Monday, December 31, 2012

Selamat Tahun Baru

Pejam celik pejam celik, dah 2013 dah. Ramai antara kita yang hilang balapan masa kerana terlalu keras bekerja. Yang malas bekerja juga akan lost track of time. Tadi dalam kereta aku dengar ada pakcik botak tu bagi perutusan tahun baru. Aku pun nak bagi perutusan juga.


Selamat Tahun Baru!!!


Ringkas dan padat bukan perutusan tahun baru aku? Tak payah nak panjang berjela dan mengajak pendengar/pembaca menjerit perkataan "Malaysia" selepas aku jerit perkataan "Satuuuuuu!!".


Sampai sekarang aku konfius. Macam mana nak seleburit tahun baru? Siapa-siapa yang ada manual untuk selebirit tahun baru dengan berhemah selain dari keluar tengok bunga api dan jerit tiga dua satu happy new year.


Oh pasal azam tahun baru pulak. Tak pernah aku ada apa-apa azam yang betul-betul aku berazam nak buat. Tapi tahun ni aku ada satu azam. Azam aku adalah aku nak bangun pagi awal.


Sunday, December 30, 2012

Pulau Gegagak

Aku hari tu pergi Pulau Pinang kejap. Lepas tu bila aku balik ke rumah, aku dilanda batuk, selsema, demam dan kahak kuning kaw-kaw punya pekat. Tapi jangan risau. Aku masih kacak seperti sebelum aku sakit-sakit.


Memandangkan aku ke Pulau Pinang. Aku nak tanya sikit lah, tang mana ada jual mutiara kat Penang? Sebab nama jolok-jolok Pulau Pinang sepertimana yang kita semua maklum adalah Pulau Mutiara. Tapi aku tak jumpa pun mutiara. Kau ada jumpa?


Selain itu, aku peratusan kehadiran binatang yang paling tinggi di Pulau Pinang adalah gagak. Merata tempat aku pergi, mesti ada gagak. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku tukar Pulau Mutiara tu ke Pulau Gegagak.


Itu je lah aku nak cakap. Kang cakap-cakap lebih-lebih kang orang Penang marah. Leceh.


Nasi kandar merupakan satu jenis nasi yang aku tak akan rasa bosan terhadap beliau, sampai bila-bila.

Friday, December 28, 2012

Kekurangan

Tak baik tau mengutuk kekurangan orang lain. Tambah-tambah kekurangan dari segi fizikal. Tapi kalau dari segi kelebihan lemak di badan tu aku dah konfius, nak panggil kekurangan pun macam salah jugak. Kekurangan dari segi kelebihan mungkin?


Lagi satu. Tang orang gagap. Kenapa mereka dipersendakan sedangkan mereka jujujujujujujujujujujuju juga punya perasaan? Babi lah keyboard laptop sangkut tatatatatatata tadi.


Tak pandai pulak aku nak update entry petang ni. Jadi baca lah entry ni dua tiga kali supaya nampak macam panjang sikit.


Monday, December 24, 2012

Bahasa Yinggelish

Sekarang ni aku semakin malas nak tulis pasal isu semasa, sebabnya aku dah jarang tengok dan baca berita kat Malaysia. Maklum lah, pilihanraya dah dekat, balik-balik cerita gaduh, balik-balik cerita air tak cukup, balik-balik cerita hutang negara. Boleh botak juga kepala aku kalau selalu tengok atau baca berita yang pesen macam tu.


Cuma dua tiga hari lepas, ada sorang menteri ni, menteri yang ada tatoo kat muka tu, menteri yang anak dia menyanyi lagu orang putih tu. Beliau cakap lepas ni nak ambil cikgu Bahasa Inggeris dari India. I was like what the...*sambil garu kepala laju-laju*


Menyampah pulak dengan 'i was like what the...' yang aku tulis tu, serupa pondan. Benda yang sebenarnya yang aku nak cakap adalah, kejadah hoi? Apa kaitan Bahasa Inggeris dengan negara India? Aku bukan nak bersifat perkauman ke apa, tapi, setahu aku lah, loghat orang India (dari India, bukan dari Malaysia) bila bercakap Inggeris adalah loghat yang paling sukar difahami dalam dunia.


Serupa kau ambil cikgu dari China, suruh dia ajar Bahasa Arab. Kau agak-agak boleh pergi ke tidak? Mahu jadi gila pelajar-pelajar tu aku rasa.


Kalau betul pun nak ambil cikgu Bahasa Inggeris dari luar, ambil lah yang memang dah lahir-lahir bercakap Inggeris, ambil lah yang bahasa ibundanya memang Bahasa Inggeris. Aku tak faham jugak, tak cukup ke cikgu Bahasa Inggeris keluaran tempatan kat Malaysia ni? Aku dengar hari tu, lepasan graduan yang nak jadi cikgu susah nak dapat kerja. Ini apa benda pulak setan?


Sungguh. Aku tak faham. Kang aku bangkang habis-habis kang Rais Yatim cakap aku ni penyebar fitnah dan menjatuhkan kerajaan di laman sosial pulak. Mungkin ini lah yang dimaksudkan dengan "politikkan segala mak nenek isu."


Sudah lah, malas aku nak marah-marah. Aku nak pergi tarik misai kucing aku kejap.


Sunday, December 23, 2012

Sembilan

Sebenarnya aku dah lama mencari jawapan kepada persoalan yang seingat aku dari aku lapan tahun lagi aku dah tertanya-tanya. Banyak juga kajian serta eksperimen yang aku lakukan. Tidak ketinggalan gunung yang tinggi, onak yang berduri serta lopak air yang hancing aku tempuhi.


Tapi sampai sekarang aku tak jumpa jawapan yang memuaskan hati. Cikgu aku pernah pesan, "Dalam seumur hidup kita, apa-apa persoalan pasti terjawab, tak kira jawapan itu dicari atau dia datang sendiri." Itu pesan cikgu aku. Aku tak tahu nak kategorikan pesanan beliau tu sebagai motivasi atau pun pesanan seorang pemalas. Tapi aku pegang pesanan beliau. Apa jadi kat beliau pun aku dah lama tak hubungi. Harap-harap sihat. Atau tak. Aku bukan peduli sangat akan kemaslahatan beliau.


Persoalan ni aku tak tahu lah aku seorang sahaja yang tertanya-tanya atau pun ramai lagi yang turut tertanya-tanya. Aku takut nak timbulkan persoalan ni, aku takut AC Mizal marah. Aku takut bumbung berbentuk aneh marah. Aku takut masak lemak cili padi marah. Dan aku takut The Blues Gang marah.


Apa nama sebenar Negeri Sembilan?


Sumpah aku keliru. Aku bagi contoh.


Kalau Perak. Orang akan cakap, "Aku dari Perak. Jom pergi negeri Perak."

Kalau Selangor. Orang akan cakap. "Selangor ni asalnya negeri pertanian. Negeri Selangor ini lah dulu yang menjadi periuk nasi Malaysia."


Kalau Negeri Sembilan?? Aku keliru bahagian 'Negeri' tu. Adakah perkataan 'Negeri' tu sendiri termasuk dalam nama Negeri Negeri Sembilan? (tak, aku memang taip 'Negeri' dua kali)


"Saya berasal dari Negeri Sembilan. Negeri Negeri Sembilan ni memang aman damai dan berangin sepoi-sepoi bahasa."


Ke perkataan 'Negeri' tu sebenarnya tak termasuk pun dalam nama Negeri Sembilan tu sendiri?


"Saya berasal dari Sembilan. Sembilan ni adalah sebuah negeri yang maju. Kalau senang-senang, datanglah ke negeri Sembilan."


Aku keliru.


Negeri "Negeri Sembilan" atau sebuah negeri yang diberi nama Sembilan? Itu belum aku mula pasal 'Darul' lagi. Kejadah pergi tukar Perlis Indera Kayangan kepada Perlis Darul Sunnah? Sebab dekat sempadan Perlis boleh kahwin banyak-banyak? Perlis Darul Harumanis lagi sesuai aku rasa.


Saturday, December 22, 2012

Langit yang gelap

Malam tu aku tidur lambat. Dalam mimpi aku, aku nampak dunia hancur, kapal terbang berlanggar, kereta terperosok bawah lori kontena, makcik-makcik jatuh longkang secara terbalik dan tiang-tiang letrik patah dua.


Bila aku bangun dari mimpi ngeri aku, dunia begitu gelap. Cepat-cepat aku capai telefon mahal aku dan aku periksa tarikh. 21 haribulan 12 tahun 2012.


Terus aku berlari ke ruang tamu dengan wajah yang panik. Mak aku tengah tengok televisen, rancangan drama.


"Mak! Mak! Dunia dah hancur mak! Mak tak nampak langit kat luar tu gelap! Baru pukul lapan dah gelap! Dunia dah hancur mak dunia dah hancur!"


"Hancoq tengkorak hang. Hang bangun pukoi lapan malam memang la gelap!"


Sekian sahaja cerita pendek berkenaan 21 haribulan 12 tahun 2012.


Jawapan teka-teki aku dalam entry lepas tu nanti lah aku bagitau.

Thursday, December 20, 2012

Teka-teki syiling (dah ada jawapan)

Celaka betul.


Aku ada satu teka-teki ni yang walaupun banyak kali aku dah dengar, dan aku dah tahu jawapan dia. Tapi bila bila ada orang tanya, aku akan gagal untuk jawab. Sama ada aku ni nyanyuk atau pun teka-teki ni pesen tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan.


"Dua keping duit syiling. Hasil tambah nilai kedua-dua syiling adalah tiga puluh sen. Dan satu daripada dua syiling tu adalah bukan syiling sepuluh sen."


Hah? Tahu ke jawab? Tahu keeeeeeee?


JAWAPAN : DAH ADA ORANG JAWAB DAH. (KOMEN KAT BAWAH)


Jawapan ada dalam soalan. "Satu daripada dua syiling tu adalah bukan syiling sepuluh sen."


Satu daripada dua syiling tu adalah syiling dua puluh sen. Dan satu lagi adalah syiling sepuluh sen.


Kahkahkah.

Wednesday, December 19, 2012

Kiamat ke belum?

Keputusan PMR keluar hari ni.


Entah. Aku tak peduli sangat pasal PMR ni. Lagipun menyampah sebenarnya bila ada orang yang menyampah dengan budak-budak yang post di Facebook atau di Twitter pasal keputusan PMR beliau. Biarlah budak-budak tu nak rasa seronok sekali-sekala. Bak kata orang, let them live the moment. Betul ke aku speaking tu?


Yang pasal kiamat 21/12/2012 atau Jumaat ni pun satu jugak. Sekarang ni ada dua kem. Kem yang satu, percaya gila babi dunia akan kiamat Jumaat ni. Kem yang dua, memaki geng dari kem satu, katanya kurafat, dan membangkang yang Jumaat ni akan kiamat.


Pada pandangan aku yang amat tajam ni, aku rasa dua-dua kurafat. Sebabnya, kem satu, percaya akan ramalan kiamat. Dan kem dua, dalam menyakinkan diri bahawa kem satu itu kurafat, dan yakin yang amat sangat bahawa Jumaat ni tidak akan kiamat, dalam sedar tak sedar juga kurafat kerana dengan tak sengaja meramalkan bahawa Jumaat ini bukan kiamat. Nampak? Tajam bukan padangan aku? Kacak pulak tu.


Moral bebelan aku kat atas tu adalah. Jangan kau ingat aku suka-suka tulis tanpa ada moral sebab aku ni belia yang penuh dengan moral dan tatasusila.


Moral dia adalah 'Carpe diem'. Atau dalam bahasa Malaysia, aku taktau dalam bahasa Malaysia apa maksud dia, tapi kalau dalam bahasa Inggeris, maksud dia 'Seize the day.'


PMR aku dulu 8A.

Saturday, December 15, 2012

Konspirasi hijau Malaysia

Kau nak tahu satu rahsia? Nak tahu rahsia disebalik kenapa orang Malaysia suka tidur semasa hujan? Betul nak tahu? Meh duduk atas peha aku supaya aku boleh ceritakan. Yang bawah 50 kilo sahaja! Yang atas dari 50 kilo duduk atas lantai.


Konspirasi tidur semasa hujan ni adalah agenda rahsia. Konspirasi orang-orang besar.


Sebenarnya orang Malaysia banyak membazirkan elektrik. Antara bahagian rumah yang paling banyak pakai elektrik adalah ruang tamu. Dekat ruang tamu lah kau nak tengok tv, pasang kipas kuat-kuat, pasang ekon laju-laju dan main komputer. Televisen, antara penyumbang terbesar pembaziran elektrik. Dalam sehari, orang Malaysia menghabiskan kira-kura enam jam menonton televisen. Enam jam penggunaan elektrik untuk menonton drama, iklan syampoo, dan cerita pasal binatang.


Orang-orang besar risau dengan trend pembaziran elektrik ni. Jadi satu hari tu, timbul satu idea yang bernas. Idea di mana mengaitkan keadaan cuaca di Malaysia dengan teknologi. Idea di mana pembaziran elektrik dapat dikurangkan dengan banyak. Idea di mana negara kita dapat mengelakkan masalah elektrik tidak cukup.


Astro.


Astro adalah satu idea yang bernas. Cuba kau fikir. Dalam keadaan yang serba moden sekarang, logik atau tidak bila hujan sikit-sikit pun, Astro dah tak dapat siaran. Logik atau tidak? Berani aku cakap, langsung tak logik. Jamban flush sendiri kau boleh cipta, kereta terbang kau boleh cipta, rokok elektronik kau boleh cipta, robot basuh pinggan kau boleh cipta, tapi Astro yang berfungsi semasa hujan kau tak boleh cipta? Tak logik!


Dalam sebulan, berapa kali Malaysia akan hujan? Malaysia adalah negara yang dekat dengan garisan Khatulistiwa, jadi purata hujan dalam sebulan adalah sangat tinggi. Orang-orang besar sedar akan hakikat ini dan mengambil kesempatan ke atas keadaan cuaca Malaysia dengan penciptaan Astro.


Sebab itu lah, orang Malaysia akan secara automatik masuk ke bilik tidur bila hari hujan. Sebab tak dapat tengok televisen. Elektrik dapat dikurangkan. Beban negara dapat dikurangkan. Bernas tak bernas?


"Kau nak tahu peramal cuaca paling berkesan dalam Malaysia? Astro. Bila Astro kau dah mula sekat-sekat, maknanya hari nak hujan." - anonymous.


Itulah konspirasi Malaysia yang paling besar. Nanti aku bongkar pasal konspirasi Malaysia kedua terbesar iaitu konspirasi Maxis telan kredit pulak.

Life of Kai

Satu hari tu aku teringin betul nak pergi angkasa. Jadi aku bawak kereta Kancil aku laju-laju dan aku langgar satu bonggol jalan kat satu taman perumahan ni. Masa aku langgar bonggol tu, aku dilimpahi cahaya, cahaya kamera AES. Tapi aku tak peduli sangat sebab aku nak ke angkasa!


Kereta aku melambung tinggi ke langit. Aku tekan minyak kuat-kuat. Lalu aku pun dalam perjalanan ke angkasa. Dengan tiba-tiba keluar seekor tenuk dari tempat duduk belakang. Bukan main terkejut aku. Sikit lagi aku nak kena serangan jantung, nasib baik aku hensem.


Tenuk tu baik. Dia duduk senyap-senyap kat tempat duduk belakang Kancil aku. Sesekali aku dengar dia ketawa. Mungkin sebab aku pasang Hot FM. Lawak Hot FM ni spesies tenuk je yang boleh ketawa. Badak air dengan anai-anai aku rasa memang takkan ketawa kalau dengar Hot FM.


Masa aku berhenti dekat R&R, aku pergi tandas. Tenuk tu tengah tidur. Tak sampai hati pulak aku nak matikan enjin kereta, jadi aku biar je, dengan pendingin hawa aku buka nombor dua. Masa kat tandas R&R tu aku terserempak dengan ungka, orang utan dan beruang tapioka.


Lepas tu aku teruskan perjalanan. Kali ini dengan tiba-tiba lagi keluar seekor jerung ditemani seekor penguin dari ruang tempat letak barang kat dashboard kereta Kancil aku. Aku dah tak terkejut dah. Aku rilek je.


Jerung tu makan tenuk yang dari tadi dok tidur tu. Penguin tu apa lagi, mengamuk sakan! Bergoyang-goyang Kancil aku. Aku steady je pegang stereng dan terus memecut laju. Yelah, kang kalau sampai lambat kang hotel penuh pulak. Aku bukan taknak tempah awal-awal hotel tapi kredit pulak habis, tak sempat nak tambah nilai.


Penguin tu terajang kepala jerung tadi. Bergolek-golek dia jatuh. Aku tepuk tangan sebab gembira dengan kematian jerung durjana tadi. Penguin tu turut serta bergembira. Sempat jugak aku tepuk-tepuk belakang penguin tu dan berbisik "Good job."


Dengan tiba-tiba sekali lagi, jerung tadi bangun dan menelan penguin yang masih bergembira tu. Aku tergamam. Jerung tu dah kenyang baham penguin tadi, jadi dia buat taktau je kat aku. Entah dari mana, keluar seekor iguana dan mengkarate jerung itu.


Kali ni, aku tak terburu-buru untuk bergembira, manalah tahu kot-kot macam tadi, jadi aku periksa dulu nadi jantung jerung tu. Bila dah pasti yang jerung tu dah mati, aku melompat kegirangan. Iguana tadi tak lompat sangat, tapi aku dapat lihat kepuasan terpampar di wajahnya. Kepuasan membunuh seekor pembunuh yang membunuh.


Perjalanan ke angkasa mengambil masa selama 277 hari. Itu pun sebab aku ada sesat sikit bila sampai ke lapisan langit ke sembilan. Kalau tak 250 hari je aku baca kat internet.


Moral kat sini adalah, kill a man, you're a criminal, kill a man who kills a hundred man, then you're a hero.

Friday, December 14, 2012

Malaysia-Thailand (pasca-perlawanan)

Sudahlah. Malas aku nak tulis panjang-panjang pasal perlwanan semalam.


Aku nak cakap satu ja, aku setuju dengan Rajagobal. Malaysia tempang lepas Fadhli Shas kena kad merah. Dan aku setuju bila beliau cakap, pengadil membuat keputusan yang salah.


Mana ada dalam peraturan bola sepak bila kau maki pemain lawan yang MEMULAKAN provokasi, kau layak diberi kad kuning. Tak ada. Penjaga garisan yang berdiri sebelah tu pun macam bangang. Patutnya dia panggil pengadil dan bagitau pengadil apa yang jadi.


Pengadil. Dengan penjaga garisan. Sama-sama serupa babi.

Wednesday, December 12, 2012

Malaysia-Thailand (pra-perlawanan)

Esok malam Malaysia lawan Thailand. Jadi sebagai tok dukun tak bertauliah, aku nak cuba ramal sikit apa yang bakal terjadi. Tapi sebelum jadi tol dukun tak bertauliah, aku nak jadi pengulas tak bertauliah kejap.


Rata-rata rakyat Malaysia kecewa bila perlawanan pertama hari tu Malaysia seri satu sama. Tapi sebagai pengurus pasukan yang menduduki tempat pertama dalam carta Hall of Fame dalam Football Manager, aku tak kecewa sangat.


Kemenangan 1-0 di tempat sendiri adalah posisi yang membahayakan. Bayangkan kalau Malaysia menang 1-0 hari tu. Kau rasa Malaysia akan main macam mana dekat Bangkok esok? Sah-sah bertahan. Kalau pertahanan kebal tak apa jugak, tapi sikit-sikit bolos, sikit-sikit bolos, memang hancur la jawabnya.


Seri 1-1 di tempat sendiri pulak boleh menukar pemikiran "perlu bertahan di tempat lawan" kepada "perlu menyerang di tempat lawan". Dalam apa-apa jenis benda pun, "serangan adalah pertahanan yang paling baik". Jadi, aku hampir pasti Malaysia akan cuba bermain dengan taktik serang esok malam. Dan bukannya bertahan macam taik.


Ramalan aku, esok malam bakal seri satu sama lagi. Lantas mengheret perlawanan ke masa tambahan dan Malaysia menang melalui sepakan penalti sebabnya pemain Thailand akan tertekan dengan tekanan dari puluhan ribu penyokong di tempat sendiri.


Harapan aku adalah Safee bakal menunggang, bukannya menonggeng esok malam.

Sunday, December 9, 2012

Life if Pi (EDITED)

Aku baru lepas tengok cerita Life of Pi. Cerita yang diadaptasi dari sebuah novel. Sebenarnya, lepas aku tengok cerita tu baru aku tau yang cerita tu diadaptasi dari novel sebab aku pergi search kat wikipedia pasal cerita tu. Masa tengok cerita tu pun aku dah dapat agak dah sebenarnya, aku dah dapat agak yang ini mesti dari novel.


Kalau aku balik rumah selepas tengok satu-satu cerita, dan aku pergi search kat internet pasal cerita yang aku tengok tadi tu, maknanya cerita tu best gila babi. Bukan setakat best, kalau Transformers tu bagi aku best sahaja. Tapi Life of Pi ni tahap babi dia punya best. Grafik sedap, kelakar, menakutkan, sedih, saspen, saiko, cerdik. Dan yang paling penting, aku menghabiskan lebih kurang setengah jam selepas tamat cerita untuk cernakan jalan cerita Life of Pi.


Cuma satu je aku bengang pasal cerita ni. Dan aku masih bengang sampai sekarang. Nak tahu apa yang aku bengang-bengangkan bangang?


Penulis novel bagi dua pilihan. Satu, pilihan yang menyedapkan mata serta fantastik, atau dua, pilihan yang tak best langsung tapi boleh diterima logik akal. Antara nafsu dan akal. Antara fiksyen dan fakta.


Bagi yang dah tengok atau baca Life of Pie, kau pilih pilihan mana? Satu atau dua.


Aku pilih dua. Sebab pisang tak boleh terapung!!




EDIT (BENDA YANG AKU TULIS SELEPAS PERENGGAN INI ADALAH BEBERAPA JAM SELEPAS AKU TULIS ENTRY INI.) SPOILER ALERT. BELEN.


Babi. Jalan cerita Life of Pi masih lagi melekat dalam kepala otak aku. Biar pun dah dekat beberapa jam aku tengok cerita tu.


Aku baru lepas baca beberapa komen PEMBACA novel ni (bukan PENONTON) dekat internet. Haah, aku dah cakap, kalau sesebuah cerita tu best gila babi, aku akan buat research sampai aku puas hati.


Tema sebenar cerita ini adalah "hidup dengan adanya Tuhan" versus "hidup tanpa adanya Tuhan". Ayat Pi dalam awal-awal cerita tu adalah "I HAVE A STORY THAT CAN MAKE YOU BELIEVE IN GOD." Or samting laik dat.


Cerita Pi yang ada binatang (cerita pertama) adalah perumpamaan kehidupan dengan adanya Tuhan. Biarpun cerita tu tampak tak logik, tapi kalau kau percaya Tuhan, apa-apa pun boleh jadi. Sebabnya? Kuasa Tuhan, siapa tahu kan?


Cerita Pi yang tiada binatang (cerita kedua) adalah perumpamaan kehidupan tanpa adanya Tuhan. Apa-apa benda yang tak logik adalah TAK LOGIK. Maksudnya, kalau benda tu tampak fiksyen, benda tu mustahil terjadi kerana kehidupan tanpa Tuhan adalah berasaskan fakta semata-mata. Kau tak boleh nak explain benda yang terjadi tu dengan ayat "Oh, itu kuasa Tuhan."


Jadi. Berbalik kepada cerita mana yang kau percaya. Ikut suka kau lah. Tak semestinya kalau kau percaya cerita pertama, kau percaya Tuhan, dan tak semestinya kalau kau percaya cerita kedua, kau tak percaya Tuhan.


Sebab tu juga lah. Sebab tu jugalah dalam cerita ni Pi ada tiga (atau empat) ugama; Hindu, Kristian, Islam dan Yahudi (yang Yahudi ni aku tak sure). Sebabnya dia nak universalkan cerita ni supaya majoriti penduduk dunia boleh kaitkan diri sendiri dengan cerita ni.


Menyesal jugak sebenarnya tengok Life of Pi ni. Tak pernah seumur hidup aku, aku tengok cerita yang mendalam gila babi lahanat tema dia. Dan aku tak boleh tidur memikirkan pasal cerita ni.




"IF YOU BELIEVE IN ALL THREE RELIGIONS, THEN IT'S THE SAME AS NOT BELIEVING IN EITHER ONE"


Entah betul ke tidak aku quote tu. Peduli apa aku.

Saturday, December 8, 2012

Cinta yang bersambung

Andai kasturi hilang. Harum mawar tak berkuntum cinta. Tak bersambung biar emas. Setinggi gunung kan. Kupeluk rimbun ampun rahmat yang. Maha Agung.


Cinta tak semestinya bersambung. Apa kau ingat ini sinetron nak main sambung-sambung? Bahkan pula kalau emas itu setinggi gunung kenapa mahu memeluk rimbunan ampun?


Agenda hari ini adalah agenda yang agak basi. Belum basi lagi sebenarnya. Baru sikit-sikit nak basi. Kalau basi memang keluar buih dah gulai tu, siap berbau kaki lagi. Ini belum sampai tahap tu. Bakteria jahat pun baru nak bertapak. Kalau kau makan pun, memang takkan sakit perut sebab asid-asid dalam perut tu mampu lagi nak bunuh bakteria jahat pra-matang tersebut.


Senang macam ni lah, kalau taknak makanan tu basi, makan bagi habis, jangan membazir. Beli ala kadar sudah la. Ni yang pergi beli macam nak buat kenduri kahwin tu kenapa? Ikut nafsu. Lesu. Ikut hati. Mati. Ikut perut? Ikut perut sendiri. Jangan pulak ikut perut Rikishi Phatu sedangkan perut sendiri bersaiz Faizal Hussien. Itu tak sedar diri nama diberi.


Lagi satu tips kalau dah terlebih beli makanan tu, simpan dalam peti ais. Peti ais kau tu pun bukannya ada isi. Harapkan sebotol air handredplas, telur tiga bijik, tau fu fa bulan lepas dengan kitkat. Simpan je dalam tu. Kot-kot tengah-tengah malam lapar, boleh hangatkan balik atas dapur, ataupun dalam ketuhar gelombang, jangan pulak kau hangatkan dengan hangatnya asmara kita, itu dah lain perginya.


Elok je aku taip perkataan "organisma" dalam perenggan atas, agenda yang aku nak keutarakan tu pun dah jadi basi. Ini memang basi punya basi. Tak payah lah baca balik perenggan atas tu nak cari perkataan "organisma", tak ada pun sebenarnya. Gila apa nak tulis perkataan skema macam tu, ingat aku saintis? Tapi bila fikir balik, dah dua kali aku tulis perkataan "organisma" dalam entry ni, tak termasuk yang dalam ayat ni. Kalau termasuk, jadi tiga kali.


Mungkin aku ada bakat terpendam untuk jadi saintis sebenarnya. Saintis super kacak. Aku nak pergi beli kokakola kejap. Ketagih.

Tuesday, December 4, 2012

Merancang itu perlu

Sebenarnya hari tu aku baru pecahkan keterunaan aku. Keterunaan yang aku maksudkan bukanlah keterunaan yang melibatkan pertumpahan darah atau pun dari segi seksual, jauh sekali. Lagipun tangan kiri sudah lama meragut keterunaan pesen itu.


Keterunaan yang aku maksudkan adalah keterunaan pergi ke stadium untuk menonton binatang-binatang menyepak bola. Bukan main hebat binatang-binatang itu beraksi. Yang menyorak di luar padang juga tidak kurang hebatnya. Ada yang menyorak berupa "OI KEJARLAH BOLA TU!!", atau "SKOR LAGI SKOR LAGI SKOR LAGI!!", atau "ANDAI KATA KAMI GUGUR SEMUAAAA TABURLAH BUNGA DI ATAS PUSARAAAAA.", atau "HENSEMNYEEEEEEEEEEEE WANZEK HENSEMNYEEEEEEEEEEEEE! WANZEK WANZEK WANZEK."


Susah sebenarnya bagi aku nak pergi kolumpo semata-mata nak tengok bola sepak. Jauh. Kos. Leceh. Sesat. Dan macam-macam lagi alasan yang boleh digunapakai. Yang aku pergi tengok hari tu pun secara tak sengaja. Betul lah kata aku, "Benda yang kau plan ni susah nak jadi, benda yang kau tak plan tu yang senang nak jadi." atau pun kata orang-orang tua "Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan". Ewah.


Sebabnya, kalau kau plan awal-awal, maksud aku kau plan ramai-ramai dengan kawan-kawan kau, nanti pasti ada yang mula sangsi dengan plan tu dan menarik diri lantas menimbulkan kejadian yang diberi nama "Kalau sipulan pergi, aku pergi. Kalau tak, malas aku pergi." Akhirnya, semua kensel taknak pergi.


Kalau kau tak plan awal-awal, dan kau plan minit-minit akhir, kejadian menarik diri tu susah terjadi sebab tak cukup masa dah nak tarik diri. Nak tak nak, semua kena pergi. Bagus sebenarnya plan minit-minit akhir ni, perasaan sangsi dan curiga terhadap plan tu sukar terjadi. Orang kata main "Tangkap muat". Entah betul entah tidak perumpamaan yang aku pakai tu.


Atas sebab itu jualah, bila ada orang yang bersembang dan mula mengutarakan long-term plan beliau, aku akan mula sangsi dan skeptik. Long-term ni dalam lima atau enam tahun ke hadapan. "Lagi lima tahun aku ingat aku nak buka bisnes tu bisnes ni kahwin ada banyak anak lepas tu aset puluh-puluh ribu lepas tu nak pergi melancong ke Eropah." Heh.


Orang lain mungkin suka plan jauh-jauh ni. Tapi aku tak. Aku paling jauh yang aku dah plan pun, setahun dari sekarang. Lepas setahun, aku tengok dia boleh pergi ke tak. Kalau plan tu berhasil, aku akan plan lagi untuk setahun mendatang. Orang putih cakap "Just go with the flow" ke "Step by step", aku pun konfius. Tak pernah lagi aku plan jauh-jauh, sampaikan ada member aku dulu cakap "Kau ni tak berpandangan jauh ah". Kahkahkah.


Gagal merancang adalah merancang kegagalan. Rancanglah dengan berhemah, jangan gopoh-gopoh nak rancang. Kehidupan ini penuh kejutan. Jangan mati terkejut sudah. Wallahualam bisowap.


Semat tak aku bagi ceramah motivasi? Sudahlah semat, kacak bergaya tampan serta genius pula.

Saturday, November 17, 2012

Sedikit sebanyak

Aku ada satu cerita yang ada moral aku nak tulis. Tapi aku rasa dulu macam aku dah tulis. Tapi aku tahu, kau kan mudah nyanyuk, bukan kau ingat pun. Cerita ni cikgu Sains masa aku darjah tiga yang cerita kat aku. Bukan cerita kat aku sorang maksud aku, tapi beliau cerita dalam kelas.


Aku menyampah gila babi ah dengan cikgu Sains tu. Pernah sekali tu beliau tanya dalam kelas. "Kamu semua tahu kenapa denosor pupus?"


Aku sebagai ketua kelas masa tu, aku jawab la "Sebab ada asteroid jatuh atas Bumi kan cikgu?" Kau tengok, aku dari kecik dah ada bakat kempimpinan, enam tahun berturut-turut aku jadi ketua kelas, dah lah aku kacak masa tu. Seolah-olah sudahlah kacak, berbakat besar pula.


Lepas tu beliau jawab "Siapa cakap kat asteroid jatuh kat Bumi tu? Bodoh betul! Tak logik langsung!" Aku senyap je la. Semenjak dari hari tu, kami jarang dah bertegur sapa, selalu bermasam muka. Sampai sekarang aku berdendam. Dan rupanya jawapan aku tu betul, memang ada teori yang asteroid yang jatuh ke Bumi, lantas mencetuskan jerebu besar-besaran, lalu denosor pun sesak nafas dan mati beramai-ramai. Sudahlah kacak, berbakat besar pula, malah bijak bestari sejak kecil.


Moral sebenar dalam cerita ni adalah, kalau kau jadi cikgu Sains, jangan menyibuk pasal denosor. Oh pasal cerita yang beliau ceritakan tu, nanti-nantilah aku tulis, menyampah pulak dengan cikgu Sains tu. Dahlah pendek.

Sunday, November 11, 2012

Pisang emas

Pisang emas dibawa berlayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.


Hari ini tidak lain dan tidak bukan aku akan cuba memporak-porandakan pepatah orang-orang tua. Bukanlah bermaksud bahawa aku ni orang tua. Jauh sekali. Biar umur mencecah suku abad, namun jauh tersembunyi di dalam hati, aku masih kecil dan baru akil baligh. Jadi ayuh intrepret pepatah di atas dari kaca mata budak.


Jika diteliti, kenapa mahu berlayar dengan pisang emas? Semua orang tak tahu bahawa selain bijih timah dan getah, suatu masa dahulu Tanah Melayu adalah pengeksport terbesar pisang. Dan dalam banyak-banyak pisang, pisang emas lah yang paling laris. Kalau kau nak tahu, Tanah Melayu dulu pernah digelar dengan nama Tanah Pepisang atau The Land of Bananas oleh orang putih.


Dah jauh-jauh berlayar ke Eropah dan ke Togo, tetiba ada satu ja pisang emas yang masak. Tu yang jadi masak sebiji di atas peti tu. Peti tu aku syak peti ais. Pisang ni jenis kena simpan dalam peti ais, nak kekalkan kesegaran dan ketegangan dia. Cuma pelayar tu tertinggal sebijik di atas peti ais, cepat je pisang emas tu masak.


Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati.


Aku ada masalah sikit nak memahami maksud dia. Hutang emas memang lah wajib dibayar. Yang hutang budi tu. Seolah-olah dia cuba cakap bahawa hutang budi kau tak payah bayar.


"Aku ada terhutang budi dengan kau sebenarnya Rahman. Tapi aku taknak bayar sebab aku bawa ke mati. Hutang emas boleh kubayar, hutang budi kau aku nak bawa mati. Peduli apa aku."


Sebab itu lah juga aku rasa bahawa budaya ungkit-mengungkit dikecam keras di Malaysia. Sebabnya tak guna pun mengungkit, bukannya dia nak bayar budi kau, alih-alih bawa ke mati. Jadi, lepas ni kalau ada siapa-siapa yang malas bayar budi kau, kau buat rilek je. Memang orang dulu-dulu dah ramal dah perkara tersebut.


Pisang emas dibawa berlayar,
Pisang cokelat di dalam seluar;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang aku taknak pula bayar?


Arakian. Terima kasih.

Saturday, November 10, 2012

Tosai la dey tosai!

Aku baru sahaja menjalani satu pengalaman yang funny. Aku baru bangun ni, hari Sabtu pun aku bangun awal bukan? Kalau mak kau dengar yang aku bangun awal pagi-pagi Sabtu begini, sudah pasti aku lah calon menantu yang ideal. Calon je lah tapinya sebab aku lambat lagi nak berumahtangga. Bukannya kau sanggup tunggu aku pun, kan ke semua orang nak kahwin di awal usia remaja?


Berbalik kepada pengalaman yang funny tadi. Aku kat kedai mamak ni. Makan tosai. Saja tukar angin, selalu aku makan roti kahwin. Logik di sebalik roti kahwin itu adalah, roti yang tidak bertelur dikahwinkan dengan roti yang bertelur, macam manusia. Kecualilah kalau kau songsang, mesti kau akan order roti kosong dua ataupun roti telur dua. Takpun kau mintak telur mamak tu terus, itu lain cerita.


Aku cakaplah kat mamak tu aku nak tosai mentega. Lantas beliau mengerutkan dari menandakan beliau konfius. "Tosai mentega? Sini tarak la dey itu tosai."


Aku balas kembali kerutan dahi beliau. Kami saling mengerut. "Eh, selalu ada ja mamak? Hari pulak takdak?"


"Tosai mentega? Mana ada sini, hari-hari pun mana ada!"


Ah sudah. Tak pasal-pasal jadi gaduh pulak aku dengan mamak ni kat sini. Jadi aku tukar taktik. Aku cakap, "Kalau tosai planta? Ada dak?"


"Haaaaa, tosai planta kalu, ada!"


Setan. Mentega dia tak kenal, planta dia kenal.

Friday, November 2, 2012

Suhaimi dan basikal

Malam itu suasana di Marikh sangat sepi. Sedikit sejuk dan berangin-angin. Lalu dua tiga batang pokok kelapa pun bergoyang kerana masakan boleh bergoyang jika tiada angin. Angin di Marikh mengandungi karbon monoksida, nitrogen, serai dan E471.


Dalam samar-samar malam, Mohamad Resdi Arjuna Jamalulail bin Ali mengayuh basikal tuanya. Mohamad Resdi Arjuna Jamalulail bin Ali namanya begitu panjang sehinggakan kawan-kawannya memanggilnya dengan nama yang lebih pendek. Mereka memanggilnya dengan nama Suhaimi.


Dalam seronok-seronok mengayuh basikal di permukaan Marikh yang berbenjol-benjol dan berlumpur, Suhaimi terlanggar seketul batu. Lalu Suhaimi pun tersungkur dan masuk hospital di selatan Marikh. Sedar-sedar sahaja, Suhaimi sudah terlentang di atas katil sambil dikelilingi oleh pesakit lain. Ada pesakit yang bersimen di kaki, ada yang berbalut di kepala, ada yang berplaster di badan, ada juga yang sihat-sihat sahaja.


"Saya Doktor Ghaniludin Rejabbudin bin Ramsulidin ke empat. Awak boleh panggil saya Sallyludin."


"Saya kat mana ni doktor?"


"Sepital."


Sallyludin pun menghilangkan diri sebalik kerumunan jururawat-jururawat yang semuanya berkaca mata dan berbaju ketat serta berskirt di paras paha.


Suhaimi lalu mati di situ kerana ajalnya sudah begitu. Sudah tertulis di kitab takdir. Usah dipertikaikan akan kesudahan cerita Suhaimi.


Babai.

Monday, October 29, 2012

Burung hantu

Sedangkan lidah lagi tergigit bukan? Aku baru sudah tergigit lidah sendiri. Sakit dia bukan main. Berair mata aku. Rasa macam baru lepas kena sepak di kelangkang. Sebanyak dua kali. Dengan kasut but tebal jenama katepiler tu.


Aku tak ada benda sangat nak tulis sekarang. Kot-kot ada terlintas benda nak tulis nanti aku tulis. Buat masa sekarang, yang terlintas adalah muka Hamid Gurkha, takkan aku nak tulis pasal beliau pulak? Mana aku reti tulis bab-bab artis ni.


Aku sekarang dah berevolusi kepada seekor burung hantu. Siang membuta. Malam berjaga. Mencari cucu. Di mana ada. Nenek. Nenek. Si bongok tiga. Aku sampai sekarang tak faham apa mesej yang cuba disampaikan melalui lagu rakyat tersebut.


Dah sampai perenggan sini pun cuma Hamid Gurkha yang terlintas. Kuat sungguh melintas. Oleh itu baik berhenti menulis sebelum aku mengarut dengan lebih panjang dan lebih lebar selebar pinggul Ah Hong.









Friday, October 26, 2012

Selamat

Jangan kau pandang bibir yang manis. Kau tahu tak bibir siapa yang manis? Bibir perokok Gudang Garam. Memang manis. Sebab tu perokok Gudang Garam gemar mengetap bibir mereka. Jadi janganlah kau pandang bibir mereka. Bak kata paparock.


Sudah aku tegaskan dalam tulisan aku yang berusia lebih setahun tak silap aku bahawa aku dilahirkan lambat sebulan. Jadi otak aku sebenarnya berumur sebulan tua dan perilaku aku terhadap isu semasa akan kebelakang.


Dan aku juga dilahirkan songsang. Segala isu juga akan aku cuba terbalikkan.


Jadi, walaupun lambat sehari dari kebiasaan, aku akan ucapkan sepatah ayat yang bakal aku tulis dalam perenggan seterusnya tanpa rasa kekok.


"Raya Haji Selamat!"


Jangan terkorban!

Tuesday, October 23, 2012

Tenang itu aku

Jika anda baru terlompat ke tulisan ini, sila abaikan tulisan yang sebelum tulisan ini. Tulisan itu dipengaruhi rasa bebal dan marah. Namun kini, aku tidak lagi begitu, aku sudah tenang. Dan jangan dilupa, aku tetap kacak tampan tegap serta berwawasan.


Di petang yang redup begini, ingin aku sampaikan satu berita bahawa aku bukan lagi penghisap dunhill. Aku sudah berubah angin ke marlboro. Entah apa lah alasan syarikat tembakau british itu untuk menaikkan harga produk mereka, siapa pun tak pasti.


Dalam kata lain, aku sedang bermalas-malasan di rumah. Kadang-kadang bila timbul rasa rajin, aku akan mandi dan bercukur. Kadang-kadang sahajalah yang rasa rajin itu timbul. Kalau rasa super rajin timbul pula yang timbul, aku akan keluar dari rumah untuk melihat-lihat burung serta kucing yang berkeliaran.


Sehubungan itu pihak tuan diminta bersabar. Segala alat kesulitan amat dikesali.

Sunday, October 21, 2012

Mesra cekap amanah

Aku di sini bukan nak menyebarkan agenda atau propaganda yang menghasut. Aku cuma nak menjalankan aktiviti memaki-hamun sikit.


Tahulah kau tu polis. Mak bapak aku pun polis jugak.


Mana adab la setan? Mulut macam palat. Muka macam jamban. Perangai macam babi. Lepas tu nak bangga kau ada gaji tetap berbanding aku seorang pelajar. Hek eleh. Berapa sangat la gaji polis kau kalau pangkat pesen jadi orang suruhan?


Dah tu pulak. Kau kata kau ada gaji tetap, tapi takkan rokok aku pun kau nak pau? Hak. Tuih.


Boleh blah la kau pakcik polis. Kau dengan pencen di hari tua yang kau banggakan tu boleh pergi berambus.


Aku memaki polis bukan secara awam, tetapi terhadap pakcik polis tu sorang ja. Ha aku tengah emo sekarang sebab rokok aku kena pau. Walaupun sebatang, aku tak halal doh rokok aku tu.

Saturday, October 20, 2012

Bola sepak

Pernahkah kau. Merasa pernahkah. Kau merasa. Hati mu. Kosong. Pernahkah. Pernahkah kau. Merasa.


Tak payah lah jawab soalan tu. Itu lirik lagu apa benda entah. Aku rasa macam aku pernah dengar. Sekarang ni aku tak ingin langsung nak tahu tajuk lagu tu sebab seingat aku lagu tu tak sedap.


Malam ini seperti yang kita semua maklum, akan berlangsung satu jenis perlawanan. Antara geng soldadu perang dengan geng makanan manis-manis.


Aku tengah cuba buat ramalam sebenarnya sekarang tentang geng mana yang bakal menang. Aku berharap mana-mana geng yang menang pun, janganlah ada pertumpahan darah. Sebabnya satu geng ni memang jenis suka bakar. Satu lagi pulak jenis suka tembak orang.


Satu lagi harapan aku adalah Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pekhidmatan Awam, serta Jabatan Bekalan Air turut sama-sama menubuhkan pasukan bola sepak di Liga Malaysia.


JAKIM tak payahlah rasanya sertai bola sepak. Kang pelik pulak main bola sepak pakai kain pelikat dan serban lilit-lilit.

Laungan merdeka

Oleh yang demikian, aku sudah bebas. Tiada lagi belenggu peperiksaan mahupun keterpaksaan bangun pagi dan mandi sejuk-sejuk. Tiada lagi gejala mengeluh kerana tidak cukup tidur di siang tidur.


Jadi seperti mengikut tradisi, aku akan laungkan perkataan 'merdeka' sebanyak beberapa kali yang aku suka sambil tangan kanan terpacak ke langit. "Merdeka!" Sekali sudah lah, nak banyak-banyak kenapa?


Antara aktiviti yang bakal aku lakukan adalah kerja di mana-mana kedai yang memerlukan pekerja yang super kacak serta menawarkan gaji yang tinggi. Kemudian bermain permainan video kegemaran sepanjang zaman iaitu Football Manager. Lalu menghabiskan dua buah novel yang mana salah satunya adalah 'Shantaram' yang tebalnya kira-kira empat inci.


Antara lain, aku berharap agar katil aku dapat menampung berat badan aku selama beberapa belas jam sehari. Kegiatan tidur tidak ingatkan dunia itu sudah seperti amalan resmi adat istiadat kerabat golongan super kacak seperti aku.


Sudahlah, aku nak tidur.

Roti Awal

"You apa mau makan la dey?"
-"Roti Halwa Latip satu mamak!"
"Halwa Latip? Sini tarak la dey."
-"Roti kosong kosong la mamak."


"You apa mau makan la dey?"
-"Roti Awal Ashaari satu mamak!"
"Awal Ashaari? Sini tarak la dey."
-"Roti teloq la mamak roti teloq."



Kalau kau tak paham, nanti kau tengok Melodi. Lepas tu fokuskan ke kelangkang Awal. Pasti faham. Pesen pakai seluar yang melemaskan telur.

Friday, October 12, 2012

Tahi bersinar

Dalam banyak-banyak tahi, tahi apakah yang bersinar? Bukan. Bukan tahi unikorn. Tetapi tahi bintang.


Sabri Yunus, di dalam sebuah drama komedi popular iaitu Pi Mai Pi Mai Tangtu pernah mengutarakan satu persoalan.


"Jika wujud tahi bintang, bintang ada punggung?"


Persoalan yang serius. Tak tahulah pula siapa yang berani menjawab persoalan tersebut, tetapi aku rasa tidak. Bintang tidak berpunggung, contohnya Lisa Surihani dan Didi Elias. Berlainan pula halnya dengan Nora Danish ataupun Rosmah Mansor, dua bintang yang berpunggung (besar).


Oleh itu. Aku amat yakin bahawa suatu masa dulu, hujan tidaklah dipanggil hujan. Hujan pada suatu masa dahulu dipanggil dengan nama kencing langit. Dan ribut taufan dipanggil cirit kayangan.


Friday, October 5, 2012

Tips menghadapi peperiksaan

Seperti yang kita semua sedia maklum, jejaka kacak yang tegap serta berkumis nipis di sebalik blog ini sedang menghadapi satu fasa genting. Bukan pergi genting highland, tetapi fasa yang genting yang dimaksudkan adalah peperiksaan akhir universiti.


Sebagai jejaka kacak yang tegap serta berkumis nipis, biar aku gariskan sedikit panduan bagi mereka yang bakal menghadapi peperiksaan, dari peperiksaan UPSR hinggalah ke peperiksaan universiti.


Langkah pertama yang paling kritikal adalah pastikan bekalan cukup. Bekalan rokok, bekalan coca-cola, bekalan burger ramlee dan yang terakhir adalah bekalan ilmu di dada. Prioriti bekalan adalah berdasarkan turutan tadi.


Selain itu, senantiasa berdoa agar keinginan untuk membunuh diri (atau membunuh penjaga peperiksaan) dapat dikawal. Jika agak-agak terasa ingin mengelar leher sendiri (atau leher penjaga peperiksaan) dengan menggunakan pembaris, bersandarlah di kerusi plastik itu, kemudian tarik nafas dalam-dalam dan lepas dengan perlahan-lahan. Jangan lepas nafas tu kuat-kuat, nanti orang ingat kau asma.


Aku hari tu masa dalam dewan peperiksaan, lagi sikit je aku nak kelar leher penjaga peperiksaan tu. Kau tau, beliau pakai perfume serupa nak pergi kelab malam! Bau tungkik gila babi!


Kalau aku tak skor paper yang hari tu, aku salahkan penjaga peperiksaan tu. Busuk la setan!

Monday, October 1, 2012

Sebuah kisah tragis

Sedang Ramli berjalan-jalan menaiki kereta Perodua Myvi kaler kuning di tengah bandar, Ramli lapar. Dengan cepat, Rami menukar destinasi GPS Tom-tomnya ke alamat Restoran Pujangga yang terletak lebih kurang lagi dua puluh minit perjalanan. Itu kalau naik kereta, kalau berjalan kaki, perjalanan akan jadi sejam setengah. "Jalan stret sahaja", suruh suara di sebaik GPS itu.


Ramli dengan senang memandu dengan arah stret. Biarpun kereta Myvi itu mampu meluncur sehingga seratus sembilan puluh kilometer sejam, namun Ramli lebih senang dengan kelajuan enam puluh sahaja. Biar lambat katanya. Asalkan selamat, katanya lagi. Malam itu tak banyak kereta di atas jalan, mungkin kerana malam ini ada perlawanan bola sepak antara Malaysia dan sebuah negara Eropah di televisen. Ramli tak minat bola sepak, Ramli cuma minat hoki (perempuan) dan bola tampar (juga perempuan). Bola sepak perempuan kadang-kadang Ramli tengok jugak.


Sedang meluncur dengan kelajuan sederhana, Ramli eksiden. Sebuah lori kontena dengan muatan bahan-bahan pembinaan yang terdiri daripada konkrit, batang besi, lantai marmar serta kipas siling melanggar Myvi Ramli dari arah tepi sebelah tempat duduk Ramli. Kereta Ramli diseret sejauh kira-kira seratus meter sebelum lori kontena dan kereta Myvi yang sudah bersetubuh itu terhenti.


Suasana sunyi seketika. Ramli tersepit di dalam di bahagian tempat duduknya. Sementara lori kontena tadi berundur dan melarikan diri dengan membawa bahan pembinaan tadi. Ramli duduk senyap. Orang ramai yang berada berdekatan dengan serta-merta berlari-lari anak ke arah kereta Ramli. Ada juga dua tiga orang yang tidak lari kerana gemuk. Yang gemuk ini hanya berjalan-jalan laju. Bukan apa, takut bergegar Bumi jikalau terlalu ramai antara mereka yang gemuk ini berlari serentak.


Kereta Ramli dikerumuni. Ibarat semut mengerumun sisa tumpahan air kokakola di lantai, ibarat perempuan di pesta jualan murah, ibarat lelaki di pusat coli pasaraya berekon. Ramli masih tidak sedarkan diri. Terdapat juga dua tiga orang di situ yang menulis status di Facebook berupa "Ada eksiden!".


Sedang mereka berusaha untuk membuka pintu kereta Myvi itu dan mengeluarkan Ramli yang tersepit, datang lagi sebuah lori kontena. Kali ini ianya membawa peralatan memasak seperti kuali, periuk, sudip, spatula serta garfu plastik. Pom! Kereta Myvi serta orang ramai di situ dilanggar dengan kuat. Terperosok mereka semua di bawak lori kontena itu. Darah memancut-mancut menyelubungi permukaan jalan, kereta Myvi yang kali kedua dilanggar itu remuk hancur. Ramli yang di dalam turut hencur.


Mungkin sudah menjadi trend, lori kontena itu turut berundur dan beredar dari tempat kejadian. Suasana sunyi dengan mayat-mayat bergelimpangan, kaki-kaki putus, tangan-tangan hancur serta tengkorak kepala yang terbelah dua.


"Sila buat pusingan U jika keadaan mengizinkan. Sila buat pusingan U jika keadaan mengizinkan. Sila buat pusingan U jika keadaan mengizinkan. Pandu. Pandu." terdengar akan suara GPS.


Jadi belilah GPS buatan Malaysia kami yang tahan lama! Biarpun dilanggar dua kali, tetap berfungsi! Kini dilengkapi dengan suara berupa loghat utara! "Hang bawak kegheta hang stret ja. Lepaih nampak trepik light, hang kono kighi. Jangan dok laju sangat!"



Thursday, September 27, 2012

Dimalukan

Semalam aku pergi pasaraya. Eh tak. Semalam aku pergi kawasan parkir pasaraya. Orang super kacak macam aku memang tugasannya hanyalah memandu. Bab-bab membeli dan mengangkat barangan yang dibeli akan diuruskan oleh emak serta adik aku. Aku hanya melekat di tempat duduk memandu.


Sedang aku melekatkan diri kat tempat duduk tu, aku dilintasi oleh sebuah famili yang berasaskan seorang bapa, seorang emak dan seorang anak lelaki kecil yang berpakaian kotak-kotak dan baju masuk ke dalam.


"Pernah dak Along ikut cakap mak? Segala arahan dan perintah mak, semua Along tak pernah ikut."


Dialog yang dituturkan oleh emak kepada anak lelaki yang berpakaian segak itu mencuit. Cuit apa aku tak berapa pasti, mungkin hati.


Kesian pulak aku tengok budak tu. Muka beliau monyok, sedih mungkin. Aku tak berapa setuju dengan tindakan sesetengah makcik pakcik yang suka marah anak-anak depan orang ramai.


Seingat aku lah, seawal umur 6 tahun, semua orang dah tahu malu. Tak pernah pulak aku jumpa budak-budak darjah satu berkeliaran di tempat awam sambil berbogel dan menggoyang-goyangkan anu seraya menjerit, "Belalai gajah belalai gajah belalai gajah!"


Bayangkan kemaluan yang ditanggung bila kena marah depan orang ramai. Budak tu pakaian dah segak dah, serupa romeo, tapi kena marah. Kalau ya pun nak didik anak, didiklah di rumah di mana orang ramai tiada. Bak kata pepatah, "Segalanya bermula di rumah." Ke famili tadi memang pesen gelandangang yang tiada rumah?


Aku respek jugaklah dengan abah dengan emak aku. Sebab sepanjang yang aku ingat, aku tak pernah dimarah di khalayak ramai biarpun kadang-kadang aku terspastikkan diri. Paling kuat pun, bila balik rumah kena marah kena tarik telinga kena rotan.


Kadang-kadang aku konfius, orang selalu cakap kat budak-budak supaya behave depan orang ramai, tapi yang aku nampak, orang yang dah tua-tua ni yang tak berapa nak behave.


Fadilah Hahahahahamsah memberi nasihat. Anak-anak aku esok senang je, kalau aku pergi pasaraya, memang aku kunci dalam kereta, senang.

Wednesday, September 26, 2012

Rumah sewa puaka

Aku ada satu cerita yang sudah berusia lebih kurang dua puluh tahun lebih yang aku akan ceritakan. Cerita ni sebenarnya bergenrekan sedikit seram dan sangat mistik. Cerita ini disampaikan sendiri oleh abah dan ibuku, serta disokong kuat oleh nenekku sebelum beliau masuk ke fasa nyanyuk. Jadi kesahihan cerita ini boleh lah dianggap benar.


Lebih kurang dua puluh tahun lebih yang lampau, abahku dan ibuku bercadang mahu berpindah ke satu kawasan kampung di Mak Mandin, Pulau Pinang. Kawasan itu memang tak ramai penduduk. Cari punya cari punya cari rumah yang ingin disewakan, mereka pun jumpa lah satu rumah kampung yang boleh lah tahan.


Tiba hari perpindahan, abah, ibu, nenek serta kawan-kawan abah pun angkutlah segala perabot yang ada dari rumah lama (juga berdekatan Mak Mandin) ke rumah yang baru itu. Menurut mulut ibuku, kali pertama menjengah masuk ke rumah tersebut, ibuku berasa tidak sedap hati. Nenekku juga turut berasa begitu. Seakan tidak diundang di situ. Abahku hanya berkering hati dan tetap mahu pindah masuk. Katanya, "Besala tu nak masuk ghumah baghu, memang la dok ghasa pelik."


Dari pagi hinggalah ke tengahari, mereka sibuk menyusun perabot-perabot di dalam rumah sewa yang baru itu. Perasaan tidak sedap hati ibu serta nenekku kian lama kian hilang. Mungkin benar kata abahku sebentar tadi.


Sudah habis susun perabot, penat serta lelah pun tiba. Jadi mereka bersependapat alangkah baik jika mereka pergi melantak di mana-mana kedai makan sekejap. Memandangkan itu kawasan kampung, maka mereka perlu keluar dari kawasan itu dan pergi ke pekan untuk makan.


Habis sahaja makan, mereka pun pulang.


Tiba sahaja di ruang tamu, mereka perasan akan sesuatu. Sesuatu yang agak mustahil kerana pintu rumah memang dikunci saat mereka keluar ke kedai makan tadi.


Segala jenis perabot berada di dalam posisi yang berubah. Almari, kerusi, peti ais, dapur serta katil semuanya berubah kedudukan. Ibu serta nenek berasa seakan tidak diundang sekali lagi. Abah berkeras. Abah masuk ke dalam rumah tersebut kerana memang perangai abah kering hatinya sebegitu. Ibu dan nenek tidak masuk.


Setelah lima minit, abah keluar. Dan berkata "Angkat balik lah perabot-perabot ni semua naik lori." dengan riak wajah yang serius.


Kelam-kabot abah, ibu, nenek serta dua tiga orang kawan-kawan abah yang masih di situ mengangkat kembali perabot masuk ke dalam lori.


Mereka kembali menyewa di rumah lama atau pun kuarters polis yang disediakan. Aku pun tak berapa ingat akan cerita ni.


Bila disoal akan ibu dan nenek, abah cuma menjawab "Aku nampak tapak-tapak kaki kecik dalam ghumah tu. Meghata ruang tamu tu ada tapak kaki. Tapak kaki hat saiz budak-budak. Mula-mula kita masuk tadi mana ada tapak kaki tu, lantai pun berdebu lagi. Yang aku pelik, hat tapak kaki tu pesen tapak kaki hat belah kiri ja, belah kanan takdak."


Aku masa tu kecil lagi. Seingat aku, memang aku tak ingat akan kejadian ni. Bayangkan kalau aku ingat peristiwa ni? Sah-sahlah aku akan nampak 'budak kecik' yang pergi ubah perabot-perabot tu.


Lepas seminggu kejadian tu, barulah ada orang kawasan kampung tu buka cerita. Katanya, tuan rumah tu dulu membela jin. Jadinya rumah tu memang 'dihuni'.


Aku sekolah rendah dekat Mak Mandin tu jugak. Aku dapat tahu cerita ni pun masa aku darjah berapa entah, aku pergi ikut kawan-kawan aku yang memang duduk kawasan kampung tu (Kampung Hijau kalau tak silap aku nama kampung tu), lepas tu aku jumpak la mak bapak kawan-kawan aku ni, mak bapak ni la yang cerita kat aku dulu. Bila aku balik rumah masa tu, aku tanya abah dengan ibu, dan mereka menyokong kuat. Pernah jugak aku terlintas sebelah rumah kampung tu, memang, memang terasa seolah-olah tak diundang.


Kisah benar ni. Siapa-siapa yang selalu perasan akan perabot dalam rumah berubah tempat tu, cuba check lantai tengok, mana lah tahu tetiba ada tapak-tapak kaki kecik, kalau takda kat lantai pun, cuba check kat siling.

Lirik dajjal? Dajjal lah kau.

Sedang aku mendengar lagu "I'm Coming Home" yang dipopularkan oleh Skylar Grey, aku teringat akan dajjal. Sebabnya lirik lagu tersebut dipercayai dengan sungguh-sungguh oleh segelintir orang Malaysia membawa maksud "Selamat Datang Wahai Dajjal, muah xoxo". Begitulah lebih kurang. Ala macam lagu Bruno Mars yang suka pakai topi tu, lagu "It will rain".


Yang kelakar gila babinya adalah, ada berapa kerat sahaja lirik dalam lagu tu yang dikaitkan dengan dajjal. Orang yang mula-mula buat pembongkaran ni memang kreatif gila babi ah. Jenis yang boleh kaitkan semua benda yang mengandungi perkataan orang putih dengan dajjal.


Aku rasa aku dah jumpa dah teori kenapa golongan ini terjadi sebegitu. Sebabnya adalah lirik lagu di Malaysia adalah rata-ratanya bersifat tersurat, dan bukannya tersirat. Kejap aku bagi contoh barang satu lagu dua.




1. Fiona oleh 4U2C

Fiona..
Terciptalah irama cinta ini
Hanya untukmu
Semoga kau dapat memahami
Perasaan hatiku ini



Lirik ini senang difahami. Disebabkan oleh seorang awek bernama Fiona, maka AC Mizal pun tulis la sebijk lagu supaya awek tadi memahami perasaan hatiku katanya. Tersurat bukan?


2. Memori Berkasih oleh Achik Pusing

Bermusim kita bersama
Menyemai ikatan cinta
Tak mungkin kasihku hilang
Kukunci hati untukmu



Beliau kapel dengan minah ni dah semusim dah, dalam dok kapel-kapel tu maka tersemailah cinta yang tak mungkin hilang. Entah macam mana dia kunci hati untukmu. Dia tak cakap la pulak 'mu' tu siapa. Tapi tersurat jugak ni.


3. Menggegar Dunia oleh Adam AF (yang kini sudah gemuk)


Biarkan orang berkata
Kita pasangan tak kena
Biarkan mata-mata
Menjeling penuh curiga



Mampoih pi la apa orang nak kata kat kita apa pun. Mata-mata tu mula-mula aku ingatkan polis, tapi rupanya memang mata orang lain, yang menjeling penuh curiga. Mungkin kerana pasangan ini belum berkahwin, sebab tu la orang curiga. Tersurat kan?


4. Cinta Harus Memiliki oleh Anuar Zain

Sejauh ku berlari, meninggalkan dirimu
Masih bayangmu yang menawan
Sekuat ku mencoba, melupakanmu kasih
Lalu Mengapa ku tak sanggup



Ini cerita pasal seorang lelaki yang tak dapat melupakan lelaki lain. Eh ke perempuan lain? Mana aku tahu, tapi orang bernama Anuar ni kadang-kadang terbalik. 


5. Jangan Ganggu P(Z)acarku oleh Alep Ajis

Berhentilah ganggu pacarku
Jangan pernah main hati
Takkan cukup email-email indahmu
Status-status palsumu
Liking-liking poking-poking baginya



Aku menyampah gila babi ah lagu ni. Licking-licking poking-poking? Kecik-kecik lagi dah nak melucah. 




Itu aku bagi contoh je lah. Memang lah bukan semua yang macam tu, tapi rata-rata memang berlirikkan kata-kata yang straight to the point. Kalau lagu tu bermaksud penyanyi tu rindu gila babi kat sorang awek ni, lirik beliau akan jadi "Aku....rindu hang la setannnnn....ohhhh rindunyaaaaa.", ataupun kalau cinta penyanyi tu tak berbalas, lirik beliau akan jadi "Kenapakah kau tak balas cinta aku......la setannnnnn....woooohhh wooohhhh." ataupun kalau nenek penyanyi tu meninggal lirik beliau akan jadi "Meninggalkan dunia....nenekku sudah meninggalkan duniaaaaaa.......la setannnnnn....".


Sebab itulah jugak. Ini aku rasa lah. Kalau kau tak rasa apa yang aku rasa, aku peduli apa. Sebab itulah jugak masa Ana Raffali menang pertandingan lagu-lagu apa entah kat TV3 tu, ramai tak dapat menerima. Sebab lirik lagu "Tolong Ingatkan Aku" tu bersifat tersirat. Apa kebenda "Dengan saku penyeluk masa" yang dinyanyikan beliau, kata mereka yang menyokong Stacy diketika itu. Tersirat maksud beliau. Bukanlah beliau bermaksud bahawa kalau kau masuk dalam poket seluar Ana Raffali, kau akan pergi ke tahun 1829.


Kalau hal-hal berkaitan lirik-lirik lagu, kau punya interpretasi memang akan jadi lain (untuk lirik yang maksud dia tersirat), ikut kepala otak kau lah. Kalau yang jenis sukakan propaganda dajjal, beliau akan cakap itu lirik untuk menyambut kedatangan dajjal.


Suka hati kau lah setan nak interpret lirik sesebuah lagu tu macam mana. "Can you blow my whistle baby whistle baby let me know." Otak suci akan fikir pasal wisel pengadil di tengah padang. Otak tak berapa suci akan fikir pasal 'wisel' lain.


















 




Wednesday, September 19, 2012

V for Gaydetta

Aku dah lama sebenarnya tak baca suratkhabar. Poka kacak. Tapi aku selalu bukak facebook. Poka kacak. Dekat facebook kau tau lah kan. Poka kacak. Jenis ramai yang suka post keratan-keratan akhbar terkini yang tengah panas. Poka kacak.


Yang paling baru pasal cara mengenali orang gay. Poka kacak. Kelakar lah babi. Poka kacak. Sekarang ni trend ni orang buat lawak pasal baju berkolar V. Poka kacak. Contohnya. Poka kacak.


"Kau tahu binatang apa yang gay? Bavi sebab dia pakai kolar V."

Ataupun. Poka kacak.

"Ada filem baru keluar. V for Gaydetta."


Lebih kurang macam tu la. Poka kacak. Aku pun tak faham jugak sebenarnya tujuan kau nak pergi cari dan putuskan bahawa seseorang tu gay. Poka kacak. Memanglah benda tu salah dari segi ugama. Poka kacak. Tapi apa faedah dia? Poka kacak. Supaya golongan ni boleh dipulaukan lalu dibaling dengan batu seraya berkata, "Matilah kau gay!" Poka kacak. Begitu? Poka kacak.


Aku ada cadangan sebenarnya. Poka kacak. Cadangan untuk membendung permasalahan ni. Poka kacak. Pernah dengar akan pepatah "Anak-anak adalah kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya."? Poka kacak.


Jadi, sajikanlah anak-anak seawal usia empat tahun dengan filem-filem porno yang berkualiti (filem di bawah kategori 'straight' sahaja). Poka kacak. Jika minda dan persepsi anak-anak sudah diasah dengan filem-filem sebegini, maka dengan izin tuhan, mereka tidak akan memakai baju berkolar V bila dewasa nanti. Poka kacak. Sama-sama kita doakan. Poka kacak.


Yang kau nampak ada ayat berulang-ulang dalam entry kat atas tu. Poka kacak. Ha yang ayat betul-betul sebelum ayat ni tu. Poka kacak. Itu aku tengah implementasikan kaedah yang digunapakai oleh iklan Halagel dekat radio. Poka kacak. Dalam iklan tu, selang setiap patah testimoni pengguna Halagel, dia mesti bisik perkataan 'Halagel'. Poka kacak. Sampaikan bila aku turun kereta nak beli rokok, ayat pertama yang keluar dari mulut aku ke jurujual tu adalah 'Halagel.' Poka kacak. Dengan nada berbisik pulak tu. Poka kacak. Babi sungguh.


Poka kacak. Kacak kan aku? Poka kacak. Aku tengah selongkar almari baju sebab manalah tahu kot-kot ada baju kolar V pulak. Poka kacak.

Friday, September 14, 2012

Kenapa perlu buru-buru?

Disebabkan lama jugak aku update blog, maka aku pilih satu topik yang boleh dikatakan hangat untuk ditulis. Topik rombakan sistem pendidikan negara.


Aku ada seorang bapa saudara yang kerjaya beliau adalah di dalam sektor pendidikan. Beliau pernah berkata, "Sistem pendidikan negara ni tak konsisten. Dia akan ikut menteri mana yang pegang. Kalau menteri tu kata A, maka sistem pendidikan negara akan jadi A. Sebab tu lah boleh dikatakan setiap 5 tahun, sistem dia akan berubah."


Beliau yang kata, bukan aku yang kata. Yang ini aku nak quote dari dalam paper pulak, "Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, berkata anak-anak zaman sekarang semakin cerdik dan cepat matang, jadi tak perlu bersekolah terlalu lama."


"Tak perlu bersekolah terlalu lama." Aku tertarik jugak dengan ayat separa mencurigakan ni. Masalah sekarang adalah, macam mana beliau boleh tahu bahawa generasi sekarang 'semakin cerdik' dan 'cepat matang'? Umur 21 dah boleh lulus jadi siswazah. Kalau ikut sistem pendidikan sekarang, umur 24 atau 25 baru boleh jadi siswazah.


Kalau kau tanya aku, aku tak setuju langsung proses pembelajaran dipercepatkan. Memang lah kau nampak budak-budak sekarang ni semakin cerdik dan cepat matang, tapi dia tak ambil kira pasal 'tekanan'. Kalau kau suka sangat buru-burukan (to rush?) sistem pembelajaran, budak-budak akan cepat tertekan. Kalau tekanan tu sampai ke tahap kronik, maka gejala bunuh diri boleh berlaku. Bukan setakat pelajar yang bunuh diri, tenaga pengajar pun aku rasa akan tertekan dan bunuh diri jugak.


Rata-rata kawan-kawan aku yang boleh dikategorikan sebagai pelajar 'biasa' (bukan dalam kategori bodoh terlampau atau kategori genius) banyak memberi komen bahawa sistem pendidian sekarang 'cepat sangat' ataupun 'tak sempat doh nak baca buku, dia ajar cepat sangat' ataupun 'babi ah laju gila dia ajar'.


Aku tak faham kenapa perlu terburu-buru. "Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula berkata, laporan itu memberi petanda baik kepada masa depan pendidikan negara dan yakin ia dapat membantu kerajaan terus melakukan transformasi pendidikan yang merentasi politik bagi melahirkan generasi berwibawa." Sebab nak lahirkan generasi beribawa? Sebab itu kau perlu singkatkan proses pembelajaran selama 4 atau 5 tahun?


Ramai yang tak sedar bahawa sistem pendidikan negara dah cukup bagus. Mungkinlah ada perlu tambah dua tiga subjek, atau subjek-subjek sekarang perlu diperbaiki (macam subjek Sejarah dan Matematik), tapi bab jangkamasa untuk sampai ke tahap 'siswazah', aku rasa dah cukup bagus dah tu.


Kecualilah kalau semua rakyat Malaysia ni pesen genius gila babi, kalau semua macam tu, kau suruh budak tu ambil SPM masa dia umur 9 tahun pun dia akan lulus dengan flying kalers. Masalahnya, bukan semua dilahirkan genius.


Aku tertarik nak tengok laporan penuh selepas sistem baru ini dikuatkuasakan. Kesian kepada generasi akan datang yang perlu belajar cepat-cepat.

Saturday, September 8, 2012

Masa depan yang cerah

Seorang pemain bola sepak akademi Stoke City, 18 tahun, yang hampir-hampir menandatangani kontrak professional bersama kelab tersebut telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Beliau didapati bersalah kerana membunuh teman wanitanya yang ketika itu berumur 15 tahun. Tiada keringanan di dalam hukuman terbabit.


Tiada juga alasan seperti, "Disebabkan kamu ni ada masa depan yang cerah iaitu mewakili kelab bola sepak di England, hukuman kamu diringankan, dan kamu bebas serta-merta!"




"Punyai masa depan yang cerah." Alasan ini hanya boleh digunapakai di Malaysia bila terbabit kes jenayah.




Berita penuh pasal pemain bola sepak tersebut di sini.

Monday, September 3, 2012

Babi, dadah serta Yahudi!

Semalam yaitu hari Ahad, Naif diarah menyertai satu lawatan di bawah universiti ke satu buah kilang pemprosesan. Ini adalah aktiviti yang diuruskan oleh cikgu-cikgu yang mengajar subjek berkenaan pengurusan operasi, subjek yang berkaitan operasi di kilang.


Jadi Naif pun bangun awal gila babi pagi Ahad. Sedangkan manusia lain sedang sedap di alam mimpi. Keterujaan Naif memang tak dapat digambarkan, jadi jangan gambarkan, sebab memang tak dapat.


Sesampai di sana, Naif dan kawan-kawan diajak masuk dan duduk di dalam bilik kecil yang dilengkapi dengan ekon suam. Wakil kilang tersebut memperkenalkan diri dan memulakan ceramah beliau. Naif disajikan dengan sejarah penubuhan, carta organisasi, produk-produk kilang tersebut, visi, misi serta slogan kilang yang berbahasakan omputih.


Setelah dekat setengah jam, Naif masih teruja biarpun bab-bab operasi kilang belum disentuh. Namun Naif disajikan dengan bab yang lebih penting iaitu bab babi, dadah dan Yahudi.


Mengikut wakil kilang tersebut, segala haramjadah barang dalam dunia ni ada babi. Kecuali produk keluaran kilang ini sendiri. Dari cokelat toblerone, kordial sarsi, serbuk cokelat, pil-pil dan macam-macam lagilah. Kalau tiada babi pun, mesti ada something wrong, macam ada dadah ataupun kandungan gula yang tinggi. Kalau tiada dadah ataupun kandungan gula yang tinggi pun, mesti ada something wrong jugak, iaitu. Ya. Hu. Di. Carilah apa jenis maknenekkepalahotakhang punya barang, last-last kita akan jumpa koneksyen dengan Yahudi. Kecuali. Kecuali barangan keluaran kilang beliau.


Naif begitu teruja. Sebelum ini beliau telah termakan godaan Yahudi. Wakil kilang tersebut menambah lagi bahawa menonton bola sepak itu tidak boleh di dalam Islam, kerana melalaikan. Naif telah bercadang mahu membakar sahaja TV rumahnya sebaik pulang ke rumah. Kejap, ada lagi.


Tahukah anda. Kilang pemprosesan makanan berasaskan buah-buahan di mana buah-buahan itu dikisar oleh mesin besar gajah adalah tidak selamat dimakan?! Mengikut wakil kilang tersebut, ini kerana kilang lain tidak tahu cara menggunakan mesin tersebut, lantas bilah-bilah mesin yang tajam akan haus lalu cebis-cebis besi yang haus tadi akan secara tidak sengaja termasuk ke dalam makanan yang diproses! Jadi makanan di pasaran yang berasaskan buah-buahan dikisar adalah mengandungi besi!! Kecuali. Kecuali makanan keluaran kilang beliau.


Kejap. Ada lagi. Minumkah anda dengan minuman koko? Hah. Mengikut wakil kilang itu lagi, minuman koko yang anda minum adalah tidak baik! Kerana buah koko ada elemen pukimakapadiataktaudiamengarut yang membahayakan kesihatan anda! Kecuali. Kecuali minuman koko keluaran kilang beliau. Kerana menurut beliau, minuman koko keluaran kilang beliau dibuat dari sejenis buah yang dinamakan buah "coklat".


Kejap. Ada lagi. Teh tarik. Naif selalu minum teh tarik. Sedap. Itu pun tak sihat jugak. Naif memang sumpah tak tahu bahawa teh tarik yang manis gila babi itu tidak sihat, baru tadi beliau tahu setelah diberitahu oleh wakil kilang tersebut. Ajaibnya kilang tersebut turut mengeluarkan teh tarik! Teh tarik paket yang cukup menyihatkan akal, minda, jantung serta segala organ dalam badan manusia.


Kejap. Ada lagi. Tahukah ada akan teori 'otak kanan' dan 'otak kiri'? Orang bahasa banyak menggunakan otak kanan dan orang matematik banyak menggunakan otak kiri? Tahu? Kilang ini turut menghasilkan ubat yang dijamin selamat dunia akhirat yang dapat mengatasi masalah lupa dengan mengekalkan jumlah sel-sel otak di dalam kepala otak kiri anda! Ajaib bukan? Walaupun Naif pernah membaca sebelum ini bahawa teori otak kanan otak kiri adalah mitos semata-mata serta bilangan sel-sel otak memang akan berkurangan dengan kadar peningkatan usia, namun Naif tetap percaya akan kata-kata wakil kilang tersebut. Kerana. Yahudi. Yahudi adalah alasan paling kuat biarpun Naif tak nampak sebarang kaitan di situ.


Kejap. Ada lagi. Jangan beli barang di kedai bangsa lain. Jangan tanya kenapa. Jawapannya sama ada babi, dadah, ataupun Yahudi.


Kejap. Ada lagi. Wakil kilang ini mendakwa burger Ramlee adalah haram. Kerana ada kesilapan di pihak JAKIM tentang kesahihan kehalalan toyiban daging tersebut. Hanya kilang beliau sahaja yang tahu akan keharaman daging tersebut, JAKIM pun kalah. Kilang beliau memang power. Walaupun berita tentang keharaman daging burger Ramlee sudah diputuskan halal, namun wakil kilang ini yakin bahawa ianya haram. Naif dapat merasakan bahawa kilang ini yang sebelum ini tak pernah buat daging burger turut akan mengeluarkan daging burger yang 100 peratus halalan toyiban! Satu-satunya daging burger yang halal di dunia!!


Kejap. Ada lagi. Jika terjumpa bebola ikan yang putih, kenyal, kental serta bulat molek. Janganlah anda makan. Kerana menurut wakil kilang ini, di dalam bebola itu ada babi! Jadi kalau mahu makan bebola ikan, carilah yang berupa taik, itu baru halal. Takpun tunggu kilang ni keluarkan.


Kilang ini ada mengeluarkan semburan pembersihan kelamin wanita. Apabila diajukan soalan mengenai produk kebersihan kelamin lelaki, ini jawapannya, "Dulu kami ada buat untuk yang lelaki, yang bagi tegang, panjang dan bersih, tapi lelaki ni tak ambil berat akan kesihatan kelamin sendiri, lalu kami tarik dah hentikan pengeluaran produk tersebut." Naif percaya akan kata-kata tersebut bulat-bulat. Memang semua jenis lelaki dalam Malaysia berkonek kotor kudis serta kurap.


Kejap. Yang ini last. "Saya bukan nak buat keuntungan, saya hanya mahu membantu sesama bumiputra Islam! Jadi marilah beli sebotol ubat dengan harga RM60 biarpun harga pemprosesannya hanyalah RM30." Baik hati wakil kilang ni. Siap pergi cakap taknak ambil untung, tapi pergi cakap yang untung beliau adalah 100% dari kos pemprosesan. Naif percaya yang beliau memang langsung tak fikir pasal untung. Percaya gila babi ah.


Nafi pulang ke rumah dengan perasaan gembira. Gembira kerana masih ada golongan yang bermodalkan "babi, dadah dan yahudi" untuk melariskan produk sendiri. Ikutkan hati, mahu sahaja Naif bangun ketika mendengar ceramah tersebut lantas keluar dari bilik berekon suam itu dengan mengangkat jari tengah seraya berkata, "You're wasting my time biatch." Apakan daya Naif hormat orang yang bangang. Biarlah beliau dengan kebangangannya sendiri. Naif seronok juga dapat melihat badut bercakap di depan khalayak ramai.




Naif tu aku lah tu. Ini memang kisah benar. Baru semalam aku alami. Lawatan nak tengok proses kilang kunun. Kepala hotak tokwan dia. Buang masa. Buang duit universiti. Baik aku tengok Mega Factories takpun How Do They Do It? dekat Astro, kurang-kurang ada jugak manfaat. Eh tapi Astro tu mesti ada kaitan dengan babi. Takpun dadah. Takpun Yahudi. Uish. Haram. Haram.




Oh lupa nak cakap. Wakil kilang tersebut adalah berjawatankan Marketing Manager. Jadi serupa poen punya promote produk kilang sendiri.

Thursday, August 30, 2012

Jeritan panggilan Ilahi

Pagi tadi dalam pukul tujuh pagi aku dikejutkan dengan satu bunyi. Bunyi perlanggaran kenderaan. Maka aku terloncatlah dari katil kerana terkejut beghok. Memandangkan rumah aku memang ngam-ngam depan jalan besar di Perlis, maka memang mudah untuk terjaga di awal pagi bila terdengarkan bunyi ekzos kereta, bunyi ekzos moto ataupun bunyi hon bas ekspres. Hidup di kawasan ini memang jam penggera boleh diabaikan.


Maka dengan kuriusnya, aku bangun setelah kedengaran bunyi impak perlanggaran tersebut. Sesaat selepas perlanggaran, aku dengar bunyi seperti manusia meraung. Kesakitan. Aku pada mulanya sudah tidak sedap hati, bukan hati sahaja yang tidak sedap, malah segala organ juga tidak sedap. Mula terbayang babak manusia terputus tiga akibat eksiden serta darah terpancut merata atas jalan.


Dengan lafaz bismillah, aku pergi ke tingkap bilik. Bunyi meraung masih kuat. Aku terhendap-hendap mencari sumber bunyi. Sangkaan serta babak yang dimainkan dalam kepala otak aku tadi ternyata meleset. Meleset gila babi ah. Aku nampak anjing. Anjing yang baru dilanggar. Sedang meraung kesakitan. Sayup-sayup aku nampak badan beliau berdarah, hanya kepala serta mulut yang bergerak-gerak, ibarat kau ambil seekor keli, lepas tu pergi letak atas jalan tar yang panas.


Selama aku berdiri di tepi tingkap. Selama tu lah jugak mata aku terpaku ke arah anjing yang sedang nazak itu. Suaranya yang seakan-akan meminta belas kasihan mana-mana pemandu supaya membatunya begitu sesuatu. Aku tak dapat gambarkan bagaimana perasaan tatkala mendengar suara itu. Perasaan kasihan, perasaan sedih, perasaan seram, perasaan tidak berguna, perasaan kosong serta perasaan marah (terhadap pemandu babi yang pagi-pagi lagi dah pecut).


Lepas lebih kurang sepuluh saat meraung kesakitan, arwah pun pergi meninggalkan kita selamanya. Mati sahaja anjing itu, suasana bilik sunyi biarpun ada empat lima malaun yang masih memandu laju biarpun jalan di situ ada garis-garis kuning tersembul keluar yang bila kau laju sikit kereta kau akan bergetar dan memberikan impak kegelian kepada punggung.


Tidak semena-mena datang seorang orang putih yang berbaju cokelat, berseluar pendek serta bertopi. Apa yang aku lihat memang luar biasa. Orang putih itu melutut di sebelah bangkai anjing tadi lalu terbang ke angkasa dengan berkata "Wurf wurf wurf wuuuurf...". Aku yang tadi menggigil terus terasa nak berak.


Tapi kesian doh anjing tu. Aku yang selalunya bangun pagi akan steady, tetiba pagi ni aku bangun dengan keadaan menggeletar. Satu badan menggigil. Nak berak pun aku dapat rasa tinja aku bergetar-getar sebelum mencecah dasar mangkuk tandas. Suara anjing tu memang ada sesuatu. Orang putih cakap macam wake up call.


Kau bayangkan kau anjing. Maksud aku anjing tesebut. Kau keluar pagi-pagi nak pergi kerja atau ke kelas. Lepas tu masa melintas jalan, kau kena langgar. Kau terjerit-jerit minta tolong dalam kesakitan. Sorang pun tak peduli, malah ada yang cakap "Mampoih pi kat hang!". Selama sepuluh saat kau menjerit kesakitan. Lepas tu kiok, ke rahmatullah.


Bila bercakap soal binatang yang ditimpa kecelakaan, aku memang akan tersentuh, mungkin kerana aku juga binatang? Ah binatang lah kau.


Perenggan pasal orang putih datang melutut memang fisyen. Perenggan lain adalah kisah benar.




Wurf! (maksud dia berhati-hati atas jalan raya).

Monday, August 20, 2012

Teori kemalangan

Kiranya ini teori konspirasi la jugak. Tapi peduli apa aku. Selalunya bila kemalangan, orang akan tanya dulu, "Bangsa mana?". Lepas tu dalam kepala masing-masing dah ada kesimpulan sendiri kenapa kemalangan tu berlaku, berdasarkan bangsa.


Kalau bangsa india. "India eksiden? Takda lain mabuk la tu!"


Kalau bangsa cina. "Cina eksiden? Takda lain bawak laju la tu!"


Kalau bangsa melayu. "Melayu eksiden? Aku dah agak dah. Jalan tu 'keras'! Lepas ni memang aku tak pakai dah jalan tu. Banyak hantu kacau."




Macam dulu kat Perlis popular dengan kereta Kancil warna putih tetiba muncul depan kereta. Sampaikan ramai yang lalu situ terbabas masuk sawah padi. Entah betul entah tidak.

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya

Belum pun yang simpan mohor besar tu keluar TV, semua dah tahu bahawa esok raya. Macam tahun-tahun sudah jugak. Jadi yang simpan mohor tu keluar TV sekadar cukupkan syarat. Memang tak ada unsur saspen langsung bila nampak wajah beliau.


Jadi di kesempatan ini serta kesempatan-kesempatan yang lain, aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.


Rasalah ketupat ini, dengan rendangnya sekali. Sudilah rasa kuihku, pilihlah yang mana satu. Saya pilih apam dan bahulu-bahulu mu!


Hai. Di hari begini. Kita bersalam. Salaman.

Thursday, August 16, 2012

Mengomen komen

"Tak patut betul. Sepatutnya beliau tolong orang yang lebih susah. Bukannya tolong orang yang tak berapa susah tu. Tak patut betul." -komen A.


"Janganlah dengki dengan penjawat awam seperti kami. Kami juga berhak dapat bonus. Rezeki dah ditetapkan masing-masing. Janganlah dengki." -komen B.




Itu komen-komen dekat ruangan komen dalam suratkhabar. Aku pula bertindak selaku pengomen bebas, ingin komen pasal komen-komen terbabit, iaitu komen A dan komen B.


Berkaitan komen A. Aku tak faham. Ini yang jenis semua benda dalam dunia ni, nak kena ikut kepala otak beliau. Benda tu bukannya salah pun. Tapi disebabkan kepala otak beliau punya lah bangang, lantas dikatakan salah. Kalau ikut firasat beliau, kau kena cari orang paling susah dalam Malaysia, dan orang itu yang patut ditolong. Orang yang senang sikit dari orang yang paling susah dalam Malaysia tu, kita abaikan. Aku nak tanya jugak kepada A ni, berapa ramai dah orang susah yang beliau tolong?


Berkaitan komen B pula. Tak tahu pula aku ada yang pertikaikan isu bonus penjawat awam. Kalau ada juga, maknanya beliau paling bangang. Betul lah kata B, tak payah lah nak dengki. Bukannya kau jadi lagi kaya pun kalau kau dengki. Memang penyakit masyarakat dunia, tak boleh tengok orang senang sikit, mulalah nak berbunyi.




Sekian komen kepada komen dari pengomen bebas yang paling kacak serta bermutu tinggi abad ini dan abad-abad seterusnya.



Tuesday, August 14, 2012

Tempat paling mistik

Aku nak tulis pasal tempat feveret aku. Tempat ini adalah tempat di mana ketenangan senang dicari, tempat di mana buah-buah fikiran senang dijumpai, serta tempat di mana bunyi mengerang senang didengari.


Ya. Jamban.


Jamban adalah satu tempat yang mistik. Jamban adalah tempat di mana manusia, jin dan syaitan dapat berkumpul secara berjemaah. Kepada penghisap rokok, jamban adalah tempat paling ideal untuk melampiaskan nafsu terhadap asap. Sekaligus memberi makan kepada jin.


Sepanjang hidup kau, pernah tak kau terfikir, mengapa segala jenis mangkuk jamban di dalam dunia berwarna putih? Jamban dekat Perancis, Sepanyol, Jerman, Andora serta Scotland, benar, semuanya warna putih. Hampa la juga perasaan apabila jamban tiada kaler-kaler.


Mengikut sumber, jamban dicipta dengan kaler putih agar jamban kelihatan bersih. Itu pun kalau kau selalu cuci la. Kalau malas cuci, yang putih akan jadi kaler jingga dan kekuningan. Macam seluar dalam kaler putih. Lebih kurang macam tu la. Supaya bila kau masuk jamban, keterujaan nak berak tu tak hilang tatkala melihatkan jamban putih suci bersinar. Cuba bayangkan jamban kaler hitam. Bernafsukah kau mahu berak?


Aplikasikan konsep jamban di dalam hidup. Kalau lepas ni ada yang cakap "Woi muka serupa jamban!", lemparkan senyuman seraya berkata, "Terima kasih. Susah-susah je puji mukaku yang putih suci bersinar ini. Barakah air semayang lah katakau."


Muka serupa jamban itu boleh ditoleransi. Tetapi mulut berbau jamban itu tidak.

Friday, August 10, 2012

Lawak kasaq baqhang

Satu hari, aku serta dua lagi rakan sedang berborak-borak mengenai hal-hal yang langsung tiada faedah. Sudahlah tiada faedah, tiada guna pula tu. Bayangkan betapa kosongnya borak-borak kami bertiga. Jadi ianya dinamakan borak kosong.


Lalu, terjadilah satu perkara yang kelakar. Aku rasalah. Kalau kau rasa tak kelakar pun apa aku peduli. Aku akan hanya pura-pura peduli, namun hakikatnya aku langsung tidak peduli. Langsung tidak. Ada tiga watak di dalam perbualan yang bakal aku tulis. Mari namakan mereka sebagai Ali, Ah Chong dan Muthu sebagai langkah 1Malaysia. SATU!!!!!! Malaysia!!!!




Ali : Kalau kau nak beli kondom maknanya kau kena order saiz XXS.


Ah Chong : Kondom saiz XXS tu aku dah curi kau punya masa bermesra dengan sepupu kau hari tu.


Ali : Sepupu aku semua lelaki. Kau suka bermesra dengan lelaki eh?


Muthu : Kau ni Ah Chong. Dasar orang bernama Ah Chong, semua sama. Suka bermesra dengan lelaki.




Ini orang panggil berbalas jenaka. Kira macam berbalas pantun, cuma kau kena cari idea balik untuk balas jenaka tu dengan sepantas kilat.


Oh ya, watak Ah Chong dalam perbualan di atas dimainkan oleh orang yang nama beliau seakan-akan seorang ketua parti pembangkang.


Aku bukan Ali.

Pandelela Rinong Pamg!

Pandelela menang gangsa hoi menang gangsa hoi menang gangsa hoi hoi hoi.


Selaku pembawa bendera wanita pertama Malaysia, beliau juga adalah wanita Malaysia pertama yang memenangi medal di Olimpik.


Power.


Seorang panda yang mampu melakar sejarah.

Wednesday, August 8, 2012

Oh balik kampung

Whoa oh oh oh oh oh, my lucky strike. ah. Whoa oh oh oh oh oh, my lucky strike.


Dalam tak dalam intro entry kali ni? Haa, itu lagu Lima Manusia Maroon. Whoa oh oh oh oh oh, mu lucky strike. Sedap lagu ni, cumanya aku tak hisap lucky strike, kadang-kadang bila aku bernyanyi girang diiringi suara Adam Levine tu, aku tukar Lucky Strike jadi Marlboro, macam ni, Whoa oh oh oh oh oh my marlboro. ah. Whoa oh oh oh oh oh, my marlboro.


Aku bukan nak cerita pasal rokok mahupun pasal lagu. Aku nak bercerita pasal cerita-cerita yang langsung tiada faedah. Cerita pasal suasana yang semakin meriah sekarang, contohnya.


Kemana sahaja aku pergi sekarang, pasti ada lagu raya. Ada satu lagu raya ni langsung tiada kaitan dengan raya tetapi tetap dinobatkan sebagai lagu raya. Lagu Balik Kampung oleh Sudirman. Cuba kau bagi satu susunan lirik dalam lagu tu yang menggambarkan suasana perayaan. Memang langsung tiada. Cerita sebenar adalah perjalanan balik ke kampung yang ditemani oleh nun menghijau gunung ladang dan rimba serta langit nan tinggiƧ bertambah birunya dan juga deru angin yang turut sama berlagu. Oh balik kampung. Lepas tu ada wajah-wajah yang ku sayang satu-satu tersemat di kalbu. Oh balik kampung.


Ada kaitan dengan raya? Tiada. Tapi tu lah, lagu ini paling berkesan untuk naikkan semangat pelajar serta pekerja yang ingin pulang berhari raya, selalunya ke kampung. Aku dulu nak balik jauh-jauh pun mainkan jugak lagu ni sebelum naik kapal terbang. Semangat tu dia naik semacam.


Cumanya, aku ada masalah sikit dengan lagu ni. Part yang dia cakap "Perjalanan jauh tak kurasa."


Kalau ikut Einstein (peh Einstein terus), teori relativiti, kalau kau dah lambat ke satu-satu acara, kau akan rasa masa berlalu terlalu cepat, dan bila kau dah sampai ke acara tu dan kau menyampah gila babi dengan acara tu, kau akan rasa masa terlalu lambat berlalu. Itulah relativiti, secara kasar. Masa lima minit akan kau rasakan cepat atau lambat berdasarkan tafsiran diri masing-masing.


Berbalik kepada "Perjalanan jauh tak kurasa" tadi, aku rasa salah. Mana ada orang nak balik kampung jauh-jauh untuk beraya lepas tu beliau rasa 'tak kurasa'. Sah-sah lah beliau akan rasa lama gila babi perjalanan tu sebab ada "wajah-wajah yang kusayang satu-satu tersemat di kalbu". Kecualilah kampung beliau jenis sebelah rumah, itu memang takkan rasa apa pun, rasa menyampah lagi ada la kot.


Haah aku tipu bila aku cakap aku bukan nak cerita pasal lagu. Alah, kau bukannya ingat pun aku tipu tadi.


*siul siul siul siul* can you blow my whistle baby whistle baby.



Sunday, August 5, 2012

Badminton pasca-perlawanan akhir

Maka berakhirlah perlawanan Bulu-bulu Terbang sebentar tadi. Keputusan tak payah lah nak ulang dekat sini. Aku dah nampak bayangan emas pertama dalam sejarah Olimpik untuk Malaysia, bayangan aku berdiri dengan bangga depan TV sambil mendengarkan Negaraku dimainkan buat kali pertama di Olimpik, banyangan aku sendiri yang menitiskan air mata kegembiraan untuk emas pertama di Olimpik, bayangan Lee Chong Wei mengakhiri Olimpik yang mungkin bakal jadi Olimpik terakhir beliau dengan seketul emas, bayangan suratkhabar dalam dan luar negara memaparkan detik sejarah emas pertama buat Malaysia.


Macam-macam bayangan lah. Malangnya tewas. Sipi-sipi. Kalau tewas dengan jurang mata empat atau lima memang takkan frust sangat, ini memang dah dekat.


Aku frust sangat bukan pasal apa, pasal Chong Wei main cantik. Ini rasanya kali pertama aku tengok beliau main sambil jerit-jerit, sebelum ni muncung senyap ja. Serupa kena sampuk jin badminton. Aku faham la jugak perangai beliau tadi sebab ini aku rasa Olimpik terakhir beliau. Dan aku tak nampak lagi mana-mana atlet yang mampu bawak balik emas, perak ataupun gangsa untuk temasya Olimpik yang depan-depan. Ada? Siapa?







Sedih tu tetap sedih. Tetapi melihat dari sudut positif, kurang-kurang Malaysia ada satu pingat, biarlah pingat perak sekali pun. Cuma sekarang yang tinggal, mencari bakat-bakat baru, lepas tu bakat tu digilap menjadi kelas dunia, lepas tu orang-orang atas macam KOAM, BAM, dan kejadah lagi berhenti bergaduh macam budak tadika. Takda siapa pun peduli kau nak gaduh tapi tugas kau adalah menggilap bakat baru, bukannya bertekak di ruangan belakang surat khabar.


Sebenarnya, dari yang aku nampak, kita nak sangat menang emas sebab tiga ja,

1. Sebab kesian kan Chong Wei yang tak pernah genggam emas di Olimpik
2. Sebab ikut orang lain yang nak jugak Malaysia menang emas, takda pendirian
3. Sebab aiskrim bodo


Yang nombor 2 tu lepas Chong Wei kalah, dia tak akan rasa apa-apa. Yang nombor 1 tu sah-sah akan sedih. Yang nombor 3 tu boleh pi mampoih melingkop buang.


Lee Chong Wei adalah hero aku sampai mati. Kau tak setuju aku peduli apa. Zero. The amount of fuck that I give.






Badminton pra-perlawanan akhir

Sebentar lagi jam lapan waktu Malaysia, bakal berlangsung pertarungan epik antara Abang Besar Berkumis dari negara Tembok Besar dan Abang Kurus Bercincin dari negara Dijanji Tetapi. Pertarungan akhir ini sudah diduga oleh rata-rata peminat permainan Bulu-bulu Terbang.


Sebelum ke pertarungan yang dikatakan bakal merobah dunia, ada baiknya jika kita sama-sama mendalami sedikit-sebanyak tentang Bulu-bulu Terbang, Abang Besar Berkumis serta Abang Kurus Bercincin.


Bulu-bulu Terbang adalah permainan yang dicipta sekitar tahun 383 oleh seorang pengembala biri-biri di Teluk Anson. Tahun itu dikatakan kemelesetan dunia paling hebat. Harga sebotol yogurt perasa jambu adalah RM 90 manakala harga ansuran kereta paling murah pula adalah sepuluh ribu ringgit sebulan. Begitu hebat, bukan? Jadi pengembala biri-biri tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Zokples Kembong mencipta permainan Bulu-bulu Terbang.


Permainan ini pada mulanya melibatkan dua orang pemain serta seekor biri-biri. Biri-biri akan dilambung ke arah pemain yang satu lagi sampailah biri-biri itu mencecah tanah lalu mata diberi. Namun ianya tidak bertahan lama (tiada unsur lucah), kerana saban hari ada sahaja biri-biri yang mati akibat hentakan ke kepala yang dasyat. Oleh yang demikian, Zokples Kembong menrevolusikan Bulu-bulu Terbang kepada penggunaan bulu biri-biri, di mana ianya digunapakai untuk membina bebulu tangkis masakini.


Bergerak ke Abang Besar Berkumis. Rata-rata makhluk di Negara Dijanji Tetapi membenci beliau. Bahkan pepijat, beluncas serta memerang tempatan turut membenci. Dijangka malam ini beliau akan diherdik dari sebalik kaca TV. Boo. Boo. Sudahlah misai beliau sebegitu buruk nak mampus.


Akhirnya, Abang Kurus Bencincin. Beliau adalah hero segenap umur serta warna kulit. Walaupun baru pulih dari kecederaan terpeleot buku lali tempoh hari, namun beliau tampak cargas, secargas beruang di Kanada. Kamon Datuk. Kamon.


Sekian pra-perlawanan Bulu-bulu Terbang, saya yang super kacak akhiri laporan saya dengan serangkap pantun kurang ajar,


Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi;
Kalau betul Lee Chong Wei yang menang,
Janganlah Kak Rosmah memeluk lagi.


Janganlah Kak, jangan.

Friday, August 3, 2012

Identiti terbongkar!

Kahkahkah, terbongkar identiti sebenar aku. Gambar aku cilok dari fesbuk kakak kawasan (ryeaffan.blogspot.com). Demyuuuuuh!!


Thursday, August 2, 2012

Pelupa

Sudah. Maafkan aku. Segala silapku. Dan bila. Kau tetap bisu. Ah pergi cakap dengan orang bisu siapa suruh. Macamlah kau paham bahasa isyarat pun. Sebenarnya aku tengah sahur ni, awal bukan? Biasalah orang super kacak memang bangun sahur awal.


Ada apa denganmu? Aku tengah menaip sambil mendengar lagu, tu yang kadang-kadang tertaip lirik dan aku sifatku dan aku khilafmu dan aku cintaku. Serabut jugak menaip sambil dengar lagu ni. Serius serabut tapi mengapa kau tak berubah ada apa denganmu woo hoo.


Aku ada benda nak cerita ni sebenarnya tapi tu lah, semenjak meningkat dewasa ni aku jadi pelupa. Macam tadi lah, aku ada benda nak cerita so freaking bad buy all of the things i never had. Tapi aku dah lupa apa aku nak taip tadi. Aku rasa inilah benda yang kucing aku selalu alami, beliau selalu beriya-iya masuk bilik aku, lepas tu beliau termenung kejap lantas berambus keluar. Aku agak beliau ni pun pelupa jugak apa sebenranya motif sebenar beliau masuk bilik aku kalau sekadar ingin termenung kejap sesaat. Kesian jugak forbes magazin smiling next to oprah and the queen.


Ha tengok, aku dah ingat dah aku nak tulis apa tadi. Aku nak tulis pasal kucing aku pelupa. Sudah mabuk minuman ditambah lagi judi masih saja abang tergoda janda kembang tak sudi ku tak sudi. Eh babi siapa pergi download lagu dangdut dalam laptop aku ni setan?

Saturday, July 28, 2012

Olimpik 2012

Secara resminya Olimpik 2012 sudah bermula di Great Britian.


Ini kiranya kali pertama aku tengok upacara pembukaan dari awal sampai habis. Pengarah upacara pembukaan adalah pengarah kepada filem Slumdog Millionaire. Kagum aku dengan upacara tu.


Ada dua part paling best sepanjang upacara tersebut, satu, kemunculan Rowan Atkinson aka Mr Kacang, dan kemunculan Paul McCartney bekas ahli kumpulan The Beatles yang mendendangkan lagu berhantu sepanjang zaman iaitu Hey Jude.


Cumanya aku sedih tadi pasal kontinjen Malaysia keluar TV kejap sangat. Tak sempat nak cari muka Leong Mun Yee. Ah sedih betul aku. Dengki ah brader kamera tu! Dasar perut busuk.


Bak kata kawan aku, "Ada dua je masa umat manusia dari seluruh dunia dapat dikumpulkan, masa dekat Padang Masyar dengan masa Sukan Olimpik."


Aku rasa Olimpik tahun ni adalah peluang terakhir untuk Malaysia menang medal emas. Kamon Datuk Chong Wei, semua rakyat Malaysia di belakang Datuk!!


Mara mara mara Malaysia!!


Friday, July 27, 2012

Masak nasi

Hari tu ustaz aku ada bangkitkan satu permasalahan bahasa. Bagus ustaz aku ni, suka bercerita. Lalu pagi itu beliau bangkitkan perkara ini.


"Masak nasi."


Nampak tak apa masalah dengan ayat kat atas? Kalau ikutkan bahasa skema dewan pustaka, ayat betulnya adalah "tanak nasi". Tapi aku berani jamin ah, 99.99% rakyat Malaysia haram tak pernah pakai perkataan "tanak" kecuali di dalam ayat yang tiada kaitan dengan nasi, macam "Kita tanak kawan awak" ataupun "Aku tanak pergi Sempalit sebab situ bau busuk."


Kalau kau kaji ayat "masak nasi", ada masalah sebenarnya. Kenapa mahu masak benda yang sudah masak? Nasi tu kira dah macam benda yang siap masak, lepas tu kau suruh masak lagi. Macam kau cakap "Saya sedang menggorang ikan goreng." padahal ikan tu dah digoreng dah pun, nak goreng lagi buat apa? Kalau kau nak jugak goreng ikan yang telah digoreng, kau kena cakap "Saya sedang menggoreng BALIK ikan goreng yang telah digoreng oleh emak saya pagi tadi."


Jadi, aku berpendapat ayat yang betul adalah "masak beras". Bila beras tu dah siap dimasak, dia jadilah nasi. Baru betul.


Thursday, July 26, 2012

Aku itu tenang

Jarang pulak aku bercerita pasal diri aku dekat sini kan? Kau pasti nak tahu lebih lanjut tentang keperibadian seorang kacukan Bugis-Banjar yang super kacak ini, bukan? Baiklah, aku akan cerita sedikit. Diharap kita dapat lebih saling mengenali selepas ini, lalu berputiklah benih-benih cinta yang seterusnya disulam menjadi sebuah masjid yang indah. Seindah bunga di taman. Berlari. Berkejaran.


Sudah lah dengan intro buat-buat super romantis di atas.


Aku sukakan ketenangan. Bukannya ketenangan dalam konteks perihal peperangan. Itu kau tanya budak tadika pun beliau akan jawab peace no war make love no war brader! Bukan. Bukan yang itu.


Ketenangan yang aku maksudkan adalah ketenangan yang jauh dari hiruk-pikuk serta jauh dari kerumunan manusia. Sebenarnya, aku suka berjaga malam. Ada orang cakap berjaga malam itu satu tabiat yang tidak sihat. Aku seperti biasa, bangkang. Bila aku berjaga malam, ketenangan waktu malam membuatkan aku lebih sihat, dari segi mental. Waktu malam adalah waktu sunyi kecuali kalau rumah kau sebelah epot ataupun kelab malam. Waktu malam adalah waktu paling indah untuk berfikir. Sunyi. Sepi. Sesepi suasana jamban di waktu pagi.


Oh ya, aku juga suka lepak lama-lama di dalam jamban. Bukannya berak batu. Bukan juga tertidur ketika berak. Serta bukan juga suka melepak bersama-sama setan. Namun keindahan ketenangan ketika di dalam jamban adalah sesuatu yang tidak ternilai. Pernahkah kau dengar terma "Bilik Termenung"? Sepatutnya ianya ditukar kepada "Bilik Ketenangan". Tapi kalau kau jenis berak cirit sampai bunyi cirit kau jiran selang tiga rumah pun boleh dengar, mungkin terma itu tidak berapa sesuai.


Selain itu, aku suka pantai. Aku adalah antara spesies yang tidak pandai berenang. Setakat apungkan badan secara terbalik tu aku boleh sikit-sikit. Tapi kalau nak suruh aku berenang, memang tak pandai. Walaupun berenang itu adalah salah satu kebolehan yang agak penting, namun macam aku cakap tadi, aku tak boleh. Pantai ni beliau ada sesuatu. Jenis kalau aku pergi, aku akan rasa tak mahu balik. Mahu terus bersandar di pohon kelapa selama-lamanya. Indah. Tenang. Deruan pantai. Bayu pantai. Kehalusan pepasir.


Oleh itu, aku tak faham bila ada orang jenis pergi bercuti, beliau akan cari pasaraya besar-besar dahulu. Bagi aku, percutian adalah waktu yang digunakan untuk menenangkan fikiran, bukannya menuju ke tempat yang menyerabutkan kepala hotak dengan hiruk-pikuk kota dan keramaian manusia yang suka tolak-menolak tatkala berebut barangan Jualan Murah.


Aku dan tenang. Tenang itu aku. Aku itu tenang. Lantas aku adalah aku. Kau adalah kau. Kalau kau juga adalah tenang, maknanya kau adalah aku dan kita adalah satu.


Malulah aku nak cerita pasal diri sendiri ni. Malulah. Sudahlah super kacak, pemalu pulak tu.


Malunyeeeeeeee.


Hak.


Tuih.


Kena kepala kau setompok kahak hijau.


Tuesday, July 24, 2012

Malaysia 1-2 Arsenal

Ya saudara-saudari sekalian, jangan berkecil hati. Perlawanan di antara negara dan kelab tidak akan ada sebarang efek terhadap ranking dunia. Hanya sekadar mencari keuntungan jualan tiket serta memuaskan hati penyokong kelab tersebut.


Sebenarnya, benda ni aku rasa semua peminat bola sepak tanah air akan setuju. Malaysia lemah dari segi mental. Mental breakdown para pemain Malaysia adalah benda yang aku sangat takut di saat Malaysia mana lawan mana-mana pasukan pun. Bak kata orang "Don't chu evah count the chicken before the teloqs are hatched." Simpan dulu teloq tu, eram elok-elok, jangan jadi Mat Jenin.


Separuh masa pertama dan majoriti separuh masa kedua, Malaysia main cantik. Aku rasa, ini adalah persembahan terbaik Malaysia dalam masa dua tiga tahun ni. Bagus. Nampak ada keyakinan. Cumanya tu lah, mental tak cukup kuat.


Kau kenal Marlon Alex James? Tak kenal? Beliau dulu main dekat liga Malaysia, orang kulit hitam. Kau bayangkan loghat orang kulit hitam. Siapa faham akan loghat orang hitam dia tipu. Dah tu kenapa la setan Astro ambil beliau jadi pengulas?! Naik bernanah telinga hoi aku cuba nak faham!!! Baik kau ambil Nelson Mandela!


"Arsenal menang atas faktor nasib." katanya. Haktuih. Kalau ikut peraturan bola sepak, tiada istilah menang atas dasar nasib. Ni pepatah kedua dalam bola sepak "You make your own damn luck."


Sekian sahaja ulasan oleh pengulas tidak bertauliah namun super kacak untuk malam ini. I love you Leong Mun Yee!!!!!!


Majulah hoi sukan untuk negara!!

Jenis-jenis yang puasa atau tidak puasa

Sebenarnya aku takut-takut jugak nak tulis benda yang aku nak tulis ni. Manalah tahu takut ada yang terasa. Tapi aku jenis orang kacak yang tak ambil peduli sangat apa orang nak fikir. Jadi aku tulis je lah. Gila, intro dah macam aku nak tulis untuk mengutuk Mohd Sipulan bin Ahmad Sipulan. Jangan berfikiran negatif, intro sebegitu sengaja ditulis supaya kau lebih berminat untuk teruskan pembacaan.


Sebagai pemerhati tersohor yang super kacak, sempena kedatangan bulan puasa ni, aku dah dapat simpulkan dah jenis-jenis orang yang berpuasa di bulan yang mulia ini. Macam ni lah, kita bahagikan jenis-jenis ini kepada dua, lelaki dan perempuan, lepas tu kita pecahkan lagi lelaki dan perempuan tersebut mengikut ciri-ciri masing-masing.



1. Lelaki. Kanak-kanak.


Minggu pertama puasa : "Mak kita bagi kita satu hari satu ringgit kalau kita puasa sekerat hari. Kita semangat ni nak puasa sekerat hari!"

Minggu kedua puasa : "Kita semangat lagi ni puasa sekerat hari. Kalau campur-campur yang sekerat hari tu, dah seminggu kita puasa."

Minggu ketiga puasa : "Eleh, apa yang susah sangat puasa ni? Kita minggu ni kita puasa penuh tau!"

Minggu keempat puasa : "Minggu ni pun kita puasa penuh! Kalau campur-campur semua kita puasa tiga minggu! Banyaknyeee duit raya kitee tahun ni."



2. Lelaki. Remaja (bukan perokok).


Minggu pertama puasa: "Aku dah puasa seminggu tanpa tertewas lagi."

Minggu kedua puasa : "Panas ah minggu ni. Minggu depan ah aku puasa. Minggu ni rilek kejap."

Minggu ketiga puasa: "Malas aku nak puasa. Tak swag ah puasa."

Minggu keempat puasa: *terus pergi kepsi tapau bawak balik rumah makan dalam jamban senyap-senyap*



3. Lelaki. Dewasa (bukan perokok).


Minggu pertama, kedua dan ketiga puasa : "Sahaja aku berpuasa depan anak-anak serta anak-anak buah tetapi belakang aku bantai nasi kedai senyap-senyap. Amin"

Minggu keempat puasa : "La, lagi seminggu rupanya nak raya? Cepat masa berlalu kan? Aku nak puasa ah minggu ni."



4. Lelaki. Remaja dan Dewasa (perokok).


Minggu pertama puasa : "Seminggu beb aku tahan tak merokok di siang hari. Ada can aku berhenti merokok ni."

Minggu kedua, ketiga dan keempat puasa : "Sakit kepala dohhh, otak kenot function, kerja tak jalan. Hisap rokok kejap ah."



5. Perempuan. Kanak-kanak, Remaja dan Dewasa (bukan perokok dan perokok).


SEBULAN SEBELUM, minggu pertama, kedua, ketiga dan keempat puasa : "Nak beli baju raya. Nak beli kasut raya. Nak beli kuih raya. Nak beli skirt raya. Nak beli gaun raya. Nak beli coli raya. Nak beli spender raya. Nak beli langsir raya. Nak beli sofa raya. Nak beli peti ais raya. Nak beli bekas kaca yang nampak mahal raya. Nak beli kapet raya. Nak beli itu raya. Nak beli ini raya. Hah apa lagi raya aku belum beli ni?"




Dekat seminggu dah beb aku tahan merokok di siang hari. Ada can aku berhenti merokok ni.