Saturday, December 31, 2011

Kelakar tahun baru

Ini adalah entry pertama untuk tahun baru.




Terasa baru sepuluh minit lepas aku berada di 2011. Padahal baru pukul 12.05 pagi.




Sebenarnya aku tulis entry ni tahun lepas. Pukul 5 petang 31/12/2011. Tahun ni baru nak publish.




Tahun lepas aku masuk toilet. Kencing. Tahun ni baru aku keluar toilet. Kencing di perantaraan tahun.




Tahun lepas aku kentut. Masuk 2012 pun berbau lagi. Begitu power kentut aku.




Walaupun cuti start tahun lepas, dan tahun ni baru bukak kelas. Aku rasa macam seminggu je. (padahal memang seminggu pun)




Assignment tahun lepas pun aku tak siap lagi.




Sekian lawak hambar untuk tahun baru. Gelak lah hoi. Penat aku tulis dari tahun lepas.

Selamat Tahun Baru 2012

Entry ini berbaur syok sendiri.




Tak kira lah tahun berapa pun, azam aku tiap-tiap tahun pun sama, sebab tiap-tiap tahun pun tak pernah tercapai. Aku nak jadi lagi kacak sebenarnya tiap-tiap tahun, tapi memandangkan tahap kekacakan aku dah maksimum, jadi tak tercapai.




Aku tak pernah seleburit tahun baru dengan meriahnya. Kecuali masa muda-muda dulu adalah. Paling best dekat Firenze/Florence Itali. Gempak gila habaq hang. Ada orkestra main musik kat public, ada bunga api, ada ramai orang mabuk jerit-jerit keseronokan serta ramai awek jelita. Kalau dekat Malaysia memang takda, setakat pergi jalan depan rumah tengok bunga api.




Tahun baru adalah tahun untuk semua orang muhasabah diri dan perbaiki diri sendiri. Bukannya berazam mahu beli kereta baru (sebab gomen naik gaji) ataupun berazam mahu beli iPhone 5 yang dijangka keluar tahun 2012. Azam yang memerlukan duit ni buat kau jadi hamba duit. Tak bagus jadi hamba duit sebab bila kau takda duit nanti, kau boleh jadi sewel.




Dah. Aku habis perasan syok sendiri dah.




SELAMAT TAHUN BARU. HAPPY NEW YEAR. DAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BACA BLOG KACAK AKU. ANDA KACAK.

Osbon juara!!

Pewit orang jawa dengan Perak menang Maharaja Lawak Mega sial!!!




Dulu aku minat gila babi Mister Os. Bukan sebab lakonan beliau tapi dari perangai beliau, aku nampak beliau sebagai seorang yang sangat humble. Sekarang kerja beliau bawak teksi. Yelah orang lama siapa nak ambil berlakon lagi. Lagipun nama beliau, Mister Os adalah sangat ohsem.




Abon memang dari dulu aku minat gila babi. Aku rasa beliau adalah orang jawa paling kelakar dalam dunia. Tambahan pula, pantun beliau kelakar. Raja pantun jawa beb. Loghat jawa beliau kalau kau suruh beliau cakap pasal isu serius pun tetap akan jadi kelakar.




Boboi best sebenarnya. Aku dah bajet beliau menang. Aku rasa kalau arwah Din Beramboi hidup lagi, memang konfem dah jadi trio Afdlin, HSBC dan Din. Rindu sial nak tengok jenaka gila-gila beliau. Al-fatihah kepada arwah Din Beramboi. Afdlin adalah pelawak yang sempoi, beliau selalu buat jenaka ikut aliran semasa. HSBC dari dulu sampai sekarang memang lucu, aku paling best tengok lakonan beliau dalam Papadom.




Yang Ifa Raziah punya kumpulan aku no comment. Macam mana lah hoi kau boleh masuk final? Aku rasa Bob Kuman dengan Sobri Anuar lagi best. Pasal Sobri Anuar, sila rujuk entry bertajuk 'Sobri Anuar dabomb'.




Orang yang asal Perak memang dari lahir dah kelakar. Macam Mister Os. Eh aku lahir kat Perak kau tahu? Tahu tak? Parit Buntar.




Cuma aku kacak lagi lah dari Mister Os tu. Gigi aku pun tak macam beliau. Kahkah, ok lawak kurang hajar.

Friday, December 30, 2011

Kembar

Kalau sepasang kembar lelaki seiras kahwin dengan sepasang kembar perempuan seiras, kau rasa anak diorang nanti semua muka sama ke tak?




Kalau ikut logik akal aku yang super kacak, aku rasa diorang akan dapat anak-anak yang seiras.




Kalau aku ada kembar seiras, konfem beliaulah manusia paling kacak di muka Bumi. 

Thursday, December 29, 2011

Budaya kecil

Bukan semua budaya Barat tak elok sebenarnya. Ada jugak satu dua yang menunjukkan betapa mereka lagi beradab.




Sebagai contoh, tadi aku pergi 7-Eleven. Punyalah teruk orang kita sampaikan pintu 7-Eleven tu beliau buka muat-muat badan beliau sahaja untuk masuk kedai. Apa susah sangat ke nak hold kan pintu tu untuk orang belakang kau? Lagi pelik, bila kau tetiba rasa baik hati nak hold kan pintu untuk orang belakang, sekali beliau masuk selamba bangang, senyum tidak, terima kasih tidak, angkat kening pun tidak. Mana sopannya orang kita yang dibangga-banggakan sangat tu? Truly Asia?




Satu budaya Barat yang aku puji adalah budaya 'aku tolong kau pegang pintu ni, masuk cepat bahalol'. Walaupun kadang-kadang ada yang tak ikhlas, tapi beliau tetap akan holdkan pintu untuk kau yang di belakang. Kau rasa macam kau diterima oleh masyarakat. Dan kau sebagai balasan wajib cakap 'TQ'. Tak kira la kau ikhlas ke tak.Seingat aku lah, setiap kali aku masuk bangunan yang berpintu, kalau ada french depan aku, memang konfem beliau akan holdkan pintu.




Mungkin bagi orang lain budaya ni macam 'Hek eleh, setakat pegangkan pintu, apa yang best sangat?'. Tapi bagi aku, budaya kecik-kecik macam ni lah yang memegang keutuhan perpaduan sesuatu masyarakat (pergh ayat macam EXCO hameno). Tapi betul, budaya ni memang aku puji.




Jadi lepas ni, kalau kau nampak aku masuk 7-Eleven, sila bukakkan pintu untuk aku. Eh bukan sebab nak ikut budaya Barat atas tu, tapi sebab aku kacak. Keutamaan kepada orang kacak.




Ini entry orang mengantuk, aku belum tidur dari semalam. Nak habiskan entry ni pun ak

Thursday, December 22, 2011

Sobri Anuar dabomb.

Aku takda la layan sangat MLM ni. Kadang-kadang je. Kehkeh, Maharaja Lawak Mega. Rumah aku takda channel tu sebab bazir je langgan semata-mata nak tengok MLM. Muat turun secara lanun sudah. Ye, aku seorang lanun rawr.




Bagi sesiapa yang tengok MLM tu, aku nak cakap sikit pasal kumpulan BP (Bawal Power). Bob Kuman dengan Sobri Anuar yang jadi member group ni. Sobri Anuar ini adalah nobody dalam arena lawak Malaysia. Aku tak kenal mamat ni sampailah aku tengok MLM. Lawak beliau adalah dalam kategori dark comedy yang agresif. Yang aku sangat minat. Sebab lawak beliau tak termasuk dalam kategori lawak hambar aka lawak bodohpiang.




Haritu beliau tiru gaya Zaiton Sameon. Hah, aku pun baru tahu yang Zaiton Sameon 'sakit', betul ke tak, manalah aku tahu, aku bukan paparazi. Ok, yang pasal Sobri Anuar tiru gaya Zaiton Sameon tu, terus lah kecoh konon-konon beliau menghina ZS. Heh?




Haritu ada keluar paper pasal seorang ahli kumpulan Boboi buat muka dan naik angin belakang pentas sebab kutukan juri pedas. Heh? Dalam paper tak cakap pulak nama beliau sebijik-bijik walaupun kita tahu itu adalah Afdlin Shauki. Kenapa kau tak hentam pulak? Sebabnya AS adalah orang lama. Kau hentam SA sebab beliau orang baru.




Aku tak rasa langsung yang SA ni menghina ZS dalam lawak beliau tu. "Saya rasa rakyat Malaysia belum boleh terima lawak sebegitu." Ini kata-kata SA sendiri sebab ramai sangat pihak hentam beliau kat akhbar. Betul aku sangat setuju. Kemonlah, cuba terima lawak dengan gelakketawa, bukannya dengan dari sudut negatif.




Filem Malaysia sekarang dah ada banyak kebebasan, sampaikan cerita tahyul pesong akidah, cerita rempit, cerita bohsia kena rogol bunyi ah ah ah semua boleh keluar panggung. Yang arena lawak? Aku rasa rakyat Malaysia sekarang dah sampai tahap keterbukaan minda yang kau kena bagi kebebasan untuk pelawak buat lawak. Takdaklah sampai ke tua kita stuck dengan lawak-lawak bodoh.




Cuba kau fikir. Dulu boleh ke tak orang buat lawak atas pentas dengan menggunakan accent orang India mahupun Cina? Nehi. Sekarang? All the time, sebab aku rasa (ini aku rasalah), komuniti India dan Cina di Malaysia sudah open-minded, sudah lali lah. Sampaikan Sami Vellu pun dah jadi modal paling best untuk ditertawakan atas pentas.




Takkanlah sebab ada orang butthurt dengan lawak Sobri Anuar tu, beliau kena minta maaf? Kemonlah brader, cuba jadi matang sikit. Orang nak berhibur lah dei. Kau nak butthurt? Pergi masuk dalam lubang jamban, lepas tu kau flush kepala kau dalam tu.




Bak kata Sami Vellu, "Saya hensem jugak satu karang. Itu Najib tarak hensemlah, saya serupa itu Shah Rukh Khan juga punya bapa sedara."

Tuesday, December 20, 2011

Perangai kucing gemuk.

Kalau beliau sedang tidur, kau jangan kacau. Kalau kau kacau beliau, beliau akan bangun, stretching sikit, lepas tu stret to bekas makanan beliau. Beliau akan melantak. Lepas sesuap dua suap tiga suap empat suap, beliau akan stretching balik, dan stret kembali ke tempat kau kacau beliau tidur tadi. Beliau akan sambung tidur.




Kalau kau kacau beliau lagi, proses yang sama akan berulang. Bangun, stretching, makan, stretching, tidur kat tempat yang sama.




Bila orang cakap kucing adalah binatang yang sentiasa curiga, ini adalah sangat betul. Haritu, aku tengah lepak tengok TV sambil beliau terbongkang atas sofa. Aku kentut. Lantas beliau bangun dan mula menyiasat bunyi kejadahkah itu. Hek eleh, setakat bunyi kentut pun beliau curiga.




Haritu ada helikopter lintas atas rumah. Pun beliau sibuk nak menyiasat. Kepala beliau terdongat tengok siling rumah, sampailah bunyi helikopter tu hilang. Kelakar pun ada jugak.




Tapi beliau pengecut. Kalau ada lori sampah ke, motor posmen ke, orang datang rumah ke, beliau akan bergegas lari masuk rumah sambil mencari tempat berlindung. Nama je kucing, tapi hati macam tikus. Bukannya lori sampah tu nak kutip beliau pun. Beliau macam loceng rumah yang tetamu akan tekan bila melawat rumah kau. Kalau kau nampak beliau tetiba gelabah lari masuk rumah, itu petanda ada tetamu.




Ha, kau nak dengar cerita kelakar pasal beliau? Hari tu aku tinggal rumah sorang-sorang, selama tiga hari. Jadi aku gertak beliau, sila jangan berak dalam sangkar beliau sebab aku takkan buang najis beliau. Itu kerja bonda, bukan kerja aku. Kau tahu apa jadi? Selama tiga hari beliau tahan berak. Setakat kencing sahaja, itu pun ciput. Selepas tiga hari baru beliau bernafsu untuk bertinja. Nampak gayanya setelah bertahun tinggal dengan manusia, akhirnya beliau memahami bahasa manusia.




Beliau juga kuat merajuk. Kalau kau tak layan beliau masa beliau mintak dilayan, beliau akan jual mahal dengan kau. Beliau akan pergi menyorok bawah kereta. Beliau akan tunggu kau pergi ambek beliau, setakat panggil nama beliau, beliau bo layan. Ceh bajet comel.




Ini fakta menarik. Seperti juga manusia, beliau akan geli kalau kau getelet tapak kaki beliau, dekat celah-celah jari-jari kaki beliau tu. Tak percaya? Sila cuba. Yela, memang lah beliau tak ketawa, tapi beliau akan marah-marah seolah-olah mengatakan "Gelilah bangang geletek kaki aku."




Kucing adalah haiwan yang sangat penuh dengan karenah. Kadang-kadang naik menyampah pun ada.








Oh ya, aku memang malas nak reply komen orang kat blog aku. Dah memang dari azali. Meow.

Sunday, December 18, 2011

Ouch!

Banyak sebenarnya cerita yang bila aku dengar, aku akan cakap "Ouch".




Masa aku kat asrama dulu, cikgu aku cerita kat aku pasal sorang kawan beliau masa kat asrama beliau dulu. Kawan beliau ni masuk shower, nak mandi. Lepas tu kepala shower tu tetiba longgar. Kawan beliau punyalah bijak pergi panjat dengan bantuan pili shower dan tempat letak sabun dalam shower tu sebab nak betulkan kepala shower tu. Tapi malangnya kawan beliau tergelincir dan jatuh tersembam dalam shower tu. Kau tau apa jadi kat kawan beliau? Ye. Kulit skrotum beliau terkoyak sebab tersangkut kat pili shower tersebut. Daaaannn.....telur kawan beliau terkeluar sebijik. Daaaannn.....kawan beliau kutip balik telur beliau untuk dibawa ke hospital. OUCH!! Setiap kali aku ingat balik cerita ni, aku rasa ngilu kat skrotum.




Ni kawan aku punya cerita pulak. Member beliau eksiden. Kena langgar kereta. Takdak la teruk sangat kena langgar. Member beliau siap boleh bangun lagi lepas kena langgar tu. Member beliau pakai seluar pendek masa eksiden tu berlaku. Bila member beliau bangun balik lepas kena langgar sebab konon-konon nak maki pemandu kereta tu, member beliau rasa pelik kat lutut beliau. Kau tau apa jadi? Member beliau nampak ada rumput-rumput terselit dekat celah-celah lutut beliau. Lutut beliau patah, ke terkoyak ke apa entah sampai rumput atas jalan masuk dalam lutut beliau. OUCH!! Ngilu lututku bila terkenangkan.




Ini masa aku sekolah rendah. Sekolah rendah aku dulu banyak budak-budak nakal. Masa kitorang main kejar-kejar dalam kawasan sekolah, ada la sorang budak ni tetiba terjatuh. Kitorang buat bodoh je lah, apa nak kisah sangat kalau setakat terjatuh. Tetiba beliau menangis macam kena sampuk. Sekali bila kitorang pergi dekat beliau, dan tengok betis kering beliau, ada paku panjang gila babi tertusuk dalam tu. PANJANG NAK MAMPUS. Darah tak keluar banyak tapi kau boleh nampak macam ada isi sikit-sikit kat sekeliling paku tu. Yang kelakarnya, sementara beliau dok meroyan menangis kesakitan, kitorang ramai-ramai kerumun beliau sebab nak menikmati keindahan paku terbenam dalam betis kering beliau, hahaha. OUCH!




Eh tak banyak pun sebenarnya cerita "Ouch" aku.








Dan ye, telur aku masih rasa ngilu sebab teringat cerita skrotum terkoyak kat atas. Kau tak ngilu ke?

Friday, December 16, 2011

Nasihat jahat

"Harus pejam mata dah cuba apa saja..."
-Cinta Muka Buku by Halwa Latip.




Nasihat seorang budak belasan tahun kepada pendengar beliau. Bukan nasihat yang baik.

Wednesday, December 14, 2011

Siri bercakap dengan benda

Dulu masa aku sekolah rendah, ada seorang minah ni suka semut. Asal ada je semut naik atas meja beliau, beliau akan berborak dengan semut tersebut. "Hai semut, kau nak pergi mana tu?"




Kelakar tak? Entah, kitorang suka kutuk beliau pasal tu. Dulu aku ingatkan minah ni gila, hahahaha. Yelah, siapa yang bercakap dengan semut kan?




Rupa-rupanya hampir semua orang bercakap dengan benda yang tak paham apa pun kau cakap.




1. Bercakap dengan pokok. Ini Fadhilah Kamsah cakap, untuk kasi buah pokok tu nanti rasa sedap dan manis. Aku pun tak ingat dah apa beliau cakap.


2. Bercakap dengan kereta. Selalu jadi bila kau sebut kau nak beli kereta baru masa kau tengah memandu. Kereta kau akan merajuk dan pura-pura rosak Betul, banyak kali dah jadi.


3. Bercakap dengan tikus. Kalau kau sembang dalam rumah kau, lepas tu kau cakap perkataan tikus, maka lagi banyaklah tikus akan masuk rumah kau. Sebab tu orang tua-tua suka bagi nama panggilan dekat tikus sepeti 'Cek Ti', 'Cik Gigi', serta 'Cik Mickey you so fun you so fun you blow my mind hey mickey hey mickey'.


4. Bercakap dengan bayi. "Alalalalala, tomeinya dia, cak hu cak hu cak hu, zeuyfgzudgzueydg." Walaupun beliau sendiri tak paham apa yang beliau cakap, tetapi tetap nampak cute. Zeuyfgzudgzueydg.


5. Bercakap dengan lampu tandas. Ini kalau lampu tandas tu lambat menyala. "Eh babi la lampu hoi, aku nak kencing nih, menyala la cepat bahalul." Aku selalu gila bercakap dengan lampu tandas kat rumah ni. Perasaan kau nak kencing tu makin menjadi-jadi kalau lampu lambat menyala.


6. Bercakap dengan kandungan. Ini dari segi psikologi katanya, sebab bayi dalam perut tu faham apa yang kau cakap. Pelik, bila dalam perut, beliau faham apa yang kau cakap, tapi bila dah keluar jadi bayi, langsung beliau buat bodoh bila kau cakap dengan beliau.


7. Bercakap dengan orang dalam TV. Ini bila kau tengok drama. Watak tu bangang sangat sampai kau jerit, "Orang jahat tu ada belakang kau la bodoh!! Bahalul syaiton oi, BE-LA-KANG-KAU!!!"


8. Bercakap dengan suratkhabar. Asal ada je berita yang kau tak puas hati, kau maki surat khabar tersebut (selalunya Metro). Macam hari tu, berita pasal "Gajah terpijak Barack Obama."


9. Bercakap dengan batu. Ala macam cerita chenta dulu-dulu. Kekasih tersepak batu, batu pulak yang kena maki dengan boipren beliau, "Cilako kau batu, kau tak nampak awek aku ke???!!!"


10. Ini epik. Bercakap dengan benda rosak. Asal ada je benda yang rosak, kau akan maki bertubi-tubi. Contohnya komputer. Kalau komputer kau tetiba hang, kau akan sumpah serana maki hamu caci sampaikan tumbuk terajang pun naik kat komputer kau. Bila komputer kau dah ok kau akan akan cakap, "Haaa, tau pun kau takut ye wahai komputer, kau buat hal sekali lagi, aku campak masuk longkang." Padahal menatang komputer tu tak faham pun apa kau cakap.




Ada lagi yang dalam list kat atas tu. Bercakap dengan pelayan kedai makan. Orang mintak Nasi Goreng Ayam, dia buat Nasi Goreng Tomyam. Orang mintak Sirap Ais, dia buat Milo Ais. Bodoh punya mangkuk.

Tuesday, December 13, 2011

Fakta palsu pasal Coca-Cola

Selain teh ais, air kegemaran aku adalah Coca-Cola. Sebab tulah aku pakai nama PokaPola. Banyak gila fakta palsu pasal Coca-Cola kat internet, terutamanya Youtube. Jadi aku pun buatlah kajian sikit-sikit.




1. Kalau kau campur Coca-Cola dengan Panadol, kau akan high, ibarat di bawah pengaruh dadah. Ini sangatlah tipu.


2. Coca-Cola ada kokain. Suatu masa dahulu ini adalah betul sebab beliau nak bagi air ni diketagihkan oleh pembeli. Sekarang tidak lagi.


3. Kau boleh cuci mangkuk tandas rumah kau dengan Coca-Cola. Hakhak, siapa yang percaya memang bangang. Pakailah Mister Muscle daripada kau membazir Coke kau tu.


4. Kau boleh cuci minyak kat baju kau pakai Coke. Sekali lagi, penipu. Lagi kotor adalah.


5. Kau boleh larutkan sebatang gigi kalau kau tinggal beliau dalam air Coke selama satu malam. Tipu.


6. Yang ini paling popular. Logo Coca-Cola kalau kau tengok depan cermin akan menghasilkan imej anti-Islam. Ini agenda pihak tertentu untuk menjatuhkan Coke. Ala, macam kes kasut Croc dulu tu. Budak-budak kat fesbuk kan suka mengehebahkan propaganda palsu.


7. Coca-Cola menderma sejumlah wang kepada Israel. Hah!! Kau tau tak dekat Ramallah ada sebuah kilang pembotolan Coke? Jadi aku dengan logiknya menyatakan ini juga agenda palsu. Dulu pernah sekali keluar berita bahawa Coke akan menderma keuntungan beliau selama empat hari berturut-turut kepada Israel. Ternyata ini palsu. Lagipun pihak Coke dah umumkan beliau tidak menyokong mana-mana pihak dalam konflik agama.


8. Suatu masa dahulu Coke tak mahu berurusan dengan Israel. Ini fakta betul. Kau tahu tak? Hah, aku pun baru tahu, jadi point nombor 7 macam ada betulnya.


9. Coca-Cola ada alkohol. Kalau betullah Coke ada alkohol, dah lama aku eksiden tengah jalan sebab aku suka minum Coke sambil memandu. Ternyata palsu sebab aku masih hidup. Dan hensem.


10. Coke membahayakan kesihatan. Ini sangatlah tipu, sebab sejarah tamadun dunia membuktikan bahawa mereka yang meneguk air Coke akan sihat dan hidup selama lapanploh tahun.




Semua agenda kat atas adalah palsu kecuali yang terakhir tu. Memang air Coke tak sihat sebab kandungan gula dan caffeine. Kalau kau minum Coke macam kau minum air putih hari-hari, umur kau memang akan pendek. Aku tak, aku minum kadang-kadang je. Dan ya, aku menulis blog ini sambil air Coke di tangan.




Oh baidewey, suka hati koranglah nak percaya atau tidak. Aku pasti, ramai lagi yang macam aku pada suatu masa dahulu. Berfikiran sempit, terlampau di-brainwash, percaya tanpa fakta dan memboikot tanpa usul periksa. Bab boikot ni, dulu ada la orang ajak boikot Mekdi dan Kepsi. Heh! Habis yang bekerja dengan Mekdi dan Kepsi dekat Malaysia bangsa siapa agama siapa rakyat siapa?




Tidak aku tidak percaya dengan agenda 'kau beli Coke maknanya kau beli peluru untuk ditembak kepada rakyat Palestin'. Aku beli Coke sebab aku nak minum, bukan aku nak perang.

Friday, December 9, 2011

Beza lelaki dan perempuan

Ini perbezaan antara lelaki dan perempuan kalau pergi membeli-belah.




Situasi : Nak pergi beli kain di pasaraya.




1. Bagi lelaki.






2. Bagi perempuan





Ye beliau-beliau sekalian, itulah beza kalau kau pergi membeli-belah antara lelaki dan perempuan.




Lelaki, stret to kedai kain.




Perempuan? Takdak stret-stret, konfem belok-belok, sampai terlupa nak beli kain, yang beliau beli adalah dua pasang kasut, tiga pasang kasut LAGI, ubat kuruskan badan, empat helai baju entah hapa-hapa, jam dinding, tiga buah buku YANG SAMA, roti high-5 dan lima bijik telepon. Hahaha, banyak duit beliau? Tidak, sebenarnya beliau masuk kedai-kedai tersebut hanya untuk window shopping. Last-last balik tangan kosong.




Ini kisah benar.

Thursday, December 8, 2011

Parking

Kalau orang Perancis nak parking kereta. Diorang akan parking serapat yang boleh. Sampaikan kepala kereta kau tu, akan cium bontot kereta depan. Dan bontot kereta kau, akan diciumkan kepada kepala kereta belakang. First time aku tengok dulu, aku macam WTF?! Tapi rupanya itu perkara biasa.




Bukan beliau tak sayang kereta, tapi itu memang dah budaya. Takda la calar pun kereta yang mencium dan dicium tu. Cuma kau akan nampak kereta yang dicium tu bergegar. Memang rapat. Kemahiran parking beliau adalah memang tinggi.









Dan aku telah mempraktikan budaya itu dengan tidak sengajanya semalam. Best doh!! Kau dapat impression yang gempa bumi sedang berlangsung. Kahkahkah. Tak calar. Cuma kereta depan aku vibret sikit-sikit.

Wednesday, December 7, 2011

Binatang

Aku rasa macam dah cerita dah benda ni. Tapi aku cerita la jugak. Famili aku dengan binatang memang tak dapat dipisahkan, tambah-tambah kucing. Tapi tahukan beliau, bahawa famili aku pernah membela binatang lain selain kucing? HAH!




1. Arnab. Ini binatang paling tak fun. Mandom. Pemalas. Kau suruh beliau lompat, beliau hanya mampu berjalan terkedek-kedek. Mata beliau warna merah. Aku serius sangat takut. Kitorang bela arnab masa aku kecik. Lagi satu, seingat aku, aku tak pernah tengok arnab tidur. Bukan macam kucing, setiap masa nak mambuta. Tahi arnab. Ialah tahi kambing versi kecik. Tapi yang pelik, tahi arnab tak berbau doh. Entah aku pun pelik. Ke aku yang lupa macam mana bau tahi arnab. Lagi satu point untuk menyokong teori aku bahawa beliau sangat tidak fun adalah, beliau bisu.




2. Burung hantu. Best sebenarnya bela burung hantu ni. Sebab? Beliau pandai menari. Serius. Dulu kalau kitorang bukak lagu kat radio, beliau akan menari. Kelakar doh. Cara beliau menari adalah dengan menggoyangakn pinggul beliau. Bukan macam arnab kat atas tu, kau pergi sergah kat telinga beliau pun beliau buat dekkkkk je. Bodoh punya arnab. Tapi burung hantu ni leceh nak bela. Kitorang sempat bela berapa bulan je, lepas tu beliau meninggal.




3. Kucing. Aku sebenarnya adalah pencinta kucing. Tapi yang agak mentensenkan adalah, kucing ni bangang. Kucing yang paling cerdik pernah kitorang bela adalah beliau pandai kejut Subuh. Kau bayangkan tombol pintu yang bulat tu, beliau boleh bukak untuk masuk bilik dan kejut Subuh. Aku saspek beliau adalah jelmaan bunian. Kuicng sekarang? Jangan cakap Subuh, dah masuk Maghrib baru tau nak bangun. Itu pun sebab nak kedarah. Bila beliau dah kenyang, membuta balik. Best bela kucing adalah, beliau sangat vokal, sikit-sikit miau sikit-sikit miau. Beliau juga aktif. Kadang-kadang je la aktif, bila nampak cengkerik baliau akan kejar sampai dapat. Yang paling best tentang kucing sekarang ialah, beliau pantang nampak ada manusia berbaring, beliau akan datang menyondol dan baring bawah ketiak kau.




Aku sebenarnya teringin nak bela gajah. Yang jenis boleh set alarm. Senang aku nak bangun pagi-pagi. Tiga ekor gajah, sebab kalau sekor gajah pun belum tentu aku boleh bangun.

Tuesday, December 6, 2011

Media sekarang.

Kalau kat England, kau tak boleh sesuka hati nak expose pasal kehidupan peribadi seseorang ahli sukan. Selalunya pemain bola sepak la. Sebab kau kena naik turun mahkamah. Pemain bola sepak tu boleh mintak kat mahkamah supaya berita pasal kehidupan peribadi beliau tidak diterbitkan dalam suratkhabar.




Kat Malaysia? Cerita pasal Apek pergi parti minum arak la, cerita pasal Apek dengan tunang beliau la, cerita pasal sorang kembar yang kahwin dengan Rita Rudaini tu la dan macam-macam la lagi.




Memetik kata Ong Kim Swee tadi, "Media tulis benda macam-macam ni sebab nak lariskan suratkhabar je." Hah, Metro je yang selalu tulis pasal ni, sebab? Tak laku. Berita mengarut. Aku tak pastilah, di mana kepentingannya untuk rakyat Malaysia, dapat tahu pasal Apek pergi parti? Kau nak ajar budak-budak Malaysia pergi parti ke? Sebab itu anak-anak muda dah sekarang dah tau belajar sendiri.




Media sekarang ni semakin lama, semakin bodoh. Kau tulis pasal artis tu jahat la, artis ni minum arak la, pemain bola sepak tu main perempuan la. Apajadah? Aku tau lah itu memang berita hangat bagi kau. Tapi bagi tuan punya badan? Kau ada fikir pasal dosa kau bukak aib orang?




Lagi satu, hey pergi mampus la kalau Apek nak minum arak pun (yang baidewei hanya berdasarkan SEKEPING gambar) . Yang kau nak kecoh apasal? Tau la dia nak taubat ke, nak pergi cari tikar semayang ke. Takda pekdah doh kau expose benda macam tu. Meh sini aku nak tanya, apasal selama aku hidup ni, takda berita expose menteri ke, anak menteri ke, raja ke, anak raja ke? Hah, apasal? Jangan cakap diorang tu tak pernah buat benda-benda macam tu.




Sebab....kau takut. Media sekarang pengecut. Media sekarang takda telur. Media sekarang tak pergi sekolah. Kau hanya hentam orang yang tak boleh hentam kau balik. Kunun lah nak jaga maruah orang berpengaruh. Habis pemain bola sepak takda pengaruh? Kau fikir kenapa budak-budak sekarang pakai jersi Malaysia? Sebab menteri? Sebab anak menteri? Sebab anak raja? Nehi!! Sebab pemain bola sepak.




Lagi satu, cerita pasal Apek putus tunang hari tu. Yang ramai sangat nak hentam beliau kat laman sosial dan blog bagai apasal? Sibuk je kau nak kacau tepi kain orang kan. Kau pun dah sama taraf dengan media-media yang bahalul tu. Kekunun nak jadi Mami Jarum bawak mulut. Hak-tuih!! Bagero punya budak-budak.




Aku bengang bukan apa. Tadi aku baru tau yang Apek pernah terfikir nak bersara dari main bola. What? Beliau baru 22 tahun. Tapi bagi aku beliau dah sampai tahap penjaga gol kelas dunia. Kau tahu berapa ramai yang dah sampai tahap tu dalam Malaysia? Mana ada doh. Kalau betul lah beliau bersara esok-esok disebabkan oleh media dan jugak yang berlagak nak jadi media, aku pergi bom sekor-sekor. Apek adalah permata bola sepak Malaysia, jadi sila abaikan kehidupan peribadi beliau. Selagi beliau main cantik di padang, selagi beliau boleh bawak Malaysia ke tahap lebih tinggi dalam arena bola sepak, pergi mampus lah dengan kehidupan peribadi beliau.




Kau tak kesian ke pergi hentam budak umur 22 tahun, sedangkan kau hanya menaip berita-berita bangang depan laptop kau? Kalau kau tak kesian, kau memang patut kena gantung.

Monday, December 5, 2011

Jengkel masa sakit

Benda paling annoying bila kau sakit.




1. "Kau betul ke ni sakit?" Eh penting ke kau percaya aku sakit ke tak? Bukannya kau doktor pun. Aku tau la aku yang sakit. Kau ingat aku memang saja-saja nak buat sakit? Ingat aku budak sekolahrendah nak main-main sakit?




2. "Kau sakit ni sebab kau tidur lambat. Tu la lain kali jangan tidur lambat doh." Hah mampus kau. Aku tak perlukan teori kau kenapa aku sakit. Kecuali kalau kau doktor. Aku tau la aku sakit, aku taula kenapa aku sakit, aku kacau kau ke? Jadi sila jangan membebel.




3. *cakap banyak* Hoi senyap sikit boleh tak? Aku tengah pening ni, kau nak borak-borak tepi telinga aku pulak. Nak makan kaki?




4. "Kau tau kita ada kelas tadi. Kau tak pergi ke?" Eh babi, aku dah cakap aku sakit. Kau ni dari planet mana sampai tak paham bahasa melayu ni?




5. "Ha memang lah, sekarang musim orang sakit." AKU TAK PERLUKAN TEORI KAU KENAPA AKU SAKIT.




Ye ini entry emo. Jadi sila baca dengan nada yang marah.

Sunday, December 4, 2011

Buta artis

Kau tengok tak cerita  RM 1,000,000 Money Drop tak? Aku baru tengok tadi. Best jugak. Bagi yang tak tengok lagi, peraturan dia macam ni.




Mula-mula dia bagi kau sejuta ringgit, lepas tu kau kena jawab lapan soalan. Setiap soalan tu kau kena pilih la jawapan mana yang kau rasa betul. Kau kena 'bertaruh' atas jawapan tu, ikut suka kau la nak letak berapa pun. Kalau kau letak atas jawapan betul, duit kau akan stay atas tu. Kalau kau letak atas jawapan yang salah, kabom duit kau akan jatuh dan hilang.




Lepas tu tadi, soalan pertama dia adalah, "Siapakan nama sebenar Saloma?"




Peserta tu pergi letak RM 180,000 atas jawapan "Salma binti Hayek". Aku rasa macam nak tembak peserta-peserta tu pakai senapang patah. SALMA HAYEK!!!




Oh jawapan dia Salma binti Ismail. Bukan Salma Hayek la pantek!!!

Saturday, December 3, 2011

Susu lembu

Tadi aku kena pergi dengar satu ceramah. Dan aku rasa ceramah tu agak mengecewakan.




Penceramah tu cakap dia lebih respek seorang budak lepasan SPM yang ada RM 2 juta ringgit, daripada budak yang ada ijazah tapi cuma ada RM 3 ribu. What? Gambaran yang beliau berikan adalah, pendidikan kau tak penting, duit lebih penting. Heh. Awkward. Masalah dengan perbandingan beliau adalah, macam mana seorang budak lepasan SPM nak dapat RM 2 juta? Langsung tak logik.




Lepas tu beliau cakap pulak, duit bukan segalanya tapi kalau kau nak hidup, kau perlukan duit. Ok. Itu adalah ayat budak-budak yang selalu update status kat facebook. Habis, yang kau pergi banding budak SPM 2juta dengan budak ijazah 3ribu tadi apasal? Duit bukan segalanya. Selagi budak ijazah tu hidup senang dengan 3ribu beliau, apa kau nak kisah? Aku kompius.




Tapi yela siapa yang taknak ada gaji besar kan? Tapi kalau kau nak gaji besar, sijil kau kena besar jugak. Cuba kau bagitau aku, kerja apa yang kau boleh buat dengan sijil SPM untuk kau dapat RM 2juta. Cuci jubor Najib? Keringkan helmet Rosmah? Mana ada oi! Aku pernah dengar member aku cakap, member beliau pelajaran tak tinggi tapi pakai BMW duit puluh-puluh ribu. Kau tau member beliau buat kerja apa? Jual dadah. Kau nak suruh pelajar jual dadah?




Duit tak pernah akan datang bergolek masuk akaun bank kau. Siapa yang selalu fikir bahawa senang nak buat duit, adalah bodoh. Ini pemikiran yang sangat kolot. Lepas tu si penceramah ni asyik-asyik la cerita pasal tangga gaji. Hey, bukan semua orang nak kerja dengan kerajaan. Kalau kau pelajar jurusan pengurusan bank, pergi kerja kerajaan, itu sangat rugi. Walaupun susah nak mampus nak dapat kerja swasta sekarang, tapi janganlah jadikan 'kerja kerajaan' itu sebagai option yang pertama. Kecuali kalau kau sangat patriotik sampai sanggup gadaikan sijil kau, pergilah kerja kerajaan. Aku tak.




Lepas tu beliau cakap lagi, kalau kau dah berjaya kumpul duit banyak-banyak tapi masa tu kau dah tua bangka memang takda guna. Sebabnya kau tak dapat merasa nikmat duit tu bila dah tahap bangka. Bodoh betul. Duit kau banyak-banyak masa kau tua adalah sebagai pemangkin kemandirian zuriat kau. Pendek kata, untuk anak-anak cucu-cucu kau. Wang ringgit kau tu boleh diwasiatkan kepada mereka. Itulah nikmat yang paling berharga. Berbakti kepada ahli keluarga sendiri. 




Penceramah ni cara penyampaian isi kandungan beliau memang tanpa was-was yang terbaik pernah aku tengok. Tapi isi beliau? Atas sikit je dari sampah. Beliau mengajak pelajar-pelajar yang rata-rata masih muda (kecuali aku la opkos duh!) untuk mementingkan wang ringgit lebh dari pendidikan.




Perseneli, aku tak pernah berharap sangat untuk dapat gaji besar gajah. Sebab manusia ni, kau bagi la gaji banyak mana pun, takkan pernah cukup. Jadi baik aku bergaji sederhana, asalkan aku boleh hidup senang.









Eh bergaji sederhana bagi aku dalah RM 10ribu sebulan. Dan 'hidup senang' bagi aku adalah 'hidup mewah'. Bodoh betul siapa yang taknak gaji besar gajah!! Tapi aku taknak la jadi macam lembu yang banyak susu. Susu je banyak, tapi otak lembu. Aku nak jadi lembu bijak yang banyak susu. Anda ada susu?





Pendidikan adalah top priority. 

Friday, December 2, 2011

Plagiarisma terunggul

Ini adalah sangat kelakar.










Ya, ianya dari orang yang sama. Eh kalau kau tengah baca blog aku ni, sori lah, tapi aku rasa ini adalah plagiat terunggul. HAHAHAHAHAHAHA.

Wednesday, November 30, 2011

Hormat lagu

Hari tu kat Twitter ada orang cakap, "Orang yang buat lagu Cinta Muka Bulu ni tak tahu hormat lagu orang." Sebab ikut beliau, lagu itu mempersendakan Halwa Latip, penyanyi asal lagu itu, Cinta Muka Buku. Saya seperti biasa, membangkang kenyataan beliau.




Kau cuba bukak Youtube. Kau cari 'Parody'. Segala mak nenek jenis perodi ada kat situ, dari parodi lagu, ke parodi filem hinggalah ke parodi ahli politik. Tapi setahu aku lah, setakat ini, takda la lagi tuan empunya badan yang diparodi tu tetiba nak sentap.




Parodi sebenarnya adalah jalan mudah untuk kau berjenaka. Macam lagu Cinta Muka Bulu tu lah. Dan kau sebagai tuan empunya lagu tu memang tak boleh nak saman orang yang buat parodi tu selagi orang yang buat parodi tak kaut untung. Yelah, bukannya beliau dapat apa pun buat lagu Cinta Muka Bulu tu, setakat dapat nama.




Aku pun ada gak cilok-cilok lagu melodi lagu orang. Buat lagu entah apa-apa. Walaupun yelah suara aku iras-iras Anuar Zain, tapi aku tak buat untung pun. Aku ada penyakit. Kalau aku stress aku akan buat lagu. Lagu yang mengarut-ngarut tu semuanya hasil dari tekanan hidup di alam fana ini.




Ok berbalik kepada kenyataan dekat Twitter tadi. Apa yang tak hormatnya? Kau ingat ini lagu Negaraku ke sampai tak boleh buat parodi? Lagu Negaraku pun banyak jenis parodi aku jumpak. Taknak tulis sini, kang kena buang negara.




Hormat kepada sesebuah lagu pada aku adalah bila kau menyanyikan lagu itu dengan LIRIK asal, kau kena tepati semua note, high pitch low pitch pakejadah lagi. Kau kena tiru sebijik. Ataupun, kau kena buat bagi jadi lagi sedap. Kau ada tengok seorang DJ radio popular Pak Nul buat konsert tribute untuk Allahyarham Sudirman hari tu? Hancur!! Ye, aku tau beliau memang minat Sudirman. Tapi bagi aku, cara beliau meluahkan rasa minat beliau dengan menyanyi sumbang nak mampus, adalah kurang hajar. Kau bagilah artis lain yang mampu bawak lagu Sudirman tu. Kalau tak mampu, jangan rosakkan lagu-lagu itu.




Jadi bagi aku, Anuar Zain, aku rasa lagu Cinta Muka Bulu itu tidak menghina sesiapa. Sebab lirik itu bukan lirik asal. Itu adalah parodi.




Kalau ada orang buat parodi membalas balik parodi Cinta Muka Bulu tu mesti ohsem. Cinta Mulut Bau. I loike.

Memang perasan suka

Aku memang. Perasan, selalu je aku perasan ada awek-awek usha aku. Maklumlah iras-iras Anuar Zain dan Dafi.




Kalau korang rasa aku perasan, dan kalau korang pun selalu perasan macam aku. Kliklah LIKE kat bawah tu. Aku baru letak. Sebab aku perasan. Hoh! Suka hati aku lah.

Tuesday, November 29, 2011

Parut

Sebagai seorang yang hensem dan genius. Aku ada banyak parut.




1. Parut kat dahi. Aku dapat parut masa aku darjahtiga. Masa tu aku sefamili keluar. Naik kereta. Lepas tu aku terkapitkan kaki adik aku kat pintu. Ekceli sikit je pun. Lantas aku takut, lalu aku nak lari. Tetapi malangnya aku pergi langgar cermin kereta. Maka berpancutanlah darah keluar dari dahiku yang kacak ini.




2. Parut kat siku. Dulu masa kecik-kecik aku suka main polis sentri wantu jaga polis mati pencuri jaga. Aku jadi pencuri. Main lari-lari atas jalan raya. Dekat kawasan taman perumahan. Tersadung kaki, lantas aku cuba menyelamatkan mukaku yang kacak dari tersemban mencium jalan. Hasilnya, siku sebelah kiri aku korbankan, luka yang amat pedih, namun berbaloi kerana wajahku yang kacak kekal kacak sehingga ke saat ini.




3. Parut kat keting/betis kering. Ini paling hazab pernah aku dapat. Masa aku kat asrama dulu, aku adalah jahat. Selalu lompat pagar tetengah malam untuk ke cybercafe bermain Counter Strike dan Serious Sam. Best kau tau, kitorang siap ada chef de mission. Macam komando. Satu malam tu, gelap. Aku tak nampak ada longkang, lalu betis kering aku pergi cium bucu longkang, at full speed sebab aku tengah berlari. Aku tergolek masuk longkang. Longkang ni bukan kecik, besar. Terkopek isi. Berlubang betis aku. Terus kitorang abort rancangan nak lompat pagar malam tu. Aku terpaksa dipapah untuk balik ke asrama sebab darah keluar banyak sangat. Nak pitam. Seminggu aku tak pergi kelas. Kawan-kawan aku cakap aku buat magis malam tu. Tetiba nampak macam aku tengah berlari, tetiba hilang dari pandangan. Sekali lagi, wajah kacakku terselamat.




4. Parut kat atas kaki. Ini parut paling bangang. Masa aku umur lima tahun dulu, aku duduk dengan sepupu aku. Perangai beliau masa kecil adalah sangat bangsat. Beliau suka membakar. Satu hari beliau bakar plastik. Lepas tu aku pergi la tengok dengan kagum fuiyo plastik boleh cair. Cairan plastik itu menitis lalu jatuh tepat kat atas kaki aku. Pedih woo wacakaplu. Sekarang parut tu macam mata ketiga kat kaki aku. Sangat kewl. Wajahku yang kacak tidak terusik.




5. Parut dekat bawah dagu. Masa aku darjahtiga. Dapat dalam kawasan sekolah. Main polis sentri wantu jaga polis mati pencuri jaga jugak. Aku pergi lari hentam tong dram yang besar gajah tu. Terbelah dagu aku. Tu yang sekarang jadi macam dagu Anuar Zain. Kau tau macam mana dagu beliau? Aku tak tau. Tapi jadi lagik kacak la. Semenjak hari tu aku rasakan wajahku semakin kacak. Betul doh. Nanti kau cuba pergi hantuk dagu dekat tong dram, nescaya kacak macam aku.




6. Ini parut paling spesel. Bukti kejantanan diriku yang kacak. Parut ni spesel sebab beliau boleh jadik besar dan jadik kecik. Aku dapat parut ni masa kau darjahdua. Lepas dapat parut ni, aku dapat duit, video game dengan komik arwah nenek aku belikan. Kalau kau takda parut ni, kau bukan jantan. Nak tengok gambar? Tak boleh sebab aku tak cukur lagi, tunggu Jumaat nanti. Lagipun sekarang panas, parut tu tengah kecik.





Ye, yang parut terakhir tu memang kat situ. Semua lelaki yang dah sunat ada.

Terlalu tersusun

Kau tahu tak apasal orang mengira kambing bebiri untuk tidur? Sebab otak manusia ni, kalau kau ulang benda yang sama banyak kali, beliau akan jadi bosan. Bila bosan mengantuklah, hapa lagi. Tapi teknik ni tak berkesan untuk semua orang. Lain orang, lain otak.




Aku adalah orang yang tak suka rutin. Aku sangat menyampah kalau hari-hari buat benda yang sama. Dan aku orang yang cepat bosan dengan benda-benda yang baru. Kalau aku cakap, "Pergh best gila doh makan kat sini, hari-hari aku nak makan sini." Itu aku tipu. Sebab paling lama aku boleh bertahan pun, dalam dua minggu. Ye, aku suka cuba benda baru.




Ada orang cakap aku tak konsisten. Kejap kang suka itu, kejap kang tak suka pulak. Itu bukan konsisten. Itu dah memang perangai aku. Tak kurang juga yang cakap lidahku bercabang. Bukan.




Bila ada orang cakap beliau suka something. Dalam kepalahotak, mesti kena ada tarikh luput. Tak logik kau akan suka satu-satu benda sampai bila-bila. Contoh, sekarang orang Malaysia rata-rata memang suka Myvi. Kang esok-esok limaenam tahun lagi Perodua keluar model baru. Langsung dah orang tak suka Myvi. Semua orang nak sesuatu yang lebih baik.




Aku sangat tak suka kalau hidup aku terlampau tersusun. Dulu aku pernah buat assignment pasal penyakit sawan. Otak manusia, kalau terlampau tersusun/organized sangat, beliau akan krem. Dan jadilah sawan. Bagi aku pulak, kalau hidup terlalu ikutkan jadual harian, hidup kau akan bosan.




Aku kenal ramai gila orang yang suka buat jadual harian. Nak bangun pukul berapa, nak makan pukul berapa, nak mandi pukul berapa, nak tidur pukul berapa. Semua dah siap dalam kepalahotak masing-masing. Aku kalau nak bangun? Ikutlah. Aku kalau nak makan? Masa lapar. Aku kalau nak mandi? Ikutlah. Aku kalau nak tidur? Ikutlah.




Sebenarnya seronok jadi orang serabut ni. Buat aku jadi lebih spontan. Aku bukannya robot Asimo kau nak program-program. Asal aku rasa nak buat, aku buat. Kalau aku taknak, memang haram aku takkan buat.




Dan ye, orang serabut selalunya tidak berdisiplin. Begitu jua diriku.

Sunday, November 27, 2011

Ini tidak adil

Kesian pulak aku tengok Yuna kena bagi balik anugerah AIM beliau. Ha memang, aku memang suka komen berita yang dah macam nak basi. Ini tidak adil tidak adil tidak adil tidak adil tidak adil.




Kalau dalam permainan bola sepak, jikalau pengadil dah buat keputusan yang salah, macam terhadiahkan penalti sedangkan itu bukan penalti, atau terhadiahkan kad merah sedangkan itu bukan kad merah. Penalti dan kad merah tersebut tidak akan ditarik balik selepas permainan. Tetapi, pengadil itu akan digantung atau didenda. Yang dah lepas tu lepas la bai. Jadi dengan ini, aku nak AIM dan RIM didenda. Bodoh malu gila kot Yuna dah huha-huha yuhu-yuhu seleburit anugerah beliau.




Kisah bermula bila ada orang pertikai kenapa Yuna menang sedangkan beliau dah kalah dalam kategori Pop kepada Anuar Zain. Eh, kenapa kau tak fikir pasal isu tu masa kau umum pemenang atas pentas hari tu? Apa ke bangang. Setahu aku (dari apa yang aku baca dalam suratkhabar), pihak juri masih tetap juri yang lama, yang berubah cuma pihak pengurusan.




Sepatutnya, trofi Anuar Zain untuk pemenang kategori Pop tu yang ditarik balik sebab Yuna menang lagu terbaik. Not the other way around. Sepatutnya Yuna menang dua-dua anugerah, untuk kategori Pop terbaik, dan untuk lagu terbaik. Kenapa Anuar Zain yang kena menang? Adakah sebab masa AIM haritu anugerah kategori Pop diumum terlebih dahulu? Kalau itu sebabnya, AIM dan RIM memang bangang.




"I got a missed call from AIM. Maybe they want they award back." - twitter Audi Mok. Hakhakhak.




Aku ulang balik, sebab aku suka ulang. Sepatunya Yuna menang kedua-dua anugerah. AIM patut tukar jadi AKKBAKKKBB (Anugerah Kejap Kau Boleh Ambek Kejap Kau Kena Bagi Balik).






Ini tidak adil. Eh aku dengar Norman jadi juri, sebab tu beliau tak puas hati lagu tulisan adik beliau tak menang. Wallahualam bisowap.

Saturday, November 26, 2011

Reaksi tonton video

Kau pernah terfikir tak apa reaksi orang bila diorang tengok sesuatu video?




Doktor : "Hmmm, susuk tubuh yang sihat. Anatomi badan mereka nampak kental. Ouh wow, tulang belakang yang fleksibel. Kalau kau tengok-tengok betul-betul, kau boleh nampak ada parut kat situ, itu adalah parut pembedahan."




Jurutera : "Kadar kelajuan yang agak memberangsangkan. Pelincir yang mencukupi untuk menyokong setiap tujahan. Ouh wow, kalau diteliti dari mata kasar, sudut lipatan tubuh itu adalah menyamai empatpuluhlima darjah. Memang sah pembedahan, sebab kalau kau tengok, diameter dengan jejari yang agak luar biasa."




Pengacara sukan : "Itu dia, satu tolakan yang menarik!! Berjaya ditahan!! Lorongan yang cantik tersebut dapat ditahan!! Gaya akrobatik yang dipamerkan!! Cubaan kali kedua, bagaimana?!! GOL!! GOL!!!! Kita lihat ulang tayang."




Peguam : "Saya tak dapat pastikan sama ada beliau layak untuk melakukan aksi sebegini. Mungkin kita boleh dapatkan kad pengenalan beliau untuk pastikan beliau sudah cukup umur. Dan ya, ini ajaib. Selalunya orang berkulit hitam yang ditindas. Tetapi berdasarkan tayangan ini, dunia sudah terbalik."



Ahli politik : "Ini jelas menunjukkan rakyat negara ini tidak mengamalkan unsur perkauman!! Tuan-tuan dan puan-puan, lihat! Inilah yang dipanggil bekerjasama antara kaum!! Mereka saling membanting tulang, memerah keringat. China, Afrika, Jepun, malahan Indonesia pun ada!! "



Akauntan : "Beliau mempunyai aset yang baik. Kedua-duanya mempunyai aset yang baik. Warna kulit tidak menjadi liabiliti bagi lelaki. Kecairan yang sempurna. Untunglah."




Ahli musik : "Nada suara yang bagus. Dari segi tone, mungkin boleh diperbaiki. Pernafasan yang agak baik. Dari segi rupa, beliau mempunyai pakej yang lengkap. Penggunaan pentas yang kurang baik. Stamina yang tinggi, itu saya puji. Secara keseluruhan, satu persembahan yang hebat. I loike."




Pelakon : "Oih!! Bukan lah!! Siapa cakap?!! Ini fitnah!! I pakai seksi pun tak pernah, setakat skirt pendek nampak paha dan spagheti nampak lurah itu biasa lah. Parut? Iye memang I buat pembedahan dulu, tapi parut I sebelah sini, bukan sebelah situ!! Ini fitnah!! Tahi lalat? Hey mana kau tahu tahi lalat kat bontot I?? Dalam video tu ada eh? Sepatutnya jurukamera tu tak shoot tahi lalat I!!"




Media : TAHI LALAT DI BONTOT, MEMAKAN DIRI.




Entah video apa aku pun tak pasti. Maria Ozawa pun aku tak kenal. Ha, ni ada sorang lagi nak menyibuk jugak. Tapi tak sahlah kalau tiada beliau dalam quote imaginasi aku.




Sami Vellu : "Dei bukan saya la dalam itu video. Saya India, itu Afrika, kulit juga sama. Lagipun itu dia punya besar, saya punya kecik jugak."

Friday, November 25, 2011

Teka-teki Jumaat.

Benda apa yang hitam kat atas dan terang kat bawah?















Orang berdiri tepi pantai. Sebab dia pakai spek mata hitam kat atas. Dan swimming trunk kat bawah.




Teka-teki dicilok dari kumpulan Hiro dalam Maharaja Lawak Mega.

Monolog tak siuman

Aku tengah makan pagi kat warung roti canai. Tadi aku carik kelas arab tak jumpa, jadi aku start enjin, datang warung ini.




Sebelah aku ada sorang pakcik. Pakaian lengkap, hisap rokok, minum teh o panas. Beliau sedang bersembang. Seorang diri.




Kau nak tau dia sembang pasal apa?


"Hang nak jadi menanti aku? Ka hang nak jadi menantu raja? Phuuuu...... Dia keluaq darah punya banyak. Ni anak sendiri tak kenai bapak. Phuuuu...... Anak pertama anak kedua anak ketiga. Boleh dak macan tu? Phuuuu..... Ada satu pergaduhan kat tapak ladang padi depa panggil polis mai setel, HA?! Phuuuu...... Kawan ni gheja. Jadi pak guard. Phuuuu...... Sosial kita cerita disko, masuk disko mana boleh. Kita sediakan sawah-sawah padi, HA?! Phuuuu....... Dan manik-manik tertentu yang berkilat. Manik ni seakan berlian lah, takmau cegheta panjang. Phuuuu...... Sesiapa yang kahwin dengan gua, gua jadikan permaisuri. Gua bagi empat ribu empat ratus empat puluh empat berlian. Phuuuu......"




Ini cerita betul. You cannot make this up. Aku dekat sini bukan nak kutuk orang kurang siuman, tapi aku puji. Sebab beliau kreatif, ha sekarang beliau dok sembang pasal Tunku Abdul Rahman. See, kreatif?




Aku konpius, beliau pada zahir nampak sihat walafiat. Entah beliau yang gila, atau aku yang gila. PHUUUU........

Thursday, November 24, 2011

Aku demam

Hari ni aku demam. Jadi aku melingkup tidoq satu hari atas katil. Masa demam, tidur adalah tak best, sebab bila bangun, kepala macam kena hempap kontena, tekak macam kena tusuk lembing, mata pulak akan lebam. Jadi hari ini aku kurang kacak sikit.




Nak tau apasal aku demam? Semalam. aku pergi kelas. Sekarang universiti aku tengah buat perangai cibai. Dia arahkan pelajar parking kereta anakharam punya jauh dari kelas. Dan sekarang musim hujan. Aku tak reti pakai payung, sebab nampak tak macho.




Jadi semalam, lepas aku parking kereta, menapaklah aku ke kelas. Tahap konfiden adalah tinggi bahawa kelas adalah di satu bangunan. Lepas lima minit menapak, baru ku sedar bahawa, aku salah. Kelas aku kat bangunan lain. Jarak dari bangunan yang salah dengan bangunan yang betul adalah dekat sepuluh minit dengan penapakan kaki. Jadi dengan hati yang menyumpah segala maknenekharamjadah, aku menapak. Jauh gila babi kau tau.




Ditambah dengan hujan. Tak lebat pun sebenarnya hujan tu, tapi disebabkan aku ni kacak dan genius, antibiotik aku kurang aktif. Maka, aku demam hari ini.




Sekarang, iaitu selepas dekat limabelasjam tidur tak sedarkan diri, kepala aku sakit, tekak aku sakit, mata aku lebam. Babi lah. Aku bengang ni, apasal kau kena tukar tempat parking pergi tampat yang jauh. Dah lah jauh, berbukit pulak tu, kau ingat aku ni rajin sangat nak menapak naik turun bukit pergi kelas? 

Wednesday, November 23, 2011

Nasihat ibu kepada anak

Nasihat mak aku kepada adik perempuan aku.


"Lelaki ni jangan buat main-main. Depa ada senapang."




Lepas tu aku menyampuk.


"Tapi pompuan ada bom dua ketoi."




Ye, mak aku kadang-kadang nasihat beliau agak tidak konvensional.

Boleh dan Dapat

Semua orang konpius antara 'Boleh' dan 'Dapat'. Aku sorang je tak. Well, aku kan genius.




'Boleh' adalah bila kau dapat kebenaran untuk buat sesuatu. Macam "Hari ini Manaf boleh pergi supermarket untuk merayau masa opis hour sebab bos beliau BENARKAN beliau ambil cuti."




'Dapat' adalah bila kau mampu untuk lakukan sesuatu. Macam "Hari ini Manaf dapat pergi ke supermarket untuk merayau masa opis hour sebab beliau lah bos di tempat kerja beliau."




'Malaysia boleh!', yang ini salah sebenarnya. Daripada siapa pulak kau kena mintak kebenaran untuk menang di temasya sukan? Pihak lawan?




Hari ni aku boleh ponteng kelas sebab suka hati aku lah sebab aku pemalas dan hari ini hujan jadi aku nak tidur, tapi aku tak dapat, sebab aku tak boleh sebenarnya.




Aku pun dah konpius. Nangui!

Peraturan 24 Jam Bola Sepak





Kepada yang tidak kenal Ultras Malaya. Meh sini sku cerita sikit pasal diorang. Website Ultras Malaya tetiba dah hilang.




Ultras Malaya ni adalah kelab penyokong pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia yang terbesar di Malaysia. Ultras Malaya ni lah yang kasi gempak-gempita kan stadium Malaysia menang Piala Suzuki AFF 2010.




Modus operandi Ultras Malaya? Agresif dan provokatif. Ada yang kata Ultras Malaya ni kadang-kadang terlebih agresif. Tapi bagi aku, merekalah penyokong yang betul-betul patriotik. Macam masa lawan Singapura hari tu, ada lirik dalam sorakan mereka yang berbunyi, "Singapore anjing, dibaham saja.". I loike. Tetapi, ini nasihat aku la, semasa perlawanan, memang kau tak boleh kawal diri kau, kau akan selalu maki hamun pemain lawan, itu normal. Tetapi lepas je wisel penamat dibunyikan, sila amalkan Peraturan 24 Jam. Peraturan 24 Jam diterangkan kat bawah.




Pemenang serta penyokong-penyokong pasukan yang menang, kalau ikutkan Peraturan 24 Jam, penyokong dibenarkan untuk memerli, mengherdik dan berlagak dengan kemenangan itu. Selama 24 jam, maksimum. Lepas tu? Ikut kau lah, tapi bagi aku 24 jan tu dah kira lama.




Kau taknak dicop sebagai tidak mempunyai semangat kesukanan. Tidak mempunyai semangat kesukanan adalah benda terakhir yang berada dalam kepalahotak setiap pemain bola sepak. 'Kita main dengan adil. Kita menang dengan adil.' Kita mahu menang dengan bermaruah, kalah juga dengan bermaruah.Begitu juga dengan penyokong.




Aku dah malas nak komen pasal perangai penyokong-penyokong Indonesia masa final hari tu. Langsung tiada semangat kesukanan, baik sebelum dan selepas perlawanan. Semasa perlawanan, kau memang tak boleh kawal, macam aku kata, itu normal. Sebelum perlawanan, bas membawa pemain-pemain Malaysia ke stadium ditahan oleh penyokong-penyokong Indonesia. Selepas perlawanan? Pemain-pemain Malaysia terpaksa naik barakuda (yang dah jadi perkataan baru yang dipelajari oleh seluruh warga Malaysia) untuk ke lapangan terbang sebab penyokong-penyokong Indonesia merusuh.




"Bola sepak adalah permainan orang budiman, yang dimainkan oleh samseng." Ada benarnya pepatah ini. Samseng bukan bererti kau boleh tumbukterajang pemain lawan atas padang. Samseng bermaksud, kau kena tunjukkan flair, kemachoan, keyakinan, kegagahan, ibarat seorang samseng di atas padang. Same goes to the supporters.








Damn tempoh 24 jam untuk mengherdik Indonesia sudah tamat. Okey ini last one :


Selamanya..
Selamanya..
Sang Garuda..

Lauk Malaysia.....

Selamanya..
Selamanya..

Sang Garuda..
Kita tapau saja....

Tuesday, November 22, 2011

Header baru

Entah, aku memang cepat bosan. Aku rasa kang esok aku bosan dengan header tu aku tukar la lagi.




Aku saja je letak header tu kiri sikit. (sebenarnya aku dah cuba tukar HTML segala, tapi haraaam, tak jadi)




*bengang sebeb aku bengap HTML*




EDIT : problem solved. Terima kasih kepada yui92 yang mengomen kat bawah tu ha.

Kawan-kawan

Aku sebenarnya tak ramai sangat kawan-kawan. Sebab aku jenis pilih kawan. Kalau aku rasa macam tak ngam, so maaflah aku nak jadi kawan. Ni antara tipikal-tipikal kawan-kawan aku.


1. Yang jenis Steve Jobs. Eh arwah Steve Jobs. Kau tanya la dia apa jenis teknologi, godam, server, binari, segala mak nenek jenis gajet, beliau tahu.


2. Yang jenis producer syarikat rakaman. Rap? Pop? Rock? Hip-hop? Malahan Dondang Sayang pun beliau pakar. Nirvana? Coldplay? Snoop Dogg? Shakira? Ramlah Ram? Malahan Halwa Latip pun beliau kenal. Beliau ibarat wikipedia musik bergerak. Kau masuk nama penyanyi, lepas tu kau tekan 'Cari', maka dengarlah sejarah penyanyi tu dari penyanyi tu lahir sampailah penyanyi tu mampos. Sampaikan penyanyi yang tak mampos lagi pun beliau dah dapat ramal bila penyanyi tu akan mampos.


3. Yang jenis taknak kalah. Jenis ni yang paling banyak aku jumpa. "Semalam aku jumpa Nora Danish."
-"Kau jumpa je? Aku minggu lepas siap shisha-shisha lagi dengan Nora, kau dapat autograf dia? Aku ni, Nora yang mintak autograf aku tau! Setakat jumpa tepi Mydin macam kau tu, apalah sangat."
Jenis ni yang paling aku menyampah. Kau cakap satu, dia balas sepuluh. Manjang je dia lagi hebat.


4. Yang jenis Ziana Zain. Jenis kalau bersembang, serupa menjerit high pitch, padahal duduk sebelah. Kalau bersembang kat kedai makan, satu deret kedai makan tu pun dengar suara beliau. Aku sangat saspek bahawa jenis ini jarang korek telinga, sebab tu beliau terjerit-jerit, beliau ingat suara beliau perlahan. Padahaaaaal. Macam speaker konsert.


5. Yang jenis adik Ziana, Anuar Zain. Muka hensem nak mamp- eh silap, apahal aku describe diri sendiri pulak ni? Pui, masuk lif tekan sendiri.


6. Yang jenis Mek Zukerbek. Suapan berita dekat facebook penuh dengan nama beliau. Kejap-kejap kang beliau kongsi video, kejap-kejap kang kongsi lagu jiwang, kejap-kejap kang kongsi fatwa yang entah betul entah tak, kejap-kejap kang like itu, kejap-kejap kang like ini. Kadang-kadang bagus jugak ada kawan macam beliau, buat aku rasa bahawa ada lagi insan yang takda life kat dunia ni.


7. Yang jenis Didi Elias. Tak bukan kurus kering, ini yang jenis mulut celaka. Insurans terlebih, tu yang berani cakap ikut suka hati. Bab mencarut, beliau juara. Kalau ada yang censor mulut tuuuut macam kat TV tu, nescaya itu je yang keluar dari mulut beliau, "Eh tuuuut, kau tahu tak tuuuuut sebelah rumah aku tu dia tuuuuut tuuuut tuuuuut tuuuut."


8. Yang jenis "'Cause you're hot then you're cold, you're yes then you're no, you're in then you're out, you're up then you're down" by Kati Peri. Iman tak kuat. Hari ni kau tanya, dia on. Esok kau tanya, dia taknak. Lusa kau tanya lagi, dia on balik. Tulat kau tanya, dia cakap tengok dulu. Susah nak rancang apa-apa program dengan beliau.


9. Yang jenis *bunyi cengkerik*. Ye, yang jenis suka buat lawak, tapi lawak beliau, beliau sorang sajalah yang paham. Aku kalau gelak pun, sebab beliau yang gelak dulu, orang panggil gelak simpati. Sendiri buat lawak, sendiri gelak. Macam lori kontena. HAHAHAHA, lori kontena, kelakar gila. *bunyi cengkerik*


10. Yang jenis Najib Razak. Kalau beliau berkata-kata kau boleh nampak api keluar kat mulut beliau. Beriya-iya menyampaikan kisah yang ingin beliau sampaikan. Beliau boleh buat cerita bagaimana membuat cekodok jadi macam cerita Lord of The Rings. Dramatik, suspens, gaya tangan, sampaikan disertai dengan efek bunyi tssss tssss bunyi cekodok tu digoreng. Kalau kau ada member macam beliau, hidup kau takkan bosan, boleh beli popcorn untuk dikudap semasa beliau bercerita.




Bila aku baca balik kan. Ini macam aku tengah mendeskripsi diri sendiri. Kecuali nombor 5 tu, sah-sahlah aku lagi hensem dari Anuar Zain, HAHAHAHA, Anuar Zain, kalakar gila. *cengkerik pun taknak bunyik sebab lawak bangang nak mampus*

Rangkuman Malaysia vs Indonesia

I1. Kau bayangkan kau main dalam stadium penuh dengan penonton yang ibarat babun, beruk dan anakharamjadah yang suka melakukan provokasi. Kau mampu? Sumpah aku cakap, aku tak, sebab mental aku tak sekuat mereka.


2. Fakri Saarani. Ini hero masa separuh akhir lawan Myanmar tempoh hari. Tetapi. Beliau adalah definisi terbaru tahi dalam kamus hidup aku. Aku ikut perkembangan beliau. Sebelum ni beliau banyak tercedera. Dan bila cedera, kau tak main. Bila tak main, tahap keyakinan kau turun. Bila keyakinan kau turun, mental dah hilang satu aspek penting. Jadi, kenapa beliau diturunkan? Sebab penyerang yang lain cedera.


3. Thamil Arasu. Kau mungkin tak kenal pemain ni. Awal permainan, nampak sangat macha ni nebes. Mental jugak tu. Tapi semakin lama permainan, semakin keyakinan beliau kembali. Aku puji usaha untuk membantu pertahanan dari beliau. Tetapi dari segi sumbangan untuk serangan, nada, tiada sumbangan.


4. Khairul Fahmi Che Mat. Ini hero malaya. Aku tabik sepering usaha beliau menyelamatkan banyak-nak-mampus percubaan Indonesia. Kalau kau nak tengok pemain yang mempunyai keyakinan yang tinggi, beliau adalah pemain tersebut.


5. Baddrol Bakhtiar. Popular di kalangan anak-anak muda utara terutama sekali dari Kedah. Selaku kapten, beliau menjalankan tugas dengan mabeles. Beliau menunjukkan sifat sporting yang tinggi di atas padang. Kau ada nampak dia mengamuk tak tentu pasal walaupun kerap dibentes, diterajang atas padang? Nope. Ini kapten yang hebat. Dan dari twitter, ada orang Singapura mengakui kehebatan beliau.


6. Nazmi Faiz. Aku taktau ejaan nama beliau dengan betul. Umur 17 tahun. Masa final dia masuk sebagai pemain gantian. Tetapi kalau kau tengok corak permainan beliau dalam permainan-permainan sebelum, kau takkan cakap dia 17 tahun. Ini adalah masa depan bola sepak negara. Sumpah. Cuma beliau kena elakkan kecederaan untuk membina keyakinan, sebabnya aku dah sebut kat atas. Dan beliau juga sanggup menangguhkan SPM beliau tahun ini. Pengorbanan seorang anak muda demi negara.


7. Syahrul Azwari. Beliau tidak beraksi masa perlawanan akhir tetapi beliaulah yang menjaringkan gol masa lawan Indonesia di peringkat kumpulan tempoh hari. Aku suka pemain ni sebab gaya permainan beliau yang penuh dengan aksi mengelecek. Bila pemain tu selalu mengelecek bola dan berjaya menewaskan pemain pertahanan, kau tahu tahap keyakinan beliau adalah sangat tinggi. Aku nak tengok dia main dengan Safee Sali.


8. Pemain-pemain Indonesia lagak serupa samseng.


9. Penonton-penonton Indonesia lagak serupa samseng.


10. Indonesia samseng.




Ya, selagi perangai kau macam samseng, selagi itulah aku akan terus mencaci dan menghina kau wahai Indonesia.




Garuda Wing hot and spicy kepada semua rakyat Malaysia. TAHNIAH HARIMAU MUDA.


Monday, November 21, 2011

Bahasa itu indah

Tadi kawan aku cakap dia batuk. Lantas aku teringat "Bagai melepaskan batuk di tangga."




Dulu masa aku kecik, aku ingatkan batuk yang dimaksudkan adalah batuk uhuk-uhuk. Tapi ternyata salah.




Aku pernah tengok satu rancangan apa entah kat TV. Dia cakap kalau dekat Perak, batuk/batok adalah pencuci kaki. Lebih tepat batuk/batok adalah benda yang orang dulu-dulu pakai untuk basuh kaki sebelum naik ke rumah. Orang dulu letak tempayan sebijik di tepi tangga naik ke rumah. Menatang yang dipakai untuk cedok air dari tempayan tu lah yang dikenali sebagai batuk/batok. Menatang yang pemegang dia panjang itu.




Jadi maksud peribahasa "Bagai melepaskan batuk di tangga" adalah sangat jelas. Buat kerja tak siap. Yela, kalau kau dah habis basuh kaki pakai batuk/batok, simpanlah balik dalam tempayan tu, jangan la pergi tinggal kat tangga.




Sebenarnya banyak gila babi perkataan melayu yang dah tak digunapakai sekarang macam :


1. Nangui : babi kecik yang banyak anak. Jadi lepas ni bolehlah mencarut "Nangui lah kau ni!"

2. Wangkang : Sampan besar.

3. Getir : Cubit. Kalau kat utara, dia panggil kutil.

4. Ipuh : Racun. Bandar Ipoh bandar racun? Hahaha.

5. Dekan : Ulat pemakan buluh. Yep, kalau jumpa dekan korang lepas ni, bagi buluh suruh dia makan.

6. Rahap : Bungkus.

7. Lengkitang : Siput. Lengkitang babi. Eh bukan. Lengkitang nangui!




Entry ni sebagai nengikut kempen Bahasa Melayu oleh Kahuna di blog beliau. Sebenarnya banyak lagi bahasa melayu lama yang dah tak digunapakai. Kalau rajin pergilah cari kat internet.




Aku rasa kalau aku tak ambek jurusan yang aku sedang ambek sekarang, aku akan ambek jurusan bahasa atau sastera. Betul. Walaupun yelah aku bukannya pandai sangat pasal bahasa dan sastera, tapi aku selalu terpegun dengan keindahan bahasa.




Bahasa adalah warisan bangsa yang paling berharga.









Cakap pasal bahasa, semester ni aku kena belajar Bahasa Arab. Aku mana reti oi cakap Arab! Nangui lah.

Saturday, November 19, 2011

Ini seram

Hah ini aku ada cerita seram sikit. Baru jadi malam Jumaat lepas. Ye, malam Jumaat adalah baik sebenarnya, tapi aku melayu, bila sebut malam Jumaat, pasti terlintas dua benda, sama ada malam menghenjut, ataupun malam angker.




Malam Jumaat lepas aku cari pasal dengan sorang ni. Lebih kurang macam gaduh la. Tapi through SMS sahaja, sebab masing-masing kedekut kredit, malas nak koling-koling. Jom panggil orang ini sebagai Q.




Sepuluh minit lepas aku hantar mesej yang berbaur perbalahan kepada Q. Beliau membalas.




Sepuluh minit selepas aku dapat mesej itu. Perkara aneh bermula. Ok aku lupa bagitau, aku dok kat rumah sorang-sorang dari Rabu sampai Sabtu. Jadi malam Jumaat tu aku sorang kat rumah.




Kau tau tak tingkap? Tingkap rumah yang jaraknya 80 cm dari lantai. Aku dengar bunyi cakaran kat tingkap itu. Sumpah bukan kucing sebab tingkap itu tinggi. Dan memang takda tempat untuk kucing duduk bertenggek atas tu.




Ye, aku terkejut. Kuat doh bunyi tu. Lantas aku baling bantal ke tingkap. Mula-mula tak kena tingkap. Balingan kedua berjaya. Prang! Tingkap pecah.




Lepas tu, kau tau aku dengar bunyi apa? Bunyi dengusan. Tapi definitely bukan bunyi kucing. Aku bela kucing dari kecik, jadi aku tau beza bunyi kucing dan bukan kucing. Bunyi dengusan macam harimau bergaduh.




Cerita habis. Tapi selama sejam, aku duduk kaku, sambil mulut kumat-kamit baca apa yang patut. (padahal masa tu aku pakai boxer sahaja).




Ok, apa jadahnya aku cerita pasal Q tadi? Sebab Q membela. Yes, membela. Saka. Hantu raya.




Ok aku agak skeptikal pasal mendalah saka ni. Tapi ini bukan kebetulan sebab aku tau Q memang marah gila babi kat aku pasal aku hantar mesej cari gaduh tu.




Lepas tu, aku terus decide hantar mesej kat Q sebab aku tau memang kerja Q. Aku cakap maaf kalau mesej aku macam kurang ajar. Guess what? Lima minit lepas tu, perasaan seram hilang. Dan juga bukan kebetulan. Sumpah.




Betul. Ini kisah benar. Terpulanglah kepada kau nak nilai sendiri.




Jangan biarkan diri anda diselubungi.......misteri....biarlah diselubungi........para isteri.

Gaduh besar.

Tadi aku keluar. Lepas tu kau tau, mula-mula tengahari tadi ada motosikal sikit lagi nak langgar kereta. Babi betul.



Lepas tu petang sikit, ada pulak sebijik kereta, sibuk nak mencelah, lepas tu dia langgar cermin sisi kereta. Eh lancau.



Aku pun apa lagi, bukak tingkap, lepas tu aku angkat jari telunjuk menandakan "Fakyu!" Aku keluarkan kepala aku, aku jerit, "Hoi lancau!! Bawak kereta leklok la!!"



Aku turun dari kereta. Dia pun turun jugak. Badan dia besar, tapi apa aku takut, dia yang salah. Aku pergi dekat dia, dia tumbuk muka aku. Eh sial. Aku ludahkan darah gusi aku, gigi depan aku patah.




Dia maki aku pulak. Dalam masa dia memaki aku, aku nampak ada kayu kat atas jalan. Aku ambil kayu tu, aku hentak kat cermin depan kereta dia, tak pecah bai, retak seribu!!




Terus brader tu senyap. Aku lempar kayu tu lepas tu aku terajang perut dia. Tersungkur beb!! Dia nak bangun, tapi aku hentak dengan kayu yang masih kat tanga- eh tak kayu tu aku dah lempar, aku hentak dia dengan siku aku.




Terus dia mampus kat situ. Aku angkat badan dia, letak tengah jalan. Datang treler lenyek sampai hancur.




Babi punya pemandu. Anyway, cerita ni betul sampai dekat ayat "Eh lancau." je. Yang lain tu aku punya imaginasi didorong nafsu. Sebenarnya aku tak nampak pemandu kereta tu, cermin gelap, jadi aku tak berani nak angkat jari telunjuk ke, maki dia ke sebab mana lah tahu kot-kot badan dia macam MalikNor, mampus aku kena belasah.




Cermin sisi aku tak pecah pun, terlipat je. Tapi aku panas. PANAS!! Esok aku pergi gym, kasi ketul-ketul. Siapa cari pasal atas jalan, aku humban masuk longkang.

Friday, November 18, 2011

Resepi kemalasan

Kadang-kadang bila aku gatal bosan-bosan, aku suka tengok rancangan masakan dan tengok menu-menu makanan.




Sebab aku sebenarnya respek golongan yang pandai memasak. Kau bayangkan, dari bendalah mentah macam ayam, belangkas, daging, bawang putih, bawang merah, beras etc, golongan ni boleh hasilkan makanan yang sedap.




Cuma kadang-kadang aku bengang bila resepi makanan tu berbunyi :


1. "Secukup rasa". Macam mana aku nak tau rasa tu cukup woi!!

2. "Sehingga berwarna kuning keemasan". Masalahnya, minyak tu dah warna kuning!! Macam mana aku nak bezakan warna menatang tu dengan warna minyak??

3. "Hidangkan panas-panas". Eh gelojoh!! Tunggu la suam-suam baru hidang.

4. "Selamat mencuba". Aku nak masak dan makan lah, bukan nak mencuba.

5. "Udang yang dikupas". Pft, siapa yang rajin kupas udang sebelum masak adalah makhluk paling rajin dalam dunia. Aku kalau makan udang, aku tak kupas, makan terus. Kalau boleh, makan ketam pun aku malas kopek, makan sekali dengan kulit dia terus. Apake leceh nak kupas-kupas.

6. "100 gram". Kalau nak masak kek takpelah nak bergram-gram. Cuba kau bagi ukuran yang mudah, macam 3 pinggan ke, 5 periuk ke, 59 sudu teh ke. Kan senang aku nak agak.

7. "Sekadar gambar hiasan". Oi bangang, kalau dah SEKADAR HIASAN tak payahlah letak!! Kecewa gila tau tak bila kau dah habis masak, lepas tu haraaammmm tak sama dengan gambar tu.




Ha tu yang aku kadang-kadang malas masak. Leceh sebab lepas tu kena basuh pinggan periuk spatula belangan sudip segala. (alasan haram tiada kaitan)

Thursday, November 17, 2011

Perkauman bola sepak

Sepp Blatter baru cakap "There is no racism in football." Terjemahannya, "Mana ada doh sifat perkauman dalam bola."




Dan beliau adalah presiden FIFA. Tapi komen itu sangat bangang dan penuh dengan penipuan.




Kau kenal Samuel Eto? Masa dia main untuk Barcelona kat padang, penonton-penonton pernah baling kacang ke dalam padang. Sebab Eto ni berkulit gelap. Dari benua Afrika. Penonton-penonton ni siap buat bunyi monyet. Itu bukan racism ke Mista Sepp?




Pemain Malaysia sendiri. Aku tak pasti pemain kelab mana, masa tu pemain import dibenarkan. Pemain kelab ni panggil pemain import dari Afrika tu dengan panggilan 'Negro'. Itu bukan racism ke Mista Sepp?




Milan Baros, bekas pemain Liverpool. Masa beliau beraksi di salah sebuah kelab di Perancis, Olympique Lyonnais, beliau menutup hidung, sambil melambai-lambai tangan ke hidung beliau seolah-olah berkata, "Kau busuklah" kepada seorang pemain berasal dari Afrika. Itu bukam racism ke Mista Sepp?




Yang terbaru, tapi ini belum disahkan lagi, masih dalam siasatan Perbadanan Bola Sepak Inggeris. John Terry, pemain Chelsea, dalam sebuah ulangtayang semasa permainan menentang QPR, gerak mulut beliau seolah-olah berkata, "You're fking black cunt!", terjemahannya, "Kau rahim senggama kehitaman." Yep, kepada seorang pemain berkulit hitam iaitu Anton Ferdinand adik kepada Rio Ferdinand. Pergi search kat Youtube ulangtayang ini.




Jadi, kesimpulannya, Sepp Blatter adalah bengap. Racism is everywhere. That's a fact.

UPSR

"Saya gembiralah dapat keputusan 5A ni sebab saya belajar tak tidur malam untuk UPSR ni. Cita-cita saya nak jadi doktor nak tolong ayah saya yang kerja sebagai nelayan."


"Saya happy nak mampussss. OMG. Saya harap my daddy and my mummy bangga dengan keputusan 2A 1B 2C saya ni. My daddy dah janji nak belikan saya iPad kalau saya dapat satu A! Sekarang saya nak tuntut satu iPad dan satu PS3 sebab saya dapat 2A! Yeay! Nak pergi seleburit dengan kawan-kawan kat mekdi, kbai."


"Saya tak dapat result, sebab hari tu cikgu saya kurung saya dalam kelas kosong masa peperiksaan UPSR."




Aku dulu dapat 5A entah tak rasa apa, sebab masa UPSR tu aku banyak main karom dekat rumah member aku. Result dia teruk.

Dengan Geniusnya the Return

Bagi sesiapa yang dah baca entry aku berjudul 'Dengan Geniusnya' tempoh lalu, aku telah usulkan yang iPhone aku tak boleh pakai UMobile simcard.




Well guess what? Sekarang ianya sudah berfungsi!! Yes, aku memang genius. Tengkiyu very the fking much.




Aku sekarang sangat serunuk wa cakap lu. Laptop aku sudah bernapas semula, dan iPhone aku pula mampu beroperasi dengan genius. Syukran ya Allah, syukran!! Ini ayat bertingat supaya jangan mudah putus asa.




Aku rasa macam nak beli BlackBerry sekenhen la. Ada ke yang bawah 400?

Wednesday, November 16, 2011

Kawalan jauh

Tadi masa aku tengah golek-golek atas sofa sambil tengok televisyen, tetiba datang perasaan mahu tukar channel. Alat kawalan jauh!




Yelah, rimodkontrowl. Cuba kau bayangkan masa kau kecik-kecik dulu, masa alat kawalan jauh belum popular. Leceh gila doh nak tukar channel, kadang-kadang kalau iklan pun, terpaksa jugak menjegilkan mata tengok iklan, sebab malas punya pasal.




Masa aku kecik dulu, aku punya la malas nak tukar channel sampaikan aku tarik kerusi sampai betul-betul depan televisyen. Kalau nak tukar channel, pakai ibu jari kaki. Biadap tak? Tak, itu kreatif.




Pernah sekali, aku terlebih kreatif dan innovatif, aku curik pemutar skru abah aku yang panjang gabak, buat jadi alat penukar channel. Last-last, aku terjolok menatang pemutar skru tu sampai masuk ke dalam punat televisyen. Ka-boom! Televisyen rumah kitorang terbakar. Terbakar maksudnya rosak, bukannya terbakar kena panggil bomba. Gilababi aku kena sound dengan makabah aku!




Tapi kan, makabah aku jenis kedekut, betul ini tak tipu. Mungkin bukan kedekut kot, mungkin takdak duit, tapi di mataku, kalian kedekut. Ha, sampai la televisyen yang memang dah wajib masuk muzium masa tu rosak, barula makabah aku nak beli yang baru. YANG ADA RIMODKONTROWL!




Jakun la jugak time tu aku dengan adik aku main rebut-rebut alat kawalan jauh tu. Tak sampai sebulan, menatang tu dah penuh dengan selotep, sebab aku dengan adik aku suka sorok-sorok bawah kerusi dan bawak masuk toilet, semata-mata taknak bagi orang lain tukar channel. Kurang ajar doh adik aku, aku sebagai abang lah yang berhak tentukan channel!! Sampai sekarang pun berebut lagi.




Eh, tadi sebenarnya aku nak cerita pasal sejarah alat kawalan jauh yang aku rasa ciptaan manusia paling ohsem dan menggemukkan. Pergi la gugel sendiri, aku pun bukannya pandai sangat sejarah-sejarah ni, cuma genius je.




Kalaulah ada alat kawalan jauh untuk order makanan dan terus suap masuk mulut kan best. Tak payah susah-susah masak.

Tuesday, November 15, 2011

Penyanyi muda

Kau tau tak ada penyanyi muda dari China. Popular sekarang, tapi masih bawah umur.




Haritu masa anugerah lagu-lagu tu dia datang menyanyi dengan sorang penyanyi nasyid Malaysia. Penyanyi Malaysia tu dengar kata baru balik dari mengaji, terus naik atas pentas menyanyi lagu Facebook Love.




Kenal tak? Penyanyi China tu nama dia Grey Sun Chang. Yang penyanyi Malaysia tu apa entah nama dia, Halwa Latip kot.

Thursday, November 10, 2011

Teka-teki dewasa

1. Selak kain nampak bulu. Selak bulu nampak biji. Selak biji nampak batang.


2. Ambil sebatang. Gosok-gosok sampai keluar bendalir putih. Puas.


3. Dua kaki terkangkang luas. Terlekat celah batang. Sedap mata memandang.




Jawapan dia kau carik la sendiri, nama pun teka-teki. Dan jawapannya bukan lucah, jawapannya sangat obvious. Ok aku bagi klu, yang first tu senang, jawapan dia jagung. Yang seken tu untuk orang mulut busuk. Yang ketiga tu untuk orang rabun.

Tuesday, November 8, 2011

Personaliti

Aku pernah jugak baca buku pasal saikologi, personaliti, saiketeri. Kau tau apa yang aku belajar?



1. Kalau kening kau bersambung, maknanya kau berdengkur macam beruang yang berhibernasi.


2. Kalau kening kau nipis ala-ala wayang cina, kau pendendam macam Lurah Dendam. Lurah? Haha.


3. Kalau rambut kau belah tengah berbentuk M macam sorang member aku yang kantoi gambar dia masa remaja dulu rambut bentuk M masa aku pergi raya haritu, eh panjang pulak explanation, haha. Kalau rambut kau macam tu, maknanya kau kuat cemburu macam isteri kedua.


4. Kalau bibir kau tebal macam Filimon Chipeta iaitu pemain Sierra Leonne, maknanya kau suka mengumpat macam makcik sebelah rumah aku ni, nama dia Makcik Ani.


5. Kalau dahi kau luas macam padang ragbi, maknanya kau berfikiran sempit. Sesempit anak dara tra tang tang.


6. Kalau hidung kau macam serombong kapal, maknanya kau malas keluar rumah. Macam nenek aku, suka sangat lepak atas sofa tengok Astro Ceria.


7. Kalau mata kau besar nak mampus sampai orang ingat mata kau nak terkeluar, maknanya kau sangat kacak bak Tom Kurus, sangat genius bak Hainstain, sangat gagah bak Heron Azis, sangat alim bak Ustad Don, sangat pandai memasak bak Chep Ismail, sangat segala-galanya yang positif. Sumpah.




Betul doh. Setakat ni point yang last tu memang terbukti benar, sebenar seperti yang tiada benarnya.

Sundal Facebook

Saturday, November 5, 2011

Genius!

Hari ini adalah hari paling ajaib. 5 November 2011. Hari ajaib.




Laptop aku yang masuk air sebulan lepas dan dah mampus selama sebulan, secara ajaibnya berjaya dihidupkan!!! It's alive baby!!




Aku dah hampir-hampir putus asa dan dah buat ayat kesian nak mintak dana kecemasan kat big boss untuk beli laptop baru. Dan hari ini, bila kutekan butang power laptopku, ianya hidup!!




Aku tak dapat ceritakan perasaan aku, ibarat menang loteri, ibarat dapat kahwin Nora Danish, ibarat dapat berjumpa Che Det, ibarat dapat Ferrari. Oh tidak. Perasaan ini lebih dari semua itu, combined!!!!!




Laptop aku genius. Aku tengah bercuti semester, dia pun nak jugaaaaak cuti sem. Oih genius la kau laptop. Genius, mungkin DNA genius aku telah diserap oleh laptopku. You rock ma man!!!




Aku bukan apa. Segala gambar, segala lagu, segala video, segala game semua ada dalam laptop aku. Dulu aku pernah dah hilang segala gambar aku time laptop pertama aku lingkup. Sedih doh. Ini lah padahnya kalau takdak external hard disk.




Laptop Viaoku. Aku cinta dan aku rindu padamu. Takpa, aku baru buat perjanjian sehidup semati dengan laptop geniusku. You jump I jump bebeh.




Aku masih dalam peringkat orgasma ni. Teruja. Sebab tanpa sebarang proses baikpulih, baginda kembali sihat!!! Daulat laptopku!!

Friday, November 4, 2011

Bombangsat

Kadang-kadang aku pikir kan, keputusan peperiksaan kau adalah banyak bergantung kepada hubungan kau dengan pensyarah kau.




Ada orang cakap, 'Yela kalau nak ambil berkat ilmu kau tu, kau kena baik dengan pensyarah, baru la boleh dapat markah tinggi.' Berkat? Ok, berkat. Kalau aku cakap ini teknik mengampu (ataupun jilat bontot dalam bahasa omputih), sama je la kan?




Peratusan carry mark kau banyak gila babi, so kalau kau pandai ampu pensyarah kau, memang mudah nak skor. Ke? Ok aku maybe telah men-generalize-kan semua student kat Malaysia, tapi apa yang nampak dan perhatikan, memang betul. Jadi....tak boleh salahkan orang sekarang yang ampu bos sebab nak dapat pangkat ect etc.




Lagi satu, pasal kedatangan pulak, relevan tak lagi kau nak wajibkan pelajar datang ke kelas tutorial? Kalau kelas syarahan, ok itu memang wajib. Tapi kalau kelas tutorial, itu untuk yang betul-betul perlukan bantuan, jadi kepada yang dah paham bendalah tu, tak payahla datang kan? Pensyarah pun boleh tumpukan kepada yang betul-betul perlukan bantuan. Ke memang semua pelajar kat Malaysia perlukan bantuan sebab tu semua wajib pergi tutorial? Sampai bila kau nak amalkan tradisi 'pelajar bukak mulut, pensyarah suap'?




Dari aku kecik sampaila aku besar macam ni, aku tak pernah sokong aktiviti kokurikulum kat sekolah, let alone universities! Aku masih tak paham apa jadah kau pergi wajibkan students masuk koko kalau masing-masing dah besar gajah? Ada kegunaan ke kalau dah kerja nanti? ADA KEGUNAAN KE DALAM KEHIDUPAN BENDALAH BADAN BERUNIFORM NI? Buang duit nak bayar jurulatih, buang masa students untuk bersantai berfoya. Nak mendisiplinkan pelajar kunun, meh buat badan beruniform untuk pensyarah pulak sebab ramai jugak yang tak berdisiplin.




Eh baucar buku tu kalau aku nak cash boleh tak? Aku nak tampung duit ptpantat yang BANYAK gila babi sebab nak repair laptop.




Bukan apa ni, aku bengang gila babi sebab apasal markah koko aku kali ni B+? Takkan sebab aku warnakan rambut dan ponteng banyak gila babi sebab suka hati aku la nak warna rambut ke nak ponteng ke sebab aku rasa sangat buang masa belajar pasal trak bomba. Oh babi sungguh. Lagi satu aku tak puas hati jugak sebab tak dapat A+ untuk English, babi betul, I deserve an A+++++. Oh mungkin sebab aku terlupa buat online quiz kot. Babi betul.




Fakap punya sistem. Fakap. Fakap.

Thursday, November 3, 2011

Dengan geniusnya.

Minggu lepas aku dengan geniusnya pergi install app apa benda entah kat iPhone aku. IPhone aku dengan geniusnya pula terus tak boleh bukak. IPhone aku dengan geniusnya dah jailbroken, oleh aku. Jailbreak tu adalah kau buat iPhone kau boleh pakai apa jua software dekat Appstore secara percuma. Ya, aku lanun.




Jadi dengan geniusnya aku tak tidur selama dua hari mencari penyelesaian. Jalan penyelesaian yang aku jumpa adalah dengan re-jailbreak. Dengan geniusnya aku re-jailbreak iPhone aku. Tanpa kusedari, aku terlepas pandang satu aspek, dengan geniusnya.




Pendek cerita, dengan geniusnya aku ter-upgrade baseband iPhone kepada versi yang tidak boleh dipakai dengan apa jua simcard. Sebelum ni boleh, lepas ter-upgrade, terus tak boleh pakai, dengan geniusnya iPhone aku berubah menjadi iPod, dengan geniusnya. Aku hanya boleh dengar lagu, tolak sana tolak sini, online wifi.




Jadi dengan geniusnya aku tak tidur lagi dua hari (make it empat hari) untuk mengugel penyelesaian. GEVEY simcard, itu jalan penyelesaian yang ada, satu-satunya penyelesaian. Dengan geniusnya aku pun pergi beli. RM 58, dengan geniusnya aku rugi RM 58 sebab pergi upgrade baseband dengan geniusnya.




GEVEY memang berkesan, dengan geniusnya. Cuma sampai sekarang aku tak boleh pakai GEVEY dengan sim UMobile. Disebabkan aku genius, jadi aku rasa aku tau apasal. Berdasarkan kegeniusan aku, sebab UMobile takdak line dekat sini (dia pinjam line Celcom), sebab tu tak boleh. Aku genius, jadi ini fakta.




Kesimpulan genius : Aku tak tidur selama 4 hari sebab nak betulkan iPhone aku. Dan aku tipu bila aku tulis kat atas aku tak ingat aku install app apa sampai tak boleh bukak in the first place. Sebenarnya aku pergi install Custom Font untuk bagi font dekat iPhone aku nampak cantik. Bangang bukan? Ada sesetengah perkataan 'genius' kat dalam entry ini patut digantikan dengan perkataan 'bangang'.

Monday, October 24, 2011

Warga emas

Aku memang suka gelakkan orang tua. Aku pun taktau apasal. Tambah-tambah bila orang-orang tua tu berlagak nak jadi muda.




Macam yang Kilauan Emas haritu, rancangan realiti untuk warga emas. Kalau kau rasa benda tu tak kelakar, kau adalah salah seorang warga emas.




Yela, memanglah boleh nak merasa muda sekali-sekala, tapi ada had dia jugak. Kalau terloncat-loncat terpekik-pekik atas pentas, itu tak sedar diri namanya. Rumah kata pergi la p/makcik.




Tapi esok-esok kalau aku dah tua, ada orang gelakkan aku, aku bagi makan tongkat. Eh jap, kalau dah tua, larat ke lagi nak angkat tongkat? Wakakaka.





Sunday, October 23, 2011

Ayam vs Bebiri

Ayam bakal bertandang ke kandang Bebiri untuk penentuan terakhir. Ayam yang semakin meningkat bakal menghadapi ujian getir. Manakan tidak, Bebiri digeruni oleh seantero dunia.




Mungkinkah Ayam bakal mengalahkan Bebiri sepertimana yang dilakukan beliau ketika Bebiri bertandang ke reban Ayam tempoh lalu. Pasti Bebiri mengepal-ngepal bebulunya untuk menewaskan Ayam.




Ayam. Bebiri. Dua ekor yang pasti memberikan perhitungan yang hebat.




Ayam atau Bebiri? Biru atau Hitam? Esok penentunya.




Ye, aku tengah cakap pasal final piala dunia ragbi esok antara France dengan New Zealand. Eksaited bebeh.

Saturday, October 22, 2011

Siti lagi

Sebelum ini, beliau ditafsirkan sebagai The Beatles. Kali ini.




Siapakah Sam Milby? Wikipediaku tidak berfungsi. Banyak pulak tafsiran untuk Siti.

Bahasa kedua

Cikgu aku cakap, kalau kau tak prektis seken language kau, dalam masa dua bulan, seken language kau akan jadi hancur. Dah setahun lebih dah ni aku tak prektis.




Carrefour. Ini adalah franchise dari France. Dan sebutan yang betul bukannya 'cay-four' tetapi 'cargh-fourgh'. Jadi sesiapa yang nak betulkan aku bila aku pronounce 'cargh-fourgh', aku akan gelak sinis sambil rasa nak penendang.




Carrefour dalam bahasa malaysia adalah 'simpang'. Jadi lepas ni kalau kau nak pergi Carrefour, baik kau cakap kau nak pergi pasaraya simpang. Hah! French it up!!




Kahuna (yang cakap aku mencapap kat Twitter haritu) dah tulis dah kot pasal word 'De' yang digunakan secara membabi-buta kat Malaysia. Tapi aku nak cakap jugak.




'De' ialah 'From'/'Of' dan bukannya 'The'. Mungkin aku berbunyi keburungan (cocky?), tapi percayalah, setiap kali aku tengok nama kedai or product yang menyalahgunakan word 'De', aku akan rasa geli hati.




Yes. French bukanlah bahasa yang sukar untuk dipelajari. Kau hanya memerlukan seorang guru yang betul-betul hebat. Dan macam kata cikgu aku dulu, "Il faut pratiquer." ("You must practise.")




Aku kena prektis balik. Ada tak anak-anak burung kepanasan (hot chicks) yang pandai cakap di luar sana? Mari kepada ayah. (come to papa?)

Friday, October 21, 2011

Metafora

Janganlah jadi seperti :



1. 'ay' di dalam 'okay'

2. 'areue' di dalam 'barbeque'

3. tahi lalat di ponggong

4. jari kelingking di kaki

5. Blackberry

6. 'h' di dalam 'khairoul'

7. 'u' di dalam 'khairoul'




Pendek kata, janganlah menjadi sesuatu yang tidak berguna dan berpekdah.

Jeles la tu.

"Usah mengharap suami yang kaya seperti Datuk K jika wajah tak secantik Siti."




Orang yang cakap Siti tak cantik adalah perempuan yang mencemburui beliau. Hakhak.




Oih bila Siti nak dapat anak ha?

Thursday, October 20, 2011

Telefon

Dulu kan masa aku kecik..




Aku selalu tengok makabah aku tepon orang pakai tepon rumah. Everytime diorang tepon orang, ayat first mesti "Hello boleh cakap dengan sipulan sipulan?"




Tu kira ayat feberet sapa-sapa la pun kan kalau tepon pakai tepon rumah. Kau tau apa aku pikir dulu?




Aku pikir yang everytime kau tepon orang, call kau tu akan sampai dekat satu center, then baru center tu cari nama sipulan yang kau nak cakap tu.




"Pergh power gila center tu, semua orang dia kenal." <----- ayat yang selalu bermain dekat kepala kecik aku dulu.




Lama jugak la aku pikir macam tu, sampai aku sedar yang kau tepon terus sampai direct kat rumah orang tu.




Betapa bijak kan aku masa kecik dulu. Hah sampai ke tahap itu pemikiran aku, hahahaha. Or atau terlampau bangang, tapi bagi aku, aku sangat bijak. Dan hensem. Tengkiyu.

Wednesday, October 19, 2011

Pengumuman

Ini pengumuman syiok sendiri.




Aku memang malas nak balas komen-komen kat blog aku, sebab sekarang aku tiada laptop dan melayari internet dengan henpon, jadi sangat leceh nak balas itu balas ini.




Takut kang orang cakap aku sombong. Aku sombong sikit-sikit ja, tak banyak. Tapi kalau aku dah ada laptop nanti pun macam malas jugak nak balas. Takpalah, hampa bukannya nak baca pun kalau aku dok reply, hahaha.

Tuesday, October 18, 2011

Budak 2 tahun kena langgar

Kau dah tengok video tu? Aku tadi tengok kat Buletin Utama dengan famili aku. Dan 'Uuhhhhh!!!', 'Ahhhhh!!!' dan 'Shiteee!!!!!!' yang keluar dari mulut aku sefamili.




Aku ada beberapa persoalan kat sini.


1. Yang first lenyek budak tu. Kau perasan tak macam mana dia lenyek dengan tayar belakang? Inilah erti sebenar ayat "Macam tunggul je dia buat kat aku tau tak."


2. Yang seken lenyek kaki dia tu. Selamba je eh dia bagi highbeam, lepas tu, well you know how it goes, macam tunggul diperlakukan.


3. Menurut berita tadi, budak tu pergi merayau. Apa jadah merayau sensorang kat pasar, tetengah malam pulak tu. Kalau ada orang yang nak dipersalahkan, parents budak tu yang patut dipersalahkan.


4. Ini paling menganggu fikiran aku. Apasal orang yang lalu lalang kat situ buat tak kisah? Teori yang paling tepat adalah mungkin diorang ingatkan itu seketul hanti cina. Kalau ye pun itu hantu, berperikemanusiaan la sikit, kan ke hantu tu tengah berdarah.


5. Oih, video macam tu sepatutnya kau warning dulu lah viewers. Ini tak, kau pergi letak dekat Buletin Utama! Itu dah kategori video 18G tau tak.


6. Terkejut jugak tengok badan budak umur duatahun tak hancur kena lenyek. Kuat doh.




Budak tu sekarang koma. Kesian betul. Kalau kena lenyak kat kepala kan senang, mampus terus. Takdakla budak tu terseksa.




Like they say in China, Sam Ting Wong in our society (referring to point number four). Sam Ting Wong I tell you aahhh!!

Monday, October 17, 2011

Bedah?

Kesiannya nama dia Bedah. Kurang ajar sangat ke kalau gelak? Sorry, I cannot help myself.


Undang-undang pelik

Entah kenapa ada undang-undang pelik kat muka bumi ni.


-perempuan tak boleh mulakan conversation, mesti lelaki yang mulakan dulu.




Tak pelik ke? Pelik je aku rasa.

Saturday, October 15, 2011

Asal nama tempat di Malaysia.

Kau pernah tertanya-tanya tak macam mana orang dulu-dulu bagi nama untuk sesuatu tempat?




Janda baik - Sama ada ada sorang janda yang baik gila babi pernah tinggal situ, takpun kalau kau nak kena cerai, baik kau pergi situ sebab kau akan jadi baik dan bekas suami kau akan dicop jahat. Ee, duda jahat.


Sempalit - Ini tempat lahir mak aku. Mungkin pengasas tempat ini banyak selulit. Mak aku tak.


Batang berjuntai - Gunakan imaginasi anda, pengasasnya mungkin orang afrika yang datang Malaysia dulu.


Mak Mandin - Lagenda mengatakan tiga sekawan, Mak, Man dan Din mati lemas kat sungai situ. BTW, sungai tu bau dia tuhan saja tahu. Bau mayat mereka mungkin.


Batang Ai - Mungkin orang Inggeris yang jadi pengasas, "Do you want batang ai?"


Teluk Intan - Mungkin pondan pemes yang bernama Intan jadi pengasas. Telur Intan nama asalnya.


Bera - Taukeh coli pengasasnya. Mungkin juga bekas tanah jajahan Brazil.


Kinabatangan - Kena Batang Kan? Well, mungkin.


Alor Gajah - Pengasasnya mungkin selalu pakai boxer dan baju singkat sehinggakan ternampak celapong (celah ponggong) ibarat gajah.


Jalan Dato' Siamang Gagap - Pengasanya mungkin seekor Si-si-sia-siama-siamang yang gagap. Legend has it yang siamang tersebut dapat gelaran Dato'.


Cheruk Tok Kun - Datuk kepada Kun, ataupun Tok Kun, marajuk lalu melarikan diri di suatu ceruk. Lahirlah Cherok Tok Kun. Awatla Kun tak pi carik tok dia bawak balik.


Pulau Kentut Besar & Pulau Kentut Kencil - Banyak angin orang yang duduk sini. Pengasasnya adalah dua orang suka beradu kentut. Yang menang mendapat gelaran Si Kentut Besar, yang kalah Si Kentut Kecil. Berbau.


Kampung Pening Lalat - Eh? Ini cerita P. Ramlee.


Jalan Sam Ting Wong - Ada yang tidak kena dengan jalan ini, some thing wrong?




Pelik betul orang dulu bagi nama tempat.



Friday, October 14, 2011

Geografi gagal II

Haish, cepatlah wajibkan geografi dalam SPM.



Thursday, October 13, 2011

Esktrem

Aku sebenarnya takdaklah minat sangat ekstrem-ekstrem ni. Tapi kadang-kadang nak jugak rasa aliran adrenalin dalam tubuh yang sasa ini. Ya, sasa.




Setakat ini yang paling ekstrem adalah main ski. Oih kalau kelajuan kau mencapai hampir kelajuan cahaya, memang adrenalin banyak. Tapi kalau setakat main kayuh-kayuh dengan tongkat dia tu, buang duit je la. Aku dulu bukannya power sangatpun, tapi boleh la setakat nak geli-geli.




Ada satu aktiviti ekstrem yang aku teringin gila babi nak buat dari dulu iaitu selam langit. Omputih cakap skydive. Bayangkan 'menyelam' dari atas kapal terbang sambil berpusing-pusing di atas kayangan.




Ada lagi aktiviti ekstrem yang aku nak buat, berhenti merokok. Yang ni paling ekstrem, tak berhasil lagi setakat ni.

Wednesday, October 12, 2011

Hantu tingkap

Sekarang aku tak boleh tidur. Dalam bilik. Sebab bising.




Dua hari lepas ada apabenda entah dok main ketuk-ketuk tingkap bilik tu. Refleks mengatakan itu hantu ajak bermain. Aku bukan takut, well seram sikit je, tapi kalau kejap-kejap tidur lepas tu terjaga, baik aku tidur kat bawah. Bodoh punya hantu.




Tapi takkan hantu, sebab selama ni ok je. Kau bayangkan, tidur sepuluh minit, lepas tu terjaga sebab terkejut ada benda main ketuk tingkap, kau tak tensi ke?




Dulu bapak aku cakap bilik tu ada 'perempuan' dok kacau dia tidur. Seram tak? Sikit je kan, sebab kau baca entry ni waktu siang. Hahaha.




Kalau aku boleh kame-hameha hantu macam yang dekat televisen tu kan best. Sayangnya aku bukan bomoh mahupun Son-Goku.