Monday, February 18, 2013

Penapisan filem/drama

Lama tak tulis pasal topik yang serius pun tak boleh juga. Badut kerja sarkis pun kadang-kadang akan jadi serius, inikan pula rakyat jelata macam aku.


Penapisan. Aku sebenarnya dah lama berfikir pasal topik penapisan media di Malaysia. Atau lebih tepat lagi, penapisan filem/drama di Malaysia.


Kalau aku fikir-fikir balik, apa guna penapisan di dalam era modenisasi segini? Lebih separuh rakyat Malaysia pada zaman serba maju sekarang sudah memiliki capaian internet, bukan? Kalau budak umur 15 tahun tengah tengok filem Amerika kat tv, lepas tu tetiba ada bahagian filem tersebut yang dipotong atas alasan lucah/ganas/ugama/politik, budak 15 tahun tu senang-senang boleh cari di internet bahagian yang dipotong tadi.


Aku dulu masa aku belasan tahun, internet adalah sukar dijumpai. Tapi berjaya juga kadang-kadang melayari benda terlarang. Cuba bayangkan sekarang? Internet ada di mana-mana! Kahkahkah, berani betul aku mengaku melayari benda bukan-bukan.


Jadi. Aku berpendapat begini :


Penapisan filem/drama di kaca televisen bukanlah untuk membendung masyarakat bawah umur dari melihat benda bukan-bukan. Namun aku melihat ianya lebih kepada membendung situasi janggal. Orang putih panggil 'awkward moment'. Pernah tak kau terfikir kenapa SELALUNYA hanya adegan LUCAH/SEPARA LUCAH/PERKATAAN LUCAH/ROMEN yang dipotong? Padahal adegan tembak-menembak, darah-darah, dokumentari binatang ganas, kepala putus, lawan-lawan JARANG dipotong?


Cikgu aku pernah berkata, "Orang Malaysia lebih takut kepada seks berbanding peperangan." sebab ibu bapa tak kisah kalau anak-anak tengok cerita ganas dan sangat kisah bila anak-anak tengok cerita yang memberahikan.


Seeeeeebab itulah aku rasa tujuan sebenar penapisan adalah dari mengelak situasi janggal. Bayangkan kau seisi keluarga tengah tengok filem kat HBO. Tiba-tiba ada adegan berahi. Janggal tak janggal? Macam hari tu, aku seisi keluarga tengok cerita seram Indonesia dekat Citra kot, lepas tu ada adegan lucah. Satu famili aku pura-pura tengok tempat lain serta pura-pura tengok telefon bimbit masing-masing padahal adegan tu bukannya bogel romen pun, cuma dia tunjuk kepala lelaki di dalam skirt perempuan yang tengah bermuka ghairah. (Aku sendiri pun tak tapis apa aku tulis kat sini, padan muka hampa kalau hampa baca blog ini bersama keluarga, kahkahkah).


Nampak? Janggal. Sampai sekarang aku trauma tengok filem Amerika dengan keluarga aku, takut kang ada adegan yang menimbulkan rasa janggal. Kau pernah tengok Hollow-man? Aku pernah beli DVD tu yang tak tapis. Lepas tu tengok satu keluarga. Macam palat. Siap ada adegan tetek tersembul keluar. Mak aku terus keluarkan DVD tu dan buang.


Jadi tuan-puan yang berhemat, aku masih rasa kaedah penapisan ini wajar diteruskan demi mengelakkan situasi janggal berlaku.


Dah habis entry serius. Boleh kembali bertukar ke badut sarkis.

Saturday, February 16, 2013

Keseronokan di sebuah stesen bas

Pagi ini yaitu pagi Sabtu aku pergi ke sebuah stesen bas di satu daerah di Kedah. Daerah ini adalah daerah yang pernah dipopularkan oleh seorang doktor berambut cendawan yang menjual ubat ajaib di mana tak kira jenis penyakit apa pun ubat ini mampu sembuhkan.


Semasa menunggu bas ekspres tiba, aku memerhati sekeliling. Rupa-rupanya terdapat banyak pesen manusia yang menjengkelkan di sekitar stesen bas.


1. Budak kecil. Yang berlari-lari. Sambil memakai sepatu yang berbunyi. Cheek. Awkk. Cheek. Awkk. Sebelum ini aku bayangkan budak-budak kecil yang berlari sesuka hati sudah cukup menjengkelkan. Ternyata jangkaan aku meleset. Menjengkelkan bukan sebab apa, sebab bunyi cheek-awkk tu tak konsisten. Kejap laju. Kejap perlahan. Lepas tu laju balik. Lepas tu makin laju. Hendak sahaja aku tampar budak itu suruh beliau berjalan secara normal. Orang normal jalan macam ni, "Cheek.....awkk.....cheek.....awwkk...." Slow and steady kata orang. Saintis manalah yang cipta sepatu berbunyi ni.


2. Remaja Melayu. Pakai baju hitam lambang naga besar gajah. Pakai rantai. Pakai gelang kaler hitam. Rambut jarang yang terpacak. Lepas tu hisap rokok di kawasan yang orang rabun kronik pun tahu bahawa ada papantanda dilarang merokok kat situ. Bangsa macam ini lah yang menimbulkan bait benci kepada golongan perokok. Sudahlah lupa daratan sebab berpakaian ala-ala gangster Hong Kong, hisap rokok kat tempat larangan merokok pulak. Entah ke mana lah hala tuju masa depan beliau wahai tuan-puan yang budiman? Ke mana? Jengkel!


3. Budak kecil. Cina. Yang eksaited jumpa bas dua tingkat. Walaupun umum tahu bahawa populasi bas dua tingkat adalah agak kecil, namun bas itu bukanlah sesuatu yang aneh dan pelik!! Tiba-tiba pulak aku yang jadi marah dengan kenyataan itu. Di mana yang jengkelnya kau tanya sambil garu kening. Jengkel apabila budak kecil cina yang eksaited terbabit meluahkan rasa eksaited beliau dengan suara. "Papa dabel deker! Papa dabel deker! Papa dabel deker! Papa dabel deker!" (ulang selama dua minit). Bapak kau tu pekak ke yang kau kena ulang banyak-banyak kali? Kalau pekak baik kau beli keropok udang dabel deker tu bagi bapak kau, lagi senang dia faham.


4. Hon bas. Entah apa masalah pemandu bas? Janganlah kau menguji tahap keterkejutan aku dengan membunyikan hon dengan sambil lewa. Tak pasal-pasal aku jadi serupa spastik. Setiap kali kau bunyi hon bas, aku akan terkena parkinson. Terlompat sambil terketar-ketar menahan kemarahan terhadap hon bas yang kuat lahanat yang kau bunyikan. Kalau ye pun nak menandakan bahawa satu-satu bas itu telah tiba di stesen, jangan lah main hon. Cuba kembali ke kaedah yang lebih mudah iaitu dengan menjerit "Pancaran Matahari! Penumpang Pancaran Matahari! Bas dah sampai!" Pelik betul aku dengan nama bas sebegitu rupa. Apa bas Pancaran Matahari ni boleh sampai ke Matahari?


5. Suara diri sendiri. Semasa di dalam kereta. Sewaktu sing along dengan AC Mizal. Dalam lagu Apo Kono Eh Jang. Dah tahu diri tu tak hafal lirik, duduk diam-diam sambil angguk-angguk kepala sudah lah. Dah serupa orang gagap.


"Papa dabel deker papa dabel dek-cheek awkk cheek awkk che-bel deker papa dabel deker pa-PONNN-awkk cheek awkk-ker papa dabel-eek awk cheek-PONNN PONNN-cheek awkk cheek awkk cheek-awkk-deker-PONNN-awkk-chikok-chikok-PONNN-chikok-dabel deker eh apokono weh jang ekau mandi telanjang ekau dah besar panjang jangan duduk terlentang kang aku terajang ekau berbau longkang."


Monolog : Aku & Kucing #3

Wei gemuk.

-Apa?

Aku ada satu teka-teki.

-Malas aku layan kau.

Nak dengar tak teka-teki aku?

-...hah apa?

Orang Myanmar suka makan apa?

-Entah.

Teka la.

-Mana aku tahu. Aku bukannya orang.

Kau rasa?

-Entah.

Orang Myanmar suka makan kucing.

-Hahahahaha.

Kenapa kau gelak?

-Sebab kau tipu.

Betul.

-...

Tambah-tambah kucing gemuk, lagi la depa suka.

-Tipu.

Betul.

-Ada orang Myanmar tak sini?

Ada.

-...

Aku keturunan Myanmar.

-Orang Myanmar sepet, mata kau besar.

Geram betul aku tengok peha kau. Goreng sedap ni.

-Oi gila. Kau mana makan kucing macam aku.

Kau tahu tak sebelum ni keluarga aku banyak bela kucing. Semua kucing tu hilang tanpa dikesan. Kau rasa kenapa?

-...

Nyum nyum.

-Menyesal aku dapat tuan gila macam kau.

Nyum nyum.

-Senyap la setan, aku nak tidur.

...

-...

Nyum.

-Aku tidur bawah peti ais la macam ni.

Thursday, February 14, 2013

Tips penting

Ini aku nak bagi tips sikit. Tips ni penting jugak sebenarnya.


Kalau kau nak tahu kau selesa ke tak dengan satu-satu worang, sini ada dua petanda.


Satu, bila kau tak rasa jijik langsung untuk bersembang dengan mulut kau tengah mengunyah makanan di hadapan satu-satu worang terbabit. Contohnya, kalau kau makan burger depan Presiden Uganda, dah konfem-konfem kau akan makan dengan kunyah sikit-sikit sambil tutup mulut. Kau nak bersembang dengan Mister Ro'Thyqptw!/& (nama presiden Uganda sekarang) tu pun kau akan pastikan mulut kau dah habis mengunyah. Sebabnya, yelah, kau tak selesa bila berhadapan dengan beliau.


Dua, bila kau selesa kentut dengan kuat sekali di hadapan satu-satu worang terbabit. Dan kau tak rasa janggal. Kau rasa rilek sahajeeee. Janggal tak janggal kalau kau tengah lepak-lepak bersama Sultan Pahang lepas tu kau kentut kuat gila babi. Janggal bukan? (Silap-silap kena sumpah jadi simen).


Satu tempat di mana kau akan berasa sangat selesa berbuat dua perkara di atas adalah satu tempat yang dinamakan 'rumah'. Orang putih panggil 'home'. Kot la kau tak paham bahasa melayu.


Tapi aku kat mana-mana pun selamba je aku bersembang bergelak kuhkahkuhkah dengan makanan penuh dalam mulut lepas tu kentut kuat dengan kuat sekali lepas tu sambung bersembang balik.


Jarang aku amalkan Rukun Negara yang kelima tu. Hak tuih.

Wednesday, February 6, 2013

Sikit lagi nak mampuih

Aku ni pesen pelupa. Kadang-kadang aku tulis benda yang aku dah tulis. Tapi suka hati aku la. Aku nak tulis ni pun sebab aku teringat balik.


Masa aku kecik dulu aku suka balik kampung arwah nenek aku. Depan rumah beliau ada sungai. Kiranya kalau nak pergi rumah beliau, kau kena lintas titi.


Satu hari tu aku balik kampung. Lama jugak lepak-lepak situ, main kejar-kejar dengan kambing dan arnab peliharaan beliau. Aku sorang je masa tu yang kejar menatang dua spesies tu sebab aku syak aku ni hyperaktif masa kecik jadi budak-budak lain yang ada kat kampung tu malas kawan dengan aku sebab depa ingat aku ni gila. Aku syak je la. Tapi sebenarnya aku ni genius. Yang tu pun aku syak jugak.


Masa kejar-kejar tu aku dengar macam ada bunyi dekat sungai. Aku pun dengan seronoknya pergi la kat titi tu nak menyiasat sebab budak hyperaktif memang tugasannya suka menyiasat.


Aku nampak macam ada ikan-ikan sedang melompat-lompat. Aku ingin menyiasat dengan lebih dekat. Sekali, boom. Aku jatuh dalam sungai.


Masa jatuh tu aku cuma nampak buih-buih dalam sungai. Mungkin buih-buih hasil dari pernafasan aku la kot, mana aku tahu. Aku masa kecik tak pandai berenang lagi. Sampai sekarang pun tak pandai berenang sebenarnya.


Aku tak ingat la berapa lama aku tenggelam dalam tu. Aku ingat aku dah mati dah. Last-last ada orang tarik aku keluar. Aku pun tak ingat siapa yang tarik. Aku syak abah aku la, takkan abah kau pulak kan. Kiranya masa kena tarik keluar tu aku blackout sekejap. Yelah, dah hampir lemas macam tu takkan tak blackout.


Otak manusia ni bagus, kalau ada sesuatu kejadian yang boleh buatkan kau trauma, hampir lemas contohnya, otak kau akan padam memori kau lemas tu sebab taknak bagi kau trauma. Macam kalau ada orang eksiden, lepas tu beliau pengsan, bila beliau sedar balik beliau akan cakap "Aku tak berapa ingat macam mana aku eksiden tu." Bagus bukan?


Aku ada banyak pengalaman pelik dengan sungai. Tapi macam orang putih cakap, "Well that's a story for another day folks." Bukan main cakap orang putih. Genius lah katakan. Orang genius kena pandai cakap orang putih, kalau tak pandai cakap orang putih genius apa macam tu.


Itulah sedikit sebanyak near death experience aku. Semenjak dari hari tu, aku jadi spesies kambing, takut air. Funny isn't it? I used to chase down goats and now, I'm one of them fullamak ai perfect betul orang putih aku.


Saturday, February 2, 2013

Tabiat kurang senonoh

Walaupun aku ni kacak, tapi aku rasa aku ada dua tiga tabiat yang boleh dikategorikan sebagai kurang senonoh. Bukannya 'tidak senonoh', tapi kurang. Kalau tabiat tak senonoh tu macam kau bercakap masa mulut penuh dengan makanan, takpun kau suka culik budak. Ekstrem terus aku bagi contoh.


Itulah orang cakap, jangan menilai seseorang dari luaran. Hatta orang super kacak macam aku pun ada kekurangan juga. Kalau dah macam kau dan orang lain yang tak berapa kacak tu, setakat korek hidung di tempat awam tu aku boleh maafkan lah. Jangan la rasa down ok?


Tabiat kurang senonoh yang aku paling tak boleh terima adalah, setiap kali aku nak keluar rumah, aku akan pergi jamban. Kadang tu bukannya aku nak pergi mana pun, setakat nak keluar beli rokok yang perjalanannya hanya mengambil masa kurang dari sepuluh minit. Bukannya aku nak berak ke apa, cuma dah memang tabiat. Aku sendiri pun pelik. Jamban rumah aku ni dah serupa R&R yang wajib aku singgah dalam perjalanan ke mana-mana.


Satu lagi tabiat kurang senonoh aku adalah aku sangat kacak. Tak senonoh kepada mereka yang tak kacak ataupun sekadar kacak sahaja.


Aku nak pergi jamban kejap, lima minit lagi aku nak keluar beli kokakola.



Friday, February 1, 2013

Oi bakar!

"Kamu tahu lagu-lagu Korea tu? Itu semua agenda nak merampas negara kesayangan kita."


Betul tu. Sebagai sebuah negara yang paling power di mata dunia, kita kena berhati-hati. Mana tahu satu hari nanti negara kita bakal dijajah Korea? Apa sukakah kita dengan sebuah negara yang berakyatkan rakyat berambut entah apa-apa serta menari-nari sambil berskirt pendek? Apa sukakah kita? Suka? Kalau suka, pergi Cuba! Pergi Venezuela! Pergi negara yang namanya pelik-pelik!


Oleh itu marilah menuju kejayaan. Sesungutnya negara kita memang senantiasa dicemburui serta didengkii oleh mata-mata luar yang memandang tinggi. Hapuskan buasir-buasir anasir-anasir serta nasir-nasir yang seangkatan dengannya demi kesejahteraan negara Hang Tuah ini. Hapus! Hapus!


Bakar! Bakar! Apa yang hendak dibakar? Semangat negara atau semangat kebencian terhadap negara lain? Mana-mana pun wajib dibakar biarpun yang kedua lebih banyak dibakar, bakar! Bakar! Oi bakar! Oi nasir! Oi buasir!


Fulamak dah serupa penceramah biro tatanegara pulak aku.


Hapus! Bakar!