Saturday, December 22, 2012

Langit yang gelap

Malam tu aku tidur lambat. Dalam mimpi aku, aku nampak dunia hancur, kapal terbang berlanggar, kereta terperosok bawah lori kontena, makcik-makcik jatuh longkang secara terbalik dan tiang-tiang letrik patah dua.


Bila aku bangun dari mimpi ngeri aku, dunia begitu gelap. Cepat-cepat aku capai telefon mahal aku dan aku periksa tarikh. 21 haribulan 12 tahun 2012.


Terus aku berlari ke ruang tamu dengan wajah yang panik. Mak aku tengah tengok televisen, rancangan drama.


"Mak! Mak! Dunia dah hancur mak! Mak tak nampak langit kat luar tu gelap! Baru pukul lapan dah gelap! Dunia dah hancur mak dunia dah hancur!"


"Hancoq tengkorak hang. Hang bangun pukoi lapan malam memang la gelap!"


Sekian sahaja cerita pendek berkenaan 21 haribulan 12 tahun 2012.


Jawapan teka-teki aku dalam entry lepas tu nanti lah aku bagitau.

2 comments:

Hikaru Yui said...

k memandangkan taon depan xberapa hari pun lagi.. insya allah aku tunggu.. jgn lupa sudah =p

PokaPola said...

@ hikaru : jawapan dia dalam soalan teka-teki tu sendiri. Sementara menunggu jawapan, cuba fikir-fikir balik. Kahkahkah.