Wednesday, November 30, 2011

Hormat lagu

Hari tu kat Twitter ada orang cakap, "Orang yang buat lagu Cinta Muka Bulu ni tak tahu hormat lagu orang." Sebab ikut beliau, lagu itu mempersendakan Halwa Latip, penyanyi asal lagu itu, Cinta Muka Buku. Saya seperti biasa, membangkang kenyataan beliau.




Kau cuba bukak Youtube. Kau cari 'Parody'. Segala mak nenek jenis perodi ada kat situ, dari parodi lagu, ke parodi filem hinggalah ke parodi ahli politik. Tapi setahu aku lah, setakat ini, takda la lagi tuan empunya badan yang diparodi tu tetiba nak sentap.




Parodi sebenarnya adalah jalan mudah untuk kau berjenaka. Macam lagu Cinta Muka Bulu tu lah. Dan kau sebagai tuan empunya lagu tu memang tak boleh nak saman orang yang buat parodi tu selagi orang yang buat parodi tak kaut untung. Yelah, bukannya beliau dapat apa pun buat lagu Cinta Muka Bulu tu, setakat dapat nama.




Aku pun ada gak cilok-cilok lagu melodi lagu orang. Buat lagu entah apa-apa. Walaupun yelah suara aku iras-iras Anuar Zain, tapi aku tak buat untung pun. Aku ada penyakit. Kalau aku stress aku akan buat lagu. Lagu yang mengarut-ngarut tu semuanya hasil dari tekanan hidup di alam fana ini.




Ok berbalik kepada kenyataan dekat Twitter tadi. Apa yang tak hormatnya? Kau ingat ini lagu Negaraku ke sampai tak boleh buat parodi? Lagu Negaraku pun banyak jenis parodi aku jumpak. Taknak tulis sini, kang kena buang negara.




Hormat kepada sesebuah lagu pada aku adalah bila kau menyanyikan lagu itu dengan LIRIK asal, kau kena tepati semua note, high pitch low pitch pakejadah lagi. Kau kena tiru sebijik. Ataupun, kau kena buat bagi jadi lagi sedap. Kau ada tengok seorang DJ radio popular Pak Nul buat konsert tribute untuk Allahyarham Sudirman hari tu? Hancur!! Ye, aku tau beliau memang minat Sudirman. Tapi bagi aku, cara beliau meluahkan rasa minat beliau dengan menyanyi sumbang nak mampus, adalah kurang hajar. Kau bagilah artis lain yang mampu bawak lagu Sudirman tu. Kalau tak mampu, jangan rosakkan lagu-lagu itu.




Jadi bagi aku, Anuar Zain, aku rasa lagu Cinta Muka Bulu itu tidak menghina sesiapa. Sebab lirik itu bukan lirik asal. Itu adalah parodi.




Kalau ada orang buat parodi membalas balik parodi Cinta Muka Bulu tu mesti ohsem. Cinta Mulut Bau. I loike.

No comments: