Sunday, February 28, 2010

Monyet

Tetiba aku teringat benda alah ni, time ni aku darjah tiga kot, hingus meleleh lagi.



"Kita perasan kita hensem, tapi bila tengok cermin, muka kita macam beruk kan?"





Prinsip sepupu aku time tu, dia tua setahun dari aku (kot, aku pun dah dekat lima enam tahun tak jumpa mamat ni).



Benar? Aku tengok muka aku kat cermin takde pun iras-iras beruk, dia je kot.






ps : Rasa rindu nak jumpa balik semua sepupu aku.

Saturday, February 27, 2010

Ingin tahu membunuh kucing

Sepanjang hidup aku, tak penah aku jadi se-curious semalam.



Tengah syok tidur, tetiba aku terjaga dalam pukul 4.30 pagi. Lepas tu dengar bunyi orang bising-bising kat luar rumah.



Mula-mula macam orang tengah bersembang.


Lepas tu perbualan jadi panas sikit.


Lepas tu dengar dua tiga orang lelaki menjerit.


Lepas tu dengar suara perempuan menjerit.


Lepas tu dengar diorang ramai-ramai menjerit.


Lepas tu senyap. Sunyi.


Lepas dua tiga minit diorang bising balik. Macam orang bergaduh. Tambah dengan bunyi orang ketuk pintu kuat-kuat.



Apajadah?





Aku tengok ikut tingkap rumah, haram tak nampak benda. Dan view aku dihalang oleh berketul-ketul pokok. Ingat nak keluar ke tengah jalan besar sebab aku rasa bunyi-bunyian tu dari situ. Tapi dengan sejuk haramnye dan dengan perasaan takutnye (tak pasal-pasal diorang belasah aku ke, sembelih aku ke, takpun terajang aku bertubi-tubi ke, siapa nak jawab?), aku simpan niat aku.




Bermula la episod imaginasi aku pukul 4.30 semalam, "Ada orang gaduh ke?" , "Diorang buat party ke?", "Suami isteri begaduh kot", "Maybe diorang tengah tengok match bola" (pepagi buta???), "Babi la, apa yang kecoh-kecoh tu, teringin nak tau". Kaki aku getar-getar, suruh aku keluar kejap depan rumah, pegi tengok, rekod apa yang berlaku, dan balik rumah. Tapi apakan daya, aku takut kena terajang sebab kacau tepi kain orang.




Bila tanya budak-budak yang tinggal dalam rumah ni, diorang semua cakap tak dengar apa-apa. Dah sekor-sekor tidur mampus, kalau bom jatuh pun tak dengar.







Sekarang pukul 10.30 pagi dan aku still curious, apakah yang berlaku semalam? Atau adakah aku berhalusinasi? Babi la perasaan ingin tahu ini.

Friday, February 26, 2010

Pandai.......................NOT!

X                            :  Katup tu boleh pakai untuk tutup dan buka
Ramai-ramai    :  Ha? Biar betul. Setahu kitorang katup tu tutup
X                            : Tak, boleh pakai untuk dua-dua, tutup dan buka. Katup tu gabungan buKA dan tuTUP.
Ramai-ramai    :  (Memandang sesama sendiri dengan mengangkat kening masing-masing)



Dey, biar betul? Memandai nenek dia je boleh pakai untuk dua-dua. Aku sebagai orang utara nak je lempang muka budak ni. Sepanjang hidup aku la, tak pernah aku dengar orang cakap :


"Tolong katup pintu tu sat" sedangkan pintu memang sedia tertutup.

atau

"Katup lampu, gelap ni"

atau

"Katup tu boleh pakai untuk tutup dan buka"




Secara logik, tak ke menyusahkan diri sendiri kalau cipta satu perkataan yang boleh dipakai untuk 'tutup' dan 'buka'. Sedangkan kedua-dua word tersebut saling berlawanan. Kalau dia cakap katup tu boleh pakai untuk 'tutup' dan 'cuka' ke, takpun 'kelaka' ke, takpun 'Hamid Gurka' ke, logik la jugak (walaupun sah-sah tak logik).



Konfem budak ni fail ambek "Kuiz tatabahasa loghat utara" kat facebook. Agak offensive aku rasa kalau ada orang utara lain time tu.



Nasib baik aku tak kenal sangat budak ni, kalau tak konfem aku bersilat time tu sambil berkata "Hang oghang mana?! Pantang tok nenek aku oghang memandai-mandai ni". Nasib baik. NASIB.BAIK.

Thursday, February 25, 2010

Ski Trip to Grenoble

Hasil editan selama tiga malam berjaga malam.




Episod Satu : TOW "Janganla Ada Eksiden"





Episod Dua : TOW "Semua Orang Bisa Jatuh"





Episod Tiga : TOW "Korang Bontot Tak Tonggekkk"





Episod Empat : TOW "Takde Yang Meluncur Gune Juboq Dah"





Episod Lima : TOW "Pepet La Hang, Hang Memang Pepet La Hang"





Episod Enam : TOW "Taik-taik Tu Pandai A Dia Ni...Jalan-jalan"








Puas beb, PUAS ARGHHHH!!!!!!

Burppp.....

Apa-apa je event yang ada, aku akan jadi antara orang yang terlewat sampai. Tak kira la, masuk kelas ke, keluar kelas ke, ambek train ke, bangun pagi ke. Tak pernah awal, memanjang lewat.



Dan aku dah jumpa punca masalah aku. Aku dilahirkan lewat sebulan dari tarikh yang sepatutnya aku lahir. Aku tak salahkan sesiapa, aku salahkan diri sendiri. Kalaulah aku lahir on time, aku rasa aku juga akan on time masuk kelas sekarang.



Dulu taknak keluar awal, sekarang baru menyesal. Babi.



Ada hikmah jugak aku lahir lewat sebulan, sebab sekarang aku berkongsi tarikh hari lahir dengan bapak aku. Dan aku bangga menjadi the best hadiah hari lahir mak aku kepada bapak aku (perghh, perasan).





......dan aku juga lahir songsang......patutla bau sendawa aku macam bau kentut.

Wednesday, February 24, 2010

Golek-golek

Fuh! Penat.



Percutian yang agak meletihkan.



Dari Angouleme pegi Paris - 2 jam naik train.

Dari Paris pegi Grenoble - 8 jam naik kereta, main seki 3 hari.

Dari Grenoble pegi Annecy - dekat, so around 2 jam naik kereta, tangkap gambar dekat sejam.

Dari Annecy pegi Rouen - entah aku pun tak ingat berapa jam, tidur satu malam sambil makan rendang daging.

Dari Rouen pegi Lille - tak ingat jugak berapa jam, tidur satu malam,

Dari Lille pegi Paris balik - 2 jam kot naik train, tak ingat, tidur satu malam.

Dari Paris balik Angouleme - lagi 2 jam naik train, tidur sampai tengah hari, penat macam babi, kelas pun terskip.





Dan sekarang aku tengah mengedit video-video sepanjang pengembaraan ini berlangsung.

Wednesday, February 17, 2010

Seki, seki.

Tiga hari main seki,
Sakit kaki macamlah babi,
Tetapi kami hepi,
Nak main seki lagi!

(pantun spontan, kerjasama Hizham) 


Tersengih di kaki bukit


Dari kiri : Arip,Mus,Hizham,Hariri,Kahuna,Capub,Saya,Rafizah,Tapai,Faiz
Yang menangkap gambar : Zaim





Trip pegi main seki yang best. Diorganisasikan oleh saudara Kahuna. Walaupun level seki masing-masing (diri sendiri turut termasuk) adalah tahap longkang, namun tiada yang tercedera serius (sakit-sakit lutut, sengal-sengal bontot dan terpeleot buku lali adalah biasa).



Ni kali keempat aku main seki, setahun sekali. Tapi still tak progres-progres, masih di takuk lama. Encik Kahuna jadi penunjuk ajar hari first (dia terer sikit la, SIKIT). 



Sekarang masih lagi kat tempat seki, maybe esok gerak pegi Annecy (cantik), lepas tu pegi Rouen (lepak-lepak sebab still cuti lagi). 
Dan benda paling best adalah aku telah berjaya memecah rekod peribadi, memandu kat France (left-hand drive). Walaupun hampir-hampir melanggar sebuah lori kontena, namun hatiku puas. Dan esok maybe aku akan memandu lagi (aku jadi back-up driver ja). Yes.





ps: kalau aku rajin (KALAU), akan ku edit video-video yang dirakam dan tayang upload kat sini.




Friday, February 12, 2010

Ronggeng-ronggeng

Nak pegi KFC. Kensel sebab malas.




Nak pegi jalan-jalan kat Paris. Kensel sebab salji. Dan sejuk melampau.





Dan sebab sekor-sekor tidur macam babi, bangun pun dah haram lambat, soooooooooooooo, terlahirlah video ini (sila abaikan tiga saat pertama dan lima saat terakhir).












ps : aku yang menggoreng gitar, tidak, itu bukan misai aku (itu efek pencahayaan), dan tidak, aku tidak segelap itu (kulit aku sawo matang, ala-ala spanish)


Wednesday, February 10, 2010

Ter-silap mata

Pelik.



Tadi aku siap-siap nak keluar pegi stesen ketapi beli tiket ke Paris. Dan persiapan aku tak lama, lima minit dah siap, tak macam setengah orang, nak keluar pegi pasar pun nak mekap-mekap, pakai hensem-hensem, minyak wangi sebotol, gel rambut selori.



Selalu aku keluar pakai cincin, kat rumah aku tak pakai. So tadi aku cari la cincin aku, geledah sana geledah sini, korek sana korek sini, babi. Tak jumpak. Start la keluar segala carutan dan makian dari mulut aku, sayang aku dengan cincin tu (sebab aku rasa mahal aku beli). Macam biasa, aku tangguhkan aktiviti mencari (tapi aktiviti mencarut still on), dan keluar rumah.



Haaaa, sekarang baru start kejadian pelik. Langkah pertama aku keluar rumah, tangan aku raba poket cari kotak rokok. Lepas tu perasan macam ada something dalam poket aku, cincin aku. Magik. Bila masa pulak mala'un ni ada dalam poket aku? Seingat aku, tak penah aku letak cincin aku dalam poket seluar, dan aku rasa aku dah cari dalam poket aku tadi.



Silap mata kah? Magik kah? Ilmu hitam kah? Atau cincin aku nak main sorok-sorok dengan aku?




Lepas tu teringat pepatah melayu : "Kekadang untuk jumpak sesuatu yang dicari, kita perlu stop mencari" (ada ke?)







Nasib baik aku tak hilang sebijik mini cooper, kalau tak rabak lah poket aku (sekarang takdak lagi mini cooper, lima tahun lagi mungkin).

Loghat itu indah

Encik KL           :    Eh, roti ni roti semalam, buang je la eh
Encik Kedah    :    Ala, taghuh la (sapu lantai kat bilik sebelah)
Encik KL           :    Ha? (tak paham)
Encik Kedah    :    Taghuh!!
Encik KL           :    Taghuh tu apa Kai ? Buang la kan?
Aku                     :    (Hangguk kepala)
Encik KL           :    (Buang roti berkenaan)
Encik Kedah    :    Babi la, aku kata taghuh, awat hang buang??!! Boleh makan lagi tu!! (marah)
Encik KL           :    (konfius buat kesekelian kalinya)
Aku                     :    (muka innocent)





Best tengok orang Kay El (aku sangat menyampah kalau orang spel Kolumpo camni) sembang dengan orang Kedah. Aku hanya di pihak ketiga, tanpa mengeluarkan sepatah kata pun boleh cetuskan konflik.






ps: Kalau hampa tak paham apa itu 'taghuh', sila google pakai www.google.loghat-utagha.utagha-semenanjung-malaysia (panjang gila babi edres)

Tuesday, February 9, 2010

Boleh kot naik bas nombor enam

Tu la, kalau baru sampai, buat cara baru sampai. Jangan memandai nak naik bas selain bas nombor satu dan dua kalau nak pegi kedai kebab. Kan dah sesat. Padan muka aku kena menapak sepuluh minit.



Bandar ni memang kecik, tapi sebab kat kawasan bukit, so jalan raya dia memang berselirat, banyak gila babi short cut, masuk lorong ni kang keluar kat mekdi, masuk lorong ni kang keluar kat kedai pak fayette, masuk lorong ni kang keluar kat kedai ntah papa. Dan tadi aku tersesat kejap. Lain kali buatla signboard ke kedai kebab, kan senang (perlukah?).



Pelik, aku rasa aku prefer bandar kecik daripada bandar besar. Bandar kecik senang, semua benda yang ko nak semua ada kat situ, tak payah pegi jauh-jauh. Kalau bandar besar, kejap-kejap kang kena naik bas setengah jam, kejap-kejap kang kena tukar metro, semata-mata nak pegi beli bawang. Kan dah bazir dekat sejam.



Aku taktau teori aku betul ke tak, tapi aku rasa orang kat bandar kecik lebih friendly dari yang kat bandar besar. Kadang-kadang sampai naik menyampah pun ada jugak, nak beli rokok sekotak kena bersembang dulu dengan pakcik kat kedai tu. Soalan dorang sama je; orang negara mana? belajar kat mana? best ke dok france? orang Malaysia memang kacak-kacak eh?



Mungkin sebab aku kat Malaysia pun memang kat bandar kecik (kecik haram), so jiwa dan raga aku lebih sesuai dengan bandar kecik. Aman dan damai. Walaupun kekadang mati kutu taktau nak buat apa kat rumah, wayang takdak, boling takdak, sawah padi banyak la, takkan aku nak turun membanting padi kot (gila tak kool). 




Tetiba rasa bangga sebab dulu sebelum fly, ramai makcik-makcik aku cakap "Ni kalau dah pi amerika (padahal aku kat france), balik dua tiga taun konfem rambut panjang, seluaq jeans koyak-koyak, cakap melayu pun lupa apa". Dan ayat yang aku rasa paling nak gelak adalah "Balik mai sini nanti mesti kawen dengan minah salleh mata biru".









Tidak wahai makcik-makcikku, diriku masih seorang anak kampung. Belacan dan ikan bilis tetap ku sanjungi.










ps: Esok mahu start aktiviti berlari-lari anak keliling bandar. Tabahkan hatiku Tuhan.

Monday, February 8, 2010

Menghampiri infiniti

Aku                       :   Sedap ke makan daging pork?
Chinese guy       :   Boleh la, rasa macam daging ayam sikit-sikit
Aku                       :   Haah, aku dah lama tak makan
Chinese guy       :   What? Bukan ko tak penah makan ke? Bukan korang tak boleh makan ke?
Aku                       :   Betul la tu, aku tak penah makan, so kira lama gila babi la aku tak makan pork
Chinese guy         :   Lawak ko agak bodoh ah








Tak paham? Tak paham sudah, balik-balik kena ludah.

Sunday, February 7, 2010

Makhluk Biru Berekor

*tepuk*

*tepuk*

*jerit wuhu*


Best memang best, tapi haram panjang gila babi. Siap ada rehat sepuluh minit lagi time tengah-tengah tu.



Dan spek 3D yang dibeli dengan harga dua euro setengah sangat tidak membantu. Memeningkan kepala. Dan kekadang membuatkan aku rasa terkejut sebab sikit-sikit ada benda terbang ke kepala aku (aku siap angkat tangan lagi tu nak halang benda tu kena kepala aku.jakun.)



Tigaploh minit pertama adalah saat paling membosankan dalam hidup aku, dahla baru lepas melantak nasi beriyani, kalau hati aku tak tabah, dah lama aku bantai tidoq dalam cinema tadi. Nasib baik aku pikir 'Babi la, bayar mahal-mahal, nak membuta pulak'.



Aku rasa aku taklah setidak-up-to-date yang aku sangka (dan aku tak kisah pun) sebab ramai jugak orang yang pegi tengok Avatar tadi. Tak tau la dorang first time tengok ke hapa, tapi still, penuh panggung, tak logik la semua datang nak tengok untuk kali kedua (ataupun ketiga) (ayat menyedapkan hati sendiri). Yela, mana ada masa woi nak pegi layan movie kat cinema, busy (alasan tak boleh pakai).












ps : Encik James Cameron, lain kali tolong bikin filem yang pendek sikit (kalau hang baca la)

Saturday, February 6, 2010

Tambah enam kosong empat

Tetiba hari ni rasa tergerak hati nak kol rumah. Dah dekat sebulan tak kol (normal). Memandangkan line tepon tuan-tuan rumah ni (yang sedang ku rempati, masih) offer free kol balik Malaysia, aku pun kol laaaaaaaaaaa.



Kol punya kol punya kol punya kol takdak orang angkat. Aik, takkan dah tidoq? Baru pukul sebelas malam kat Malaysia, lagipun esok sabtu, adik-adik aku konfem tengah terkangkang depan tv. Pelik dan risau.



Check kat YM, online pulak si bibik ni (aku panggil adik aku ni bibik. ye. aku sedar aku seorang abang yang agak celaka). Tanya la, kenapa tak angkat telepon bibik, penat kol ni????



Tanya punya tanya punya tanya punya tanya, last-last terkena sebijik kat kepala aku.








Nombor yang aku dail selama sepuluh minit lepas adalah nombor opis mak aku. Memang la takdak orang angkat, cipet.



ps: nombor rumah sendiri tak ingat, dikira derhaka kah diri ini?

Friday, February 5, 2010

Selekeh keparat

Madame 1   :    Mintak paspot dik.
Aku                :    Nah.
Madame 1   :    (Konpius lepas tengok gambar dalam paspot, pegi blakang kaunter jumpa member)

Madame 1   :   Cuba ko tengok ni, asal lain muka dalam paspot ni dengan muka dia?
Madame 2   :   Haah, lain, new look dia kot sekarang tapi agak mencugirakan. (sambil mengitai-ngintai)

(Macam la aku tak dengar apa yang dorang cakap, kalau dinding konkrit 8 inci takpa, ni dinding yang nipis gila babi)

Madame 1  :   Sain sini dik. 
Aku               :   (Sain).
Madame 1  :   Ada tak signature awak dalam paspot ni. (Still tak puas hati, mungkin sebab dia ingat aku curik paspot kot)
Aku               :   Kat page last.
Madame 1  :   Hmmm, ok.






Mentang-mentang la gambar aku dalam paspot tu macam pembunuh bersiri, gambar lima tahun lepas, selekeh habis.

Seketul kentang gembira

Main sepak-sepak bola (bukan main betul-betul pun), lari-lari sikit, lari-lari keluar padang pegi carik bola atas jalan raya sikit. Dah semput. Babi.



Aku rasa tahap stamina aku dah menurun dengan merudum. Dulu rasanya kalau joging setakat sejam dua jam tu macam benda mudah je, peluh jantan pun baru nak keluar, steady. Sekarang? Naik tangga tiga tingkat pun dah macam nak mati, sampai nampak tompok-tompok hitam rasa macam nak pengsan.



Aku dah menjadi seketul kentang. Makan, tidur, pegi kelas, balik kelas, makan, tidur. Tapi tak gemuk-gemuk pun. Macam kentang goreng (french fries, kat kampung aku depa panggil fun fries).



So, memandangkan next week start cuti, aku decide untuk joging setiap pagi (walaupun aku tau waktu pagi aku akan still bawah selimut). Kalau semput jugak lepas ni memang aku bunuh diri.

Thursday, February 4, 2010

Berguling-guling macam tenggiling

Sehari je lagi, cuti pun start. Dan France adalah negara yang aku rasa banyak gila babi cuti, balik-balik cuti, balik-balik U tutup sebab orang buat mogok, balik-balik kelas kensel.



Tetapi sampai sekarang aku still merempat kat rumah orang. Jubur betul. Encik Besar Gajah kata nak mai, sebab dia pun cuti jugak, mahu berfoya-foya di bandar-bandar dekat sini sebelum berski di Grenoble. Merempat jua la anda kalau anda ke mari.



Bukan aku minat sangat pun ski ni, nak kata hobi bukan, nak kata cita-cita lagi la jauh menyimpang. Yang best main ski ni, perasaan time meluncur dengan kelajuan yang gila babi tinggi (lepas tu tak reti brek) dan perasaan time jatuh bergolek-golek (sangat best walaupun rasa sakit yang melampau).



Pemandangan time berski memang tak payah cakap la, cantik teramat, time tu memang akan terpikir 'Ya Tuhan, cantik banget ciptaan-Mu' (time tu baru nak ingat Tuhan, tipikal manusia). Kalau pegi ski, lutut aku konfem akan buat hal, lepas dua tiga round beliau akan jadi longgar semacam dan secara otomatik aku tak dapat kontrol papan ski maka bergolek-golek lah aku di situ. Best woooo.

I tak rela

OK, aku tak menyokong mana-mana pihak, dan taknak menghasut sapa-sapa untuk mengkucar-kacirkan keadaan yang memang dah kucar-kacir dan yang paling penting aku taknak masuk mahkamah.



Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, aku rasa apa yang aku baca kat paper tadi tak logik tahap gaban. Dari dulu keluar kes ni lagi memang aku dah pikir tak logik, pakcik umur 60 lebih dengan budak umur 20 lebih. babi tak logik. Dan pakcik tu kahwin dah pun. Apakah? Kalau la pakcik tu dah sangap sangat, mengapa tidak dengan bini dia sendiri? Kan senang, habeh cerita.



Keratan yang aku baca tadi memang melampaui tahap kelogikan yang wujud dalam dunia ni, ibarat kalau ada orang cakap yang dia rasa Angelina Joli tak seksi, kau buta ke hapa? Orang sekarang dah boleh fikir sendiri, tak semua bodoh macam dulu. Dan apa pun keputusan yang bakal dikeluarkan takkan mengubah fikiran orang ramai.



KALAU betul budak tu diajak dan dipelawa untuk disontot, kenapa dia tak tolak sambil berkata 'awww, i tak rela u' ? Kenapa nak bagi jugak? Kenapa tak pegi report terus? Mengapa perlu dah masuk baru nak report?



Tak logik di fikiranku.







ps: jangan diriku didakwa, tolonglah.

Wednesday, February 3, 2010

Minit akhir

Ayat 'study smart' memang tak wujud langsung dalam kamus hidup aku. Apatah lagi 'study hard', jauh punggung dari api. Kalau esok nak exam, malam ni baru terkial-kial nak study sampai pukul empat lima pagi. Definisi untuk 'stadi last minit'.



Time aku kat asrama, memang sukses habis stadi last minit ni. Buku teks dah ada, buku rujukan yang tebal dah ada (kalau baling kat anjing, konpem mati), tinggal nak baca je. Sepupu aku cakap aku 'gifted student' sebab selalu skor. Keja ponteng kelas dan lompat pagar je time asrama dulu, gifted hapa gitu, itu genius (hahaha, masuk jamban flush sendiri). Rekod yang aku still pegang, ponteng kelas selama tiga bulan berturut-turut, hebat bukan? Cubalah.



Berbalik ke topik asal, stadi last minit. Sampai terbawak-bawak bila masuk menara gading (tak paham kenapa panggil menara gading). Setelah dua tahun setengah aku meng'eksperimen' teknik ni kat U, kesimpulan ; tak boleh diaplikasi, boleh diaplikasi kalau korang nak fail.



Satu je advantage stadi last minit ni, korang akan rasa adrenalin-adrenalin korang berfungsi, macam naik roller coaster. Kalau aku ada sakit jantung, dah lama aku rasa aku ke alam barzakh.








ps: nak stadi, esok test kecik.

Tuesday, February 2, 2010

Senyum kambing

A:   Asal orang kulit hitam selalu pakai kasut bola warna kuning? Gila striking.
B:   Yela, kang kalau dia pakai kasut warna hitam, orang ingat dorang main bola kaki ayam pulak.





*Garu bontot*

Galeri fayet itu


Kata nak jimat, kan dah terbeli sebuah kasut baru, dasar lupa daratan. Disebabkan aku rasa basket ni teramat kool, nafsu aku membuak-buak nak beli walaupun jenama dia haram tak penah aku dengar, PF Flyers (model Number 5). Ada disekaun, so apa lagi, angkat je lah, walaupun aku tau hujung bulan nanti aku pasti mati kebuluran. Lagipun kasut aku sebuah dah koyak dan sebuah lagi macam nak pegi majlis perkahwinan.


Asyik-asyik pakai kasut warna koko je, aku decide untuk kembali old skool dengan warna putih, hahaha, mampus nak cuci nanti. Kasut kena kool bak kata pepatah 'Dari kaki jatuh ke hati' (barula berima, ni ada pulak 'Dari mata jatuh ke hati', haram tak rima dan aku agak sensitip dengan word 'm*ta').




ps: aktiviti berbasikal mengelilingi Hamsterdamn telah dikensel, secara otomatiknya aku save 200 euro.yes.

Monday, February 1, 2010

Punggunglah begini

Badan panas macam babi.

Hidung sumbat macam babi.

Tekak sakit macam babi.

Bersin macam babi setiap enam saat.

Tak boleh tidur juga macam babi lahanat.



Cipet.




Dan sekarang aku mengidam tomyam daging.






ps: bersyukur sebab cuma demam, kalau kena kanser payu dara macam mana? (eh aku mana ada dara).

Ianya Virtual

Setelah hampir dua hari ber'negociate', akhirnya keputusan dicapai. Situasi menang-menang.




Walaupun begitu banyak kenangan yang aku habiskan dengan menda alah ni, terpaksa jugak aku lepaskan, demi untuk tidak mengusung beg yang berat macam babi esok hari.


Lagipun, bila pikir-pikir balik, aku rasa aku dah terlalu tua untuk melangut depan tv dua puluh empat jam sehari main game. Dulu ye la, muda lagi, hingus pun meleleh, sikit-sikit main game, sikit-sikit tidur sampai pukul tiga empat petang, sikit-sikit ponteng kelas. Kalau aku cakap aku dah taknak ponteng kelas, konfem ramai yang gelak terkekeh-kekeh kat aku, dasar longkang punya memba-memba.


Sekarang aku nak fokus ke benda yang lebih penting, seperti pegi kelas setiap hari (cewah), kurangkan berak di pagi hari (salah satu sebab aku lewat ke kelas), bersosial dengan lebih walaupun aku tau aku memang susah babi nak campur dengan bebudak french dan menambah berat badan (yang ni dah dekat lima taun aku try).


So no more video games for me this whole year. Dear microsoft, you have lost your most precious customer, so long sucker!!






ps: boleh la aku beli kasut baru camni, yes!