Saturday, October 9, 2010

Komentator sukan

Komentator sukan dalam Bahasa Malaysia adalah sangat menggelikan hati. Balik-balik ayat sama, balik-balik ayat sama. Lepas tu kalau acara yang jarang orang tengok, yang rules acara tu tak ramai orang tahu, komentator tu bukan nak explain. Apa la bongok sangat. Logik la jugak, asal ada big tournament macam komenwel ni, takdak komentator lain nak ambek, balik-balik komentator bolasepak. Bosan lah! Bosan!




Takdak ka orang lain yang memang pro dalam acara tersebut, atlet-atlet terdahulu ka? Best lagi dengar komentator asing. Macam badminton semalam. Lepas habis match final Malaysia-India, komentator dua orang ni (aku pun taktau orang mana, tapi pernah main badminton peringkat antarabangsa) sembang memang best, lama pulak tu. Terlalu obvious yang dua orang komentator ni dah buat research habis-habisan. Segala sejarah badminton membabitkan Malaysia dan India diorang tahu.




Kalau komentator Malaysia? Balik-balik, "Itu dia!", balik-balik "Kita sudah menang emas!", suka sangat cakap benda yang dah sah-sah budak tadika pun dah sedia maklum kalau tengok match final tu. Lepas tu gagap-gagap. Eh gagap pun boleh jadi komentator eh? Dan yang paling aku benci adalah sedara Rashid Salleh, apahal la bagi dia jadi pengacara kat Arena? Oi, dah la gagap, vocab pun ala-ala budak baru belajar bercakap.




Dan aku baru perasan, bolasepak tanahair jugak sedikit sebanyak dicacatkan oleh komentator-komentator yang macam haram (kecuali Sarkiwi Jirim). Yang lain terutamanya Hasbullah Awang ("Kee te-ngah!!" = match bola 90 minit, dia ulang ayat ni dekat seratus kali) sangat memengantukkan.

4 comments:

Anonymous said...

bro, aku rasa entri ko macam makin lama makin banyak kebencian pada keadaan sekeliling je. i miss ur positive entry. chill ya!


shima

PokaPola said...

@ anon : lol. sindrom kemurungan kottttt.

LYD a.k.a Makcik said...

sy sokong apew awk tuliskan..kdg2 kitew rasa mcm nk lanyak jew org yg mengulas tuh..kdg2 mengulas x kena time..bile tgh syok time tulah dia mencelah...aduh potong stim btl....

PokaPola said...

@ LYD : eh jangan lanyak, kang masuk lokap