Tuesday, March 20, 2012

Kena culik pulak dah

Keluar pulak berita budak tingakatan 3 kena culik depan rumah. Hoih, bermacam berita yang mengaitkan budak-budak sekarang ni. Kesian pulak aku rasa sapa-sapa yang jadi budak-budak zaman sekarang. Keluar beli megi, kena bakar, keluar pegi kedai beli topup, kena kidnap. Sadis.




Lepas tu tadi aku dengar kat hot.fm, katanya kereta yang culik tu kaler ungu, cermin gelap. Lepas tu ada lah sorang pemanggil ni mengeluarkan hujah bahawa semua pemilik kereta yang bercermin gelap adalah penyangak, pencuri, perogol dan kejadah lagi yang jahat-jahat. Erk?




Aku dari dulu sampai sekarang tak pernah setuju cermin gelap diharamkan di Malaysia. Tambah-tambah kat tempat aku, hoih kemain panas kau tahu? Kau bayangkan, parking kereta bawah panas terik tak sampai lima minit, bila masuk balik dalam kereta, rasa macam melangkah ke dalam ketuhar. Kalau kau nak kurus, tak payah pergi mandi wap, masuk dalam kereta yang diparking kat sini. Siap boleh rasa peluh-peluh menitik melalui cecelah jubor. Punyalah panas. Tapi itu adalah latihan sempena masuk ke jahannam kelak.




Kalau betul-betul nak haramkan cermin gelap ni, kau kena buat secara menyeluruh. MENYELURUH. Tak kisah lah kau raja ke, agong ke, perdana menteri ke, miss nina ke, rosmah ke, semua tak boleh pakai. Ada beran? Memang takdak lah bai. Ada je alasan nak kasi. Padahal bukannya orang lain hadap sangat nak mengintai kau dalam kereta tu. Lainlah kalau kau beromen tetengah siang dalam kereta.




Jadi, aku rasa sampai bila-bilalah undang-undang pengharaman cermin gelap ni takkan efektif sebab macam-macam alasan kau boleh bagi.




Alasan aku, sebab panas ya amat. Dan aku taknak orang intai aku dari luar, sebab aku kan kacak. Malulah aku orang intai-intai.

No comments: