Saturday, February 18, 2012

Kelas sebutan Français

Hari tu dalam kelas Marketing, ada sorang lecturer (awek cun) cakap syarikat Peugeot adalah contoh syarikat yang tidak berjaya dari segi pemasaran. Sebab perkataan 'peugeot' tu susah nak sebut. 'Pee-got'? 'Pee-ji-yot'?




Meh sini aku ajar sikit macam mana nak pronounce ketiga-tiga jenama kereta dari France yang 'susah' nak sebut.




1. Peugeot. 


Sebutan yang betul adalah 'peh-szjoh'. Part 'szj' tu kau kena sebut ala-ala kau sebut 's' dalam perkataan 'vision'. Part yang 'szjoh' tu adalah yang paling tricky dan petanda sama ada kau pernah dengar pronunciation yang betul atau tidak. Tips terbaik untuk sebut 'szjoh' tu adalah, cuba kau sebut perkataan 'joe', lepas tu kau tukar 'j' kepada 's' dalam 'vision' tadi. 'Peh-szjoh'.




2. Citroën. 


Sebutan yang betul adalah 'si-tegho-en'. Part 'tegho' tu adalah part di mana kau keraskan hurufkan 'r', bukan sebut cara orang bandar yang mengada-ngada dengan sebutan 'r' beliau. Contoh nak sebut 'tegho' adalah cara kau sebut 'nate beghok' (binatang beruk in Kelantanese). Lepas tu part 'en' tu, macam kau mencarut perkataan 'poen'. 'Si-tegho-en' tu kau kena sebut laju supaya bunyi dia sedap.




3. Renault. 


Sebutan yang betul adalah. Ini adalah satu kejutan. Kerana huruf 'lt' dalam perkataan 'renault' adalah hiasan semata-mata, tidak terlibat langsung dalam aktiviti penyebutan. Sebutan yang betul adalah, 'ghe-no'. Macam 'nate beghok' tadi jugak, 'ghe' tu kau kena ikut 'nate beghok'. Teramat simple.




Voila! Mudah bukan? Sekian kelas Français bersama Monsieur Jean-Luc Kaï.




Nanti aku ajar macam nak mencarut dalam french pulak. Au revoir mes couilles.

4 comments:

Lady RaRa said...

wey dulu ada sekoq x bf aku budak arab kan, kata mo kata nak kapel dengan aku, hang kena tanya aku dalam bahasa perancis.

kebabian aku mintak tlong kawan aku budak india engineer shell dia terel cakap perancis

dia sms kat aku pastu aku sebut la depan mamat arab tu. rupanya kata-kata itu ialah bukan ajak dia jadi boifren aku tapi aku ajak dia beromen. babi dak?

wey hang sembahyang subuh dak tadi?

Anonymous said...

dulu aku sebut peugeot= pijot
renault= renaut
citroen= sitroin

Anonymous said...

Mencarut dalam Francais - zut zut zut :p

Tres bien, merci pour le tips

WP said...

Tu dis au revoir à tes couilles?? Ça je trouve difficile à croire... ;P