Tuesday, February 21, 2012

Tatkala hujan turun

Sekarang ini sedang hujan.




Orang Qulohatiohulalahup, Afrika : "Hoh? Menatang jadah kah ini? Air turun dari langit? Tidak pernah air turun dari langit sepanjang hidup aku. Ajaib. Ajaib. Jom sembelih seekor dara sunti sebagai tanda kesyukuran kepada Dewa Ahdzdzgd-Ghgdzhd!-¨%"&é"(è."


Orang Kamunting, Perak : "Hujan? Seperti juga 345 hari yang lain dalam setahun. Entah macam mana rupa matahari pun aku dah lupa."


Orang Kerajaan Langit : "Ini adalah petanda bahawa usaha beta selama ini mendatangkan hasil. Ini adalah rahmat kepada rakyat kerajaan langit sekalian. Pangkah beta. Hamba sekalian tolong beta, beta tolong hamba sekalian. Nah lima ratus."


Orang Facebook : "Hujan kat luar sekarang ni lebat nak mampus. Seperti juga hujan yang mencurah-curah di dalam hati aku sekarang ni. Sanggup dan tergamaknya kau buat diri aku sebegini. Aku doakan semoga kau bahagia dengan si dia. Kenang daku. Dalam doamu. *sambil disertakan link video lagu 'Lagu Jiwang 90-an yang video dia haram tiada kaitan dengan lirik*"


Orang twitter : "RT jika hujan lebat di tempat anda!"


Laki bini : "Bang....hujan....sejuk...." *lalu bercucuk tanamlah mereka di bawah selimut tatkala kesejukan*


Orang radio : "Sekarang ini sedang hujan lebat. Dijangka kesesakan lalulintas akan berlaku jam 5 petang kejap lagi di jalan-jalan sekitar ibu negara" *padahal hari-hari jam 5 pun sesak, entah bila yang tak sesaknya aku pun taktau*


Orang UPSI : "Hujan ka salji ka ribut ka taufan katerina ka, kita demo!! Hidup hidup! Hidup hidup! Hidup hidup! Hidup hidup!" *esok terus kena gantung pengajian selama 2 sem*


Orang Bangkang Memanjang : "Sampai bila kita nak tengok rakyat bangsa dan agama sendiri hidup ditimpa hujan. Ini semua kerja orang Kerajaan Langit. Jika anda pangkah 'Bangkang Memanjang', kami akan hentikan hujan ini dengan kadar segera. Kami sertakan buku purple untuk segala janji kami. Satu lima ringgit. Tiga doblas ringgit."


Katak : "Nasib baik aku bawah tempurung."


Nasi mentah : "Bodoh punya lembu, apasal entah makan aku? Dah kau tahu tengah hujan ni, kayu api pun basah. Jadi aku pun mentah. Kan perut kau dah sakit. Bila dah sakit perut, macam mana kau nak makan rumput? Ikan pun tak boleh timbul sebab rumput tinggi sangat. Kesian bangau oh bangau tu jadi kurus."


Kambing : "HUJAN!! MATILAH AKU MATILAH AKU MATILAH AKU MATILAH AKU MATILAH AKU."


Orang malas : "Kalau hujan apa tunggu lagi, mari membuta secara berjemaah."


Orang rajin : "Okeh, mari membuta secara berjemaah. Aku jadi imam. Bismikallah hummaahya wa amud." *beliau rajin sikit, tu sebab jadi imam dan baca doa tidur*


Sami Vellu : "Hujan la dei. Apa boleh buat? Jalan juga tarak siap. Itu lubang juga tarak boleh kasi taruk itu tanah. Itu pekerja juga lari balik, takut demam juga. Janji itu tol ada bumbung, kasi bayar."




Ada orang tafsif hujan sebagai rahmat. Ada orang tafsir hujan sebagai bala. Ada jugak yang tak tafsir apa-apa, beliau ambil payung, dan buat kerja macam biasa. Aku tak pernah pakai payung. Biar basah, asal kacak bergaya dan tampan.

No comments: