Wednesday, August 8, 2012

Oh balik kampung

Whoa oh oh oh oh oh, my lucky strike. ah. Whoa oh oh oh oh oh, my lucky strike.


Dalam tak dalam intro entry kali ni? Haa, itu lagu Lima Manusia Maroon. Whoa oh oh oh oh oh, mu lucky strike. Sedap lagu ni, cumanya aku tak hisap lucky strike, kadang-kadang bila aku bernyanyi girang diiringi suara Adam Levine tu, aku tukar Lucky Strike jadi Marlboro, macam ni, Whoa oh oh oh oh oh my marlboro. ah. Whoa oh oh oh oh oh, my marlboro.


Aku bukan nak cerita pasal rokok mahupun pasal lagu. Aku nak bercerita pasal cerita-cerita yang langsung tiada faedah. Cerita pasal suasana yang semakin meriah sekarang, contohnya.


Kemana sahaja aku pergi sekarang, pasti ada lagu raya. Ada satu lagu raya ni langsung tiada kaitan dengan raya tetapi tetap dinobatkan sebagai lagu raya. Lagu Balik Kampung oleh Sudirman. Cuba kau bagi satu susunan lirik dalam lagu tu yang menggambarkan suasana perayaan. Memang langsung tiada. Cerita sebenar adalah perjalanan balik ke kampung yang ditemani oleh nun menghijau gunung ladang dan rimba serta langit nan tinggiç bertambah birunya dan juga deru angin yang turut sama berlagu. Oh balik kampung. Lepas tu ada wajah-wajah yang ku sayang satu-satu tersemat di kalbu. Oh balik kampung.


Ada kaitan dengan raya? Tiada. Tapi tu lah, lagu ini paling berkesan untuk naikkan semangat pelajar serta pekerja yang ingin pulang berhari raya, selalunya ke kampung. Aku dulu nak balik jauh-jauh pun mainkan jugak lagu ni sebelum naik kapal terbang. Semangat tu dia naik semacam.


Cumanya, aku ada masalah sikit dengan lagu ni. Part yang dia cakap "Perjalanan jauh tak kurasa."


Kalau ikut Einstein (peh Einstein terus), teori relativiti, kalau kau dah lambat ke satu-satu acara, kau akan rasa masa berlalu terlalu cepat, dan bila kau dah sampai ke acara tu dan kau menyampah gila babi dengan acara tu, kau akan rasa masa terlalu lambat berlalu. Itulah relativiti, secara kasar. Masa lima minit akan kau rasakan cepat atau lambat berdasarkan tafsiran diri masing-masing.


Berbalik kepada "Perjalanan jauh tak kurasa" tadi, aku rasa salah. Mana ada orang nak balik kampung jauh-jauh untuk beraya lepas tu beliau rasa 'tak kurasa'. Sah-sah lah beliau akan rasa lama gila babi perjalanan tu sebab ada "wajah-wajah yang kusayang satu-satu tersemat di kalbu". Kecualilah kampung beliau jenis sebelah rumah, itu memang takkan rasa apa pun, rasa menyampah lagi ada la kot.


Haah aku tipu bila aku cakap aku bukan nak cerita pasal lagu. Alah, kau bukannya ingat pun aku tipu tadi.


*siul siul siul siul* can you blow my whistle baby whistle baby.



No comments: