Tuesday, February 14, 2012

Ukur kepandaian

Aku pelik jugak kadang-kadang bila orang cakap, "Bapak beliau tu ustaz, tapi anak perangai macam syaitan."




Yelah, sebab yang ustaz tu bapak beliau, bukannya beliau. Beliau tu anak kepada seorang ustaz. Habis kalau macam tu, anak kepada pencuri perompak perogol semua akan jadi macam bapak beliau jugak?




Ada jugak orang cakap, kalau makbapak beliau kerja besar dan dari golongan cerdik pandai, anak-anak mesti akan kerja besar dan jadi cerdik pandai jugak. Konfem. 100%. Tiada keraguan.




Ada betulnya jugak sebab pendidikan kat sini mahal. Kau tengoklah yuran pengajian untuk masuk IPTS berapa. Kalau tak cecah puluhan ribu ringgit memang tak sah. Bila masuk IPTS, sijil memang laku dengan kampeni besar. Macam iklan "Dunia dalam genggamanku, dunia dalam genggamanku, dunia dalam genggamanku." kat TV3 tu.




Tapi adakah beliau dari golongan cerdik pandai? Nak ukur kebijaksanaan orang berdasarkan sijil semata-mata memang tak adil. Sebab Steve Jobs dulu pun kena tendang keluar sekolah. Einstein dulu pun kena tendang. Bahkan Sahol Hamid dulu pun kena buang UiTM, dua kali.




Terkejut bukan aku kasi contoh Sahol Hamid? Tak kenal? Pergi gugel nama beliau.




Lagi satu aku pelik. Kejadah yang kau nak ukur orang tu pandai ke tak? Kalau beliau pandai? Kau untung ke? Kalau beliau tak pandai? Kau rugi ke? Yang suka sangat nak jaga tepi kain orang tu apasal?




Aku pun bukannya pandai sangat. Setakat genius sahaja.




Dan super kacak.

1 comment:

Lady RaRa said...

tang baris last aku rasa macam nak buh penendang

tak kira la tendang sapa or apa

tapi memang rasa nak buh penendang.