Saturday, June 1, 2013

Tuan Punya Cincin ep5

Setelah beberapa lama on hiatus, drama penyiasatan bersiri yang begitu popular iaitu Tuan Punya Cincin kini kembali. Surirumah-surirumah sepenuh masa mahupun bukan sepenuh masa tak kira jantina ataupun keadaan sosioekonomi semuanya bertepuk kegembiraan akan kembalinya drama maha popular ini. Manakala para suami yang dulu langsung tak ambil port akan drama ini sudah semakin lama semakin berminat. Ada juga yang sanggup membelanjakan jutaan ringgit semata-mata mahu membeli poster Ferodok dan Samsul, patung figura Ferodok dan Samsul, keychain Ferodok dan Samsul, serta kipas siling jenama Ferodok&Samsul. Barangan berkisarkan Sang Goh Lum langsung tak laku. Maklumlah, Sang Goh Lum hanya setaraf jamban rumah setinggan. Penduduk setinggan pun tak ingin membeli.


Imbasan episod-episod yang lepas ditayangkan di dalam suatu slot khas selama lima minit. Babak-babak menarik serta penting dihidangkan kepada penonton yang mengerut dahi cuba mengingati jalan cerita drama ini. Lagu Rumah Ini Rumah Kita yang pernah dipopularkan oleh ND Lala dimainkan secara rap sebagai musik latar. Potret-potret Ferodok, Samsul, Sang Goh Lum, Chom-Bee serta najis unikorn dipaparkan dengan skrin penuh.


Babak-babak di mana Samsul sedang berak disebalik belukar, Ferodok cemas, Sang Goh Lum cucuk-cucuk najis unikorn, Chom-Bee minum kopi, dan tidak lupa juga babak penting di mana Ferodok menyiku kepala Chom-Bee ketika di atas belon udara dimainkan semula untuk para penonton yang sedikit nyanyuk. Suara ND Lala masih berkumandang di latar belakang diiringi bunyi gitar hasil petikan Usher.


Skrin gelap.


Skrin cerah balik.


"Aku lapar ni Sang Goh Lum. Kau pandai masak tak?" tanya Ferodok sambil menguap.


"Sang Goh Lum pandai masak tuan. Tapi..." balas Sang Goh Lum dengan ketawa.


"Tapi apa?"


"Bahan penting tak ada atas belon udara ni tuan."


"Apa yang tak ada? Kan semua ada dalam dapur tu? Garam, cabai, kunyit, daging lembu gred A, telur ayam import, teh boh. Rusa hidup pun ada dalam tu, apa yang tak cukup?" jerit Ferodok dengan cemas.


"Najis unikorn tak ada tuan! Bahan penting!"


"...kau ni patutlah muka serupa jamban, IQ macam lembu, bau macam ketuat, makan taik rupanya!"


"Taik unikorn sedap tuan! Dia ada zat-zat macam gan-"


"Dahlah bangang senyap! Biar aku je masak!"


Ferodok dengan malas berjalan dari ruang tamu yang dipenuhi dengan perabot buatan sebuah negara Eropah Tenggara itu menghala ke dapur yang dihiasi ala-ala moden. Belon udara pemberian Chom-Bee ini adalah ciptaan paling bagus abad itu, luasnya bukan main luas, modennya sangatlah padu modennya, kelajuannya pun boleh menandingi kereta sport. Yang paling hebat, belon udara ini dilengkapi dengan sebuah perpustakaan bersaiz olimpik.


Secara tiba-tiba lagu tema Piala Dunia 1959 nyanyian penyanyi Latin dimainkan. Lagu ini dipilih berdasarkan undian dikalangan pelakon, penerbit, penulis skrip, penyunting, penata cahaya, tukang kebun, mekap artis dan dipersetuji sendiri oleh pengarah muda berbakat yang mengarah drama penyiasatan ini. Lagu ini sangat lembut serta memberahikan, sesuai dengan babak di mana Ferodok sedang memasak di dapur belon udara.


Sedang cergas Ferodok mencampurkan bahan ramuan serta rempah Adabi ke dalam periuk, tiba-tiba kamera seolah-olah bergegar dengan drastik dan Ferodok kelihatan terumbang-ambing. Prang! Habis tumpah ke lantai dapur segala ramuan di dalam periuk. Kamera beralih ke Sang Goh Lum yang sibuk melukis gambar najis unikorn di dinding belon udara itu, dia juga kelihatan terumbang-ambing. Habis rosak lukisannya.


Kamera di-zoom out dengan berpusing-pusing sehingga kelihatan Tembok Besar China menandakan masuknya waktu Maghrib bagi kawasan Batang Ai, Batang Yu, Batang Benda Ni serta Batang-batang Yang Lain. Suara azan berkumandang dengan merdu. Surirumah-surirumah sepenuh masa mahupun bukan sepenuh masa tak kira jantina serta suami-suami kepada surirumah-surirumah sepenuh masa mahupun bukan sepenuh masa tak kira jantina tadi tersedar dari alam khalayan cipataan Tuan Punya Cincin. Riak wajah mereka begitu cerah, itu simbol kejayaan episod lima dalam usaha menarik minat mereka. Penantian sementara on hiatus tampak gayanya berbaloi dengan jalan cerita yang padu, teknik kamera yang lengkap, penulisan skrip yang jitu, runut bunyi yang bersih, penataan cahaya yang tidak begitu malap tidak begitu bersinar serta hiasan belon udara yang menyankinkan.


Apakah yang berlaku kepada belon udara yang dinaiki Ferodok dan Sang Goh Lum?


A. Belon udara berlanggar dengan sekawanan unikorn yang sedang berhijrah ke kawasan panas.

B. Belon udara kehabisan minyak.

C. Jurukamera sakit jantung lalu bergegar kamera yang dipegang dan Ferodok terkejut kerana terjumpa lipas di dalam dapur lalu terjatuh ke lantai dan Sang Goh Lum memang terencat perangainya kadang-kadang dia akan terumbang-ambing secara otomatik.

D. Belon udara sangkut di awan tebal Kumulunimbus serta Stratis.


Hantarkan "AMBOI AMBOI AMBOI SIAPA PUNYA KERJA NI KENAPA TAK BUAT BETUL BETUL HA [Pilihan jawapan]" ke nombor telefon Kastam Daerah Batak, Indonesia.


Sembilan belas pemenang bertuah bakal memenangi lukisan karya Ahmad Ghani bin Farus yang bertajuk "Perempuan Itu, Bukan Miang" yang memaparkan lukisan seorang perempuan berpakaian biadab.


2 comments:

WP said...

C!! haha...

Tapi saya tak mau hadiah ni la... saya mahu kipas siling jenama Ferodok&Samsul boleh? Boleh kan?? :P

PokaPola said...

@WP : Adoi amoi, sini tak boleh jawab, kena hantar SMS, baru jawapan akan diambil kira.

Kipa siling tu dah sold out =(