Friday, March 9, 2012

Nasihat

Lagipun.




Kau nak bagi nasihat pun kena ada tatatertib jugak. Kena ada timing dan waktu yang tepat.




Kau tak boleh bagi nasihat seminit sebelum. Janganlah terbulu-bulu kau nak bagi nasihat. Jangan nasihat pra-matang kata orang. Kalau rasa nak pra-matang tu, kau simpan dulu, kemutkan nasihat kau tu kejap.




Contohnya, kalau kau nampak kawan kau tengah pegang ubat gegat. Terus kau cakap kat beliau, "Sahabatku dunia akhirat, ini bukannya mentos, kau tak boleh makan. Janganlah makan. Jangan." Kawan kau tu baru je pegang, mana kau tahu beliau nak makan? Nasihat ini pra-matang. Kawan kau akan rasa, "Eh kejadah budak ni, ingat aku bengap sangat ke?" Nak-nak lagi, kalau yang bagi nasihat pra-matang tu muka bulat, pakai spek mata besar, rambut belah tepi. Huish, rasa nak terajang.




Tapi. Kau tak boleh jugak bagi nasihat bila dah terlambat. Nasihat pasca-matang orang cakap. Janganlah kemutkan nasihat kau tu lama sangat, tak elok.




Macam contoh ubat gegat tadi, kawan kau dah main-main ubat gegat tu kat mulut beliau, kau buat bodoh. Kawan kau dah jikat-jilat ubat gegat tu, kau buat bodoh jugak. Kawan kau dah cakap, "Aku makan kau wahai mentos perisa pudina.", pun kau buat bodoh jugak. Last-last, kawan kau telan ubat gegat tu, lepas tu koma seminggu. Bila beliau dah sedar koma baru kau cakap, "Kau ni, janganlah makan ubat gegat, itu bukan mentos." Terlambat, nasihat kau sudah jadi sampah-sarap. "Ubat gegat ke tu??? Aku ingatkan mentos. Kenapa kau tak sound aku pada hari kejadian???" Lantas kau jawab, "Aku ingatkan kau tahu." Skema jawapan untuk pasca-nasihat. LAMBAT.




Waktu yang tepat untuk bagi nasihat dalam situasi di atas adalah pabila, kawan kau tengah jilat ubat gegat. Masa tu barulah kau cakap, "Hoi, kau tahu tak itu ubat gegat, bukan mentos? Tapi kalau kau rasa perut kau dipenuhi lipas dan cengkerik, makanlah."




So. Moral of the story, kalau kau beli ubat gegat, jangan letak merata tempat.




Selamat hari mencukur secakerawala.





2 comments:

Lizzie Yasmin said...

Dia cuma nak rasa jer, apa rasa ubt gegat tue.. Bkan nk makan pun.. Sebab tue dia main jilat2.. hahaha

Lady RaRa said...

kalau aku

aku rasa terhibur ja kot tengok dia jilat ubat gegat. apa yang jadi tangung sendiri la bro, sapa suh hang bangang mentos dengan ubat gegat pun tak reti beza.

koma mu hiburanku. sekian.