Thursday, March 8, 2012

Mek power

"MEK POWER"




Tajuk berita muka depan Harian Metrohohohoktuih hari ini. Pasangan suami isteri Kelantan yang ada. Wait for it. LAPANBELAS orang anak. LAPANBELAS. Aku tak baca pun intipati berita tu, sebab ayat dalam berita tu macam pft. Antara ayat yang pft dalam berita tu adalah, "....suami pantang 'tersentuh'...." dan ".....isteri tak pernah menolak....."




'Pantang tersentuh'. Celaka sungguh terma dan jargon tersebut.




Aku bukan nak ulas pasal bab-bab sentuh tu. Sebab aku pun belum 'tersentuh'. Aku tahu, mesti ramai yang akan sebut, "Eh dah tahu miskin kenapa beranak banyak-banyak?"




Memetik kata-kata seorang ustad (ustad yang bertauliah). "Manusia di muka Bumi tidak akan mendapat segala-galanya. Sama ada beliau akan dapat rahmat harta yang banyak (kekayaan dunia) ataupun beliau akan dapat rahmat zuriat yang banyak (beranak tak hengat dunia punya). Jarang untuk mendapat kedua-duanya."




Ustad kata. Bukan aku kata. Betul. Jarang pulak aku tengok orang banyak harta yang ada banyak anak dan orang yang sempit ada sorang dua anak. Macam cerita Mek Power tu, hidup sempit tapi anak LAPANBELAS. LAPANBELAS.




Aku pernah tengok satu cerita omputih, tajuk beliau adalah "Idiotlogy" ke apa entah. Dalam cerita tu, semua golongan cerdik pandai kahwin dengan golongan cerdik pandai, dan golongan yang tak berpendidikan kahwin dengan golongan tak berpendidikan. Jadi pasangan cerdik pandai ni akan fokuskan kepada pencarian harta dan tangguhlan perancangan untuk dapatkan anak sampailah mereka tua bangka dan tak boleh beranak, bahkan air mani pun dah jadi kering, kahkah. Yang pasangan tak berpendidikan ni pulak, saban hari 'bercucuk tanam' sampailah beranak macam tikus.




Sampailah ke satu tahap di mana. Majoriti penduduk dunia adalah dari golongan tak berpendidikan. Senang cerita, makhluk dunia semua masa tu adalah terdiri dari orang yang bangang. Dunia jadi kucar-kacir sebab semua bangang. Bangunan yang nak runtuh pun mereka pun boleh pi bubuh selotep besar gajah supaya tak runtuh. Kelakar.




Eh jangan risau. Sebab tahap kecerdikan seseorang bukannya terletak dalam DNA. Bukannya kalau kau anak Einstein, kau akan 100% konfem jadi cerdik jugak. Bukannya kalau kau anak Tahir, kau akan 100% konfem jadi bangang sepanjang hidup. Tahir tu jiran aku yang bangang tahap kaldei. Semua terletak atas usaha kau sama ada nak jadi pandai atau nak jadi kaldei.




Jadi kalau kau rasa macam nak ada banyak anak ke esok-esok, janganlah belajar tinggi-tinggi sangat, sebab kang tempat kau di dapur jugak. Haha. Oh seksis.




Moral of the story. Janganlah 'sentuh-menyentuh'. Wallahualambisowap.



4 comments:

KayNisa said...

lama dah aku tak baca harian metrolll

Lady RaRa said...

18!

good number!
lucky number!

Anonymous said...

Idiocracy tajuk filem tersebut

Pn Malatops... said...

suami akak pon buat modal...pantang tersentuh...
hampeh betol...