Wednesday, March 31, 2010

Berbeda enggak?

Disebabkan tadi tertidur dari pukul sembilan sampai pukul duabelas tengahmalam, sekarang aku tak boleh tidur. Dan bila tak boleh tidur, aku suka berfikir (betul). Tak suka bekerja (shit, 'beRkerja' ke 'bekerja'?) tapi aku suka berfikir. "Workers don't think and thinkers don't work". Acececcewah.




Tetiba terfikir zaman kanak-kanak riang dulu. Nostalgia di nusantara. Televisyen sangatlah memainkan peranan yang amat besar dalam proses tumbesaran kanak-kanak time tu.





Kalau nak jadi kool time tu, wajib kena ada kereta Dash Yankuro sorang sebijik. Kalau takdak maknanya tak kool, sangat ppppffffffffffffff, you're boringgggggggg...Nak lagi kool, enjin kereta tersebut haruslah berwarna hitam, takpun oren. Time tu, kereta mainan tu dah macam kereta sendiri, tinggal tak muat untuk dipandu je. Dan aku adalah pemilik kereta berenjin oren time tu, megah wooooooo.


 


Kalau nak jadi kool time tu, wajib kena ada Petman sorang sebijik. Ala, bendalah sebesar telapak jari yang pakai beteri jam yang ko boleh bela binatang virtual dalam tu. Boleh bela dragon, ayam, kucing, denosor, bahkan manusia pun ko boleh bela dalam tu. Kena bagi pet-pet (jangan pikir lucah) tu makan on time, kalau tak, mamposlah mereka dan kena start balik. Aku rasa aku ada at least sepuluh benda ni dulu, dan aku pernah bela sorang baby sampai besar, dan bila dia besar dia jadi doktor. Mana-mana ibubapa yang nak anak dia jadi doktor, datanglah jumpa aku untuk tips-tips berguna.





Kalau nak jadi kool time tu, wajib kena ada identiti rahsia, yakni identiti sebagai seorang Pawerrenjes. Setiap kanak-kanak kat tempat aku dulu kabanyakannya pecah-pecah, satu geng mesti ada lima enam orang. So dalam geng tu pilihla warna Pawerrenjes apa ko nak. Yang agak-agak poyo dan perasan hebat tu sah-sah akan jadi Pawerrenjes merah (takpun putih). Dan yang agak-agak selalu kena buli tu konfem jadi Pewerrenjes pompuan kuning (takpun pink). Aku rasa aku dulu sekadar Pawerrenjes Biru, sebab mamat yang first-first jadi Pawerrenjes biru adalah berkulit hitam. Memandangkan aku hitam bak jubor periuk time tu, maka aku ditugaskan jadi Pawerrenjes Biru.






Kereta Dash Yankuro mengajar aku erti manghargai barang aku sendiri, takdak orang lain melainkan aku sahaja boleh sentuh kereta aku.

Petman mengajar aku erti tanggungjawab dan erti kesungguhan, bersungguh-sungguh aku jaga pet-pet aku dulu.

Pawerrenjes Biru mengajar aku erti persahabatan dan perpaduan, kalau ada ahli geng sendiri yang kena buli, cepat-cepat cari Pawerrenjes Merah, pastu pergi gaduh, hahahaha.












Tapi sekarang televisyen lebih banyak mengajar kanak-kanak macam mana nak menyanyi tanpa off-pitch dan macam mana nak bertutur dalam bahasa endon. Kesimpulan, mereka mungkin menyimpan minat mahu menjadi rockstar endon.

















ps: adik aku balik sekolah tengahari selalu menjerit dari pintu gate "Abaaaaaaaaanggggggg, tibitigaaaaaaaaaaa, bawangputihbawangmeraaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh"

Tuesday, March 30, 2010

Namamu di dalam lagu

"Aku nak cari gepren nama Jesnita takpun Isabella takpun Lucy takpun Julia takpun Laila takpun Seroja takpun Fatimah takpun Rashidah, senang aku nak tujukan lagu"


-Macha.









 Pengaruh lagu kepada masyarakat.





Nama Mak Minah Sayang pun ok jugak.

Pusingkan jam anda

Lagi sekali, jam biologi aku diganggu. Demyu France.




Ahad haritu, jam dua pagi tidak wujud dalam kamus penduduk perancis. Sesaat selapas jam 1.59 pagi adalah jam 3.00 pagi. Daylight saving time. Nak save energy la kononnnnnnnnnnn. Menyusahkan!




So, pagi tadi aku bangun pukul tujuh pagi, masih gelap. So, jam biologi aku cakap "Sekarang baru pukul enam pagi, so baik kau tidur balik". Dan aku tidur balik. Lagipun hanyalah sekadar kelas math di pagi buta tadi.




Babi la, maknanya setiap kali lepas ni, kalau aku bangun pagi, akan masih gelap, dan yang penting adalah SEJUK!! Dan dimanakah tempat yang paling sesuai untuk berada time-time sejuk? Ya, bawah selimut. Membuta. Eh, dan juga lepas ni Subuh aku tak akan tergajah lagi.




Tapiiiiiiiiiiiiii, aku nampak ada satu je advantage bendalah ni. Iaitu matahari tenggelam agak lambat. Maghrib jam 8.23 malam. Soooooo, banyak masa yang boleh diluangkan untuk bersukan di waktu petang lepas habis kelas. Menarik? Tertarik? Kau memang debom?














Jom main bola!! Jomla, jomla, jomla, jomla, jomlaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Saturday, March 27, 2010

Jajahilah bahasa penjajah

Soalan nombor tiga : You go falling in love for New Zealand


Soalan empat : Hello mister. I can to help you?


Soalan nombor tujuh : Queenstown is the first distination for do sky


Soalan nombor sembilan : You are like fishing?







Siriusli, macam mana aku nak betulkan ayat-ayat di atas dengan sirius di dalam kelas? Ayat dah macam bangkai, jadi tergelaklah aku hingga menitis air mata sorang-sorang. Hampeh punya prof english. 





..baru aku sedar semalam yang tahap english aku dah jadi tahap longkang sebab exam haritu dia suruh eja empatbelas dalam english, aku pegi tulis fourtheen. Rasanya jawapan yang betul adalah, forthin. Baiklah, janji tak kutuk dah kelas english lepas ni.













Betapa besarnya kemaluanku ini kalau budak-budak sekolah rendah tengok kertas exam aku semalam.



















Pada apa nama ada?

Satu benda yang agak kelakar berlaku di kedai fotostat tadi. Gelak kejap, hahahahahahhahaha. Sebelum tu nak bagitau kapada sesapa yang tak tau, kat France nama bapak adalah diletak di depan nama sendiri. Contoh, time sukan komenwel 98 dulu, nama Shalin binti Zulkifli ditulis Zulkifli Shalin (time tu aku konfius, kenapa muka dia macam perempuan padahal nama Zulkifli).





Macam ni,


 
Tadi tengah hari lepas habis exam (ye, hidup di perantaun memang jarang sekali ada peluang nak pegi solat jumaat), aku pegi la kedai fotostat dengan klasmet moroko aku (yang tak reti isap rokok tapi gatal isap curut).


 
Bila sampai, kitorang tengok ada lagi dua orang klasmet french dalam tu tengah print something. So, sementara tunggu nak siap fotostat, sembang-sembang la kejap.



Memandangkan aku masuk universiti ni di pertengahan tahun, so aku tak kenal sangat dorang dan dorang tak kenal sangat langsung pasal latar belakang aku.



Tetiba salah sorang budak french* tu tanya aku


"Ko abang kepada budak malaysia sorang lagi tu eh?"
 
"Eh, mana ada"

"Serius???"

"Serius la bodoh"

"Ah shit, selama ni (EMPAT bulan) aku ingatkan ko abang dia, shit"

"Haha"

"So, femili name korang sama tu koinsiden la eh?? Babi ah, aku mati-mati ingat korang adik-beradik"

"Koinsiden"

"Babi doh, aku ingatkan dorang adik-beradik" kata beliau ke arah sorang lagi klasmet french yang memang sedia ada dalam kedai fotostat tu.










Kalau la semua yang ada femili name yang sama adalah dari keluarga yang sama, maknanya sekarang aku rasa aku ada tigapuluhjuta adik-beradik yang berlainan warganegara, malaysian, indonesian, iraqi, palestenian, iranian, bruneian, gibratalrian mahupun congolese.





Haish, nasib aku tak tanya dia balik "Eh, tadi aku jumpa sorang minah hidung bengkok, ko abang dia eh?"















*footnote : dia ni kalau tengok dari tepi normal, tapi kalau dari depan, hidung dia nampak tak simetri, atau lebih tepat lagi, bengkok.

Thursday, March 25, 2010

Sedut-sedutan hembus-hembusan

Tin kosong. Tadak isi macha.





Ibarat Samsiah cakap telefon dengan Siti Sarah Pa'at. Samsiah nak bagi direction dekat Siti Sarah Pa'at macam mana nak pergi ke rumah dia. Dan sambil berkata "Haa, dah jumpak rondobot, kau belok kanan", Samsiah angkat tangan kanan dan hayun tangan dia ke kanan. Bila Siti Sarah Pa'at cakap "Hah, dah jumpak rondobot, lepas tu belok kanan kan?". Samsiah balas "Yap, kanan, kanan, kanan", dengan menghayun lagi tangan kanan dia ke kanan sebanyak tiga kali.





Ibarat buat kira-kira tanpa pakai kertas. Wak Pusiman imagine tangan dia adalah kertas, dan jari telunjuk dia adalah sebatang pensil. Sambil mengira Wak Pusiman 'tulis'(pakai jari telunjuk) angka-angka atas 'kertas'(telapak tangan) dia. Lepas tu bila silap kira, Wak Pusiman nak start all over again, dia padam angka-angka atas telapak tangan dia tu (yang tak wujud) pakai ibu jari, sambil berkata "Ahhh, semakk sunggguh, baikk wak pademm, wak kira sekali lagik".





Macam tu la jugak dengan gambar-gambar yang menghisasi kotak-kotak rokok di Malaysia. Ibarat tin kosong. Member aku siap kumpul lagi semua gambar yang ada, buat koleksi (padahal ada enam je kot). Gambar feveret adalah gambar janin yang keguguran, sangat artistik, macam hellboy time dia kecik.

















Sila hiraukan amaran seandainya kebarangkalian untuk anda bunting adalah kosong.






Menghabiskan dakwat printer ja machaaaaa















ps : Amaran Kerajaan Malaysia, rokok membahayakan kesihatan. Teh tarik setiap pagi turut jua membahayakan.

Sesusahkah?

Tadi (bukan tadi, lama dah, cuma aku taktau cara lain macam mana nak start ayat), ada sorang member tanya aku "Susah ke eh course ni?". Aku tak ingat dah apa aku jawab.





Perseneli, aku rasa tahap 'kesusahan' adalah teramat bergantung kepada individu tu tersendiri. Spesifikelli, minat (aku dah taip sampai ke bawah dah, tetiba teringat pasal nama supermarket MINAT kat rumah nenek aku). Kalau ko dah tak minat langsung course tu, secara otomatik akan jadi susah haram. Aku dah lalui. Mungkin ramai yang akan kata "Eh, mana ada susah, ini la benda paling senang". Itu bagi dia, sebab a) dia minat gila babi benda tu; b) dia memang gifted dalam area tu.





Ada jugak yang kata "Ala, kalau dah susah, boleh je ko berusaha sampai benda tu jadi senang". Betul. Tapi sekeras manapun ko berusaha, benda yang tak diminati tetap tak akan diminati, dan kalau dah tak minat, macam mana nak put an effort kat benda tu. Ye tak? Tak ye? 





Kalau betul-betul minat something. Secara separa-otomatik (separa sebab kena usaha jugak, takdela ko minat, terus-terus ko jadi power) bendalah tu akan jadi senang. Sebab, bila dah minat, konfem usaha akan dilipatkaligandakan. Dan dengan usaha tu, hasilnya, benda tu nampak senang di mata ko, mata orang lain tak.

Contoh, sorang budak enam tahun minat gila babi bolasepak. Time dia enam tahun, takdela dia hebat setaraf Maradona takpun Mokhtar Dahari. Tapi dengan minat, sah-sah dia akan selalu main bolasepak. Bila dah umur duapuluh, bila orang tengok dia main, orang cakap dia hebat. Tapi dia cakap "Eh, mana ada hebat, main bola bukannya susah, sepak penalti lagi mudah" (ni lagu iklan KFC dulu). Sebab dia usaha untuk jadi hebat, atas dasar minat. Kepada yang termasuk dalam kategori kaki bangku, aku jamin sebab mereka tak minat bolasepak dari kecik.





So, nasihat aku (nak bagi nasihat la kononnnnnnn), buat pilihan berdasarkan minat, tak payah pikir pasal susah ke, pasal senang ke, pasal peluang pekerjaan kat Malaysia ke (ni kes aku dulu, gara-gara pegi sembang dengan sorang engineer Malaysia, dem you!!), pasal takut nanti masyarakat pikir ko pelik ke, pasal takut makbapak marah ke. Pegi mati dengan susah or senang, pegi mati dengan peluang pekerjaan dan pegi mati dengan masyarakat dan makbapak engineer-engineer lain. Yang penting adalah minat.





Aku ada member sorang, terbalik sikit dia ni. Dia start dengan kesenangan, baru nak minat. Dia cakap "Aku tengok dulu benda tu senang ke tak, then baru aku decide nak minat ke tak, kalau senang aku minat, kalau susah, aku tak minat". Pulakkkkkkk.


















ps: nak kawen pun kena tengok minat, takdela ko tak minat minah tu tetiba ajak kawen kan?

Wednesday, March 24, 2010

Separuh tak bogel

Sepanjang dua hari ni tiada benda menarik nak aku repekkan kat sini, kecuali hari ni perut aku tetiba buat hal dan jubor aku membalas dengan aktiviti cirit-birit.








So kunjungan ke toilet terpaksa dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Pergi jumpa doktor dan aku diseparuhbogelkan, tapi demi kebaikan bersama, aku rela. Nasib baik doktor perempuan.
















Dan sekarang aku rasa aku perlu berkunjung ke toilet. Shit.

Sunday, March 21, 2010

Kebabom

Baru lepas tengok sebuah miniseries HBO (yang didownload), 'The Pacific' Part 1. Cerita perang 1942. Time ni jepun dok sibuk conquer negara-negara belah Asia Tenggara. Dan, askar-askar amerika dok sibuk nak bunuh semua yellow monkeys tersebut (yellow monkeys adalah nama panggilan untuk orang jepun yang digunakan amerika dalam cerita ni).








Lagu selamat hari jadi askar-askar amerika untuk seorang rakan mereka ketika di dalam hutan setelah masing-masing membacakan dengan kuat di khalayak ramai surat-surat dari kampung halaman (sila nyanyi dengan nada macam biasa, cuma laju sikit, dan jangan sengau plis) :



Ramai-ramai : "Happy birthday to-you...happy birthday to-you...happy birthday dear Phiiiiiiilis, happy birthday to-you...."






....dan nyanyian sambungan dari rakan beliau yang agak kurang beradab...(sila nyanyi lagi)



Solo : "How fuc*ed are you-now..?"



Ramai-ramai : "..how fuc*ed are you-now, how fuc*ed are you-now..?"







Solo balik : "..you're surely fuc*ed nowwww..."






Besday, besday jugak, tapi kita di medan perang, so you're surely fuc*ed nowwwwwwwww....











ps: kalau cerita perang je, mesti askar-askar dalam cerita tu kuat hisap rokok? mana diorang dapat eh tengah-tengah hutan tu? tak nampak pulak kedai runcit. musykil.

Berpintukah ia? Bertangankah Dia?

Ali    :   Ala, nak buat camana, jodohkan di tangan Tuhan.
Abu  :   Mana ko tahu Tuhan ada tangan?

Ali    :   Heh? Betul jugak.





















ps : macam lirik lagu yang berbunyi, "ku tunggumu di pintu syorga". ustaz aku cakap, "mana dia tau syorga tu ada pintu?"

Friday, March 19, 2010

Polis salah guna kuasa

Ceh, takdak masa aku nak kutuk polis Malaysia, bapak aku pun polis bersara, tak pasal-pasal kang hinggap sebijik penampar kat pipi aku.







Semalam aku pegi cinema. Tengok The Bad Lieutenant lakonan Nicholas Cage. So nak bagi rating dan pendapat la sikit pasal movie ni.





Overall jalan cerita simple walaupun kat tengah-tengah tu tetiba terkomplikated. Cerita pasal seorang polis yang gila babi tahap hanjeng punya perangai. Heroin-addict atau bahasa pasarnya taik heroin. Dan cerita ni bertemakan lawak-gelap (dark humour). Bukan jenis lawak untuk semua peringkat umur. Bukan jenis lawak sarkis, tapi lebih kepada lawak badut yang suka bunuh orang (lebih kurang la).
 




Dan cerita ni mengajar aku something (jangan risau, takdak spoiler). Karma tak selalunya berlaku. Kadang-kadang buat jahat dibalas baik oleh orang lain. So kalau agak-agak nak buat jahat tu jangan pikir pasal balasan manusia lain je, pikir pasal balasan Tuhan sekali (kepada yang percaya dengan kewujudan Tuhan la).
















Oh, lupa pulak, Eva Mendes sangat hot dalam cerita ini.


















ps: bayangkan tengok cinema yang berkapasiti seratus orang, cuma hanya ada tiga orang, dan kami tidak mengenali antara satu sama lain, dan semuanya adalah lelaki, sangat pelik. amat.

Anakku Sazeli, bapakmu Benggali?

Hari tu aku jalan-jalan, ondeway balik dari kelas. Punyala mengantuk, jalan pun dok teringat pasal tilam dan bantal di rumah.




Makcik A :     Eh, aku dengar yang kat situ lagi best.

Makcik B :     Ya ka Cik Kiah (rekaan)? Tapi hari tu saya baca, yang satu lagi tu, lagi best.

Makcik A :    Owh haah, ada jugak saya dengar pasal yang satu lagi tu. 

Makcik B :    Ha, tau pun. Macam-macam ada kat situ, komplit.....Saya dok berkenan yang tu la.

Makcik A :    Macam-macam ada....? Tengok la nanti, saya tanya anak laki saya.










Ya, mereka sedang bersembang tentang rumah orang tua-tua manakah yang bakal diduduki kelak. Pelik?

Kalau kat Malaysia, kalau sebut pasal rumah orang tua-tua, konfem dicop 'anak tak kenang budi' la, 'tanggang zaman milenium' la, 'malin kundang' la, dan macam-macam lagi.
















ps: tidak, tidak terlintas langsung nak hantar orang tua aku ke sana kelak. akan kubina sebuah banggelo biru untuk mereka.

Thursday, March 18, 2010

Katakan tak? Nak!

Situasi satu : Dia beli, cucuh, hisap, padam. Mati.



Situasi dua : Dia tak beli, tak cucuh, tak hisap, tak padam. Mati jugak.










Ending sama saja, cuma plot yang lebih menarik dalam situasi satu. Dan situasi satu lebih menyumbang kepada KDNK negara sebab semuanya Buatan Malaysia (di Malaysia la).








Ada lagi satu situasi (situasi 'lintah daratan') :



Situasi tiga : Tak beli, tapi still cucuh, hisap dan padam. Dan ramai yang mendoakan moga-moga dia mati dengan cepat supaya tak menyusahkan poket orang lain.










Aminnnnn....

Kekambing bebiri

Dokter kata kalau nak sedap tidur pasang musik-musik yang slow, yang melankolik.


Dokter kata kalau nak sedap tidur, baca novel, konfem akan mengantuk.







Masalahnya, bila aku pasang musik-musik yang slow sambil baca novel, sadenli novel yang aku baca jadi semakin menarik, dan aku tak boleh stop. Aku tak penah beli novel yang jalan cerita macam siput, slow. Dan tak penah dalam hidup aku (dan tak akan terjadi), aku beli novel-novel yang cintan-cintun, alergik. Tengok cover novel-novel camni pun aku dah start rasa gatal-gatal dan nak koma.









Dan musik. Oh, aku seorang yang meminati musik. Tak kisah la musik macam mana hambar pun, aku akan suka sikit-sikit. Sedangkan Syarifah Aini pun aku boleh minat (ini tipu). Dalam list lagu-lagu ipod aku cuma ada lagu-lagu instrumental sahaja yang jatuh dalam kategori lagu-lagu melankolik.

First time dengar, bosan.
Seken time dengar, bosan.
Tiga kali dengar, eh sedap pulak.
Empat kali (dan seterusnya) dengar, wow, sedap.

So macam mana aku nak tidur kalau setiap kali aku pasang lagu-lagu camni, kaki aku akan bergoyang-goyang ikut rentak? Nak pulak lagu La Isla Bonita Acoustic Moods, tergodek-godek aku sorang-sorang atas katil.









Maka dengan ini, aku sedang mencuba teknik baru untuk senang tidur, tidur meniarap dengan lubang hidung dan mulut aku tertutup rapat. Tadi aku dah try kejap, ada la rasa pening-pening lalat sikit, dan mengantuk. Ada kebarangkalian teknik aku akan berjaya.
















ps: ye, aku dah try mengira kambing biri-biri sebelum tidur. tapi sampai satu tahap aku jadi teramat lapar sebab terpikirkan BBQ daging kambing. lagi la aku tak boleh tidur.

Tuesday, March 16, 2010

Juru-tak-rawat, jurubabat

Bagi aku nurse adalah sorang pompuan yang muka cantik, badan cantik, sopan dan berbudi pekerti yang mulia.





Baru sekarang aku sedar yang tak semua nurse macam tu. Ada jugak nurse yang lebih sesuai jadi babi inkridibel halk. Badan besar, hobi menengking orang (yang sakit dan memerlukan bantuan) dan sangat susah nak mempercayai masalah orang (yang sakit dan memerlukan bantuan). Aku bercakap dari pengalaman aku setengah jam yang lepas.





Bila aku bercakap pasal masalah aku, dia doakan supaya aku akan dapat lebih banyak masalah. Baik tak payah jadi nurse.

Bila aku cakap aku tak boleh tidur malam, dia tanya aku "Adakah anda selalu berasa horny setiap malam sehingga tidak dapat tidur?". Apakejadah? Kalau aku horny sekalipun, tau la aku mengalirkan rasa kehornyan tersebut ke arah yang lebih membina. Bodoh.

Bila aku cakap lagi yang aku memang tak boleh tidur, dia cakap aku tipu, semua itu dusta. Nak je aku ambek buku talipon atas meja dia tu, hentok kepala dia bertubi-tubi.

Aku rasa hangin lagi bila dia cakap "Sini kat France, kita ada undang-undang dan protokol". Apa dia ingat negara dia sorang je yang ada protokol? Yang semua negara-negara asia adalah sampah? Dey, printer kau tu pun Made In Malaysia ok?







So, moral of the story, sapa-sapa yang rasa kalau tengok dalam cermin tu, nampak macam beruang, sila jangan jadi nurse. Please.










ps: aku rasa nak hayun kaki aku laju-laju kat muka nurse bila dia cakap "jumaat datang lagi eh, kita tengok ada progresion ke tak pasal masalah tidur kau tu", ha, sampai kiamat pun aku takkan masuk lagi bilik nurse ni.

In some nehi ha

Sangat tak kool, sangat tak kool.






Mengapa dikau datang lagi? Ingatkan dah berambus dari hidupku. Dasar karbaret hanjing bajingan.












Akan ku pergi bersua encik nurse petang ni untuk membuang dirimu my old nemesis, insomnia strikes again, tak kool, sangat tak kool.


 

Nenek, nenek, cucu tumpang kencing.

"Jangan duduk atas bantal, nanti tumbuh bisul di buntutmu"






Mengapa sampai sekarang tak tumbuh bisul dikepalaku? Adakah bantal-bantal di Malaysia mampu membedakan antara kepala dan buntut? Hebat. Kagum. Bantal yang berpelajaran.
















ps: sakit-sakit dan lenguh-lenguh badan lepas jalan bawah ampaian. koinsiden? atau.....sumpahan hantu ampaian?

Monday, March 15, 2010

Peraturan itu beban, peraturan itu bosan

Aku pernah buat satu personality test. Ni wajib dalam kelas, kalau tak wajib takdaknya aku nak buat. Hasilnya aku belajar sesuatu.




Aku tak boleh hidup dalam dunia yang ada peraturan atau undang-undang. Senang cakap tempat yang paling sesuai dengan aku adalah di dalam hutan atau di dalam jamban (sebab tu aku suka lepak lama-lama dalam jamban). Dan aku rasa ini betul.




Aku hidup berpegang kepada prinsip "Rules? What rules?". Agak rebel, tapi Encik Najib, anda usah risau, patik takkan buat rusuhan ataupun tunjuk perasaan.




Apalah erti hidup kalau asyik ikut peraturan dan undang-undang (kecuali undang-undang di jalan raya, ni kena ikut). Sorang cikgu pompuan aku time kat asrama sendiri pernah cakap "Janganlah skema sangat, sekali-sekala tu lompatla pagar sekolah" (sumpah dia cakap macam ni, sambil menuding ke arah pagar sekolah). Maka dengan niat tak mahu melawan cakap cikgu, hampir setiap malam aku lompat pagar sekolah pergi lepak CC. Anak murid yang mendengar kata, terbukti berkat ilmu aku.




Perseneli, aku rasa kepuasan dan keseronokkan hanya dapat dicapai bila buat sesuatu yang ditegah dan dilarang. Tapi kena tahu sempadan jugak, takkan la semua benda yang dilarang nak buat, janganla sampai tahap merompak dan menampar kanak-kanak enam tahun dengan sesuka hati kan. Jangan, itu tak berpelajaran namanya (hak tuih).













Agak-agak aku puas ke kalau aku buat apa yang mak aku larang? "Cuti summer tiap tahun jangan tak balik, kena balik jumpak mak"

Ke aku akan dicop sebagai anak derhaka? *tarik nafas dalam-dalam*








ps: saya tak suka jadi lembu, yang ikut lembu lain, yang ikut lembu lain, yang ikut lembu lain, yang ikut lembu lain, yang ikut lembu lain terjun masuk gaung.

Sunday, March 14, 2010

Saya mahu jadi itu dan ini

Time aku kat tadika cita-cita aku nak jadi kucing, sebab kucing nampak rileks sepanjang masa.



Time aku darjah satu cita-cita aku nak jadi pawerrenjes, sebab pawerrenjes nampak kool. Apalah budak tujuh tahun tahu? Pawerrenjes, maskman, jetman, tomatoman, doremon dan juga cokelat coki-coki.



Time aku darjah tiga cita-cita aku nak jadi drebar lori kontena, sebab bapak kawan aku masa tu drebar lori kontena. Dan dia selalu cakap "Bapak aku drebar lori kontena, sebab tu la dia beli kat aku game tv". Aku pikir, kalau aku jadi macam bapak dia, nanti dah besar bolehla aku beli game tv jugak.



Time aku darjah lima cita-cita aku nak jadi drebar kapal terbang, sebab nampak macam best boleh bawak kapal terbang dan pegi mana je aku nak.



Time aku darjah enam cita-cita aku nak jadi angkasawan, sebab time tu aku ingat angkasawan ni boleh pegi mana-mana planet yang dia suka. Gara-gara banyak baca dregenbol.



Time aku tingkatan tiga cita-cita aku nak jadi dokter sebab mak aku cakap, kalau aku jadi dokter aku boleh rawat ahli-ahli femili dengan free.



Time aku tingkatan empat cita-cita aku nak jadi enjinier sebab aku baru tau yang aku sebenarnya takut tengok darah banyak-banyak, dan aku takut kalau aku operet orang kang tetiba dia mati, sapa nak jawab?
Dan time tu, aku rasa hanya wujud tiga je profesion yang 'up', samada jadi dokter, enjinier takpun jadi perdana menteri. Disebabkan aku taktau mana-mana universiti yang menawarkan jurusan keperdanamenterian, so aku pilih nak jadi enjinier.








Sekarang, yakni tujuh tahun kemudian. Aku kembali mahu jadi kucing, malas nak pikir pasal assignement dan exam. Miow. 

Bagai itik memetik betik

Semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak ni (banyak menjak), aku tetiba jadi sentimental dan nostalgia.





So, aku korek-korek balik iPod aku, cari lagu-lagu lama. Tak banyak so aku download laaaa. Dan sekarang baru timbul rasa respek dengan sorang gitaris ni. Kurus kering dari dulu sampai sekarang, muka berkedut dari dulu sampai sekarang. Nama dia pun pakai tiga huruf je. Tapi main gitar? Pergh, macam dewa! Aku try la sepam dua nak goreng-goreng satu lagu mamat ni.





Hasilnya, "Babi la susah" yang keluar dari mulut aku sebanyak tujuh puluh kali (kenapa tujuh puluh aku pun taktau) dan "Tak boleh ke dia buat lagu yang senang sikit?" sebanyak tiga puluh lima kali (tujuh puluh kali bahagi dua sama dengan tiga puluh lima, ha!).
 




Aku cuma berjaya main satu perseratus dari keseluruhan lagu tersebut. Tidak berbakatkah diri ini? Atau aku patut main gitar pakai kaki pulak lepas ni? Babi la susah (buat kali yang ke tujuh puluh satunya). 













 
ps : Hidup Bersama dari album Un'Metal terngiang-ngiang di telingaku. siksanya bila tak reti main lagu ini.

Saturday, March 13, 2010

Kalut, bukan nak turun ke laut

Pilihan selalunya akan mangakibatkan kekalutan.




Kalau ada dua parti dalam satu negara, akan timbul kekecohan. Sama ada angkara pertelingkahan antara penyokong-penyokong fanatik ataupun perselisihan pendapat antara ahli-ahli politik (wah, rhyme). Normal la kan? Negara mana yang sentiasa je aman (wah, rhyme lagi). Laut mana yang tidak berombak (acecece).





Kalau student dalam kelas diberi pilihan untuk assignment, konfem jadi kalut. Berdebar-debar nak decide assignement mana nak pilih. Nak pilih assignment A, susah, leceh. Nak pilih assignment B, banyak benda nak kena buat, leceh jugak. Last-last, ikut decision member sebelah.





Kalau pergi kedai nak beli kopi, tetiba pulak ada keluaran kopi baru. Aish, nak beli yang selalu dibeli ke nak try yang baru? Kalau beli yang baru kang tak sedap pulak rasa dia. Nak beli yang lama, dah bosan asyik minum kopi yang sama. Last-last beli dua-dua. Kannnn dah membazir.











Sekarang aku dalam kekalutan, nak tidur ke nak tengok movie kejap (kejap la sangat kalau dua jam) sebab bunyi cengkerik-cengkerik dah berkemunandang kat luar? Kalau tidur rugi, sebab esok wiken. Kalau tengok movie, esok konfem bangun lambat dan esok aku plan nak keluar kejap pagi.

Haih, pilihan, pilihan, kau membuat hatiku rasa serba salah.

Friday, March 12, 2010

Toknekku

Aku rasa aku ada ADD (attetion deficit disorder). Kejap-kejap kang hilang fokus. Selalu lari tajuk. Kalau bersembang dengan aku, perbualan bermula dengan topik 'lagu' berkemungkinan besar akan berakhir dengan topik yang berkaitan dengan "macam mana ek korang basuh berak pakai tisu?".






Tadi aku tepon rumah, nenek aku yang angkat. Lama gila beb tak jumpa nenek aku ni. Dulu time kecik-kecik aku rapat nak mampos dengan nenek aku. Tiap kali cuti sekolah, konfem aku balik kampung.
Sekolah rendah aku dulu tak best, bosan, subjek english la paling tak best sebab aku dulu masuk je kelas english, konfem tetiba jadi buta huruf. Otomatik jadi blur.
Orang tua-tua cakap lagi elok buta mata dari buta hati, aku tak setuju sangat sebab kalau buta mata pun susah jugak. Macam mana nak tengok movie-movie yang best (err....dan juga keindahan ciptaan Tuhan).
Bukannya aku minat sangat pun dengan movie-movie ni, tambah-tambah movie melayu (kecuali cerita-cerita P. Ramlee), tapi aku tengok sekarang industri filem Malaysia dah ada peningkatan sikit. Tambah-tambah movie Allahyarham Yasmin Ahmad dan Afdli Shauki.
Papadom best nak mampos, simple tapi dia pandai bermain dengan emosi, kejap-kejap kang kelakar, kejap-kejap kang sedih, otak gila-gila Afdlin Shauki.
Dengar cerita dulu dia ni penyanyi hip-hop, betul ke? Betul la kot. Kalau takdak angin masakan pokok bergoyang kan?
Semenjak dua menjak ni angin kat tempat aku kuat, macam nak ribut pun ada gak. Aku nak cadangkan perintah berkurung bagi orang yang kurang dari enampuluh kilo macam aku untuk keluar rumah time-time macam ni. Ye la tak pasal-pasal kang aku tersangkut kat atas pokok pulak dek diterbangkan angin.
Shit, tiket kapal terbang balik Malaysia tak beli lagi, duit dalam bank pun dah suam-suam kuku dah ni.
Baru je potong kuku kaki tadi, dekat dua minggu dah kot tak potong, macam kuku jin.
Betul ke ha diorang cakap yang UFO tu sebenarnya alat pengangkutan jin?










Eh. TerADD pulak.

Thursday, March 11, 2010

Rambut sama hitam, mata lain-lain

"Rumah bebudak lelaki semak, tak macam rumah bebudak perempuan" <-----kata profku dengan yaqin sambil hangguh-hangguk kepala. Aku geleng kepala.




Ya, dari segi logiknya memang begitu. Tetapi bukan semua lelaki begitu, percayalah, i tak macam tu, i lain dari yang lain u, i promis (terjanji-janji manis pulak) dan perkataan 'semak' adalah sangat relatif.




'Semak', boleh jadi noun dan boleh jadi adjektif. Dalam konteks ni adjektif. Dan adjektif selalunya relatif, contoh, kalau ko cakap ; "Dia tinggi", persoalannya samakah definisi 'tinggi' di Asia dengan definisi 'tinggi' di Kutub Utara? Sudah tentu tidak.
Dan kalau ada minah Uganda cakap "Pakwe i hensem", persoalannya, samakah definisi 'hensem' di Uganda dengan definisi 'hensem' di Malaysia? Sah-sahla tidak (macam mana entah rupa orang Uganda?).

Mungkin bagi sesetengah orang, sehensem-hensem mamat-mamat Uganda adalah seburuk-buruk bangunan tak siap di Malaysia.




Kita melihat dunia dengan mata kepala sendiri, tak mungkin kita tahu bagaimana rupa dunia dari mata kepala orang lain. Perspektif berlainan. Mungkin bagi aku warna 'hijau' adalah 'hijau', tapi mungkin bagi orang lain 'hijau' adalah 'oren'. Siapa tahu?












ps : tapi kalau ada orang cakap nafas ko berbau, itu bukan perspektif berlainan, itu kenyataan.

Wednesday, March 10, 2010

Ahli potong wayar hijau bom-bom di Iraq

Jalan cerita simple. Efek simple. Menang Oscar.





Aku baru lepas tengok, dan seriously, memang best. Normally kalau movie dua jam lebih, akan ada part-part yang buat aku pikir 'Bila cerita ni nak habis?'. Tapi sepanjang movie ni, aku pikir 'Janganlah habis'.






Thriller plus action plus sentimental. Cerita pasal tiga watak yang berlainan nak mampos. Satu watak, suka ikut kepala sendiri, make his own rules. Satu lagi, watak yang sangat berhati-hati, always follow the rules, skema. Yang last ni, seorang beginner dalam army rank, kekadang konpius, kurang berani. Tiga-tiga watak ni selalu ada konflik tentang keputusan-keputusan yang perlu diambil sebab diorang satu team.







Yang teramat menarik pasal filem ni adalah, tiap kali dia fokuskan kat satu-satu watak, aku rasa macam aku watak tersebut, begitu mendalam. Time dia fokus kat watak first, aku rasa macam aku paling gagah, pergi mampos semua orang. Time dia fokus kat watak seken, aku rasa sangat berhati-hati, garu bontot pun kena tiga kali, kalau tak, tak berkat. Time dia fokus kat watak ketiga, secara otomatik aku jadi ayam, jadi pengecut dan lantas masuk dalam selimut sambil tutup mata sebelah, takut.






Dan aku rasa (aku rasa la, lain orang lain rasa), cerita ni stretfowed, takdak falsafah-falsafah yang ingin diketengahkan (except time ending), so bagus untuk aku yang malas nak layan movie sambil kena pikir, leceh, macam tengok movie yang ada subtitle, susah nak fokus, keliru.







Nasib baik aku bukak email tadi (sebab Yahoo News la, aku tau semalam ada Oscar, lantas aku carik movie mana menang), kalau tak termisslah aku movie ini. Sebelum petang tadi, aku tak pernah dengar pun pasal movie ni padahal dah lama keluar.





So, aku cadangkan korang semua ikut cadangan aku. Tengoklah movie ini 'The Hurt Locker', ofkos bagi yang belum tengok macam aku.















ps: pengarah wanita, namun tiada watak wanita dalam movie ini (kecuali wanita-wanita Arab di tepi-tepi jalan dan di akhir movie ini), sexist kepada kaum sendiri? Mungkin.

Tuesday, March 9, 2010

Wok'e fok man?

"Ah, you came for the exam!" kata prof English aku time bagi kertas soalan exam tadi.

Aku senyum. Kang kalau aku bukak mulut kang terkeluar pulak "Yah, i dik'en come to your clah'es be'ause eek is so fa'ing boring and i dik'en won to waste an 'our and a half every week just to learn abouk New Zealand, i can do that in my fa'ing room" Nasib baik kan? Kalau tak konfem makan penyepak free.





Soalan exam tadi macam gampang. Seriously, bebudak darjah tiga pun boleh jawab dengan flying kalers. Soalan tipikal english untuk student france, translate ayat and tulis essay kecik. Nampak mudah? Sangat mudah, macam makan biskut meri. Kalau rasa agak-agak terdetik hati korang nak cakap aku berlagak, tak payah la, kalau korang tengok kertas soalan tu pun, korang akan guling-guling gelak atas lantai, silap-silap boleh koma.





Tapi kalau esok ada member-member french aku tanya macam mana exam semalam, macam biasa aku akan kembungkan mulut seraya berkata "Boleeehla......."









Dan boleh pulak time-time nak start exam tu, klasmet aku buat aksi melibas sambil berkata "Pe-Tisshh!!" ke arah prof english perempuan tersebut. Haram tak hot pun prof tu. Gila seks punya budak.

Monday, March 8, 2010

Sah? Sah? Sah?

Tadi aku tengok rancangan TV ni kat TV6 France. Cerita pasal orang French yang tak cukup duit untuk sewa rumah. Kebanyakannya keluarga, yang tinggal dalam caravane and berkhemah.


Diorang punya pendapatan? Kurang dari sembilanratus euros untuk satu keluarga. Cukup untuk makan je aku rasa kalau dah berkeluarga dan beranak-pinak sebab sewa rumah kat sini at least limaenamratus euros. Kesian aku tengok.


Pastu dia fokus kat satu keluarga ni. Suami, isteri dan dua orang anak. Pendapatan enamratus euro sebulan. Tinggal dalam rumah yang kecik gila babi (bukan rumah pun, lebih kepada bilik yang lengkap dengan dapur dan toilet).

Yang buat aku terkejut adalah bila komentator tu sebut "Keluarga yang terdiri dari suami dan isteri yang muda dan dua anak mereka. Umur pasangan tersebut adalah duapuluhdua tahun...."


What the fuck? Awal gila babi kawen. Tu la kecik-kecik dah gatal nak kawen. Aku sangat tak boleh terima kalau orang yang kawen awal. Zaman dulu-dulu ye la, umur tujuhbelas pun dah kawen. Zaman sekarang tak boleh (geleng kepala). Paling busuk pun la, duapuluhempat ke atas, baru boleh kawen.


Sebab aku rasa :

First, ekonomi kena stabilkan dulu, yela, bukan senang nak bela anak dara orang, kalau bela kucing boleh la.

Seken, dari segi mental, perlu matangkan habis-habisan.

Ketiga, banyak tanggungjawab kalau dah kawen, itu ini, bukan boleh ambek mudah, so aku rasa sangat tak sesuai kawen awal. Spender sendiri pun tiga empat kali alih depan belakang, ada hati nak kawen.

Keempat, yang ni paling penting, hidup sekali, so enjoy hidup habis-habis dulu sebelum timbul rasa gatal nak kawen. Sebab dah kawen banyak tanggungjawab ( balik ke point ketiga).





Tapi yela, kalau dah sampai seru, kawen je la. Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang (eeewah).



Eh, terbagi ceramah kawen pulak kat sini, ingat nak komen pasal pasangan yang kawen awal tu je, dah terlalut.








ps: lagi tak tahan tengok satu keluarga ni, tinggal dalam caravane tapi tv plasma gantung dekat seratus inchi (kot), spek hitam branded, siap ada chiwawa lagi. tu pun nak mintak simpati.

ps2: jangan ada yang terasa okeh.

Sunday, March 7, 2010

Satu! Dua! Tiga..Balun!!

Naik lori pergi market,
Pergi market beli kerisik,
Apa ada pada kulit?
Gelap buruk? Kuning cantik?



Sorong papan tarik papan,
Tarik papan bikin sampan,
Apa guna muka tampan?
Kalau perangai macam cipan.


 
Atas pagar buah cempedak,
Atas peti masak sebijik,
Biar rupa macam gagak,
Janji tak rompak janji tak curik.



Twinkle twinkle little star,
How i wonder what you are,
Sini mengumpat sana mengata,
Anak kat rumah tak terjaga.



Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang sudah,
Dia la hebat, dia la gagah,
Orang lain macam sampah.



Cita-cita beli kereta,
Beli kereta juta-juta.
Apa guna banyak harta?
Harta guna tanggung keluarga.











Ambek hang, kan aku dah bersesi pantun tanpa motif sorang-sorang. 

Saturday, March 6, 2010

Judi-judian

Hidup adalah perjudian. Jadi janganlah berjudi, haram di sisi-sisi undang-undang.




Tak best hidup kalau tak gamble. Bosan. Tak thrill. Lagi best kalau pertaruhan tu menjadi. Tapi tak best kalau pertaruhan tu makan diri sendiri. Ambek hang, nak sangat gamble. Kena kepala sendiri. Dah terhantuk baru nak terngadah (wah wah wah).



Aku seriously seorang kaki judi kehidupan tegar. Semua benda kalau boleh nak gamble. Kadang-kadang aku suka gamble;

"Apa jadi kalau aku makan cili merah enam batang? Gamble...." Jawapannya, pedas berasap telinga.

"Apa jadi kalau aku minum kopi pukul tiga pagi? Gamble......" Jawapannya, solat Subuh yang awal.

"Apa jadi kalau aku berak kejap sedangkan match bola masih berbaki lagi lima minit? Gamble....." Jawapannya, terlepas dua gol minit-minit terakhir dan menyumpah-nyumpah bontot sendiri di dalam jamban.

"Apa jadi kalau aku terima offer JPA belajar kat oversea walaupun aku tau aku tak cukup ready dari segi mental? Gamble...." Jawapannya, pengalaman berbaldi-baldi ditimba, begitu la jugak kesusahan, berkolah-kolah.
 



Dan tahun lepas adalah tahun perjudian aku yang paling tinggi, dan aku hilang semua.SE.MU.WA. Aku tak menyesal sebab aku memang seorang yang susah nak menyesal, cuma sedih sebab pertaruhan aku tak menjadi. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian? Tak payah, benda dah berlalu.















Kalau dah nama tahik judi, sampai ke tua jualah diri ini berjudi.

Friday, March 5, 2010

Masala la dey, masala

Dah nama pun hidup, tak sah la kalau takdak masalah. Siapa la dalam dunia ni yang takdak masalah, orang gila je rasanya.




Habit buruk aku, bila ada masalah, tak kira la kecik ke besar (selalunya besar), aku akan pikir pasal budak-budak kat Somalia yang kebuluran ke, perempuan-perempuan Rusia yang diseludup untuk dijadikan pelacur ke, takpun mereka-mereka yang menghidap kanser tunggu hari nak mati ke. Dan masalah aku secara otomatik akan mengecut jadi masalah kecik. Hati aku rasa tenang sikit.




Tapiiiiiiiiiii, aku akan jadi sambil lewa. Masalah tu dah jadi kecik kan, so biar je la, nanti-nanti aku setel. Sedar-sedar dah seguni masalah aku.

Contoh, aku tak renew lagi pasport aku yang lagi empat bulan mampos.

Dan dengan tak te'renew'nya pasport aku, aku tak boleh renew kad pengenalan perancis aku yang dah dekat tujuh bulan mampos.

Dan dengan tak te'renew'nya kad pengenalan aku, aku maybe tak boleh melancong ke Malaysia summer ni.

And so on. Domino effect.

Benda kecik (kecik je kan pasport) affect benda besar (seat kapal terbang Etihad Airlines ke Malaysia aku).Next week la aku renew pasport aku, kang dicop anak derhaka pulak tak balik jenguk orang kampung.




Bagi sesetengah orang, masalah dia la yang paling besar dalam dunia, walaupun masalah dia hanyalah kening tebal sebelah ke, takpun lupa cuci spender untuk stok seminggu, takpun berat badan dia lebih satu kilo dari berat badan ideal. Dramatik sungguh.



 







....dan aku rasa aku dalam masalah-masalah yang tak kurang besarnya sekarang... 

"Kangar, we have a problem"

Thursday, March 4, 2010

Bisu, kelu, lembu

Dah dekat empat tahun aku belajar French, mula-mula dulu memang best, nampak senang, lama-lama pening, susah nak mampos! Sekarang, Alhamdulillah la, sedikit berhabuk speaking aku (puji-pujian ke atas diri sendiri).




Orang Perancis ni pelik. Kalau time dia nak cakap, memang dia cakap habis-habis, boleh bernanah telinga melayan. Time dia malas cakap, kejap-kejap kang angkat bahu, muncung mulut, lepas tu buat bunyi orang kentut (dan aku dah terikut-ikut memandangkan aku seorang lelaki tanpa banyak perkataan).




Lagi satu, tatabahasa French teramatlah komplikated, macam bangkai. Dan banyak nak mampos exception. Bila tanya prof French kenapa banyak exception, dia cakap, "Dah memang macam tu". Apakah? Sebagai seorang yang beraliran sains, aku memerlukan penerangan yang lebih kukuh dan jitu dari tu. Aku tak boleh terima bulat-bulat.




Dan French kalau bercakap, akan gerakkan bibir diorang sekurang yang mungkin. Kalau lah bontot boleh berkata-kata, dah lama diorang bercakap ikut bibir bontot. Dan suara akan direndahkan serendah yang mungkin. Macam nak taknak je bercakap.




Tapi yang best pasal French ni, perkataan mencarut adalah biasa, even untuk budak-budak lima enam tahun. Prof pun selalu mencarut depan kelas. Bukan carut-carutan biasa, yang memang kaw-kaw punya. So secara tak langsung aku pun terikut-ikut. Lagipun kalau mencarut dalam bahasa asing, tak rasa bersalah sangat, malahan rasa sangat kool (adik-adik jangan tiru perangai ni, budak yang menulis ni dah hancur, haha). Banyak word carut French aku, tak payah la aku list kat sini, kang tak pasal-pasal stok pahala aku makin berkurang.







Fakta-fakta pelik (mampos korang la nak setuju ke tak) : Makan pakai tangan bagi French (semua West people kot) adalah sangat kotor. Dan sendawa depan orang ramai adalah lebih buruk dari kentut depan orang ramai.

Wednesday, March 3, 2010

Panas lagi neraka

Semenjak seminggu setengah yang lepas, badan aku buat hal. Kejap-kejap panas, kejap-kejap OK, kejap-kejap kejang, kejap-kejap OK, kejap-kejap kang lenguh macam babi.



Tidur aku terganggu, selalu terjaga tengah malam. Dan aku rasa aku dah transform jadi belon, asyik sendawa dan kentut.



Time-time macam ni aku sangat memerlukan sesuatu yang dipanggil tomyam pedas melampau, kalau makan konfem gatal-gatal kepala dan terus kebah. Tapi mana mau cari? French makan kicap pun dah kata pedas. Nak masak sendiri lagi la, setelah empat tahun duduk sendiri aku cuma tahu masak kari (yang cair), dan kurma ayam. Berdikari la sangat kan.



Aku dah insaf ponteng-ponteng kelas ni (serious), dan aku memang tak larat langsung nak melangkah ke kelas sekarang. Kang kalau aku koma ke, muntah ke dalam kelas sapa nak jawab?



So tadi keluar kejap main bola. Sebab aku perlu yakinkan badan aku yang aku tidaklah sesakit sepertimana yang badan aku pikir. Mula-mula badan aku setuju, semua normal. Lepas tu aku start nampak tompok-tompok hitam, macam nak pengsan, tapi aku main jugak.



Lepas sejam main, balik rumah, tompok-tompok hitam bertambah, dan aku rasa macam lepas buat marathon seratus kilometer. Penat babi. Ambek kau, nak sangat mengada-ngada sakit (marah badan sendiri).



Hasilnya, sekarang badan aku dah kurang panas dan aku rasa aku mampu pegi kelas esok.








ps : terlampau banyak makan kambing turut menyumbang kepada kepanasan badan aku. Damn you tasty kambing!!

Tuesday, March 2, 2010

Demam adalah seekor sundal


Efek makan sehingga kebuntangan adalah obvious hanya selapas sehari. Dan efek tersebut adalah demam. First time aku demam dek makan macam beruang. "Perut neghaka, masuk bakaq, masuk bakaq".



Cakap je jenis daging, semua ada. Ayam? Ada. Lembu? Ada jugak. Kambing? Ofkos ada. Arnab? Pun ada. Udang? Sah-sah kena ada. Yang takdak cuma itik dengan biawak je. BBQ, rendang, kari, goreng-goreng, nasi lemak, nasi tak lemak, semua jenis ada, mana tak terkangkang sorang-sorang lepas makan.



Start makan hari sabtu, habis makan hari ahad malam. Dan pagi isnin (tadi), aku demam. Sebab banyak makan. Macam tak logik, tapi itu je punca yang aku jumpa.



Ramai yang datang, hampir kesemuanya junior-junior. Ramai orang baru yang aku kenal.

 
Merenung hari-hari terakhir beliau








ps : "Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang", sila ke sini kalau ada yang tak percaya akan kewujudan hadis ini (aku tau hang still tak percaya, haha)