Friday, February 17, 2012

Jenis-jenis perut

Semenjak menjadi pemerhati tersohor, aku telah dapat merumuskan bahawa perut manusia terbahagi kepada 7 jenis. Berikut adalah butiran. Pen merah pen biru, you marah I terajang you.




1. Perut kurang hajar. Tambah-tambah waktu pagi. Sangat biadap bila kau baru je makan sesuap, beliau dah mengada-ngada mintak diberakkan. Hoih! Habis nasi dalam pinggan ni kau nak suruh aku usung bawak masuk dalam jamban? Tunggulah kejap aku nak melantak, kang aku dah habis melantak, kita pergi la berak. Biadab sungguh!


2. Perut tak reti diam. Ini pun biadab jugak. Kau bayangkan kau dalam lif, ataupun dalan kelas di mana suasana sangat sunyi. Memang sunyi. Tiba-tiba perut kau bertitah, "Kreuk....kreuk.....kreuk." Lantas satu kelas pusing pandang kau dengan pandangan yang "Kejadah kuat betul perut kau bunyi!" Sangat memalukan. Ibarat kentut kuat-kuat dalam majlis tahlil bila semua orang tengah sedih. Nak gelak kang, kurang sopan. Nak marah kang, kurang enak sebab dalam majlis tahlil. Jadi kau bagi pandangan yang tajam kepada si pekentut sahaja. Jenis perut tak tahu diam ni kau kena didik, belai beliau manja-manja dan berkata, "Kalau kau berbunyi, aku terajang."


3. Perut pengecaman. Kalau selalu orang cam kau dari jauh daripada rupa paras kau, ini tidak, orang cam kau dari jauh dari bentuk perut kau. Senang cerita, perut adalah trademark kau. Sampaikan bila orang sebut nama kau, benda pertama yang terlintas di fikiran adalah 'PERUT'. Kalau kau duduk limabelas kilometet jauh pun orang dah cakap, "Hoih tu, dia datang dah dia datang dah."


4. Perut ketak. Ini aku sorang je ada. Yang jenis six pack tu. Keras. Kental. Mantap. Mampan. Telus. Kalau kau hentak perut aku dengan menara KLCC pun, nescaya patah KLCC. Bukan nak cakap besar lah, tapi kalau setakat perut Sazali Samad tu, perut beliau pun malu nak bertentang pusat dengan perut aku. Well, orang kacak selalunya datang dengan pakej, dahlah kacak, tegap dan segak bergaya pula tu.


5.Perut seronok. Perut jenis ni, kalau kau tengok betul-betul, beliau akan sentiasa seronok. Sentiasa menari ke kiri dan kanan mengikut langkah tuan beliau. Bak kata pepatah, perut ni kalau tiada angin pun tetap akan bergoyang. Dah macam berjoget. Kadang-kadang sampai kau konpius, ada kucing ke dalam perut beliau? Sikit-sikit bergoyang-goyang, sikit-sikit bergoyang, kejap ke kiri ke kanan ewah rancak sungguh.


6. Perut selangkah ke depan. Tuan beliau selangkah ke depan, beliau dah dua langkah dah ke depan. Kalau masuk acara balapan, beliau konfem menang, sebab perut beliau melepasi garis penamat dulu daripada perut-perut lain. Berbeza dengan 'perut pengecaman' kat atas, kau takkan dapat cam beliau dari perut beliau. Sebab kang tertukar dengan ibu mengandung. "Eh tu, itu Salim ke? Eh, macam Salim. Bukan-bukan, itu ibu mengandung, Salim punya besar lagi."


7. Perut halimunan. Macam takdak perut. Malas aku cerita panjang sebab dulu pun aku jenis takdak perut jugak. Orang pun pelik, makanan yang kau makan tu terus keluar kat jubor ke hapa? Tetapi semenjak saya meminum ubat Doktor-Rambut-Cendawan, saya terus kacak seperti beliau dan mempunyai perut yang boleh mengalahkan KLCC. Kahkah, tak lawak langsung. Jangan tumbuh cendawan atas perut aku sudah aku dok kutuk beliau ni.




Perut kau yang jenis mana?

3 comments:

No name said...

Perut aku "Pendiam" itu ulasan doc kt klinik mediviron damansara perdana semalam. hahaha

Ryehanna said...

bungukssss... AHAHAHAHA... tahniah kerana bg aku tergelak2 smpai baby aku pun tumpang gelak sama walaupn dia xtau ape yg aku gelakkan..ngahahaha...

emak. bukan penari tiang said...

perut hijau

selalunya kepunyaan orang.. er tak pa la nanti dicop rasis plak.

tapi orang kata orang perut hijau ni jahat macam lahanat. mentedarah serupa tong sampah alam flora dan jenis keji. sekian.