Wednesday, December 31, 2014

Defend Your Base is now LIVE on Play Store

I have just published another game for Android devices. It is an arcade game, equipped with stunning 2D graphics, easy gameplay, and some amazing music and sound effects. For the voice acting, I did some recording of my own voice (yep), and edited it using Audacity.

Below are some screenshots of the game.

LINK to Google Play Store










Monday, December 15, 2014

Eh eh kerintingnya rambut awak.

Hari tu aku ada pergi kenduri kawan aku yang satu sekolah menengah dulu. Lepas makan-makan, sembang-sembang, tangkap-tangkap gambar, salam-salam, sembang-sembang lagi, salam-salam lagi, sembang-sembang lagi sikit, salam-salam memang betul punya last salam-salam, aku pun memandu pulang ke rumahku syurgaku firdausi.


Semasa di dalam perjalanan pulang, dengan kelajuan yang so-so, aku teringat satu kejadian semasa di sekolah menengah. Lagipun radio kereta aku sekarang ni tengah mengalami kerosakan, jadi bagi mengelakkan kebosanan, aku akan ingat benda yang dulu-dulu yang menggamit jiwa.


Masa sekolah dulu, rambut aku kerinting. Aku cukup menyampah dengan kekerintingan rambut masa tu. Serupa anak afrika. Sudahlah aku hitam. Memang sebijik afrika. Ditambah lagi aku ni kurus. Memang afrika habis. Lagipun bibir aku tebal, Dari jauh, dari dekat, memang macam afrika kawasan paling ulu.


Masa tu, aku rajin membaca buku dan aku berjanji akan kurangkan kekerintingan rambut aku. Jadi aku buat kajian berkenaan rambut. Tak lama mengkaji, dalam sebulan macam tu, aku terjumpa satu artikel yang ditulis oleh konon-kononnya seorang pakar rambut terkenal. Beliau tulis, kalau nak rambut kembali sihat, cukur rambut sampai botak licin jangan ada satu helai pun di atas kepala. Aku ikut.


Berbulan-bulan kepala aku botak masa dekat sekolah dulu. Hasilnya?


Macam haram, rambut aku jadi kerinting serupa tu jugak. Bodoh punya pakar rambut. Tak pasal-pasal dari afrika, aku kelihatan seperti makhluk asing tak cukup zat yang sunburn selama berbulan-bulan, tanpa sebarang faedah. 

Tuesday, December 2, 2014

Perjalanan

Fullamak ai, bila letak tajuk entry guna satu perkataan macam tu, nampak macam aku ni berseni gila babi. "Perjalanan".


Hari tu aku ada bawak kereta. Tengahari macam tu. Selalu aku ni pesen kalut kalau bawak kereta, biarpun aku ni terkenal dengan sifat yang rilek-rilek serta qanaah dan taurina. Tapi hari itu, betul-betul membuka mataku, yang sudah cukup terbuka ini.


Aku bawak rilek-rilek, tak laju. Dalam 70 ke 83 kilometer sejam. Perjalanan aku ada la dalam 8 kilometer. Sepanjang perjalanan tu, banyak benda aku belajar. Rupa-rupanya banyak gila babi bangunan, mesjid, sekolah, kedai makan, kedai tayar, kedai perabot di sepanjang perjalanan aku tu.


Kalau sebelum ni, aku bawak laju, memang tak sempat pandang kiri kanan, mata memang always on the road, fikir nak sampai cepat. Benda sekeliling memang aku tak hirau kecuali, lampu isyarat, polis trafik dengan kucing melintas.


Bila sampai ke rumah dari perjalanan yang membuka mata itu, baru aku sedar, itu adalah petanda Tuhan kepada aku. Hidup ni rilek-rilek, jangan pandang jauh-jauh sangat, jangan fokus satu cita-cita, hinggakan benda-benda sekeliling yang berlaku sekarang, diabaikan dan dipandang enteng. Seolah-olah Tuhan mahu memberitahu, "Rilek la brader, kalut-kalut nak pergi mana?"


Jadi dengan itu, demi prinsip Carpe Deim, aku dah buat game keempat untuk Android yang bertajuk "2207 Challenge", dan ya, 2207 tu tarikh lahir aku serta abah aku. So..pergi la download kalau berani menyahut cabaran, rilek-rilek jugak game ni pun.

Link ke Play Store








Sunday, November 23, 2014

Cara Hebat Jimatkan Minyak

Dengar cerita subsidi minyak akan ditarik hujung tahun ini, aduh habislah nak kena naikkan belanja sebulan untuk isi minyak kereta. Sudahlah mahal, nanti bertambah mahal! 


Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, saya ada produk terbaru yang walaupun baru keluar pasaran, tetapi saya dah berjaya kumpul bertaus-ratus testismonial. Fullamak ai, power gila, kot? Kalau tidak power, masakan testismoni saya sebegitu banyak?


Produk yang saya maksudkan adalah pelekat ajaib. Lekat sajeeee di atas henjin kereta dan vroom vroom segala jenis kebaikan dan fadhilat dapat tuan-puan rasai. Tak percaya? Eh eh kan saya dah bagitau tadi saya banyak testissmoni, tua-puan ni pelupa agak-agaknya! Dengan testisssmoni-testisssmoni tersebut, maka sah-sah dah sahih lah bahawa pelekat itu berkesan. 


Bagaimana ia berfungsi tanya tuan-puan? Senang sahajeee caranyeee. 


"XXXX Airtracker transforms the air molecules into extremely smaller molecular structures. Therefore, the refined fuel can be burned more completely and optimally. It allows the engine to give its best performance with smoother piston movements which results in fuel savings for an equal performance. Besides, it also helps prolong the lifespan of the engine parts.
XXXX Airtracker is not only invented for fuel savings, it also helps contribute to a greener environment. Fully burned fuel emits less carbon monoxide which eventually reduces carbon emission."

Senang bukan cara pelekat ajaib ini berfungsi? Jikalau tuan-puan tak belajar sains mahupun fizik pun, tuan-puan boleh faham. Malahan, budak tadika kemas pun boleh faham, sebegitu mudahnya explanation dari pihak saya. Buat apa susah-susah memikirkan bagaimana pelekat ajaib ini berfungsi, tuan-puan dah lupa keee bahawa saya ada beratus testissssmoni? Jangan jadi pelupa.


Tapi setahu saya molekul udara ini banyak kandungan, bermacam-macam elemen, bermacam-macam saiz, boleh keeee dia tukar ke molekul yang kecil-kecil haaa? Saya pasti itu soalan yang bermain di fikiran tuan-puan sekarang. Tetapu jangan risau, saya gunapakai teknologi dari beberapa negara Eropah yang terkenal dengan tekonologi permotoran, contohnya Iceland dan Andora. Teknologi ini saya gabungkan menjadi satu, mereka di sana pun belum ketemu lagi teknologi ini, saya yang jumpa dulu. Power kan? Kalau tak power masakan dapat testissssmoni yang banyak gila. Itu pun tak reti.


Ingin jimatkan minyak sebelum minyak naik? Belilah produk saya dengan harga hanya beratus-ratus ringgit ini. Bila tuan-puan beli, saya jadi kaya, tuan-puan jadi bengong. Wallahulam bisowap.


"Blog pokapola ni blog paling bagus di serantau Asia Tenggara, sehinggakan masa saya melancong ke Hanoi tempoh hari, penduduk Hanoi sibuk bertanyakan tentang khabar pokapola." Testimoni dari Puan Jue Boqhang, Kodiang.

























Kamonlah, cerdik lah sikit, tolonglah cerdik sikit dengan tidak menyapot golongan scammer ini.


Sunday, November 9, 2014

Cure the Panda is LIVE on Play Store

Hendak dipendekkan cerita, sebab aku malas bercerita secara panjang lebar lagipun aku bukannya awas kenderaan panjang dan lebar, jauh sekali dari saya pemandu terlatih ataupun baby on board.


Pendek cerita, aku dah publish satu lagi game untuk Android di Play Store. Game ini bermodelkan seekor panda yang sakit perut. Kasihan.

Link on Play Store











Link on Play Store


Wednesday, November 5, 2014

Fenomena Aneh di Perlis

Sebenarnya dah lama dah aku perati, tapi makin lama makin banyak benda ni. Aku tak tahulah orang lain perasan ke tidak. Macam kes dulu la ni, yang geng kongsi gelap mana entah pergi conteng habis papantanda-papantanda dekat Perlis.











Entah macam mana nak maju 2015 kalau signboard pun pergi conteng.

Friday, October 10, 2014

Aller Retour is FREE!

Hai apa khabar kesemuanya yang sedang membaca tulisan ini? Kalau diikutkan, tulisan aku tidaklah berbentuk sebegini kerana aku sedang menulis menggunakan papan kekunci dan bukannya sebatang pen dan kertas. Tulisan aku lebih huduh.


Aku menulis ni pun bukannya sebab apa, tidak lain dan tidak bukan adalah kerana aku nak buat satu pengumuman yang berbaur pemasaran.


Disebabkan aku sudah berubah dari seorang pengguna iOS kepada pengguna Android, jadi aku umumkan bahawa game ketiga hasil titik peluh masam diri ini sudah berada Google Play Store. Gamenya ringkas, mempamerkan grafik yang juga ringkas, cara bermainnya juga ringkas, pendek kata segalanya ringkas, kecuali, cara untuk menang, tiada yang ringkas di dalam sesebuah kemenangan.


"Aller Retour". Jika dilihat dari nama, ianya membawa maksud "Pergi Balik" di dalam Bahasa Perancis. Saja la tu aku letak nama macam tu, sebab bunyi "Aller Retour" (sebut : "ah-lay ghe-thoorgh") sedap dan memerlukan dengung serta idgham yang betul.


Sekian pengumuman. Kalau nak muat turun, pergi la ke SINI .



ETES-VOUS PRET?

TIADA YANG RINGKAS DI DALAM SESEBUAH KEMENANGAN

Thursday, September 25, 2014

Mister Go Round Is Up And Running!

I have decided not to include any postings about my apps here in this page.


My app is up and running in the Google Play Store! Go grab it now!


If you would like to know more about Mister Go Round, kindly head to my other page (located in the tab on top of the blog), or just click this link (if you are too lazy)

Saturday, September 20, 2014

Thursday, September 11, 2014

Misteri Mak Mentua Abah Aku

Apa khabar semuanya di malam Jumaat yang penuh barakah ini? Moga-moga sihat hendaknya. Memandangkan malam ini malam Jumaat, dan aku belum menikah, jadi aku mengambil kesempatan untuk menulis sikit cerita seram. 


Masa benda ni jadi aku kecil lagi, yelah bila dah besar ni jarang pula mengalami kejadian mistik mahupun paranormal. Aku sekeluarga, yang dikandungi oleh abah, emak dan dua orang adik perempuan aku pergi ke satu kawasan medan selera di jeti Pulau Pinang, belah seberang bukan belah pulau.


Medan selera di situ banyak betul makanan. Antara salah satu makanan yang dijual di situ adalah satay, yang juga dijual oleh member abah aku. Lalu warung satay beliau selalu menjadi tempat lepak ambil angin buang angin oleh kami sekeluarga. Hendak dijadikan cerita.


Suatu malam yang biasa-biasa saja, kami ke situ, mahu makan satay. Adik aku yang kecil sekali didukungi oleh abah aku. Sementara aku dan adik aku yang seorang lagi, berjalan macam biasa. Menuju ke warung satay member abah aku. Yelah, takkan nak parking kereta betul-betul dalam medan selera, mestilah jauh sedikit dari situ. 


Setiba kami di warung satay berkenaan, soalan pertama yang member abah aku tanya ke abah adalah,


"La mana pi mak mentua hang? Tadi hang jalan aku tengok elok ja berjalan belakang hampa. Pi mana?" 


Sejurus itu kami sekeluarga terus pulang tanpa makan dan minum apa-apa, atas arahan abah aku.


Setiba di rumah, adik aku yang paling kecil terus meragam buat perangai tak boleh tidur. Angkara "mak mentua" abah aku tadi la tu.


Apa yang jadi selepas itu, aku sendiri samar-samar sebab aku masih kecil. 


Acewah, tak ada la seram mana pun. 

Saturday, August 23, 2014

Buang Tebiat

Aku sekarang ni jarang gila babi dah buka-buka belek blog sendiri dekat laptop. Al mahakluhumlah, zaman dah canggih, laptop tinggal sekadar tempat untuk muat turun secara haram, memainkan fail yang dimuat turun tadi (oh btw, sekarang ni aku tengah layan series Person of Interest, boleh tahan sedap), serta main permainan video. Sekarang ni pun aku tengah buang tebiat, bukak blog sendiri guna laptop sendiri. Kahkahkah, entah macam mana la rupa tebiat sampai dibuang sesuka hati oleh ramai orang.


Bersyukur ke hadrat Tuhan, disebabkan aku membuang tebiat, aku dapat satu jenaka yang aku rasa salah dari setiap sudut.


Taraa!




Aku tak tahulah yang pergi search tu umur berapa tapi apa-apa umur pun,aku tetap rasa ianya kelakar, dan salah! Kot ye pun nak mencari awek, carilah yang atas umur bukannya bawah umur.


Ini nombor awek tingkatan satu bagi siapa-siapa yang duduk area Selangor.












Haa aku dah letak ayat cantik situ, kalau ada lagi yang search di google, dapat la trafik percuma, kakaka. Setan setan.

Thursday, August 21, 2014

Berangan-angan. Dua ratus persen.

Entah mengapa aku sering dibuai kesedapan bermimpi sejak akhir-akhir ini. Mungkin kerana aku sedikit bosan menanti waktu kuliah dibuka seperti biasa namun pabila waktu kuliah dibuka aku bakal dilanda bosan dengan kuliah pula. Entah kenapa sikit-sikit bosan sikit-sikit bosan. Dikala bosan inilah aku mengkaji perilaku homo sapien di benua kenit ini.


Heh.


Aku nak kutuk drama TV3 yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini sebenarnya tapi terberangan pula, ibarat penonton drama TV3 itu sendiri. Dua ratus persen pula tu! Drama ini punyalah hangat diperkatakan sampaikan ada orang letak gambar rangka manusia duduk atas kerusi dengan kepsyen "Gadis Malaysia menanti jejaka idaman macam dalam TV3 tuu." Kasihan, sampai ke sudah tidak ketemu. Itulah. Berangan lagi.


Yang aku tak berapa faham tu, apa kaitan tajuk buku/drama tu dengan jalan cerita? Mungkin aku yang sedikit dungu tetapi sampai sekarang ni haa, aku tak jumpa koneksyen. Ke sebab aku berada di luar kawasan sebab tak dapat koneksyen?


Tapi. Ini serius. Jangan berangan lah woi! Kalau asyik berangan bila nak ketemu jodohnyeee.

Monday, August 4, 2014

Lebuhraya yang sebuah

1 Syawal itu hari aku ada balik ke kampung, pandu kereta takkan pandu lalu pula bukannya aku nak beli burger mekdonel aku nak balik kampung. Jadi aku pandu kereta melalui lebuhraya untuk pulang ke kampung. Sedar tidak sedar, radio pada tahun ini agak cemburu dengan kepadaku, sepanjang perjalanan pulang langsung tidak diputarkan lagu Balik Kampung. Tahulah kau kena kerja dalam stesen radio tapi janganlah cemburu denganku yang ingin pulang beraya ini. Aku agak keliru, betul ke di stesen radio, lagu-lagu diputarkan? Entah macam mana rupa bila sebuah lagu diputar, aku tengah cuba imagine. Pelik.


Baidewei, semasa dalam perjalanan (tanpa background lagu Balik Kampung, duh), kereta banyak di sana sini di setiap sudut lebuhraya! Di kiri banyak, di kanan apatah lagi pasti banyak juga. Bak kata arwah tok aku, gheta meneghu punya banyak ei tok takut aih naik gheta dengan hang, hang bawak laju. Rindu pula ke arwah tok aku. 


Tidak lupa juga ada satu kemalangan jalanraya semasa aku pulang terbabit. Tapi bila fikir balik, aku ada atas lebuhraya, maknanya tidak masuk akal kemalangan di atas lebuhraya dipanggil kemalangan jalanraya sepatutnya dipanggil kemalangan lebuhraya. Kemalangan yang aku maksudkan tidaklah sebegitu teruk, cuma empat lima buah kereta yang berlanggar bumper belakang kereta lain di hadapan. Itulah padah membawa laju dan mencucuk kereta hadapan secara dekat, bilang aku kepada penumpang-penumpang di dalam kereta semasa itu yang dikandungi oleh seorang mak aku serta dua orang adik perempuan aku. Mereka mengangguk tanda setuju serta mengambil iktibar.


Bila sudah nampak kemalangan seperti itu, aku pun secara otomatik memperlahankan sedikit pemanduanku, takut juga kalau asyik memecut 150 tiba-tiba terlanggar kereta hadapan. Aku kona stereng ke kiri, masuk lane kiri dan bawak secara sederhana di situ. 110 sahaja. Ambil iktibar dari kemalangan sebentar tadi, katakau.


Selang lima minit. Tak boleh jadi ni tak boleh jadi, tak rock.


Aku kembali ke lane kanan dan memandu secara laju kembali. Penumpang-penumpang lain di dalam kereta semuanya geleng kepala. Peduli apa aku. Tak rock lah tak rock bawak slow!


Vroom.

Monday, July 28, 2014

Selamat Hari Raya

"Allahu akbar allahu akbar allahu akbar.." suara takbir berbunyi di speaker mesjid yang kubahnya berwarna biru. Jam baru pukul 7:50 pagi, jemaah belum ramai yang sampai. 


Tssss..ahhhh.. Asap rokok Gudang Garam yang aku beli di pasaran gelap aku hembus pelan-pelan, bagi menikmati sedapnya asap racun di pagi yang sejuk. Biarlah jemaah yang lain masuk dulu, habis rokok nanti, aku follow belakang, desus hati kecilku. Emak dan adik sudah masuk, aku masih dalam kereta, rilek-rilek, hisap rokok. Memandangkan segala kesulitan yang bakal aku alami untuk keluar dari parking mesjid nanti, aku dari minggu sudah dah ambil keputusan untuk parking di luar pagar mesjid. Satu keputusan yang agak mudah.


Kuning, biru, hijau, oren, pink, merah, ungu, macam-macam kaler pakaian hari raya aku nampak jemaah yang sampai. Ada yang muka ceria, ada yang muka gembira tak kurang juga yang muka busuk. Yang paling power, ada brader bawak motor kaler merah, pakai baju melayu kaler merah, bawak anak lelaki dua orang yang semuanya pakai baju melayu kaler merah. 


Asap terakhir aku sedut, hembus. Ahhh. Elok je aku melangkah keluar dari kereta, secara tiba-tiba, proot.


Terkentut, nak kena ambil balik air sembahyang. Ini yang aku malas ni, ini yang aku malas gila ni!

Sunday, July 20, 2014

Kajian ringkas

Saban hari, makin banyak perkara yang berlaku di setiap sudut dunia. Biarpun dunia ini berbentuk bulat mana logik sesuatu yang berbentuk bulat mempunyai sudut namun ada juga yang mempercayai bahawa dunia ini bukan bulat tetapi sfera. Sfera juga, seperti bulat, tidak mempunyai sudut. Sudut ialah ukuran yang dicipta untuk mengukur tahap kecondongan antara dua garis lurus. 


Bulat dan sfera, mana mungkin wujud dua, mahupun tiga empat lima atau enam garis lurus. 


Begitu serius perbincangan berkaitan geometri dia atas seolah-olah tujuan asal penubuhan blog kenapa begitu serius ini sudah lari sedikit. Usah risau dan kaget, perkara geometri yang dibincangkan tidaklah seserius mana pun, cuma melontarkan buah pandangan. Ha apa lagi sambutlah buah pandangan tersebut dengan hati yang terbuka. Tahi bintang, buah pandangan, seolah-olah benda yang sama. 


Bintang tidak berpunggung namun bertahi, di manakah pula pokok pandangan jika buahnya sering dilontar secara semberono? Jika itu dibahaskan, pasti banyak pihak yang menggaru kepala terkebil-kebil kekalutan mencari idea. Serupa juga dengan pendingin hawa dan pisang goreng.


Hawa ialah bini Adam. Kaum hawa adalah orang perempuan biarpun menjadi perempuan mahupun lelaki bukanlah menjadi sesuatu kaum tetapi itulah realitinya. Pendingin hawa, bukanlah aparatus yang digunakan untuk menyejukkan sesuatu kaum yang sering marah-marah tanpa sebab serta sebulan sekali emosinya tidak menentu. Bukan. Penghawa dingin pula, tidaklah masuk akal untuk digunapakai. Tidak kah pelik meng'hawa'kan sesuatu yang sejuk? Seolah-olah kau ambil satu peti sejuk, lalu kau mekap serta pakaikan baju kurung kepada peti sejuk terbabit seraya berkata "Haa terer pun aku hawakan dingin ini!"


Sementara pisang goreng, lain pula ceritanya. Jarang pekedai makan mengiklankan produk mereka dengan menulis "Goreng nasi kampung". Statistik penggunaannya begitu rendah sekali. Jadi dimanakah letak waras akal jika pisang goreng dipanggil goreng pisang? Di punggung? Pisang goreng pula jarang kelihatan sekitar pasar Ramadhan di sini namun di sana tidaklah pula aku ketahui kerana sampai pun tidak pernah macam mana nak tahu.


Fikir-fikir dan kaji la sedikit.

Thursday, July 10, 2014

Sekian lama

Terasa begitu lama sekali aku tidak mengemaskini blog kenapa begitu serius ini. Aku berharap kesemua pembaca di luar sana tidak begitu serius sepanjang ketidakkemaskinian blog ini biarpun tidaklah pula aku tahu bahawa kau betul-betul di luar sana, entah-entah kau sedang berada di dalam rumah sambil makan mee segera perisa kari secara senyap-senyap dan berhati-hati supaya garfu tidak bersentuh dengan mangkuk kuat-kuat sehinggakan jiran sebelah terdengar bunyi itu lantas berfikir hmm tak puasa la orang sebelah tu. Padahal jiran sebelah juga tidak puasa. Biasalah, kain sendiri terkoyak nampak jerawat di punggung masih mahu menjaga kain orang lain yang juga terkoyak nampak jerawat di punggung, kiri mahupun kanan.


Apa khabar kesemuanya puasa ke tidak kalau tidak puasa pastikan sebelum keluar rumah gosok gigi betul-betul manalah tahu kot-kot tersepit cili di celah gigi depan. Tapi semasa memberus gigi tu, pastikan jangan lama-lama berkumur, ye lah kan makruh tu di bulan puasa yang penuh kerahmatan ini. Eh Rahmat apa cerita? Lama tak dengar beliau menyanyi, entah puasa ke tidak beliau tapi janganlah berfikiran negatif kita kena sentiasa positif supaya hidup tidak selalu dirundung perkara bukan-bukan, dan juga bebas hutang. Mudah-mudahan.


Kau tengok Piala Dunia tak? Ke Piala Dunia tengok kau? Apa ke pelik Piala Dunia tengok kau, dekat rumah kau ada seketul trofi Piala Dunia ke? Kalau betul ada, selfie la sikit lepas tu letak dekat Instagram ke Myspace ke dengan hashtag yang macam-macam. La, tak ada Myspace rupanya, patutlah. Aku pun dah lama tak log in masuk Myspace aku, entah ada lagi ke tidak profil aku dekat situ. Last aku log in, aku update status berbunyi "Macam mana nak update status dekat sini?". Masa tu aku baru belajar buat lawak hambar, sekarang ni aku dah terer sikit dah. Status aku tu, aku tanya macam mana nak update status dekat Myspace padahal memang aku tengah update pun hahaha kelakar. Masa tu aku umur belasan tahun. Sekarang ni aku tua sikit daripada masa tu.


Berbalik ke cerita jiran tadi, hari tu tengah pagi, tengah ada perlawanan bola sepak. Aku tak ingat lah negara mana yang bertanding, Barcelona lawan PKNS rasanya, kalau tak silap. Lepas tu gol, aku dengar beliau jerit gila kuat. Aku mula ingatkan ada orang bergaduh kat bawah rumah, aku dah siap-siap berlari ke dapur nak ambil sudip, manalah tahu kalau ada orang bergaduh, boleh aku join sekali berlawan pakai sudip. Rupanya orang menjerit padahal bukan negara dia pun yang bubuh gol. Kau tak pelik ke? Aku perhati je. Malas nak kata apa, nanti bergaduh tak pasal-pasal pulak sudip emak aku patah dua. Padahal baru je beli sudip tu. Mahal pulak tu. Enam ringgit sembilan puluh tujuh sen. Inflasi, biasa lah. Kalau tahun lepas, rasanya harga pasaran untuk sudip baru dalam enam ringgit tujuh puluh sen.


Baju melayu aku tak beli lagi ni. Aku tunggu orang gabung baju melayu dengan seluar jeans. Baru la betul rock.

Saturday, May 3, 2014

Minyak yang paling sedih

...adalah minyak yat hati.


Hari ni aku ada join aktiviti kebajikan ke satu rumah orang-orang tua. Kedatangan kami disambut oleh salah seorang penghuni di situ. Ayat pertama yang beliau ungkapkan adalah, "Hat mana yang dok ada lagi mak pak, hampa jaga la depa elok-elok." Pakcik ni aku namakan Pakcik A sebagai memudahkan proses penceritaan. Pakcik A ni kelakar. Beliau suka tap punggung lelaki sambil senyum comel. Dan beliau suka pergi senyap-senyap ke belakang perempuan yang galas beg, lalu goncang-goncangkan beg perempuan terbabit. Comel. Masa laaassstttt sekali, masa kami semua dah siap berkemas dan siap nak berangkat pulang, kami salam Pakcik A, dan beliau berkata, "Terbalik terbalik terbalik!" Padahal nak cakap terbaik!. Comel.


Pakcik yang kedua. Pakcik B. Pakcik B ni tahu tujuan kami datang adalah untuk buat kerja gotong-royong, satu budaya yang semakin lama dilupakan. Jadi, Pakcik B ambil keputusan untuk buka pintu bilik beliau, buka televisen, buka kipas. Pakcik B pelawa kami untuk berehat dalam bilik beliau, untuk duduk situ dan makan. Sepanjang satu hari, Pakcik B tak jejak langsung dalam bilik beliau. Masa laassstttt sekali, selepas siap berkemas dan kami siap nak berangkat pulang, Pakcik B lah yang paling semangat sekali nak bergambar dengan kami semua. Dengar sahaja ayat "Pakcik-pakcik jom kita bergambar!", beliau dengan laju akan berlari ke arah kami untuk bergambar. 


Pakcik C. Beliau mengayuh basikal entah dari mana, sambil beberapa biji buah harumanis. Beliau pelawa kami makan. Tak cukup? Pakcik C sendiri akan cakap, "Hampa nak lagi ka harumanis? Hampa pi ambil dalam peti ais pakcik, hampa potong sendiri, makan la sorang sikit." Kami pun apa lagi, ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Semasa rehat makan tengahari, pakcik C goreng ikan gelama masam, pelawa beberapa orang untuk makan sekali bersama beliau di dalam bilik beliau. Ibarat satu keluarga. Masa laasstttt sekali, kami dah siap berkemas namun belum siap untuk berangkat pulang, kami sempat bersalam dan mengucapkan terima kasih kepada Pakcik C. Tapi. Masa kami betul-betul dah nak berangkat pulang, kami cari Pakcik C untuk bersalam buat kali terakhir, namun, pintu biliknya ditutup rapat, Pakcik C tidak kelihatan.


Sepanjang aku keluar masuk bilik pakcik-pakcik di situ, tak nampak satu pun gambar bersama keluarga mereka.



Wednesday, March 26, 2014

Aku dah agak dah

Aku rasa kapal terbang tu ada je mendarat kat mana-mana tu. Nanti-nanti jumpa la tu. Lokasi paling logik aku rasa dia ada dekat Pulau Maryahhozawa, satu pulau bawah sikit pada Jepun, sebelah Laos.


Tadi member aku bagitau, melalui whatsapp, kapal tebang tu ada dekat Vietnam. Depa simpan kapal terbang tu dalam gudang besar. Memang tak ada siapa pun tahu, kawan aku je tahu. Kau tunggu je la nanti, dah keluar paper kau tahu la.


Sepupu kawan aku yang kerja MAS cakap tadi, kat Facebook, yang kapal terbang tu sebenarnya ada kat Banjaran Titiwangsa. Orang asli situ dah jumpa dah, tapi tu la, negara kita pergi cari tempat lain padahal kapal terbang tu ada je dalam Malaysia. Paling lambat pun lusa keluar tv la tu.


Kau pernah dengar pasal Bermuda? Aku rasa kapal terbang tu kena kidnap dengan alien, macam kat Bermuda. Selalu sangat dah jadi kes macam ni, cuma kes macam ni takkan keluar surat khabar, berita kat tv pun tak berani tayang. Aku banyak baca kes macam ni, tapi kena pandai cari la, selalunya dekat blog-blog orang selalu tulis.


Terhempas la aku rasa. Dah lama sangat kot. Kalau kau tengok Aircrash Investigation, kalau kapal terbang terhempas, lebih kurang macam ni la jadinya. 


Ustaz aku baru bagitau tadi, kawan dia cakap kapal terbang tu masuk lubang hitam. Lubang hitam tu kalau kau masuk, peh, memang macam ni la jadi dia, tak dapat dikesan radar primer sekunder tertier quadruple semua. Dah confirm dah ni aku rasa.


Laa, dah keluar berita ke cakap kapal terbang tu terhempas? Kan aku dah bagitau kau dulu. Aku dah agak dah. 

Tuesday, March 18, 2014

Mirror mirror on the wall

Hai dan baru-baru ini kita digemparkan dengan pelbagai berita yang adakalanya misteri, menyayat hati, kontroversi, seronok serta boring. Sehinggakan sampai satu tahap aku sendiri berasa terkejut tergempar seolah-olah aku sedang mengalami satu renjatan elektrik triphase yang selalunya dibekalkan ke kilang-kilang besar.


Aku begitu senang, walaupun hakikatnya aku bukan berada, aku begitu senang melihat dua tiga manusia yang ya Tuhan punya lah betul-betul menggambarkan perkataan 'ironi'.


Di laman sosial beliau, beliau menulis sebanyak berpuluh kali, "Tolong jaga aib kawan aku!", "Sedihnya! Kawan baik dah tak ada.", serta bermacam-macam lagi. Aku, dari yang tak tahu apa-apa cerita, terus aku sendiri boleh agak dengan ketepatan yang tinggi, bahawa kawan beliau arwah dalam keadaan aib. Dan perkara yang mengaibkan tersebut, adalah di antara berita yang bertaraf nasional. 


Ironi. Mengapa berulang-kali menyebut, serta mengaitkan arwah dengan berita terbabit, jika mahu aib arwah tidak disebar? Bahalol. Tolol. Senyap-senyap sudahlah.


Satu lagi manusia. Beliau baru tulis status di Facebook beliau, berbunyi seakan-akan "Kecantikan dalaman lebih bagus. Kecantikan luaran hanyalah bonus." Manusia ni, aku lihat dari mata kasar, dalam seminggu ada dekat lapan juta kali tukar gambar profil. Dan dalam lapan juta kali tadi, pose tak pernah berubah. Pesen gambar yang selambak muka penuh frame gambar. Dan sudah semestinya, kelapan-lapan juta gambar tadi disunting sampai jadi bahulu. Gebu yang tidak masuk akal.


Ironi. Macam tahi bintang. Biarpun tidak berpunggung namun tahinya kelihatan sering kelihatan di ruang angkasa.


Sekian saja upacara mengumpat manusia pada hari ini, esok bawa tikar mengkuang, keropok sikit, air teh seteko, boleh lah kita mengumpat dengan lebih lama. 

Thursday, March 13, 2014

Kira-kira

Hai dan selamat petang kepada semua rakan pembaca yang sedang membaca tulisan ini walaupun sebenarnya yang membaca tulisan ini kita bukannya rakan pun kenal pun tidak. Tapi kalau tak kenal maka tak cinta bila dah kenal menyampah pula acewah.


Tadi aku keluar, masa aku keluar tu aku baru perasan yang kereta tak berapa nak ada minyak. Aku kona masuk ke stesen minyak dengan tangkas sekali sampaikan pemandu kereta belakang aku pandang tajam dengan penuh rasa cemburu atas ketangkasan yang aku cakap tadi. Aku brek ngam-ngam tepi pam nombor lima. Tapi masa aku brek tu, aku tak tahu lagi yang itu pam nombor lima, lepas aku turun kereta baru aku tahu pam tu pam nombor lima. 


Aku hulur dua keping duit sepuluh. Jadi kalau kau cekap matematik, jumlah dia dua puluh sebab satu keping, sepuluh, dua keping, dua puluh. Kalau tiga keping, tiga puluh tapi aku hulur dua keping, bukan tiga keping. Memang nampak macam komplikated sikit jalan kira dia, tapi kalau kau rajin buat latihan tak mustahil benda komplikated jadi mudah. Semudah ABC.


Aku pun isi minyak. Sampai ke angka 10.00, pam minyak aku stop. Aku pikir balik, aku bagi tadi dua keping sepuluh, jadi jumlah dia dua puluh (aku dah kira dengan teliti kat perenggan atas tadi, boleh rujuk situ). Tapi aku kira balik sekalu lagi, manalah tahu kot-kot aku silap kira. Dah yakin dengan jawapan yang aku dapat (dua puluh), aku melangkah gagah ke kaunter bayaran. 


"Bang saya huloq doploh awat pam beghenti kat saploh?" Padahal yang jaga kaunter tu perempuan tapi bila aku marah dan rasa dianiaya, semua aku panggil bang. Dia pulak konfiden kata aku hulur sekeping duit sepuluh. Aku pulak yang konpius, terus aku buka wallet dan check balik. Lepas check wallet, aku jadi konfiden balik sekali lagi yang aku memang bagi dua keping duit sepuluh jadi jumlahnya adalah eh malas la aku ulang jumlah dia berapa kau kira la sendiri takkan itu pun nak kena ulang dua tiga kali. 


Laaast sekali lepas bertengkar dua tiga minit, rupanya sekeping duit sepuluh aku tadi, terjatuh ke dalam lubang bawah kaunter bayaran tu. Lubang tu yang lubang kalau beli rokok kee air kee dia akan letak situ untuk kau ambil. Bongok punya lubang, menyusahkan orang.


Habis cerita stesen minyak. Aku pergi lucnheonqpwkdfbdbxaeod. Aku selalu eja lunch je tapi sebab nak ikut trend, saja aku eja panjang sikit. 


Aku order nasi ayam satu teh ais satu. Dan yang datang atas meja aku adalah nasi ayam satu dan teh ais satu sebab tadi aku order nasi ayam satu dab teh ais satu. Aku makan dan minum satu-satu, sebab aku ada satu je mulut. Tak berapa masuk akal pula nak makan nasi dan minum air secara serentak. 


Habis makan, dan minum, aku pergi bayar. Beliau cakap, enam ringgit bang. Aku hulur sepuluh. Beliau hulur tiga keping duit seringgit. Sama juga macam kes duit sepuluh tadi, kita kira satu-satu. Sekeping duit seringgit, jumlah dia seringgit. Kalau dua keping, jumlah dia dua ringgit. Kalau tiga keping, jumlah dia tiga ringgit. Memang nampak lagi komplikated dari yang sepuluh ringgit tadi tapi sama je sebenarnya. Tak pa la, pelan-pelan kayuh lama-lama terer la mengira.


"Bang tadi habaq enam ringgit ni awat belen tiga ringgit?!" Tanya aku ke perempuan yang tak berapa terer matematik itu. 


Eh eh sorry sorry silap silap nah seringgit lagi balas beliau sambil hulur sekeping duit seringgit. Jadi dekat tangan aku sekarang ada empat keping duit seringgit. Satu keping, seringgit. Dua keping, dua ringgit. Tiga keping, tiga ringgit. Empat keping, empat ringgit. Bila aku dah konfiden yang balance yang diberi mencukupi, aku lemparkan satu senyuman masam dan berlalu pergi dengan rilek.


Nanti aku ajar lagi cara mengira, kali ni dengan sempoa. Bagi faham betul-betul dulu latihan yang dalam tulisan ini. 



Tuesday, March 11, 2014

Pakar Mengomel

Hai bertemu kembali kita walaupun hakikatnya kita bukan betul-betul bertemu malah tidak pernah serta tidak akan bertemu jika kau duduk kat sana aku duduk kat sini jadi aku rephrase balik ayat aku tadi.


Hai.


Walaupun aku kerja sekejap sangat-sangat masa cuti yang lama itu hari. Aku ada juga ambil dua tiga tips dari bos aku yang super baik dan soft-spoken. 


Antara mutiara kata beliau yang paling semat adalah, "Jangan takut untuk jumpa customer yang berpangkat tinggi, sebab depa tu pakar dalam bidang depa, bukan dalam bidang bank."


Sungguh, tak tipu. Ada pelanggan yang pangkat punya lah tinggi, title bukan sekadar Encik/Puan, tapi bab-bab bank, beliau blur. Aku pula yang berasa sebegitu hebat pandai. 


Sebab itulah, kalau kau pakar dalam apa-apa bidang, tak payahlah menempelak pendapat atau idea orang lain yang memang pakar dalam bidang beliau hanya disebabkan kau rasa pendapat atau idea beliau itu kau tak dapat terima dengan logik akal kau tudia punya panjang sekali ayat aku. Itu satu. Kalau kau tempelak depan-depan, kira bagus la sikit sebab at least orang tersebut boleh terangkan bagi kau paham. Ini tidak, pesen mengumpat belakang. Pesen dahlah bodoh, lepas tu sombong. Entah-entah nafas pun bau tungkik. 


Ilmu pengetahuan ni kalau dikumpul kesemuanya, aku rasa tak sampai 0.01% pun yang kita semua dah tahu. Macam kenapa perempuan suka mengubah fikiran, haa kau tahu apa penerangan kepada persoalan tersebut?! Kalau kau perempuan pun belum tentu kau boleh jawab. Tambah-tambah aku yang lelaki bertaraf high standard ni. 


Aku percaya, suka hati kau la nak percaya ke tidak, yang setiap orang ada kepakaran masing-masing. Dan aku percaya lagi, suka hati juga kau nak percaya ke tidak, yang sampai mati pun, tak akan ada orang yang boleh jadi pakar dalam segala bidang. Jadi, duduk diam-diam lah, biarlah mereka-mereka tu nak mencari pakai kaedah apa-apa pun. Berjaya ke gagal ke, hang rugi celah mana? Guna duit pak ang dengan mak ang ka tokwan ang ka? Kahkahkah. Kalau tak ada sumbangkan apa-apa selain aksara dalam media sosial, kita rilek sudahlah. Bising banyak-banyak pun bukannya boleh percepatkan proses penemuan. 


Berita yang tak ada kaitan, aku dengar Klang dah tak hujan dekat seminggu? Pehhhhhh lama gila tak hujan dohhhh semingguuu sampai keluar berita dekat radio pftt hangpa tau dak Perlis dah lebih 3 bulan tak hujan hangpa tau dak setan?! 

Friday, February 28, 2014

Cerita Kedai Kopi

Tadi aku ada lepak satu kedai kopi. Lepak hisap rokok sambil main telefon. Sambil-sambil duduk tersandar atas kerusi tu, aku tak tutup telinga. Bukannya susah pun nak duduk sambil tak tutup telinga. 


Sebelah aku ada sepasang kapel cina. Yang lelaki smart la jugak, yang perempuan pun apa kurangnya. Aku duduk betul-betul sebelah, telinga aku tak tangkap apa-apa bunyi yang dari situ. Kemudian, aku perhati la dengan lebih teliti, rupa-rupanya lelaki dengan perenpuan tersebut sedang main telefon bimbit masing-masing. 


Sebelah aku satu lagi pulak, ada tiga lelaki. Usia mereka aku yakin tak belum cecah tiga puluh lima. Kalau dah tiga puluh lima pun belum cecah, empat puluh sembilan apatah lagi konfim-konfim jauh sangat. Yang tiga orang lelaki ini banyak bunyi, tak macam pasangan tadi. Sekejap-sekejap bersembang pasal perihal kampeni masing-masing, sekejap-sekejap bersembang pasal universiti tempatan, sekejap-sekejap yep yep yep you're right yep yep yep yep yep. 


Depan aku pula, ada seorang lelaki india. Brader india ni pun macam aku juga, tak minum kopi. Sibuk main telefon seolah-olah tiada hari esok. Beliau datang seorang diri berdasarkan pengamatan aku, jadi takkan beliau nak bersembang sorang-sorang pulak. Jadi sepanjang di bawah observation aku, beliau memang senyap. 


Lepas tu bila aku angkat sikit kepala aku, aku nampak laut yang biru dan jambatan Pulau Pinang. Terus aku teringat pasal Najib. Entah minum kopi ke tidak dia tu, bibir bak delima ranum.

Monday, February 24, 2014

Entry malas

Entah beliau betul-betul nak buat kelakar ataupun beliau serius. 

Wednesday, February 19, 2014

Llama

Llama tu kalau kau nak tahu dia sejenis binatang. Setakat ni aku belum jumpa lagi kat Malaysia. Nanti kalau kot-kot aku terjumpa, aku beritahu.


Lama gila aku tak update blog picisan ni. Nanti-nantilah aku cuba update dengan nada yang lebih lucu.

Saturday, February 1, 2014

Vroom vroom

Aku kalau pandu kereta, memang aku selalu perhatikan orang lain. Tambah-tambah kalau aku berhenti lampu merah betul-betul depan zebra crossing. Yang pesen melintas sambil berlari laju, yang pesen melintas pelan-pelan take their time, yang pesen melintas sambil control ayu atau pun kacak, yang pesen melintas sambil tarik tangan anak lepas tu mulut bergerak laju sebab marahkan anak yang ditarik.


Kalau perhatikan penunggang motosikal lagi seronok. Kau pernah tak jumpa penunggang motosikal yang bawa motosikal tapi punggung senget sebelah? Aku sampai sekarang tak berapa faham, sebab aku bukannya ada lesen motosikal pun. Mungkin yang penunggang tu ada bisul di satu belah punggung la kot kan? Mana la aku tahu tak ada pula aku pergi check punggung beliau.


Bukan itu sahaja, malah ada juga penunggang yang bawa motosikal sambil kangkang kaki luas-luas. Pernah jumpa? Kalau tak pernah, kau pelik. Aku selaku jumpa. Penunggang tu mungkin telur-telur beliau bengkak, ataupun baru sudah bersunat, mana lah aku tahu tak ada pula aku pergi check telur-telur beliau. 


Tapi yang paling champion semestinya yang bawa motosikal pakai baju kurung. Fullamak ai, putih gebu brader! Aku kalau terjumpa atas jalan memang hilang terus fokus nak pandu kereta. Itu kalau yang putih gebu la. Kalau yang hitam legam berkerak, memang aku pecut terus lari jauh-jauh. 


Yang pesen bawa motosikal pakai baju kecik lalu terlihatkan seluar dalam pun ada jugak tapi malas la nak cerita nanti kau cakap blog ni blog lucah. 



Thursday, January 9, 2014

Telefon rumah

Aku ni dulu masa kecil suka hafal nombor telefon rumah orang. Saja nak tunjuk power. Rasanya sebab tu la aku genius sekarang ni. Dulu mana ada telefon bimbit, semua pakai telefon rumah. 


Setiap kali aku nampak orang telefon orang lain, mesti beliau mulakan dengan ayat, "Hello boleh bercakap dengan Sipulan?". Lepas tu kena tunggu kejap baru boleh bercakap dengan Sipulan. Tak pernah lagi dibuat orang namakan anak sebagai Sipulan, tak silap aku, 'sipulan' ni antara nama paling femes di Malaysia selain 'hoi' dan 'depa'. 


Disebabkan genius, aku dulu fikir yang dekat Malaysia ni, ada seorang yang jadi tukang jawab telefon untuk semua panggilan. Kiranya macam cerita Sipulan tadi, orang yang telefon Sipulan tadi telefon si tukang jawab telefon ni, lepas tu baru si tukang jawab telefon ni telefon pulak Sipulan, sebab tu kena tunggu lama sikit baru boleh bercakap dengan Sipulan. 


Bagi aku, power gila la si tukang jawab telefon untuk semua panggilan tu. 


Aku dari kecil memang dah genius dahhh.

Monday, January 6, 2014

Kedai makan hantu setan

Cerita yang aku nak cerita ni, ikut la kau nak tafsir lagu mana pun. Bak kata Pi Mai FM, "Lagu mana pun untuk hampa!". 


Tadi aku keluar makan malam. Kedai yang aku pergi tu memang selalu dahhhh pergi makan, sedap, murah. Bila sampai lepas parking tu, kereta belakang aku tak duduk lampu. Padahal situ gelap, malam, tak berapa logik aku fikir kalau nak terlupa tutup lampu kereta.


Bila dah masuk kedai, aku duduk meja yang tak pernah-pernah aku duduk. Tak sampai lima minit, datang brader sorang ambil order. Aku tak pernah nampak brader ni kat kedai makan ni. Brader ni ambil order pesen berdiri betul-betul sebelah kerusi aku, memang betul-betul tepi, kiranya kalau aku bergerak ke kiri sikit, memang jatuh tersembam la beliau. Dahlah time ambil order tulis atas meja, hek eleh, pegang je kertas order tu kat tangan.


Aku order mee kari ayam. Brader mee kari datang meja bawa mee kari udang. Kedai makan ni macam medan selera, banyak kedai kecil-kecil jual makanan. Aku pun cakap la order silap, aku order mee kari ayam bukannya mee kari udang. Brader tu pun orait takpa saya tukaq lain. Aku pun haa orait orait.


Nescafe tarik aku sampai. Aku tengah main telefon, lagipun panas, malas la aku nak minum lagi. 


BOOM!


Cawan nescafe tarik aku meletup braderrr! Pecah. Berderai. Macam pundek. Babi. Lahanat. Lancau. Terkejut aku. Terkejut mak aku. Adik-adik aku turut terkejut. Satu medan selera tu terkejut. Siap ada budak meja sebelah jerit, "Cawan reject la tuuuuu...". Kepala hotak hang.


Bayangkan. Aku tengah teguk nescafe aku, dan BOOM!. Hancur muka kot. Pundek sungguh. 


Tak cakap banyak, aku mak aku adik-adik aku terus bangun blah pergi kedai lain. Sebab, kalau ikut orang-orang tua, itu tandanya si tukang kedai nak hantar saka ke orang lain, iaitu aku. Entah, antara percaya atau tidak, lepas gelas aku meletup tu, rasa seram semacam braderrr dan sisterrr. 


Bodoh yang hantar saka tu pun, aku ni kurus kering, memang dah serupa bela saka pun la setan.