Sunday, December 18, 2011

Ouch!

Banyak sebenarnya cerita yang bila aku dengar, aku akan cakap "Ouch".




Masa aku kat asrama dulu, cikgu aku cerita kat aku pasal sorang kawan beliau masa kat asrama beliau dulu. Kawan beliau ni masuk shower, nak mandi. Lepas tu kepala shower tu tetiba longgar. Kawan beliau punyalah bijak pergi panjat dengan bantuan pili shower dan tempat letak sabun dalam shower tu sebab nak betulkan kepala shower tu. Tapi malangnya kawan beliau tergelincir dan jatuh tersembam dalam shower tu. Kau tau apa jadi kat kawan beliau? Ye. Kulit skrotum beliau terkoyak sebab tersangkut kat pili shower tersebut. Daaaannn.....telur kawan beliau terkeluar sebijik. Daaaannn.....kawan beliau kutip balik telur beliau untuk dibawa ke hospital. OUCH!! Setiap kali aku ingat balik cerita ni, aku rasa ngilu kat skrotum.




Ni kawan aku punya cerita pulak. Member beliau eksiden. Kena langgar kereta. Takdak la teruk sangat kena langgar. Member beliau siap boleh bangun lagi lepas kena langgar tu. Member beliau pakai seluar pendek masa eksiden tu berlaku. Bila member beliau bangun balik lepas kena langgar sebab konon-konon nak maki pemandu kereta tu, member beliau rasa pelik kat lutut beliau. Kau tau apa jadi? Member beliau nampak ada rumput-rumput terselit dekat celah-celah lutut beliau. Lutut beliau patah, ke terkoyak ke apa entah sampai rumput atas jalan masuk dalam lutut beliau. OUCH!! Ngilu lututku bila terkenangkan.




Ini masa aku sekolah rendah. Sekolah rendah aku dulu banyak budak-budak nakal. Masa kitorang main kejar-kejar dalam kawasan sekolah, ada la sorang budak ni tetiba terjatuh. Kitorang buat bodoh je lah, apa nak kisah sangat kalau setakat terjatuh. Tetiba beliau menangis macam kena sampuk. Sekali bila kitorang pergi dekat beliau, dan tengok betis kering beliau, ada paku panjang gila babi tertusuk dalam tu. PANJANG NAK MAMPUS. Darah tak keluar banyak tapi kau boleh nampak macam ada isi sikit-sikit kat sekeliling paku tu. Yang kelakarnya, sementara beliau dok meroyan menangis kesakitan, kitorang ramai-ramai kerumun beliau sebab nak menikmati keindahan paku terbenam dalam betis kering beliau, hahaha. OUCH!




Eh tak banyak pun sebenarnya cerita "Ouch" aku.








Dan ye, telur aku masih rasa ngilu sebab teringat cerita skrotum terkoyak kat atas. Kau tak ngilu ke?

2 comments:

emak. bukan penari tiang said...

eh aku ingatkan kalau skrotum terkeluaq atau terpecah buleh membawa kepada kematian. laki aku selalu kata camtu kalau aku terpicit teloq dia kasaq sikit. dia kata ada nadi kat situ.

bukan apa, kalau betoi tak mati, malam kang aku nak ramas laju-laju teloqnya

kahkahkah.

emak. bukan penari tiang said...

eh jawab komen aku buleh dak? annoying sungguhla hang ni.