Tuesday, March 20, 2012

Teh ais magis

Tadi aku makan kat kedai mamak. Aku order minuman peberet aku, iaitu teh ais. Teh air adalah teh tarik tanpa buih tetapi dengan ais. Hahaha, hambar.




Aku order roti kahwin. Kau tau roti kahwin? Kalau kau tak tau, kau bukan pemakan roti canai tegar.




Lepas tu teh ais aku pun sampai ke meja. Masa ni lah satu magis berlaku. Kucuba menyedut teh ais, tetapi tiada air yang keluar. Aku check cawan tu, eh penuh lagi teh ais dalam cawan ni. Aku kocak-kocak, sebab yelah mana tahu kot-kot ada ais seketul terlekat dalam straw. Namun juga tiada air.




Kusedut dengan lebih kuat. Dengan lebih mampan. Namun tiada hasil.




Di saat itu barulah kusedari bahawa teh ais aku tiada straw. Yang ada cumalah dua batang sudu plastik yang panjang tu.




Kelakar gila hoi aku gelak dalam kedai mamak ni!




Babi pagi-pagi lagi dah rasa kelakar nakharam. Hahahahahaha.

2 comments:

skulluv said...

bro.agak-agak r pagi pun mamai lagi kan.

PokaPola said...

@ skullux : bukan aku yang mamai. mamak tu yang mamai. babi kelakar gila kot, aku paggil dia mai pun dia tekebil-kebil ingat aku mintak apa