Saturday, March 17, 2012

Sejauh mana kebenaran hadith?

Dulu masa aku kat MRSM, ada seorang doktor ni datang kasi ceramah pasal penjagaan kesihatan sempena SPM yang around the corner masa tu. Banyak la tips yang beliau bagi, contohnya, air hujan tu bukan penyebab sebenar demam. Penyebab sebenar adalah ketika hujan tu mula-mula turun, debu dan bakteria jahat atas tanah/jalan akan naik ke atas lalu masuk lobang hidong kau dan kau pun sakit.




Lepas tu beliau buat sesi soal jawab. Ada la member aku ni tanya, "Doktor, kenapa kalau kita tidur lepas Asar, kita boleh jadi gila?" Sebab ada hadith cakap, "Sesiap yang tidur selepas Asar, lalu hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri."




Doktor tu pun balas, "Eh, yeke? Takdelah, tidur selepas Asar tak memberi apa-apa efek kepada otak." Lalu, kitorang semua pun, eh doktor ni tak belajar agama ke? Kan ke hadith dah cakap sebegitu rupa?




Jadi kenapa doktor tersebut mengeluarkan kenyataan berbaur kontroversi tersebut? Sebab, satu, fakta tersebut tak pernah dibuktikan oleh sains. Eh, kenapa saintis Islam tak buktikan fakta tersebut sedangkan itu hadith, tanya kepala otak kau kepada aku. Sebab, dua, hadith tersebut adalah hadith palsu.




Aku baru sahaja tahu hari ni. Huih bukan main terkejut aku sebab selama ni aku ingatkan aku tak siuman sebab selalu tidur selepas Asar, rupanya aku tak siuman secara natural. Kalau kau pun rasa macam tak siuman, jangan la dok salahkan tidur selepas Asar. Takdaknya kau akan jadi tak siuman.




Ada jugak hadith berbunyi, "Tidur selepas Subuh/waktu pagi menghalang rezeki." Juga palsu. Logik jugaklah, kalau ada jenis yang kerja jadi Pak Guard, sampai ke tualah rezeki beliau dihalang. Itu belum aku bagi contoh pekerjaan sebagai Batman. Kerja punya lah mulia menangkap penjenayah di waktu malam, last-last rezeki beliau dihalang. Tak ke kesian?




Banyak lagi sebenarnya hadith yang palsu yang popular macam, "Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China." Aku ni cakap cina pun tak pandai, macam mana nak pergi China? Menuntut ilmu itu memang sudah terpateri sebagai satu kewajipan di dalam al-Quran, tak payah sampai ke China.




Jadi, kesimpulan, kau janganlah sebar lagi hadith-hadith palsu sedemikian di laman-laman sosial. Sesungguhnya aku sangat menyampah dengan mereka yang berlagak alim secara mambabi-buta. Dah babi, buta pula. Mughallazah.




Saja berlagak jadi ustad sat, esok aku ada periksa pendidikan Islam. Wallahualambisowap.




Sumber (belajar ugama kena ada sumber, kalau takdak sumber, kau belajar dengan syaiton, syaiton).

6 comments:

Lady RaRa said...

baik ostaj


*tunduk kesat air mata dengan hinguih guna belakang tapak tangan*

Lady RaRa said...

satu lagi

aku tak suggest blog hang ni untuk ibu-ibu baru bersalin baca. takut nanti time pangku anak, bukak blog hang guna bb ka tab ka, anak dia tengok terus kena jaundis.

sebab hadis melayu kata baby lepas beranak jangan bagi tengok benda wana kunin.

PokaPola said...

@ RaRa : demam kuning? yang ni kaler JKR, takpa. paling kuat jadi serupa Sami Velu

Anonymous said...

Awat aku tak penah ingt pon pasal doktor ni?

PokaPola said...

@ anon : Doktor Rahmat doktor paling pemes kat Langkawi. Dia mai naik kereta Jaguar. Takkan tak ingat.

Anonymous said...

HAHAHAHA, okay2. Aku dah ingat. Phew. Memories