Wednesday, February 29, 2012

Jenis-jenis ketawa

Aku suka gila ketawa. Ketawa adalah benda paling best dibuat. Percuma, menggumbirakan dan kau berasa seolah-olah dunia ini di bawah telapak kaki ibu.




Alah, macam biasa. Jom aku bentangkan jenis-jenis ketawa. Mengikut kamus elektronik tokwan dan pustaka, ketawa terbahagi kepada 6 jenis.


1. Ketawa Dalam Diam. Jenis ketawa tak hengat punya, tapi haram. Tak keluar bunyi "Haha" mahupun "Kehkeh" dari mulut beliau. Kalau kau chatting dengan beliau pun, cara beliau ketawa dalam chatting adalah, "........" Part yang paling best adalah, bila kau dan beliau ketawa, dan kau tengok beliau ketawa secara bisu, kau akan ketawakan beliau. Macam badut sarkis. Ataupun singa laut.


2. Ketawa Sikit-Sikit-Ketawa. Sikit-sikit ketawa, sikit-sikit ketawa. Mula-mula kau jumpa orang jenis ni, kau akan fikir, "Uih periang betul beliau ni, sikit-sikit ketawa." Tapi bila dah lama sikit, kau pun fikir, "Beliau ni spastik ke hapa? Sikit-sikit ketawa." Sampaikan. Sampaikan. Bila kau tegur beliau, "Selamat pagi hoi." Beliau akan balas, "Selamat pagi! HAHAHAHAHA. Kau sihat? HAHAHAHA. Jom pergi makan. HAHAHA." Orang jenis ni aku rasa esok-esok nak mengucap pun sempat lagi ketawa.


3. Ketawa Eleh-Sopan-Lettew-Kunun. Kununnyelah. Asal nak gelak je beliau tutup mulut dan memandang ke arah paha sendiri. Lepas tu bunyi ketawa beliau pun alololololo tomeinya. Ada sikit la persamaan dengan Ketawa Dalam Diam tadi, cuma bezanya, Ketawa Dalam Diam tu tak sesopan Ketawa Eleh-Lettew-Kunun. Kununnyelah.


4. Ketawa Jalaluddin Hasan. Kau pernah tengok beliau ketawa? Ini adalah ketawa top class. Kalau kau nak prektis macam mana nak jadi kaya, baik kau prektis cara beliau ketawa. Kenyit mata sikit, senyum sampai nampak gigi sikit, lepas tu keluar bunyi ketawa tu jenis, "Ha.Ha.Ha." Lepas tu riak muka kau kembali normal balik. Orang jenis macam ni tak best, sebab ketawa beliau tak buat kau rasa nak ketawa. Kau nak ketawa bersama-sama beliau pun segan.


5. Ketawa Sesak Nafas. Kalau kau nak tau macam mana rupa dan keadaan orang yang kena serangan asma ketawa, kau cari orang yang ada ketawa macam ni. Kadang-kadang risau jugak aku tengok, "Eh dia ni ok ke tak? Nak kena telefon ambulans ke tak ni?" Lepas tu bila beliau habis ketawa, muka beliau akan merah macam muka orang mabuk.


6. Ketawa Tunggang Terbalik. Yang jenis ketawa macam ni, kau jangan duduk dekat sangat dengan beliau. Silap-silap kau boleh arwah. Asal ketawa je, mulalah tangan beliau beraksi. Tepuk meja, tepuk peha, tumbuk member sebelah, tampar dinding dan hentak-hentak kaki. Aku rasa gaya ketawa macam ni boleh dijadikan sebagai seni mempertahankan diri. Kalau ada penyamun nak samun kau, kau ketawa. Lantas penyamun itu akan ditumbuk, ditampar dan koma.




Kau rasa kau ketawa yang mana? Kalau kau tak tahu, kau geletek telapak kaki kau, lepas tu rekod. Takpun. Kau cucuk ketiak kau dengan remote control Astro dengan kuat sekali.

Tuesday, February 28, 2012

Lambok

Dulu masa aku duduk asrama, benda paling best adalah membaca komik. Yelah, kau nak tengok TV, duakali seminggu je boleh. Nak main game, kau nak main pakai apa? Selipar jepun banyaklah, laptop mana ada. Salah satu majalah paling best adalah majalah Apo? Majalah Apo? Majalah "Apo?". Hah paham?




Aku kalau beli (bukan beli pun, main pinjam lepas tu tak reti pulang balik je), aku akan cari seorang pelukis ni. Nama beliau. Adalah saudara Lambok. Beliau punya kelakar adalah tahap gaban. Dan untuk pelajar-pelajar asrama yang sudah ibarat tinggal dalam penjara, kelakar tahap gaban adalah apa yang kami perlukan. Sekali kau baca lawak beliau, kau akan ketawa setengah jam. Sampaikan masuk surau untuk solat Maghrib pun, Lambok menjadi buah mulut, "Hoih, kau dah baca katun Lambok yang baru? Kelaka--HAHAHAHAHAHAHAHA. Kelakar gi-HAHAHAHAHA." Nak cakap pun tak boleh sebab kelakar beliau adalah tahap gaban.




Tadi aku try la search kat internet kot-kot ada orang letak. Yes, memang ada, tapi sikit sangat. Ini adalah contoh.




Mu keliklah kalau mau tubik hak besa





*menghayati awak bangsat Lambok*




Aku sebenarnya nak carik yang katun dia paling aku ingat, tapi tak jumpak. Ada tiga yang paling aku ingat.


1. Tarzan tengah bergayut. Tetiba bergaduh dengan ular sawa. Tarzan tu jerit "Tolong! Tolong!" Datang seekor gajah nak tolong tarzan. Gajah tu pelik sebab bila beliau sampai, tak jumpak pun tarzan yang mintak tolong tadi. Rupanya, gajah tu terpijak tarzan dengan ular sawa tadi.


2. Budak baru balik dari mesjid. Naik basikal tua. Gelap. Sebab malam. Lepas tu ada potianak datang naik duduk belakang basikal beliau. Mula-mula pontianak tu ketawa sebab budak tu takut. Budak tu kayuh basikal beliau lagi laju. Last-last. Potianak tu menangis. Sebab rambut beliau yang panjang mengurai tu tersangkut masuk dalam rim basikal yang sedang dikayuh budak tu.


3. Tarzan tengah bergayut. Tetiba bergaduh dengan ular sawa. Tarzan tu jerit "Tolong! Tolong!" Datang seekor gajah nak tolong tarzan. Gajah tu pelik sebab bila beliau sampai, tak jumpak pun tarzan yang mintak tolong tadi. Rupanya, tarzan dengan ular sawa tu dua-dua pakat pergi menyorok belakang pokok sebab taknk kena pijak buat kali kedua.




Kalau baca memang tak berapa kelakar. Tapi kau kena tengok sendiri riak muka 'pontianak' dan 'tarzan' dalam katun tu, kelakar nak mampus.




HAHAHAHAHA, bodoh sial budak yang tepuk-tepuk tangan sambil menyanyi lagu wandepek tu? HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.




Sumber katun kat atas. Keliklah kalau mau baca yang lain-lain. Pastikan anda bukan ibu mengandung sebab kang terberanak sebab ketawa kuat sangat.

Sunday, February 26, 2012

Intouchables [link muat turun]

Disebabkan ramai yang tanya aku kat mana nak download Intochables. (entry INI)




Jadi aku kasi link. Nah. Lepas download Part 1 sampai Part 4, sila pakai winrar untuk extract file. Lepas tu open pakai VLC player, drag file subtitle masuk dalam VLC.




Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

Subtitle




Lepas ni aku ada satu lagi cerita french yang aku nak kongsi. 

Saturday, February 25, 2012

Tahi ayam

"Hangat-hangat tahi ayam"




Ini persoalan yang bermain di minda kacak aku. Kau tak pelik ke dengan perumpamaan ni? Aku baru terfikir. Yelah, orang dulu memang suka bela ayam. Bak kata pepatah, "Chickens are old people's best friends." Macam orang tua-tua yang pergi rumah anak-menantu, konfem kasi alasan, "Jom hantar gua balik, ayam-ayam gua kat kampung kesian siapa nak bagi makan? Jomlah hantar gua beb."




Yang aku musykilnya. Orang yang keluarkan perumpamaan ni. Macam mana beliau tahu tahi ayam itu hangat? Takkan beliau pergi cucuk-cucuk tahi ayam tu, lepas tu beliau rasa hangat? Ke pakai termometer? Kalau nak cakap bab hangat, aku rasa tahi lembu lagi hangat dari segi suhu. Sebab tahi lembu tu sepuluh ribu kali ganda lagi besar dari tahi ayam.




Dan. Kenapa kita yakin sangat yang tahi ayam tu hangat? Kau ada pergi ukur sendiri kehangatan tahi ayam tu? Aku ada jiran yang bela ayam. Padahal duduk dalam kawasan taman perumahan, tapi beliau ayam. Aku syak beliau ni bangang. Aku ada jugak perati ayam tu berak, takdak nampak asap ke apa ke keluar dari tahi ayam tu. Sejuk je aku tengok.




Lagi satu persoalan. Kalaulah tahi ayam tu hangat. Kau tak rasa kesian kat ayam? Yelah, setiap kali nak berak, rasa panas je jubor. Dah macam penyeksaaan pulak. Cuba kau bayangkan kau berak keluar tahi yang panas. Huish. Terbakar jubor.




Moral of the story, aku tak rasa tahi ayam tu hangat. "Suam-suam tahi ayam" mungkin?

Intouchables

Entry sebelum ni, aku pergi kutuk filem melayu. Oklah, mungkin terover sikit. Dan mungkin jugak ada yang cakap, "Tak boleh la nak banding cerita melayu dengan Hollywood sebab bajet diorang besar, bajet kita kecik."




Okeh. Betul. Tapi. Aku pernah tinggal kat satu negara yang bajet filem beliau pun tak besar mana. Walaupun tak banyak sangat filem french yang aku tengok. (babi tak babi? bila time aku nak tulis entry pasal french movies, terus semua french movies yang aku pernah tengok hilang dari ingatan, babi). Baru lima minit tadi. Aku tengok satu cerita french. Nak cakap pasal bajet, aku rasa tak besar mana. Tapi. Sangat ohsem.




Link ke IMDb. Link Wikipedia. Tajuk cerita ni adalah, "Intouchables". Aku nak promote cerita ni. Sebab? Lakonan watak-watak utama adalah sangat hebat. Jalan cerita? Simple. Genre? Komedi. Oh aku lupa, cerita ni direkomenkan oleh si Kahuna gemok sebab aku pun dah tak ikut sangat pasal perkembangan filem dari France. Oh lupa, filem ni adalah berdasarkan kisah benar.




Apa kata sekali-sekala kau tengok filem dari negara-negara selain US dan Malaysia. Untuk buka sikit mata kau, betapa teruknya filem melayu, dan betapa bajet filem hanya memainkan sikit peranan untuk jadikan sesebuah filem itu top-class. Macam filem "Intouchables" ni. Kalau kau lanun download, aku rekomen gila babi untuk kau download cerita ni. Kalau takdak subtitle? Sila cari. Internet kalau kau setakat bukak fesbuk dan porno sahaja baik tak payah. Tapi kalau porno dari Fran--ah shit lari tajuk.










Aku kasi 4.5/5 untuk filem ni. Tak boleh nak kasi full mark sebab. Takdak sebab sebenarnya. Hah yelah, ambek, aku kasi 5/5 untuk filem ni. Babi punya power filem ni. Aku lupa lagi satu, mamat kulit hitam dalam cerita ni adalah pelawak kat France. Dan lawak beliau adalah sangat terencat.




CERITA INI ADALAH SANGAT BERBALOI UNTUK DITONTONI. Dan aku tak tahu kenapa aku perlu capslock kan.

Friday, February 24, 2012

Al-kisah melayu

Semalam aku baru lepas tengok cerita Hugo. Sedap cerita ni. Cerita tahun lepas. Memandangkan aku tak suka ikut trend pergi tengok cerita yang baru keluar panggung, jadi aku suka tengok cerita yang lama-lama. Lagi satu faktor adalah kerana negeri ini tiada pawagam, jadi segala cerita aku muat turun. Lanun. Rawr!




Cerita beliau berkisar pasal seorang budak yatim piatu yang tinggal dalam sebuah stesen keretapi kat Paris. Cerita berlaku selepas perang dunia pertama. Jalan cerita beliau memang perlahan, tapi aku langsung tak mengantuk sepanjang 2 jam lebih cerita ni. Genre adalah misteri plus kekeluargaan.




Aku ada baca satu review kat mana entah, ada seorang ni beliau cakap cerita ni terlalu memengantukkan. Sebab jalan cerita terlampau perlahan. Beliau cakap, beliau siap tertidur dalam pawagam. Aku syak beliau ni pergi pawagam dengan rakan-rakan yang sama jantina, sebab kalau pergi dengan awek, manakan bakal tertidur ye dak?




Aku sekarang ni dah semakin tak berminat dengan cerita yang bergenrekan aksi tembak-menembak tumbuk-terajang hentak-menghentak dan seantero dengannya. Bosan. Bukan bosan sebab apa, bosan sebab balik-balik jalan cerita yang sama. Kecuali. Kecuali cerita aksi yang beliau selitkan sikit-sikit unsur misteri, kekeluargaan, dan twist. Cerita yang takdak twist adalah sangat bosan.




Macam cerita Hugo ni. Jalan cerita beliau bermula dengan benda yang kecik, iaitu kisah budak yatim piatu tinggal kat stesen keretapi. Tapi berakhir dengan benda yang besar. Bagi kebanyakan orang, jalan cerita Hugo ni pelik. Sebab tak logik. Di luar akal fikiran. Tapi, bila aku tengok apa-apa cerita, yang benda 'tak logik' tu lah yang aku tunggu. Aku suka cerita yang memberi perspektif lain dari yang lain.




Kalau nak banding cerita melayu? Aku bukannya nak sangat mengutuk cerita melayu, tapi sampai bila kita nak berselindung yang cerita melayu memang kebanyakannya (majoriti) adalah najis. Kalau tak pasal hantu, pasal rempit, kalau tak pasal rempit, pasal gangster. Setakat ni, hanya empat sahaja filem melayu yang aku betul-betul suka, Puteri Gunung Ledang (sebab penceritaan dia memang best), Merong Mahawangsa (sebab penceritaan dia boleh tahan, dan pelakon dia cukup ramai untuk create scene perang), Setem (cerita con game melayu), dan Papadom (nilai kekeluargaan yang kuat walaupun dalam realiti aku menyampah perempuan yang jadi anak Afdlin tu, gedik semacam).




Empat itu sahaja. Cerita Cilok aku belum tengok. Dari sinopsis macam best. Yang cerita-cerita melayu lain tu kalau setakat tengok untuk menghabiskan masa lapang bolehlah. Tapi aku tengok filem bukan untuk menghabiskan masa lapang, aku tengok filem untuk cari benda yang baru. Dan menghayati bakat lakonan. Serta 'masuk' terus dalam filem tu, dan betul-betul jadi watak dalam cerita tu. Kau bayangkan, macam mana aku nak 'masuk' dan jadi watak dalam satu-satu filem kalau cerita beliau adalah pasal rempit dan hantu? Kau nak suruh aku jadi hantu?




Satu lagi pasal kekurangan filem melayu. Skrip. Skrip kadang-kadang tak konsisten. Kejap kang pakai "Gua-lu", kejap kang "Awak-saya", kejap kang "Kau-aku". Masalah bila aku tengok filem melayu ni, skrip terlampau lah mak hai skema haram. "Ke mana awak nak pergi keeseokan hari?", "Hai, awak sihat?". Seriously. Tak boleh ke kau buat skrip yang pakai bahasa pasar? Supaya nampak hidup sikit scene dalam filem kau tu? "Esok kau pergi mana?", "Sihat?". Hah, kan ke simple tu??




Aku ada teori sendiri kenapa filem melayu suka pakai skrip yang panjang lebar dan skema tahap dewa. Sebab kalau boleh nak panjangkan filem tu sepanjang yang mungkin. Bukan kuantiti yang aku cari, aku cari kualiti. Kalau kau tengok porno pun, yang pendek pun kadang-kadang berkualiti. Eh contoh yang tak sesuai.




Aku tak paham kenapa membazirkan duit untuk tengok filem yang bangkai yang menawarkan jalan cerita yang sama berulang kali. Aku dari dulu, sampailah sekarang, memang tak minat cerita melayu (kecuali yang empat yang aku sebut tadi). Bukan sebab apa. Sebab bosan. Cuba kau buat filem yang lain dari yang lain sikit. Cuba jadi eksperimental sikit. Ke kau takdak telur nak ambil risiko sebab tu kau ikut je trend. Orang buat cerita hantu, kau pun buat cerita hantu, orang buat cerita rempit, kau pun buat cerita rempit, orang buat cerita najis? Kau pun ikut jugak.




Ya, Norman KRU, walaupun kau berusaha untuk block site yang ada link untuk muat turun secara haram, namun torrent tetap masih hidup. Dan, haritu kau cakap, "Keuntungan filem melayu kurang sebab penonton tak pergi pawagam, penonton hanya muat turun secara percuma. Jadi kita block supaya keuntungan filem meningkat." Masalahnya kalau cerita serupa najis, kau bagi DVD original tepi jalan pun orang tak hingin lah hoi. Haih Norman, Norman.

Wednesday, February 22, 2012

Contohnya

Aku ada pegang satu quote dari Albert Einstein. "Example isn't another way to teach, it is the only way to teach."




Kalau kau belajar Matematik, kalau cikgu kau takdak kasi contoh, ataupun kau tak usaha mencari contoh, kau dan cikgu kau adalah sama bangang. Apa kau ingat belajar semata-mata untuk menghafal? Baik kau pergi sarkis dan jadi singa laut yang hari-hari menghafal step-step untuk menghiburkan penonton-penonton.




Ok, itu dari aspek pendidikan. Aku rasa sekarang ni semua pendidik dah tahu kepentingan 'contoh' dalam pelajaran yang beliau ajar. Aku nak cakap pasal dari aspek kehidupan yang penuh dengan pancaroba marabahaya onak-onak berduri dan liku-liku selekoh maut ini.




Kehidupan pun ada jugak cara untuk mengajar manusia. Setakat mengajar manusia dari cerita-cerita terdahulu dengan tujuan manusia ambil iktibar memang kurang berkesan. Kehidupan kena bagi kau contoh. Contoh macam mana kau berjaya, contoh macam mana kau gagal, contoh macam mana kau kahwin, contoh macam mana kau jadi popular etc etc. Lagipun, kehidupan adalah satu proses pembelajaran.




Kau kena rasa sendiri macam mana kau berjaya, kau kena rasa sendiri macam mana kau gagal. Baru lah kehidupan kau bermakna. Kalau asyik-asyik kau berjaya, kau pun akan rasa bosan. Kemanisan kejayaan kau tu makin lama makin berkurang. "Berjaya lagi? Alah, biasa la bro, aku hari-hari pun berjaya." Sampai dah jadi benda biasa. Tak manis.Kalau hari-hari kau gagal, kau akan rasa bosan jugak, "Aku hari-hari gagal. Bosan lah bosan lah." Bukan setakat tak manis dah tu, itu dah masam sangat.




Sebenarnya best jugak kadang-kadang gagal. Cuma ada side effect sikit la. Moral jatuh. Air muka jatuh. Orang sekeliling pun dah tukar persepsi. Mulut-mulut celaka pun berkeliaran membawa cerita bangkai. Tapi side effect tu bertahan sekejap sangat kalau nak banding dengan pengajaran yang kehidupan kau dah ajar kat kau melalui satu contoh yang boleh diibaratkan sebagai musibah.




Tapi pengajaran tu akan jadi sia-sia kalau kau hari-hari dok mengeluh, hari-hari dok teriak sebab kau ditimpa musibah. Let bygones be bygones, bak kata orang putih. Kecuali lah dengan cara kau mengeluh tu, terciptanya satu mesin masa yang boleh bawak kau pergi masa lampau dan tukar balik skrip kehidupan kau. Itu boleh kau nak mengeluh. Dan sila mengeluh untuk aku sekali. Aku pun nak jugak mesin masa tu.




Tapi janganlah kau salahkan takdir semata-mata atas musibah yang jadi. Kau bukannya kucing jalanan yang tak boleh berusaha. Cakap pasal kucing, kucing pun pandai berusaha cari makan. Hari tu aku nampak sekor kucing masuk dalam tong sampah. Lama jugak beliau dalam tu. Bila beliau keluar, beliau gonggong seketul ayam. Kau tengok? Kucing pun pandai usaha.




Segala benda yang berlaku dalam dunia, kau kena salahkan/nobatkan diri kau sendiri sebagai penyebab. Kalau kau gagal, sila salahkan diri sendiri. Kalau kau berjaya, sila puji diri sendiri. Come on lah, orang yang matang adalah orang yang tak tuding jari kat orang lain. Satu kau tunjuk kat orang, empat lagi jari sedang tunjuk kat diri kau sendiri.




Moral of the story, aku rasa aku nak tukar bidang lagi. Aku nak jadi ahli motivasi. Call me, Poka Kamsah. Bersihkan jiwa, bersihkan hati, bersihkan gigi sebab mulut kau busuk bau longkang bila kau bercerita tentang sipulan bin sipulan. Assalammualaikum yang berhormat.




Orang Islam cakap, "Setiap yang berlaku ada hikmahnya". Orang bukan Islam cakap, "There's positive side in everything". Orang sains cakap, "Setiap yang negatif, pasti ada positif". Orang politik cakap, "Mana ada benda negatif, kami semua positif".









Tuesday, February 21, 2012

Cerita seram. Lagi.

Aku sekarang ni tengah dilanda misteri. Misteri adalah benda yang aku tak pasti. Bukan terus kau kena kaitkan dengan hantu.




Tiga hari lepas. Malam. Ada bunyi kejadah apa entah kat tingkap. Bunyi macam burung kipas sayap. Tapi kuat nak mampus. Mungkin burung. Tapi sepanjang hidup aku, burung mana pernah singgah kat tingkap tu tetengah malam. Okeh itu satu.




Dua hari lepas. Malam jugak. Yelah kalau siang apa yang nak misterinya kan? Aku dalam bilik jugak. Pakai boxer. Tak pakai baju. Seksi. Kacak. Tampan. Bergaya. Eh tak penting yang tu, semua orang dah tahu. Aku depan laptop. Tetiba rasa pedih belakang. Aku hiraukan sebab ingat nyamuk. Esoknya aku bangun. Ta-dah! Belakang aku berparut. Kesan cakaran. Betul-betul atas sikit daripada pinggang aku.




Memang sah kesan cakaran. Sebab kalau nak cakap aku mengigau dalam tidur dan pergi garu belakang aku sampai luka, memang tak logik sebab halus sangat kesan luka tu. Macam kau toreh dengan pisau lipat yang tajam tu. Parut tu ada lagi. Aku pun dah tangkap gambar sebab kang korang tak percaya.




Apa yang aku fikir? Entah. Kang habislah prinsip aku yang tak percayakan hantu ni. Tapi kalau jin aku percaya. Cumanya, jin akan kacau kau kalau ada orang yang suruh. Tahi sungguh. Aku syak ini jin Rosmat Lamsor, takpun Sammi Vellu sebab aku selalu kutuk mereka kat blog. Hoih mana aci hantar jin!!




Nah gambar. Cuba bagitau aku, binatang apa yang boleh lukakan belakang aku sampai jadi macam ni? Nyamuk? Cengkerik? Kupu-kupu? Pepijat? Charlies? Hama? Paremecium? Amoeba?




Wuu~ uu~ jangan biarkan hidup anda diselubungi isteri~~ (tak,bukan typo)




EDIT : ada komen cakap itu cakar kucing. Bukan. Rumah aku ada sekor kucing. Dan beliau tidur dalam sangkar malam-malam. Siang je keluar masuk rumah. Apa kau ingat rumah aku ni kedai makan? Kucing-kucing berkeliaran sambil bercakaran di belakang di belakang badan aku?



Tatkala hujan turun

Sekarang ini sedang hujan.




Orang Qulohatiohulalahup, Afrika : "Hoh? Menatang jadah kah ini? Air turun dari langit? Tidak pernah air turun dari langit sepanjang hidup aku. Ajaib. Ajaib. Jom sembelih seekor dara sunti sebagai tanda kesyukuran kepada Dewa Ahdzdzgd-Ghgdzhd!-¨%"&é"(è."


Orang Kamunting, Perak : "Hujan? Seperti juga 345 hari yang lain dalam setahun. Entah macam mana rupa matahari pun aku dah lupa."


Orang Kerajaan Langit : "Ini adalah petanda bahawa usaha beta selama ini mendatangkan hasil. Ini adalah rahmat kepada rakyat kerajaan langit sekalian. Pangkah beta. Hamba sekalian tolong beta, beta tolong hamba sekalian. Nah lima ratus."


Orang Facebook : "Hujan kat luar sekarang ni lebat nak mampus. Seperti juga hujan yang mencurah-curah di dalam hati aku sekarang ni. Sanggup dan tergamaknya kau buat diri aku sebegini. Aku doakan semoga kau bahagia dengan si dia. Kenang daku. Dalam doamu. *sambil disertakan link video lagu 'Lagu Jiwang 90-an yang video dia haram tiada kaitan dengan lirik*"


Orang twitter : "RT jika hujan lebat di tempat anda!"


Laki bini : "Bang....hujan....sejuk...." *lalu bercucuk tanamlah mereka di bawah selimut tatkala kesejukan*


Orang radio : "Sekarang ini sedang hujan lebat. Dijangka kesesakan lalulintas akan berlaku jam 5 petang kejap lagi di jalan-jalan sekitar ibu negara" *padahal hari-hari jam 5 pun sesak, entah bila yang tak sesaknya aku pun taktau*


Orang UPSI : "Hujan ka salji ka ribut ka taufan katerina ka, kita demo!! Hidup hidup! Hidup hidup! Hidup hidup! Hidup hidup!" *esok terus kena gantung pengajian selama 2 sem*


Orang Bangkang Memanjang : "Sampai bila kita nak tengok rakyat bangsa dan agama sendiri hidup ditimpa hujan. Ini semua kerja orang Kerajaan Langit. Jika anda pangkah 'Bangkang Memanjang', kami akan hentikan hujan ini dengan kadar segera. Kami sertakan buku purple untuk segala janji kami. Satu lima ringgit. Tiga doblas ringgit."


Katak : "Nasib baik aku bawah tempurung."


Nasi mentah : "Bodoh punya lembu, apasal entah makan aku? Dah kau tahu tengah hujan ni, kayu api pun basah. Jadi aku pun mentah. Kan perut kau dah sakit. Bila dah sakit perut, macam mana kau nak makan rumput? Ikan pun tak boleh timbul sebab rumput tinggi sangat. Kesian bangau oh bangau tu jadi kurus."


Kambing : "HUJAN!! MATILAH AKU MATILAH AKU MATILAH AKU MATILAH AKU MATILAH AKU."


Orang malas : "Kalau hujan apa tunggu lagi, mari membuta secara berjemaah."


Orang rajin : "Okeh, mari membuta secara berjemaah. Aku jadi imam. Bismikallah hummaahya wa amud." *beliau rajin sikit, tu sebab jadi imam dan baca doa tidur*


Sami Vellu : "Hujan la dei. Apa boleh buat? Jalan juga tarak siap. Itu lubang juga tarak boleh kasi taruk itu tanah. Itu pekerja juga lari balik, takut demam juga. Janji itu tol ada bumbung, kasi bayar."




Ada orang tafsif hujan sebagai rahmat. Ada orang tafsir hujan sebagai bala. Ada jugak yang tak tafsir apa-apa, beliau ambil payung, dan buat kerja macam biasa. Aku tak pernah pakai payung. Biar basah, asal kacak bergaya dan tampan.

Monday, February 20, 2012

Nombor tidak menipu

Aku ada soalan nak tanya kat korang. Apa pendapat korang tentang insan bernamakan Pokapola? Nak jawab? Apa kata korang jawab berdasarkan satu magis kat bawah? Ada berani mau main?




1. Ambil dua digit terakhir dari tahun lahir kau. Contoh, kalau kau lahir 1999, ambil 99.


2. Tambah kedua-dua digit tersebut. Contoh, 99, kau tambah 9 dengan 9, dapat 18.


3. Tolak dua digit terakhir tadi dengan hasil tambah kat atas. Contoh 99-18.


4. Ambil hasil tolak tadi. Kalau ikut contoh kat atas, jawapan beliau adalah 81. Cari nombor tadi dalam gambar kat bawah.



5. Kau dapat warna apa? Cuba cari dalam gambar kat bawah.





Aku dah agak dah. Mesti korang cakap aku kacak nak mampus dan begitu genius sekali punya. Pft, takdak jawapan lain ke? Asyik-asyik benda yang sama.




Tiada magis atau tipu helah digunakan, sebab aku memang kacak dan genius sejak dari azali.

Saturday, February 18, 2012

Kelas sebutan Français

Hari tu dalam kelas Marketing, ada sorang lecturer (awek cun) cakap syarikat Peugeot adalah contoh syarikat yang tidak berjaya dari segi pemasaran. Sebab perkataan 'peugeot' tu susah nak sebut. 'Pee-got'? 'Pee-ji-yot'?




Meh sini aku ajar sikit macam mana nak pronounce ketiga-tiga jenama kereta dari France yang 'susah' nak sebut.




1. Peugeot. 


Sebutan yang betul adalah 'peh-szjoh'. Part 'szj' tu kau kena sebut ala-ala kau sebut 's' dalam perkataan 'vision'. Part yang 'szjoh' tu adalah yang paling tricky dan petanda sama ada kau pernah dengar pronunciation yang betul atau tidak. Tips terbaik untuk sebut 'szjoh' tu adalah, cuba kau sebut perkataan 'joe', lepas tu kau tukar 'j' kepada 's' dalam 'vision' tadi. 'Peh-szjoh'.




2. Citroën. 


Sebutan yang betul adalah 'si-tegho-en'. Part 'tegho' tu adalah part di mana kau keraskan hurufkan 'r', bukan sebut cara orang bandar yang mengada-ngada dengan sebutan 'r' beliau. Contoh nak sebut 'tegho' adalah cara kau sebut 'nate beghok' (binatang beruk in Kelantanese). Lepas tu part 'en' tu, macam kau mencarut perkataan 'poen'. 'Si-tegho-en' tu kau kena sebut laju supaya bunyi dia sedap.




3. Renault. 


Sebutan yang betul adalah. Ini adalah satu kejutan. Kerana huruf 'lt' dalam perkataan 'renault' adalah hiasan semata-mata, tidak terlibat langsung dalam aktiviti penyebutan. Sebutan yang betul adalah, 'ghe-no'. Macam 'nate beghok' tadi jugak, 'ghe' tu kau kena ikut 'nate beghok'. Teramat simple.




Voila! Mudah bukan? Sekian kelas Français bersama Monsieur Jean-Luc Kaï.




Nanti aku ajar macam nak mencarut dalam french pulak. Au revoir mes couilles.

Friday, February 17, 2012

Jenis-jenis perut

Semenjak menjadi pemerhati tersohor, aku telah dapat merumuskan bahawa perut manusia terbahagi kepada 7 jenis. Berikut adalah butiran. Pen merah pen biru, you marah I terajang you.




1. Perut kurang hajar. Tambah-tambah waktu pagi. Sangat biadap bila kau baru je makan sesuap, beliau dah mengada-ngada mintak diberakkan. Hoih! Habis nasi dalam pinggan ni kau nak suruh aku usung bawak masuk dalam jamban? Tunggulah kejap aku nak melantak, kang aku dah habis melantak, kita pergi la berak. Biadab sungguh!


2. Perut tak reti diam. Ini pun biadab jugak. Kau bayangkan kau dalam lif, ataupun dalan kelas di mana suasana sangat sunyi. Memang sunyi. Tiba-tiba perut kau bertitah, "Kreuk....kreuk.....kreuk." Lantas satu kelas pusing pandang kau dengan pandangan yang "Kejadah kuat betul perut kau bunyi!" Sangat memalukan. Ibarat kentut kuat-kuat dalam majlis tahlil bila semua orang tengah sedih. Nak gelak kang, kurang sopan. Nak marah kang, kurang enak sebab dalam majlis tahlil. Jadi kau bagi pandangan yang tajam kepada si pekentut sahaja. Jenis perut tak tahu diam ni kau kena didik, belai beliau manja-manja dan berkata, "Kalau kau berbunyi, aku terajang."


3. Perut pengecaman. Kalau selalu orang cam kau dari jauh daripada rupa paras kau, ini tidak, orang cam kau dari jauh dari bentuk perut kau. Senang cerita, perut adalah trademark kau. Sampaikan bila orang sebut nama kau, benda pertama yang terlintas di fikiran adalah 'PERUT'. Kalau kau duduk limabelas kilometet jauh pun orang dah cakap, "Hoih tu, dia datang dah dia datang dah."


4. Perut ketak. Ini aku sorang je ada. Yang jenis six pack tu. Keras. Kental. Mantap. Mampan. Telus. Kalau kau hentak perut aku dengan menara KLCC pun, nescaya patah KLCC. Bukan nak cakap besar lah, tapi kalau setakat perut Sazali Samad tu, perut beliau pun malu nak bertentang pusat dengan perut aku. Well, orang kacak selalunya datang dengan pakej, dahlah kacak, tegap dan segak bergaya pula tu.


5.Perut seronok. Perut jenis ni, kalau kau tengok betul-betul, beliau akan sentiasa seronok. Sentiasa menari ke kiri dan kanan mengikut langkah tuan beliau. Bak kata pepatah, perut ni kalau tiada angin pun tetap akan bergoyang. Dah macam berjoget. Kadang-kadang sampai kau konpius, ada kucing ke dalam perut beliau? Sikit-sikit bergoyang-goyang, sikit-sikit bergoyang, kejap ke kiri ke kanan ewah rancak sungguh.


6. Perut selangkah ke depan. Tuan beliau selangkah ke depan, beliau dah dua langkah dah ke depan. Kalau masuk acara balapan, beliau konfem menang, sebab perut beliau melepasi garis penamat dulu daripada perut-perut lain. Berbeza dengan 'perut pengecaman' kat atas, kau takkan dapat cam beliau dari perut beliau. Sebab kang tertukar dengan ibu mengandung. "Eh tu, itu Salim ke? Eh, macam Salim. Bukan-bukan, itu ibu mengandung, Salim punya besar lagi."


7. Perut halimunan. Macam takdak perut. Malas aku cerita panjang sebab dulu pun aku jenis takdak perut jugak. Orang pun pelik, makanan yang kau makan tu terus keluar kat jubor ke hapa? Tetapi semenjak saya meminum ubat Doktor-Rambut-Cendawan, saya terus kacak seperti beliau dan mempunyai perut yang boleh mengalahkan KLCC. Kahkah, tak lawak langsung. Jangan tumbuh cendawan atas perut aku sudah aku dok kutuk beliau ni.




Perut kau yang jenis mana?

Tak cukup tidur

Aku sekarang ni dah jarang tidur tak cukup. Sama ada aku tidur cukup-cukup jam dan bangun untuk ke kelas, ataupun aku tidur lambat lebih jam dan langsung tak ke kelas. Maklumlah, remaja, tak remaja lah kalau tidur awal bangun awal bersiap awal masuk kelas awal skema nak mampus macam nerd pakai spek mata bulat besar macam Nobita.




Aku ada perasan. Bila aku tidur tak cukup. Otak aku akan beralih tempat.




Macam pagi tadi. Bila aku bangun. Aku terus fikir, "Sakit gilababi perut. Harus berak sebelum ke kelas."




Dalam kereta on the way ke kelas. Pun mulut aku dok bercakap, "Eh sakit perut nak berak lagi. Tadi bukan aku dah berak ke?"




Terus pecut macam pelesit mabuk pergi kelas. Masuk kelas lima minit. Member tegur pun aku balas dengan, "Aku sakit perut ah, harus berak."




Aku pergi tandas. Buang apa yang patut dibuang walaupun dalam kuantiti yang amat sedikit. Dah melangkah keluar tandas pun aku dok fikir lagi, "Ish takkan nak berak lagi? Berapa kali mahu berak?"




Sekarang aku kat kedai makan. Aku pasti, habis je aku makan ni, aku akan mahu berak lagi. Nafsu berak menjadi-jadi.




Kesimpulannya, kalau aku tak cukup tidur, otak aku akan secara automatiknya beralih tempat ke jubor. Sikit-sikit nak berak, sikit-sikit nak berak.




Tapi ok lah, kurang-kurang otak aku berfikir bila beliau kat jubor. Bila duduk dalam kepala hotak, asyik fikir tilam dengan bantal, takpun Tiz Zakuyah.




Nak berak lagi ni. Salam Jumaat.

Thursday, February 16, 2012

Kedai makan

Cuba kau fikir, selain dengan kenalan kau, berapa kali kau berinteraksi dengan orang lain? Kalau aku, dalam 3 kali sehari. Dekat kedai makan.




Masa order makanan. Time tu je aku rasa aku berinteraksi dengan orang yang aku tak kenal. (selain dari bayar bil dan beli rokok)




Sekarang ni aku tengok orang kedai pun dah malas. Hari tu aku pergi satu kedai ni, kalau nak order kau kena tulis. Lepas tu kau kena tunggu beliau datang ambek kertas tu. Lambat gila kau tau nak tunggu beliau perasan yang kertas order kau belum beliau ambek.




Kalau makan fastfood lagi lah. Rasa macam tengah bersembang dengan robot. Hek eleh, apa kau nak skema sangat hoi? "Makan sini atau bawa pulang encik?" Hahahaha, kau ingat smart ke macam tu? Tak mesra langsung.




Haritu aku pergi mamak. Aku order teh ais. Lepas lima minit, pelayan dia pusing satu kedai makan tu cari siapa yang order teh ais sambil bawak satu teh ais. Apakebengap? Kau baru je ambek order lima minit tadi, kau boleh lupa meja mana yang order teh ais? Nyanyuk sungguh.




Ada satu kedai ni, dulu masa aku selalu pergi, aku warnakan rambut perang sampaikan brader tu panggil aku 'Rock'. Sampai ke sekarang, tiap kali aku pergi, belum cecah bontot atas kerusi, beliau dah jerit dari belakang kedai, "ROCK!! Teh tarik gelas macam biasa?" Pergh, rasa popular sungguh. Tak payah tunggu beliau datang ambek order.




Selalunya, aku akan makan kat kedai yang pekerja dia best. Kalau kedai tu masak sedap tapi pekerja macam tenuk, sumpah tak jejak dah kaki kat situ.




Oh ya, aku masih kacak. Walaupun final dah dekat dan aku rasa gabra tahap gaban.

Wednesday, February 15, 2012

Teka-teki anjing

Kenapa kalau anjing berlari, beliau suka pandang belakang sambil jelir-jelir lidah?

















Sebab beliau tiada cermin sisi. Tu yang kena pandang belakang.




Tahap bangang punya teka-teki.

Tuesday, February 14, 2012

Ukur kepandaian

Aku pelik jugak kadang-kadang bila orang cakap, "Bapak beliau tu ustaz, tapi anak perangai macam syaitan."




Yelah, sebab yang ustaz tu bapak beliau, bukannya beliau. Beliau tu anak kepada seorang ustaz. Habis kalau macam tu, anak kepada pencuri perompak perogol semua akan jadi macam bapak beliau jugak?




Ada jugak orang cakap, kalau makbapak beliau kerja besar dan dari golongan cerdik pandai, anak-anak mesti akan kerja besar dan jadi cerdik pandai jugak. Konfem. 100%. Tiada keraguan.




Ada betulnya jugak sebab pendidikan kat sini mahal. Kau tengoklah yuran pengajian untuk masuk IPTS berapa. Kalau tak cecah puluhan ribu ringgit memang tak sah. Bila masuk IPTS, sijil memang laku dengan kampeni besar. Macam iklan "Dunia dalam genggamanku, dunia dalam genggamanku, dunia dalam genggamanku." kat TV3 tu.




Tapi adakah beliau dari golongan cerdik pandai? Nak ukur kebijaksanaan orang berdasarkan sijil semata-mata memang tak adil. Sebab Steve Jobs dulu pun kena tendang keluar sekolah. Einstein dulu pun kena tendang. Bahkan Sahol Hamid dulu pun kena buang UiTM, dua kali.




Terkejut bukan aku kasi contoh Sahol Hamid? Tak kenal? Pergi gugel nama beliau.




Lagi satu aku pelik. Kejadah yang kau nak ukur orang tu pandai ke tak? Kalau beliau pandai? Kau untung ke? Kalau beliau tak pandai? Kau rugi ke? Yang suka sangat nak jaga tepi kain orang tu apasal?




Aku pun bukannya pandai sangat. Setakat genius sahaja.




Dan super kacak.

Sunday, February 12, 2012

Kucing adalah pendendam

Kucing adalah seekor makhluk yang pendendam.




Pagi tadi. Aku nak keluar rumah. Aku pergi sergah kucing gemok aku dalam sangkar beliau sambil acah-acah mahu hentak beliau dengan kasut aku. Ye, agak kurang ajar. Tapi itu cara aku bermesra dengan beliau. Sweet tahu.




Beliau terkejut beruk bila kena sergah oleh seekor manusia yang sedang melakukan aksi seekor beruk terencat di depan sangkar beliau. Beliau tak marah. Cuma beliau buat muka, "Kau tunggu balasannya bahlol."




Lepas tu petang tadi. Aku baring atas sofa sambil berpakaian pijama kain satin berwarna merah yang lembut sehingga menampakkan susuk tubuh badan aku yang ala-ala Sazali Samad. Eh ini gaya tulisan novel lucah murahan. Takpelah, saja nak bagi korang geli-geli.




Lepas tu aku panggil la kucing gemok tu naik atas sofa. Baring sebelah aku. Sebab beliau memang suka baring sebelah orang. Lalu beliau naik. Sambil berlagak manja.




Aku baru je start nak garu-garu kepala beliau yang berbulu itu. Tiba-tiba. Beliau pergi gigit bahu aku. Cilako terkejut aku. Peristiwa gigitan tu berlaku sekejap je. Lepas tu beliau lompat turun dari sofa dan membontoti aku. Seolah-olah meraikan kemenangan di atas kesuksesan beliau membalas dendam sebab kena sergah pagi tadi.




Kau nampak? Kucing memang pendendam. Hari tu pun jadi jugak. Aku angkat beliau tinggi-tinggi dan acah beliau kat kipas siling. Beliau ketakutan. Sepuluh minit lepas tu, beliau cakar tangan aku tatkala berpura-pura baring manja di sebelah aku.




Aku harus lebih berhati-hati dengan beliau. Harus tidak terpedaya dengan helah manja beliau. Sekarang kami adalah musuh. Pantang bertemu. Mesti berperang.




Dasar bebola bulu gemok.




Thursday, February 9, 2012

Mengapa benci Facebook?

Sekarang aku jarang gila babi bukak fesbuk. Sebab utama adalah fesbuk dah menjengkelkan. Baik dalam fesbuk, ataupun perkara yang berkaitan dengan fesbuk.




Paling aku menyampah adalah sesi mengumpat. Kau letak gambar minah entah sapa-sapa pakai tudung tapi pakai skirt dengan caption 'Like kalau anda sayang Islam.' Kepala tengkorak nenek hang!! Tahukah kau bahawa kau telah membuka satu akaun dosa. Setiap orang yang like dan sebar, kau akan dapat dosa, macam MLM. Dosa mengumpat dan membuka aib sesama manusia. Dosa sesama manusia ni kau taubat lah macam mana pun, selagi makhluk Tuhan tu tak ampunkan kau, tetap dosa kau kekal.




Lagi satu. Ini dah lama aku nak tulis, tapi takut kang ada yang terasa. Dan nanti ada cakap aku mengumpat pulak. Tapi takpa, identiti sipulan dirahsiakan. Beliau pergi quote hadis palsu mengatakan tembakau itu daripada air kencing iblis, iaitu bapa kepada syaiton, atau dalam bahasa omputih, Lucifer. Aku pun dengan gagahnya pergilah search kat internet sebab sepanjang aku bernafas atas muka bumi ni, tak pernah lagi dengar hadis sedemikian. Lepas tu aku masuk satu forum agama. Ustaz tu cakap itu hadis PALSU. Lalu, aku dengan kacaknya pergi kopipes terus link forum agama tu kat status beliau tadi. Kau tau apa beliau balas? "Oo. Tapi rokok itu bahayakan kesihatan, sebab tu lah haram."




HAH?! Habis yang kau sebarkan hadis palsu tu? Dibenarkan kah? Matlamat tak menghalalkan cara beb. Kau gila ke hapa main sebar hadis palsu? Ke kau ingat kau tu nabi rasul wali alim ulama segala? Bodoh.




Bengang betul aku. Okeh berbalik kepada sebab-sebab kenapa aku rasa fesbuk jengkel. Baru dua hari lepas, kat sini, ada budak 14 tahun kena rogol ramai-ramai. Disebabkan fesbuk. Budak pompuan tu cakap, beliau tipu mak beliau cakap nak keluar jumpa kawan. Padahal beliau keluar sebab nak jumpa teman yang baru dikenali di fesbuk. Last-last? Kena baham.




Dua minggu lepas, kat sini jugak. Budak perempuan umur 15 kena belasah ramai-ramai oleh budak-budak perempuan sesekolah dengan beliau. Sebab? Bergaduh dekat fesbuk.




Hari tu. Ada member aku pergi tag gambar aku. Dekat gambar dua orang budak lelaki kecik tengah bogel sambil memegang konek masing-masing. Apakah motif? Memanglah nampak kelakar. Tapi tak. Itu bukan kelakar. Itu bangang.




Itu adalah antara sebab-sebab mengapa aku menyampah nak bukak fesbuk sekarang. Dulu masa time friendster aku rasa ok je. Bengang pulak aku dengan Mark Zukebewk.




Oh satu lagi. Pasal fesbuk. Aku menyampah gila lagu Cinta Fesbuk nyanyian Halwa Latip tu.

Tersedak disebut nama

Orang tua-tua cakap, kalau kau sebut nama sipulan, sipulan akan tersedak. Aku rasa pelik pulak perkataan 'tersedak' ni, dah macam makanan ayam. Di mana kebenarannya? Manalah aku tahu, aku bukannya orang tua.




Kalau macam tu kan, senang lah cikgu-cikgu nak ambil kedatangan pelajar-pelajar. Tak payah suruh tandatangan kertas, cikgu tu hanya perlu duduk kat meja beliau dan sebut nama pelajar secara bermonolog. Kalau ada bunyi orang tersedak, maknanya hadirlah pelajar tersebut.




Kroih. Kroih. Aku yakin itu bukan bunyi babi secara semulajadi. Itu adalah bunyi beliau tersedak. Sebab dalam sehari, aku rasa ada lah dalam 8392910 juta kali orang sebut nama beliau. "Babi sungguh.", "Babilah kau!", "Babi punya kancil.", "Gila babi punya sedap." serta "Babilah ke atas kamu." Kau bayangkan. Berapa kali beliau tersedak dalam sehari? Kroihkroihkroih.




Rosmat Lamsor lagilah, aku rasa beliau selalu tersedak sebab selalu sangat jadi buah mulut orang. Kau tengoklah wajah beliau dalam kaca TV, macam wajah orang tengah menahan dari ketersedakan. Muncung je memanjang. Beliau tak boleh tersedak depan TV, kang helmet gergasi tertanggal.




Orang paling kacak dalam dunia.




*tersedak* Sheesh, janganlah sebut nama panggilan aku korang ni pun.

Wednesday, February 8, 2012

Mulut masin

Aku tak paham dengan satu budaya manusia ni. Budaya ni bukan kat Malaysia sahaja, tapi merata.




Contoh, kalau member kau tetiba tak dapat dihubungi. Kau tanya member-member lain pun diorang cakap tak dapat hubungi beliau. Lantas kau berkata, "Kenapa beliau tak angkat telefon beliau? Adakah beliau ditimpa kecelakaan? Entah-entah beliau mati dilenyek sebuah treler."




Lepas tu mesti ada member kau yang lain akan cakap, "Hoih! Kau tak sayang mulut ke cakap begitu? Kang masin mulut kau kang!"




Masin mulut? Kalau benda tu nak jadi, dia jadi jadi jugak. Tak kisah lah mulut kau masin ke, manis ke, masam ke, seraya hapak bau longkang sekalipun. Bagi aku lah, tak logik sebenarnya istilah 'mulut masin' tu. Bukannya lepas je kau cakap member kau tu eksiden dilenyek treler, terus kebarangkalian beliau dilenyek jadi satu.




Orang yang mengeluarkan kata-kata 'kurang hajar' tu sebenarnya sedang berlaku jujur dengan apa yang beliau rasa. Dan beliau mengaplikasikan apa yang dipanggil oleh mat salleh sebagai 'worst case scenario'. Beliau sedang bayangkan "Apa aku nak buat kalau betul member itu dilenyek treler? Haruskah aku hubungi ibubapa beliau? Perlukah aku mencari member baharu? Ataupun bagaimanakah hutang beliau sebanyak RM 372.92 dengan aku? Siapa nak bayar ni?"




Kau mana boleh halang otak manusia untuk berfikir. Dan kau memang tak boleh halang mulut orang lain untuk berkata-kata. Lainlah kalau ada hamba abdi, itu bolehlah kau nak halang. Seraya kucing aku tu pun, aku suruh senyap, lagi beliau banyak bunyi.




Kelas aku tetiba start lambat pagi ni, sepatutnya pukul 8, tapi tadi aku masuk kelas beliau tulis kat whiteboard 'Kelas start pukul 9.' Entah-entah suami beliau ditimpa.....




Ceh, mengarut, beliau mana menikah lagi.




Sunday, February 5, 2012

Legging?

Aku ada soalan ni.




Yang menatang legging tu sebenarnya memang seluar ke? Apasal aku nampak ramai yang pesen pakai baju paras bawah punggung, lepas tu pakai legging?




Yang aku tahu legging tu kau kena pakai dengan skirt ataupun short. Bukannya kau anggap lengging super nipis tu sebagai seluar terus. Ke aku silap?




Huduh weh. Huduh. Serupa tenuk dah aku tengok. Siap boleh nampak benjol-benjol lemak lagi. *muntah*

Friday, February 3, 2012

Kontrak Safee 2 juta

Safee sambung kontrak selama 2 tahun. Kontrak tersebut bernilai 2 juta. Beliau bermain di Liga Indonesia. Liga yang dikatakan akan dimansuhkan oleh FIFA.




Kau bayangkan kontrak bernilai 2 juta. Sebulan beliau dapat dekat 100 ribu. Bukan dalam Rupiah ye, dalam Ringgit Malaysia. Habis tu, timbul pulak isu, Wang vs Patriotisme.




Hek eleh. Dah itu rezeki beliau. Biarlah beliau yang pilih. Yang kau sibuk-sibuk apahal? Kalau ye pun Liga Indonesia tu bakal diharamkan, pandai-pandailah beliau cari penyelesaian esok-esok. Sampaikan ada yang kata, "2 juta? Alah, orang Indonesia tu ada muslihat sebenarnya, sebab kalau liga tu dimansuhkan, Safee tak boleh wakili Malaysia lepas ni."




Kejadahhoi? Sampai begitu sekali kau fikir ye? Intelek sungguh. Itulah aku cakap dulu, orang kita ni dua je, kalau tak dengki, paranoid. Dah memang Safee tu hebat, logiklah kontrak dan gaji beliau mahal. Kalau nak harapkan gaji pemain bolasepak kat Malaysia, paling tinggi aku dengar ialah 20 ribu sebulan.




Tak timbul sebenarnya isu Wang vs Patriotisme. Sebab beliau pemain bolasepak yang hebat, tak boleh dinafikan. Kalau beliau balik main dekat Malaysia, gaji pun lagi sikit. Dengan isu judi lah, gaji tertunggaklah, rasuah lah. Ada baiknya beliau main kat sana.




Sebelum ni tak naik pun isu ni. Sebab takdak perkataan 'juta' dalam kontrak beliau. Dah bila orang tahu gaji beliau haram punya banyak, terus lah semua orang nak pura-pura ambil berat konon-kononnya beliau kena bersikap patriotik dan balik ke Malaysia untuk mewakili kelab di Malaysia. Pft.




Aku bila dengar berita ni, aku bangga. Bangga dengan Safee. Bangga sebab ada kelab yang menghargai bakat beliau sebagai pemain bola sepak. Kalau kau tengok, nilai 2 juta tu sebenarnya sikit kalau nak banding dengan pemain-pemain luar. Yelah, mungkin sebab bolasepak di Asia ni masih ketinggalan. Tapi kalau pemain bolasepak ni main bagus, kasi lah gaji lumayan. Sebab kalau kau kasi gaji lumayan, percayalah, bahawa gejala rasuah akan lenyap terus.




Kau kenal Titus James? Beliau main bolasepak kat satu kelab tak ternama kat France. Takdak pulak kau dengar kan isu Wang vs Patriotisme? Yelah sebab gaji beliau pun tak banyak aku rasa.




Takpa Safee, usah pedulikan mulut-mulut yang dengki dengan gaji besargajah kau tu. Kau duduk kat Indonesia pun dah kira patriotik sebab kau jadi duta kecil untuk Malaysia.




Pelanggan

Semalam aku pergi bengkel kereta. Sembang-sembang dengan taukeh bengkel tu.




Dia cakap dia tak kisah sangat kalau pekerja buat kerja silap. Salah pasang tayar ka, salah pasang sport rim ka, salah pasang apa-apa ka. Tapi dia paling pantang kalau pekerja-pekerja dia kurang ajar dengan pelanggan.




Beliau cakap, kalau salah pasang, pelanggan boleh datang balik. Tapi kalau pekerja-pekerja kurang ajar dengan pelanggan, memang pelanggan taknak datang dah.




Memang. Kalau otak kau otak bisnes, muka kau kena manis, mulut kena manis, layanan kena first class dan kena berpegang kepada "Kastemer is always de beri rait."




Yep. Bengkel itu bengkel cina.

Wednesday, February 1, 2012

Coca-cola ada alkohol?

Dah pulak. Sekarang ni banyak pulak orang dok share keratan akhbar pasal Secret Recipe untuk Coca-Cola dekat Facebook. Kenapa orang share? Sebab dalam Secret Recipe tu ada tulis 'alkohol'. Itu yang mereka-mereka kat Facebook dok share, berbelakangkan alasan 'Kami sayang Islam, jika anda sayang Islam, klik share'.




Kelakar. Kalau aku sayang Islam, aku akan check dulu sumber mana kau dapat berita tu, dan baca betul-betul. Berita tu dalam English, jadi sebab tu aku rasa ramai orang secara mambabi-buta terus share sebab malas nak baca. Bangang.




Berbalik kepada keratan akhbar tu. Secret Recipe yang diwar-warkan tu dikatakan mengandungi sebanyak 8oz alkohol. Resepi itu adalah berdasarkan. Jeng jeng jeng. Berdasarkan sebuah diari yang ditulis tangan. Pada. Tahun. 1979. 1979!!




Dan resepi ni sebenranya disebarkan melalui sebuah rancangan radio kot. Jadi aku cari la website radio ni. Dan apa yang aku yang jumpa adalah resepi tersebut. Memang betul, kalau berdasarkan diari tersebut, CocaCola memang ada alkohol. Tapi meh aku quote sikit apa yang website tu tulis.




"To be clear: We are not claiming that we have found the recipe used today for Coca-Cola. We believe we found a recipe that is either the original recipe made by the inventor of Coke, John Pemberton, or a version of Coca-Cola that he made either before or after the product hit the market in 1886. We believe that because it was found in the notebook of his friend, on a page entitled "Coco-Cola recipe improved," and because it was found in Pemberton's own notebook, in Coca-Cola's archives."




Memang. Suatu masa dulu coke memeang ada menatang yang tidak dibenarkan oleh undang-undang sekarang. Sekarang tidak lagi. Makhluk yang sebarkan berita palsu ni dengan tajuk "Coca-cola ada alkohol! Sebarkan jika anda sayang Islam" adalah sangat bangang. Kau yang tak sayang Islam sebenranya. Tu la aku cakap, pergilah check dulu sumber kau tu, jangan pakai main hantam nak copy paste berlagak ustad haji pak syeikh sebab nak nampak alim di Facebook.




Dulu ada orang sebar hadith palsu. Dulu ada orang sebar potongan ayat al-Quran palsu. Tak boleh ke kau cuba gerakkan sikit jari kau tu untuk buat research kat internet untuk sahkan benda yang kau nak sebarkan tu? Kau kata kau sayang Islam? Kalau sayang Islam bukan ini caranya. Bukannya dengan menjadi bengang dan percaya segala maknenek benda kau boleh jumpa kat Facebook.




Aku marah benar sebab benda Secret Recipe ni aku buat research tak sampai 10 minit untuk aku pastikan yang Secret Recipe tu sebenarnya bukan resepi untuk coke yang dijual sekarang. Habis yang kau malas sangat nak buat research tu apasal??




Aku kadang-kadang tak paham jenis golongan yang copypaste secara membabi-buta ni. Dan satu lagi. FACEBOOK BUKAN SUMBER BERITA. Kalau kau nak berita sahih, bukaklah website lain. Kalau komputer kau tu setakat untuk bukak facebook, aku syorkan kau buang saja komputer kau tu dalam sungai.




Ah bengang sungguh aku bila orang cakap minuman kegemaran aku tu haram.




EDIT : aku lupa nak letak link site tu. Ni ha, baca la kalau rajin. http://www.thisamericanlife.org/radio-archives/episode/427/original-recipe/recipe