Tuesday, December 20, 2011

Perangai kucing gemuk.

Kalau beliau sedang tidur, kau jangan kacau. Kalau kau kacau beliau, beliau akan bangun, stretching sikit, lepas tu stret to bekas makanan beliau. Beliau akan melantak. Lepas sesuap dua suap tiga suap empat suap, beliau akan stretching balik, dan stret kembali ke tempat kau kacau beliau tidur tadi. Beliau akan sambung tidur.




Kalau kau kacau beliau lagi, proses yang sama akan berulang. Bangun, stretching, makan, stretching, tidur kat tempat yang sama.




Bila orang cakap kucing adalah binatang yang sentiasa curiga, ini adalah sangat betul. Haritu, aku tengah lepak tengok TV sambil beliau terbongkang atas sofa. Aku kentut. Lantas beliau bangun dan mula menyiasat bunyi kejadahkah itu. Hek eleh, setakat bunyi kentut pun beliau curiga.




Haritu ada helikopter lintas atas rumah. Pun beliau sibuk nak menyiasat. Kepala beliau terdongat tengok siling rumah, sampailah bunyi helikopter tu hilang. Kelakar pun ada jugak.




Tapi beliau pengecut. Kalau ada lori sampah ke, motor posmen ke, orang datang rumah ke, beliau akan bergegas lari masuk rumah sambil mencari tempat berlindung. Nama je kucing, tapi hati macam tikus. Bukannya lori sampah tu nak kutip beliau pun. Beliau macam loceng rumah yang tetamu akan tekan bila melawat rumah kau. Kalau kau nampak beliau tetiba gelabah lari masuk rumah, itu petanda ada tetamu.




Ha, kau nak dengar cerita kelakar pasal beliau? Hari tu aku tinggal rumah sorang-sorang, selama tiga hari. Jadi aku gertak beliau, sila jangan berak dalam sangkar beliau sebab aku takkan buang najis beliau. Itu kerja bonda, bukan kerja aku. Kau tahu apa jadi? Selama tiga hari beliau tahan berak. Setakat kencing sahaja, itu pun ciput. Selepas tiga hari baru beliau bernafsu untuk bertinja. Nampak gayanya setelah bertahun tinggal dengan manusia, akhirnya beliau memahami bahasa manusia.




Beliau juga kuat merajuk. Kalau kau tak layan beliau masa beliau mintak dilayan, beliau akan jual mahal dengan kau. Beliau akan pergi menyorok bawah kereta. Beliau akan tunggu kau pergi ambek beliau, setakat panggil nama beliau, beliau bo layan. Ceh bajet comel.




Ini fakta menarik. Seperti juga manusia, beliau akan geli kalau kau getelet tapak kaki beliau, dekat celah-celah jari-jari kaki beliau tu. Tak percaya? Sila cuba. Yela, memang lah beliau tak ketawa, tapi beliau akan marah-marah seolah-olah mengatakan "Gelilah bangang geletek kaki aku."




Kucing adalah haiwan yang sangat penuh dengan karenah. Kadang-kadang naik menyampah pun ada.








Oh ya, aku memang malas nak reply komen orang kat blog aku. Dah memang dari azali. Meow.

1 comment:

emak. bukan penari tiang said...

pijak perut dia


tak mau reply tutup ja la komen box. dasar.