Monday, January 28, 2013

Bergaduh menatang apa setan?

Aku pelik ni aku pelik. Yang gaduh tu orang lain dengan orang lain, kenapa nak tulis link blog gaduh-gaduh tu kat blog aku?


Aku tak ingatlah ada orang lain ingat atau tidak, tapi pernah sekali blogger pemes yang gemuk yaitu obe tulis pasal gambar member-member aku dalam salam perantauan. Katanya itu gambar palsu. Gua tak ambil port. Kahkahkah.


Siap ada yang post link blog obe kat ruangan chat dalam blog aku. Tapi macam aku cakap, aku tak ambil port. Lantak hang lah setan nak kata apa. Janji tak kacau hidup aku.


Aku bukan takmau join aksi gaduh-gaduh di laman sosial ni, tapi aku rasa seolah-olah tiada guna. Keyboard warrior bak kata orang sekarang. Hebat pumpang pumpang di belakang keyboard, tapi haram tak ada hasil. Bawa-bawalah menjadi produktif sikit dan jangan kacau kain orang, kang kain sendiri pulak yang terlondeh, kahkahkah.


Dah. Aku nak baca buku. Langsung tak minat nak gaduh-gaduh berkaitan hal yang langsung tiada kaitan dengan hidup dan mati aku. Bukankah anda semua juga harus jadi begitu?


Mona Fendi. Wuu~~

Saturday, January 26, 2013

Cerita seram wuu~~

Aku ni jenis tidur lambat. Selagi jam kat dinding tidak menunjukkan jam dua atau tiga pagi, selagi itulah aku tak akan tidur. Burung hantu bak kata orang.


Satu malam tu, aku tengah tengok filem dekat laptop. Lampu bilik aku tutup. Kipas bilik aku buka nombor satu sebab sejuk. Masa tu jam pukul dua setengah tak silap aku. Tak silap aku lah.


Sedang aku tengok filem tu, bilik aku tetiba rasa berangin. Padahal kipas aku bukak nombor satu. Lama jugak rasa berangin tu, aku dah mula rasa pelik. Terus aku bukak lampu bilik. Aku teruskan jugak tengok filem tu kat laptop sebab nak tidur pun tak mengantuk lagi.


Lepas dua tiga minit buka lampu bilik, aku dengar bunyi orang bertepuk. Sekali sahaja bunyi bertepuk tu, tapi kuat. Aku pun apa lagi, terus aku naik ke katil masuk dalam selimut. Lampu bilik masih terbukak, filem dekat laptop masih terpasang.


Tiba-tiba blackout. Kecut jugak perut aku. Dah lah tadi rasa berangin, lepas tu ada bunyi orang bertepuk, ni blackout pulak. Aku dok menyumpah TNB dah dalam hati aku masa tu. Lepas tu aku bau semacam. Kemenyan. Sedap sungguh bau kemenyan tu. Berpeluh jugak aku dalam selimut.


Bau kemenyam tu aku rasa berlanjutan lima minit. Lepas bau tu hilang, elektrik pun ada balik. Lampu bilik aku terbukak.


Dalam berpeluh tu aku nak kencing, nak tak nak aku paksa jugak ke tandas. Terketar-ketar jugak nak kencing. Habis kencing aku balik bilik lepas tu aku nampak macam ada benda bawah katil.


Benda itu adalah batu nisan kaler putih dengan nama Mona Fendi.


Celaka mana pulak datang Mona Fendi dalam cerita seram aku ni? Itu lah, lain kali nak tulis cerita seram cuba buat plot dia betul-betul. Ini plot entah ke mana, hantu entah ke mana.


Sudah lah, aku berharap dengan perkataan "bilik berangin", "bertepuk", "kemenyan", "nisan" serta "Mona Fendi", anda semua akan berasa seram pada malam ini.


Wuu~~

Friday, January 25, 2013

Tiga paling mencabar

Kau nak tiga benda yang paling mencabar dalam kehidupan lelaki? Sebagai lelaki, biar aku tulis sikit. Kalau ada mana-mana lelaki yang tidak setuju, itu tipu. Kalau ada mana-mana pengkid yang konon-konon setuju, berubahlah ke perempuan kembali.


Benda yang pertama adalah bersunat. Mencabar bukannya dari segi masa kena potong, tapi mencabar masa makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang datang melawat sambil mengintai-ngintai benda yang sudah dipotong. "Hmm..bagus potongan doktor itu, accurate." kata mereka. Satu lagi, mencabar bila nak tidur, tak boleh bergolek ke kiri dan kanan, hanya mampu terlentang macam bangang sambil mata berkelip-kelip tunggu masa nak terlelap.


Benda kedua adalah potong rambut. Kau tau tak betapa mencabarnya memotong rambut? Nak-nak lagi masa beliau tengah cukur sideburn. Telinga kau adalah ibarat telur di hujung tanduk. Kalau beliau terlajak cukur sikit je, maka tidak bertelingalah kau sepanjang kehidupan kau di muka Bumi. Sebab itu aku lebih suka potong rambut di kedai potong rambut wanita. Wanita ni tangan mereka steady sikit dari lelaki. Potensi untuk telinga ditebas dari kepala tu kecil sedikit.


Benda ketiga seperti yang kita sedia maklum adalah kahwin. Hantaran kahwin serupa harga kereta. Kqpwiswhehwisjshsb.


Janganlah melawan entry ini dengan ayat "Eleh, melahirkan anak lagi mencabar tau?!" kerana kau belum (dan tidak akan) merasa kena terajang tepat-tepat di telur. Sakitnya bukan kepalang, silap-silap boleh meninggal.

Wednesday, January 23, 2013

Mimpi

Semalam aku naik kapal selam. Kapal selam tu besar, siap ada Rosmah dalam tu. Bayangkan la betapa besar kapal selam tu.


Lepas tu kapal selam tu terlanggar aisbek. Patah dua. Tetiba pakcik aku datang naik moto honda bulat. Pakcik aku cakap "Hidup ni kena pandai menjahit." sambil senyum. Aku jawab balik "Senyap lah kau." Lepas tu salji turun. Aku pass bola ke Rosmah dan Rosmah berlari pantas lalu beliau menjaringkan gol untuk pasukan bola jaring bawah 23 tahun Malaysia.


Bila sampai situ, baru aku sedar yang aku mimpi sebenarnya sebab banyak benda tak logik macam Rosmah main bola jaring dan boleh jaring gol pulak tu. Elok je aku dah yakin yang aku sedang bermimpi, terus aku terjaga dari mimpi tu. Cepat-cepat aku pergi mandi sebab jam pun dah pukul 6 pagi.


Masa aku tengah mandi tu banyak benda yang aku fikirkan. Macam kenapa kalau kau korek hidung kau akan rasa dunia berhenti berputar, kenapa bau asap kereta di pagi hari sangat sedap baunya, kenapa jalanraya kaler hitam, adakah ikan juga minum air dan kenapa bila aku sembur deoderan ketiak akan berasa pedih-pedih.


Lepas aku mandi tu aku terduduk atas kerusi dalam bilik aku. Aku geleng-geleng kepala. Tak logik. Baru aku sedar bahawa aku masih lagi bermimpi sebab tak logik aku bangun pukul 6 pagi dan tak logik jugak aku berfikir dengan serius sebab aku jenis malas berfikir.


Leeeeeeepas tu baru lah aku bangun betul-betul. Terus aku taip entry ni. Ngeri jugak bermimpi masa kau tengah bermimpi sebab kau akan tahu yang kau memang sedang bermimpi tapi kau tak akan tahu yang kau sedang bermimpi masa bermimpi.


Moral kat sini adalah, aku tak pasti aku tengah bermimpi atau aku memang tengah taip entry bangang macam ni.

Tuesday, January 22, 2013

Monolog : Aku & Kucing #2

Kau tau tak aku tengah makan buah apa?

-Buah apa?

Teka.

-Aku mana makan buah bangang, ikan aku makan la. Aku tak kenal buah.

Takkan satu jenis buah pun kau tak kenal?

-Tak.

Aku tengah makan buah mata kucing.

-Mana ada buah nama macam tu.

Ada. Sedap.

-Ada ke?

Ada. Kau nak tau macam mana boleh dapat buah ni?

-...

Bila kucing kat Malaysia ni dah masuk umur sepuluh tahun, orang Malaysia akan korek mata kucing lepas tu jual kat pasal malam. Sedap.

-Tipu.

Betul.

-...

...

-Umur aku berapa?

Sembilan tahun. Minggu depan jadi sepuluh.

-Ok.

Takut tak?

-Tak. Sebab aku tau kau tipu. Blah la kau. Aku nak pergi gaduh dengan karpet.

Korek mata.....wuuuuu...korek mata....wuuuuu...

-Bodoh.

Wuuu.....

Sunday, January 20, 2013

Susulan Sharifah paling bangang dalam Malaysia

Semalam ada satu ceramah yang aku dengan terpaksanya menghadiri. Ceramah ni bolehlah aku anggap sebagai ceramah yang ala kadar, yang dipenuhi dengan kisah hidup si penceramah serta menguji tahap keterbukaan mata yang mengantuk.


Nak tahu siapa penceramah tersebut. Kalau nak tahu, taip "Telur" dan hantarkan ke nombor abah kau.


Penceramah tersebut adalah panel dan penganjur forum "Listen listen listen" yang kian menular ke seluruh pelusuk negara. Nama beliau aku sudah lupa. Jadi ayuh namakan beliau sebagai Encik Tahir.


Bagus Tahir ni, selalunya penceramah akan berat sebelah ke salah satu parti politik di Malaysia. Namun Tahir bukan begitu orangnya. Beliau bersikap neutral.


Dalam mengomen akan peristiwa "Listen listen listen" tersebut, beliau cakap :

1. Bawani agak biadap kerana hanya bersuara selepas sesi Q&A tamat. Sedangkan semasa sesi Q&A, ada LIMA orang pelajar yang bertanyakan soalan kepada pihak panel dan Bawani hanya berdiam.

2. Sharifah Zohra Jabeen 'menjawab' soalan Bawani dengan mengikut kemarahan beliau.


Yang point nombor dua tu aku malas komen sebab memang jelas Sharifah ni mengikut perasaan. Datang bulan mungkin. Seksis juga kenyataan aku. Kahkahkah. Tapi apa lagi sebab yang rasional untuk seorang wanita yang memimpin Suara Wanita 1Malaysia tersebut bertindak sedemikian? Sudah pasti kerana datang bulan bukan?


Aku nak komen point yang nombor satu. Dalam video temubual bersama Bawani (pergi cari di Youtube), Bawani cakap sesi Q&A itu pendek nak mampus padahal tajuk forum berkaitan suara mahasiswa. Dan. Bawani cakap, sesi dalam sesi Q&A hanya DUA orang pelajar yang dibenarkan bertanya soalan. Bukan beliau tak angkat tangan untuk bertanya masa sesi Q&A tersebut, namun beliau tidak berkesempatan.


Mana satu nak percaya? LIMA orang atau DUA orang? Ikutlah nak percaya mana satu, peduli apa aku.


Ramai juga yang cakap Bawani ni yang kurang ajar. Aku nampak ada dua kem. Satu kem di mana mereka mengatakan Bawani ini kurang ajar, di mana kem ini disertai oleh golongan yang boleh dikatakan berumur. Manakala satu lagi kem yang mengatakan Bawani tidak kurang ajar, dan kem ini disertai oleh golongan belia.


Nampak? Itu masalah Malaysia. Bila belia bersuara, dikatakan kurang ajar. Bila belia senyap, dikatakan kurang aktif.


Aku dalam kem dua. Cuba kita selami sikit perwatakan Bawani ni. Beliau adalah pelajar jurusan undang-undang. Pelajar undang-undang biasanya lantang bersuara. Kalau pelajar undang-undang tapi cakap lembut-lembut, baik kau pergi jadi pelajar masscom UiTM Lendu yang sebarkan cerita pelajar-pelajar terbang kerana dirasuk. Jadi, logiklah Bawani ini bersuara lantang.


"Saya kecewa bila semua benda nak dipolitikkan, sampaikan video forum anjuran saya tu pun nak dipolitikkan", kata Tahir semalam.


Kahkahkah. Sharifah ni dah dikenalpasti sebagai bukan mewakili mana-mana parti politik, jadi nak politikkan apa benda setan? Aku pun konfius. Perkataan "politikkan" ni aku rasa banyak disalahguna di Malaysia.


Video "Listen listen listen" tu aku rasa bukan agenda politik, lebih kepada untuk membodohkan Sharifah. Kahkahkah. Politik apa bendakah itu? Video itu nak menunjukkan Berani vs Bodoh. Tapi kalau kau dalam kem pertama (kem orang berumur), kau akan cakap video itu pasal Budak Kurang Ajar vs Wanita Gila. Ikut kau lah setan.


Memang bosan topik ni dipanjang-panjangkan tapi sebabkan Tahir yang datang semalam tu panel forum tersebut, aku tulis je lah.




"Tanah Melayu dulu pernah dijajah oleh Portugis dan kemudiannya oleh Belanda." -Tahir.


Haish, Tahir Tahir.

Saturday, January 19, 2013

Seram dan kacak

Ikut lah pada pemikiran masing-masing, nak percaya atau tidak. Aku cuma ceritakan apa yang pernah terjadi.


Malam itu malam Rabu. Suasana di luar rumah yang selalunya sunyi malam itu tidak sunyi. Hujan turun dengan tidak begitu lebat. Suasana di dalam rumah agak dingin. Sambil berbaring di atas sofa, aku menonton televisen. Cerita orang putih.


Sedang berbaring, kucing aku datang menghampiri. Ia duduk di atas karpet dan matanya memandang tepat ke arahku. Aku endahkan sahaja. Tidak semena-mena ia berdiri dan berbunyi satu macam. Aku endahkan jugak kerana aku tahu, sekarang ni musim kucing mengawan. Belum sempat aku nak marah kucing aku suruh diam, ia berlari masuk ke bilikku. Apa nak heran kan? Dah nama pun binatang, perangai mesti lah pelik.


Lima minit selepas tu, aku rasa nak berak. Lalu dengan tangkas aku pergi ke bilik aku, capai tuala, capai sebatang rokok lalu dicucuh dan menuju ke jamban. Masa aku keluar dari bilik aku, aku perasan kucing aku ada bawah katil aku, bulu mengembang. Ia sejuk mungkin.


Lepas keluar dari jamban, aku rasa semacam. Lupa nak bagitau, bilik tidur aku adalah di antara jamban dan ruang tamu. Sebelum ke jamban tadi, televisen aku tak tutup, aku biar je terbukak. Perasaan semacam tu buat bulu roma aku meremang. Tapi macam biasa, aku endahkan jugak.


Aku campak tuala aku ke atas katil dalam bilik dan menuju balik ke ruang tamu untuk sambung tengok cerita orang putih tadi. Tajuk cerita dia aku dah lupa. Masa campak tuala tu, aku perasan lagi sekali, kucing aku masih di bawah katil. Mengembangkan bulu.


Bila aku sampai ke ruang tamu. Aku nampak benda yang pelik. Aku nampak ada orang sedang berbaring atas sofa yang aku baring tadi. Memandangkan sofa tu membelakangi aku, jadi aku tak nampak muka.


Seingat aku, kaum keluarga aku kalau pukul tiga empat pagi macam ni dah konfem terbongkang atas katil masing-masing. Aku kaku kejap kat situ. Ada la jugak seminit dua aku terkaku kat situ tak boleh nak bergerak. Bukan tak boleh bergerak, tapi takut nak bergerak.


Aku beranikan diri melangkah ke sofa tu sebab nak tengok siapa yang baring situ. Belum sempat tiga langkah, dia bangun, berdiri dan memandang aku. Pakaian yang dia pakai adalah sebijik macam yang aku pakai, seluar pendek kaler cokelat, baju kaler hijau.


Aku nampak diri aku sendiri berdiri depan aku. Aku tergamam. Aku terkejut. Nak jerit pun tak mampu. Nak terkencing dalam seluar lagi la tak mampu sebab aku baru lepas berak. Kaki aku macam melekat kat lantai, tak boleh bergerak.



Tiba-tiba dia senyum dekat aku.


Ada la jugak dalam sepuluh saat aku berdepan dengan diri aku sendiri sebelum aku rebah dan pengsan kat ruang tamu.


Tetapi sebelum aku rebah, aku sempat berkata kepada diri sendiri, "Baru aku tahu perasaan orang sekitar aku, aku memang kacak, nak-nak lagi kalau aku senyum, mau pengsan siapa-siapa yang melihat senyuman aku."


Tapi itulah aku cakap tadi, ikut kau lah nak percaya yang aku ni kacak ke tak.


Friday, January 18, 2013

Monolog : Aku & Kucing #1

Kau tau tak kau keluar dalam blog aku ni?

-Bukan dah selalu ke kau tulis pasal aku dalam blog kau tu?

Tak la selalu sangat.

-...

Seronok tak masuk blog aku?

-Tak sangat.

Kenapa?

-Sebab blog kau pun bukannya banyak sangat orang baca.

Kau adalah satu-satunya kucing yang selalu jadi babi di mataku.

-Peduli apa aku. Dah, malas layan kau, aku nak pergi tangkap lipas kat kabinet dapur.




Wednesday, January 16, 2013

Pintu suka hati

Memandangkan aku ni banyak sangat masa terluang, jadi aku banyak berfikir pasal manusia sejagat, pasal masalah negara, pasal pemikiran kucing aku, pasal isu air dan macam-macam lagi.


"Bila lah manusia nak cipta mesin yang bila kau masuk dalam mesin tu kau boleh pergi mana kau nak dalam sekelip mata?"


Pernahkan kau terfikir soal itu? Jika pernah hantarkan "Kau Sihat?" ke nombor telefon sendiri supaya kau tak terasa forever alone.


'Pintu Suka Hati'. Pintu ini adalah pintu paling femes dalam segala jenis pintu. Terima kasih Fujio F Fujiko.


Sebenarnya 'pintu suka hati' ni sudah lama dicipta. Namun belum keluar pasaran. Kenapa kau tanya? Dan "Tipulah!" kata kau sambil menuding jari kepadaku. Mari sini aku bongkarkan satu rahsia. Rahsia ini biar kekal di antara kita sahaja, siapa bongkarkan rahsia ini, ketiak dia berkerak.


Bayangkan dunia di mana 'pintu suka hati' ini wujud... Rindu, cinta, kasih sayang serta nilai keprihatinan akan lenyap sama sekali. Apabila tiada jurang jarak di antara sesebuah pasangan bercinta, maka hilanglah rindu. Apabila rindu itu hilang, maka cinta yang berputik bakal lenyap lantas menimbulkan rasa menyampah. Siapa bakal peduli akan Palestin jika dengan senang kau boleh pergi Palestin dan hantar bekalan makanan dan orang Palestin boleh datang ke Malaysia dan makan mekdi? Keprihatinan akan hilang!


Selain itu hadirin-hadirat yang dihormati sekalian, bayangkan apa akan terjadi kepada sektor pelancongan? Satu saat kau di Taiping, satu saat lagi kau di Paris. Tidakkah itu membosankan? Tidakkah? Pasti bosan bukan? Pasti tidak seronok jika gambar di epot, gambar di dalam kapal terbang, serta gambar di imegresen Perancis tidak dapat kau muat naikkan ke laman-laman sosial, bukan? Mengikut statistik, 78 peratus dari rasa seronok melancong datangnya dari perjalanan ke destinasi pelancongan tersebut. Jika perjalanan ke sudut dunia satu lagi hanya mengambil masa 'sekelip mata', di manakah seronoknya? Di mana?


Makan pagi di Sidney, makan tengah hari di Madrid, makan malam di Zimbabwe, berak di Azerbaijan. Semuanya dalam satu hari. Itulah definisi bosan.


Jika kau masih gigih membaca sehingga ke perenggan ini, aku rasa kau adalah pesen yang berdisiplin kerana tulisan ini adalah tulisan yang mengarut. Namun bak kata pepatah, menyesal dahulu pendapatan, menyesal sekarang? Tiada gunanya brader.


Nanti aku cerita perihal kenapa telefon pintar cepat habis bateri pula. Aku belum habis buat kajian lagi pasal tu.



Tuesday, January 15, 2013

Ramuan penting menjadi penggerak negara

Sebenarnya aku rasa aku dah jumpa satu ramuan penting untuk menjadi apa yang boleh digelar sebagai penggerak negara di Malaysia. Ramuan ini bukanlah rahsia seperti rahsia mengatasi rambut gugur atau pun gatal kulit kepala, ramuan ini semua sudah tahu.


Ramuan ini terdiri dari beberapa langkah.


1. Kongsikan apa jua gambar atau video yang berbaur kontroversi di tanah air. Gambar atau video ni tak semestinya berkaitan dengan perkara yang baru berlaku di Malaysia. Yang penting, kontroversi. Ada video yang berusia kurang dari setahun, ada juga yang berusia lebih dari setahun macam video ibu "gila" yang pukul bayi kecilnya pakai bantal yang pernah menjadi topik hangat sebelum ini padahal ibu "gila" tersebut sudahpun berada di penjara. Itu langkah pertama, langkah pertama hanyalah langkah berkongsi, jangan sesekali sertakan pendapat sendiri. Kongsi sahaja.


2. Berlainan dengan langkah pertama, langkah kedua melibatkan pendapat sendiri (atau untuk lebih selamat, pendapat majoriti). Sebagai mengikut fitrah manusia, pendapat majoriti selalunya berkaitan dengan cacian dan makian. Ini kerana tanpa cacian dan makian, gambar atau video tersebut tidak akan menjadi sensasi ataupun topik hangat. Tanpa cacian atau makian, video tersebut hanyalah sekadar video lagu-lagu jiwang 80-an/90-an ataupun video anak kucing yang berlagak comel. Tidak hangat bukan? Contoh terbaik bagi langkah kedua ini adalah entry aku sebelum ni.


3. Langkah ini langkah ketiga. Takkan langkah keenam pula dah aku tulis nombor tiga kat depan tu. Langkah ini selalunya langkah yang akan dilakukan oleh mereka yang aku gelar "pemerhati". Golongan pemerhati ini adalah golongan yang sesuai jadi ahli politik. Golongan ini konon-kononnya adalah golongan yang mereka sendiri gelar diri mereka sebagai "the educated ones" ataupun "the civilised ones". Langkah ini melibatkan kerja-kerja pembersihan nurani dan memperbetulkan akhlak kepada golongan yang terlibat dalam langkah kedua. Antara kata-kata hikmah dalam langkah ketiga ini adalah "Memanglah [topik hangat yang diperkatakan], tetapi tak payah lah caci atau maki, itu menunjukkan bahawa anda semua tidak terpelajar/tak bertamadun. Shame on you Malaysia!" Golongan "pemerhati" ada dua jenis, jenis yang sama ada memang dia perhati dari awal, atau pun dia dah terlambat masuk ke dalam topik hangat ini lantas dah terlambat nak caci atau maki lalu dia menjadi ahli "politik" dengan berkata-kata hikmah. Begitulah langkah ketiga.


4. Golongan dalam langkah kedua akan membidas "pemerhati".


5. "Pemerhati" akan memberi kata-kata hikmah kepada golongan dalam langkah kedua.


6. Ulang langkah 4.


7. Ulang langkah 5.


[Untuk langkah-langkah bernombor genap yang seterusnya, ulang langkah 4. Untuk langkah-langkah bernombor ganjil, ulang langkah 5.]




Aku kira begitulah ramuan terpenting dalam menggerakkan negara.




Memanglah Sharifah tu kurang ajar, tapi apa yang kau dapat dengan memaki dan mencaci beliau? Idiots. Bagero. Bendul pintu. Bongok. Nampak sangat kau ni tak terpelajar! Tak bertamadun! Orang zaman batu! Pedalaman! Duduk atas pokok!




Okeh, aku dah buat langkah ketiga. Giliran kau pulak nak buat langkah keempat.

Monday, January 14, 2013

Sharifah paling bangang dalam Malaysia

Sharifah Zohra Jabeen. Entah siapa-siapa. Aku pun baru dengar nama beliau di Facebook. Laman sosial ni ada guna juga sebenarnya selain dari ucap hari jadi dan mengajak ke majlis perkahwinan macam bulan dua nanti ada kawan aku kahwin di Jitra aku je yang belum kahwin lagi celaka teremosi pulak.


Berbalik kepada sharifah ini. Panas jugak jantung aku bila tengok video ini di Youtube.


Aku sanggup tengok video tu sampai minit kelapan sahaja. Malu bila ada orang bodoh macam tu, aku pulak yang jadi malu nak tengok sampai habis.


Kau bercakap dengan penuntut universiti, mahasiswi. Dan kau persoalkan pasal "respect". Fakyu. Dari yang aku tengok, Sharifah babi ni yang tak hormat mahasiswi tersebut dengan melaungkan perkataan "listen" sebanyak beberapa kali bilamana mahasiswi ni tak sempat lagi habis cakap, dan dengan mempersoalkan jurang umur. What the fuck sial? Otak letak mana setan? Tak ada persoalan jurang umur sebab kau bercakap dengan orang dewasa jugak, bukannya dengan kanak-kanak tadika.


Dan masya-Allah, kenapa la kau bengap sangat babi? Apa kaitan masalah mahasiswa dengan masalah ikan jerung? Apa kaitan lah babi? Adakah Sharifah ini bercita-cita ingin menjadi pengacara National Discovery? Palat sungguh perangai kau itu Sharifah.


Dan, yang paling penting, mahasiswi India tersebut bercakap dari fakta, bukan omong kosong. Bukan macam kau yang cakap melulu macam palat. Tajuk forum ke debat apa entah tu nama dia "Suara Mahasiswa", biarkanlah mahasiswi tu bercakap, yang kau sibuk nak mencapap burit kau tu kenapa? Puki. Baik kau letak tajuk forum tu sebagai "Suara Pantatku, Seorang Sharifah Jerung".


Dan tolonglah, jangan keluarkan ayat, "Kalau kau tak suka kerajaan, keluar dari Malaysia", itu adalah ayat orang yang sudah hilang idea, ayat orang yang sudah kering otak akan apa yang dia mahu bahaskan. Kamon lah, kau tu nampak cerdik, tapi bodoh tahap bendul pintu.


Aku tak marah. Cuma aku boleh rasa apa yang mahasiswi tu rasa. Buat forum bertajuk "Suara Mahasiswa" tapi minah Sharifah ni dok potong cakap mahasiswi ni sambil berkata "I respect you", fakyu Sharifah fakyu.


Fuh, menggil jugak tangan aku nak taip entry ni, berderau darah punya pasal. Dan yang paling memalukan, pelajara-pelajar dalam dewan tu bersorak bertepuk tangan menyokong Sharifah pantat ni. Pondan, pengecut, bacul. Bukan nak cakap besar, tapi kalau aku dalam dewan tu, aku akan tampil ke depan dan berdiri di belakang mahasiswi India tesebut sebagai tanda sokongan kepada beliau. Suara Mahasiswa la setan!!


"I support one thing Ambiga do, that is human right, and it is my right today and all people right to speak of my right, to you."


Cakap tak serupa bikin. Hak dia bercakap, dia jaga, hak mahasiswi tu bercakap, dia potong. Zionis punya perangai.


Sharifah Zohra Jabeen, anda telah memalukan diri sendiri di hadapan semua mahasiswa Malaysia (kecuali yang dalam dewan bersorak untuk Sharifah ni). Bravo madame bravo!


Maaflah andai entry ini terlebih carutan, gua panas gua panas gua panas. Kahkahkah.




Dan ingin aku tegaskan di sini bahawa aku dan Lady Rara bukan saudara. Setan betul lah. Dalam pertalian saudara aku, belum ada lagi yang berperangai sebegitu rupa, minta dijauhkan dan minta Lady Rara kembali ke pangkal jalan.

Friday, January 11, 2013

Kekenyalan

Aku tak faham satu iklan televisen ni. Iklan mi segera.


Kenapa mi segera kena kenyal? Spagethi tu haram tak kenyal pun tapi ramai je makan. Bihun sup lagi la, jangan kata kenyal, anjal pun tidak, ramai juga yang makan.


Jadi, apakah kekenyalan sesuatu mi itu boleh dibanggakan di iklan televisen? Apakah kelebihannya kepada fanatik mi segera? Di mana untungnya?


Kalau iklan besarkan payudara tu aku faham la jugak kenapa dia tonjolkan kekenyalan. Ini mi segera? Boleh jentik-jentik ke?


Sebelum aku melucah ada baiknya aku berambus dari ruangan ini.

Thursday, January 10, 2013

Jepun pemalas

Satu hari tu aku pi Jepun. Aku naik kapal layar lima bintang. Ada macam-macam dalam kapal layar tu, ada kolam renang saiz olimpik, gym yang berbau harum, restoran makanan laut, trek go-kart bengkang-bengkok dan tak lupa juga taman permainan saiz antarabangsa.


Sesampai saja aku ke Jepun, kami dibawa beramai-ramai ke pejabat kedutaan Malaysia di sana dengan tujuan untuk bergambar dan masuk ruangan "Salam Perantau" di dada akhbar.


Aku sangat gembira. Tiba-tiba aku ternampak bendera Jepun. Lalu aku berasa sangat sedih dan terus pulang ke Malaysia seorang diri meninggalkan segala kenangan yang terparut di hati.


Baru aku sedar, rupanya ada juga jenis manusia yang lagi malas dari Melayu iaitu pembuat bendera Jepun.


"Ha murid-murid. Hari ini cikgu nak ajar lukis bendera negara kita!" ujar seorang guru tadika di Jepun dengan nada yang membosankan. Kerana sesungguhnya bendera Jepun itu membosankan! Malas! Orang malas sahaja mampu timbul dengan idea yang sebegitu malas!

Tuesday, January 8, 2013

Binatang!

Lama juga aku tak tulis pasal beliau. Tapi jika ada yang tertanya-tanya akan kesihatan beliau, ingin aku tegaskan di sini bahawa beliau sihat-sihat sahaja, malah berat badan beliau kini hampir tujuh kilogram.


Kucing aku. Atau lebih tepat lagi, kucing peliharaan keluarga aku. Walaupun kadang-kadang aku bengang dengan tindakan beliau yang seolah-olah rumah ini milik beliau, melepak di atas sofa dengan senang hati, melepak di depan pintu rumah seakan-akan beliau tugu, serta mengajak ke dapur untuk diberi seekor dua ikan kembong.


Sebelum ni aku perasan dah. Kucing aku ni perangai beliau macam anjing. Dan aku tidak salah.


Setelah melakukan beberapa kajian (terutamanya dengan menonton Discovery Channel), dapat aku simpulkan bahawa kucing aku berketurunan Egyptian Mau. (Mau as in Meow, senang betul biologist dulu bagi nama kucing)


Egyptian Mau ni kalau kau nak kenal sangat senang :

1. Dekat dahi beliau kau akan perasan satu corak yang membentuk huruf "M".

2. Kaki belakang beliau lebih panjang dari kaki depan, jadi kalau beliau berjalan, kau akan nampak beliau seolah-olah menonggek.

3. Bawah perut beliau, ada satu lapisan lebihan kulit. Kalau sekali tengok, kau akan cakap beliau mengandung, tapi sebenarnya tidak. Lebihan kulit tu adalah untuk bantu beliau untuk regangkan kaki belakang beliau dengan lebih jauh untuk berlari dengan lebih pantas.

4. Susulan dari point 2. dan point 3. Egyptian Mau adalah kucing domestik paling pantas. Boleh cecah sekitar 60 kilometer sejam.

Itu adalah cara-cara mengenal beliau dari sudut fizikal.


Kenapa aku cakap beliau macam aniing? Sebab Wikipedia cakap "This breed is dog-like". Bijak, pintar, teramat setia dengan pemilik, hubungan yang amat rapat dengan pemilik. Heh. Kalau beliau tahu aku puji beliau bijak, makin mengada la beliau. Tapi memang betul. Definisi "pintar" bagi haiwan adalah, haiwan tersebut cepat belajar. Dan ya, beliau cepat belajar.


Dan, beliau anti-sosial. Tak kira lah terhadap binatang atau pun manusia. Pernah sekali ada seekor kucing lalu depan rumah, beliau meronta dengan keras sampaikan tali yang menambat leher beliau terputus dan beliau berlari sepantas kilat mengejar kucing tersebut. Penat juga aku nak kejar beliau masa tu, serius laju.


Kalau terhadap manusia pula, beliau akan pilih. Kalau ada tetamu bertandang buat kali pertama, beliau akan sama ada marah terhadap tetamu tersebut dengan menjerit-jerit, atau pun beliau akan lari menyorok. Sungguh. Anti-sosial.


Panjang juga aku cerita pasal Egyptian Mau ni. Kalau nak tahu lebih lanjut, pergi lah baca di mana-mana laman sesawang yang berkaitan.


Aku tak boleh terima betul bila aku dapat tahu yang beliau ni pintar. Blah la kau gemuk.

Monday, January 7, 2013

Barah otak

Selalu dengar radio pun kadang-kadang boleh mengundang masalah jugak. Macam tadi, sedang aku meluncur di atas jalan dengan kelajuan sederhana, DJ radio sebuah stesen radio berbahasa Inggeris ni mengutarakan satu soalan. Aku rasa ini soalan yang paling membimbangkan.


"Apa yang anda akan buat kalau anda baru tahu yang anda ada barah otak. Barah otak ni dia punya posisi dalam otak anda membuatkan anda seorang yang gembira. Anda boleh pilih sama ada :

1. Nak teruskan hidup dengan barah otak tersebut, maknanya menjadi orang yang gembira, tapi anda hanya akan hidup selama setahun ;

2. Nak buat pembedahan untuk buang barah tersebut. Peluang untuk pembedahan tu berjaya adalah 50-50. Dan jika pembedahan itu berjaya, anda mungkin akan hilang perasaan gembira sepertimana sekarang."


Masalah tak masalah tu? Kau nak hidup gembira tetapi sekejap, atau kau nak ambil risiko untuk hidup lama tetapi tak konfem akan gembira?


Pilihan aku yang aku buat adalah, berhenti dengar radio yang banyak sangat bagi permasalahan macam tu.


Aku nak dengar lagu, bukan nak selesaikan masalah!

Thursday, January 3, 2013

Sejuta Money Drop (lagi)

Sebelum aku terlambat, ada baiknya aku tulis sekarang. Kotak memori otak aku sekarang ni dah macam biskut, kejap ada, kejap tak ada, tapi selalunya memang tak ada sebab aku pun jarang makan biskut. Siapa ingat adegan "biskut" dalam cerita Armageddon? Adegan tu punya lah femes kat sekolah aku dulu, sampaikan apa-apa cerita lucah yang keluar, akan dinamakan sebagai "biskut".


Lari tajuk dah sebenarnya ni. Hari tu aku ada tengok Sejuta Ringgit Money Drop tu.


Untuk soalan terakhir, soalan dia punya lah mencabar sampaikan aku naik bengong.


Soalan dia berbunyi, "Antara Jennifer Lopez dan Erra Fazira, siapa lagi tinggi?"


Mencabar tak mencabar? Aku rasa lah kan, orang yang bikin soalan tu memang mempunyai hasad dengki. Dengki sampaikan soalan yang tak masuk akal langsung dia boleh pi tanya kat kontestan.


Nak tau jawapan dia? Erra Fazira. Sebab Erra dulu model, Jennifer Lopez bukan model.


Jangan terkejut kalau lepas ni keluar soalan "Antara Mahathir dan Barrack Obama, bulu kaki siapakah yang paling banyak kerinting-kerinting?"