Saturday, February 25, 2012

Tahi ayam

"Hangat-hangat tahi ayam"




Ini persoalan yang bermain di minda kacak aku. Kau tak pelik ke dengan perumpamaan ni? Aku baru terfikir. Yelah, orang dulu memang suka bela ayam. Bak kata pepatah, "Chickens are old people's best friends." Macam orang tua-tua yang pergi rumah anak-menantu, konfem kasi alasan, "Jom hantar gua balik, ayam-ayam gua kat kampung kesian siapa nak bagi makan? Jomlah hantar gua beb."




Yang aku musykilnya. Orang yang keluarkan perumpamaan ni. Macam mana beliau tahu tahi ayam itu hangat? Takkan beliau pergi cucuk-cucuk tahi ayam tu, lepas tu beliau rasa hangat? Ke pakai termometer? Kalau nak cakap bab hangat, aku rasa tahi lembu lagi hangat dari segi suhu. Sebab tahi lembu tu sepuluh ribu kali ganda lagi besar dari tahi ayam.




Dan. Kenapa kita yakin sangat yang tahi ayam tu hangat? Kau ada pergi ukur sendiri kehangatan tahi ayam tu? Aku ada jiran yang bela ayam. Padahal duduk dalam kawasan taman perumahan, tapi beliau ayam. Aku syak beliau ni bangang. Aku ada jugak perati ayam tu berak, takdak nampak asap ke apa ke keluar dari tahi ayam tu. Sejuk je aku tengok.




Lagi satu persoalan. Kalaulah tahi ayam tu hangat. Kau tak rasa kesian kat ayam? Yelah, setiap kali nak berak, rasa panas je jubor. Dah macam penyeksaaan pulak. Cuba kau bayangkan kau berak keluar tahi yang panas. Huish. Terbakar jubor.




Moral of the story, aku tak rasa tahi ayam tu hangat. "Suam-suam tahi ayam" mungkin?

1 comment:

Lady RaRa said...

hangat tu kalau ikut pahaman aku ialah adik sikit dari panas. kalau panas tu tahap api, kalau hangat tu tahap hang pegang sat tapi tak la terbakaq.

soalan apakah orang tu ukoq dengan termometer? hang penah pegang ayam? ayam kalau baru mati pun badan dia macam hangat-hangat lagi. aku penah siang ayam baru lepas sembelih. memang hangat2. so aku percaya taik ayam memang hangat. founder dia tu mungkin penah ayam terberak atas dia tu dia tau.

tapi hangat dia tu tak lama. ha sebab tu la keluaq peribahasa tu. hangat-hangat taik ayam. sat ja excited lepas tu? harommmm!

ok sekali lagi telah membuat entry kat komen box dan harapan aku ialah, aku komen di entry yang betul. kehkeh.