Friday, October 12, 2012

Tahi bersinar

Dalam banyak-banyak tahi, tahi apakah yang bersinar? Bukan. Bukan tahi unikorn. Tetapi tahi bintang.


Sabri Yunus, di dalam sebuah drama komedi popular iaitu Pi Mai Pi Mai Tangtu pernah mengutarakan satu persoalan.


"Jika wujud tahi bintang, bintang ada punggung?"


Persoalan yang serius. Tak tahulah pula siapa yang berani menjawab persoalan tersebut, tetapi aku rasa tidak. Bintang tidak berpunggung, contohnya Lisa Surihani dan Didi Elias. Berlainan pula halnya dengan Nora Danish ataupun Rosmah Mansor, dua bintang yang berpunggung (besar).


Oleh itu. Aku amat yakin bahawa suatu masa dulu, hujan tidaklah dipanggil hujan. Hujan pada suatu masa dahulu dipanggil dengan nama kencing langit. Dan ribut taufan dipanggil cirit kayangan.


3 comments:

smbotak said...

kalau tahi pun bersinar, mesti punggung tu pun turut mampu menghasilkan cahayanya sendiri.

Hikaru Yui said...

kahkahkah...

satu perenggan satu kahkahkah...

Cik Nadia said...

ngok ngek hahaha