Tuesday, December 13, 2011

Fakta palsu pasal Coca-Cola

Selain teh ais, air kegemaran aku adalah Coca-Cola. Sebab tulah aku pakai nama PokaPola. Banyak gila fakta palsu pasal Coca-Cola kat internet, terutamanya Youtube. Jadi aku pun buatlah kajian sikit-sikit.




1. Kalau kau campur Coca-Cola dengan Panadol, kau akan high, ibarat di bawah pengaruh dadah. Ini sangatlah tipu.


2. Coca-Cola ada kokain. Suatu masa dahulu ini adalah betul sebab beliau nak bagi air ni diketagihkan oleh pembeli. Sekarang tidak lagi.


3. Kau boleh cuci mangkuk tandas rumah kau dengan Coca-Cola. Hakhak, siapa yang percaya memang bangang. Pakailah Mister Muscle daripada kau membazir Coke kau tu.


4. Kau boleh cuci minyak kat baju kau pakai Coke. Sekali lagi, penipu. Lagi kotor adalah.


5. Kau boleh larutkan sebatang gigi kalau kau tinggal beliau dalam air Coke selama satu malam. Tipu.


6. Yang ini paling popular. Logo Coca-Cola kalau kau tengok depan cermin akan menghasilkan imej anti-Islam. Ini agenda pihak tertentu untuk menjatuhkan Coke. Ala, macam kes kasut Croc dulu tu. Budak-budak kat fesbuk kan suka mengehebahkan propaganda palsu.


7. Coca-Cola menderma sejumlah wang kepada Israel. Hah!! Kau tau tak dekat Ramallah ada sebuah kilang pembotolan Coke? Jadi aku dengan logiknya menyatakan ini juga agenda palsu. Dulu pernah sekali keluar berita bahawa Coke akan menderma keuntungan beliau selama empat hari berturut-turut kepada Israel. Ternyata ini palsu. Lagipun pihak Coke dah umumkan beliau tidak menyokong mana-mana pihak dalam konflik agama.


8. Suatu masa dahulu Coke tak mahu berurusan dengan Israel. Ini fakta betul. Kau tahu tak? Hah, aku pun baru tahu, jadi point nombor 7 macam ada betulnya.


9. Coca-Cola ada alkohol. Kalau betullah Coke ada alkohol, dah lama aku eksiden tengah jalan sebab aku suka minum Coke sambil memandu. Ternyata palsu sebab aku masih hidup. Dan hensem.


10. Coke membahayakan kesihatan. Ini sangatlah tipu, sebab sejarah tamadun dunia membuktikan bahawa mereka yang meneguk air Coke akan sihat dan hidup selama lapanploh tahun.




Semua agenda kat atas adalah palsu kecuali yang terakhir tu. Memang air Coke tak sihat sebab kandungan gula dan caffeine. Kalau kau minum Coke macam kau minum air putih hari-hari, umur kau memang akan pendek. Aku tak, aku minum kadang-kadang je. Dan ya, aku menulis blog ini sambil air Coke di tangan.




Oh baidewey, suka hati koranglah nak percaya atau tidak. Aku pasti, ramai lagi yang macam aku pada suatu masa dahulu. Berfikiran sempit, terlampau di-brainwash, percaya tanpa fakta dan memboikot tanpa usul periksa. Bab boikot ni, dulu ada la orang ajak boikot Mekdi dan Kepsi. Heh! Habis yang bekerja dengan Mekdi dan Kepsi dekat Malaysia bangsa siapa agama siapa rakyat siapa?




Tidak aku tidak percaya dengan agenda 'kau beli Coke maknanya kau beli peluru untuk ditembak kepada rakyat Palestin'. Aku beli Coke sebab aku nak minum, bukan aku nak perang.

6 comments:

Lady RaRa said...

dengan ini aku tanpa malu2 declare diri aku ialah penagih coke.

pale sengget said...

aku penah try basuh toliet ngan coke n seriously ta jadi ap2 pown..so fakta yg kata coke leh bersihkan toilet tu TIPU!!! so ap lagi fakta yg kata boleh reputkan gigi..


*daki toilet ak pown ta mampu kowt!!!

ju said...

2 perkara lagi tentang coke yang aku dapat dari youtube.. dulu la.. tak tahu fakta sebenar sebab aku tak pernah cuba..

1. rendam or tuang coke atas daging babi maka akan terkeluar ulat-ulat yang macam ulat kat sampah yang dah reput bau macam nak mampos.

2. rendam telur ayam dalam coke selama lebih kurang setahun akan menyebabkan telur tersebut kenyal.


aku pun penah cuba guna coke untuk basuh toilet dan baju.result; hampeh..

Shahzila Abbey said...

Yg psl coca cola ada alkohol tu memang betul.cuma kandungannya terlampau sedikit dalam 7% jer...

Wahab vicious said...

Tlmpau addict sma coca cola. Nie lah jadi nya. Sampai mengendahkan kebaikan dan keburukan.

Bulan Bulan said...

Tapi kalo kita minum coke gan panadol boleh menyebabkan kemandulan ke?