Sunday, March 18, 2012

Tinggal ibu lumpuh di hotel. Kembali.

Kau tengok betapa besarnya hikmah beliau tinggalkan ibu lumpuh beliau kat hotel? Setelah dipropa, dicaci dan dimaki. Setelah keluar paper.




Last-last beliau dengan ibu beliau dapat rumah sewa sebijik, dan dapat kerja. Betul jugak sangkaan aku yang beliau ni kesempitan wang. Macam RyeAnna aka Lady RaRa komen kat entry aku haritu, kalau beliau ni kejam gila babi, beliau takkan tinggal ibu beliau kat hotel. Baik tinggal kat lorong jalan.




Kalau kau tak pernah rasa kesempitan wang, kau takkan paham punya perasaan mamat ni. Kira pandai la jugak beliau bawak ibu beliau pergi hotel, sebab ibu beliau ni dah tua, lumpuh lagi. Nak suruh siapa jaga sementara beliau nak pergi sepital? Zoo?




Dari apa yang aku dapat rumuskan. Setiap perkara ada hikmah.




Cuma aku tertanya jugak, adakah hikmah disebalik tidur lambat nak mampus sedangkan esok sesudah subuh aku ada paper.




Di manakan hikmahnya? Kita tunggu esok pagi.




EDIT : Ya sudah pagi. Dan dah habis pun paper. Aku rasa kepala serupa ada sekawanan gajah. Berat hoi berat hoi.

2 comments:

Lady RaRa said...

hikmahnya ialah esok pagi badan hang segar

sebab tidoq cukup! kehkeh. aku lawak ja.


break a leg for u paper tomolo. ehhhhhh today! wey mangkittttttttttttttt!

PokaPola said...

@ RaRa : gila break a leg hapa, aku rasa macam nak break the desk ja tadi. Punyala mak ai mengantuk.