Wednesday, March 14, 2012

Liverpool 3-0 Everton

Kalau anda bukan kaki bola sepak, entry ini bukan untuk anda.




Liverpool baru sahaja menewaskan Everton dengan 3 gol berbalas telur laki jiran kau. Ketiga-tiga gol dijaringkan oleh Captain Marvellous, ataupun nama sebenar Steven Gerrard. Ini adalah hat-trick pertama oleh pemain Liverpool dalam Merseyside Derby semenjak hat-trick oleh Ian Rush.




Ini rating tak rasmi pemain-pemain Liverpool sebentar tadi.


Reina : 6/10 Tak banyak kerja dalam padang.

Kelly : 7/10 Menjalankan tugas pertahanan dengan ohsem. Banyak larian serangan yang juga ohsem. Larian beliau menghasilkan gol Gerrard yang pertama.

Enrique : 6.5/10 Macam biasa beliau sangat mantap. Cuma hantaran lintang beliau kurang membuahkan hasil.

Skrtel : 6.5/10 Sangat solid.

Carragher : 7/10 Walaupun sudah berumur namun beliau masih mampu melakukan terjahan keras. Kuda tua.

Spearing : 7/10 Bertindak selaku 'pekerja kotor'. Tidak kenal erti penat mengejar dan membentes pemain Everton. Sangat pendek.

Gerrard : 10/10 Man of the match. Menjaringkan 3 bijik gol. Hantaran kemas. Jaringan pertama adalah sangat kool. Kapten pasukan yang sangat mabeles sesuai dengan nickname beliau, Captain Marvellous.

Henderson : 5/10 Macam biasa, beliau sangat najis. Main macam pundek. Macam sebijik tugu, malas bergerak. Passing macam nenek kau, lemah.

Downinh : 5.5/10 Walaupun muka beliau macam Jesus, namun tetap tak menghalang beliau dari bermain seperti kambing gurun. Crossing macam lahanat. Sepatutnya beliau menjadi penyumbang 'peluru' kepada Carroll, namun, najis. Najis.

Carroll : 8/10 Memenangi bola di udara dengan hebat. Walaupun tidak menjaringkan gol, namun beliau menunjukkan kemajuan dalam prestasi beliau. Patut diberi peluang beraksi setiap minggu bersama Suarez.

Suarez : 9/10 Gelecekan beliau membawa kepada jaringan kedua Gerrard. Beliau juga melorongkan bola kepada Gerrard untuk gol ketiga. Walaupun tidak menjaringkan gol, namun beliau handal menewaskan pemain Everton. Pemain yang iras-iras seekor arnab.




Jadi, aku boleh mengulangkaji pelajaran dengan bahagia setelah kemenangan dan hattrick Gerrard.




Penyokong Mahanchustayar Yunaitek sila berambus ke neraka bersama Syaiton Merah anda. Boo.

No comments: