Aku sekarang ni tengah busy. Nak keluar pergi rumah baru. Jiran macam najis, bak kata bondaku, jadi kitorang pun blah. Kau pun pergi blah juga jiran najis.
Masa tengah mengemas dan menge-pek barang ni lah kau akan jumpa segala barang yang kau rasa sudah lama menghilang. Dan nostalgia pun kembali menyinar, ewah.
1. Aku jumpa balik Gameboy aku. panjang cerita pasal Gameboy aku ni. Aku beli masa aku kat asrama dulu. Masa tu game pokemon adalah satu trend. Kau nak tau mana aku dapat duit beli gameboy tu? Cerita dia camni, dulu aku beli sepasang kasut bola. Lepas tu aku pergi mall nampak gameboy lalu teringin nak beli. Jadi aku jual kasut bola aku dan beli gameboy tersebut. Kau tengok? Bukan macam budak sekarang, iPad tu celah gigi je boleh mintak kat makbapak. Aku sampai terpaksa bergadai kasut bole semata-mata nak main pokemon. Pikachu, I choose you! Gila nostalgia bakhang.
2. Buku Laporan Sekolah Rendah. Bila aku tengok keputusan serta komen-komen cikgu sekolah rendah aku, rasa macam kelakar. "Ada potensi!", "Teruskan usaha!", serta "Seorang pelajar yang pasti kacak sepuluh tahun lagi!", hek eleh, setakat belajar Matematik dan Kajian Tempatan, kejadah potensi yang kau boleh ramal? Aku ingat nak simpan buku laporan tu sampai aku ada cucu-cucu esok, sumber inspirasi kepada mereka. "Kau tengok beb, datuk dulu genius kau tahu?"
3. Piala Tempat Pertama. Kau tahu acara apa? Menari. Yes. Menari. Masa aku tadika kemas dulu. You didn't see that coming right? Gua pandai menari beb. Tapi menari apa pun aku dah lupa. Cumanya yang pasti, geng tadika aku juara daerah. Cikgu tadika aku dulu ada dua orang. Sorang tu sweet nak mampus, sorang lagi macam beruang tropika, garang tak tentu pasal. Babi kelakar gila bila ingat masa aku tadika dulu. Sebab aku sorang je yang pandai baca suratkhabar dalam tadika aku, kecik-kecik dah genius dan mengambil berat tentang perihal masalah negara.
Aku tengah berharap kot-kot terjumpa duit not limaploh dalam kocek seluar-seluar aku ni. Kejap aku pergi kemas lagi.
Thursday, March 29, 2012
Friday, March 23, 2012
Doktor kaut RM 44 juta
Whoa!!
RM 44 juta! Patplohpat juta!! Seorang doktor berumur 62 tahun bersalah kerana memalsukan dokumen. Dan beliau dapat patplohpat juta ringgit!! EMPAT PULUH EMPAT JUTA weh!! WHOA!!
Dendanya? Penalti RM 6 juta serta penjara 3 tahun. Hek eleh. Sikit je tu aku rasa. Tapi tang bab penjara tu walaupun nampak sikit, tapi bila kebebasan kau ditarik, 3 tahun adalah lama kepada beliau.
Berita ini telah mengubah persepsi aku. Dulu aku ingat SEMUA doktor itu baik. Dulu aku ingat orang tua berumur 55 tahun ke atas adalah baik. Dulu aku ingat WANITA tak mampu nak tipu juta-juta ni....eh wait, ini aku tipu, sebab Kak Jat pun tipu jugak.
Tapi. RM 44 juta tu beb. WHOA!! Gilababiajaiqoqsjdbepfielqnamaxbrjrua.
Cayalah makcik doktor!! Gua tabik sama lu beb!! Belanja aku sejuta plis.

Thursday, March 22, 2012
Lari rumah rupanya. Kembali.
Setelah membaca keratan akhbar yang bertajuk "Remaja hanya main sandiwara" di Harian Metrohohohoktuih, dapat aku simpulkan bahawa remaja yang kekunun diculik tempoh hari, adalah bengap. Bengap mengalahkan kaldei padang pasir.
Sekian.
Eh mana boleh, aku nak hentam jugak. Apekebangang? Whatthehell hoi? Sudahlah budak sekolah ugama, muka pun nampak macam suci, tapi otak? Serupa budak sekolah tadika kemas. Lepas tu boleh pulak mak saudara beliau (yang ditugaskan berlakon sebagai 'penculik' pada hari kejadian), kata "Saya tak paham kenapa parents beliau perlu hebohkan di suratkhabar sedangkan ini masalah keluarga." Kepalahottak kau?! Parents dia hebohkan sebab takut betul-betul kena culik la baghal! Kalau dah masuk paper, senang la orang awam yang lain nak tolong!! Baghal dazgdezdnzeud!!
Balik-balik, lari ke rumah boyfriend. Apa kau dah gatal sangat ke nak beromen?? Umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang, ada hati nak buat drama culik-menculik. Blah lah kau budak. Sia-sia aku dengan mak aku membincangkan isu kau kena culik dalam kereta masa aku hantar mak aku pergi kerja hari tu. Bukan main serius perbincangan kami berdua, mencari salah siapa, memikirkan apakah kau akan menjadi satu lagi titik hitam dalam sejarah penculikan kanak-kanak di Malaysia. Malangnya, kau babi.
Alasan 'lari rumah sebab dikongkong' adalah alasan paling babi. Apa kau ingat kau wanita bekerjaya ke nak hidup bebas??!! Makan minum pakai buang tuala wanita kau pun makbapak kau belikan lagi, kongkong tengkorakhang.
Tanggunglah kau kemaluan besar di mata rakyat Malaysia selama kau hidup di muka Bumi ini. Kau memalukan semua pelajar/bekas pelajar sekolah ugama di Malaysia. Bak kata pepatah, "Sendiri buat tahi, sendiri jugalah kau tanggung tahi kau tu."
Aku marah.

Wednesday, March 21, 2012
Lari rumah rupanya
Ceh, bukannya kena culik budak tu. Lari rumah dengan rela hati rupanya. Aku tak paham dengan budak-budak (selalunya perempuan), yang suka lari rumah. Lelaki kalau lari rumah kurang-kurang beliau lari rumah ada geng, boleh survive. Kalau perempuan lari rumah? Hanya sebab nak ikut balak yang sama ada belum tumbuh bulu, ataupun pergi Lombok.
Baru tingkatan 3, dah ada tekanan perasaan katanya. Kalau macam tu baik kau terjun bangunan terus sebab hidup kau yang mendatang ni lagi banyak tekanan. Ini takdak kerja lain mesti bergaduh dekat Facebook (hahaha, FB lagi).
Entah, nak komen panjang-panjang pun aku bukannya tau cerita sebenar budak ni. Kot-kot beliau ada sebab musabab yang betul-betul valid, mana kita tahu kan. Tapi kesian la kat bapa budak ni, haritu aku dengar hot.fm temuramas bapa beliau, sedih je aku dengar suara beliau.
Lari dari rumah kekunun nak berdikari lagi bangang. Haritu aku ada dengar budak tak habis SPM lari rumah dengan alasan ni. Hek ekeh, berdikari tengkoranghang!! SPM pun takdak bai, kau nak berdikari dengan apa? Buduhpiyangtangtang. Kau ingat sijil UPSR dan PTS kau boleh dapatkan kau kerja?
Betul. Kau rebel. Kau merajuk. Kau emosional. Dan mungkin tabung kau ada RM49.26, dan kau rasa dengan duit tabung kau tu kau boleh survive macam dalam cerita Hollywood, tapi, kau silap, dan kau bangang sebenarnya. Kau bukan sahaja menyusahkan makbapak kau, malah kau dah menyusahkan polis. Banyak lagi kes yang perlu mereka selesaikan. Kalau kau boleh tengok sendiri fail-fail laporan polis kat balai polis, kau akan terkejut beruk, banyak weh.
Jadi kepada budak tingkatan 3 tersebut, kau habiskanlah PMR dan SPM kau tu dulu. Lepas tu kau nak lari ke Nepal sekalipun, suka hati kau lah.
Aku marah bukan apa. Sebab bila hari yu aku dengar berita pasal budak ni kununnya diculik, aku rasa simpati gila babi. Last-last, najis. Lari dari rumah.
Masih menunggu kisah penuh KENAPA minah ni lari rumah.

Tuesday, March 20, 2012
Kena culik pulak dah
Keluar pulak berita budak tingakatan 3 kena culik depan rumah. Hoih, bermacam berita yang mengaitkan budak-budak sekarang ni. Kesian pulak aku rasa sapa-sapa yang jadi budak-budak zaman sekarang. Keluar beli megi, kena bakar, keluar pegi kedai beli topup, kena kidnap. Sadis.
Lepas tu tadi aku dengar kat hot.fm, katanya kereta yang culik tu kaler ungu, cermin gelap. Lepas tu ada lah sorang pemanggil ni mengeluarkan hujah bahawa semua pemilik kereta yang bercermin gelap adalah penyangak, pencuri, perogol dan kejadah lagi yang jahat-jahat. Erk?
Aku dari dulu sampai sekarang tak pernah setuju cermin gelap diharamkan di Malaysia. Tambah-tambah kat tempat aku, hoih kemain panas kau tahu? Kau bayangkan, parking kereta bawah panas terik tak sampai lima minit, bila masuk balik dalam kereta, rasa macam melangkah ke dalam ketuhar. Kalau kau nak kurus, tak payah pergi mandi wap, masuk dalam kereta yang diparking kat sini. Siap boleh rasa peluh-peluh menitik melalui cecelah jubor. Punyalah panas.Tapi itu adalah latihan sempena masuk ke jahannam kelak.
Kalau betul-betul nak haramkan cermin gelap ni, kau kena buat secara menyeluruh. MENYELURUH. Tak kisah lah kau raja ke, agong ke, perdana menteri ke, miss nina ke, rosmah ke, semua tak boleh pakai. Ada beran? Memang takdak lah bai. Ada je alasan nak kasi. Padahal bukannya orang lain hadap sangat nak mengintai kau dalam kereta tu. Lainlah kalau kau beromen tetengah siang dalam kereta.
Jadi, aku rasa sampai bila-bilalah undang-undang pengharaman cermin gelap ni takkan efektif sebab macam-macam alasan kau boleh bagi.
Alasan aku, sebab panas ya amat. Dan aku taknak orang intai aku dari luar, sebab aku kan kacak. Malulah aku orang intai-intai.
Lepas tu tadi aku dengar kat hot.fm, katanya kereta yang culik tu kaler ungu, cermin gelap. Lepas tu ada lah sorang pemanggil ni mengeluarkan hujah bahawa semua pemilik kereta yang bercermin gelap adalah penyangak, pencuri, perogol dan kejadah lagi yang jahat-jahat. Erk?
Aku dari dulu sampai sekarang tak pernah setuju cermin gelap diharamkan di Malaysia. Tambah-tambah kat tempat aku, hoih kemain panas kau tahu? Kau bayangkan, parking kereta bawah panas terik tak sampai lima minit, bila masuk balik dalam kereta, rasa macam melangkah ke dalam ketuhar. Kalau kau nak kurus, tak payah pergi mandi wap, masuk dalam kereta yang diparking kat sini. Siap boleh rasa peluh-peluh menitik melalui cecelah jubor. Punyalah panas.
Kalau betul-betul nak haramkan cermin gelap ni, kau kena buat secara menyeluruh. MENYELURUH. Tak kisah lah kau raja ke, agong ke, perdana menteri ke, miss nina ke, rosmah ke, semua tak boleh pakai. Ada beran? Memang takdak lah bai. Ada je alasan nak kasi. Padahal bukannya orang lain hadap sangat nak mengintai kau dalam kereta tu. Lainlah kalau kau beromen tetengah siang dalam kereta.
Jadi, aku rasa sampai bila-bilalah undang-undang pengharaman cermin gelap ni takkan efektif sebab macam-macam alasan kau boleh bagi.
Alasan aku, sebab panas ya amat. Dan aku taknak orang intai aku dari luar, sebab aku kan kacak. Malulah aku orang intai-intai.
Teh ais magis
Tadi aku makan kat kedai mamak. Aku order minuman peberet aku, iaitu teh ais. Teh air adalah teh tarik tanpa buih tetapi dengan ais. Hahaha, hambar.
Aku order roti kahwin. Kau tau roti kahwin? Kalau kau tak tau, kau bukan pemakan roti canai tegar.
Lepas tu teh ais aku pun sampai ke meja. Masa ni lah satu magis berlaku. Kucuba menyedut teh ais, tetapi tiada air yang keluar. Aku check cawan tu, eh penuh lagi teh ais dalam cawan ni. Aku kocak-kocak, sebab yelah mana tahu kot-kot ada ais seketul terlekat dalam straw. Namun juga tiada air.
Kusedut dengan lebih kuat. Dengan lebih mampan. Namun tiada hasil.
Di saat itu barulah kusedari bahawa teh ais aku tiada straw. Yang ada cumalah dua batang sudu plastik yang panjang tu.
Kelakar gila hoi aku gelak dalam kedai mamak ni!
Babi pagi-pagi lagi dah rasa kelakar nakharam. Hahahahahaha.

Melukis
Dulu masa aku kecik-kecik, aku ni minat melukis. Tapi sampai ke satu tahap, orang cakap lukisan aku macam lukisan budak-budak, masa tu aku darjah 5. Huish bukan main hancur hati aku. Jadi aku pun berhenti dari mengejar cita-cita aku sebagai seorang kartunis.
Patblas tahun kemudian, yakni sekarang, rasa mahu melukis balik. Tapi bukan lukis dengan pensel mahupun krayon, aku mahu melukis dengan tetikus dan pointer.
Pergilah baca, aku ni pemalas sebenarnya, aku lukis ala kadar. Dan isi dalam lukisan aku adalah tahap longkang. Jadi jika anda suka longkang, silalah baca, pasti anda akan tertarik. Menarik. Kau memang dabomb.
Kepalaterbang.

Sunday, March 18, 2012
Tinggal ibu lumpuh di hotel. Kembali.
Kau tengok betapa besarnya hikmah beliau tinggalkan ibu lumpuh beliau kat hotel? Setelah dipropa, dicaci dan dimaki. Setelah keluar paper.
Last-last beliau dengan ibu beliau dapat rumah sewa sebijik, dan dapat kerja. Betul jugak sangkaan aku yang beliau ni kesempitan wang. Macam RyeAnna aka Lady RaRa komen kat entry aku haritu, kalau beliau ni kejam gila babi, beliau takkan tinggal ibu beliau kat hotel. Baik tinggal kat lorong jalan.
Kalau kau tak pernah rasa kesempitan wang, kau takkan paham punya perasaan mamat ni. Kira pandai la jugak beliau bawak ibu beliau pergi hotel, sebab ibu beliau ni dah tua, lumpuh lagi. Nak suruh siapa jaga sementara beliau nak pergi sepital? Zoo?
Dari apa yang aku dapat rumuskan. Setiap perkara ada hikmah.
Cuma aku tertanya jugak, adakah hikmah disebalik tidur lambat nak mampus sedangkan esok sesudah subuh aku ada paper.
Di manakan hikmahnya? Kita tunggu esok pagi.
EDIT : Ya sudah pagi. Dan dah habis pun paper. Aku rasa kepala serupa ada sekawanan gajah. Berat hoi berat hoi.

Saturday, March 17, 2012
Sejauh mana kebenaran hadith?
Dulu masa aku kat MRSM, ada seorang doktor ni datang kasi ceramah pasal penjagaan kesihatan sempena SPM yang around the corner masa tu. Banyak la tips yang beliau bagi, contohnya, air hujan tu bukan penyebab sebenar demam. Penyebab sebenar adalah ketika hujan tu mula-mula turun, debu dan bakteria jahat atas tanah/jalan akan naik ke atas lalu masuk lobang hidong kau dan kau pun sakit.
Lepas tu beliau buat sesi soal jawab. Ada la member aku ni tanya, "Doktor, kenapa kalau kita tidur lepas Asar, kita boleh jadi gila?" Sebab ada hadith cakap, "Sesiap yang tidur selepas Asar, lalu hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri."
Doktor tu pun balas, "Eh, yeke? Takdelah, tidur selepas Asar tak memberi apa-apa efek kepada otak." Lalu, kitorang semua pun, eh doktor ni tak belajar agama ke? Kan ke hadith dah cakap sebegitu rupa?
Jadi kenapa doktor tersebut mengeluarkan kenyataan berbaur kontroversi tersebut? Sebab, satu, fakta tersebut tak pernah dibuktikan oleh sains. Eh, kenapa saintis Islam tak buktikan fakta tersebut sedangkan itu hadith, tanya kepala otak kau kepada aku. Sebab, dua, hadith tersebut adalah hadith palsu.
Aku baru sahaja tahu hari ni. Huih bukan main terkejut aku sebab selama ni aku ingatkan aku tak siuman sebab selalu tidur selepas Asar, rupanya aku tak siuman secara natural. Kalau kau pun rasa macam tak siuman, jangan la dok salahkan tidur selepas Asar. Takdaknya kau akan jadi tak siuman.
Ada jugak hadith berbunyi, "Tidur selepas Subuh/waktu pagi menghalang rezeki." Juga palsu. Logik jugaklah, kalau ada jenis yang kerja jadi Pak Guard, sampai ke tualah rezeki beliau dihalang. Itu belum aku bagi contoh pekerjaan sebagai Batman. Kerja punya lah mulia menangkap penjenayah di waktu malam, last-last rezeki beliau dihalang. Tak ke kesian?
Banyak lagi sebenarnya hadith yang palsu yang popular macam, "Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China." Aku ni cakap cina pun tak pandai, macam mana nak pergi China? Menuntut ilmu itu memang sudah terpateri sebagai satu kewajipan di dalam al-Quran, tak payah sampai ke China.
Jadi, kesimpulan, kau janganlah sebar lagi hadith-hadith palsu sedemikian di laman-laman sosial. Sesungguhnya aku sangat menyampah dengan mereka yang berlagak alim secara mambabi-buta. Dah babi, buta pula. Mughallazah.
Saja berlagak jadi ustad sat, esok aku ada periksa pendidikan Islam. Wallahualambisowap.
Sumber (belajar ugama kena ada sumber, kalau takdak sumber, kau belajar dengan syaiton, syaiton).

Artis tak pakai..
..coli?
Eh tak, aku sengaja menarik perhatian korang semua supaya terpegun kejap tengok blog aku yang bertambah kacak.
Tu je.
Tapi kalau korang ada nampak mana-mana artis tak pakai coli, tangkap la gambar lepas tu hantar kat metrohohohaktuih. Konfem keluar muka depan gambar puting besar gila.
Puting Angah Raja Lawak tak kira sebab dalam setahun, aku rasa ada la dalam 678 kali puting beliau masuk panggung.

Friday, March 16, 2012
Saat paling genting
Kau tahu perasaan apa yang paling tak best?
Kau tengah beratur nak naik roller coaster. Tinggal lagi 4 orang depan kau. Roller coaster tu pulak bukannya roller coaster tetapi yang jenis sekali naik 2 orang, menatang tu pusing-pusing kau macam nak mampus tunggang terbalik semua siap. Kau dah beratur lama. Tiba-tiba. Kau rasa nak berak. Yang amat sangat. Memang kenot hold dah.
Member sebelah kau pulak iya-iya nak naik. Nak keluar barisan tak boleh sebab. Memang tak boleh. Barisan yang jenis kalau kau keluar, kau kena tunggu lagi 2617 jam baru boleh naik menatang tu. Jadi apa solusinya? Tahan. Kemut. Dan sedut masuk balik.
Bila dah sampai turn kau, tinja kau dah tinggal 0.0000000001 milimeter je dari nak keluar. Tapi. Kau naik jugak. Dengan keadaan muka kau yang dah berkerut berpeluh, bukan sebab cuak, tapi sebab takut kang terberak atas roller coaster maka bertaburanlah di sekelian taman tema tersebut.
Tetapi, setelah kau dilontar dipusing dihayun dihempas oleh roller coaster tersebut, perasaan ingin meninja itu pun hilang. Turun-turun je dari roller coaster tu, kau rasa macam dilahirkan semua sebab berjaya menahan sesuatu yang sukar ditahan, selama 15 minit.
Kisah benar. Terjadi kepada diri sendiri. Kau tak tahu apa yang diri kau mampu lakukan di saat-saat yang genting. Ye, nak terberak itu adalah saat-saat yang genting.
Terlampaulah ganas bendalah roller coaster tu. Sampaikan tinja pun tak berani keluar, "Hoih hoih gempa Bumi hoih, masuk balik masuk balik, jangan keluar lagi, kita tunggu keadaan reda dulu. MASUK BALIK HOIH. MASUK BALIK."
Pastikan anda berak puas-puas sebelum ke taman tema.

Thursday, March 15, 2012
Harapkan pagar pagar makan padi [edit]
"Harapkan pagar, pagar makan padi."
Logikkah sebuah pagar, memakan padi? Ya, memang tak logik. Kecualilah nama kau Muhammad Pagar bin Yunus, itu pun tak logik jugak, sebab mana ada manusia dalam dunia ni yang kedarah padi. Kau spesies burung ke hapa?
Jadi. Kenapa tetiba keluar pepatah harapkan pagar pagar makan padi ni? Haritu member aku letak status beliau menerangkan erti sebenar pepatah ini.
Kalau kau tanam padi, kau kena bina pagar tinggi gila supaya biawak dan aligator tak masuk kawasan sawah padi kau dan makan padi kau. Pagar ni selalunya dibina dari besi. Golongan petani ni mengharapkan agar pagar ni dapat menyelamatkan padi beliau dari dikedarah golongan biawak dan aligator. Lama-lama, pagar tu berkarat dan karat itu terus meracun padi, lalu padi pun mati. Harapkan pagar, pagar makan padi.
Salah. Sebenarnya pepatah yang sebenar adalah HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI.
PEGAR adalah sejenis burung. Yang ditugaskan membodyguard padi. Last-last, beliau sendiri yang kedarah padi.
Penyalahgunaan peribahasa berleluasa.
EDIT
Sumber : Bernama dan Coitus, ehbukan , Wikipedia.

Wednesday, March 14, 2012
Liverpool 3-0 Everton
Kalau anda bukan kaki bola sepak, entry ini bukan untuk anda.
Liverpool baru sahaja menewaskan Everton dengan 3 gol berbalas telur laki jiran kau. Ketiga-tiga gol dijaringkan oleh Captain Marvellous, ataupun nama sebenar Steven Gerrard. Ini adalah hat-trick pertama oleh pemain Liverpool dalam Merseyside Derby semenjak hat-trick oleh Ian Rush.
Ini rating tak rasmi pemain-pemain Liverpool sebentar tadi.
Reina : 6/10 Tak banyak kerja dalam padang.
Kelly : 7/10 Menjalankan tugas pertahanan dengan ohsem. Banyak larian serangan yang juga ohsem. Larian beliau menghasilkan gol Gerrard yang pertama.
Enrique : 6.5/10 Macam biasa beliau sangat mantap. Cuma hantaran lintang beliau kurang membuahkan hasil.
Skrtel : 6.5/10 Sangat solid.
Carragher : 7/10 Walaupun sudah berumur namun beliau masih mampu melakukan terjahan keras. Kuda tua.
Spearing : 7/10 Bertindak selaku 'pekerja kotor'. Tidak kenal erti penat mengejar dan membentes pemain Everton. Sangat pendek.
Gerrard : 10/10 Man of the match. Menjaringkan 3 bijik gol. Hantaran kemas. Jaringan pertama adalah sangat kool. Kapten pasukan yang sangat mabeles sesuai dengan nickname beliau, Captain Marvellous.
Henderson : 5/10 Macam biasa, beliau sangat najis. Main macam pundek. Macam sebijik tugu, malas bergerak. Passing macam nenek kau, lemah.
Downinh : 5.5/10 Walaupun muka beliau macam Jesus, namun tetap tak menghalang beliau dari bermain seperti kambing gurun. Crossing macam lahanat. Sepatutnya beliau menjadi penyumbang 'peluru' kepada Carroll, namun, najis. Najis.
Carroll : 8/10 Memenangi bola di udara dengan hebat. Walaupun tidak menjaringkan gol, namun beliau menunjukkan kemajuan dalam prestasi beliau. Patut diberi peluang beraksi setiap minggu bersama Suarez.
Suarez : 9/10 Gelecekan beliau membawa kepada jaringan kedua Gerrard. Beliau juga melorongkan bola kepada Gerrard untuk gol ketiga. Walaupun tidak menjaringkan gol, namun beliau handal menewaskan pemain Everton. Pemain yang iras-iras seekor arnab.
Jadi, aku boleh mengulangkaji pelajaran dengan bahagia setelah kemenangan dan hattrick Gerrard.
Penyokong Mahanchustayar Yunaitek sila berambus ke neraka bersama Syaiton Merah anda. Boo.

Tinggal ibu lumpuh di hotel bajet
Dua tiga hari lepas, ke seminggu lepas entah, kecoh masuk TV, masuk youtube, masuk Facebook, pasal kisah nenek tua lumpuh yang kena tinggal dekat hotel oleh anak beliau. Amboih aku tengok ramai betul orang yang 'mengecam' tindakan anak beliau itu. Maki-hamun segala. Yelah, kalau kau tengok video tu kat youtube, memang lah sedih, aku tak tengok video tu sebab kang aku menangis, ye aku memang jenis kelemahan bila tengok orang tua menangis, dan memang kau akan rasa macam "Babi sial anak beliau, sampai hati beliau tinggalkan ibu beliau yang lumpuh itu. Babi pun tak sial sebegitu."
Tapi. Kau pernah fikir, KENAPA anak beliau tinggalkan ibu beliau? Tak. Kau tak fikir punya. Sebab kau dah emosional. Dan kau rasa kau perlu tunjuk 'keprihatinan' kau dengan memaki-hamun anak beliau di youtube mahupun Facebook. Siap ada makhluk dengan kencangnya melabel anak beliau sebagai 'Tanggang'. Siap ada yang cakap, "Kau dah booking neraka lah sial.", aku syak orang yang tulis komen ni adalah tukang tempahan neraka, siapa-siapa nak tempah pergilah jumpa mamat ni. Dan banyak lagilah cacian terhadap anak si ibu ni. Kau pergilah baca sendiri kat lama Youtube.
Kau mana tahu kisah sebenar di sebalik ibu ni ditinggalkan. Lepas tu terus maki. Semua orang kena beringat, apa yang keluar berita tu hanya cebisan daripada kisah-kisah penuh yang boleh dijadikan pelaris berita. Macam cerita si ibu ni, cebisan beliau ditinggalkan di hotel je yang di-highlight-kan. Kisah sebelum ditinggalkan takdak pulak nak highlight. Kejadah?
Kau tahu tak, dari cara kau kasi komen kat Youtube/Facebook tu, orang lain boleh nampak tahap ketinggian otak kau. Takdaknya orang yang cerdik pandai nak pergi herdik anak si ibu tu tanpa tahu the whole story. Orang bangang je selalu buat macam tu. Dahlah bangang, pergi tunjuk pulak kat orang lain yang beliau bangang.
Kalau kau pergi masuk penjara dan jumpa banduan-banduan dalam tu. Diorang pun mesti ada kisah sendiri yang tidak keluar berita. Kau tak berminat ke nak tahu? Daripada kau label orang lain 'jahat' dan 'tak berperikemanusiaan', baik kau tanya dulu 'KENAPA?'. Setiap orang ada kisah sendiri beb, tak kisahlah kau CEO ke, kau makcik cleaner ke, kau PM ke, kau pornstar sekalipun.
Last-last, rupanya anak si ibu tu sakit dan pergi sepital dan taknak bawak ibu beliau pergi sekali. Aku syak mamat ni kesempitan wang ringgit. Dan beliau cakap, beliau takdak niat langsung nak tinggalkan ibu beliau selama-lamanya kat hotel tu, cuma nak tinggal sekejap je.
Dah tu. Ada la pulak mulut-mulut puaka cakap, "Hek eleh, dah keluar berita baru terhegeh-hegeh nak pergi kutip balik ibu beliau." KEPALAHOTTAK KAU?
Buat salah. Tak buat pun salah. Apakah mentalnya masyarakat majmuk di negara ini? Semua benda nak kena ikut kepuasan hati sendiri?
Moral of the story? Aku dah berhenti tengok berita.

Monday, March 12, 2012
Lagi mayat dibakar
Aku taknak komen apa-apa pasal budak perempuan yang kena bakar dalam ladang kelapa sawit tu. Cuma aku sedih. Apa lah dosa budak tu hoi? Kau ingat kambing ke kau boleh buat BBQ perisa black pepper?
Dah macam jadi trend pulak bakar mayat dalam ladang kelapa sawit. Setahun berapa banyak kes?
Kes penagih dadah pun bersarangkan dalam ladang kelapa sawit.
Kes budak-budak buat kerja tak senonoh pun dalam ladang kelapa sawit.
Jadi aku mintak, Perdana Menteri Malaysia hapuskan dan haramkan penanaman kelapa sawit di Malaysia kerana ianya bapa segala kejahatan di Malaysia.
Takpun tanam kelapa sawit tu secara hyrofonik ke, tanam tempat yang ramai orang ke macam dalam mall ke.

Saturday, March 10, 2012
Lahanat ciplak
9 November lepas aku ada post satu lagu parodi Lazy Song. Lagu Malas Nak Mampus.
Sekarang dah ramai orang view. Yelah, aku bukan kisah sangat ada orang view ke hapa.
TETAPI. Ada sorang mala'un, ye mala'un pergi download video aku tu, dan pergi upload kat channel beliau. Ini linknya, Malas Nak Mampus ( Orang lain ). Pantek!
Jadi aku mintak budi baik pembaca semua, kalau korang rajin, tolonglah pergi serang mamat ni. Ke minah entah aku malas nak ambek tahu.
Fuh, fofuler sungguh aku rasa. Sampai ada orang siap download dan post balik video aku. So RyeAnna aka Lady Rara, ini adalah jawapan aku untuk entry hang yang kata aku nama tak komersial. Kahkahkah. Video aku komersial beb.

Friday, March 9, 2012
Nasihat
Lagipun.
Kau nak bagi nasihat pun kena ada tatatertib jugak. Kena ada timing dan waktu yang tepat.
Kau tak boleh bagi nasihat seminit sebelum. Janganlah terbulu-bulu kau nak bagi nasihat. Jangan nasihat pra-matang kata orang. Kalau rasa nak pra-matang tu, kau simpan dulu, kemutkan nasihat kau tu kejap.
Contohnya, kalau kau nampak kawan kau tengah pegang ubat gegat. Terus kau cakap kat beliau, "Sahabatku dunia akhirat, ini bukannya mentos, kau tak boleh makan. Janganlah makan. Jangan." Kawan kau tu baru je pegang, mana kau tahu beliau nak makan? Nasihat ini pra-matang. Kawan kau akan rasa, "Eh kejadah budak ni, ingat aku bengap sangat ke?" Nak-nak lagi, kalau yang bagi nasihat pra-matang tu muka bulat, pakai spek mata besar, rambut belah tepi. Huish, rasa nak terajang.
Tapi. Kau tak boleh jugak bagi nasihat bila dah terlambat. Nasihat pasca-matang orang cakap. Janganlah kemutkan nasihat kau tu lama sangat, tak elok.
Macam contoh ubat gegat tadi, kawan kau dah main-main ubat gegat tu kat mulut beliau, kau buat bodoh. Kawan kau dah jikat-jilat ubat gegat tu, kau buat bodoh jugak. Kawan kau dah cakap, "Aku makan kau wahai mentos perisa pudina.", pun kau buat bodoh jugak. Last-last, kawan kau telan ubat gegat tu, lepas tu koma seminggu. Bila beliau dah sedar koma baru kau cakap, "Kau ni, janganlah makan ubat gegat, itu bukan mentos." Terlambat, nasihat kau sudah jadi sampah-sarap. "Ubat gegat ke tu??? Aku ingatkan mentos. Kenapa kau tak sound aku pada hari kejadian???" Lantas kau jawab, "Aku ingatkan kau tahu." Skema jawapan untuk pasca-nasihat. LAMBAT.
Waktu yang tepat untuk bagi nasihat dalam situasi di atas adalah pabila, kawan kau tengah jilat ubat gegat. Masa tu barulah kau cakap, "Hoi, kau tahu tak itu ubat gegat, bukan mentos? Tapi kalau kau rasa perut kau dipenuhi lipas dan cengkerik, makanlah."
So. Moral of the story, kalau kau beli ubat gegat, jangan letak merata tempat.
Selamat hari mencukur secakerawala.

Thursday, March 8, 2012
Mek power
"MEK POWER"
Tajuk berita muka depan Harian Metrohohohoktuih hari ini. Pasangan suami isteri Kelantan yang ada. Wait for it. LAPANBELAS orang anak. LAPANBELAS. Aku tak baca pun intipati berita tu, sebab ayat dalam berita tu macam pft. Antara ayat yang pft dalam berita tu adalah, "....suami pantang 'tersentuh'...." dan ".....isteri tak pernah menolak....."
'Pantang tersentuh'. Celaka sungguh terma dan jargon tersebut.
Aku bukan nak ulas pasal bab-bab sentuh tu. Sebab aku pun belum 'tersentuh'. Aku tahu, mesti ramai yang akan sebut, "Eh dah tahu miskin kenapa beranak banyak-banyak?"
Memetik kata-kata seorang ustad (ustad yang bertauliah). "Manusia di muka Bumi tidak akan mendapat segala-galanya. Sama ada beliau akan dapat rahmat harta yang banyak (kekayaan dunia) ataupun beliau akan dapat rahmat zuriat yang banyak (beranak tak hengat dunia punya). Jarang untuk mendapat kedua-duanya."
Ustad kata. Bukan aku kata. Betul. Jarang pulak aku tengok orang banyak harta yang ada banyak anak dan orang yang sempit ada sorang dua anak. Macam cerita Mek Power tu, hidup sempit tapi anak LAPANBELAS. LAPANBELAS.
Aku pernah tengok satu cerita omputih, tajuk beliau adalah "Idiotlogy" ke apa entah. Dalam cerita tu, semua golongan cerdik pandai kahwin dengan golongan cerdik pandai, dan golongan yang tak berpendidikan kahwin dengan golongan tak berpendidikan. Jadi pasangan cerdik pandai ni akan fokuskan kepada pencarian harta dan tangguhlan perancangan untuk dapatkan anak sampailah mereka tua bangka dan tak boleh beranak, bahkan air mani pun dah jadi kering, kahkah. Yang pasangan tak berpendidikan ni pulak, saban hari 'bercucuk tanam' sampailah beranak macam tikus.
Sampailah ke satu tahap di mana. Majoriti penduduk dunia adalah dari golongan tak berpendidikan. Senang cerita, makhluk dunia semua masa tu adalah terdiri dari orang yang bangang. Dunia jadi kucar-kacir sebab semua bangang. Bangunan yang nak runtuh pun mereka pun boleh pi bubuh selotep besar gajah supaya tak runtuh. Kelakar.
Eh jangan risau. Sebab tahap kecerdikan seseorang bukannya terletak dalam DNA. Bukannya kalau kau anak Einstein, kau akan 100% konfem jadi cerdik jugak. Bukannya kalau kau anak Tahir, kau akan 100% konfem jadi bangang sepanjang hidup. Tahir tu jiran aku yang bangang tahap kaldei. Semua terletak atas usaha kau sama ada nak jadi pandai atau nak jadi kaldei.
Jadi kalau kau rasa macam nak ada banyak anak ke esok-esok, janganlah belajar tinggi-tinggi sangat, sebab kang tempat kau di dapur jugak. Haha. Oh seksis.
Moral of the story. Janganlah 'sentuh-menyentuh'. Wallahualambisowap.

Wednesday, March 7, 2012
Manipulasi
Kau tahu macam mana kau nak suruh orang lain buat kerja dengan efisyen? Tanpa mendatangkan perasaan yangkau memaksa, dan tanpa mendatangkan perasaan beliau dipaksa.
Kau larang beliau dari buat kerja tersebut. "Kepuasan unggul adalah apabila kau buat kerja yang dilarang." (Walter Bagehot). Betul. Kau fikir kenapa ada setengah orang suka buat 'kerja gila'? Selain untuk dapat nama, beliau juga akan berasa, "Pergh, puas betul aku rasa, apa barang ketuk dulu sebelum masuk, aku masuk terus tak payah ketuk. Puas."
Kau nak contoh paling senang. Budak-budak. Lagi kau larang beliau, lagi beliau gembira dan sukahati buat bendalah tu. Kau larang beliau kencing berdiri, lagi beliau seronok kencing berdiri. Kau larang beliau main hujan, terus beliau jadikan main hujan sebagai hobi. Kau larang beliau dera kucing, esok terus beliau buat BBQ kucing.
Jadi. Aku syorkan kementerian yang buat jalanraya, sila buat papan tanda yang berbunyi, "LETAKLAH KENDERAAN DI SINI" sedangkan itu kawasan tunda kereta, dan "SILA LANGGAR LAMPU MERAH". Untuk kementerian kesihatan pula, sila kempenkan iklan "HISAP ROKOK PENJANA MODAL INSAN MULIA", ataupun "JANGAN CARI BENJOLAN PAYUDARA KERANA KANSER ITU TEMAN SEJATI". Kalau boleh, tukar sekali peribahasa kepada, "Buat baik jangan sekali, buatlah jahat banyak-banyak."
Barulah semua orang akan buat benda yang sepatutnya dibuat dan berasa puas. Tidak dirasa dipaksa. Macam kalau aku cakap kat korang sekarang, "Korek hidung sambil membaca blog kacak adalah salah dari segi undang-undang Trinidad dan Tobago." Kau mesti ada rasa nak korek hidung kan? Kan? Kan? Kan? Aku pulak yang tetiba rasa nak korek hidung.
Haritu member aku cakap, jangan tulis perkataan lucah di blog, kang orang menyampah. Jadi.
Lubang jiran kau.
PUAS. *sambil korek hidung calit ke keyboard*

Jomlah Like kittew
Hye, kittew darh adew page fesbuwk kittew sendiwi. Like larh page kittew. Pernawt kittew buwad tawu?
Rekod bawru kittew. Tawk pewnah kittew gunew huruwf 'w' sebanyawk innew dawlam satuw awyat. Awwwwwwwwwwwwwwww.

Tuesday, March 6, 2012
Peristiwa kambing terbang
Dulu masa aku kat MRSM, pengetua aku ni suka sangat buat ujian pasal personaliti. Setiap minggu. Sampaikan aku trauma, asyik tengok muka beliau, ujian personaliti, asyik tengok muka beliau, ujian personaliti.
Ada satu ujian ni aku ingat gila babi, sampai sekarang. Perumpamaan yang beliau bagi adalah 'Peristiwa Kambing Terbang'. Personaliti ada empat jenis.
Personaliti 1
"Hoih, kau tahu tak tadi aku nampak seekor kambing terbang?"
-"Kambing terbang? Tipulah. Cuba kau buktikan kambing boleh terbang, baru aku percaya."
Personaliti 2

-"EH? Kambing terbang? Kau rasa berapa kelajuan serta ketinggian kambing tersebut terbang? Daya tujahan?"
Personaliti 3

-"....tahu dah, aku selalu je nampak kambing terbang. Hari-hari. Tak heran lah."
Personaliti 4

-"KAU NAMPAK KAMBING TERBANG!!?? AKU DAH AGAK DAH!! AKU DAH AGAK DAH!!! DENGAN INI KITA KENA BUAT SIDANG AKHBAR HEBOHKAN BAHAWA SESUNGGUHNYA KAMBING BERUPAYA UNTUK TERBANG!!!"
Kau yang mana satu?
Personaliti 1 : Kau adalah seorang yang boleh menjadi pemimpin sebab kau tak termakan fakta belum terbukti. Kau adalah seorang yang skema. Semua benda yang kau nak buat, kau kena ikut peraturan di dalam buku.
Personaliti 2 : Kau adalah seorang yang sangat peka dan sangat teliti. Selalunya perempuan. Kau tak pentingkan peristiwa sebenar, kau pentingkan butiran di dalam peristiwa tersebut.
Personaliti 3 : Kau adalah seorang yang tak suka ikut peraturan di dalam buku. "Hidup aku, undang-undang aku." Bukan kurang berdisipilin, cuma kreatif. Cenderung ke arah kesenian dan bendalah abstrak.
Personaliti 4 : Kau adalah seorang 'Pak Turut'. Asalkan benda tu nampak macam best dan menarik, kau akan ikut. Senang terpengaruh.
Kalau aku cakap kat kau, "Hoi tadi aku nampak unikorn gergasi tengah mengawan." Apa kau nak balas?
Alah, unikorn gergasi mengawan, hari-hari aku tengok kat internet.

Monday, March 5, 2012
Tak boleh percaya
Ini satu contoh bahawa tak semua yang berada di internet boleh dipercayai.
Sedangkan Wikipedia pun ada percanggahan fakta. So, mana satu yang betul?

Friday, March 2, 2012
Penat
Penat.
Weekend ni mahu gali lubang dalam tanah dan berhibernasi sampai Isnin. Atau Selasa. Atau Rabu. Atau sampai weekend satu lagi.
Fuh.

Subscribe to:
Posts (Atom)