Thursday, March 15, 2012

Harapkan pagar pagar makan padi [edit]

"Harapkan pagar, pagar makan padi."




Logikkah sebuah pagar, memakan padi? Ya, memang tak logik. Kecualilah nama kau Muhammad Pagar bin Yunus, itu pun tak logik jugak, sebab mana ada manusia dalam dunia ni yang kedarah padi. Kau spesies burung ke hapa?




Jadi. Kenapa tetiba keluar pepatah harapkan pagar pagar makan padi ni? Haritu member aku letak status beliau menerangkan erti sebenar pepatah ini.




Kalau kau tanam padi, kau kena bina pagar tinggi gila supaya biawak dan aligator tak masuk kawasan sawah padi kau dan makan padi kau. Pagar ni selalunya dibina dari besi. Golongan petani ni mengharapkan agar pagar ni dapat menyelamatkan padi beliau dari dikedarah golongan biawak dan aligator. Lama-lama, pagar tu berkarat dan karat itu terus meracun padi, lalu padi pun mati. Harapkan pagar, pagar makan padi.




Salah. Sebenarnya pepatah yang sebenar adalah HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI.




PEGAR adalah sejenis burung. Yang ditugaskan membodyguard padi. Last-last, beliau sendiri yang kedarah padi.




Penyalahgunaan peribahasa berleluasa.




EDIT




Sumber : Bernama dan Coitus, ehbukan , Wikipedia.

3 comments:

Lady RaRa said...

mana ada orang buat bendang buh pagaq weyy

susah mesin padi nak masuk harvest padi la kalau dah nak pagaq bagai.

tapi pegaq first time dengaq. burung pegaq? burung peliaq aku tau la. kehkeh

WP said...

Ni boleh dijadikan cerita teladan kanak-kanak ni...

PokaPola said...

@ RaRa : tu aku letak bukti kajian terpeinci oleh Profesor Poka Kamsah. Aku try jugak cari burung peliaq kat Wiki, tapi tak jumpak. Mohon pencerahan, kahkah.

@ WP : semua orang kena kena perbetulkan peribahasa dalam buku.