Thursday, December 29, 2011

Budaya kecil

Bukan semua budaya Barat tak elok sebenarnya. Ada jugak satu dua yang menunjukkan betapa mereka lagi beradab.




Sebagai contoh, tadi aku pergi 7-Eleven. Punyalah teruk orang kita sampaikan pintu 7-Eleven tu beliau buka muat-muat badan beliau sahaja untuk masuk kedai. Apa susah sangat ke nak hold kan pintu tu untuk orang belakang kau? Lagi pelik, bila kau tetiba rasa baik hati nak hold kan pintu untuk orang belakang, sekali beliau masuk selamba bangang, senyum tidak, terima kasih tidak, angkat kening pun tidak. Mana sopannya orang kita yang dibangga-banggakan sangat tu? Truly Asia?




Satu budaya Barat yang aku puji adalah budaya 'aku tolong kau pegang pintu ni, masuk cepat bahalol'. Walaupun kadang-kadang ada yang tak ikhlas, tapi beliau tetap akan holdkan pintu untuk kau yang di belakang. Kau rasa macam kau diterima oleh masyarakat. Dan kau sebagai balasan wajib cakap 'TQ'. Tak kira la kau ikhlas ke tak.Seingat aku lah, setiap kali aku masuk bangunan yang berpintu, kalau ada french depan aku, memang konfem beliau akan holdkan pintu.




Mungkin bagi orang lain budaya ni macam 'Hek eleh, setakat pegangkan pintu, apa yang best sangat?'. Tapi bagi aku, budaya kecik-kecik macam ni lah yang memegang keutuhan perpaduan sesuatu masyarakat (pergh ayat macam EXCO hameno). Tapi betul, budaya ni memang aku puji.




Jadi lepas ni, kalau kau nampak aku masuk 7-Eleven, sila bukakkan pintu untuk aku. Eh bukan sebab nak ikut budaya Barat atas tu, tapi sebab aku kacak. Keutamaan kepada orang kacak.




Ini entry orang mengantuk, aku belum tidur dari semalam. Nak habiskan entry ni pun ak

5 comments:

No name said...

Masuk banggunan berpintu ada orang bukak kan.. Ko masuk Rumah ko ada tak orang bukakan pintu tue? :p

Dato' Shah said...

Satu lagi kat dalam lift. Ada pulak budaya masa kat asrama dulu, bila dia keluar lift, dia akan dalam masa yang sama tutup butang close dari dalam.

PokaPola said...

@Lizzie : Ceh kalau rumah sendiri pun nak orang bukakkan memang melampau la tu.

@Dato' : Apa ke pelik? Hahahahahaha.

skulluv said...

macam terkena batang hidung aku je.haha.tapi dengan kawan2 jela..

PokaPola said...

@aku : kahkahkah, sila lah bawak berubah ke budaya yang lebih elok.