Wednesday, March 14, 2012

Tinggal ibu lumpuh di hotel bajet

Dua tiga hari lepas, ke seminggu lepas entah, kecoh masuk TV, masuk youtube, masuk Facebook, pasal kisah nenek tua lumpuh yang kena tinggal dekat hotel oleh anak beliau. Amboih aku tengok ramai betul orang yang 'mengecam' tindakan anak beliau itu. Maki-hamun segala. Yelah, kalau kau tengok video tu kat youtube, memang lah sedih, aku tak tengok video tu sebab kang aku menangis, ye aku memang jenis kelemahan bila tengok orang tua menangis, dan memang kau akan rasa macam "Babi sial anak beliau, sampai hati beliau tinggalkan ibu beliau yang lumpuh itu. Babi pun tak sial sebegitu."




Tapi. Kau pernah fikir, KENAPA anak beliau tinggalkan ibu beliau? Tak. Kau tak fikir punya. Sebab kau dah emosional. Dan kau rasa kau perlu tunjuk 'keprihatinan' kau dengan memaki-hamun anak beliau di youtube mahupun Facebook. Siap ada makhluk dengan kencangnya melabel anak beliau sebagai 'Tanggang'. Siap ada yang cakap, "Kau dah booking neraka lah sial.", aku syak orang yang tulis komen ni adalah tukang tempahan neraka, siapa-siapa nak tempah pergilah jumpa mamat ni. Dan banyak lagilah cacian terhadap anak si ibu ni. Kau pergilah baca sendiri kat lama Youtube.




Kau mana tahu kisah sebenar di sebalik ibu ni ditinggalkan. Lepas tu terus maki. Semua orang kena beringat, apa yang keluar berita tu hanya cebisan daripada kisah-kisah penuh yang boleh dijadikan pelaris berita. Macam cerita si ibu ni, cebisan beliau ditinggalkan di hotel je yang di-highlight-kan. Kisah sebelum ditinggalkan takdak pulak nak highlight. Kejadah?




Kau tahu tak, dari cara kau kasi komen kat Youtube/Facebook tu, orang lain boleh nampak tahap ketinggian otak kau. Takdaknya orang yang cerdik pandai nak pergi herdik anak si ibu tu tanpa tahu the whole story. Orang bangang je selalu buat macam tu. Dahlah bangang, pergi tunjuk pulak kat orang lain yang beliau bangang.




Kalau kau pergi masuk penjara dan jumpa banduan-banduan dalam tu. Diorang pun mesti ada kisah sendiri yang tidak keluar berita. Kau tak berminat ke nak tahu? Daripada kau label orang lain 'jahat' dan 'tak berperikemanusiaan', baik kau tanya dulu 'KENAPA?'. Setiap orang ada kisah sendiri beb, tak kisahlah kau CEO ke, kau makcik cleaner ke, kau PM ke, kau pornstar sekalipun.




Last-last, rupanya anak si ibu tu sakit dan pergi sepital dan taknak bawak ibu beliau pergi sekali. Aku syak mamat ni kesempitan wang ringgit. Dan beliau cakap, beliau takdak niat langsung nak tinggalkan ibu beliau selama-lamanya kat hotel tu, cuma nak tinggal sekejap je.




Dah tu. Ada la pulak mulut-mulut puaka cakap, "Hek eleh, dah keluar berita baru terhegeh-hegeh nak pergi kutip balik ibu beliau." KEPALAHOTTAK KAU?




Buat salah. Tak buat pun salah. Apakah mentalnya masyarakat majmuk di negara ini? Semua benda nak kena ikut kepuasan hati sendiri?




Moral of the story? Aku dah berhenti tengok berita.

1 comment:

Lady RaRa said...

hah aku pun hari tu nak gak up entry pasai benda ni. yang aku tau dari harian metro online ni.

kalau betoi anak dia jahat, dia tak tinggai mak kat hotel ada ekon laaa. 6 hari dia tak balik tu tah ka dia ada jadi apa-apa. sebab sebelum tu dia balik, siap bayaq duit hotel. cina hotel tu pun babi sangat pi panggil metro buat cover.

pastu mak tu menangis aku rasa bukan pasai sedih kena tinggai sangat pun, tapi risau kat anak.