Thursday, February 9, 2012

Mengapa benci Facebook?

Sekarang aku jarang gila babi bukak fesbuk. Sebab utama adalah fesbuk dah menjengkelkan. Baik dalam fesbuk, ataupun perkara yang berkaitan dengan fesbuk.




Paling aku menyampah adalah sesi mengumpat. Kau letak gambar minah entah sapa-sapa pakai tudung tapi pakai skirt dengan caption 'Like kalau anda sayang Islam.' Kepala tengkorak nenek hang!! Tahukah kau bahawa kau telah membuka satu akaun dosa. Setiap orang yang like dan sebar, kau akan dapat dosa, macam MLM. Dosa mengumpat dan membuka aib sesama manusia. Dosa sesama manusia ni kau taubat lah macam mana pun, selagi makhluk Tuhan tu tak ampunkan kau, tetap dosa kau kekal.




Lagi satu. Ini dah lama aku nak tulis, tapi takut kang ada yang terasa. Dan nanti ada cakap aku mengumpat pulak. Tapi takpa, identiti sipulan dirahsiakan. Beliau pergi quote hadis palsu mengatakan tembakau itu daripada air kencing iblis, iaitu bapa kepada syaiton, atau dalam bahasa omputih, Lucifer. Aku pun dengan gagahnya pergilah search kat internet sebab sepanjang aku bernafas atas muka bumi ni, tak pernah lagi dengar hadis sedemikian. Lepas tu aku masuk satu forum agama. Ustaz tu cakap itu hadis PALSU. Lalu, aku dengan kacaknya pergi kopipes terus link forum agama tu kat status beliau tadi. Kau tau apa beliau balas? "Oo. Tapi rokok itu bahayakan kesihatan, sebab tu lah haram."




HAH?! Habis yang kau sebarkan hadis palsu tu? Dibenarkan kah? Matlamat tak menghalalkan cara beb. Kau gila ke hapa main sebar hadis palsu? Ke kau ingat kau tu nabi rasul wali alim ulama segala? Bodoh.




Bengang betul aku. Okeh berbalik kepada sebab-sebab kenapa aku rasa fesbuk jengkel. Baru dua hari lepas, kat sini, ada budak 14 tahun kena rogol ramai-ramai. Disebabkan fesbuk. Budak pompuan tu cakap, beliau tipu mak beliau cakap nak keluar jumpa kawan. Padahal beliau keluar sebab nak jumpa teman yang baru dikenali di fesbuk. Last-last? Kena baham.




Dua minggu lepas, kat sini jugak. Budak perempuan umur 15 kena belasah ramai-ramai oleh budak-budak perempuan sesekolah dengan beliau. Sebab? Bergaduh dekat fesbuk.




Hari tu. Ada member aku pergi tag gambar aku. Dekat gambar dua orang budak lelaki kecik tengah bogel sambil memegang konek masing-masing. Apakah motif? Memanglah nampak kelakar. Tapi tak. Itu bukan kelakar. Itu bangang.




Itu adalah antara sebab-sebab mengapa aku menyampah nak bukak fesbuk sekarang. Dulu masa time friendster aku rasa ok je. Bengang pulak aku dengan Mark Zukebewk.




Oh satu lagi. Pasal fesbuk. Aku menyampah gila lagu Cinta Fesbuk nyanyian Halwa Latip tu.

2 comments:

Lizzie Yasmin said...

Semua benda ada baik buruk nya. Tgk mcm mana ko jaga acc kau. Yang aku tgk , ramai sungguh suka jadikan FB nie tempat melepaskan perasaan dan menggatal. Ello, your FB show who u r.

Lady RaRa said...

fb aku ada 80 orang, 30 sedara, 30 kawan dunia nyata, 20 kawan blogger.

tiada bf di fbku..apatah lagi mamat hensem nak buat scandal. ihettit! :(