Sunday, December 4, 2011

Buta artis

Kau tengok tak cerita  RM 1,000,000 Money Drop tak? Aku baru tengok tadi. Best jugak. Bagi yang tak tengok lagi, peraturan dia macam ni.




Mula-mula dia bagi kau sejuta ringgit, lepas tu kau kena jawab lapan soalan. Setiap soalan tu kau kena pilih la jawapan mana yang kau rasa betul. Kau kena 'bertaruh' atas jawapan tu, ikut suka kau la nak letak berapa pun. Kalau kau letak atas jawapan betul, duit kau akan stay atas tu. Kalau kau letak atas jawapan yang salah, kabom duit kau akan jatuh dan hilang.




Lepas tu tadi, soalan pertama dia adalah, "Siapakan nama sebenar Saloma?"




Peserta tu pergi letak RM 180,000 atas jawapan "Salma binti Hayek". Aku rasa macam nak tembak peserta-peserta tu pakai senapang patah. SALMA HAYEK!!!




Oh jawapan dia Salma binti Ismail. Bukan Salma Hayek la pantek!!!

9 comments:

nulat said...

hakhakhakhak memang patut kena p. tak tengok tv ke apa?

emak. bukan penari tiang said...

wey serious? betoi kah dia jawab salmba binti hayek? aku tak tengok. kalau camtu aku rasa ada fraud ni.

tipu ni. pelakon ja kot ni. pelakon untuk rancangan penipu

ac mang ni kan penipu.

Amak Kongsi said...

merepek kot salma binti hayek.. kalau jawab salmah ke, selamah ke.. isy..

Unknown said...

dyrang mmg pilih peserta yg low IQ jewp..dat why r..huhuh

sindiketsulit said...

betoi.
aku pun dah rasa yg peserta2 ni mcm pelakon.di bayar utk belakon, bukan utk menang sejuta. satu macam punya bodoh.

Ms. Noraz said...

aku yg tgk semalam pon rase cam nak tembak pakai senapang gajah dua org tu. soalan yg tasik lagi best..tah bile mase tasik titiwangsa kat perak?? stupid tol!

Leena said...

kalau tgk episod pertama lagi geram. soalan pertama untuk peserta pertama, tarian yang terkenal dekat melaka, jawapan dia dondang sayang, satu sen pun takde dekat dondang sayang. first round dah hilang sejuta. hampeh

peserta kedua, soalan pertama, masak lemak cili padi terkenal di negeri mana, itu pun boleh konpius antara negeri sembilan dgn johor.

tak paham mcm mana diorg pilih peserta

Anonymous said...

derang pilih peserta berdasarkan audition yg derang buat.. klu masa audition tu ko bole jawab soalan2 yg dorg bagi, maka ko layak ke peringkat seterusnya. ade 3 peringkat klu xsilap aku sblm dorg terpilih masuk tibi.. aku ade join audition dia kt sacc mall shah alam 2bln lepas.. br 1st round dh kalah. hampeh tol. tp sukurla aku kalah awal2, dpd kalah masa main kat tibi kompem kena berbakul2 kutukan.

emak. bukan penari tiang said...

anon : kau jangan la naive sangat. ingat buat audition tu makanya memang peserta bukan dibayar upah la? orang nak menipu ni cerdik, dia buat la audition untuk cover penipuan dia.

kalau kau awal2 dah kalah, aku tertanya2 gak apakah soalan dia bagi kat kau. bangang sangatkah kau ni berbanding peserta2 yang dapat masuk tu? hahahahahah.