Wednesday, March 21, 2012

Lari rumah rupanya

Ceh, bukannya kena culik budak tu. Lari rumah dengan rela hati rupanya. Aku tak paham dengan budak-budak (selalunya perempuan), yang suka lari rumah. Lelaki kalau lari rumah kurang-kurang beliau lari rumah ada geng, boleh survive. Kalau perempuan lari rumah? Hanya sebab nak ikut balak yang sama ada belum tumbuh bulu, ataupun pergi Lombok.




Baru tingkatan 3, dah ada tekanan perasaan katanya. Kalau macam tu baik kau terjun bangunan terus sebab hidup kau yang mendatang ni lagi banyak tekanan. Ini takdak kerja lain mesti bergaduh dekat Facebook (hahaha, FB lagi).




Entah, nak komen panjang-panjang pun aku bukannya tau cerita sebenar budak ni. Kot-kot beliau ada sebab musabab yang betul-betul valid, mana kita tahu kan. Tapi kesian la kat bapa budak ni, haritu aku dengar hot.fm temuramas bapa beliau, sedih je aku dengar suara beliau.




Lari dari rumah kekunun nak berdikari lagi bangang. Haritu aku ada dengar budak tak habis SPM lari rumah dengan alasan ni. Hek ekeh, berdikari tengkoranghang!! SPM pun takdak bai, kau nak berdikari dengan apa? Buduhpiyangtangtang. Kau ingat sijil UPSR dan PTS kau boleh dapatkan kau kerja?




Betul. Kau rebel. Kau merajuk. Kau emosional. Dan mungkin tabung kau ada RM49.26, dan kau rasa dengan duit tabung kau tu kau boleh survive macam dalam cerita Hollywood, tapi, kau silap, dan kau bangang sebenarnya. Kau bukan sahaja menyusahkan makbapak kau, malah kau dah menyusahkan polis. Banyak lagi kes yang perlu mereka selesaikan. Kalau kau boleh tengok sendiri fail-fail laporan polis kat balai polis, kau akan terkejut beruk, banyak weh.




Jadi kepada budak tingkatan 3 tersebut, kau habiskanlah PMR dan SPM kau tu dulu. Lepas tu kau nak lari ke Nepal sekalipun, suka hati kau lah.




Aku marah bukan apa. Sebab bila hari yu aku dengar berita pasal budak ni kununnya diculik, aku rasa simpati gila babi. Last-last, najis. Lari dari rumah.




Masih menunggu kisah penuh KENAPA minah ni lari rumah.

3 comments:

bai baizura said...

temuramas:|

ape dapat ntah lari2.buat penat je.berjalan ke berjoging tak mau lak dibuatnya..

PokaPola said...

@ bai : kalau berjalan kang tak boleh lah masuk paper, "Remaja jalan rumah." tak komersial tajuk berita sebegitu.

bai baizura said...

oh lupa.beliau2 2 mau jd retiss.mau famouskan.konon lah kalau macam 2 boleh diangkat jd pelakon..macam2 hal-_-"