Thursday, December 22, 2011

Sobri Anuar dabomb.

Aku takda la layan sangat MLM ni. Kadang-kadang je. Kehkeh, Maharaja Lawak Mega. Rumah aku takda channel tu sebab bazir je langgan semata-mata nak tengok MLM. Muat turun secara lanun sudah. Ye, aku seorang lanun rawr.




Bagi sesiapa yang tengok MLM tu, aku nak cakap sikit pasal kumpulan BP (Bawal Power). Bob Kuman dengan Sobri Anuar yang jadi member group ni. Sobri Anuar ini adalah nobody dalam arena lawak Malaysia. Aku tak kenal mamat ni sampailah aku tengok MLM. Lawak beliau adalah dalam kategori dark comedy yang agresif. Yang aku sangat minat. Sebab lawak beliau tak termasuk dalam kategori lawak hambar aka lawak bodohpiang.




Haritu beliau tiru gaya Zaiton Sameon. Hah, aku pun baru tahu yang Zaiton Sameon 'sakit', betul ke tak, manalah aku tahu, aku bukan paparazi. Ok, yang pasal Sobri Anuar tiru gaya Zaiton Sameon tu, terus lah kecoh konon-konon beliau menghina ZS. Heh?




Haritu ada keluar paper pasal seorang ahli kumpulan Boboi buat muka dan naik angin belakang pentas sebab kutukan juri pedas. Heh? Dalam paper tak cakap pulak nama beliau sebijik-bijik walaupun kita tahu itu adalah Afdlin Shauki. Kenapa kau tak hentam pulak? Sebabnya AS adalah orang lama. Kau hentam SA sebab beliau orang baru.




Aku tak rasa langsung yang SA ni menghina ZS dalam lawak beliau tu. "Saya rasa rakyat Malaysia belum boleh terima lawak sebegitu." Ini kata-kata SA sendiri sebab ramai sangat pihak hentam beliau kat akhbar. Betul aku sangat setuju. Kemonlah, cuba terima lawak dengan gelakketawa, bukannya dengan dari sudut negatif.




Filem Malaysia sekarang dah ada banyak kebebasan, sampaikan cerita tahyul pesong akidah, cerita rempit, cerita bohsia kena rogol bunyi ah ah ah semua boleh keluar panggung. Yang arena lawak? Aku rasa rakyat Malaysia sekarang dah sampai tahap keterbukaan minda yang kau kena bagi kebebasan untuk pelawak buat lawak. Takdaklah sampai ke tua kita stuck dengan lawak-lawak bodoh.




Cuba kau fikir. Dulu boleh ke tak orang buat lawak atas pentas dengan menggunakan accent orang India mahupun Cina? Nehi. Sekarang? All the time, sebab aku rasa (ini aku rasalah), komuniti India dan Cina di Malaysia sudah open-minded, sudah lali lah. Sampaikan Sami Vellu pun dah jadi modal paling best untuk ditertawakan atas pentas.




Takkanlah sebab ada orang butthurt dengan lawak Sobri Anuar tu, beliau kena minta maaf? Kemonlah brader, cuba jadi matang sikit. Orang nak berhibur lah dei. Kau nak butthurt? Pergi masuk dalam lubang jamban, lepas tu kau flush kepala kau dalam tu.




Bak kata Sami Vellu, "Saya hensem jugak satu karang. Itu Najib tarak hensemlah, saya serupa itu Shah Rukh Khan juga punya bapa sedara."

3 comments:

Dato' Shah said...

Rasanya yang dikatakan menghina tu bukannya disebabkan SA meniru gaya SA. Tak salah dari sudut itu. Tapi SA dikatakan menghina apabila menyebut dirinya yang sedang meniru SA itu sebagai Eton Malaun. Saya pun rasa tiru gaya SA tak salah cuma menukar nama kepada Malaun (yang menukar Sameon, ayah SA) itu kurang sesuai sikit. Agaknya itu yang dikatakan menghina.

Dato' Shah said...

Silap, maksud saya meniru gaya ZS.

PokaPola said...

Alah, come on lah. Sobri tukar Sameon ke Malaun bukan ada niat nak kutuk bapa beliau pun. Sobri cuma nak buat lawak. Betul la kata Sobri, rakyat Malaysia belum sampai tahap boleh terima lawak macam tu.