Sunday, July 31, 2011

Kau gorila.

Serius, hidup kau umpama seekor gorila.




Yang misi hidupnya berlandaskan mencari publisiti murahan. Melalui gambar-gambar yang kau rasakan teramat comel, walaupun hakikatnya kau umpama gorila terlepas dari zoo.




Status pula umpama kegelian dengan perkataan yang pelik-pelik. Umpama kau diva paling hebat abad ini, mangalahkan Sarepah Aini. Walaupun hakikatnya kau umpama gorila.




Kau benci orang lain menggeli-geli di Facebook. Memang, kau seorang sahaja yang boleh, maklumlah, kau kan gorila.




Ludah ke langit. Memang konfem kahak hijau kau tu tu jatuh ke muka gorila kau. Kemudian kau jilat-jilat dan telan kembali kahak hijau tersebut.




Pasti. Gorila pun malu dengan kau yang memalukan kerabat gorila di segenap alam. Hunggah-hunggah!




Sudahlah. Hentikanlah. Aku tak mampu lagi bergelak-ketawa mencaci dan memaki kau di belakang. Kau gorila.




Perangai kau pula memang seperti anjing. Melalak tak tentu pasal atas perkara yang kau sendiri tak pasti benar atau tidak. Kau nak jadi Yahudi ke apa dik? Kalau nak jadi Yahudi, sila pergi Israel, jangan duduk Malaysia.




Babi betul budak sekor ni. Tak habeh-habeh nak buat aku panas. Aku perlu post entry ni sekarang, sebelum puasa. Kang tak berkat puasa aku.




Aku hormat orang lain selagi hormat diberi kat aku. Sekali kau naik kepala, main-main atas kepala aku, memang kau seekor babi. Babi iras-iras gorila. Oink hunggah!




Cikgu hinglish aku (yang memang aku respek sampai sekarang) pernah cakap, "Kita memandang orang lain dengan keunikan masing-masing. Terima keunikan orang seperti mahu diterima orang lain." Aku pegang prinsip ni. Selagi orang lain pun pegang prinsip ni.





Aku malas nak bertekak bergaduh dengan budak-budak yang sebaya dengan adik aku. I'm too matured for that.





ps: entry mengutuk orang adalah benda paling last aku nak tulis. tapi budak ni memang dah melampau. pengajaran harus diberi. no more mister nice guy after this. FUCK YOU! and yes, aku emo bila orang tak percayakan aku sebab aku dah stop menipu sejak aku darjah 3.

Friday, July 29, 2011

Tak habeh-habeh bola.

Aku sebenarnya dah bertekad takmau update pasal bola dah kat belog. Tapi what to do, hantu bola tetap hantu bola. Yang tak minat bola update pasal bola Malaysia-Singapore, inikan pulak yang hidup bertemakan bola, hahahaha.




Main bola bukan setakat kemahiran teknikal dan kecergasan badan. Yang paling penting, mental. kalau semalam stadium penuh, 90,000 penyokong Malaysia yang pi tengok. Ada kebaikan dan keburukan.




Kebaikan, membakar semangat pemain atas padang. Dan memadam semangat pemain lawan.




Keburukan, pemain yang mental lemah akan rasa tertekan. Hilang fokus. Selalunya pemain-pemain muda yang lemah mental sebab tak cukup bermain di peringkat antarabangsa. Sangat obvious pemain pertahanan Malaysia lemah mental. Dan selalu hilang fokus. Kecuali apek, yang aku rasa semalam main di tahap antarabangsa. So Sharbinee dan penjaga gol lain, keep on dreaming untuk mewakili Malaysia lepas ni.




Sebenarnya malam tadi, aku tak dapat tengok bola sebab ada function lain. So pagi tadi, masa dalam kereta, mak aku jadi pengulas sukan untuk aku. Ini kata-kata yang keluar dari mulut seorang yang tengok bola tapi tak berapa arif tentang bola :




"Depa dok harap kat Sapee Sali sorang ja."



"Yang hindu tu (Kunanlan) main baguih, dia gelecek-gelecek, pass kat Sapee."



"Keeper semalam main baguih, kalau takdak dia, Malaysia kena labi banyak."



"Sapee tu memang terer, boleh jadi macam Mokhtar Dahari."




Sekalung tahinah kepada Datuk K Rajagobal yang telah memberi sesuatu untuk disorak oleh 1Malaysia setelah sekian lama bolasepak Malaysia berada di takuk yang bangang lagi hampeh.




Satu lagi faktor, ketiadaan pemain yang betul-betul mental kuat @ kapten @ Safiq Rahim untuk membimbing anak-anak buah. Pentingnya seorang ketua di atas padang.

Tuesday, July 26, 2011

Kau puasa?

Wrestling. Dulu-dulu memang aku tengok, limaenam tahun lepas. Tadi aku pergi makan. Kedai tu ada tv. Dia pasang wresling. Hek eleh, bosan sungguh, tengok gimrama lagi best lah.




Ada seorang pakcik berkopiah ni, sumpah aku cakap, mata dia tak lekang dok tengok wrestling. Kelakar. Kau tau la kan, wrestling pompuan pun ada. Memang seksi habis, macam nak pergi berenang. Pakcik berkopiah ni tetap setia menonton. Ahli gusti perempuan. Seksi. Tak kelakar ke tu?




Puasa dah dekat. Antara benda paling menyampah masa bulan puasa adalah, soalan 'Weh kau puasa hari ni?' dan ucapan selamat berbuka di fesbuk. Bulan puasa adalah best, sebab, keadaan tak semena-mena jadi tenang. Aku rasa sebab semua orang penat lapar, dan malas nak kecoh-kecoh. Lagi satu, bazaar Ramadhan, ini memang best sebab boleh pergi ambek bau.




Dulu masa adik aku kecik (sekarang pun kecik lagi), dia tanya aku, 'Abang, berak batal dak puasa?' Kalaulah berak itu batal puasa, mampus penuh jamban masa berbuka. Takpe, beliau masih kecil dan curious.




Ish, nak kena beli megi banyak-banyak ni, kang lunch apa bulan puasa nanti, ops.

Sunday, July 24, 2011

Patutlah.

Hari tu jenjalan. Cari tali leher. Warna merah. Yang selim.




Dari jauh aku dah nampak. Macam cun. Tapi ada corak-corak bunga-bunga katun-katun. Pi belek dekat-dekat.




Lama la jugak dok belek. Betul memang selim tali leher tu. Tapi terlampau selim.




Last-last cina jaga kedai tu datang. Dia cakap.











"Cari tali bra? Manyak cantik."







Patutlah adik-adik aku gelak. Bengong, bukan nak sound awal-awal. Tapi perlu ke pakai tali bra cantik-cantik? Eh bukan bra dah ada tali ke? Nak pakai macam mana doh? Tali spender ada jugak ke? Curious.










Mat saleh rilek je keluar bandar tak pakai bra. Ini lagi aku curious. Entah-entah yang keluar tak pakai spender pun ada. Haish, kotor lah, tak beradab betul.

Friday, July 22, 2011

Like a pie, like a Kai.

Pi = π = 22/7




Selamat Hari Lahir kepada Big Boss dan saya.











I'm sweet like a pie bebeh.

Tuesday, July 19, 2011

Mak Bee

Kuah rojak Mak Bee. Taktau apasal tapi pemes. Jadi, dengan bersemangatnya tadi beli la satu.




Balik rumah makan dengan rambutan. Pelik. Tapi terbukti, memang sedap kuah rojak tu. Lepas makan, aku dapat rasa satu penangan. Rasa macam nak kenal penangan tu. Oh shit.




Kuah rojak tersebut mengandungi belacan. Velachan you know velachan. Gatal hidung, gatal muka, gatal badan, gatal tekak, habis kena sindrom gatal.




Apa dosa hamba-Mu ini dilahirkan elejik belacan? Mengapa? Mengapa? Oh Mak Bee, mungkin ini pertemuan kita untuk kali yang terakhir, selamat tinggal. Mak Beeeeeeee....................






Hang memang terer. Wa tabik sepering sama lu Mak Bee.

Monday, July 18, 2011

Tak berani

Memang. Memang kami ramai di saat itu. Empat orang. Semua gagah-gagah perkasa. Tapi kami tak berani.




Biarpun dia satu, kami empat. Dia hawa, kami adam. Kami tetap tak berani.




Biarpun mukanya tidak garang, tidak bertaring, tidak berjanggut. Kami tetap tak berani. Sumpah.




Betul. Kami tak berani. Biarpun kami tahu tiada apa yang bakal terjadi. Biarpun kami tahu.... Ah lupakan sahaja, kami memang tidak berani.




Memang, kami nampak gah di luar. Tapi di ketika itu, kami tak berani. Betul. Sumpah tak berani.




Beranikah kau nak menegur seorang perempuan bahawa.








Bahawasa zip seluar jeansnya tidak tertutup? Ada berani? Kami tak, sumpah tak. Gila kau, kang dia tuduh kami dok tengok......ah lupakan, kami tak berani. Sumpah. Tak berani.




ps : Sekarang ni seluar pendek aku ada masalah. Zip selalu terbukak sendiri. Ini mesti ada jin dok bukak zip aku ni. Gila seks punya jin, shuh-shuh.

Apa itu penat.

Penat kalau main futsal lama-lama (lama-lama untuk orang macam aku = lebih dari limabelas minit).



Penat kalau tunggu laptop-tahap-longkang-tunggu-masa-nak-nazak ni on.



Penat kalau duduk lama-lama dalam kelas hinglish dengar cikgu membebel.



Penat kalau masuk jamban sebab nak terberak, last-last tak jadi berak.



Penat kalau kena berleter.



Penat kalau tunggu beghukbeng nak loading video kat youtube.









Kau tau apa paling penat. Penat kalau. Pagi. Petang. Malam. Dengar suara indon dalam rumah ni. Apa la yang best sangat sineteron-sineteron indon ni? Dan kenapa, kenapa, kenapa Astro buat pek cerita indon? Kenapa la dei?




Rasa macam dah kat setinggan mat-mat indon. Gue, lu, barantam, cocok, banget, butuh, sore bla bla bla bla kroih kroih. Sumpah penat.

Saturday, July 16, 2011

Safee lah.




Safee Salee lah brader. Shakir Shaari sapalah pulak? OMG, Safee's back.




Pendapat aku tetap sama. Pertahanan Malaysia lemah mental, sangat lemah.

Thursday, July 14, 2011

Ikut urutan

Puasa pun belum start lagi. Tapi ramai dah fikir pasal raya. Nak beli baju kaler apa, nak beli kuih apa, nak pergi raya kat mana etc.




Kasi puasa dulu lah! Baru raya.

Sunday, July 10, 2011

Aiya.

*masuk kedai alat musik*




"Manyak besak."



"Ha?"



"Manyak besak woo."



"Apadia yang besaq untie?"



"You punya mata, manyak besak."



"Ha.Ha."




Anywho, my baby just got new strings. You are so damn sexy. Maybe we'll have a litlle fun tonight. Lur-ve-ah.

Saturday, July 9, 2011

Alamak

See the banner? Yep, warna kuning.




Hahaha, aku rasa aku dapat ramalkan future. Perhimpunan Bersih ni dah lama aku ramalkan, hummm-hummmm.




Malam kang aku tidur, aku ramalkan lagi benda masa depan.

Tutankhamoun

Sekarang tengah tunggu seken match of the day. Paraguay lawan Mexico.




Tadi tukar-tukar cenel. Terbukak la TV9. Nasi Lemak Kopi O. Tergamam.




Peseyen tudung baru. Aku tak pernah tengok. Pesyen firaun. Kelakar, macam ular tedung pun ada. Terima kasih kepada hos itu, anda membuatkan saya geli hati hari ini. Ah gelinya hati ini.




Firaun tu adalah title kepada pemerintah kat Mesir. Dan ada berapa puluh kot firaun. Tambah la lagi kat Malaysia lepas ni.

Friday, July 8, 2011

Benda bersih yang tidak halal?

Dei, we are all Malaysians. Like it or not, we are all in this mess.




Perancis, negara yang banyak gila babi protes. Boleh kata kalau ada matahari kat luar dan cuaca panas, konfem ada protes. Ekonomi tak jatuh pun disebabkan protes-protes tu, imej negara tak tercalar pun disebabkan protes-protes tu. Sebab? Protes tu secara aman. Dan memang ada peraturan untuk buat protes, which is, perlukan sekurang-kurangnya dua orang untuk protes.




Apa bezanya protes di sana-sini dengan protes di hadapan Kedutaan Negara lain? Nada. Kecuali pihak yang diprotes tu ada kuasa dan tiada kuasa. Kalau aku ada kuasa, hang protes? Hak tuih, boleh blah.




Sokong dari jauh pun tak boleh? Apa kes? Kot kalau komputer boleh la nak format ikut telunjuk. Even komputer aku kadang-kadang tak dengar cakap, berapa kali kena hempok baru ikut. Oh, hempok.




Aku tak pandang apa yang akan berlaku esok sebagai tindakan 'politik'. Lebih kepada meluahkan rasa tak puas hati terhadap sistem pengundian. Yep, I know one or two things about our election system. Dan kalau semua orang sayang negara sendiri, you should know all the facts about the system, which is not that good.




Tak kira la kalau pro-pembangkang ke, pro-kerajaan ke, facts are facts. Believe it or not, we only got two races in Malaysia, pro-pembangkang dan pro-kerajaan. Semua orang ada hak untuk pilih yang mana satu, jadi, tidak perlulah berbalah untuk menjunjung nama-nama besar yang belum tentu betul. Hang kata orang ni, orang tu kata hang, last-last habuk pun tarak.




Aku tak sokong perhimpunan esok, dan aku tak marah pasal perhimpunan esok. Even kalau berita cakap diorang jumpa bom petrol segala, pfff, bullshit. NGO bagi duit banyak untuk buat perhimpunan ni? More bullshit. Setahu aku, polis Malaysia sangat efisyen dalam menyiasat benda-benda yang memusykilkan (yep), seperti, tetiba duit dalam bank kau semalam ada singgit, hari ni ada tiga juta, yep polis akan siasat. They are good at doing this, and I salute them for that.




Aku tak sokong dan aku tak bangkang. Sebab dari apa yang aku tengok, protes adalah sangat bagus, kalau dilakukan secara betul.







OMG, he's leaving the country tomorrow? Who will be in charge then? His wearing-a-helmet wife? OMG OMG OMG OMG OMG OMG.

Tuesday, July 5, 2011

Suara kecil di dalam kepala

Kenapa.kalau.aku.baca.ayat.macam.ni.suara.kecil.dalam.kepala.otak.aku.baca.perlahan.lahan.berhenti.untuk.setiap.perkataan.




Kenapa............kalau............aku............baca............ayat............macam............ni............suara............kecil............dalam............kepala............otak............aku............baca............panjang............panjang............




KENAPA KALAU AKU BACA AYAT MACAM NI SUARA KECIL DALAM KEPALA OTAK AKU MARAH-MARAH.




Kenapa!kalau!aku!baca!ayat!macam!ni!suara!kecil!dalam!kepala!otak!aku!menjerit!jerit!





Suara kecil dalam kepala otak aku berbisik bila baca ayat seterusnya, (ayat ni la membuatkan suara kecil dalam kepala otak aku berbisik, shhhh).




Suara kecil dalam kepala otak aku pandai menyanyi bila baca ayat: La, la, la, la, la, la, la, la, la ,la.




Suara kecil dalam kepala otak aku boleh tukar-tukar suara :


A : Hai apa khabar?

B : Hai, saya sihat. Awak apa khabar?

A : Saya demam, tak sihat. (suara kecil pura-pura demam)

B : Kesiannya. (suara kecil buat suara kasihan)






Kalau boleh letak mikropon dalam kepala otak kan best, teringin nak dengar macam mana suara beliau.

Monday, July 4, 2011

Kucing yang tidak berdosa

Tadi aku nampak sekor kucing. Tengah landing sedap kat atas tempat parkir. Comel, gebu. Aku pergi la dekat nak kacau dia. Sekali.........




Dah mati daaaaaa. Kepala berdarah. Bukan kena langgar sebab kalau kena langgar konfem la hancur. Aku rasa kena pukul. Sebab dekat-dekat situ ada tompok darah terpercik (aku tengok CSI : Miami ok). Dan bangkai dia memang cun lagi, cuma kepala yang berdarah.




Ok, sekarang kena cari bahan bukti. Dan cari saspek. Kesian kau wahai kucing jalanan. Apa dosa kau? Berak merata? Kencing merata? Semoga ditempatkan di kalangan kucing-kucing jalanan yang lain.

Sunday, July 3, 2011

Awum!

Kau tengok Taiwan-Malaysia tadi? Tahniah kerana melayakkan diri ke pusingan kedua walaupun kalah 2-3. Aku takmau komen pasal match sangat, tapi gol-gol Malaysia memang cun. Cuma yang kurang best, tiada gol dari open play. Dua-dua dari sepakan percuma, ala-ala gol Roberto Carlos dan Steven Gerrard.




Aku cuma pelik. Perlukah kau jadi bodoh sangat untuk jadi pengulas bolasepak? Okey. Kita menang 2-1 kat tempat sendiri hari tu. Then hari ni kalah 2-3. So aggregate 4-4. Taiwan sumbat 1 gol kat tempat lawan (Bukit Jalil), dan kita sumbat 2 gol di tempat lawan (Taipei), so by away goal rules, kita layak.




Tapi apakebodohsangat yang kau, sebagai pengulas, yang 1Malaysia dengar, pergi cakap "Kita akan main masa tambahan sebab aggregate seri." Kau reti pasal bolasepak ke tak? Macam mana kau boleh jadi pengulas?




Lagi satu. Ini kalau kau tengok perlawanan pertama kat BJ hari tu, kau akan tahu yang Rajagobal buat tiga perubahan dari segi line-up. Yang kau yakin sangat cakap dia buat dua perubahan tu apasal? Kau ni kalau tak bodoh, memang bangang.




Yang ni last. Kau kenal ke tak sebenarnya pemain Malaysia ni? 'Talaha' is ta-la-ha, bukannya tal-ha.




Aku bengang tau bengang? Kau tau tak? Kasi orang lain la yang ulas, aku tak boleh konsentret tengok bola sambil mulut aku dok maki pengulas. Haktuih!





Harimau Malaya awum!

Olé!!

Sekarang ni ada Copa America, kat Argentina. Perlawanan bolasepak untuk benua Amerika Selatan. Ada doblas negara yang layak masuk. Benda pertama yang terlintas kat kepala aku bila dengar doblas ni (yang tiada kaitan dengan bolasepak) :




1. Argentina : Anjing betina? Wurf-wurf!


2. Bolivia : Bollywood. Eh Che Geuvara dari situ ke?


3. Brazil : Amazon. Bukan yang jual buku tu. Hutan Amazon.


4. Chile : Santiago. Ibu negara Chile. Sebab dulu aku main hapal-hapal ibu negara, ini yang paling senang nak ingat.


5. Colombia : Keristopo Kolombus.


6. Costa Rica : Taktau apasal, tapi bila dengar Kostarika, aku terbayang orang hitam.


7. Ecuador : Matador.


8. Mexico : Awek Mexican. Mamma-mia!


9. Paraguay : Uruguay.


10. Peru : Kawan aku, sebab dulu dia punya email, kepala_peru.


11. Uruguay : Homer Simpson sebab dia ada satu espisod, dia gelak sebab dia baca Uruguay, "You are gay." Hahaha, bodoh punya Homer.


12. Venezuela : Vuvuzela, ciptaan paling annoying yang pernah dicipta. Prettttt-preeeettttttt.








Astro ni bangang sangat la. Hujan sikit, dah takdak siaran. Kalau aku cipta parabola berpayung konfem laku.