Tuesday, December 6, 2011

Media sekarang.

Kalau kat England, kau tak boleh sesuka hati nak expose pasal kehidupan peribadi seseorang ahli sukan. Selalunya pemain bola sepak la. Sebab kau kena naik turun mahkamah. Pemain bola sepak tu boleh mintak kat mahkamah supaya berita pasal kehidupan peribadi beliau tidak diterbitkan dalam suratkhabar.




Kat Malaysia? Cerita pasal Apek pergi parti minum arak la, cerita pasal Apek dengan tunang beliau la, cerita pasal sorang kembar yang kahwin dengan Rita Rudaini tu la dan macam-macam la lagi.




Memetik kata Ong Kim Swee tadi, "Media tulis benda macam-macam ni sebab nak lariskan suratkhabar je." Hah, Metro je yang selalu tulis pasal ni, sebab? Tak laku. Berita mengarut. Aku tak pastilah, di mana kepentingannya untuk rakyat Malaysia, dapat tahu pasal Apek pergi parti? Kau nak ajar budak-budak Malaysia pergi parti ke? Sebab itu anak-anak muda dah sekarang dah tau belajar sendiri.




Media sekarang ni semakin lama, semakin bodoh. Kau tulis pasal artis tu jahat la, artis ni minum arak la, pemain bola sepak tu main perempuan la. Apajadah? Aku tau lah itu memang berita hangat bagi kau. Tapi bagi tuan punya badan? Kau ada fikir pasal dosa kau bukak aib orang?




Lagi satu, hey pergi mampus la kalau Apek nak minum arak pun (yang baidewei hanya berdasarkan SEKEPING gambar) . Yang kau nak kecoh apasal? Tau la dia nak taubat ke, nak pergi cari tikar semayang ke. Takda pekdah doh kau expose benda macam tu. Meh sini aku nak tanya, apasal selama aku hidup ni, takda berita expose menteri ke, anak menteri ke, raja ke, anak raja ke? Hah, apasal? Jangan cakap diorang tu tak pernah buat benda-benda macam tu.




Sebab....kau takut. Media sekarang pengecut. Media sekarang takda telur. Media sekarang tak pergi sekolah. Kau hanya hentam orang yang tak boleh hentam kau balik. Kunun lah nak jaga maruah orang berpengaruh. Habis pemain bola sepak takda pengaruh? Kau fikir kenapa budak-budak sekarang pakai jersi Malaysia? Sebab menteri? Sebab anak menteri? Sebab anak raja? Nehi!! Sebab pemain bola sepak.




Lagi satu, cerita pasal Apek putus tunang hari tu. Yang ramai sangat nak hentam beliau kat laman sosial dan blog bagai apasal? Sibuk je kau nak kacau tepi kain orang kan. Kau pun dah sama taraf dengan media-media yang bahalul tu. Kekunun nak jadi Mami Jarum bawak mulut. Hak-tuih!! Bagero punya budak-budak.




Aku bengang bukan apa. Tadi aku baru tau yang Apek pernah terfikir nak bersara dari main bola. What? Beliau baru 22 tahun. Tapi bagi aku beliau dah sampai tahap penjaga gol kelas dunia. Kau tahu berapa ramai yang dah sampai tahap tu dalam Malaysia? Mana ada doh. Kalau betul lah beliau bersara esok-esok disebabkan oleh media dan jugak yang berlagak nak jadi media, aku pergi bom sekor-sekor. Apek adalah permata bola sepak Malaysia, jadi sila abaikan kehidupan peribadi beliau. Selagi beliau main cantik di padang, selagi beliau boleh bawak Malaysia ke tahap lebih tinggi dalam arena bola sepak, pergi mampus lah dengan kehidupan peribadi beliau.




Kau tak kesian ke pergi hentam budak umur 22 tahun, sedangkan kau hanya menaip berita-berita bangang depan laptop kau? Kalau kau tak kesian, kau memang patut kena gantung.

3 comments:

Lady RaRa said...

alah. tak payah suratkhabar, bloggers pun kemain wey post-post benda macam ni.

kau cakap dari segi apek, meh aku nak cakap dari segi pasha sanda. dia adalah pandai berlakon. punya suka dia la nak pakai bikini jadah kat bali sana. kalau dia tak ada, aku sebagai seorang yang tak minat drama melayu, tetiba cuma minat kalau pasha berlakon, terus tak menyapot industri drama swasta malaysia. pasha adalah permata dunia drama. kahkahkah. kalau dia mintak pencen sebab media?

sama gak dengan frankfurter ramly ada dna babi. kemain post sana sini petik ada dna babi. tah betoi tah tidak pun tatau. dah aku berasa malu-malu nak perabih seketoi dua lagi belen ada dalam freezer. terus aku buang. tetiba petik tu laporan palsu. bahabi sungguh. membazir frankfurter aku.

panjang dak komen aku? panjang-panjang pun bukan hang reply. hang pun serupa media gak. tambi.

-wos- said...

aku like entry hang dan entry lady rara. eh bukan entry. komen lady rara.dua-dua logik.

-wos- said...
This comment has been removed by the author.