Saturday, February 6, 2010

Tambah enam kosong empat

Tetiba hari ni rasa tergerak hati nak kol rumah. Dah dekat sebulan tak kol (normal). Memandangkan line tepon tuan-tuan rumah ni (yang sedang ku rempati, masih) offer free kol balik Malaysia, aku pun kol laaaaaaaaaaa.



Kol punya kol punya kol punya kol takdak orang angkat. Aik, takkan dah tidoq? Baru pukul sebelas malam kat Malaysia, lagipun esok sabtu, adik-adik aku konfem tengah terkangkang depan tv. Pelik dan risau.



Check kat YM, online pulak si bibik ni (aku panggil adik aku ni bibik. ye. aku sedar aku seorang abang yang agak celaka). Tanya la, kenapa tak angkat telepon bibik, penat kol ni????



Tanya punya tanya punya tanya punya tanya, last-last terkena sebijik kat kepala aku.








Nombor yang aku dail selama sepuluh minit lepas adalah nombor opis mak aku. Memang la takdak orang angkat, cipet.



ps: nombor rumah sendiri tak ingat, dikira derhaka kah diri ini?

2 comments:

WP said...

Hahahaha........
Hahahaha........

Tak boleh habis ketawa la :P

(but my parents pernah try call number saya kat AngoulĂȘme lepas saya pindah :P )

PokaPola said...

Hahahaha, aku dah habis malu dah dengan my family, hahahaha