Wednesday, December 7, 2011

Binatang

Aku rasa macam dah cerita dah benda ni. Tapi aku cerita la jugak. Famili aku dengan binatang memang tak dapat dipisahkan, tambah-tambah kucing. Tapi tahukan beliau, bahawa famili aku pernah membela binatang lain selain kucing? HAH!




1. Arnab. Ini binatang paling tak fun. Mandom. Pemalas. Kau suruh beliau lompat, beliau hanya mampu berjalan terkedek-kedek. Mata beliau warna merah. Aku serius sangat takut. Kitorang bela arnab masa aku kecik. Lagi satu, seingat aku, aku tak pernah tengok arnab tidur. Bukan macam kucing, setiap masa nak mambuta. Tahi arnab. Ialah tahi kambing versi kecik. Tapi yang pelik, tahi arnab tak berbau doh. Entah aku pun pelik. Ke aku yang lupa macam mana bau tahi arnab. Lagi satu point untuk menyokong teori aku bahawa beliau sangat tidak fun adalah, beliau bisu.




2. Burung hantu. Best sebenarnya bela burung hantu ni. Sebab? Beliau pandai menari. Serius. Dulu kalau kitorang bukak lagu kat radio, beliau akan menari. Kelakar doh. Cara beliau menari adalah dengan menggoyangakn pinggul beliau. Bukan macam arnab kat atas tu, kau pergi sergah kat telinga beliau pun beliau buat dekkkkk je. Bodoh punya arnab. Tapi burung hantu ni leceh nak bela. Kitorang sempat bela berapa bulan je, lepas tu beliau meninggal.




3. Kucing. Aku sebenarnya adalah pencinta kucing. Tapi yang agak mentensenkan adalah, kucing ni bangang. Kucing yang paling cerdik pernah kitorang bela adalah beliau pandai kejut Subuh. Kau bayangkan tombol pintu yang bulat tu, beliau boleh bukak untuk masuk bilik dan kejut Subuh. Aku saspek beliau adalah jelmaan bunian. Kuicng sekarang? Jangan cakap Subuh, dah masuk Maghrib baru tau nak bangun. Itu pun sebab nak kedarah. Bila beliau dah kenyang, membuta balik. Best bela kucing adalah, beliau sangat vokal, sikit-sikit miau sikit-sikit miau. Beliau juga aktif. Kadang-kadang je la aktif, bila nampak cengkerik baliau akan kejar sampai dapat. Yang paling best tentang kucing sekarang ialah, beliau pantang nampak ada manusia berbaring, beliau akan datang menyondol dan baring bawah ketiak kau.




Aku sebenarnya teringin nak bela gajah. Yang jenis boleh set alarm. Senang aku nak bangun pagi-pagi. Tiga ekor gajah, sebab kalau sekor gajah pun belum tentu aku boleh bangun.

No comments: