Wednesday, March 7, 2012

Manipulasi

Kau tahu macam mana kau nak suruh orang lain buat kerja dengan efisyen? Tanpa mendatangkan perasaan yangkau memaksa, dan tanpa mendatangkan perasaan beliau dipaksa.




Kau larang beliau dari buat kerja tersebut. "Kepuasan unggul adalah apabila kau buat kerja yang dilarang." (Walter Bagehot). Betul. Kau fikir kenapa ada setengah orang suka buat 'kerja gila'? Selain untuk dapat nama, beliau juga akan berasa, "Pergh, puas betul aku rasa, apa barang ketuk dulu sebelum masuk, aku masuk terus tak payah ketuk. Puas."




Kau nak contoh paling senang. Budak-budak. Lagi kau larang beliau, lagi beliau gembira dan sukahati buat bendalah tu. Kau larang beliau kencing berdiri, lagi beliau seronok kencing berdiri. Kau larang beliau main hujan, terus beliau jadikan main hujan sebagai hobi. Kau larang beliau dera kucing, esok terus beliau buat BBQ kucing.




Jadi. Aku syorkan kementerian yang buat jalanraya, sila buat papan tanda yang berbunyi, "LETAKLAH KENDERAAN DI SINI" sedangkan itu kawasan tunda kereta, dan "SILA LANGGAR LAMPU MERAH". Untuk kementerian kesihatan pula, sila kempenkan iklan "HISAP ROKOK PENJANA MODAL INSAN MULIA", ataupun "JANGAN CARI BENJOLAN PAYUDARA KERANA KANSER ITU TEMAN SEJATI". Kalau boleh, tukar sekali peribahasa kepada, "Buat baik jangan sekali, buatlah jahat banyak-banyak."




Barulah semua orang akan buat benda yang sepatutnya dibuat dan berasa puas. Tidak dirasa dipaksa. Macam kalau aku cakap kat korang sekarang, "Korek hidung sambil membaca blog kacak adalah salah dari segi undang-undang Trinidad dan Tobago." Kau mesti ada rasa nak korek hidung kan? Kan? Kan? Kan? Aku pulak yang tetiba rasa nak korek hidung.




Haritu member aku cakap, jangan tulis perkataan lucah di blog, kang orang menyampah. Jadi.




Lubang jiran kau.




PUAS. *sambil korek hidung calit ke keyboard*

No comments: