Monday, April 29, 2013

IKLAN [TAK BERBAYAR]

Aku sebenarnya ada iklan nak letak sini, tapi nanti kang semak pulak blog aku, jadi aku ambil keputusan untuk letak pautan sahaja.


AMARAN : KALAU MUKA DAH SERUPA PAZURA ATAUPUN NOLEEFA, JANGAN BUKA.


SABUN DAN KRIM YANG PALING POWER KALAH POWER RANGERS

Sunday, April 28, 2013

Samseng Ass4

Kau tahu tak semalam ada telefon yang baru sampai Malaysia? Kau tak tahu ke? Kau ni kolot betul. Kau duduk dalam gua ke? Kau pergi tengok akaun Twitter aku, akaun Facebook aku, akaun Keek, dengan akaun Instagram aku, dekat situ-situ aku dah kemaskini pasal telefon tersebut. Itu lah kau, kau follow aku ke tak dekat akaun-akaun tersebut? Kolot betul kau ni. Penat aku beratur kau tahu tak sebab nak beli telefon tu, pukul 6 pagi aku dah ada depan kedai! Aku antara orang pertama dekat Malaysia ni yang dapat beli peranti mudah alih tersebut. Power kan aku?


Tak pun sebenarnya.


Aku ada teori yang berkaitan pemikiran manusia yang aku dah lama pendam. Teori ni aku panggil teori "Aku orang pertama". Teori ni selalunya betul kepada orang yang pesen mementingkan hak membanggakan diri (bragging rights?) sebagai orang pertama dalam apa-apa kejadah. Contohnya, telefon yang baru sampai Malaysia semalam tu, entah apa ke entah nama dia.


Orang macam ni adalah sangat menjengkelkan. Ye brader, kita semua tahu bahawa ada telefon baru sampai Malaysia, tapi bukan semua orang ada masa (dan duit, serta kebodohan) untuk membanggakan diri sebab jadi makhluk Tuhan kat Malaysia yang pertama yang dapat pegang telefon bimbit tu. Lagipun, selain menjadi kebanggaan, apa kelebihan lain sebenarnya bila jadi yang pertama? Telefon tu boleh buat kau terbang ke? Ada nama kau masuk dalam Buku Rekod Malaysia sebagai "Yang Pertama Memegang Ass4 di Malaysia!", ada ke? Eh dah tersebut pulak nama telefon tu. Kahkahkah. Eh padahal dalam tajuk entry pun dah tulis dah. Ass.


Teori "Aku orang pertama" ni selalunya dimiliki mereka-mereka yang gilakan pujian dan perhatian. Kalau mereka-mereka ni tak dapat pujian sebab jadi orang pertama, maka keluarlah ayat dalam perenggan pertama yang aku tulis tadi tu. Dia seolah-olah pelik, "Eh apahal kau tak puji aku sial? Aku orang pertama yang beli S4 kot, entah-entah kau tak ikuti perkembangan semasa. Tak apa, aku maafkan." Ha lebih kurang macam tu lah. Bila kau dah start puji "Peh, kau orang pertama?! Power doooooooh kau!", maka nanti akan ada tindakan susulan oleh beliau. Selalunya beliau akan bercerita pasal harga, spesifikasi dan sejarah pasal telefon tu seolah-olah orang lain tak tahu benda-benda tu padahal informasi kini di hujung jari bodoh betul rasa nak terajang tengkorak.


Susulan dari teori "Aku orang pertama" tadi, maka penjualan apa-apa benda yang baru (dan mahal) selalunya akan laku macam pisang goreng panas. Tak kisahlah benda apa-apa pun, telefon ke, tablet ke, laptop Alienware ke, kereta harga ratus-ratus ribu ke, BAJU YANG DIBUAT DARI EMAS YANG MAHAL GILA BABI YANG TENGAH KECOH SEKARANG NI ke, dan sebagainya. Bila tiba masa barang tu dah jadi common, dan dah tak jadi 'baru', maka orang-orang macam ni akan duduk diam sekejap sambil mencari-cari lagi benda baru yang mahal apa pulak yang nak keluar sambil standy di laman-laman sosial. Elok je barang tu dah lancar, maka keluarlah mereka dari sarang penyembunyian lepas tu mereka start balik, "Eh kau tahu tak aku beratur awal pagi bla bla bla".


Lagi yang tak boleh diterima akal adalah perbalahan antara geng telefon. Hahahaha. Kejadah bodoh sangat? Kau pakai je lah telefon kau tu, yang kau nak meremeh-remehkan telefon orang lain kenapa? Macamlah kampeni telefon tu abah kau yang punya. Abah kau Steve Jobs? Abah kau Samsung? Abah kau Sony? Abah kau HTC? (Aku tak tahu nama bos kampeni telefon Samsung, Sony dan HTC. Lepas tu aku sengaja tak tulis nama BlackBerry sebab entah benda la pakai BlackBerry lagi di zaman serba moden ni).


Sent from my iPhone 7ass yang I baru beli semalam eh u tak tahu ke semalam baru keluar iPhone 7ass kolot la u ni.






Friday, April 26, 2013

Mimpi sarkastik

Aku nak cerita pasal mimpi aku tadi. Selalunya benda yang aku mimpi adalah benda yang tak logik, contohnya, mimpi pasal binatang bercakap, mimpi pasal sofa terbang, mimpi aku hidup di bawah air, mimpi pasal sebenarnya bumi ni petak dan sebagainya.


Tadi aku mimpi pasal rokok. Rokok terbaru keluaran syarikat rokok berjenama. Aku mimpi aku pergi kedai dan aku beli rokok ni. Yang aku pelik, rokok ni bentuk dia bukan seperti rokok konvensional yang lain. Rokok konvensional berbentuk silinder, tapi rokok ciptaan terbaru ni berbentuk seperti sekeping kertas.


Punyala hazab aku nak hisap rokok dalam mimpi aku tu. Aku kena gulung rokok yang macam kertas tu kepada bentuk silinder. Last-last, asap pun tak ada. Lepas tu aku terjaga dari mimpi.


Bila aku fikir-fikir balik apakah maksud mimpi aku tu, aku agak terkejut. Rupa-rupanya mimpi juga pandai main sarkastik.


Rokok yang berbentuk kertas dalam mimpi aku tadi berwarna merah (haah mimpi aku ada warna) dan ianya bolehlah diumpakan sebagai sekeping duit sepuluh ringgit.


Celaka punya mimpi, terus hilang nafsu aku nak hisap rokok.

Wednesday, April 24, 2013

Dunia tanpa cermin

Antara ciptaan manusia yang paling hebat adalah cermin. Selain dari bantal, cermin sepatutnya diangkat sebagai perkakas yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia.


Cuba kau bayangkan sekejap dunia di mana cermin tidak wujud. Aku dapat rasakan wanita-wanita di luar sana sedang membayangkan betapa nerakanya dunia tanpa cermin. Aku betul atau salah? Sudah pasti aku betul. Dalam sehari, mengikut statistik, wanita memandang cermin tidak kurang dari 72 kali. Dan mengikut statistik, 93 peratus statistik adalah statistik yang direka. Entah apa akan jadi jika wanita tiada cermin? Jawapannya sudah terang lagi kau suluh kenapa, pastinya soalan "Muka aku ok tak?", "Ok ke lipstik aku ni?", "Kedut kat dagu aku dah makin hilang kan?" dan "Kau rasa aku patut cukur kening tak?" akan senantiasa berkumandang di udara.


Tidak adil sekiranya aku hanya berkata tentang wanita dan cermin dalam soal dunia tanpa cermin ni. Lelaki tanpa cermin? Maka penuhlah dunia dengan lelaki-lelaki yang mempunyai bulu hidung hingga ke paras dada.


Selain itu, jika dunia tiada cermin, apa akan jadi kepada kenderaan? Tidak bercermin sisi. Lainlah kalau kau seorang wanita atau pun lelaki awal 50-an, cermin sisi bukannya ada fungsi pun sebenarnya.


Tambahan pula, di dunia tanpa cermin, kau ingat syarikat mekap seperti mebelin, loriyal, mek, simpelisiti dan sebagainya akan buat mekap ke? Silap-silap mebelin tu jadi syarikat buat sudip. Macam mana hendak melukis di muka tanpa cermin? Takkan nak upah tukang mekap pula nak suruh lukis kat muka hari-hari? Banyak duit abah kau.


Bukan itu sahaja, malah perumpamaan-perumpamaan yang ada kaitan dengan cermin seperti kau cerminlah diri kau tu sikit, kau bercakap dengan cermin ke, cermin rumah kau pun pecah kalau kau tengok cermin serta mirror mirror on the wall who is the fairest of them all juga aku yakin tidak mungkin wujud. Sudah pasti hidup ini akan bosan bila ada orang tuduh kau dengan benda-benda yang buruk. Jika tiada cermin, apa jawapan paling efektif untuk pertuduhan seperti "Kau tu bahalol"? Nak kaunter pakai "Kau cakap dengan cermin ke?" dah macam tak logik sebab di dunia tanpa cermin, mana ada cermin! Takkan nak kaunter pakai "Kau cakap dengan semangkuk air yang bila kau tengok air tu kau nampak muka kau sendiri keeee?" Kan dah panjang sangat tu? Tak efektif.


Akhir kata, hargailah cermin dan rajin-rajinlah cerminkan diri (bukan muka, tapi diri) serta janganlah mekap tebal-tebal sebab kau nampak macam hantu yang baru lepas kena langgar dengan treler.


Ha tahu takut kalau dunia tak ada cermin, tahu takuuuutttt.

Monday, April 22, 2013

Air yang putus

Air dicincang tak akan putus. Ayaq kalau hang cincang mana bulih putuih. Aku saja tulis dalam dua loghat yang berlainan supaya aku kelihatan seperti matlutfi. Hang jangan buat lecey, aku ghimbok hang satgi.


Aku cuma agak keliru, kejadah pergi cincang air? Adakah orang terdahulu begitu bosan dengan kehidupan mereka sehingga air pun dicincang? Atau pun berlakunya pergaduhan besar-besaran yang melibatkan sekumpulan kaum Air dan kaum-kaum yang lain, lalu kaum Air menggunakan ilmu kebal dan bila dicincang kaum-kaum lain tak akan putus? Jauh sekali dan hambar sekali pemikiran aku.


Kenapa tidak angin dicincang tak akan putus? Ataupun tanah dicincang tak akan putus? Itulah persoalan yang ditanya-tanya hampir segelintir rakyat Malaysia. Aku tiada jawapan untuk soalan ini, jadi mari teruskan mengupas isu air yang dicincang.


Jika diperhatikan melalui perkakas yang dipanggil mikroskop, air itu terdiri dari dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. H2O. Atom-atom ini terikat dengan sebegitu kuat. Ikatan inilah yang dijadikan simbol di dalam air dicincang tak akan putus. Namun pada suatu hari.


Pada suatu hari, kereta bertenagakan hidrogen dicipta. Cara kereta ini berfungsi adalah, air (H2O) seolah-olah berfungsi sebagai minyak petrol. H2O ini akan dipecahkan melalui satu mekanisma yang rumit, dengan tujuan menggunakan hidrogen sahaja, oksigen lebihan akan dilepaskan seolah-olah ianya asap kenderaan. Clean bukan?


Kesimpulannya, air dicincang tetap akan putus, cuma kena pakai kaedah yang betul. Salah satu contoh kaedah yang betul adalah melalui pilihanraya. Sesama umat pun boleh dicincang, ye dak?


Haaaaaaaa deep tu deeeeeeeeeeeep.

Friday, April 19, 2013

Kera sumbang

Percaya atau tidak aku pernah jadi seekor kera pada suatu masa dahulu. Kera yang aku maksudkan bukanlah kerajaan mahupun kerani, tapi kera sumbang. Kera sumbang ni perangai beliau bukan sepertu kera-kera yang lain. Kera-kera yang lain adalah sangat sosial. Gorila bukan kera, gorila pesen hidup seekor-seekor, jadi gorila adalah kera sumbang. Ok itu cerita lain.


Kau tahu kenapa laman-laman sosial sangat popular sekarang? Sebab fitrah manusia bukanlah berfitrahkan kera sumbang. Fitrah manusia perlukan interaksi dengan benda hidup. Dan zaman sekarang, manusia semakin malas. Cara apa lagi yang lebih mudah untuk berinteraksi dengan benda hidup secara malas kalau bukan melalui laman sosial seperti Twitter, Facebook, Wechat mahupun mIRC? Entah hidup ke tidak lagi mIRC tu. Rasa tua pula bila teringat pasal mIRC. A/s/l? Kahkahkah.


Seingat aku lah, membawa watak kera sumbang ni bahaya. Kau punya emosi akan jadi tidak berapa stabil. Kau pernah tak duduk sorang-sorang dalam bilik, tanpa buat apa-apa, tanpa ada telefon di tangan? Kau nak gelak sorang-sorang, macam pelik, kau nak sedih sorang-sorang, lagi lah pelik, kau nak sembang sorang-sorang, sedikit pelik (walaupun itu sebenarnya petanda bahawa kau mungkin seorang yang genius). Kau tak tahu kau nak beremosikan apa. Silap-silap boleh gila.


Kalau ikut falsampah aku lah, manusia ketagihan laman sosial ni bukannya ketagih apa pun, cuma ketagih nak ada interaksi. Supaya emosi kau tu stabil. Supaya kau tak rasa macam emosi kau tak menentu tak pasal-pasal.


Kera sumbang ni perangainya cepat marah. Kadang-kadang alat kawalan jauh televisen pun boleh dibaling ke dinding kalau duduk sorang-sorang. Silap-silap meja ruang tamu pun akan ditendang sesuka hati. Sebab itu lah dalam apa-apa drama Melayu mesti ada seorang perempuan mekap tebal yang akan menenangkan seorang Dato' yang marah-marah akibat kerugian besar juta-juta. Kalau perempuan mekap tebal tu tak ada sebelah, silap-silap pasu bunga mahal dihempuk ke lantai. Pernah dengar "Marahkan nyamuk, kelambu dibakar"? Ha yang bakar kelambu tu sebenarnya bujang, tidur sorang. Cuba kalau dah kahwin? Pasti ada perempuan/lelaki yang menenangkan beliau bila marah-marah pasal nyamuk. "Sabarlah sayang, nyamuk je tu, jangan la marah-marah yeeeeeeee.".


Ada manusia yang lebih suka berinteraksi depan-depan. Ada manusia yang lebih senang berinteraksi melalui alam maya. Ikutlah mana-mana pun, yang penting kena ada interaksi. Kalau hidup kau tanpa ada sebarang interaksi untuk jangkamasa yang panjang, maka kau kera sumbang. Serupa gorila. Sikit-sikit nak marah, sikit-sikit nak naik angin. Bahaya tu. Silap-silap jadi gemuk berbulu nenen berkedut macam gorila.


Tapi jadi kera sumbang ni ada satu faedah. Kau takkan peduli pasal masalah orang lain. Dan orang lain takkan tahu dan peduli pasal masalah kau. Bak kata orang "Kubur sorang satu, kau jangan sibuk ah!". Eh tu dah macam benda tak berfaedah pula. Haha.


Tapi sekarang kera sumbang bukan lagi aku. Aku sudah jadi kera! Ooh-ooh ahh-ahh-ahh-ahh-ahh-ahh-ahh *lempar tahi*

Thursday, April 18, 2013

Busuklah busuk

Selamat sejahtera. Apa khabar semua? Sihat? Walaupun pertanyaan apa khabar semua? dan pertanyaan sihat? itu adalah benda yang sama, namun sudah menjadi kebiasaan untuk ditanya juga kedua-duanya. Seolah-olah kau semua pekak sebab tu aku tanya soalan yang sama sebanyak dua kali. Takut-takut kau tak dengar. Padahal kalau kau pekak sekalipun, aku bukannya tanya secara oral, aku tanya melalui tulisan. Boleh je kau baca kan pekak?


Lepas tu ada pula yang jawab soalan aku tadi tu secara oral. Tak perlu sebenarnya, sebab aku bukannya dengar pun. Kalau aku dengar sekalipun, itu tidak bermakna aku peduli, jadi jawablah di dalam hati saja. Apa khabar semua? Sihat? Jawab dalam hati. Sebab aku tak peduli.


Benda-benda berkaitan hati ni selalunya disalahtafsirkan. Hati itu ada dua. Hati yang busuk. Dan hati yang tak busuk. Selalunya hati yang busuk itu bukanlah hati itu sendiri yang busuk,namun pemilik hati itu yang busuk. Jika terserempak dengan mana-mana orang yang busuk, jaga-jaga, hati orang itu mungkin busuk. Jangan disangka busuk orang, maka busuk hatinya. Cuma, orang yang busuk selalunya dipinggirkan masyarakat, lalu beliau akan memberontak lantas menjadi seorang yang busuk hatinya.


Antara benda lain yang boleh dikaitkan dengan busuk adalah sampah.


Sampah adalah musuh negara. Jika kau seorang yang patriotik, kau akan buang sampah, kerana perbuatan membuang sampah itu sendiri melambangkan perbuatan membuang musuh negara. Longkang serta tepi-tepi jalan adalah tempat terbaik untuk membuang sampah. Buang di longkang seolah-olah melemaskan musuh negara. Buang di tepi-tepi jalan supaya kereta-kereta besar dapat melenyek musuh negara. Sampah yang paling busuk sudah pastinya sampah masyarakat, nak-nak lagi sampah masyarakat yang berbau busuk mengalahkan sampah-sampah konvensional.


Jadi aku tanya sekali lagi. Apa khabar semua? Sihat? Selamat sejahtera.


Wednesday, April 17, 2013

Aku tulis dalam English ni

Today I will be writing in English. I think it has been awhile since I last wrote anything in English. So if there is any grammatical error in this entry, you can shut your eff up because peduli apa aku. Amboih, eksyen betul.


For the last couple of days, I have been struggling to understand why on Earth do Malaysians produce lots of crappy films, and EVERY SINGLE YEAR, we claim "Tahun ini adalah tahun kebangkitan seni filem negara.". And then I realised, Malaysians seem to be happy with all those crappy films, they are in fact so happy that they are willing to spend ten ringgits just to waste an hour and a half sitting in cinemas, eating some popcorns, holding their beloved hands, laughing or screaming stupidly while watching those overrated local films.


When asked "Best tak cerita kau tengok semalam tu?", the answers I get are always the same; "Boleh laa, aku ingatkan best.". How could you possibly get the idea that local films are 'best' in the first place? Ah wait, "Tahun ini tahun kebangkitan seni filem negara.". I get it.


Sometimes I feel lucky to be living in a state where cinemas are non-existants. Literally. Like literally literally.


Local actors are all good-looking. But do they have the most crucial skill in order to be called actors? Teet. I don't think so. MOST of them rely solely on their looks. When it comes to acting skill? Below average. Some even don't have that talent. So why do they become actors? One word. One magic word, POPULARITY. Actors are all popularity junkies.


"With a face like this, I can succeed in everything including acting career!" The principe of every single actor in Malaysia. Don't get me wrong, popularity is crucial in order to be a good actor. But you must be an actor first! How to be an actor? You must possess acting skill, not a beautiful face. Personally, a good-looking face is just a bonus if you are an actor.


I could easily name at least twenty 'actors' who do not have any acting skill, but as a marhaen, I will not do that. *cough*neelofa*cough*


I think my English needs a bit of polishing to be done. Maybe a dose of porn films will do.

Saturday, April 13, 2013

Cerita seram la jugak sikit-sikit

Adik aku duduk kolej kat Kolumpo, kolej tu tak terkenal pun. Tapi aku bukan nak cerita pasal kolej adik aku, aku nak cerita dua cerita seram ni.


Adik aku kata hari tu, dalam dua tiga minggu lepas, budak-budak bilik dia semua balik rumah sebab study week katenyeeeee. So tinggal adik aku dengan kawan dia dalam bilik tu. Malam tu adik aku keluar makan. Lepas makan dia balik lah bilik takkan ke disko pulak.


Masuk je bilik, lampu bilik terbukak padahal masa keluar tadi depa tutup lampu. Dan semua orang balik rumah. Depa pun ajaib. Lepas tu. Dekat atas katil adik aku, ada satu bungkusan yang dibalut dengan tisu. Adik aku tak berani bukak bungkusan tu, kawan adik aku yang bukak. Nak tau dalam tu ada apa?


Pad. Tuala wanita. Yang bersih. Dan wangi.


Seram tak? Tak. Kejap, ada satu lagi cerita.


Satu malam tu, pada hari yang berlainan, kawan adik aku terjaga dari tidur dalam pukul tiga pagi ke empat pagi kot. Lepas tu kawan adik aku tu nampak la sorang ahli bilik dalam bilik tu tengah main laptop. Tapi dia tak tegur, dia tidur balik.


Keesokannya, adik aku dengan kawan adik aku tanya budak yang main laptop pagi-pagi buta tu, awat main laptop pagi-pagi buta? Kau tau dia jawab apa? Dia jawab, eh aku tak ada kat bilik semalam, aku balik tidur kat rumah aku. Maka adik aku dengan kawan adik aku sekali lagi ajaib.


Aku nak percaya cerita adik aku ni pun susah jugak, tapi adik aku ni pesen seorang adik yang tak pernah menipu. Dan bendul pun tak selurus beliau, jadi dapat aku kategorikan bahawa cerita seram ini adalah sohih. Halallan toyyiban.


Cumanya, dalam cerita pertama tu, bungkusan tisu tu mungkin satu jenaka yang dimainkan oleh kawan-kawan depa yang lain. Dan dalam cerita kedua pulak, mungkin kawan adik aku yang terjaga tiga empat pagi tu mamai. Mungkinlah. Mana aku tahu sangat.


Jangan biarkan hidup anda diselubungi....misteri.......wuu~~

Sunday, April 7, 2013

Menakutkan dan kelakar

Tadi aku mengalami satu kejadian yang menakutkan.


Kalau aku bosan dan aku tengok kucing aku tengah sedap berehat-rehat, aku secara otomatik akan kacau beliau. Petang tadi aku kebosanan, dan beliau sedang berehat-rehat. Jadi apa lagi, secara otomatik aku kacau beliau.


Aku angkat beliau tinggi-tinggi dan aku goyang-goyangkan beliau. Beliau tampak begitu seronok. Lama juga aku buat begitu kepada beliau, ada la dalam dua minit.


Lepas tu aku letak beliau semula ke lantai. Beliau senyap. Tiba-tiba beliau batuk, macam nak muntah. Tapi haram tak muntah pun. Kahkahkah. Aku gelabah time tu. Mana tau, kot masa aku goyang-goyang beliau tu, organ dalaman beliau cedera ke, tulang rusuk patah ke.


Aku nak tolong pun tak tahu nak tolong apa, aku tolong tengok je lah. Mak aku pun gelabah jugak. Lepas seminit beliau kembali normal seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tak pernah aku rasa takut macam tu sepanjang hidup aku. Yelah, kalau beliau cedera lepas tu mati, tak ke aku dicop pembunuh?


Sorry la kucing, aku gurau-gurau ja tu, takda niat nak bunuh pun, kahkahkah.


Lepas tu mak aku marah. Mak aku cakap, "Dia tu kucin, bukannya oghang, hang tak payaj la dok goncang-goncang dia macam tu! Kot jadi apa ka kat dia satgi!".


Kahkahkah. Maknanya aku boleh pergi goncang orang la lepas ni? Kelakar juga mak aku ni.


*angkat kau tinggi-tinggi dan goncang-goncang dengan rakus*

Saturday, April 6, 2013

Surat penunggang motosikal

Facebook ibarat medan bersuara. Kalau boleh, semua benda nak diluahkan di situ. Luahan hati seorang kekasih, luahan hati seorang bekas kekasih yang ditinggalkan, luahan hati kekasih yang meninggalkan bekas kekasih yang ditinggalkan tadi, luahan hati kawan-kawan kepada bekas kekasih, luahan hati si gemuk dalam testimoni produk menguruskan badan, luahan hati Najib, luahan hati Anwar, luahan ustaz-ustazah tak bertauliah, luahan aktivis pro-Palestin, serta yang terbaru, luahan hati penunggang motosikal.


Aku pun ada benda nak diluahkan ni, tapi bak kata orang tua, ditelan mati emak, diluah mati bapak, dikunyah mati nenek, dilovebite matilah kau nak cover. Hambar.


Tapi itulah, sekarang ni baru aku tahu bahawa penunggang motosikal juga punyai perasaan. Ingatkan tidak berperasaan. Ternyata aku salah. Lepas ni aku janji tak akan bunyikan hon kepada penunggang motosikal yang menunggang di TENGAH-TENGAH jalanraya dengan kelajuan 19 kilometer sejam. Sebab apa? Sebab penunggang motosikal juga bayar cukai.


Kalau aku nak potong kereta depan aku dan ada motosikal dari arah bertentangan yang pandu di TENGAH-TENGAH jalan, maka aku tak perlu potong dan penunggang motosikal tak perlu bergerak SIKIT JA PUN masuk ke lorong kecemasan. Sebab aku tahu, penunggang motosikal juga bayar cukai.


Yang bawa kereta tu janganlah ego sangat. Semua yang ada motosikal dan kereta, semuanya bayar cukai jalan, jadi jalan itu untuk semua. Kalau siapa-siapa nampak ada pejalan kaki yang tengah lintas jalan ataupun penunggang basikal, kau langgor je yob, bukannye bayor cukai jalan deme-deme tu semue. Tak berhak sentuh jalanraya. Langgor yob langgor.


Heh.


Lepas ni akan ada satu lagi luahan. Luahan hati para perokok.


Suka hati kamilah nak merokok dalam kawasan ekon ke kawasan hospital ke kawasan sekolah ke kau peduli apa? Kami bayar cukai! Lagipun udara tu milih Tuhan, bukannya milik kau seorang. Jadi suka hati kamilah nak merokok di mana-mana pun. Jangan ego boleh tak?

Friday, April 5, 2013

Bomoh 4D

Kau ada baca berita dua hari lepas? Aku pun baru baca tadi. Punya lah sibuk hari-hari aku sekarang ni sampaikan perihal berita pun aku terkebelakang dua hari. Berita yang menarik selain dari pembubaran parlimen adalah berita pasal seorang bomoh.


Seorang bomoh yang berjaya tipu beberapa orang dan kaut duit sebanyak RM 1 juta sepanjang lapan tahun lepas. Kau tahu bomoh ni tipu apa? Dia mendakwa dirinya mampu ramal keputusan nombor ekor. Lalu ada la beberapa kaki ekoq yang dungu pergi percaya ke bomoh ni. Dungu sungguh.


Yang aku tak berapa faham, kenapa ada lagi yang bangang serupa itu? Bukan bomoh tu maksud aku sebab aku rasa dia bijak. Dungu-dungu yang percaya ke bomoh tu, kenapa bangang sangat? Sudah abad ke-21, ada lagi yang percaya aktiviti ramal-ramal nombor ekoq ni? Kot aktiviti ramas-ramas tu aku paham la jugak.


Lagi satu, kalau kau ditipu atas benda yang langsung tak wujud TAPI kau yakin yang benda tu wujud, macam dalam kes ni benda tu adalah "ramalan nombor ekoq", adakah yang menipu tu dikira bersalah? Aku keliru kejap. Dah terang-terang yang kena tipu tu percaya bulat-bulat ke bomoh ni, serahkan duit secara rela ke bomoh ni, dengan alasan nak dapat nombor ekoq, jadi siapa yang salah? Nak kata langgar undang-undang pun tak, sebab main nombor ekor dan meramal nombor ekor itu tak salah dari segi undang-undang Malaysia (soal dosa pahala tolak tepi). Ke aku salah?


Lagipun tuan-puan yang berhemat, dah nama pun RAMALAN, bukannya 100% menjadi kan? Serupa dengan ramalan cuaca, ramalan keputusan bola sepak serta ramalan PRU-13, bukannya selalu tepat, jadi aku dengan ini ingin menegaskan bahawa bomoh tu tidak bersalah. Yang bersalah hanyalah malaun-malaun bahalol yang percaya kepada bomoh tu kerana mempunyai otak serupa bendul pintu.


Kalau aku dapat ramal nombor ekor, aku tak kisah berapa juta kau nak bagi kat aku, baik aku pergi beli nombor tu sorang-sorang. Pakcik kayo pakcik kayo!

Thursday, April 4, 2013

Gua dah cakap dah

Lu apa khabar beb? Gua kat sini sihat je beb, kalau lu tak berapa sihat lu makan la ubat beb. Tak pun lu pergi bersenam beb, gua dengar bersenam tu bagus untuk tuboh badan beb. Tapi jangan bersenam tetengah panas, kang lu hitam. Bila lu hitam nanti orang tak percaya lu bumiputra beb, bahaya tu.


Hari ni gua tetiba rasa nak taip pakai gua-lu beb, sebab gua rasa macam rocker hari ni beb. Sumpah beb. Kalau lu tak percaya beb, gua peduli apa beb, gua rocker gua tak perlukan kepercayaan lu semua beb. Sumpah gua tak perlu beb. Beb.


Tadi gua baru lepas pakai bandana kepala beb, bandana kaler merah. Sekali gua tengok cermin beb, sumpah gua tak tipu beb, gua nampak iras-iras Klaus Meine beb! Sumpah gua tak tipu beb. Ala beb, takkan Klaus Meine pun lu tak kenal beb? Penyanyi kumpulan Scorpions tu beb? Yang nyanyi lagu rokyulaik a hariken tu beb? Tak kenal jugak beb? Lu ni tak rock la beb! Tak rock!


Tapi lu mesti kenal Ella kan beb? Gua minat gile-gile kat Ella tu beb. Gua baru order poster bersaiz pintu gambar Ella tadi beb. Gua ingat nak lekat poster tu kat dinding bilik gua beb, baru semangat rocker gua tak luntur beb. Ella pun takkan lu tak kenal beb? Ala Ella yang nyanyi Simbiosis tu beb? Lagu tu lejen beb! Lejen gua cakap lu beb! Lu pergi taip kat youtube beb, gua gerenti la beb, lu pun akan jadi rocker macam gua jugak beb. Gua gerenti!


Gua rasa lepas ni gua nak buat satu kugiran beb. Kugiran pun lu taktau ke beb? Serius lu taktau beb? Tak rock la lu beb! Tak rock! Kugiran tu kumpulan gitar rancak beb, lepas ni lu jangan lupa kugiran tu apa sebab gua malas nak ulang dua tiga kali. Gua nak namakan kugiran gua "The Amen The Lu The.". Gua rasa dengan nama yang komersial macam ni beb, silap-silap gua boleh perform sebelah-sebelah dengan Ella beb! Ella beb! Simbiosis beb!


Lu nak join tak beb kugiran gua ni beb? Gua perlukan dua pemain gitar beb, satu pemain bass beb dengan satu pemain drum. Gua jadi penyanyi beb! Serius boleh pergi jauh beb. Gua gerenti la beb! Sumpah potong jari ni beb! Lu nak join tak? Yang penting rambut lu kena panjang, seluar kena koyak-koyak, lepas tu lu kena pakai celak mekah.


Gua cakap banyak pun tak guna beb. Gua ada paper esok ni beb. Rocker rocker juga beb, akademik mana boleh abaikan beb. Gua nak baca buku kejap, sambil dengar lagu Simbiosis beb. Ella beb Ella!!


Gua chow dulu beb.

Monday, April 1, 2013

Monolog : Aku & Kucing #4

Weh buat apa?

-Aku tengah baca buku.

Oo.

-Kau nak apa? Jangan kacau aku.

Tak. Aku bosan ni.

-Pergi lah kacau almari sana. Jangan kacau aku.

Kau baca buku apa?

-Analisa Kewangan.

Best ke?

-Jangan kacau boleh tak? Aku ada periksa esok lusa. Jangan kacau.

Best ke buku tu?

-......best.

Mesti kau pandai kan?

-Boleh la.

Kacak pulak tu.

-...

Baik hati lagi.

-Kau nak apa sebenarnya ni?

Betul. Kau pandai. Kacak. Baik.

-Kau nak apa setan? Makanan kau habis ke?

Haah.

-Suruh la orang lain pergi isi, aku sibuk ni.

Orang lain mana ada. Semua keluar.

-Padan muka. Pergi la isi sendiri.

Aku lapar ni.

-Jangan kacau aku.

YAHUDI!

-Aku sibuk ni! Yahudi apanya?!

ISRAEL!

-Gemuk!

...

-...

Weh.

-APA LAGI SETAN?

Tengok ni. Comel tak aku guling-guling atas kapet? Tengok la.

-Menyampah betul aku perangai kau ni. Time lapar baru cari aku.

Comel tak comel tak? Aku lapar ni....

-HALAH HALAH JOM AKU ISI MAKANAN. KACAU BETUL GEMUK NI!

Takpelah. Sebenarnya makanan aku banyak lagi tu. Saja kacau kau baca buku. Babai.

Masturbasi penyebab gemuk