Wednesday, November 16, 2011

Kawalan jauh

Tadi masa aku tengah golek-golek atas sofa sambil tengok televisyen, tetiba datang perasaan mahu tukar channel. Alat kawalan jauh!




Yelah, rimodkontrowl. Cuba kau bayangkan masa kau kecik-kecik dulu, masa alat kawalan jauh belum popular. Leceh gila doh nak tukar channel, kadang-kadang kalau iklan pun, terpaksa jugak menjegilkan mata tengok iklan, sebab malas punya pasal.




Masa aku kecik dulu, aku punya la malas nak tukar channel sampaikan aku tarik kerusi sampai betul-betul depan televisyen. Kalau nak tukar channel, pakai ibu jari kaki. Biadap tak? Tak, itu kreatif.




Pernah sekali, aku terlebih kreatif dan innovatif, aku curik pemutar skru abah aku yang panjang gabak, buat jadi alat penukar channel. Last-last, aku terjolok menatang pemutar skru tu sampai masuk ke dalam punat televisyen. Ka-boom! Televisyen rumah kitorang terbakar. Terbakar maksudnya rosak, bukannya terbakar kena panggil bomba. Gilababi aku kena sound dengan makabah aku!




Tapi kan, makabah aku jenis kedekut, betul ini tak tipu. Mungkin bukan kedekut kot, mungkin takdak duit, tapi di mataku, kalian kedekut. Ha, sampai la televisyen yang memang dah wajib masuk muzium masa tu rosak, barula makabah aku nak beli yang baru. YANG ADA RIMODKONTROWL!




Jakun la jugak time tu aku dengan adik aku main rebut-rebut alat kawalan jauh tu. Tak sampai sebulan, menatang tu dah penuh dengan selotep, sebab aku dengan adik aku suka sorok-sorok bawah kerusi dan bawak masuk toilet, semata-mata taknak bagi orang lain tukar channel. Kurang ajar doh adik aku, aku sebagai abang lah yang berhak tentukan channel!! Sampai sekarang pun berebut lagi.




Eh, tadi sebenarnya aku nak cerita pasal sejarah alat kawalan jauh yang aku rasa ciptaan manusia paling ohsem dan menggemukkan. Pergi la gugel sendiri, aku pun bukannya pandai sangat sejarah-sejarah ni, cuma genius je.




Kalaulah ada alat kawalan jauh untuk order makanan dan terus suap masuk mulut kan best. Tak payah susah-susah masak.

4 comments:

Lady RaRa said...

entry ni tak adil untuk membandingkan zaman dulu dan sekarang sebab zaman dulu cuma ada 3 cenel

3 cenel hang malas gak memang kena kaki la wey.

la ni? 100 cenel, kalau tadak remote control mau bodo jari duk tekan punat cari cenel.

saja komen panjang2 aku tau hang tak reply. kehkeh

PokaPola said...

@rara: aku ni daaaaari duluuuu sampai la ke laaaaani, memang dilahirkan sebagai pemalas tersohor. Kalau ada satu channel pun aku perlukan remote. Hahaha.

Lady RaRa said...

sobs

pasepa reply?

iza said...

Assalam..
Ciss...pemalas tegar ni..kena cari ghegih nyok la..bubuh tengah belakang...