebuah bank. Pekerja dia mak ai, longlai kaki aku. Ayu semart bergaya berbaju kurung. Yang malangnya dia panggil aku Adik. Babi sungguh. Potong setim, literally. Haish.

Monday, November 29, 2010

Kandang rimaunya

Tadi aku pergi bank. Aku tak suka pergi bank sebab pekerja-pekerja bank semua suka perasan best dan konon-konon tu bank dia. ATM pun kadang-kadang suka perasan best, kejap-kejap kang OUT OF SERVIS, kejap-kejap kang habis kertas nak print resit.




Masa dok tunggu giliran aku dipanggil untuk dilayan secara kerek sehingga membuatkan aku rasa sedikit terhina babi punya pekerja bank, ada la sorang pakcik tua ni masuk. Dia tengok, dengan muka sedih, pastu dia cakap. "Ni tolong isi kat pakcik sat." sambil menghulurkan borang keluar duit. "Eh, saya pun taktau pakcik, apa kata pakcik pi tanya kat kaunter." Satu hal. Kelakar.




Lepas ja pakcik tu blah. Ada pulakkkkk sorang lagi pakcik ni, "Ni tengok sat, betoi ka pakcik isi macam ni?". "Eh saya pun taktau pakcik." Dua hal. Ini dah lebih dari sorang ingat aku pekerja bank. Ka angkara senyuman aku yang mesra lagi menawan ini? Mungkin pakcik berdua itu buta.




Dan apahal pekerja bank semua pakai topeng muka? Tak gosok gigikah? Jongangkah? Atau gigi penuh keviti? Tiga hal. Aku tak suka cakap dengan orang yang aku tak nampak muka. Entah apasal.




Time aku tengah dilayan kat kaunter, ada la sorang pekerja bank bongok ni dok kira syiling pakai mesin (apa entah nama menatang tu). Kalau kira duit kertas tak apa, ini duit syiling!! Bayangkan kau ambek seratus duit limaposen pastu campak satu-satu atas besi. Bising oi bising!! Apa la yang bengap sangat. Dah la yang sorang ni pakai topeng muka, sorang lagi pulak dok buat bising. Baik letak je terus speaker gergasi kat tengah-tengah bank tu pastu pasang lagu kuat-kuat. At least terhibur. Empat hal.




Pekerja bank memang tak payah pakai tag nama eh? Susah la nak buat surat layang camni. Lima hal. Bak kata Ce'Det, tak pakai tag nama nampak tak professional.




Ini last punya hal. Mala'un mana entah yang pergi parking tempat bas nak lalu tadi. Dekat sepuluh minit aku terpaksa menahan bunyi hon bas yang bunyi macam hon kapal. Dan sekarang aku adalah pekak badak. Babi betoi punya kereta.







Bagi sapa-sapa yang muka ketat memanjang, tak payah lah jadi pekerja bank. Baik pergi jaga kandang rimaunya. Kandang rimaunya?? Bukan kandang rimaunya la setan, ladang limaunya. Bodoh! Bahalol! Hahaha, lawak betoi Ahmad Nisfu.

Kucing haram

Aku baru sedar yang aku sebenarnya alergik pada kucing. Asal si gemok tu dok sebelah aku, mata aku merah dan aku bersin.




Tak paham betul aku dengan si gemok tu. Lagi aku suruh pi jauh, lagi dia mai dekat. Aku sembelih jugak kang menatang gemok ni. Sup kucing anyone?

Saturday, November 27, 2010

Kesian.

Huish, hari tu aku nampak orang buang bayi. Kat pasar borong. Dia berenti tepi jalan, pastu kuarkan karung guni, pastu campak bayi tu tepi pasar borong. Kesian.




Terngiow-ngiow baby tu kena buang. Dulu aku ada kucing comel. Satu hari hilang. Aku syak kucing aku tu menerima nasib yang sama, dibuang jiran-jiran yang jeles. Kesian.




Find more artists like Poka Pola at Myspace Music

Thursday, November 25, 2010

Wednesday, November 24, 2010

My [ ]

Myspace dah cantik.




Jadi aku buat profile baru. Kepada sesapa yang ada myspace, jomlah add aku.




www.myspace.com/pokapola

Nak test jugak

Macam mana nak beli kereta kalau tak boleh test drive?



Macam mana nak beli laptop kalau tak boleh picit-picit tekan-tekan?



Nak beli pen pun kena test cucuk-cucuk, conteng-conteng?




Tadi kan, pergi woksen.






Apahal la kedekut sangat. Takkan takdak tester? Ingat kalau tengok sarung perfume boleh tau ka perfume tu bau macam mana?




Nak kawen pun kena........(semua words yang dibold dalam entry ini). Haish, woksen fail.

Saturday, November 20, 2010

Jom. Main.

3 benda yang aku rasa memainkan peranan penting dalam tamadun manusia :




1. Irama @ Musik. Cuba bayangkan dunia tanpa lagu. Wow. Aku tak boleh bayangkan. Kalau ada yang fikir, eh betul, tak best hidup kalau Jastinbahiber tak wujud, sila fikir dua kali, anda tertarik kepada suara budak lelaki belasan tahun sehingga ada yang sanggup meluahkan rasa cinta terhadapnya, yep, anda pedophile.



Lagu mencorakkan tamadun. Kalau dekat Jamaica, orang dengar reggae no woman no cry, diorang semua nampak macam sloth dan merasakan dunia berputar perlahan. Malaysia? Bay-bee bay-bee bay-bee OH! Bay-bee bay-bee bay-bee HU! Dunia kelihatan seperti set penggambaran teletabis.



Kepada peminat lagu beritma rancak, sila berterima kasih kepada tamadun India kerana mempopularkan ritma rancak ini. Prof gitar aku dulu cakap, orang India adalah pakar kalau main gitar dengan tahap kelajuan tertinggi.




2. Filem. Cuba bayangkan dunia tanpa filem. Oh damn, even wayang kulit is some sort of films. Terbalik dengan musik, filem dipengaruhi oleh cara hidup.



Contoh, filem Malaysia, Remp-It (cara hidup samseng jalanan), bunch of jampi-santau-jin-hantu films (cerita syirik tok nenek moyang dan obsesi menandingi filem seram Indonesia), bunch of filem bermadu-poligami-kahwinramai dan banyak lagi. Kalau filem Hollywood aku taktau sebab aku tak pakar pasal kehidupan Barat.



Aku semakin tak paham, apahal la banyak sangat filem seram kat Malaysia. Sumpah aku tak minat langsung filem jenis ni. Sebab filem-filem camni bergantung semata-mata kepada betapa kuatnya volume TV anda. Kalau mute TV sambil tengok cerita Jangan Pandang Belakang, harammmmmm, serupa tengok Senario The Movie.




3. Iklan.  Simple, filem campur irama yang dipadatkan dalam masa kurang seminit. Simple yet effective. Dan yang paling best, hampir setiap iklan ada slogan yang akan melekat dalam palaotak anda.



Jom. Main - Sounds sooooooo wrong.

Apa? Tiga juta? - Not really a slogan. Tapi sampai sekarang melekat dalam palaotak aku.

Apa na-maaaaa.....? -  Najib perlu cari sesuatu untuk tandingin Cek Det. Honestly, I miss that, Apa na-maaaaa.....? Eh ni bukan slogan.

Malaysia Boleh! - Milo. Time aku kecik aku ingat Milo jenama Malaysia. See how effective an ad can be?






Stress mempengaruhi jangka hayat. Orang Jepun hidup lama sebab lawak yang melampau-lampau (kalau aku stress aku suka search 'Japanese Pranks' dan tengok video Panda Bersin seribu kali kat YouTube).




Apa na-maaaaaaaaaaaaaa........?

Friday, November 19, 2010

Bila mereka memandu, kita takut.

Ramai kawan-kawan pompuan yang aku kenal selalunya berpegang kepada prinsip Aku nak jadi boss sepanjang hayat, taknak ambek lesen. Jauh di sudut hati aku, terlintas sedikit rasa bersyukur. Mungkin bernyawa-nyawa insan dapat diselamatkan.




Call me sexist if you want, I don't care. But driving is not for all women. In fact, driving IS NOT for women. Why?




KCM 8009. A bitch is driving that car. Sila berhati-hati kalau anda terserempak dengan minah ini. Dia memandu ibarat --------------- (isi dengan kata sekesat mungkin). Aku jarang nak marah-marah. Tapi kalau dah tahap nak langgar hentam kereta, sapa tahan beb?




Ini baru satu. Kalau nak list memang banyak. Lahancahau punya pompuan.




Kepada kaki ekor, kalau hampa ambek nombor ni, konfem menang jackpot.

Thursday, November 18, 2010

Tisu

Hari tu aku balik kampung. Stop kat R&R. Tengah lepak-lepak minum, tetiba ada sorang pompuan yang betul-betul menceriakan hari aku sekeluarga.




Dan pompuan ni betul-betul menguatkan lagi teori aku yang setiap tandas awam perlu ada tisu sekali biarpun dah ada hos air.




Tua la jugak pompuan ni. Orang Siam kot, sebab dengar dia cakap-cakap Siam dengan geng-geng dia. Pakai seluar slack warna coklat muda.




Memakai seluar slack yang senang menyerap air adalah salah jika anda ingin ke tandas awam tanpa tisu. Sebab corak bulatan besar akan kelihatan di bahagian punggong anda.




Tapi terima kasihlah puan kerana membuatkan hari saya dan keluarga saya gembira dan riang ria. Nak rasa kesian pun tak jadi sebab aku tak boleh stop gelak. Hahahahahahaha.





Moral, sediakan segumpal tisu di dalam poket, mana tahu jika perut meragam.

Saturday, November 13, 2010

Bulu depa lagi lebat.

Ini entry bersifat emo. Sila baca kalau anda jua emo, warr.




Aku mengharapkan persembahan yang menarik. Eleven on eleven. Good refreeing from the officials. But hell no.




Ni pertama kali dalam sejarah aku tengok pemain dapat kad merah sebab komplen dekat pengadil. Straight red card. What the fuck?!




Aku tak puas hati sebab sebelas lawan sebelas, kita memang ada peluang untuk at least seri. Tapi lapan lawan sebelas?? Kau bagi team Sepanyol lapan orang lawan team Bangladesh sebelas orang pun team Bangladesh boleh menang.




Bentes sikit kad kuning, bentes sikit kad kuning. Kalau nak main lembut-lembut baik pergi main gimnastik berirama. Pengadil Australia macam haram.






YO BETTER GO BACK TO YOUR POUCH YO DIRTY DINGO SMELLY CROC!

Rosak

Lebih kurang limatahun lepas aku belajar gitar, sebab nak teman member yang nak belajar. Aku takdak la obses sangat time tu.

Tapi lepas setahun, aku jadi best, terus hormon mencurah-curah time main gitar.

Dua tahun lepas tu aku belajar camna nak nyanyi sambil main gitar. Kali ni bukan setakat hormon, dengan anak-anak berudu putih sekali mencurah-curah.

Tiga tahun lepas tu aku belajar upload video kat youtube. Tak best sebab nyanyi lagu orang, terutamanya lagu Oasis.

Empat tahun lepas tu aku belajar tulis lagu sendiri. Dan post kat Youtube. Tak best jugak sebab aku hentam. Pura-pura suara sedap nyanyi lagu tinggi-tinggi. Padahal tak sedar suara macam lahanat.

Sekarang. Group Oasis dah pecah. Aku rasa aku bertanggungjawab sebab rosakkan lagu diorang dua tahun lepas, am so'eh gala'as.

Tadi aku rosakkan lagu sendiri. Takpa, lagi dua tahun aku stop.






Cinta Katak. Ong kedek. Ong kedek-kedek.

Tuhan tak wujud

Aku bukan lah alim mana. Jauh punggung dari api. Tapi kadang-kadang tu, kalau time iman aku tetiba melonjak naik, ada la jugak aku research sikit-sikit kat internet, dan baca buku pasal ketuhanan (serius). (Cikgu aku cakap iman ni macam mood belajar, kalau mood belajar tinggi, so rajin lah kita belajar.)




Well, kalau ada yang bukan beragama Islam yang baca entry ni, sila jangan terasa or offended. Sikit-sikit nak terasa, sikit-sikit nak terasa, tampor kang.




Ada saintis kata tuhan sebenarnya adalah alien yang sengaja letakkan manusia kat Bumi untuk eksperimen entah-hapa-hapa. Kira kalau ikut kata saintis ni, kita adalah tikus kajian alien. Dan segala monumen-monumen bagak macam piramid adalah buatan alien. Pfff.




Ada jugak saintis kata, tuhan sebenarnya hanya wujud dalam otak manusia. Banyak eksperimen entah-hapa-hapa yang diorang buat, dan konon-kononlah dah buktikan yang prophets berhalusinasi sewaktu terima wahyu or god's words. So, senang cerita, saintis ni kata, tuhan tak wujud. Tuhan adalah hasil mainan minda manusia.




Honestly, aku dah macam sikit-sikit nak percaya. Shit! Lepas tu aku jumpa satu buku. Tajuk dia aku lupa (padahal buku tu ada kat atas, aku malas nak naik atas pergi tengok tajuk buku tu). Tapi generally, buku tu hasil tulisan saintis french, yang terangkan kitab-kitab agama Yahudi, Kristian dan Islam.




Again, no offence, tapi saintis ni buktikan yang Quran adalah satu-satunya kitab yang tiada sebarang kesilapan. Dan banyak kajian-kajian saintis hanya membuktikan teori dalam Quran. Example, perkembangan bayi dalam perut ibu mengandung, matahari mengelilingi something (galaksi bima sakti), even the famous relativity theory and so on so on.






Eh tetiba rasa macam ustad. Tapi kalau aku ustad, hampa semua adalah Nik Aziz. Sekian.

Friday, November 12, 2010

Tak masuk

"Negara apa ni?"


"Pakistan."


"Oh. Lepas ni negara apa pulak yang masuk?"


"Mesti yang start dengan huruf P. Portugal kot."




Upacara pembukaan Sukan Asia 2010.

Wednesday, November 10, 2010

Translasi

Want to get drunk and make out?


-Mahu mabuk dan ber*men?




Sarikata cerita omputih kat TV2. Anda gagal. Secara serius, gagal dan mengecewakan.

Di Dapur

Hari tu rumah aku banjir (kalau naik air setakat buku lali dikira banjirlah). Tapi kat pekan air adalah sangat tinggi. Hanya lori dan motokros sahaja yang boleh bergerak, yang lain terpaksa menapak.




Sebagai orang Malaysia, tak logik la kan aku tak komplen. Kita hebat mengomplen. Time dah surut sikit banjir haritu, ada la orang datang bagi bantuan. Siap bagi tilam dan bantal (padahal rumah aku dua tingkat, tilam katil semua kat atas, so kesimpulan, rumah aku dapat satu tilam preeeee).




Bukan pasal tilam tu aku nak komplen, tapi pasal yang datang bagi bantuan tu. Apahal nak bawak bendera BN? Bukannya duit BN pun beli segala barang-barang tu. Duit kerajaan dan duit kerajaan adalah duit rakyat. Eh, dah dapat sumbangan lagi nak komplen, biasalah orang Malaysia, dapat komplen, tak dapat pun kita kasi komplennnnnnnnn.







Eh semalam aku makan kat dapur. Kena bayar! Mahal lah jugak. Bukan dapur orang lain, dapur mak aku jugak. Taknak pergi dah lepas ni Restoran D' Dapur Ibuku.

Tuesday, November 9, 2010

Teka-teki putus.

Putus urat kentut.




Ikan apa badan kecik, kepala besar?
























Jawapan




Ikan bilis pakai helmet. Bongok punya pemanggil radio ERA.

Friday, October 22, 2010

Sekering benang

Benang yang kering pun kadang-kadang tak perlu ditegakkan.




Aku teringat cakap Sir aku dulu, "Setiap insan adalah unik. Jadi hormati pendapat orang lain sepertimana anda mahu pendapat anda dihormati." Ekceli dia cakap dalam English, aku lupa dah, lagipun English aku dah teroksida, so lebih kurang camtu la maksud dia.




Aku rasa aku adalah orang paling malas dalam dunia ni nak bertikam lidah nak keluarkan pendapat. Sebab bukan aku tak yakin dengan pendapat aku. Cuma aku hormati pendapat orang lain. Dan hang cakap macam mana pun nak convince orang tu, sekali dia dah tetapkan minda dia yang pendapat dia best, dia tak akan berganjak walaupun sekangkang kera.




Lagi best, kalau pendapat orang tu salah, dia tetap dengan pendapat dia. Aku lebih suka diam dan biar dia tau sendiri yang pendapat dia salah. Biar ketepek kena sebijik kat muka dia. One thing yang aku belajar pasal orang luar adalah, bila dia sedar pendapat dia salah, dia akan tengok muka kita dan mengangguk sambil mengaku pendapat dia salah. Itu aku respek.




Dan lagi satu aku belajar, maksud "Undi anda adalah rahsia" sebenarnya nak mengelakkan pergaduhan. Asal pendapat politik bercanggah, kira nak bergaduh ja, nak masam-masam muka. Bosan lah bosan. Ikut kata ABOT (kot), Malaysia ini kecil aja, kalau gadoh-gadoh sapa nak jaga?

Monday, October 18, 2010

Adoi

Hari Ahad hari tu pergi air terjun. Mandi-mandi, rendam-rendam, cuci-cuci mata-mata. Sejuk.




Sampai balik rumah tengah hari tu kan, aku sakit belakang. Upper back, bukan lower back, lower back tu normal. Ini sakit macam babi. Nak duduk, sakit. Nak baring pun sakit. Nak golek-golek apatah lagi, rasa macam nak tercabut tulang belakang.




Toleh kanan, sakit. Toleh kiri pun sakit. Habis, takkan aku nak tengok stret ja kot??




Aku terpikir jugak. Adakah disebabkan aku merokok time aku bermandi-manda tu aku disumpah jin (tapi tak logik sebab jin makan asap, so, dengan merokok, aku memberi makan jin, kan?) ? Ataupun sebab aku kencing dalam air terjun tu? Ini bukan calang punya sakit.




Ini sakit paling sakit. Asal aku paling ja, sakit, asal aku paling ja, sakit.

Saturday, October 16, 2010

Teknologi

Ada orang kata orang sekarang lagi bijak dari orang dulu. Sebab sekarang dah ada teknologi yang macam-macam.




Aku rasa la kan. Orang dulu dengan orang sekarang sama-sama bijak. Sebab, teknologi yang berkembang adalah seiring dengan keperluan. Orang dulu, mana ada sangat nak naik kapal terbang, nak chatting kat yahoo messenger, nak komen-komen kat fesbuk, nak pakai jam yang boleh tunjuk lima waktu berbeza sekaligus semua.




Teknologi yang orang dulu perlukan adalah seperti blender, seterika, jam bulat yang ada tali panjang pastu boleh sorok dalam poket dan kalau kena tembak pun tak mati sebab peluru terlekat kat jam tu, kasut nike air dan kereta kuda.




Dulu mana ada masalah rezeki tidak diundang dan masalah penyakit dari monyet. So plastik tak diperlukan. Tapiiii bila dah ada semua tu, maka terhasilah plastik yang berbentuk seperti sarung getah jari tengah yang mampu menahan tekanan sehingga satujuta tan permeterpersegi. Dan aku masih tertanya-tanya bagaimana penyakit itu boleh dijangkiti dan siapa yang memperkosa monyet tidak berdosa itu.




Orang sekarang pulak. Kita rasa kita dah ada semua teknologi yang kita perlukan, fesbuk, fesbuk, dan err fesbuk. So kita rasa kita lagi pandai dari orang dulu. Sebenarnya banyak lagi masalah yang kita tak tahu akan datang. Siapa tahu, lepas ni ada penyakit dari pari-pari ke, penyakit dari buah tembikai yang dipanaskan di dalam oven dan kemudian ditebuk dengan alat gerudi ke, penyakit dari alat gerudi itu sendiri ke. Haaaaa.




Antara masalah sekarang yang aku rasa sampai bila-bila pun takkan diselesaikan adalah, sumber tenaga tanpa had, rokok yang tidak membahayakan kesihatan dan juga sifat kutuk-mengutuk.




Babi la jejiran ni. Hampir setiap pagi dok berkumpul ramai-ramai dalam bulatan sambil mengumpat.

Wednesday, October 13, 2010

Pff

Best jugak eh rupanya tulis cerita-cerita panjang ni. Peduli apa aku cerita aku best ka tak best, haha.Janji dah habis dah cerita tu, sekarang on the way cerita kedua, haha.




Eh haritu aku komplen pasal kereta suka masuk arah bertentangan jalan sehala. Tapi aku pun masuk jugak tadi. Haish, mengata dulang paku serpih.

Monday, October 11, 2010

Melayang

Eksiden lagi. Bas lagi. Bawak laju lagi. Terbalik lagi. Nyawa melayang lagi. Haih, apa nak jadi.




Rasanya lepas ni semua pakat-pakat jalan kaki ja lah kalau nak balik kampung.

Sunday, October 10, 2010

Haiwan kecil

Sapa cakap kanak-kanak tak pandai.




Aku selalu gila tengok budak-budak kecik menangis. Bukan sebab sakit ke apa, tapi sebab tak dapat apa yang dia mintak kat parents dia (selalunya dalam supermarket). Menangis gila babi punya, kalau tengok rasa macam kesian. Tapiiiiiiiiiiiiii lepas dapat apa yang dia mintak, terus senyap. Bijak-bijak.




Haritu aku pi kedai makan. Ada sorang budak laki ni menangis, taktau sebab apa. Anak taukey kedai. Time tu pulak kat kedai tu dia bukak cerita Wanted. Budak ni kan, daripada menangis bagai nak rak, tengok muka Angelina Jolie kat tv tu, terus senyap, ambek kerusi, duduk sebelah bapak dia. Hahaha, kelakar.




Kesimpulan, sapa-sapa yang nak cari pengasuh, carilah yang iras-iras Angelina Jolie. Anak konfem tak menangis, kenyang pun kenyang (ke silikon ja?).

Saturday, October 9, 2010

Komentator sukan

Komentator sukan dalam Bahasa Malaysia adalah sangat menggelikan hati. Balik-balik ayat sama, balik-balik ayat sama. Lepas tu kalau acara yang jarang orang tengok, yang rules acara tu tak ramai orang tahu, komentator tu bukan nak explain. Apa la bongok sangat. Logik la jugak, asal ada big tournament macam komenwel ni, takdak komentator lain nak ambek, balik-balik komentator bolasepak. Bosan lah! Bosan!




Takdak ka orang lain yang memang pro dalam acara tersebut, atlet-atlet terdahulu ka? Best lagi dengar komentator asing. Macam badminton semalam. Lepas habis match final Malaysia-India, komentator dua orang ni (aku pun taktau orang mana, tapi pernah main badminton peringkat antarabangsa) sembang memang best, lama pulak tu. Terlalu obvious yang dua orang komentator ni dah buat research habis-habisan. Segala sejarah badminton membabitkan Malaysia dan India diorang tahu.




Kalau komentator Malaysia? Balik-balik, "Itu dia!", balik-balik "Kita sudah menang emas!", suka sangat cakap benda yang dah sah-sah budak tadika pun dah sedia maklum kalau tengok match final tu. Lepas tu gagap-gagap. Eh gagap pun boleh jadi komentator eh? Dan yang paling aku benci adalah sedara Rashid Salleh, apahal la bagi dia jadi pengacara kat Arena? Oi, dah la gagap, vocab pun ala-ala budak baru belajar bercakap.




Dan aku baru perasan, bolasepak tanahair jugak sedikit sebanyak dicacatkan oleh komentator-komentator yang macam haram (kecuali Sarkiwi Jirim). Yang lain terutamanya Hasbullah Awang ("Kee te-ngah!!" = match bola 90 minit, dia ulang ayat ni dekat seratus kali) sangat memengantukkan.

Thursday, October 7, 2010

Bongok

Jiran sebelah ada penyakit mental tahap keronik.




Tak kira pagi ke petang (di kala senja menjelang) ke, dok buat bising dengan sekuter merah dia. HARI-HARI!! Bising la bodoh, bising!!




Umur makin tua, otak makin kecik.

Wednesday, October 6, 2010

PMR

PMR dah start. Macam best. Teringat time aku PMR dulu.




Ada sekali tu kitorang semua dah dalam dewan exam. Tinggal lagi seminit nak start kertas tu. Tapi ketua pemeriksa tu cakap kitorang dah boleh start.




Ada la dalam sepuluh saat dah dok belek-belek kertas exam tu. Pastu ketua pemeriksa tu cakap "Eh, semua pelajar sila tutup balik kertas periksa tu, belum masuk waktu lagi." Kitorang macam, ha??




Lepas tak sampai seminit, dia cakap balik "Okeh, sekarang boleh jawab." Gila berkira. Empatpuluh saat ja punnnnnn. Tapi kan, kalau empatpuluh saat, aku rasa aku mampu tembak sebanyak duapuluh soalan sebab kertas tu kertas soalan objektif (tak ingat dah subjek apa). 




Okeh, tukar cerita. Time lepas habis kertas Sains PMR. Ada la sorang klasmet aku tanya aku, "Oih Kai, amacam kertas Sains tadi?" Memandangkan aku rasa kertas tu agak senang (agak senang = tak sesusah peperiksaan percubaan), aku jawab la "Tak susah pun." Lepas tu kan, dia macam terkejut, pastu dia balas, "Hek eleh, berlagaklah hang." Haaaa?? Dah hang tanya aku, aku jawab la apa aku rasa. Macam tahik. Dia mesti nak dengar aku jawab "Oh babi babi babi babi babi babi babi, susah wooooo, rasa nak tercirit jawab tadi."




Time kertas soalan English pulak, aku telah menghabiskan sebanyak satupertiga daripada masa yang diperuntukkan dengan bertinggung di dalam jamban sebelah dewan peperiksaan. Akibat sarapan nasi lemak dewan makan. Nasib baik aku sempat habiskan esei aku.

Tuesday, October 5, 2010

Iklan

Iklan serbuk pencuci.




I


"Hebat betul serbuk pencuci ni mak. Bolehlah beli untuk bawa ke PLKN."

"Betul, serbuk pencuci ni hebat, macam mak, AH. HA. HA. HA."



Gila low mak dia menyamakan diri sendiri dengan serbuk pencuci. Dan memang wajib eh bawak serbuk pencuci pergi PLKN?




II

 
"Saya pun pakai serbuk pencuci ni mak."

"Eh, kamu pun pakai jugak. Mana kamu tahu rahsia mak?"



Apa mak dia ingat syarikat pencuci ni buat sekampit serbuk ja ka sebulan?

Sunday, October 3, 2010

Sedekah

Banyak input aku dapat dari status fesbuk aku tadi.




Duit haram kalau bagi kat orang (sedekah) adalah tidak haram. Yang bagi tu konfemlah berdosa sebab dia buat duit haram, tapi yang menerima tu tak salah nak pakai duit tu. Contoh, ibu budak ni pelacur. Budak ni makan duit ibu dia. Budak ni berdosa kah? Kesian tengok fakir-fakir miskin sanggup pi bagi balik duit tu atas desakan dan pressure oleh......well you know who.




Dan kalau anda bagi duit haram dan tak dedahkan itu adalah duit haram, it's a good thing. Dapat elakkan kekonpiusan orang yang terima duit haram tu. Sebabnya, orang kita, dengar je duit haram, terus jadi macam "AHHHH SHIT!!! DUIY HARAM!!! BAIK AKU JALAN KAKI PERGI BAGI BALIK DUIT TU DEPAN KAMERA TV3 WALAUPUN AKU MEMERLUKAN SEDEKAH DAN SUMBANGAN INI." Padahal duit yang diterima tu dah tukar status dari haram kepada tidak haram. Yang salah dalam hal ni adalah yang sibuk pergi korek cari sumber duit sedekah tu.




Dan satu lagi, kalau lah bendalah sedekah ni nak jadi isu jugak. Kenapa tak isu cukai arak dan judi yang dijadikan sumber kerajaan dan akhirnya jadi gaji kepada pekerja-pekerja kerajaan dijadikan isu? Haaaaa, sebab tahun depan election, jadi kerja hentam-menghentam wajar dilakukan mulai dari sekarang.




Satu lagi, babi la harga rokok naik lagi!!! Babi! Babi! Harga air naik kat Penang (hanya untuk komersil, bukan untuk kesemua rakyat) kecoh masuk tv. Rokok pun keperluan lah! Kalau tak percaya tanya Najib.

Friday, October 1, 2010

Awet

Aku ada problem besar.




Muka aku nampak muda. Aku perlukan awet tua supaya senang untuk menekel gadis sebaya dengan aku tidak lagi dicop adik kepada adik kedua aku sedangkan aku seorang anak sulung.




Antara langkah-langkah yang aku dah kenal pasti adalah ; simpan janggut panjang macam Osama, warnakan rambut aku dengan warna putih, kedut-kedutkan muka aku dengan garpu, garaukan suara aku macam suara gorilla. Tapi kalau aku buat macam tu, macam mana nak menekel, haish, problem-problem.

Monday, September 27, 2010

Nat Geonovela.

Tengok Channel 550, Nat Geo Wild sekarang macam tengok telenovela.




Suara Bahasa Malaysia haram tak masuk langsung dengan apa yang ditayang. Aku lebih banyak gelak dari terpegun dengan haiwan-haiwan liar. Bukan takmau tengok dalam English, tapi dah budak-budak dalam rumah ni nak tengok dalam Bahasa Malaysia.




Contoh hari tu, kisah tangkap ikan gergasi.



Penangkap I  :  "Saya dah dapat ikan ini. Mari kita naikkan dia ke atas."


Penangkap II  :  "Mari."




Sebijik macam telenovela. Sekali-sekala dengar macam suara doremon pun ada gak. Mungkin Fasha Sanda punya suara kot.

Kepak ayam

Mak aku ada perangai yang pelik dan kelakar.




Tiap kali nak order makan. Mesti nak buat aksi jugak.




Contoh hari tu. Mak aku hanya makan kepak ayam kalau makan ayam. Part ayam lain dia tak suka makan. hari tu dia nak makan nasi ayam.




So mak aku cakap kat tukang ambek order tu, "Nasi ayam satu.......kepak....kepak....kepak....." Sambil tuding jari dia dengan semangat kat lengan dia sendiri. Kitorang adik-beradik dah tergelak macam haram dah. Tukang ambek order tu konpius, macam dia tengah pikir, 'Eh, aku bukan pekak, aku paham.'




Aku cakap kat mak aku, aku bersyukur, bersyukur yang amat sangat. Sebab part ayam feveret mak aku adalah kepak ayam. Cuba bayangkan kalau mak aku suka makan paha ayam? Dada ayam ke? Jubor ayam ke? Huish, mau terselak kain mak aku tiap kali pergi makan nasi ayam.








Aku rasa mak aku paling kelakar dalam dunia.

Sunday, September 26, 2010

Teka-teki-timur-tengah

Teka-teki budak sekolah agama.




Siapakah ketua anak-anak yatim kat Malaysia? Ah-ha!



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Jawapan : Rais Yatim. Sebab menurut budak sekolah agama ni, Rais bermaksud ketua dalam bahasa Arab. Berilmiah sungguh teka-teki adik aku.

Saturday, September 25, 2010

Jepon baca Quran.

Tadi hantar adik aku pergi sekolah. On the way tu, aku nampak la sebijik kereta hitam ni, kejap kanan lane kejap lane kiri, kelam-kabut, kalut semacam. Last-last sampai kat trefik light, dia duduk tengah-tengah, macam cibai.




Aku kata la, "Macam setan kereta hitam."


Adik aku balas, "Tu la PK HEM sekolah."




Hoh? Adik aku sekolah agama. Sekolah agama perempuan. Kalau dah PK HEM pun cenggitu, camna nak didik anak murid? Patutla adik aku jadi camni sekarang, hahaha.




Sebut pasal sekolah agama perempuan adik aku. Adik aku cerita sekolah tu berhantu. Hari tu dalam toilet dia dengar suara perempuan baca Quran. Hantu jahil, dalam toilet baca Quran, tapi adik aku kata suara perempuan tu sedap dan lembut. Lepas tu adik aku cakap lagi semalam time nak balik, satu blok sekolah tu berbau kemenyan. Huish. Seram.




Mak aku yang ada sekali menyampuk.




"Memang pun berhantu, dulu pun mak kat situ jugak time duduk ITM. Berhantu. Suara tu suara Jepon kena bunuh."


"Jepon? Jepon baca Quran mak? Perempuan pulak tu."


"Perempuan? Tu hantu lain la kot."

Friday, September 24, 2010

Almaqlumlahhhhhh

Perbualan yang memenyampahkan di pasar malam. Perlis.




Peniaga : Eh lama tak nampak.


Pembeli lebih berat badan awal 40-an berambut pendek berwarna perang, berseluar ketat, berbaju ketat menampakkan spare tyre : SayE busy. Pergi sanE pergi sini.


Peniaga : Oo.


Pembeli lebih berat badan awal 40-an berambut pendek berwarna perang, berseluar ketat, berbaju ketat menampakkan spare tyre : Al maqlumlahhhh, perniagaannnnnn.








Rasa nak lempang. Cakap slow tak apa, ni kalau boleh nak bagi satu pasar malam tu dengar. Al maqlumlahhhhh perniagaannnnnnnnnnnnnn. Hak tuih! Dan aku bukan anti orang lebih berat badan, tapi aku anti orang yang suka cakap besar tak kena tempat. Kat pasar malam pun nak heboh-heboh ka??

Wednesday, September 22, 2010

Bahlol

Orang sekarang ni tak paham bahasa.




Jalan sehala dia nak masukkkkkkkk jugak. Jalan dah la sempit, tetap jugak nak masuk. Bila dah tak muat nak selisih, boleh pulak nak marah-marah, macam aku pulak yang salah. Heh, ingat aku takut. Sekali aku beliakkan mata baru tau. Bahlol. Tolol. Badigol.




Otak kalau letak dekat lutut jadi camtu la.

Tuesday, September 21, 2010

Proses seram.

Pengalaman tak tidur sehari. Selalu ok je, ni pengalaman ngeri.




Aku tak tidur sehari. So malam selepas malam yang aku tak tidur (lepas 24 jam), aku tengok tv, sambil baring. Lepas tu tertidur. Kejap je aku tertidur.




Dalam limabelas minit lepas tu, aku terjaga. Tapi proses penjagaan tu ngeri, seram. Aku tak bangun lagi, tapi aku 'nampak' keadaan sekeliling dengan jelas. Aku 'nampak' apa yang ada kat tv, adik aku sorang tengok tv, adik aku sorang lagi depan laptop (padahal laptop tu belakang tempat aku tertidur).




Lepas tu kan, aku sesak nafas, macam nak mati. Aku tak bangun lagi ni. Jantung pun sakit. Shit! Sakit nak mampos. Time aku 'nampak ' adik aku sorang yang tengah tengok tv tu, adik aku tengok aku balik, lepas tu dia geleng-geleng kepala laju-laju sambil buat bunyi yang seram! Babi seram!!




Proses penjagaan yang macam celaka tu berlarutan kejap ja, dalam limabelas saat. Lepas terjaga, aku tengok sekeliling, normal. Adik aku yang aku 'nampak' geleng-geleng tadi tu buat dek ja. Badan aku basah, berpeluh.





Seram haram! Sumpah lepas ni aku tidur setiap malam.

Monday, September 20, 2010

Langgar rumah.

Dinding rumah kemek dan bengkok. Setelah dicium punggung kereta yang direverse dengan senang hati.




Tu la, lain kali tidur bagi cukup, baru bawak kereta. Babi. Kereta tak kemek, yang kemek hanyalah dinding rumah. Tuan rumah tidak apa-apa.




Tuan rumah juga masih mampu mengiow dengan kuat. Nasib baik hang tak mampuih kekemekkan kucing.

Asap

Mamat Arab.


 "Kau tak tak."

"Tau apa?"

"Merokok itu haram."

"Eh, mana ada, makruh lah."

"Haram."

"Ma-kruh."

"..kenapa kau hisap rokok?"

"Stress."

"Stress?"

"Haah, stress."

"Kalau kau stress. Baca Quran, konfem tak stress."


 Menangis dalam hati.




Mamat Vietnam.


"Eh, kau merokok?"

"Haah."

"Boleh pulak kau merokok."

"Kenapa tak boleh pulak?"

"Yelah, arak kau tak minum, tapi merokok boleh."



Rasa nak lempang.

Saturday, September 18, 2010

Bukan

Bukan I


"Eh, ko pakai contact lense eh?"

"Haah. Kalau tak mata aku tak macam ni."

"Tak besar macam tu?"

"Bukan. Mata aku biru. Tapi sebab nak blend in dengan Malaysians, aku pakai la contact lense warna koko."

"Oo."




Bukan II


"Wah, hebat kain tuala hang. Gambar ferrari."

"Eh, biasa kita."

"Konfem hang beli kereta ferrari dapat kain tuala percuma."

"Bukan. Aku beli tuala ni, dapat kereta ferrari sebijik."

"Oo."




Bukan III


"Adik aku kitorang panggil YB."

"Oh. Dia ada cita-cita nak jadi YB ke?"

"Bukan."

"Habis tu. Dia suka pidato?"

"Bukan jugak. Dia jarang ada kat rumah. Buat-buat sibuk pergi jumpa penduduk kampung, merayau sini, merayau sana, macam YB."

"Oo."

Thursday, September 16, 2010

Kepala ular sudah turun

Sesuatu berikan (fishy) pasal kes bunuh-bunuh ni. 'Datuk' tu ada banyak haram dah rekod jenayah sebelum ni, dan tiada sebarang tangkapan. Kenapa tetiba lepas kes usahawan kosmetik tu, terus jadi kecoh, terus bermacam-macam kertas siasatan yang dah lama ditutup, tetiba dibuka balik.




'Datuk' ni dikatakan mempunyai akaun bank yang kat dalam tu ada banyak duit, 'Datuk' ni kaya 'terlampau'. OK, dengan rekod jenayah yang banyak campur dengan kekayaan 'terlampau', tak logik la kan pihak berkuasa boleh terlepas pandang. Aku tak rasa pihak berkuasa Malaysia sebongok dan sebodoh tu. Elok ja 'dia' turun dari 'kerusi' dia hari tu, terus pihak berkuasa giat menyiasat. Yep, 'dia'.




Aku tulis ni bukan sekadar spekulasi kosong, tapi aku dengar dan bertanya dekat sumber yang sembilan puluh sembilan peratus boleh dipercayai. Tapi sumber aku cakap, "Benda macam ni jangan tulis kat belog, tak pasai-pasai kena tangkap." Aku tak peduli, 'dia' dah takdak kuasa dah, dah ganti orang baru.




Ular ni banyak korupsi, dari dulu lagi orang dah tau, macam mana orang nak takut dengan ular ni? Tapi lepas ular ni dah tukar kepala, aku berharap la sangat-sangat keadilan di Malaysia tidak dikaburi dengan korupsi-korupsi.






Sekadar untuk berkongi dengan mereka-mereka yang masih prihatin dengan Malaysia.

Tuesday, September 14, 2010

Kebodohan terunggul abad ini.

Kau culik usahawan terkenal. Yang ni tak bodoh, ini cerdik dan berani mati.




Kau bunuh, bakar dan buang abu mayat ke dalam sungai. Yang ni pun tak bodoh, ini rancangan terbaik.




Lepas tu, kau nampak seutas jam tangan Rolex yang usahawan tu pernah pakai time dia hidup. Well, ini pun bijak, mana la tahu kot-kot boleh jual, mahal tu Rolex.




Tetapi kenapa la bongok dan bodoh sangat yang kau nak pergi pakai jam tangan Rolex tu pergi jalan-jalan? Orang sekarang tengah panas pasal kes culik usahawan tu, kau pulak boleh pergi tanyang jam Rolex tu. Baik kau ambek je baju usahawan tu, kau pakai pergi market, takpun kau ambek kereta usahawan tu pergi parking kat depan balai polis sambil jerit "Ini bukan kereta aku!!! Ini kereta usahawan yang aku bunuh tu!!!"




Walaupun tak konfem lagi abu tu diorang punya, tapi aku rasa dah sembilan puluh sembilan perpuluhan sembilan peratus konfem la kot.




Yang aku pelik, dulu ada empat orang usahawan hilang kena culik bunuh dengan peguam ni, takdak plak kecoh-kecoh, tapi bila orang femes yang kena? Terus keluar paper, televisyen, radio semua. Sampai paper pagi tadi pun lebih lima mukasurat cerita pasal kes ni saja.




Salah sapa? Mediaaaaaaaa. Asal orang femes ja, semua nak report, asal orang tak ternama ja, "Mampuih hang la, aku kisah apa."




Eh, kes model yang kena bom C4 tu bila nak selesai? Ke dah? Tak logik pulak, sebab saban hari aku nampak dia dok berkepit dengan laki dia dalam televisyen. Laki dia nak berucap, dia pun sibuk nak menempek kat sebelah dengan rambut palsu kembang dia tu, haish, macam lah dia orang penting.




Gejala menempek sambil perasan orang terpenting di Malaysia adalah kelakuan terbodoh paling unggul abad ini.

Friday, September 10, 2010

Khutbah

Tadi lepas semayang raya, dengar khutbah. (di mana terdapat segelintir kanak-kanak yang terlentok tidur, tidak dilupa juga berbondong-bondong pakcik-pakcik yang turut mengejoin aktiviti tidur berjemaah yang tidak bermoral itu.)




Aku teringat time aku sekolah asrama dulu. Time dengar khutbah jumaat. Khutbah selalunya ditulis dalam tulisan jawi, dan kat masjid tu selalunya pakcik-pakcik yang tua bagi khutbah. Satu hari ni kan, khutbah pasal Budaya Barat.




"......remaja-remaja kita sudah terikut-ikut dengan budaya barat. Berpakaian tidak senonoh, tidak menutup aurat. Musik yang didengar pula mempengaruhi kelakuan remaja-remaja sekarang; musik-musik keras, musik hip....musik hip.....hip..."




Banyak kali la jugak khatib tu dok ulang Hip tu, aku dok pelik, apahal khatib ni? Last-last kan, dia cakap,




"....HIPPPP....HUPPP"



Aku punya la tahan gelak tambah tahan berak time tu (masjid tu direnovate time tu, sekali dengan jamban dia renovate, terpaksa kemutan bontot aku dikuatkan). Nasib baik tak terberak aku kat situ.






Dia nak cakap Hip-hop tapi memandangkan tulisan jawi takdak hurup yang menyerupai hurup O, yang digantikan dengan hurup yang menyerupai hurup U (wau). So perkataan Hip-hop tu jadi Hip-hup, hahahahahahahaha.





Sekian sahaja jenaka yang kurang membina untuk hari ini.

Thursday, September 9, 2010

Selamat

Selamat Hari Raya Aidilfitri





Maaf Zahir & Batin

Tuesday, September 7, 2010

Mimpi pelik

Semalam aku mimpi yang pelik.




Aku mimpi dipeluk perempuan dari belakang. What? Aku kenal perempuan tu. Best..ngiahahahahaha. Naseb baik aku mampu berpuasa lagi siang hari tadi.

Sunday, September 5, 2010

Negara kita

Tadi aku browse facebool, leive news feed fesbuk. Lepas tu aku nampak la kengkawan aku share satu artikel ni. Tajuk dia A respond to 'Apa lagi cina mahu? (something like that). Artikel membalas kepada satu artikel akhbar yang bertajuk Apa lagi cina mahu?




Entry ni bersifat perkauman, tetapi ke arah yang baik. Kalau nak baca, sila baca, kalau takmau, sila jangan.




Aku setuju sangat-sangat dengan artikel mamat ni. Dia menyuarakan kata hati bangsa-bangsa lain selain bumiputera, yang aku sangat setuju.




They need a place where they can call home. Sebelum korang nak cop aku pengkhianat bangsa. Aku nak tulis sikit apa yang aku rasa.




Terlampau banyak sangat keistimewaan hak bumiputera. Terlampau. Sampai golongan bumiputera rasa terlampau senang, terlampau selesa. Bumiputera kena ingat, bukan bumiputera saja yang bangunkan Malaysia sejak 53 tahun dulu. Dan mamat ni tulis, golongan lain (cina, india etc) sering dicop pendatang. Apa kes nak cop orang macam tu? Ini negara kita semua, jangan terlampau bongkak nak cop ini negara bumiputera. Ini negara kita semua, melayu, cina, india. Kalau betul ini negara melayu, kenapa kita tukar Tanah Melayu kepada Malaysia?




Aku salahkan sistem pendidikan dan media. Okey, cuba fikir balik. Kita asing-asingkan sekolah melayu dengan sekolah cina dan sekolah india. Kalau dah dari kecil kita biasa bergaul dengan hanya rakan sebangsa, sampai ke tua kita rasa hanya kita yang wujud kat negara ni. Dan kenapa nak privilegekan sesetengah kolej dan universiti kepada bangsa-bangsa tertentu? Kadang-kadang kita lupa, kita lupa membezakan antara semangat patriotik dan semangat kemelayuan, kecinaan dan keindiaan. Sistem pendidikan macam ni la yang buatkan semangat perkauman timbul. Bukan sebab lain.




Kadang-kadang kita pelik. Kenapa bumiputera boleh dianggap mundur berbanding bangsa lain. Sebab bangsa lain perlu berkerja keras untuk anak-anak mereka. Dahla tiada keistimewaan, nak masuk universiti pun susah. Sedangkan bumiputera? Alah, ada biasiswa, ada itu, ada ini. Sekali lagi, sistem pendidikan jadi punca.




Media pulak, ada sikit kes kecil, nak besar-besarkan, macam kes hari tu, 'Ahli politik bukan Islam masuk surau.' Dah nampak sangat media jadi alat politik. Dan ahli politik ni suka sangat mengeksploitasikan Islam sebagai agenda. Kadang-kadang nak baca paper pun aku pikir dua tiga kali.




Mungkin ramai yang tak setuju dengan aku. Aku tak kisah, ini pendapat aku. Lain orang, lain pendapat. Kita perlu buka minda kita, buang pemikiran kolot, Ini negara melayu!, bukan, Ini negara kita semua! Aku teramatlah setuju dengan gagasan 1Malaysia.




Satu lagi point penting mamat ni. Kita tak reti membezakan antara 'kerajaan' dan 'negara'. Tak sokong kerajaan tak semestinya bermakna kita pengkhianat negara. Kerajaan hanyalah bertindak sebagai sekumpulan ahli politik yang diamanahkan rakyat untuk menguruskan negara, termasuklah menjaga kebajikan rakyat, semua rakyat, bukan hanya sesetengah golongan rakyat. Duit kerajaan adalah duit negara, dan duit negara adalah duit rakyat, bukan duit ahli politik.




Sekali lagi, aku tahu ramai tak setuju. Tapi ini pendapat aku. Jangan kita lupa, kemajuan negara kita sekarang bukan hanya dibangunkan golongan bumiputera, tetapi semua rakyat Malaysia. Aku menulis bukan sekadar pendapat kosong, tetapi dari pengalaman, pengalaman menetap di perantauan. Tak wujud istilah keistimewaan bumiputera kat sana. Semua diberi sama rata, termasuklah pendatang macam aku. Buat aku rasa macam aku di 'rumah' walaupun hakikatnya aku bukan.






Jadi, aku sangat berharap stu hari nanti, tiada lagi sekolah yang ramai melayu, sekolah yang ramai cina, sekolah yang ramai india. Aku nak tengok sekolah yang ada semua bangsa, sama rata.



Dan aku teringin gila babi nak tengok negara kita bertambah maju, perpaduan lebih erat. Tak wujud lagi "Eh, aku bumiputera, suka hati aku la apa aku nak buat, ni negara aku, bukan negara kau!! Pendatang!!"

Cerpan Poka..

Sekarang aku demam. Demam tulis cerita panjang. Aku tengah bosan nak mampos sekarang. Tadi tolong mak aku tekan kuih samperit. Juara tekan kuih samperit beb. Aktiviti tekan-menekan itu diselangi dengan aktiviti sengaja memecahkan kuih samperit yang baru siap dibakar agar dapat dikentekedarah.



Pasal cerita aku tu. Aku dah siap satu cerita panjang. 'Menunggu detik'. Well, aku tak pandai nak bagi-bagi tajuk ni, so aku hentam ja. Entah berapa episod, aku pun tak potong-potong lagi, ikut suka aku macam mana nak potong nanti.



Cerita ni pasal seorang pemuda, Badrol, yang pernah koma selama sepuluh tahun. Bila dia sedar dari koma, mak dia, Rozie, hilang, yang tinggal cuma Mak Tijah.  Kenapa Rozie menghilangkan diri? Nak tau? Kalau nak tau, baca la, kalau taknak tak payah la bacaaaaaaa.



Nah link blog baru aku, start esok, aku akan post episod pertama.


'Menunggu detik'

Wednesday, September 1, 2010

Cerita seram

Cerita seram adik aku.




Ada sorang pakcik teksi bawak sorang penumpang ni. Senyap je sepanjang perjalanan. Haram sepatah pun diorang tak bersembang. Tiba-tiba..(saspen)




Peumpang belakang ni cuit bahu pakcik tu sebab dia nak stop kat ATM. Pakcik ni tetiba menggelabah, bawak teksi haram punya laju. Penumpang ni terkejut la, apahal pakcik ni.




"Pakcik. Kenapa menggelabah tak tentu pasal?"




"Oh, sorila nak, pakcik terkejut sebab dulu pakcik bawak Van Jenazah"








Wah, seramnya.

Milow Zain?

Aku baru perasan yang suara Maher Zain dan Milow lebih kurang.




Kan?

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka?

Hari ni hari merdeka. So aku nak ucapkan selamat hari jadi yang ke-53 kepada Malaysia terchenta.




Isu perkauman kat mana-mana pun ada, termasuklah Malaysia, tapi kita patut bersyukur sebab isu ini masih terkawal, tidak melampau, takdak perang-perang, tiada lagi Parang Terbang.




Dulu orang bawak duit 5 sen pergi sekolah. Sekarang orang bawak duit paling kurang 5 ringgit pergi sekolah.



Dulu orang makan ubi kayu. Sekarang semua ada, kentaki, mekdonel, domino dan makaroni.



Dulu jamban main angkut-angkut, dah penuh, ada orang lain datang angkut pergi buang. Sekarang, flush sudahhh.



Dulu orang pakai minyak tanah. Sekarang main petik ja.



Dulu nak kenal-kenal, pakai main hantar surat kat majalah. Sekarang fesbuk pun boleh, sms pun boleh.



Dulu orang letak bayi dalam kain batik. Sekarang orang letak bayi dalam tong sampah.



Dulu orang naik kapcai. Sekarang orang rempit naik motor.



Dulu Tunku Abdul Rahman kutip duit nak beli tiket flight pergi UK sign merdeka agreement dengan orangputih. Sekarang, tak payah dahhhh, nak pergi mana-mana, naik business class, kalau boleh satu kapal terbang tu dia nak naik sorang.



Dulu Raja disanjung. Sekarang? Err, no komen.






Laungan MERDEKA tampak kosong.









ps : biar je lah diorang nak bakar-bakar bendera kita, negara diorang, diorang punya pasal. yang penting kita hepi.

Saturday, August 28, 2010

Isu masuk surau

Hahahaha, lawak tengok berita tadi. Isu sorang wakil rakyat (or something like that) pompuan cina masuk surau bagi ucapan kat Selangor. And then, ahli Umno buat laporan cakap itu adalah aktiviti berpolitik di surau. WTH?




First sekali, isu yang dibangkit adalah, orang bukan Islam tidak menutup aurat masuk surau. Kamon la, dari gambar yang aku tengok pompuan tu memang berpakaian sopan. Dan tadi dalam berita sendiri cakap, orang bukan Islam hanya perlu bersikap sopan di dalam rumah ibadat Islam. Ini pun nak jadi isu?




Seken, isu politik di surau. Wakil rakyat ni bukan nak pegi berpolitik punnnn. Dia cuma nak bagi sumbangan untuk perbaiki pagar surau, dan memandangkan dia dijemput untuk berbuka puasa kat surau tu, so dia pegi la bagi ucapan sekali. Cuba bagitau apa yang salah? Dah tu, ahli-ahli Umno kat situ suruh pulangkan balik duit tu, diorang cakap diorang dah kutip duit yang cukup untuk perbaiki pagar tu. Apajadah? Duit yang wakil rakyat tu bagi haram kah?





Ketiga, asal bukan Islam masuk masjid/surau je, kita kata "Hoih, mana boleh masuk!", asal orang Islam masuk gereja/kuil, kita kata "Hoih, hang ni Islam ka apa?"






Aku salahkan sistem pendidikan dan media di Malaysia.

Tuesday, August 24, 2010

Tak boleh tutup!

Aku tak suka tidur dengan kipas yang dipasang dengan laju sebab..Well, bukan aku tak suka, tapi aku TAK BOLEH sebenarnya, sebab..




Bila aku tidur, mata aku tak ditutup rapat. So angin-angin yang laju kerap bergesel dengan bebola mataku. Dan ianya mengakibatkan bebola mataku kemerahan. Leceh.




Tapi kalau ada pencuri masuk rumah time aku tidur, dia konpem akan lari sebab ingat aku berjaga dengan mata separuh terbuka.

Monday, August 23, 2010

Si gemok yang hebat

Aku rasa kucing aku, si gemok itu ada kuasa ajaib. Si gemok ni malam-malam tidor dalam sangkar luar rumah. Siang-siang ja kitorang lepas dia masuk dalam rumah, takpun tambat leher kat luar rumah.




Yang peliknya, masuk semalam, dah tiga kali dia berjaya meloloskan diri dari sangkar dia. Bangun pagi ja sangkar dia kosong dengan pintu sangkar terbukak luas. Tengok-tengok dia sedap ja dok kat depan pintu belakang rumah. Haih, pelik.




Terpikir jugak, "maybe dia bukak kot selak pintu sangkar dia tu". Masalahnya, selak tu ketat, aku pun kekadang susah nak bukak. Nak kata ada bebudak taman ni yang tolong bukakkan, tak logik sebab aku selalu berjaga sampai ke pagi, tak dengar pulak bunyi orang datang bukak. Loceng kat leher si gemok tu pun aku tak dengar berbunyi malam-malam. Jadi 'siapa' yang bukak pintu untuk si gemok ni?




Malam ni, mak aku selak sangkar dia, pastu siap lilit dawai lagi kat selak tu. Kalau esok sangkar tu kosong, memang sah si gemok tu hebat, takpun member-member sekucingan dia yang tolong bukak pintu sangkar tu.




Dulu pun aku ada kucing yang hebat jugak. Dia boleh bukak pintu bilik kitorang, untuk tolong gerak subuh. Bayangkan pintu bilik yang bertombol bulat tu hampir tetiap pagi dia bukak.






Ok si gemok, malam ni kita tengok sapa lagi bijak, kalau hang berjaya loloskan diri jugak malam ni, esok tak payah posa, hahahahaha.

Sunday, August 22, 2010

Mari menyambut

Ya, ini 'hasil-hasil' daripada 'sambutan meriah' remaja-remaja ketika sambutan tahun baru bulan Januari tahun ini. Kita menjangkakan 'hasil-hasil' ini akan terus bertambah di tong-tong sampah dan juga di sungai-sungai berdekatan sehingga ke bulan September, melainkan ada yang terlepas due date.


-Pakar 'Hasil Dalam Negeri'




Tambahlah lagi satu musim di Malaysia. Musim Beranak dan Buang. Aku rasa time merdeka nanti pun banyak jugak 'sambutan-sambutan' ni.





ps: Damn, aku ketinggalan, rupanya haritu ada kejadian batu-batu berdiri di Kuala Perlis.

Thursday, August 19, 2010

Tabiat buruk

Tabiat buruk, aku sure semua orang ada tabiat buruk.




1. Korek hidung kat trepik light. Ni memang tabiat orang Malaysia. Pernah sekali jenjalan kat Paris. Kitorang nampak satu bas penuh dengan orang yang muka macam malaysian, tapi tak sure, mana tau kot-kot indonesian ke, singaporean ke, bruneian (?) ke. Bila bas tu stop kat trepik light, sorang mamat dalam bas tu sedap dok korek hidung, siap gentel-gentel lagi, cait-calit kat seat depan. Kitorang pun "Sah orang Malaysia!"




2. Aku ada sorang member suka cabut bulu ketiak (bukan di khalayak ramai). Yang aku pelik, dia kata tak sakit, aku sendiri tengok pun dah rasa ngilu kat ketiak. Sebut pasal bulu, aku teringat kat asrama aku dulu, ada satu pintu bilik ni Pintu Berbulu, pintu tu penuh dengan bulu. Last-last kitorang dapat tau, ada sorang mamat ni suka cabut rambut gatal dia (ala, rambut yang macam kerinting sikit, dan menyebabkan kepala gatal), dan lekat kat pintu bilik.




3. Gigit kuku. Orang Malaysia jarang aku jumpa. Tapi orang perancis memang selalu, tambah-tambah minah-minah perancis. Kekadang aku pun terikut, sampai mak aku selalu sound "Tak elok gigit kuku, macam orang bodoh", aku mereply "Ala, orang perancis selalu buat, depa bijak jaaa"




4. Asal bukak radio je, dia sibuk nak menyanyi sekali, kalau menyanyi slow tak hapa, ni kuat macam haram, dah macam orang mabuk, tambah-tambah time korus. Nak tegur takut terasa, nak lempang kang anak orang, diam ja lah.




5. Bila argue sikit, nak tinggi-tinggi suara, padahal sah-sah point dia tu salah. Bila kita diam dia kata kita kalah, sekali lagi, nak lempang kang anak orang.









Tabiat aku pulak, suka nyanyi satu line lagu berulang-ulang kali macam radio rosak. Takdakla buruk sangat aku rasa. Best sebab orang sekeliling akan rasa annoyed.

Wednesday, August 18, 2010

Puisi Kantoi The Contest si PencariCinta

Tetiba rasa nak join kontes si PencariCinta ni, ngehngehngeh.




Wokeh, puisinya kok begini.





Puisi Basi 



Aku tak pandai mengarang puisi,

Lagi tak pandai nak bermadah berseni,

Kalau berpantun memang aku reti,

Ahhh, apa kata pantun dan puisi ku gabungi,

Ceritanya begini, hayati,

Ehem ehem, sejak ku kecil engkau sudah kumiliki,

Walaupun hakikatnya, tidak kusedari, sehinggalah ada yang menegur diri,

Dulunya ku sedih, ku marah, ku geram, mengapa ini yang Kau beri?

Engkau ibarat badut terpahat semadi, ramai yang ketawa, segelintir yang kagumi,

Namun, ku akur, ku sedar,

Apa jua ku lakukan, engkau tetap di situ, tegar,

Ibarat perempuan dengan beg tangan, sukar untuk kita dipisahkan,

Sekarang, lain pula ceritanya, engkau kupuja, engkau kujaga,

Hidup matiku engkau tetap berjasa, tanpa engkau, duniaku tidak bermakna,

Astro dan internet jua sia-sia,

Engkau pintu gerbangku, engkau penyuluh hidupku,

Biarkan mereka berkata-kata, mereka cemburu,

Mereka kecil, engkau besar,

Mereka tertimbus, engkau terkeluar,

Suatu hari siapa tahu, ku terserempak Heliza AF dia berkata,

"Eh eh, awak mata besar, macam saya, jom kahwin, jomla"










Gambar hiasan yang taklah sehias manapun

Tuesday, August 17, 2010

Bayi sampah.

Kecoh sekarang pasal kes buang bayi. Dulu time aku kecik-kecik takdak pulak. So aku rasa, bebudak segenerasi dengan aku yang buat hal.




Tadi tengok berita, nanti diorang nak hukum gantung mandatori makbapak yang buang bayi-bayi tu. Itu aku setuju. Perasan tak, sebelum ni, yang asyik kena hentam selalunya pompuan-pompuan yang buang bayi-bayi. Lelaki-lelaki yang turut bertanggungjawab tu lepas macam tu je. Tak adil, sama-sama buat, sorang je yang kena hentam. Dasar jantan!! (sila baca gaya pondan)




Tak kesian ke buang anak sendiri? Penat-penat kau mengandung, usung dalam perut sana-sini, penat-penat buat bayi (?), last-last ke tong sampah jugak kau buang. Baik kau bakar je terus bayi tu, senang, kurang-kurang orang tak nampak kekejaman kau tu. Bukti pun takdak. Hanjeng tepi jalan pun tau sayang anak, memang sah kau tak pernah tengok Animal Planet kat astro.




Kes kau dah terlanjur tu cuba tolak tepi kejap. Cuba kau pikir, mana tau anak luar nikah yang kau buang tu, bila besar jadi lawyer ke, engineer ke, doktor ke, prime minister ke, tak ke kau jugak yang beruntung. Bak kata pepatah, Anak adalah rezeki Tuhan, tak kira la kau agama pun, anak tetap rezeki, anugerah Tuhan.




Aku kagum tadi, sorang lelaki umur 18 dengan sorang pompuan umur 17 pergi serah diri sebab diorang dah buang bayi. Bukan kagum sebab diorang buang bayi, tapi kagum diorang berani untuk bertanggungjawab, penjara tujuh tahun.




Mungkin salah masyarakat jugak sebab selalu mencemuh remaja-remaja yang dah terlanjur ni sampai terpreknen. So untuk elakkan dicemuh, diorang lempar je bayi tu. Salah diorang biar diorang deal sendiri dengan Tuhan, kau bukan Tuhan untuk mencemuh orang yang dah buat dosa. Dan tak baik gelar diorang sampah masyarakat, sebab sampah pun boleh dikitar semula.








Ala, korang pun bukannya baik sangat, aku tau, kekadang terlanjur jugak dengan tangan kiri (or kanan, aku kiri).

Sunday, August 15, 2010

Param

Time nak balik dari param tadi. Oh ni vocab baru aku belajar dari fesbuk, PaRam adalah Pasar Ramadhan, haish macam-macam.




Lepas tu nampak sorang mamat ni sedap ja dok teguk air dalam kereta. Cermin gelap. Cis, tak posa, kata hatiku. Dia parking elok-elok belakang jubor kereta aku (eh kereta mak aku, aku driver ja).




Kalau ye pun tak posa tak payah la nak minum air dalam kereta, tunggu la sampai rumah dulu. Sekali aku nak keluar dari parking, tengok cermin belakang. Wakakaka, patutla tak posa, rupanya India, aku lupa kita 1Malaysia, Melayu, Cina, India pun pergi param jugak.




Best dok perlis, makanan murah. Berbaloi.

Penjajah

Bahasa penjajah




Ketika British memerintah Tanah Melayu, seorang petani bermain layang-layang. Tetiba layang-layang tu tersangkut atas pokok. Kebetulan pulak, ada sorang British kat situ.



"Aduih, macam mana nak ambek balik layang-layang tu, errr, eksiusmi sir, boleh mintak tolong?"


"Huh? What?"


"Tolong kait layang-layang atas pokok tu kejap"


"Huh? I dont speak malay"


"Apekebenda dia cakap. Kait, kait, tu, atas pokok tu"


"Huh? Ka-hit? Wowwwww, it's a beautiful thing, what do you call it?"


"I, no inglish sir. You can errrrr......kait, kait?"


"Wowwwwww, ka-hit you say? It's amazing"


"Wow? Apa benda tu? Err...yes sir, kait the wow sir"


"Yes, i knew already, it's called ka-hit, wowwww!!"


"Aku tau la kau panggil tu wow, tolong la kait kejap layang-layang tu!!"


"Wowwwww!!!!!! Amazing ka-hit"


"Ish mat saleh ni, yelah wow, tolong la kait wow tu kejap!!!!"





Mengikut bapak aku, macam ni la wau ataupun nama saintifiknya kite dapat nama.

Friday, August 13, 2010

Jin?

Keluar parking. Apasal kereta berat semacam? Nak gerak pun macam siput?




Tangok tayar, tak pancit pun. Takkan ada jin naik tumpang kereta pulak. Apasal woiiiiiiiiiiiii??




Sekali tengok dashbord, hahahaha, brek tangan tidak diangkat, haish!! Bikin saspen.

Thursday, August 12, 2010

Nafsu asap

Aku boleh bertahan sehari tanpa minum.




Aku boleh bertahan sehari tanpa makan.




Tapiiiiii, susah gila woi nak tahan sehari tanpa asap. Rasa nak pitam. Lunyai semacam. Lepas berbukak, kena duatiga pam, fuh, lega, dia punya 'kick' lebih sikit, hahaha.




Ok la jugak takleh smoke time posa, mana tau kot-kot time raya nanti aku dah boleh stop. Dahla rokok mahal macam haram.

Wednesday, August 11, 2010

Monday, August 9, 2010

Sengih kambing

Penjual lori?



"Hang kat mana?"


"Aku kat depan kedai noraini jual lori"


"Ha? Jual lori?"


"Ala, noraini jual lori, kedai warna hijau tu"


"Biar betul? Dulu bukan dia jual emas ka?"


"Kedai emas tu la!"


"Tu bukan jual lori!! Tu Nooraini Jewellery!!"

Saturday, August 7, 2010

Si gemok

Gejala 3G, gemok, gempal, gedempol di kalangan haiwan.








Tidak nampak gemok?









Ambek hang gemok macam badak. Dah macam anak rimau.

Thursday, August 5, 2010

Tempahan

Semua orang tau kan sistem booking ataupun tempahan. Tapi kannnn, ada jugak sistem booking yang agak keji tapi kadang-kadang berkesan.




1. Dekat KFC yang ada wifi. Selalu ramai yang akan datang bawak laptop cari plug letrik. Teknik keji adalah, kau bawak selotep putih (yang boleh tulis kat atas tu), kau lekat kat satu plug, lepas tu kau tulis ROSAK. Aku pernah terkena kejap dulu, tapi dengan semangat ingin tahu, aku try jugak, dan hasilnya aku kagum dengan taktik entah-sapa yang lekat selotep tu.




2. Dalam shower dekat asrama. Setiap shower asrama aku dulu ada dua pili, satu pili besar dan satu pili kecik. Kau tutup pili besar, so kalau kau bukak pili kecik pun takkan ada air. So orang yang masuk akan ingat shower tu rosak. Kalau kau bijak, kau takkan tertipu, dan tak payah nak beratur panjang-panjang untuk mandi.




3. Ni taktik paling keji dalam dunia. Bukan kau pun yang tempah tempat tu, orang lain yang tempah, tapi kau sedap-sedap je pergi situ, dengan selambanya. Padahal yang tempah tu memang sangat-sangat memerlukan. Tau la susah nak carik parking, tapi janganlah ambek spot parking orang cacat. Bak kata mereka Jikalau hendak mengambil tempat parking kami, ambillah kecacatan kami sekali.






Kajang pak malau kajang berlipat,
Kajang pak salim kajang berlagu;
Parking orang cacat pun kau nak rembat,
Cacat betul kanggg, baru kau tahu.

Siren??

Tak paham, tak paham.




Kenapa diorang naik kereta boleh laju-laju, boleh selit-selit, lepas tu selalu pasang siren? Kalau raja ke sultan ke, itu aku setuju la sikit (sikit je la), ni kalau setakat menteri-menteri, perlu ke?




Yang layak dapat pakai siren dan selit-selit bagi aku hanyalah ;


a) ambulan sebab kalau orang dalam ambulan tu dah nyawa-nyawa ikan, satu saat pun berharga ;

b) bomba sebab well rumah terbakar panggil bomba, lambat satu saat kang, mampos orang dalam rumah tu ;

c) dan polis sebab kalau lambat kang terlepas perompak-perompak.




Menteri?? Apahal nak selit-selit pakai siren?? Teori aku, menteri-menteri ni selalu datang lambat, event pukul lapan, pukul lapan setengah baru nak pakai tali leher, so bila dah lambat, pakat la kalut nak cepat sampai. Lain kali keluar la cepat sikit sedaraaaaaaa!!!!




Ni bukan kutuk kerajaan, ni aku nak kutuk menteri-menteri yang berlagak hebat, padahal kau menteri je punnnnnnnn, hari-hari makan nasi jugakkkkkk.

Wednesday, August 4, 2010

Bola vs Mekap

Ramai pompuan tak paham kenapa lelaki suka tengok bolasepak. Dan mereka jugak kekadang tak paham berpeluh ketika bersukan bukannya kotor, ianya sihat.




Lelaki suka tengok bola sebab ianya kompetitif dan boleh jerit-jerit. Setakat tengok golf apa barang. Ada jugak pompuan suka tengok bola tapi kebanyakan yang aku tahu, tengok bola sebab nak cuci mata, haish, baik pegi tengok wrestling.




Aku lagi tak paham kenapa pompuan suka bersolek. Kalau ala kadar ok la jugak. Ni tak, tebal mengalahkan buku panduan telepon. Apa ingat mekap tebal-tebal boleh jadi Nora Danish ka?




Aku paling meluat tengok pompuan pakai gincu warna merah terang tebal-tebal, cantik tak hapa, ni dah macam kena sengat tebuan. Kena kejar dengan lembu baru tau.

Tuesday, August 3, 2010

Tanglong??

Tengah tengok televisyen



"Nak tau dak, dia ni main tanglong sampai peringkat kebangsaan"


"Main tanglong?"


"Haaaa, main tanglong"


"Ada ka main tanglong peringkat kebangsaan"


"Ada la, bila main tanglong tu, dia keluar bunyi musik"


"Tanglong??"


"Ala, tanglonggggg"


"Tu bukan tanglong!!!!!!!!"


"Betoi la tanglong!!!!!!"


"Itu orang panggil ANGKLONG!!!!!!!!"




Dah nak SPM tahun ni pun tak reti beza tanglong dengan angklong.

Tuah dari bawah

Kedai burger


Ada satu mamat ni, aku panggil dia Amran Omar sebab muka dia sebijik macam bekas penjaga gol Perlis dulu. Keja dia dulu sekadar jual burger tepi jalan. Selalu la jugak aku beli burger dia.




Tapi sejak setahun dua lepas, dia hilang, dah tak jual burger.




Minggu lepas aku jumpak dia balik. Sekarang dah bukak kedai runcit, jadi stokis burger. Pergh, aku respek Amran Omar ni!




Kedai cendol


Dulu diorang jual cendol tepi jalan je beb. Warung kecik, ada dua tiga buah meja.




Alih-alih sekarang dah maju, dah bukak kedai cendol. Berpuluh meja. Aku dengar cerita, time diorang berniaga kat warung cendol tu, isteri dia eksiden, dapat insuran. So, duit insuran tu diorang bukak kedai cendol terus.




Kesimpulan


Start dari bawah. Takdak yang lahir-ahir terus jadi kaya, kecuali anak raja, itupun bukan diorang yang kaya, makbapak diorang yang kaya. Dan tuah manusia tak sapa yang tahu, hari ni kau patah kaki kena langgar lori, esok dapat insuran, lusa dah boleh bukak restoran.

Monday, August 2, 2010

Buruh paksaan

Kesian aku tengok budak-budak sekolah rendah. Beg sekolah macam haram besar. Dah sama besar dengan saiz badan.




Time aku dulu pun banyak jugak buku nak kena bawak pegi sekolah. Sampai kekadang rasa macam buruh paksaan, pikul batu campur lembu atas bahu. Baik bawak kereta sorong je terus pegi sekolah.




Patut dibuat loker je kat semua sekolah rendah dan menengah. Selamat pun selamat, takdakla kes curi-mencuri. Tapi nanti kang bebudak sekolah rendah ni main sorok-sorok pulak dalam tu, bahaya jugak tu.




Haaaaa, takpun bagi je iPad sorang satu buat pegi sekolah.

Asal-usul

Hari tu ada sorang ni tanya aku kat formspring, apakah itu "PokaPola"




Aku malas nak jawab secara panjang lebar sebab tak cukup space dan err....malas time tu.




Dulu aku cocaholic dan pepsiholic, selalu minum coke dan juga pepsi. Sekarang aku dah stop, lama dah tak minum. So aku gabung la Coca-cola dengan Pepsi, maka terbentuklah PokaPola. 




Satu lagi, desebabkan aku suka dengan polar bear, PokaPola juga boleh ditrenslet sebagai Mencucuk seekor polar @ Poke a polar.




Bila aku kaji-kaji balik, PokaPola adalah Coca-cola dengan dua huruf 'P'. Bila ditrenslet lagi maka jadilah Coca-cola with P's @ Coca-cola with pees. Maka wujudlah banner belog ini. Dan sila harap maklum bahawa coke yang ditambah air kencing tidak wujud, ianya mitos.

Saturday, July 31, 2010

Anak tiri

Kenapa nak tolong orang jauh-jauh sampai ke Asia Barat? Nak tolong boleh, tapi bak kata orang tua-tua, "Kera di hutan disusukan, anak di rumah mampos kelaparan".




Berapa juta lagi rakyat Malaysia yang perlukan bantuan? Kita selalu cop US suka berlagak sebagai Polis Dunia. Kita Malaysia berlagak sebagai apa? Nak sangat satu dunia kenal Malaysia?




Negara kecik, cuba pastikan rakyat sendiri hidup senang dulu, jauh dari kemiskinan dan kepapaan. Cuba pastikan jurang kekayaan antara sesama rakyat dan terutamanya antara rakyat dengan ahli politik hilang.




Oleh itu undilah saya!! Akan ku bina jambatan emas menghubungkan setiap negeri dan daerah!! Ini bukan janji manis tuan-tuan dan puan-puan, ini impian kita bersama!!! Minyak juga saya akan beri percuma!! Bukan minyak saja tuan-tuan puan-puan, gula dan tepung juga saya bekalkan ke rumah tuan-tuan dan puan-puan!!







ps : abaikan entry ini, mode berangan nak jadi Perdana Menteri ketujuh.

Bukan seksis

Hari tu aku tengok kikboksing kat tv. Mula-mula macam menarik, tapi pelik, kenapa tumbukan dan tendangan layu semacam ja...




Lepas tu tadi tengok bola kat tv. Mula-mula macam menarik jugak, tapi pelik, kenapa tendangan layu semacam ja...dan kenapa mereka semua bertocang dan besanggul ala-ala samurai..




Sekali pompuan daaaa yang berkikboksing dan berbola (ha?). Pergh, orang nak kikboksing, diorang pun nak kikboksing, orang main bola, diorang pun nak main bola (tiada unsur seksis di sini). Sangatlah tak sesuai.




Rosak la muka yang dah cun tu kalau dok bertumbukterajang dalam gelanggang. Lagipun tak sopan pompuan dok angkat kaki luas-luas, koyak kangggggg. 




Main bola pulak, terer memang la terer. Tapi kan, layu semacam. Nak mendada bola pun kena pikir duatiga kali, tak pasal-pasal kang lebam, takpun pecah silikon. Padan muka. Takdak pulak diorang nak tanggal baju untuk celebrate gol, oh mugkin takut kena kad kuning.




Pompuan banyak berkecimpung dalam sukan kelelakian. Lelaki ada ke berkecimpung dalam sukan kepompuanan? Main bola jaring ke, main dendan-dendan rambut ke, main....(apa lagi ha sukan kepompuanan???)




Member aku ada join ragbi campur laki pompuan dulu. Dia cakap best, apa yang bestnya pun taktau, dahlah dengan minah-minah Norway, sekali dia tackle kau, boleh melambung aku cakap, sedar-sedar dah kat bulan.





Bukan, aku bukan seksis tetapi nilai kesopanan dan ketatasusilaan haruslah diutamakan.

Friday, July 30, 2010

Tukar link

Kalau anda anak jantan, jom tukar link kat atas tu, nampak? Nampak? Kalau tak nampak, anda cuma tinggal empatploh hari untuk hidup.




Anak jantan tidak merujuk kepada yang bereekor di depan sahaja, yang berani juga boleh dipanggil anak jantan.

Perang Jumaat

Teringat time sekolah menengah dulu. Hari jumaat adalah hari kau bertukar jadi soldadu di medan perang.




Perang rebut naik bas nak pegi solat jumaat. Bas yang direbut tentulah bas berekon. Bas kayu tunggu esok lusa nak roboh yang takdak ekon hanya untuk orang yang tabah sahaja. Kalau naik bas tu, lepas turun ja macam joging seploh round padang, berpeluh!




Pastu perang rebut nak duduk tepi dinding dan bawah kipas dalam masjid. Boleh tidur dengar khutbah dengan kusyuk.




Time balik dari masjud pulak, perang rebut bas sekali lagi. Kalau bertuah, dapat naik kereta pakcik-pakcik yang semayang kat situ. Ada satu kereta ni aku selalu naik, sampai terhafal nombor plat kereta dia, KV 900 B.




Dah sampai maktab, perang kat dewan makan pulak. Hari jumaat makan sedap. Makan ayam. Berebut beratur nak ambek nasik. Keutamaan haruslah kepada yang berpangkat senior dan veteran.




Dah sudah makan, perang nak outing pulak. Perang nak rebut teksi keluar pekan Kuah. Yang ni kena ikut luck, kalau ada luck, ada la teksi. Sekali lagi, keutamaan kepada senior.




Rindu woo time sekolah dulu. Bukan rindu nak belajar balik, tapi rindu aktiviti-aktiviti nakal dulu. Lompat pagar terutamanya. Oh dan juga pecah masuk rumah warden tengok bola.

Thursday, July 29, 2010

Katun








Tahap kebosanan melampau mendorong aku untuk melukis diri sendiri. Macam Superman pun ada gak. Usah dintanya mengapa kepala besar tetapi kaki kecik.


 

Dan usah ditanya lagi mengapa mata besar dan mulut lebar, itu sudah suratan ilahi.

Politik negara

PM benarkan golongan guru berkecimpung dalam politik. Golongan lain tak dibenarkan sebab takut ada konflik kepentingan. Ya, aku setuju.




Tapi kan, kenapa pulak semua golongan politik layak diberi tanggungjawab lain. Contohnya, kepala dan kroni-kroni persatuan bola sepak negara dan err.......lain-lain. Takdak konflik kepentingan kah? Dari dulu sampai sekarang haram tak maju-maju pun. Takmau try bagi golongan tidak-politik kah pegang jawatan dalam persatuan-persatuan besar wahai sedara PM?




 Eh, kejap, kalau tulis entry macam ni boleh kena ISA jugak ke? Kalau kena, nantikan wajahku di muka depan surat khabar, hahahahaha. (tetiba aku rasa takut, kena betul-betul kangggggg)

Mata

"Kai, mata kau serius besar"


"Mata aku bukan besar lah"


"Habeh tu?"


"Saiz mata aku normal je, cuma terkeluar sikit, tu yang nampak besar"

Tuesday, July 27, 2010

Blekawut lagi?

Tahap kesabaran aku diuji lagi. Hoish, kalau tambah lagi sejam, mau terkoyak seluar baju aku jadi inkredibelhak.




Celaka betoi. Hari tu baru je blekawut, tetiba hari ni pun blekawut lagi. Bayangkan, start pukul empat petang, pukul sebelas malam baru ada balik letrik. Tujuh jam!! Besar sangat ke woi Perlis ni sampai memerlukan masa tujuh jam nak repair???? 




Buat kerja ke membuta wahai TNB sekalian?  Esok aku nak beli lilin selori, bateri toshlait sedozen, mana tau kot-kot takdak letrik lagi. Oh ya, mungkin kucing gemok aku boleh hasilkan letrik dengan berlari di dalam dynamo laju-laju.

Monday, July 26, 2010

Makhluk hijau

Eksperimen



Seorang saintis membuat eksperimen ke atas seekor katak.




Mula-mula dia jerit kat katak tu, "Lompat!" katak tu pun lompat.


Dia potong sebelah kaki belakang katak tu, lepas tu dia jerit "Lompat!" katak tu pun terkial-kial la melompat dengan sebelah kaki.


Dia potong lagi sebelah kaki belakang katak tu, lepas tu dia jerit "Lompat!" katak tu tak lompat. Dia jerit lagi "Lompat!" katak tu tak lompat. Banyak kali dia jerit kat katak tu, katak tu buat dek je, tak lompat.




So, saintis ni buat kesimpulan "Katak yang tiada kaki belakang adalah pekak"

Bebolamu

Nak berniaga buat lah cara nak berniaga. Setakat berniaga Bebola Kaya tu, tak payah la nak buat muka, nak hempuk-hempuk sudu.




Diri tu kena sedar sikit. Dahla muka iras-iras jamban tak siap. Ku hempuk sudu itu ke mukamu baru kau tahu.




Boleh pulak time kau berniaga Bebola Kaya, nak mengumpat customer samil berkata "Woih, cuba kau tengok makcik tu, besar 'nasi lemak' dia"  (dia tak pakai word 'nasi lemak', pandai-pandailah pikir sendiri). Logik kah? (Aku tak sure itu satu umpatan atau pujian bagi seseorang pompuan)




Agak-agak ada ke orang nak beli lagi kat kedai yang pekedai dia macam kaldai? Muka huduh tak apa, jangan perangai huduh. Tapi kalau muka huduh plus dengan perangai yang huduh, alamat tak lakulah Bebola mu itu.

Sunday, July 25, 2010

Blekawut

Semalam takdak letrik. Terpaksa la bergelap kejap.




Aku terpikir, "Macam mana orang dulu-dulu hidup takdak letrik? Gelap gila malam-malam" padahal time terpikir tu aku dok tengah melepak depan lilin. Oh, mereka pakai api, atau lebih tepat lagi lampu minyak tanah.




Tetiba aku kagum dengan Benjamin Franklin dengan layang-layangnya. Terima kasih Frank.

Saturday, July 24, 2010

Babun jalan raya

Orang Malaysia. Bila semakin tua semakin kurang ajar, betul.





Bukan nak kutuk tapi memang betul. Kat jalan raya, tak boleh bersabar sikit. Sikit-sikit nak hon, sikit-sikit nak hon, apahal. Ingat kereta diorang je kot yang ada hon. Bukannya luak pun minyak kereta tu kalau tunggu kejap. Meluat sungguh dengan pakcik-makcik yang tak tahu bersabar, macam haramjadah.




Bila orang muda kurang ajar, pandai pulak nak sound "Eh, hormat sikit orang tua, jangan kurang hajar", masalahnya perangai diorang (bukan semua) sikit lagi nak serupa babun atas jalan raya.




Kat Eropah, sikap bertolak-ansur diorang atas jalan raya memang aku respek. Sini? Jangan harap. Lagi besar kereta kau, lagi besar ego kau, macamlah jalan tu bapak kau yang punya.

Bang cik?

Di rumah



"Bang cik datang"

"Bang cik?"

"Ha, bang cik datang dah tu"

"......bang cik yang mana satu?"


"Assalammualaikum, saya datang nak memBANCI ni"




Ooooooo, banci, bukan bang cik.




Mengapa kucing tidak boleh dimasukkan ke dalam kategori 'yang menghuni di dalam rumah ini'? Perkauman sungguh pembanci itu. Bila ditanya mengapa, jawapannya "Tak boleh dik, kucing tidak berakal."




Sudahlah gemok, dicop tidak berakal pula, patutlah moody semacam kucing aku hari ni.

Friday, July 23, 2010

Teka-teki (lagi)

Teka-teki (lagi)




Ni adik pompuan aku yang bagi.


Lori apa yang paling perlahan sekali dipandu? Dan lori apa yang paling laju sekali dipandu?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Jawapan




Paling perlahan : Lori telur, sebab takut pecah.


Paling laju : Lori ais, sebab takut cair.





Tapi aku ok je. Bawak keta laju-laju, tak pecah-pecah pun. Oh mungkin karena boxerku yang kalis hentakan.

Thursday, July 22, 2010

Jual ubat!

Haish, dari jauh memang nampak kesian. Tertanya-tanya jugak dia jual apa.




Datang meja makan, bagi salam. Rupanya jual ubat. Okeh, jual ubat, aku tak berminat. So aku diam je la, angkat tangan, tanda aku TIDAK BERMINAT !!!




Dua tiga kali dok ulang "Assalammualaikum Dik, beli ubat dik?", aku angkat tangan, TAK MINAT.


"Assalammualaikum Dik, beli ubat dik??", aku angkat tangan lagi, AKU TAK MINAT LA NGOK.


"Takmau takpa la dik, ASSALAMMUALAIKUM!!!!!!"




Eh, nak garang-garang pulak. Aku humban masuk laut jugak kang pakcik ni. Masalahnya, jawab salam boleh je jawab slow-slow. Nak aku jawab salam kuat-kuat kat telinga dia ke?




Bukan nak kutuk, tapi boleh la pikir sendiri kan, orang datang kedai makan nak MAKAN, bukan nak BELI UBAT mahupun MENJAWAB SALAM KUAT-KUAT.




Haih, bikin hilang selera makan aku. Esok kalau aku pergi lagi kang aku bawak mikrofon satu, jerit bagi pekak terus, senang.