Tuesday, January 31, 2012

Hukum-hakam

Tadi aku tengok cerita hapa entah yang soal jawab lakibini ni. Sebasi Bersama kot.




Lepas tu Pak Nul tanya kat laki dia ni, "Mana lebih kau minat, kain kapas ke kain sutera." Lepas tu laki ni jawab la kain kapas. Lepas tu Pak Nul dengan Sharipah Shahihihira tanya kenapa tak suka sutera.




Apakebangang sangat soalan beliau ni. Laki tu jawab dengan selamba, "Sebab lelaki kan haram memakai kain sutera." Terus Pak Nul buat-buat gelak beliau yang annoying tu.




Bangang gila sial soalan. Macam ada hari tu, AC Mihizal cakap kat sapa entah, "Kau taknak bernazar cukur kening ke?"




Pft. Jengkel.

Motosikal

Aku ada lesen kereta. Aku takdak lesen motosikal. Bukan taknak ambek. Tapi aku tak yakin bila aku naik moto.




Dulu masa kecik aku pernah kena langgar dengan moto. Hyperactive sangat sampai terkinja-kinja ke tengah jalan. Tak nampak moto, last-last kena langgar. Tapi moto to slow je la. Kena pun sikit je. Aku trauma sampai sekarang.




Orang cakap kalau trauma, kau kena pergi jumpa benda yang buat kau trauma tu hari-hari supaya hilang rasa trauma. Jadi kalau kau nampak aku tengah bawa kereta sambil mencuba untuk melanggar moto, jangan pelik, sebab itu cara aku nak hilangkan trauma 18 tahun lepas.




Aku tak yakin bawak moto sebab moto takdak protection. Nak harapkan dekat topi keledar je la. Kalau kau jatuh lepas tu kena lenyek kontena, topi keledar pun hancur. Kalau naik kereta, lepas tu kena lenyek kontena, kurang-kurang ada la jugak peluang nak hidup.




Aku satu je yang aku pantang pasal orang bawak moto ni. Tak bagi lampu signal. Ataupun kadang-kadang, terlupa tutup lampu signal. Bahaya doh. Lagi la buat aku rasa macam nak langgar terus biar mampus.




Semalam aku pergi kedai gitar. Beli tali gitar. Lepas tu ada sorang pakcik lewat 30-an. Dia nak beli gitar letrik. Jenama Squier. Dia cakap, "Squier ni adik kepada Fender. Macam Ferrari, adik kepada..." Betul, Squier tu ibarata 'adik' kepada Fender.




Tapi Ferrari?? Aku tak sempat dengar habis, aku keluar dari kedai tu. Ada ke kereta yang kau boleh 'adik-adikkan' dengan Ferrari?

Monday, January 30, 2012

Telefon bimbit

Cuba kau bayangkan dunia tanpa telefon bimbit.




Dulu masa aku kecik, kalau nak keluar main polis sentri wantu jaga polis mati pencuri jaga dengan geng-geng aku, kena pergi ketuk pintu rumah sorang-sorang sambil terjerit-jerit nama beliau dengan kuat. Pernah sekali tu, aku pergi la carik sorang geng aku ni, last-last beliau dah keluar dah, jenuh cari satu taman baru nak jumpa beliau.




Tapi masa kecik tu aku tak rasa macam memerlukan telefon bimbit. Aku pakai telefon bimbit pun start aku tingkatan satu. Itupun sebab asrama aku jauh dari rumah, senang nak telefon makabah.




Cuba bayangkan sekarang ni kau takda telefon bimbit. Mustahil gila nak buat temujanji ke, nak plan jumpa ke apa ke. Tambah-tambah kalau rumah yang orang kau nak jumpa tu jauh, lepas tu kau pergi rumah beliau sebab nak jumpa beliau, last-last beliau takda kat rumah. Sebab beliau pun pergi rumah kau sebab nak jumpa kau. Tak ke masalah tu?




Cuba bayangkan kalau sekarang takda telefon bimbit. Fesbuk kau takkan dipenuhi dengan enam juta keping gambar dengan pose yang sama oleh orang yang sama. Depan cermin, mulut muncung itik, mata kenyit sebelah, lepas tu warna kulit seribu kali ganda lagi cerah. Aku kadang-kadang menyumpah orang yang mula-mula sekali dapat idea nak letak kamera dalam telefon bimbit. Kejadah hoi? Gambar semua pose sama, yang bertukar hanyalah perkataan-perkataan yang ditambah dalam gambar tu, macam 'Peah Fotography', 'Salimah For You', 'Kiut ta sayew?' dan etc etc. Dahlah 'Fotography' tu salah eja.




Cuba kau bayangkan telefon bimbit tak dicipta. Mesti gagang telefon awam depan rumah aku tu ada lagi. Ini tak, disebabkan penciptaan telefon bimbit, habis semua pondok telefon awam hanya tinggal 'pondok', tiada lagi telefon awam. Aku pun tak paham kejadah kau curi gagang telefon awam tu? Kau nak buat apa dengan menatang tu? Jual? Makan? Ke buat jadi speaker?




Cuba bayangkan telefon bimbit tidak dicipta. Tiada lagi patung-patung, baju-baju, sticker-sticker yang bermotifkan kepala seekor burung yang sedang marah. Marah betul aku tengok burung tu dengan babi yang curi telur beliau. Yang babi tu pun satu, punyala dengki sampai nak curi telur burung, curi telur sendiri sudah la.




Cuba bayangkan telefon bimbit tak dicipta. Tak bolehla kau nak tekel awek dengan ayat, "Yu, nombor ai hilang ni, ai nak nombor yu boleh?" Bangang gila ayat untuk menekel ni, dah kalau nombor kau tu hilang, pergi la beli nombor baru, kahkah.




Kalau lah telefon bimbit tak dicipta, aku rasa tahap produktiviti manusia dalam dunia ni akan meningkat sebanyak 628.7282 peratus sebab kita sekarang banyak meluangkan masa dengan telefon bimbit.




Aku memang tak boleh hidup tanpa telefon bimbit. Eh sekarang orang dah tak panggil 'telefon bimbit', orang panggil 'telefon pintar'.




Yu, nombor ai hilang ni, ai nak nombor yu boleh?

Superman

Ha, yelah Yuna tak menang semalam. Malas nak cerita. Lagipun lagu Awan Nano tu pun memang best. Dahlah sifu M. Nasir yang tulis.




Aku takda la nak tulis apa pun, saja nak update blog. Berita kat TV pun aku dah dekat berapa hari tak tengok. Harian Metrohohohaktuih pun dah lama tak baca. Jadi takda isi aku nak bahan atau kutuk atau maki, kahkah.




Semalam aku janji nak pergi kelas pakai spender kat luar lepas tu snap gambar kalau Fahizal Tahahir menang. Beliau nombor tiga AJL. Tahi sungguh. Aku malas lah nak iron spender aku untuk pakai kat luar.




Takpelah, nanti aku suruh kucing aku gantikan aku untuk pakai spender aku kat luar. Muahahahaha.

Sunday, January 29, 2012

Cepat panik

Aku paling menyampah orang yang cepat panik, ataupun dalam bahasa pasar utara, orang yang kalut.




Susah orang jenis selalu gelabah tak tentu pasal ni. Asal ada ja benda jadi, konfem beliau paling kecoh, gelabah, lepas tu panik tak tentu pasal.




Cuba jadi macam aku, kool je. Apa jadi pun, muka aku tetap kool. Bukannya aku tak panik ke apa ke, tapi aku takkan tunjuk. Kalau aku tunjuk yang aku panik, maknanya itu memang tengah panik gilababi punya.




Kau kena bertenang dalam keadaan-keadaan terdesak. Sebab kalau kau tunjuk kau tengah panik, fikiran kau pun dah melalut, kau tak boleh fikir dengan betul. Dalam keadaan terdesak lah kau kena fikir dengan waras, nak cari jalan penyelesaian.




Setahu aku lah, kalau kau panik gelabah meroyan tak tentu pasal, masalah kau tu takkan selesai pun. Ada lebih baik kau rileks kejap, tarik nafas panjang-panjang, lepas tu kau fikr dengan waras.




Tapi ada jugak benda tak baik kalau kau tak tunjuk yang kau tengah panik. Orang akan cakap kau jenis yang tak ambil kisah, jenis yang hati kering.




Tapi apa aku kisah, janji aku tetap kool.




Friday, January 27, 2012

Jual baucer buku. Kenapa?

Sekarang tengah bising pasal mahasiswa-mahasiswa jual baucar buku RM200 dekat internet. Sampaikan akan ada tangkapan katanya.




Kelakar pulak aku tengok. Apa ke bangang sangat mahasiswa-mahasiswa ni? Nak buat benda tak beretika, tetapi dekat internet. Kalau ye pun kau nak jual, pergi je la kat kedai buku terdekat, yang kau nak iklankan sampai dalam internet tu apahal? Apekebengap?




Bab jual kat internet tu memang tak dinafikan adalah sangat bangang. Tapi yang bab JUAL tu kau tak bolehlah suka-suka cop mereka bangang. Cuba kau selidik sikit, KENAPA mahasiswa-mahasiswa tu nak jual dan bukan beli buku.




Aku sebagai mahasiswa pun ada jugak terlintas nak jual. Sebab? Sebab no money lah, sebab apa lagi. Setakat nak harapkan PTPTN, memang tak cukup. Setakat nak harapkan duit makbapak, kau kena listkan segala benda apajadah kau nak beli, barulah makbapak nak bagi, itupun kena diskaun. Ini untuk yang berasal dari keluarga kelas pertengahan lah, yang dari keluarga kaya-raya tu, apa nak kisah ye dok?




Cuba faham sikit perasaan mahasiswa. Buku sekarang, SELALUNYA, adalah buku jenis fotostat yang lecturer tu sendiri jual. Takkan kau nak bayar kat lecturer tu pakai baucer? Lagipun, sekarang ni, sama ada kau tengah cuti sem, takpun dalam pertengahan sem. Baucer tu akan tamat tempoh bulan Mac. Rata-rata mahasiswa SUDAH pun beli buku. Jadi kau nak beli buku apa pakai baucer tu? Setakat novel dan alatulis bolehlah.




Jadi, cuba selami sikit perasaan dan sebab musabab KENAPA mahasiswa lebih cenderung nak jual daripada nak pakai baucer tu. Memang lah, baucer tu nama dia 'Baucer Buku', tapi kalau buku pun dah beli, dan baucer tu ada tamat tempoh pulak, kau nak buat apa dengan baucer tu?




Aku tahu sangatlah, ramai gila orang kat luar sana yang tak setuju mahasiswa jual baucer tu. Tapi aku yakin jugak, yang tak setuju tu semua BUKAN dari golongan mahasiswa sendiri ATAUPUN mereka tu mahasiswa tetapi keadaan ekonomi makbapak mereka memang kukuh.




Aku punya baucer pun aku tak pakai lagi, sebab sekarang ni ada dua jenis buku (bukan buku pelajaran) yang aku target nak beli, 'A Doctor In The House' dan 'The Lost Symbols'. Memang lama dah buku ni, tapi baru sekarang aku rasa macam nak beli, yelah dah dapat baucer free kan.




Habis kau ingat bantuan RM100 yang diberi untuk perbelanjaan budak-budak sekolah tu SEMUA pakai untuk beli perkakas sekolah anak-anak? Pft.

Thursday, January 26, 2012

Kejab?

Aku dulu masa aku tadika, aku belajar Bahasa Malaysia pakai suratkhabar. Dari tadika aku dah start baca paper, walaupun haram satu apa aku tak faham, tapi aku baca jugak.




Dan ya, sedih jugak hati ni bila paper pakai perkataan yang ejaan dia entah hapa-hapa. Sebab cuba bayangkan kalau ada lah bebudak tadika sekarang yang baca paper jugak, tak ke beliau keliru mana satu ejaan betul mana satu ejaan salah?




Patutlah aku tengok bebudak sekarang ejaan makin lama makin 'kreatif'.

Tips hidup lama

Aku tengah tengok Discovery Channel. Dia cerita pasal 'otak'. Cara otak manusia bekerja ketika dalam keadaan kecemasan.




Salah satu yang dia tunjuk adalah, kisah pasal seorang mamat Perancis yang terperangkap dalam gua tanpa makanan. Selama sebulan. Dan beliau tidak mati kebuluran.




Rumusan saintifik daripada kisah beliau adalah, bila kau dalam keadaan kebuluran, otak kau akan bertindak menghasilkan satu hormon supaya organ-organ dalaman kau tak pakai banyak tenaga. Lepas tu otak kau akan suruh badan kau 'makan' lemak dalam badan kau. Bila lemak tu habis, 'otak' kau akan suruh badan kau 'makan' protein dari OTOT-OTOT dalam badan kau sendiri. Ikut fakta, kalau setengah dari protein dalam badan kau hilang, kau akan mati.




Nampak tak ironi kat situ? Otak manusia sanggup mempertaruhkan nyawa tuan badan untuk hidup. Mamat Perancis ni bernasib baik sebab beliau tak sempat mati, beliau berjaya diselamatkan.




Daripada pengalaman beliau ni, saintis jumpa satu teori. Ok, bila orang cakap 'teori', 'teori' ni tak semestinya benar, tak kisah lah teori apa pun. Teori yang diorang jumpa adalah, kalau kau makan dengan kadar yang sangat sedikit sampaikan otak kau ingat kau dalam fasa kebuluran, jantung kau akan jadi 'lebih muda' (kadar denyutan jantung akan menyamai seorang remaja), dan akhirnya jangka hayat hidup kau meningkat.




Diorang buat eksperimen atas tikus. Tikus yang separa kebuluran hidup lagi lama (almost double) daripada tikus yang hari-hari makan keju. Macam aku cakap tadi, apa-apa saja teori tak semestinya benar.




Siap ada saintis ni cakap lagi, kalau kau 'tipu' otak kau yang kau dalam fasa kebuluran setiap hari, badan kau akan jadi 'lebih muda' secara keseluruhan. Pendek kata, makan kurang adalah awet muda.




Jadi? Apa motif aku tulis semua ni? Ok sebelum tu aku nak cakap sikit pasal emak aku. Beliau ni dah boleh dikira warga emas (woops). TETAPI, kalau kau jumpa mak aku, kau akan cakap mak aku adalah lewat 30-an. Dan mak aku adalah seorang yang makan dengan kadar sangat sedikit. Awet muda.




Kau nampak tak ironi sekali lagi kat situ? Kau makan untuk meneruskan hidup, tapi keadaan kebuluran yang akan panjangkan hayat hidup kau. Memang, sukar dipercayai (lagipun aku pun taktau sejauh mana kebenaran teori ni), tapi itulah sains, penuh dengan benda yang kau akan cakap, "Homaigod, anbilivebel!"




Oh ya, aku pun makan dengan kadar yang sedikit. Sebab tu nampak macam umur 16. Awet muda. Doh.




Hidup ini sebenarnya bukan penuh dengan ironi, tetapi manusia yang salah tafsir pasal kehidupan. Dan otak manusia adalah sangat hebat.




Sekian ceramah sains okeh Profesor Al-Pokapola-Lo Al-Kacak-ko Al-Ganius-Ho.

Wednesday, January 25, 2012

Saya kena pukau makan babi

Ah tahi betul. Aku baru je update blog tadi. Sekarang dah terasa nak update lagi.




Intipati Metro hari ini adalah........"Saya dulu pegawai bank. Lepas tu ada mubaligh datang. Saya rasa saya kena pukau. Saya terus makan babi. Saya terus minum arak. Saya tak pergi kerja. Sekarang saya gelandangan."




.....pft. Kejadahnya ni? Kejadahnya? Aku rasa malu lah dengan statement si anonymous ni. Nampak sangat terserlah kebangangan beliau.




Mesej tersembunyi yang aku dapat dari statement atas tu adalah, kita sebagai orang Islam jangan berkawan langsung dengan orang ugama lain, sebab nanti kena pukau, terus wajib makan babi dan minum arak.




Kau ingat alasan kau tu boleh dipakai ke kat Padang Masyar nanti? "Saya kena pukau dulu, sebab tu saya kedarah benda non-halal, jadi saya tak berdosa." Lalu dosa kau pun dihapuskan? Macam tu? Kau kata kau ada ijazah segala, tapi ternyata ilmu kau masih tak cukup. Bangang.




Tu la aku cakap dulu, bangsa Melayu Islam kat Malaysia ni adalah bangsa paling paranoid dalam dunia ni. Kalau datang paranoid dia tu, habis semua orang lain yang bersalah. Diri sendiri tak salah. Cuba kau jujur je mengaku yang kau memang dah tertewas dengan godaan syaiton, syaiton.




Aku bukan tak percaya pukau-pukau ni, aku sangat percaya sebab kalau kau mintak tolong jin, dengan kebenaran Allah, jin tu memang boleh tolong kau untuk mandremkan orang ke, pukaukan orang ke, masuk dalam badan orang tu ke. Tapi statement atas tu nampak macam bangang sangat. Sebab beliau ni pekerja bank. Takkanlah mubaligh tu sampai nak pukau-pukau segala semata-mata nak suruh kau makan babi dan minum arak? Kalau benda ni betul, cuba kau tak payah berselindung di sebalik nama anonymous dan bagitau terus nama mubaligh tu, ada beran? Berani kerana benar beb.




Bagi aku lah, segala berita yang keluar paper, kalau saksi atau mangsa tu berselindung di sebalik nama anonymous, berita tu adalah 99% palsu. Kau tahu apa hukum sebarkan berita palsu? Kau dah dikira menipu secara besar-besaran.




Dulu kau cakap. Berita yang taboo kat Malaysia ni tak boleh kecoh-kecoh. Tapi ni apahal keluar berita pasal orang Islam salahkan mubaligh Kristian sebab beliau makan babi? Kau ada fikir perasaan golongan Kristian kat Malaysia? Tak. Jangan cakap "Tapi kita Islam, dia Kristian, kita benar, dia salah." Sila jangan jaja nama ugama semata-mata nak tutup dosa kau. Dan sila jangan caci ugama lain sebab itu adalah dosa.




Panjang aku tulis ni. Tapi aku pun bukannya alim sangat, malah jauh dari tu. Tapi aku terpanggil nak komen pasal berita kat Metrohohaktuih ni.




"Kalau kita curi harta orang bukan Islam boleh kot. Harta orang Islam tak boleh." Ini adalah statement kat Twitter paling bangang nak mampus yang pernah aku jumpa sepanjang hidup aku.




Sebelum kau menempelak ugama dan bangsa lain. Cuba kau selami sikit pemikiran ugama dan bangsa lain. Contohnya, silalah keluar dan berkawan dengan bangsa dan ugama lain. Jangan jadi katak bodoh yang duduk bawah tempurung.




Penat aku tulis. Kacak sungguh aku rasa hari ni.

Ubahsuai kereta

Topik dekat Hitz FM pagi tadi adalah, "Kalau kau boleh ubahsuai kereta kau dan letak satu aksesori/barang kat belakang kereta kau, apa kau nak letak?" At the end, dia buat kesimpulan bahawa perempuan akan letak almari, almari kasut dan mangkuk tandas. Sementara lelaki akan letak Megan Fox.




Kalau aku lah kan. Aku nak letak.


1. Gajah. Siapa main lampu tinggi suluh kereta aku dari belakang, aku suruh gajah tu sembur air dekat beliau. Takpun aku suruh gajah tu tonggek cantik punya, lepas tu berak atas kereta belakang tu.


2. Katil. Kang kalau aku mengantuk tengah jalan, boleh aku berhenti tepi, lepas tu membuta kejap.


3. Tugu. Tugu emas. Tugu emas diri sendiri. Biar semua orang tahu bahawa aku kacak. Awek atas jalan semua boleh cuci mata.


4. Kerusi pemandu sekali dengan stereng sekali dengan dashboard. Senang nak keluar parking. Tak payah reverse-reverse. Lagipun nanti orang lain boleh kompius, apasal kereta aku jalan reverse sambil tiada pemandu.


5. Peti ais. Supaya bekalan Coca-Cola sejuk sentiasa ada di sisi. Aku nak simpan ayam pun senang. Telur pun sentiasa sejuk.


6. Bob Kuman. Bila aku stress je memandu atas jalan. Aku akan berhenti tepi. Pergi belakang. Lepas tu jadikan beliau sebagai punching bag. Hilang stress aku.


7. Panggung wayang. Sebab kat sini takdak panggung wayang. Letak couple seat sekali.


8. Kedai popcorn. Yelah, sebab mana best tengok wayang kalau takdak bahan kudapan.


9. Kolam renang saiz olimpik. Saja. Boleh aku cuci mata tengok pompuan berbikini. Aku tengok je lah, nak berenang tak pandai. Ha, lagipun kalau rasa nak terkencing, boleh aku masuk kolam renang tu lepastu kencing senyap-senyap, bukannya orang lain perasan pun.


10. Seven-eleven. Tak payah aku keluar jauh-jauh semata-mata nak beli rokok. Masuk dalam kereta, pergi seat belakang, ta-da ada seven eleven. Bukak 24 jam pulak tu.




Ini bukan ubahsuai kereta dah ni, ini dah macam ubahsuai treler namploh tayar.

Tuesday, January 24, 2012

Tebusan

Semalam tatkala aku baru bangun tidur, sekitar jam 6.30 begitu. 6.30 petang lah, apahal aku nak bangun 6.30 pagi masa-masa cuti. Aku mendapat berita pasal kes tebusan kat Kampung Baru. Budak umur 10 tahun dijadikan tebusan selama 6 jam oleh seorang mamat yang disyaki penagih dadah. Beliau arwah dah sekarang. Budak itu kini stabil.




Trauma lah budak tu lepas ini. Kasihan. Aku ada tips genius untuk elakkan diri dijadikan tebusan.




1. Kau pura-pura mati. Elok je mamat tu nak jadikan kau tebusan, kau terus julingkan mata dan jelirkan lidah. "Eh? La dah mati ke dia ni? Tak ada gunanya dijadikan tebusan lagi, takkan beliau nak mati dua kali, ye dok?" kata mamat itu sambil ketawa.


2. Kau pura-pura kena rasuk syaiton. Jerit "Ini rumah aku!" banyak-banyak kali, tarik rambut sendiri ke belakang dan duduk mencangkung. Konfem punyalah mamat tu kecut perut dan terberak cirit di situ. Lalu koma.


3. Kau pura-pura jadi 'lonely forever'. "Bro, lu bunuh lah gua bro, gua pun bukannya ada tempat memadu kasih, member-member gua pun semua lari, cikgu-cikgu gua pun dah tak mengaku gua anak murid. Bahkan lembu dan itik pun taknak kawan dengan gua. Lu bunuh lah gua bro, bunuh lah, gua spesies lonely forever" kata kau dengan megah.


4. Kau terus jadi gay. "Ah ha-bang. Janganlah ha-bang. Hey, ha-bang peluk lah kuat sikit! Nakal ha-bang ni raba-raba ai, notty tau!" kata kau sambil blushing. Tapi. Kalau mamat tu pun gay, maka habislah kau. Pasti hilang teruna kau tatkala itu juga.


5. Kau pura-pura cakap telefon. Mamat tu takkan kacau kau punya sebab yelah, kan kurang ajar kalau kacau orang lain tengah bercakap telefon. Orang kita semua jenis beradab.


6. Kau pura-pura jadi ustaz atau ustazah. "Bang, tahukah anda bahawa membunuh adalah harom di sisi ugama. Abang tahu apa jadi kalau abang buat benda harom? Macam makan KFC lah abang, harom. Neraka jahannamlah tempat abang esok-esok. Tak payahlah bang jadikan saya tebusan, baik kita ke mesjid bang. Jomlah ke mesjid semayang tarawikh." kata kau sambil mengurut dada mamat tersebut.


7. Kau buat muka seburuk mungkin. Kalau muka kau dah buruk, just act normal. Nescaya mamat tu takkan perasan akan kehadiran kau sebab beliau ingat kau adalah jamban bergerak. Yelah, takkan nak jadikan jamban bergerak sebagai tebusan. Kalau nak lagi real, kau buat bunyi flush jamban sekali.


8. Dah sampai nombor lapan ni aku rasa macam kurang ajar pulak lawak aku ni.


9. Ok yang ni last.


10. Kau pura-pura jadi gaban.




Ok ok. Ini serius, aku kasihan dengan budak umur 10 tahun tu. Semoga beliau tabah untuk mengharungi kehidupan lepas ni. Bodoh punya mamat, kau nak jadikan tebusan tapi kau pilih kanak-kanak, pick on your own size lah hoi!!




PS : gaban tu adalah Masked Rider.

Kuih-muih

"Kalau kau pergi kedai makan tepi jalan. Lepas tu ada dua bijik kuih. Satu tu dia letak molek atas pinggan. Satu lagi dia letak atas pinggan tapi bawah tudung saji. Mana kau pilih?"




Nak pulak kedai makan tu tepi jalan yang banyak debu. Konfem lah kau pilih kuih yang bawah tudung saji. Kecuali kalau kau dah kebulur sangat, kau akan ambil dua-dua. Nafsu mengaburi mata.




Banyak gila kuih sekarang yang jual tapi tak bertutup. Contohnya goreng pisang, tak pernah lah lagi aku tengok orang jual goreng pisang jenis letak bawah tudung saji. Kau pernah?




Kalau semua orang betul-betul prihatin bab kesihatan. Memang takkan ada yang beli goreng pisang jual tepi jalan. Kau tahu tak banyak gila partikel-partikel habuk serta bakteria-bakteria jahat yang masuk dalam kuih tu?




Untungnya kepada penjual goreng pisang tersebut adalah, kita tak prihatin langsung pasal kesihatan. Asal nampak sedap dan tiada cacat-cela dari mata kasar, kita bedal. Bak kata orang muda sekarang, "Bedal sahajalah wahai labu. Doh."




Punya panjang aku berkias kan? Padahal semua perenggan kat atas tu adalah perumpamaan.




Perumpamaan untuk memilih jodoh.




Monday, January 23, 2012

Euro 2012

"Tahun ni bola sepak Euro start. Aku rasa Spain menang."


-"Hmm, kalau bukan Spain menang, Germany menang. Aku rasa final Spain lawan Germany."


"....kau rasa Argentina ada peluang menang tak?"


-"Argentina? Tak boleh kot, lagipun Messi bila beliau main dengan Argentina, beliau tak perform."


".....kalau Brazil?"


-"Brazil? Brazil pun takdak peluang aku ras-wei!! Brazil mana masuk Euro lah bangang!!"


"Habis yang kau iya-iya cakap Argentina lah Messi lah apahal? Macam lah Argentina masuk kan."


-"...oh haah. Hahahaha."




Kau rasa Barcelona ada peluang menang Euro tahun ni?

Penyakit genius

Aku ada penaykit yang aku rasa orang pun ada. Otak aku laju sangat, kalah jari.




Aku kalau menaip pasti tertinggal satu dua perkataan. Takpun aku letak huruf lain depna huruf lain. Sebenranya ni penyakit orang genius.




Banyak kali dah jadi. Teutamanaya di Twitter. Kelakar lah jugak aku rasa. Nak marah otak aku tak boleh sebab beliau memang laju. Nak marah jari lagilah tak boleh, sebab apa yang beliau tahu? Korek hidung dengan telinga beliau handal lah.




Masa kecik pun aku dah ada problem tu. Kalau aku baca apa-apa, kena baca dua kali, sebab otak laju sangat, mata aku lembab. Mesti ada dua tiga perkataan yang aku salah baca.




Menulis lagilah teruk. Aku kalau menulis, kena tulis dengan halaju yang sederhana. Kalau laju sikit, habis tercicir dua tiga perkataan. Jenuh pulak nak kena perbetul balik.




Kalau aku update blog pun, aku kena check balik. Itupun kalau aku rajinlah, tapi selalunya aku malas, sebab kacak sangat.




Betul. Ini penyakit orang genius. Dahlah genius, kacak terlampau pulak tu. Dah anugerha tuhan, apa boleh buat, bersyukur je lah.




Tak, segala typo dalam entry ini tak disengajakan, dan aku malas check balik. Untuk membuktikan bahawa penyakit aku ni adalah benar. Tiada yang benar melaiknan yang benar-benar belaak.

Sunday, January 22, 2012

Penyumbaleweng.

Penyumbaleweng. Ye. Penyumbaleweng. Adakah anda seorang penyumbaleweng?




Aku tak tahu kejadah maksud penyumbaleweng tu. Aku tengah tengok cerita apa entah kat TV ni. Cerita Korea ke Jepun entah sebab aku tengok muka sama je bahasa pun sama. Pasal 3 orang nenek yang nak pergi bercuti ke Hawaii. Sumpah kelakar.




Lepas tu nenek sorang ni cakap, "Sipulan tu dah mati dah. Dulu dia adalah PENYUMBALEWENG, selalu lepak bawah jambatan dan mengintai skirt gadis-gadis muda."




Samaada maksud dia 'pervert' ataupun 'stalker'. Aku tak taulah betul ke tidak. Sebab Astro kadang-kadang memang bangang dia punya alihbahasa.




Eh kau tak dulu Abon, mamat Jawa yang kelakar haram tu, kerja dengan Dewan Bahasa dan Pustaka? Padanlah petah semacam, Raja Pantun lagi.


















Thursday, January 19, 2012

Sedekah

Aku ada dengar satu iklan khidmat pesanan masyarakat dekat radio ni. Iklan tu bermesejkan, "Kalau kau nak sedekah dekat orang yang mintak sumbangan untuk buat rumah kebajikan ke, rumah orang-orang tua ke, bagi je dengan hati yang ikhlas, jangan berprasangka buruk. Yang penting kita kasi sedekah tu dulu, betul atau tidak cerita orang yang mintak sedekah tu kita letak belakang."




Pesanan khidmat masyarakat katanya. Khidmat masyarakat hapa gitu. Kalau aku nak kasi sedekah jenis yang macam tu, aku akan pastikan apa yang orang mintak sedekah cakap itu adalah benar. Takkan kau nak kasi duit senang-senang macam tu je.




Banyak sangat sindiket sekarang. Macam mana kau nak berprasangka baik? Sebab orang yang mintak sumbangan tu pakai kopiah pakai jubah bawak tesbih bawak segala? Pft.




Orang yang betul-betul nak mintak sumbangan tu, kau tak boleh salahkan orang lain sebab ragu-ragu akan kebenaran cerita kau. Sebab sekarang ni banyak sangat yang menipu. Semua sebab nak duit.




Jadi silalah hentikan iklan khidmat masyarakat yang bangang itu. Tak memberi khidmat pun. Memanglah nak sedekah tu kena ikhlas, tapi kena lah selidik jugak betul ke tak, tak boleh la nak bagi sedekah sesuka hati je.




Ada jugak jenis yang kasi sedekah, lepas tu pergi canang satu dunia, "Semalam depan bank ada pakcik ni, alim nak mampus, mintak sumbangan untuk buat rumah kebajikan, aku pun bagi lah RM10, dengan ikhlas. RM10 kau tahu! Ikhlas gila kot aku. Konfem masuk syurga!"




Ikhlas apa gitu. Dah bagi tu, senyap-senyap je la.

Tuesday, January 17, 2012

Iklan vandalisma

"Mak beliau berdarah kat perut. Lalu beliau, seorang kanak-kanak berumur sekitar 9 tahun, menelefon talian kecemasan. Ambulans pun dihantar ke alamat yang diberikan. Namun, ambulans terbabit menghadapi kesukaran untuk mencari rumah emak yang berdarah itu kerana segala mak nenek jenis papan tanda nama jalan sudah divandalisma. Ambulans itu terpinga-pinga. Akhirnya, si emak meninggal kerana ambulans sampai ke sudah tak sampai ke alamat itu."




Itu adalah jalan cerita untuk satu iklan kat TV. Moral untuk iklan itu adalah, jangan conteng atau tampal pelekat dekat papan tanda nama jalan sebab kang ramai lagi emak-emak yang mengalami pendarahan perut yang serius akan meninggal.




Banyak persoalan sebenarnya iklan ni :


1. Apa drebar ambulans tu bengong sangatkah sampai nama jalan pun beliau tak hafal. Kata kerja bawak ambulans, habis takkan nak harap dekat papan tanda.


2. Malu bertanya sesat jalan. Kan dah sesat! Kau turun la tanya siapa-siapa tepi jalan tu dekat mana rumah emak yang mengalami pendarahan yang serius tu. Ini tak, yakin sangat boleh jumpak rumah tu dengan berpandukan papan tanda.


3. GPS. Pakai lah GPS hoi!! Apa susah sangat ke?


4. Yang anak kepada si emak yang mengalami pendarahan perut yang serius tu, dah kau nampak emak kau tengah nazak tu, dan ambulans pula tidak kunjung tiba, kau pergilah ketuk pintu rumah jiran! Mintak tolong hantar ke hospital. Tulah budak-budak zaman sekarang, kalau tak bodoh, mesti bangang.


5. Macam mana si emak yang mengalami pendarahan perut yang serius tu boleh mengalami pendarahan perut yang serius tu? Tak lengkap jalan cerita hoi. Tak lengkap.


6. Kenapalah kau tak pakai GPS. Eh dah cakap.




Itulah. Aku pun tak pasti siapa yang mengarah iklan ni. Kelakar pulak aku tengok. Tapi kesian la jugak kat budak tu, tak pasal-pasal mak beliau meninggal.




Semuanya disebabkan kau........yang menvadalisma papan tanda nama jalan. Anda pembunuh. Jika disabitkan kesalahan anda boleh dijatuhi hukuman geletek sampai mampus.




Kahkah. Ala, kalau susah sangat, macam aku cakap tadi, pakailah GPS, cariklah drebar ambulans yang betul-betul tahu nama jalan, didiklah anak anda jadi cerdik sikit, berbaik-baiklah dengan jiran. Supaya bila anda mengalami pendarahan perut yang serius, anda mungkin boleh diselamatkan.




Kau ingat tak dulu orang kecoh buat iklan pasal vandalisma telefon awam? Katanya, kang kalau kecemasan, senang nak telefon polis/bomba/hospital/jpj/pancaragam.




Tak relevan dah sekarang sebab semua orang dah ada telefon bimbit. Alah, lagipun kalau rumah kau terbakar, kau post je lah status kat fesbuk ke letak gambar kat fesbuk ke letak video kat fesbuk ke, konfem ramai orang like.




Monday, January 16, 2012

Ubat malas

"Sebelum ni saya malas. Dah nak dekat PMR pun saya malas belajar. Tapi bila saya minum produk Doktor Berambut-Cendawan-Dari-Jitra-Yang Buat-Filem-2-Alam-Lepas-Tu-Beliau-Claim-Kutipan-Juta-Juta-Padahal-Tak-Sampai-Sejuta-Pun ini, terus saya jadi rajin."




Testimoni pelajar lepasan PMR dalam ruangan iklan Harian Metrohohohaktuih.




Akhirnya ubat kepada penyakit malas sudah ditemui. Kalau macam tu, aku pun nak lah makan ubat tu.




Tapi kalau aku makan ubat tu kang, ada potensi tak tumbuh cendawan atas kepala aku?




Menakutkan.

Teori risiko-pulangan

Aku sekarang kena ambek paper Finance. Mencabar. Tapi subjek ni je yang aku nampak aku akan apply bila aku nak kerja esok. Banyak teori, banyak formula, dan banyak karenahnya.




Aku suka satu teori ni, "Risk-return theory". Teori ni cakap, kalau risiko kau tinggi, pulangan kau tinggi. Kalau dalam satu-satu perniagaan, kau kena cari risiko yang paling rendah tapi dalam rendah tu, kena pastikan ada pulangan yang agak tinggi. Tak boleh lah kau ambil risiko yang tinggi nak mampus, sebab walaupun pulangan dia tinggi, tetapi terlalu.....berisiko. Apa je yang kau buat mesti ada risiko. Takda benda pun dalam dunia ni yang kalau kau buat, takda risiko.




Kau nak tekel awek pun, ada risiko. Risiko paling tinggi adalah menekel awek cantik gila babi. Pulangan dia? Sangat tinggi lah, iaitu dapat bini dan bakal anak-anak yang cantik. Risiko dia? Kau akan direject lalu kau rasa macam seekor looser, kemudian kau patah hati, kemudian kau menyendiri makan minum berak pun taknak, last-last kau terjun bangunan sebab frust tak sudah. Tinggi risiko tu.




Kau nak kentut pun ada risiko. Paling ketara adalah bila kau rasa betul-betul nak terberak. Masa tu pulak kau rasa nak kentut padahal tinja kau dah betul-betul kat hujung dah, hanya daya kemutan kau je yang tahan beliau dari keluar. Pulangan dia? Kalau kau kentut masa kau rasa nak terberak ya amat, kau adalah orang paling berani di muka bumi. Tinggi pulangan tu. Risiko dia? Sepanjang hayat orang akan cop kau sebagai pemberak dalam seluar.




Ini bab stadi. Kau selalu bersengkang mata tetengah malam sebab nak mentelaah. Pulangan dia? Esoknya kau akan jadi lebih pandai dari semalam dan kau boleh senang-senang cakap kat member kau, "Eleh chapter ni? Aku dah stadi ni, kau tanyalah aku, konfem aku boleh jawab. Doh." Risiko dia? Walaupun kau akan lebih pandai keesokan harinya, kepala hotak kau pula asyik dok terbayang katil di rumah.




Banyak lagi lah benda risiko-pulangan ni. Main bola sepak risiko patah kaki tinggi, sebab tu gaji tinggi. Main tenis risiko bola tenis kena telor tinggi, sebab tu hadiah pertandingan tenis berjuta-juta. Bawak kereta laju-laju risiko tinggi, sebab tu kau seronok bila kau sampai awal ke destinasi. Jadi kacak macam aku pun banyak risiko, tapi pulangan dia adalah aku sangat kacak.




Tapi dalam banyak-banyak situasi risiko-pulangan, aku rasa yang paling bangang adalah risiko tidak memakai boxer untuk ke kelas pada hari yang sejuk. Pulangan? Selesa dan bebas. Risiko? Terpaksa jalan tunduk.

Saturday, January 14, 2012

Psikologi II

Aku dah tulis sebelum ni yang aku minat bab-bab psikologi. Bab yang mengkaji perangai manusia. Dan kalau kau kenal aku, aku adalah seorang yang suka observe perangai orang. Itu memang hobi aku dari kecik. Sebab tu Tuhan anugerahkan aku dengan biji-biji mata yang supernormal. Dan kekacakan yang melampaui norma-norma kehidupan.




Aku tulis ni berdasarkan pemerhatian aku lah, aku pun bukannya ambik jurusan psikologi. Kot-kot ada siapa-siapa yang pakar yang nak betulkan, sila pergi tulis blog sendiri. Hah memang aku garang.




Perangai manusia ni sebenarnya ada pattern sendiri. Kalau kau observe perangai sorang-sorang lama-lama, kau akan dapat pattern beliau.




Dulu aku ada sorang member pompuan. Masa tu kitorang ramai-ramai main satu permainan kad secara berjemaah. Permainan ni memerlukan kau 'bluffing' (menipu) untuk menang. Masa main tu aku perhati je perangai minah ni. Minah ni perangai beliau, SETIAP KALI beliau nak bluff, mata beliau akan pandang straight ke atas meja tempat kitorang main tu, lepas tu muka beliau akan bertukar jadi merah, lepas tu beliau akan buat satu senyuman yang super pelik. Last-last beliau kalah permainan kad tu. L-O-O--S-E-R. Kahkah.




Aku kalau sedang bersembang, dan aku buat eye contact secara serius, itu maknanya aku tengah memerhatikan sama ada apa yang keluar dari mulut orang tu adalah benda betul ataupun pembohongan semata-mata. Dalam erti kata lain, aku ragu-ragu akan kebenaran cerita yang diluahkan terhadap diriku. Orang yang menipu ni akan ada perbuatan yang tak konsisten, kejap-kejap kang garu hidung, kejap-kejap kang buat-buat menguap, kejap-kejap kang korek hidung. Aku seronok bila aku dapat kepastian yang orang tu menipu, tapi aku buat-buat percaya. Seronok nak tengok sejauh mana beliau boleh elaburit cerita fiksyen beliau. Kahkah.




Dalam erti kata lain, 'pattern' yang aku sebut awal entry tadi adalah 'tabiat'. Semua orang ada tabiat sendiri. Tapi tak semua orang tahu apa tabiat diri sendiri, tambah-tambah tabiat buruk.




Seronok sebenarnya bila kau perhati perangai orang-orang sekeliling kau. Tapi janganlah kau siap bawak teleskop mikroskop stetoskop segala lepas tu pergi tengok perangai orang. Itu mental.




Cuba kau luangkan masa dengan pergi lepak kedai kopi sorang-sorang. Lepas tu kau pilih satu target. Lepas tu kau cuba buat kesimpulan tentang target kau tu. Percayalah, kau akan jadi seronok.




Lagi satu, ini aku belajar dari buku. Kalau kau nak mahir pasal membaca riak muka orang. Kau bukak TV. Lepas tu bukak lah movie apa-apa pun. Kau mute kan TV. Lepas tu kau tengok TV tu. Kau cuba buat andaian sendiri apa yang watak dalam movie tu sedang rasa, marah ke sedih ke gersang ke horny ke. Lama-lama kau akan jadi pakar pembaca riak muka.




I judge people by their bee-hay-biyer. So, behave!




Nyamuk lagi

Aku sekarang tengah menyampah dengan satu makhluk ni. Sejak-sejak musim hujan ni, makin berlambak pulak makhluk ni. Cilako betoi.




Ridsect pun habeh, fumakilla pun habeh, nak pasang kelambu pun takdak. Hangin hoi! Aku hangin ni.




Kau tau cadar tilam aku? Dah serupa cadar orang datang bulan. Penuh dengan tompok darah. Bodoh punya makhluk. Setiap malam aku dok berperang dengan beliau.




Aku sekarang dah letakkan 'nyamuk' sebagai makhluk kedua paling menjengkelkan. Makhluk nombor satu paling jengkel adalah 'budak-budak kecik menangis dalam supermarket sebab mintak cokelat tak dapat'. Kalau nyamuk buat hal, kau boleh tampar. Tapi kalau budak-budak kecik menangis dalam supermarket? Tak boleh tampar, kang makan penerajang oleh makpak beliau.




Berbalik kepada nyamuk. Kau tau tak hanya nyamuk betina je yang hisap darah? Nyamuk jantan hisap jus buah. Annoying punya betina. Kau tau tak wahai betina, bahawasanya bunyi kipasan-kipasan sayap kau tu adalah sangat bingit. Sikit-sikit, "nyeeeetttt", sikit-sikit, "nyeeeeettttt". Bingit lah hoi betina!! Bingit!




Aku pun pelik. Rasanya HARI-HARI ada orang tampar nyamuk, spray ridsect, pasang ubat nyamuk, tapi sampai SEKARANG pun tak pupus-pupus lagi. Aku rasa akulah orang paling gembira dalam dunia kalau satu hari nanti nyamuk diisytiharkan pupus.




Hahaha, aku rasa ini entry kedua aku marah pasal nyamuk. Siapa tak marah, tiap malam kena serang dengan binatang jengkel tu.

Thursday, January 12, 2012

Un prophète

Aku ni bukannya jenis kaki panggung. Kalau aku layan cerita pun, sama ada melalui TV ataupun melalui aktiviti 'lanun'.




Aku nak rekomenkan satu cerita Perancis yang aku rasa paling best pernah aku tengok. Tajuk dia adalah "Un prophète".




Sinopsis : Berkisar pasal seorang budak yang masuk penjara. Jadi segala cerita dalam penjara tu ditayangkan. Contohnya, beliau masuk geng mafia dalam penjara, beliau membunuh dalam penjara, beliau merompak, beliau bukak geng mafia sendiri etc etc.




Bagi yang kaki 'lanun', sila lah tengok cerita ini. Sangat berbaloi. Pengajaran dia banyak.




Oh ya, cerita ni dalam bahasa perancis, kalau boleh carilah yang dah siap dengan subtitle. Takpun cari subtitle sendiri.




Cerita ni hanya untuk yang berfikiran terbuka sahaja. Yang sempit fikirannya kau boleh tengok cerita lain.

Tuesday, January 10, 2012

Money

Memberi zuriat?




Atau masuk dalam jubor untuk dibawa ke makmal?




Otak aku blank. Yang aku tau duit ni buat beli barang je. Yang dia nak sampai empat apasal. Lahabau.

Monday, January 9, 2012

Ini semua kerja shaiton nirrojim

Tajuk Berita Harian Metro pada hari (09/01/2012) ini adalah...............




............'Jampi Pejal Payudara'!!'




"Jampi dan urutan ini boleh memejalkan payudara, memontokkan punggung dan membuatkan hidung anda lebih tinggi. Jampi dan urutan ini membuang segala shaiton dalam badan anda kerana setiap orang ada shaiton dalam badan masing-masing. Bila shaiton ni hilang, maka pejallah payudara, montoklah punggung dan tinggilah hidung." - sedikit ringkasan intipati berita.




MADNESS! I tell you, MADNESS!! Kelakar pun ada jugak. Aku taktau lah sejauh mana kebenaran urut dan jampi ini. Takpun Metro saja buat cerita sebab nak lariskan suratkhabartaikini. Sebabnya, testimoni adalah dari orang yang bernama 'Kak Mah' (ataupun lebih dikenali dengan Anonimous). Daerah Kota Bharu, padahal KB tu besar.




Tapi bahagian yang dia cakap ada shaiton dalam setiap badan manusia tu aku rasa macam betul. Yelah, kalau kau buat salah ke, bunuh orang ke, lempang anak jiran ke, terlanggar makcik tengah jalan kaki baru balik dari beli ubi ke, kau boleh senang-senang cakap, "Bukan aku buat doh, ada shaiton dalam badan aku yang buat. I'm innocent bebeh."




Macam pepatah orang putih lah. "Nobody's perfect." Semua orang pun pakai alasan ni bila buat salah. "Manalah aku tahu yang aku dah curang dengan kau dan bersenggama dengan betina lain. Alah, lagipun 'Nobody's perfect', maafkanlah diriku."




Jadi, "Ada shaiton dalam setiap antara kita" nampak betul.




Lepas ni bolehlah kau cakap, "Muka aku buruk, tetek aku kecik, punggung aku leper sebab ada shaiton dalam badan aku."




Muka aku kacak, mata aku besar dan hidung aku tinggi sebab ada malaikat dalam badan aku. Hah, amacam?

Sunday, January 8, 2012

Salah terma

Tadi aku tengok cerita apa entah kat TV1 pasal orang OKU yang diberi bantuan zakat lepas tu terus dia buat bisnes hapa entah. Terus jadi kaya.




"Abdullah bin Ismail telah diberi bantuan zakat. Nasibnya telah berubah sebanyak 360 darjah." Kata suara di dalam rancangan itu.




360 darjah? Kau belajar matematik tak? 360 darjah tu kalau kau lukis atas kertas, titik tu akan kembali ke tempat asal. Macam kau lukis bulatan lengkap, kau start dari satu titik, kau akan kembali ke titik tu balik.




Salah betul penggunaan terma matematik dalam rancangan tu. Cuba kau pakai ayat ringkas je, kan senang. Ini tak, saja nak letak terma-terma di luar jangkaan supaya penonton kau jadi ohhh dan ahhh hebatnya TV ni pakai perkataan-perkataan alaf baru. Padahaaaaalll, salah dari segi logik.




Nasib aku tidak berubah. Seperti pitagoras faktorial sudut tepat di Grand Canyon. Medula oblonggata.

Friday, January 6, 2012

Jarang dan mahal

Orang Asia yang kulit hitam majoriti nak jadi putih. Sebab nak menyerupai orang Barat katanya. Kamon la, sekarang semua orang pun bercita-cita mempunyai kulit putih.




Ironinya adalah. Orang Barat menginginkan kulit cokelat. Bukan putih. Kau pikir apasal mat salleh suka berjemur sambil berbogel di pantai? Sebab nak gelapkan kulit. Member Perancis aku pernah cakap kat aku, "Hoih kai aku nak pergi berjemur kat pantai wiken ni sebab aku nak kulit macam kau." Kulit aku adalah tidak cerah. Ini kisah benar. (Kalau aku tipu quote tu, aku kena panah petir lepas aku habis taip blog ni.)




Amacam, ironi tak? Tak sebenarnya. Ada pepatah dalam french, "Ce qui est rare, est cher." (Apa yang kau jarang jumpa, benda tu akan mahal).




Kau tau tak saham orang Asia dekat Eropah sangat tinggi? Sebab apa? Sebab rare. Tapi sekarang dah turun sikit sebab dah ramai sangat orang Asia kat sana.




Kalau kat Malaysia? Kau sebut je la pasal orang Eropah, terus minah-minah Malaysia basah lencun menggedik. Sebab orang Eropah dekat Malaysia adalah rare.




Berlian dekat dunia ni pun mahal gila babi. Sebab apa? Sebab rare. (Dan juga sebab ada satu syarikat je yang memonopoli market untuk berlian)




Ok berbalik kepada topik asal. Aku kelakar bila ramai orang Malaysia terkejar-kejar nak jadi putih sampai berhabis duit beli itu beli ini. Sampaikan sekarang ni, kalau kulit kau gelap dan kau tak berusaha untuk jadi cerah, itu adalah tidak diterima oleh masyarakat. Macam dah jadi undang-undang masyarakat.




Tapi kalau kau tengok orang Afrika, diorang tak kisah langsung jadi gelap. Sebab apa? Sebab diorang bangga dengan asal-usul diorang. Orang Asia je yang tak pandai hargai ke'eksotik'kan kulit yang gelap.




Apa yang jarang, itu yang mahal. Tapi pepatah ni tak boleh dipakai untuk setiap masa. Contohnya kau akan dianggap murahan kalau kau pakai kain dan baju yang jarang. Jadi jangan pakai kain dan baju jarang.




Kalau kau nak pakai jarang, baik kau bogel terus. Boleh aku tangkap gambar buat wallpaper henpon.




*tak kena sambar petir sebab aku tak tipu pasal quote tadi*

Langgar kucing

Hari Isnin hari tu aku terlenyekkan seekor kucing atas jalan. Macam memandu atas bonggol. Siap boleh dengar bunyi tengkorak arwah pecah krek krek dan darah tersembur keluar pssttt pssttt.




Yang kucing tu pun satu. Masa kereta takda atas jalan, beliau taknak lintas. Bila banyak gila babi kereta, baru tergedik-gedik nak lintas.




Sedih la jugak sebab ini pembunuhan pertamaku di atas jalan.




Dari hari Isnin haritu sampai hari ni. Kucing aku si gemok jadi bengong semacam. Jadi mandom. Macam demam pun ada. Aku syak kucing yang kena lenyek tu datang menghantui beliau.




Aku dah banyak kali try nak lenyek burung atas jalan, tapi tak berjaya. Annoying kau tau burung. Dahlah bila beliau jalan kepala mesti nak tersengguk-sengguk.




Sedekahkan lah apa yang patut kat arwah.

Thursday, January 5, 2012

Koyak-rabak

Sekarang ni aku ada tiga helai seluar yang dah koyak-rabak. Tapi aku tetap pakai jugak.




Aku suka seluar-seluar tu sebab banyak gila babi tempat aku pergi pakai beliau-beliau, banyak gila babi kenangan aku dengan beliau-beliau.




Seluar-seluar itulah yang menemaniku sepanjang enam tahun lepas. Tak sampai hati nak buang, lagipun mahal aku beli.




Jadi sila jangan pandang jelek bila jumpa aku dengan seluar koyakku.




Sebab aku tak pernah pun pandang jelek kat kau walaupun muka kau dah macam seluar-seluar aku. Koyak. Rabak.




Eh bukan tiga helai sebenarnya. Tiga belas helai. Campur seluar dalam.

Wednesday, January 4, 2012

Teh tarik

Akhirnya diperakui oleh Kementerian Kesihatan.




Teh tarik mengandungi kandungan gula yang terlalu banyak dan membahayakan kesihatan. Setelah sekian lama, kau baru nak buat penyelidikan?




Oh mungkin dah lama start penyelidikan tu, keputusan je baru keluar, maklumlah, kerja gomen, mengular lah apa lagi.




Aku dengar diorang baru mula buat penyelidikan tentang kandungan gula dalam buah gedehak. Oh tapi keputusan tu namploh tahun lagi baru keluar.




Entah, aku pun tak pernah dengar kejadah buah gedehak tu.

Tuesday, January 3, 2012

Kedai Roti Amalina

Ini adalah tutorial bagaimana mahu jadi pemes di Malaysia.




1. Mula-mula kau bukak website Malaysian Airline System (MAS). Lepas tu kau beli tiket penerbangan ke mana-mana negara Eropah. Kalau boleh dapat tiket ke UK lagi peluang kau tinggi untuk jadi pemes.




2. Pada hari penerbangan kau. Sila pakai baju tradisional bangsa kau. Baju kurung ke, baju kebaya ke, baju melayu ke, cheong sam ke, sari ke. Lepas tu pastikan kau tangkap gambar berpakaian begitu dekat airport.




3. Kau terus upload kat facebook. Lepas-lepas tangkap tu terus upload. Ini adalah sangat penting. Lepas tu letak la caption berbaur syukur kepada tuhan kau macam, "Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat nak pergi UK."




4. Bila kau dah sampai UK. Kau pergi Zara. Sebab kedai Zara kat oversea adalah macam Mydin kat Malaysia. Baju murah. Kau borong baju yang menampakkan keseksian terlampau kau. Baju nampak lurah, skirt nampak benjolan punggung, dan kasut tinggi.




5. Cari pub/bar/kelab yang dekat-dekat. Lepas tu kau pergi situ. Pakai pakaian seksi kau tu. Cari seorang orang tempatan kat situ. Kalau boleh berlainan jantina. Kalau sama jantina pun boleh jugak. Tangkap gambar depan pub/bar/kelab tu dengan orang tempatan tersebut dengan gaya artis dalam majalah Magga.




6. Upload dekat facebook. Dengan caption yang langsung tiada kaitan dengan Ilahi dan dalam English macam, "With my new buddy in the most faking happening club!"




7. Tunggu enam saat.




8. Ta-daa! Tahniah. Anda sudah pemes di Malaysia! Percayalah, nama anda sudah menjadi trending di twitter, bualan orang di facebook, berita muka depan Metro dan Buletin Utama.




Oh ya, terlupa. Tutorial ini hanya akan berjaya kalau keputusan SPM kau adalah 59301 A1. Kalau tak, jangan harap, memang takda orang peduli kau nak bogel ke jadi pelacur ke kena gangbang ke kat oversea.




Turorial ini dibawakan khas oleh orang Malaysia yang gemar menjaga tepi kain orang lain.

Monday, January 2, 2012

Janji Malaysia

Sepanjang setahun lepas, daripada pengamatan aku yang kacak. Aku dapati ada satu situasi yang sedang berlaku di Malaysia yang amat hampir dengan situasi yang berlaku di Eropah.




Awang afrika. Atau lebih tepat lagi, 'pelancong-pelancong' dari benua afrika yang membuat onar di Malaysia. Tapi dekat Eropah, situasi lebih tertumpu kepada 'pelancong-pelancong' dari tanah Arab yang membuat onar.




Sekarang ni benda pertama yang orang Malaysia akan fikir bila nampak orang afrika adalah, 'Beliau jahat.' Tak kira la mamat afrika kat mana pun. Sampaikan hari tu aku tengah tengok bolasepak kat TV lepas tu ada pemain kulit hitam pun ada kedengaran bunyi-bunyi menghina orang afrika tersebut. Kesian beliau. Sama la jugak kat France, orang Arab dah dicop jahat. Kalau kau tertanya-tanya apasal dekat Eropah orang benci Islam, jangan tertanya-tanya lagi kerana aku ada jawapan. Sebab orang Arab suka buat onar. Pecah rumah, pecah sekolah, seludup dadah, rompak kedai rokok. Itu sikit je tu aku list tu. Sampaikan geng rempit skuter pun terdiri dari golongan Arab.




Orang Eropah tak reti beza antara Arab dan Islam. Bagi diorang, yang buat tu bukan orang Arab, tetapi orang Islam. Oleh dek kerana itulah Islam mendapat nama buruk di Eropah. TETAPI, bukan semua onar dilakukan Arab/Islam. Habis kenapa Eropah suka tumpukan kepada Islam? Sebab kebanyakan negara Eropah adalah negara Kristian.




Macam Malaysia lah. Kenapa berita suka keluar pasal orang afrika sedangkan jenayah yang dilakukan orang tempatan lagi banyak? Sebab negara kita bersifat perkauman walaupun laungan 1Malaysia berkobar-kobar dilaungkan. Berapa kali kau dengar orang Malaysia pakai perkataan 'keling', 'apek botoi' dan 'janji melayu'? Setiap hari. Apa orang Malaysia panggil orang afrika? NEGRO. Negro adalah perkataan yang sudah diiktiraf sebagai perkataan yang paling bersifat perkauman di dunia. Ofkos, kecuali di Malaysia.




Tapi tak boleh nak salahkan orang Malaysia jugak. Sebab apa? Sebab orang Malaysia perasan hebat dengan mengherdik orang lain. Jadi kau juga tak boleh marah orang Eropah sebab bencikan Islam sebab mereka lagi perasan hebat.




Ini satu lagi aku nak marah. Kau bukan melayu tapi kau suka pakai perkataan 'janji melayu'. Aku sebagai orang melayu nak marah tak boleh jugak sebab bagi kau itu perkataan suka-suka. Dan sebab kau orang Malaysia. Dan orang Malaysia perasan hebat di mata dunia.




Eh macam dah lari tajuk. Aku sebenarnya nak cakap yang bukan semua orang afrika adalah jahat. Aku ada kenal mamat-mamat afrika dulu yang agak kewl. Tapi dalam-dalam kewl tu ada jugak perangai diorang aku tak suka. Iaitu busuk. Aku boleh kutuk diorang sebab aku orang Malaysia.




Ok ok serius. Aku kesian sebenarnya golongan yang dicop dengan label-label tertentu hanya disebabkan oleh perangai segelintir ahli komuniti beliau.




Macam kalau kau jumpa kucing berak atas jalan, kau terus cop segala mak nenek komuniti kucing rimau singa adakah pemberak jalanan. Ada jugak kucing yang berak bawah peti ais dan dalam longkang serta di bawah rimbunan semak kehijauan.

Makanan panas

Semalam aku bantai makan durian. Hari ini aku bantai makan pulut dengan serawa durian. Bagi yang tak tahu, serawa adalah pengat. Nikmat dia hanya Tuhan dan aku dan orang yang makan durian je tahu. Orang yang tak makan durian adalah termasuk dalam golongan mereka yang kerugian. Tetapi efek durian tersebut sudah mula terasa. Aku rasa macam nak demam.




Dulu aku tak minat daging kambing. Tapi ada sekali tu kitorang buat BBQ kambing. Aku pergi kedarah macam anak jin. Demam tiga hari. Huish, daging kambing BBQ adalah BBQ paling sedap pernah aku makan.




Banyak lagi sebenarnya makanan yang 'panas'. Kalau kau tak makan secara sederhana, kau akan demam. Ada jugak makanan yang 'angin' macam kacang panjang. Kalau makan banyak sangat badan kau akan masuk angin dan sakit urat pun melanda.




Tapi tahukah anda bahawa ada makanan yang 'panas' dan 'angin' pada masa yang sama?




Roti canai. Kedai makan. Sebentar tadi. Sampai sekarang aku tengah panas dan angin. Kejadahnya kau sediakan roti canai berserta kuah kari yang sudah basi kepada pelanggan? Bila orang dah sound yang kuah kari tu basi, kau boleh buat bodoh?




Panas dan angin sebenarnya ni. Babi punya peniaga. Kuah kari basi bau macam kulit kaki berkurap. Puih.