Friday, February 24, 2012

Al-kisah melayu

Semalam aku baru lepas tengok cerita Hugo. Sedap cerita ni. Cerita tahun lepas. Memandangkan aku tak suka ikut trend pergi tengok cerita yang baru keluar panggung, jadi aku suka tengok cerita yang lama-lama. Lagi satu faktor adalah kerana negeri ini tiada pawagam, jadi segala cerita aku muat turun. Lanun. Rawr!




Cerita beliau berkisar pasal seorang budak yatim piatu yang tinggal dalam sebuah stesen keretapi kat Paris. Cerita berlaku selepas perang dunia pertama. Jalan cerita beliau memang perlahan, tapi aku langsung tak mengantuk sepanjang 2 jam lebih cerita ni. Genre adalah misteri plus kekeluargaan.




Aku ada baca satu review kat mana entah, ada seorang ni beliau cakap cerita ni terlalu memengantukkan. Sebab jalan cerita terlampau perlahan. Beliau cakap, beliau siap tertidur dalam pawagam. Aku syak beliau ni pergi pawagam dengan rakan-rakan yang sama jantina, sebab kalau pergi dengan awek, manakan bakal tertidur ye dak?




Aku sekarang ni dah semakin tak berminat dengan cerita yang bergenrekan aksi tembak-menembak tumbuk-terajang hentak-menghentak dan seantero dengannya. Bosan. Bukan bosan sebab apa, bosan sebab balik-balik jalan cerita yang sama. Kecuali. Kecuali cerita aksi yang beliau selitkan sikit-sikit unsur misteri, kekeluargaan, dan twist. Cerita yang takdak twist adalah sangat bosan.




Macam cerita Hugo ni. Jalan cerita beliau bermula dengan benda yang kecik, iaitu kisah budak yatim piatu tinggal kat stesen keretapi. Tapi berakhir dengan benda yang besar. Bagi kebanyakan orang, jalan cerita Hugo ni pelik. Sebab tak logik. Di luar akal fikiran. Tapi, bila aku tengok apa-apa cerita, yang benda 'tak logik' tu lah yang aku tunggu. Aku suka cerita yang memberi perspektif lain dari yang lain.




Kalau nak banding cerita melayu? Aku bukannya nak sangat mengutuk cerita melayu, tapi sampai bila kita nak berselindung yang cerita melayu memang kebanyakannya (majoriti) adalah najis. Kalau tak pasal hantu, pasal rempit, kalau tak pasal rempit, pasal gangster. Setakat ni, hanya empat sahaja filem melayu yang aku betul-betul suka, Puteri Gunung Ledang (sebab penceritaan dia memang best), Merong Mahawangsa (sebab penceritaan dia boleh tahan, dan pelakon dia cukup ramai untuk create scene perang), Setem (cerita con game melayu), dan Papadom (nilai kekeluargaan yang kuat walaupun dalam realiti aku menyampah perempuan yang jadi anak Afdlin tu, gedik semacam).




Empat itu sahaja. Cerita Cilok aku belum tengok. Dari sinopsis macam best. Yang cerita-cerita melayu lain tu kalau setakat tengok untuk menghabiskan masa lapang bolehlah. Tapi aku tengok filem bukan untuk menghabiskan masa lapang, aku tengok filem untuk cari benda yang baru. Dan menghayati bakat lakonan. Serta 'masuk' terus dalam filem tu, dan betul-betul jadi watak dalam cerita tu. Kau bayangkan, macam mana aku nak 'masuk' dan jadi watak dalam satu-satu filem kalau cerita beliau adalah pasal rempit dan hantu? Kau nak suruh aku jadi hantu?




Satu lagi pasal kekurangan filem melayu. Skrip. Skrip kadang-kadang tak konsisten. Kejap kang pakai "Gua-lu", kejap kang "Awak-saya", kejap kang "Kau-aku". Masalah bila aku tengok filem melayu ni, skrip terlampau lah mak hai skema haram. "Ke mana awak nak pergi keeseokan hari?", "Hai, awak sihat?". Seriously. Tak boleh ke kau buat skrip yang pakai bahasa pasar? Supaya nampak hidup sikit scene dalam filem kau tu? "Esok kau pergi mana?", "Sihat?". Hah, kan ke simple tu??




Aku ada teori sendiri kenapa filem melayu suka pakai skrip yang panjang lebar dan skema tahap dewa. Sebab kalau boleh nak panjangkan filem tu sepanjang yang mungkin. Bukan kuantiti yang aku cari, aku cari kualiti. Kalau kau tengok porno pun, yang pendek pun kadang-kadang berkualiti. Eh contoh yang tak sesuai.




Aku tak paham kenapa membazirkan duit untuk tengok filem yang bangkai yang menawarkan jalan cerita yang sama berulang kali. Aku dari dulu, sampailah sekarang, memang tak minat cerita melayu (kecuali yang empat yang aku sebut tadi). Bukan sebab apa. Sebab bosan. Cuba kau buat filem yang lain dari yang lain sikit. Cuba jadi eksperimental sikit. Ke kau takdak telur nak ambil risiko sebab tu kau ikut je trend. Orang buat cerita hantu, kau pun buat cerita hantu, orang buat cerita rempit, kau pun buat cerita rempit, orang buat cerita najis? Kau pun ikut jugak.




Ya, Norman KRU, walaupun kau berusaha untuk block site yang ada link untuk muat turun secara haram, namun torrent tetap masih hidup. Dan, haritu kau cakap, "Keuntungan filem melayu kurang sebab penonton tak pergi pawagam, penonton hanya muat turun secara percuma. Jadi kita block supaya keuntungan filem meningkat." Masalahnya kalau cerita serupa najis, kau bagi DVD original tepi jalan pun orang tak hingin lah hoi. Haih Norman, Norman.

3 comments:

aku said...

anak halal?cinta?sepi?ok pe..hehe

PokaPola said...

ketiga-tiga filem tu aku tak pernah tengok sebab rasanya aku takdak kat Malaysia masa tu. Yang Sepi tu yang pasal 3 cerita tetiba ending jadi satu tu ke?

aku said...

tak ingat r bro..tapi tak silap.ada sangkut sikit2 r antara cerita tu..