Tuesday, February 21, 2012

Cerita seram. Lagi.

Aku sekarang ni tengah dilanda misteri. Misteri adalah benda yang aku tak pasti. Bukan terus kau kena kaitkan dengan hantu.




Tiga hari lepas. Malam. Ada bunyi kejadah apa entah kat tingkap. Bunyi macam burung kipas sayap. Tapi kuat nak mampus. Mungkin burung. Tapi sepanjang hidup aku, burung mana pernah singgah kat tingkap tu tetengah malam. Okeh itu satu.




Dua hari lepas. Malam jugak. Yelah kalau siang apa yang nak misterinya kan? Aku dalam bilik jugak. Pakai boxer. Tak pakai baju. Seksi. Kacak. Tampan. Bergaya. Eh tak penting yang tu, semua orang dah tahu. Aku depan laptop. Tetiba rasa pedih belakang. Aku hiraukan sebab ingat nyamuk. Esoknya aku bangun. Ta-dah! Belakang aku berparut. Kesan cakaran. Betul-betul atas sikit daripada pinggang aku.




Memang sah kesan cakaran. Sebab kalau nak cakap aku mengigau dalam tidur dan pergi garu belakang aku sampai luka, memang tak logik sebab halus sangat kesan luka tu. Macam kau toreh dengan pisau lipat yang tajam tu. Parut tu ada lagi. Aku pun dah tangkap gambar sebab kang korang tak percaya.




Apa yang aku fikir? Entah. Kang habislah prinsip aku yang tak percayakan hantu ni. Tapi kalau jin aku percaya. Cumanya, jin akan kacau kau kalau ada orang yang suruh. Tahi sungguh. Aku syak ini jin Rosmat Lamsor, takpun Sammi Vellu sebab aku selalu kutuk mereka kat blog. Hoih mana aci hantar jin!!




Nah gambar. Cuba bagitau aku, binatang apa yang boleh lukakan belakang aku sampai jadi macam ni? Nyamuk? Cengkerik? Kupu-kupu? Pepijat? Charlies? Hama? Paremecium? Amoeba?




Wuu~ uu~ jangan biarkan hidup anda diselubungi isteri~~ (tak,bukan typo)




EDIT : ada komen cakap itu cakar kucing. Bukan. Rumah aku ada sekor kucing. Dan beliau tidur dalam sangkar malam-malam. Siang je keluar masuk rumah. Apa kau ingat rumah aku ni kedai makan? Kucing-kucing berkeliaran sambil bercakaran di belakang di belakang badan aku?



11 comments:

Ryehanna said...

omg...

biar betul ni wehhh

takutnye tengok luka kau tu!!

tu memang macam kena cakar je tu...

err...

erm...

*gulps*

sah... ko mmg kena kacau ni bro

aku said...

aku rasa tu kucing r bro..hehe

PokaPola said...

Definitely bukan kucing. Sila baca EDIT di atas.

meg shiei said...

This is scary..tuko bilik..tuko bilik

meg shiei said...

This is scary..tuko bilik..tuko bilik

meg shiei said...

This is scary..tuko bilik..tuko bilik

Pink Praying Mantis said...

Ada la tu serangga tajam kt katil. Aku pn pnah, tetiba kt kaki jd cm ni, pjg plak tu dr lutut ke bwh. Aku syak kumbang. Mlm2 kn tgh tdo x perasan. Don worry

Lady RaRa said...

sebenarnya awek buat cakar harimau nak cover plak konon jin kacau.
kehkeh aku buat lawak silalah maki.



eh tapi gila babi dalam kot...takut plak.sakit dak wey?

PokaPola said...

hoish, takkan serangga pulak. bilik aku ni kedap udara, lepas tu bau asap rokok pulak. serangga pun tak lalu nak masuk.

tak sakit tapi sampai sekarang ada bekas lagi.

Tea said...

Sape suh ko ensem.. Langsuir or kak ponti suka..

Lavender Blossom said...

Eh, serius, husbnd i pun pnah kne cmni... Bila mndi bru rasa pdih