Wednesday, July 7, 2010

Nak percaya ke tak?

Ini sangat menyeramkan.




Suara garau


Tadi aku dengan member aku tengah sembang-sembang. Rancak bersembang pasal personal problem (aku je yang problem, dia tak). Tetiba terdengar satu suara yang garau haram gila babi. Apa yang suara tu cakap tu pun kitorang tak dapat nak paham. Kejap je suara tu cakap, dalam lima suku kata. Seram doh. Nak kata suara orang atas (rumah duatingkat), suara diorang tak garau pun. Aku seram. Member aku pun seram.




Tapak kaki


Macam time aku dengan femili aku pergi satu chelet dalam hutan duatahun lepas. Tengah best main teka-teki dan bergelak ketawa macam pontianak tengah-tengah malam, tetiba blackout. Kitorang tak kisah sangat, kitorang gelak-gelak lagi. Lepastu kan, dengar orang ketuk dinding chelet dengan kuat. Semua senyap. Aku seram. Adik aku seram. Adik aku sorang lagi pun seram.




Bangun esok pagi, kitorang nampak ada satu cop tapak kaki kat bahagian dalam dinding chelet tu. Tapak kaki tu cute je, macam tapak kaki budak limatahun. Warna putih. Tak logik la kan budak limatahun nak pergi terajang dinding chelet tu. Tinggi pulak tu tapak kaki tu.




Mak aku cakap "Dia marah tu hampa mai tempat dia buat bising malam-malam." Betul la kot.











Mungkinkah suara garau itu kepunyaan hantu perancis yang marah kitorang datang sini?

2 comments:

wawan said...

mungken

hehehe

PokaPola said...

@ wawan : seram woo